Ikuti Blog ini

SPRM Terus Diperkudakan Untuk Rampas Selangor Dari PR

Siasatan SPRM terhadap 2 ADUN PKR bermotif politik

Kerajaan negeri Selangor mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sengaja mengucar-kacirkan pentadbiran negeri itu dengan menyiasat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengenai kegiatan melombong pasir.

Semalam ADUN Batu Caves, Amirudin Shari dan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung skandal melombong pasir di negeri berkenaan.

ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, siasatan ke atas kedua-dua ADUN tersebut bermotifkan politik.

"Cara mereka menyiasat mirip siasatan terhadap Teoh Beng Hock," katanya yang bercakap bagi pihak perhimpunan penyokong-penyokong Selangor dalam sidang media di ibu pejabat kerajaan negeri di sini hari ini.

Teoh yang merupakan setiausaha politik Exco Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati selepas disoal siasat semalaman oleh SPRM di ibu pejabatnya, sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai kematiannya.

"Malah kejadian sama turut berulang dan kali ini membabitkan Suhaimi dan Amirudin yang disoal siasat berhubung ‘penyalahgunaan dana kerajaan negeri’ iaitu dakwaan yang sama terhadap Teoh," kata Lau.

Suhaimi dan Amirudin diuar-uarkan sebagai di antara empat ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bakal keluar parti kerana mempunyai pandangan yang berbeza tentang cara kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Namun mereka menafikan perkara tersebut, sementara Lau dan para penyokong memberi sokongan penuh ke atas mereka sekaligus menolak spekulasi bahawa kerajaan negeri mengalami perpecahan.

"Saya Tidak Tertekan"

Dalam pada itu, Suhaimi berkata beliau tidak berasa tertekan dengan tindakan SPRM itu malah akan memberi kerjasama yang baik kepada mereka.

Namun beliau berulang kali menegaskan bahawa tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh menyabitkannnya dalam hal tersebut.

"Penyiasatan dijalankan secara profesional, saya tiada sebarang tekanan, dan yakin bahawa mereka hanya mengumpulkan maklumat kerana jelas SPRM cuba mencari maklumat lanjut berhubung skandal pasir itu.

"Walaupun pada awal saya tidak jelas dengan siasatan itu namun saya tidak nampak perkara sedemikian berlaku," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Walau bagaimanapun Suhaimi tidak menolak kemungkinan siasatan itu wujud pergerakan politik seperti didakwanya dalam blog Free Malaysia Today semalam.

"Saya rasa ada sedikit ‘movement’ politik dalam siasatan ini," katanya ringkas.

Sementara itu, siasatan terhadapnya akan bersambung di Ibu Pejabat SPRM, 5 Julai ini pada pukul 2 petang. -FMT


'BN salah guna agensi cuba tumbang k'jaan S'gor'

Kelab penyokong Pakatan Rakyat (PRBBC) menuduh BN menggunakan agensi dan jentera kerajaan bagi menggulingkan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR.

Pengerusi PRBBC Azmin Ali berkata mereka mendapat maklumat bahawa tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal dua ADUN Pakatan semalam “bermotifkan politik”.

"Umno menggunakan institusi seperti SPRM, polis dan pejabat Peguam Negara bagi menumbangkan kerajaan Pakatan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PRBBC pagi ini.

Semasa pertemuan itu, dua ADUN yang disoal oleh SPRM semalam - Amirudin Shari (Batu Caves) dan Shuhaimie Shafie (Sri Muda) - menceritakan kepada rakan-rakan bagaimana suruhanjaya itu menyoal mereka berhubung isu pasir kerajaan Selangor.

Azmin, yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata selain itu, mesyuarat berkenaan turut membincangkan kononnya berlaku pergeseran antaranya dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Azmin menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai propaganda jentera Umno.

Katanya, mesyuarat juga membincangkan situasi semasa Pakatan di Selangor tetapi enggan mengulas lanjut. -mk

Gambar-gambar sekitar kuliah mingguan YAB Tuan Guru MB Kelantan


Gambar-gambar sekitar kuliah mingguan YAB Tuan Guru MB Kelantan pada 2 Julai 2010. Gambar oleh Topeng Perak Unmasked




Menerima tetamu dari Syria yang dibawa oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin

Pendidikan Seks Di Sekolah,Ulasan Tok Guru Nik Aziz


KOTA BAHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.

Mursyidul Am PAS itu berkata, antara lain langkah tersebut akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.

"Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.

"Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.

Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai 'zina' dan bukan 'seks bebas' seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.

"Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud," katanya.

Isu pendidikan seks telah sekian lama diperbincangkan dengan kebanyakan pihak menggesa langkah itu dilaksanakan bagi menangani permasalahan sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara tersebut. -SH

Kerana cintakan ilmu, Ust. Nik Razi bergerak ke serata masjid

RAWANG, 2 Julai: Umurnya sudah 65 tahun. Namun kerana kecintaannya kepada ilmu dan pendidikan dia pergi ke serata masjid dan surau untuk mengajar agama sambil mengumpul sumbangan orang ramai untuk pembinaan sebuah pusat pendidikannya sendiri.

Itulah Ustaz Nik Razi Nik Mat, adik bongsu kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Nik Aziz adalah anak kedua dari lima adik beradik itu.

Malam tadi, sebagaimana bulan-bulan sebelum ini, Nik Razi, bekas pensyarah pendidikan Islam UITM itu memberikan kuliahnya di Surau As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri dekat sini.

(Gambar: Nik Razi (kiri) memberikan kad sumbangan derma kepada salah seorang jamaah surau As Siddiqin malam tadi)

Selepas sahaja selesai kuliah maghrib itu, beliau mengeluarkan sekotak kad nama yang beliau namakan kad ANB iaitu singkatan kepada Akademi Nun Berhad.

Kad itu mengandungi nombor akaun bank serta nama dan alamat akademi pendidikan yang beliau mahu tubuhkan. Melalui kad itu, beliau memohon sumbangan orang ramai untuk membantu beliau mendirikan sekolahnya.

"Sekarang ini sudah kumpul setengah juta (ringgit), kami perlukan satu setengah juta lagi untuk menyiapkan sekolah ini," kata Nik Razi ketika memberikan penerangan tentang sekolah yang menjadi idamannya sebaik sahaja selesai kuliah.

Sekolah yang dinamakan Maahad Tahfiz ICT Nikmatillah yang terletak di Pulau Melaka akan dibina di atas tanah seluas enam ