Ikuti Blog ini
Kezaliman regim BN di Kampung Plentong Tengah,Johor ,Jumaat, Oktober 17, 2008 at 17.10.08,
FRU diarahkan untuk menyuraikan demo dan benteng manusia.Walaupun sebagai ahli UMNO,ianya bukan satu jaminan buat anda dari terkecuali dari menjadi kezaliman kerajaan UMNO/BN ini
GLOKAL..mengglokal! , at 17.10.08,
Allah SWT telah menyatakan bahawa kalaulah manusia menaburkan harta sebanyak mana sekalipun untuk mengambil hati manusia, mereka tidak akan berjaya. Tetapi Allahlah yang menyatukan hati mereka. Ini bermakna hanya agama yang mampu menyatu dan membentuk peribadi manusia.
Manusia mungkin boleh menarik undi manusia dengan wang. Tapi lama mana manusia itu boleh menaburkan wang. Mungkin dalam masa yang lain, orang yang dibeli ini akan beralih kepada pimpinan yang lain kerana terkesima dengan tawaran yang lebih tinggi.
Kalau manusia diikat dan diajar dengan agama, insyaAllah mereka akan terus kekal mengundi dan menyokong pemimpin yang menyokong agama.
Penulis mengulas isu pemilihan ini kerana siapa pun bakal menjadi presiden UMNO sudah tentu akan diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.
Oleh itu sewajarnya bagi penulis untuk memberi sedikit pandangan tentang pemilihan UMNO dan siapa yang akan menjadi PM Malaysia nanti.
Dalam hal ini, mungkin ada yang mengakui teori RAHMAN semakin sampai ke kemuncaknya. Mungkin teori ini berakhir dengan berakhirnya hayat UMNO untuk berkuasa. Entahlah..itu semua sekadar teori dan jangkaan manusia sahaja. Jangan terlampau percaya sangat.
Peralihan kuasa antara Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak mendatangkan kebaikan pun terhadap rakyat Malaysia.
Kedua-dua berasaskan dari parti yang menolak Islam sebagai dasar. Ada yang mendakwa berkemungkinan Najib akan lebih baik dari PM sekarang. Ada pula yang mendakwa berkemungkinan Najib lebih rakus dari PM sekarang. Ini semua andaian-andaian yang terkeluar dari rakyat Malaysia sekarang ini.
Bagi penulis, kedua-dua sama sahaja. Kalau Tun Dr. Mahathit dahulu dikatakan seorang yang mengkayakan anak sendiri dan kroni, PM Sekarang pula terkenal dengan memperkayakan anak dan menantu. Berkemungkinan Najib akan datang terkenal dengan mengkayakan isteri sendiri.
Semua ini berlaku akibat UMNO sendiri yang tidak memperjuangan konsep ketaqwaan kepada Allah. Sebaik mana pun pemimpin UMNO pasti akan melakukan penyelewengan walaupun sedikit. Secekap mana pun Pemimpin UMNO pasti akan tercalit sedikit pengkhiatan terhadap harta dan khazanah negara.
PM Malaysia yang ke 6 berkemungkinan besar jatuh ke Dato’ Seri Najib Tun Razak. Walaupun ada kemungkinan bahawa PM ke 6 adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Persoalannya adakah Najib telah menepati kriteria seorang pemimpin negara Islam (sebagai dakwaan Tun Dr. Mahathir).
Sampai sekarang Najib masih belum kelihatan sebagai pemimpin yang benar-benar bersih dari segala dakwaan. Isu altantuya contohnya. Walaupun Najib telah berkali-kali bersumpah untuk menafikan keterlibatan beliau dalam skandal tersebut, tetapi rakyat masih tidak berpuas hati.
Dalam ISLAM sekalipun, sumpah akan dilakukan selepas proses perundangan selesai. Sumpah tidak menyebabkan tertuduh bebas dari tuduhan.
Apakah Najib telah dibersihkan dengan undang-undang dalam isu Altantuya Sharibuu. Begitu juga dengan komisyen Kapal selam yang tinggi sehingga mencapai angka RM 530 juta ringgit. Isu ini terus senyap begitu sahaja tanpa ada pembersihan nama beliau dimahkamah.
Semua isu ini melambangkan bahawa Najib masih belum layak menduduki sebagai seorang pemimpin negara umat Islam. Mungkin beliau layak menduduki kerusi Presiden UMNO tetapi bukan kerusi Perdana Menteri.
Tetapi suka atau tidak, rakyat terpaksa menerima Perdana Menteri sebegitu dalam bulan Mac nanti.
Mungkin Najib adalah Perdana Menteri dari Kerajaan BN yang terakhir bagi mengakhiri teori RAHMAN itu..
Mesyuarat Pemuda UMNO Ganas! , at 17.10.08,
Apa nak dikata, polis pun terpaksa dikerah untuk menjaga mesyuarat agong Pemuda UMNO di Rantau Panjang. Tentu memalukan ahli UMNO di seluruh negara.
Bila sebut tentang keganasan dalam pilihanraya pasti akan yang akan menjadi mangsa adalah parti-parti seperti PAS, PKR, DAP dan parti-parti pembangkang apabila pertandingan tersebut adalah di antara BN dan PR.
Macam-macamlah yang akan dituduh kepada kami khususnya kepada anak-anak muda ini. Tetapi apabila berhadapan dengan mesyuarat di kalangan UMNO/BN, perkara seperti ini sudah menjadi kebiasaan.
Di Rantau Panjang ini, ada perwakilan yang bangun membantah kerana dia mendakwa ada pengundi hantu di kalangan perwakilah yang hadir. Mana tidaknya, mereka ini sudah pun dilatih untuk menjadi pengundi hantu ketika pilihanraya umum atau pun pilihanraya kecil maka tidaklah mustahil bila ianya berlaku di dalam mesyuarat UMNO.
Pemuda UMNO di Gelang Patah pun bergolak apabila ada AJK Pemuda Bahagian mengancam untuk meletakkan jawatan kerana tidak puas hati dengan cara pemilihan parti baru-baru ini.
Saya pasti, ahli UMNO pun sudah muak dengan perkembangan ini kerana parti ini sudah rosak dengan pelbagai sebab, hasil daripada tangan-tangan pemimpin mereka. Barah ini sudah mencapai ke tahap yang cukup merbahaya sehingga tidak dapat diselamatkan lagi.
Maka tidak hairanlah kenapa Pemuda MCA sebut supaya dominasi UMNO dalam BN dikaji semula.
Daulat Tuanku...!! , at 17.10.08,
Kelab Penyokong Sebagai Jambatan - Vincent , at 17.10.08,
Justeru, bertempat di Dewan Ar-Ridhuan Taman Dagang Jaya satu program penerangan mengenai pentingnya penubuhan satu kelab yang dikenali sebagai 'Kelab Penyokong PAS' diadakan di mana kelab ini telahpun ditubuhkan beberapa tahun yang lalu. Majlis yang dipengerusikan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Saudara Zainal Abidin Ghafar bermula jam 9.30 malam. Penceramah utama ialah Encik Vincent Lim, Timbalan Pengerusi II, Kelab Penyokong PAS Nasional. Menurut beliau banyak salah faham berlaku di antara masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini terutama yang berkaian dengan agama dan budaya. Terdapat beberapa perayaan kaum Cina sebenarnya tiada kaitan agama seperti Perayaan Kuih Bulan, namun masih ramai di kalangan masyarakat Islam yang tidak mengetahuinya dan masih keliru tentang kedudukannya yang sebenar.
Jadi, ruang-ruang kekeliruan inilah yang digunakan pihak yang tidak senang dengan perpaduan ini bagi menimbulkan ketegangan dan kekecohan. Oleh itu, penubuhan dan pengaktifan kelab ini di DUN Lembah Jaya dilihat amat bertepatan di mana kelab ini kelak akan berfungsi sebagai jambatan penghubung bagi menerangkan apa jua isu antara kaum di sini. Turut hadir ialah YB Khasim Abd Aziz yang berucap mengalu-alukan kehadiran para penyokong PAS seramai kira-kira 25 orang dari kalangan kaum India dan Cina.
25 pemimpin PAS dan PKR ditangkap, kampung Melayu dirobohkan , at 17.10.08,
Dengan kemeriahan Syawal AMK Johor di ketuai Sdr. Zabide Abas dan Sdr. Mohd. Nazri Ismail dengan semangat kental serta rakan-rakan AMK dari pelosok Johor tidur dirumah usang bagi menemankan penduduk Kg. Plentong Tengah bagi memastikan rumah mereka tidak dirobohkan.
Laporan dari Kg. Plentong Tengah.
15 Oktober 2008.
* 10.00 pagi - Anggota Polis Johor Jaya memula Sekatan jalan raya
* 5.20 Petang - Ketibaan 15 AMK Muar dan Kulai
* 5.30 Petang - Anggota Polis menambah bilangan bagi menghalang orang luar masuk
* 6.00 Petang - Ketibaan 25 AMK dari beberapa bahagian dari Tenggara, Simpang Ranggam.
* 6.30 Petang - Wakil penduduk diwakili Wak Pian mulai gusar kerana penduduk ada yang dihalang untuk pulang kerumah.
* 7.30 Malam - AMK dari berapa bahagian mulai tiba lagi
* 8.30 Malam - Setiausaha Johor Sdr. Nazri tidak dibenarkan masuk dan terpaksa diseludup oleh penduduk Kampung
* 8.45 Malam - Penduduk Kg. menjamu AMK Johor yang ingin tidur bersama-sama mereka.
* 10.00 Mlm - Wakil penduduk menyerahkan rumah usang untuk kami bermalam di bersebelahan surau.
16 Oktober 2008
* 5.30 Pagi - Sholat Subuh berjemaah bersama penduduk
* 6.30 pagi - Penduduk Kg. menyediakan sarapan.
* 7.00 Pagi - ketibaan beberapa lagi AMK Johor.
* 7.45 Pagi - Ketibaan 4 Kontigen FRU dengan anggota lebih kurang 200 Anggota
* 8.00 pagi - Anggota Polis menambah lagi Anggota
* 8.10 Pagi - Lebih kurang 300 orang temasuk dari PKR, PAS, DAP, PRM dan NGO dapat memasuki Kampung
* 8.30 pagi - FRU mula mengepung kami. Penduduk semakin panik.
* 9.30 Pagi - Rayuan kami telah diterima agar penagguhan merobohkan premis.
* 10.30 Pagi - Pemaju memberitahukan kami tarikh berikutnya 29hb Oktober 2008.
* 10.31 Pagi - 1. Kira-kira 10 rumah kosong telah dirobohkan
2. 100 orang penduduk dan NGO telah di pukul oleh FRU dan Polis
3. 24 penduduk telah ditahan oleh Polis
4. Bantahan penduduk telah meningkat kepada 4,000-5,000 orang.
5. Mangsa yang telah dipukul telah dihantar ke Klinik dan Hospital.
MENTERI BESAR JOHOR SEDANG MENJAMU PARA STAFF DAN AHLI UMNO SEMPENA SAMBUTAN AIDIL FITRI DI KEDIAMANNYA.
* 11.30 Pagi - Ketibaan Sdr. Samsul Iskandar dan beberapa Exco AMK Malaysia ke Kg. Plentong Tengah
* 12.30 tgh/hari - FRU & polis makan tengahari yg telah disediakan oleh pihak pemaju.
- Helicopter PDRM masih berlegar-legar
* 1.30 pm - Setakat ini 28 orang telah di tahan termasuk 2 wanita.
* 1.50 pm - Pihak FRU & pemaju meneruskan meroboh rumah penduduk walaupun ketika ini hujan.
* 2.30 pm - Pemaju dan FRU menghentikan kerja-kerja meroboh premis kerana hujan turun semakin lebat.
* 3.30 pm - Exco AMK berada di Balai Polis Johor Jaya bagi membantu penduduk kg yg di tahan.
Tok Guru Nik Aziz Dapat Cucu Ke-50 , at 17.10.08,
TOK GURU Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam memperolehi seorang lagi cucu menjadikan kesemua cucu beliau kini seramai 50 orang. Cucu baru itu ialah anak Nik Omar Nik Abdul Aziz (foto). Cucu perempuan MB Kelantan dilahirkan semalam, demikian disahkan oleh keluarga terdekat Menteri Besar Kelantan itu.
Nik Aziz yang merupakan Menteri Besar Kelantan ke-12 kini sudah memasuki tahun ke-18 beliau menjadi Menteri Besar Kelantan. Beliau dilantik menjadi MB Kelantan apabila Pas berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional tahun 1990.
Dalam Pas Kelantan beliau adalah Pesuruhjaya Pas Negeri, sementara di peringkat pusat beliau merupakan Mursyidul Am Pas, jawatan tertinggi dalam hirerki kepimpinan Pas.
Beberapa kali beliau diura-urakan akan melepaskan jawatan MB Kelantan atas masalah kesihatan. Bagaimana pun disebabkan beliau merasakan tidak ada pengganti yang layak Nik Aziz yang kini sudah berusia 76 tahun masih terus memegang jawatan berkenaan.
Kepada Tok Guru diucapkan tahniah atas kelahiran cucu barunya itu mudah-mudahan cucu perempuan itu memberi semangat dan membawa kekuatan untuknya terus menerajui Kelantan sekurang-kurangnya sehingga menjelang pilihan raya ke-13 nanti.
Annuar Musa memang angkuh…. dan patut rasa malu , at 17.10.08,
Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa memang angkuh apabila enggan menerima teguran Tuan Guru Nik Abdul Aziz terhadap sikap pilih kasih kerajaan pusat dalam pemberian sesuatu projek.
Bekan Ahli Jawatankuasa Umno Kubang Kerian, Ibrahim Mamat berkata, sikap seperti itulah menyebabkan Annuar ditolak rakyat pada pilihanraya umum lalu.Umno Kelantan menerima kekalahan teruk tatkala dibawah kepimpinan Annuar Musa berbanding dengan semasa diterajui Dato’ Mustapa Mohamed.
“Saya hairan dibawah kriteria mana Presiden Umno mengekalkan Annuar Musa seperti itu di Kelantan hingga kini,” kata Ibrahim.
Baru-baru ini Annuar meminta MB Kelantan mencermin dirinya terlebih dahulu sebelum mempertikaikan projek yang dikendalikan kerajaan Pusat.
Ibrahim berkata, Annuar telah diselamatkan daripada dikenakan tindakan atas dakwaan penyelewengan yang berlaku semasa menjawat jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Umum mengetahui kehilangan wang RM30 juta Projek Pembangunan Rakyat Termikin (PPRT) di Bukit Sireh, Kuala Krai dan Projek Telor Emas di Kok Lanas serta Projek Tasek Puteri di Bukit Besi Terengganu.
Begitu juga projek baru, Projek separuh jalan Jambatan Sultan Yahya Petra Kediu yang kini menjadi projek gajah putih.
Anuar septut berasa malu dengan projek tersebut yang telah dilakukan pecah tanah lebih setahun lalu.
Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT 08) , at 17.10.08,
Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) yang menjadi acara tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu bakal diadakan di Pantai Pandak, Chendering. Dari aktiviti yang telah disusun, mungkin HIMPIT tahun ini akan menjadi acara meriah seperti konsep HIMPIT dulu-dulu.
Berikut adalah maklumat program, diharapkan semua pemuda Islam Terengganu dapat menyertai HIMPIT kali ini. Tahun lalu HIMPIT 07 di Rusila mencapai sasaran lebih 5,000 pemuda...
Tarikh: 23 - 25 Oktober
Tempat: Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu
Tentatif Program
23 OKTOBER 2008 (KHAMIS)
09.00 – 12.00 Mlm : CERAMAH PERDANA I
* YB Salahuddin Ayub24 OKTOBER 2008 (JUMAAT)
* Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi
* Ustaz Azman Shapawi bin Abdul Rani
(Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu)
08.00-09.00 pg : PENDAFTARAN PESERTA
09.30-11.00 pg : BICARA PEJUANG
Bersama YB Ustaz Mohd Nor Hamzah (Naib Ketua Pemuda Negeri)11.15- 12.30 pg : Pembahagian Tapak Khemah
01.00 – 02.00 Ptg : Solat Jumaat & Khutbah Sempena HIMPIT.
02.30 – 06.00 Ptg : PEMUDA PERKASA (Modul KHAS)
Solat Asar Berjamaah06.00 - 08.30 Mlm : Khidmat Diri
Kuliah Maghrib HIMPIT09.00 – 12.00 Mlm : CERAMAH PERDANA II
* Hj Mohamad bin Sabu25 OKTOBER 2008 (SABTU)
* YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut
* YBM Dr Syed Azman Syed Nawawi
* YB Ustaz Ariffin Deraman
07.30 - 12.00 Pagi : PEMUDA BERSAMAMU
* LARIAN HIMPIT ‘0812.00 : PERASMIAN PENUTUP DAN PEMBAHAGIAN HADIAH
* Bola Sepak Pantai
* Pertandingan Memancing
* Sukan Rakyat
* Rawatan Kesihatan
Oleh : Dato Hj. Mustafa Ali
(Pesuruhjaya PAS Terengganu)
Lampiran**
1. Ceramah Perdana I & II
* Kedua-dua ceramah dibuat di tapak HIMPIT.
2. PERKHEMAHAN PESERTA DIURUSKAN OLEH DPP KAWASAN-KAWASAN. (Penganjur hanya menyediakan khemah untuk AJK Program dan Urusetia Program Sahaja
3. Pemuda Perkasa (Modul Khas)Modul yang menguji ketahanan fizikal dan mental peserta seperti aktiviti pendakian bukit, aktiviti pantai dan lain-lain.4. Khutbah HIMPITSebanyak empat buah masjid dalam DUN Batu Buruk terlibat untuk khutbah ini.5. Kuliah Mahrib HIMPITSebanyak 3 buah surau di setiap DUN dalam Kawasan Kuala Terengganu terlibat.6. Tayangan Video dan Khidmat Kesihatan Percuma (sepanjang program)
7. Pemuda BersamaMu - Penyertaan Larian HIMPIT, Bola Sepak Pantai, Memancing dan Sukan Rakyat hanya kepada peserta program sahaja.
Nota: Apa-apa maklumat, sila rujuk dengan SU Pemuda Kawasan masing-masing.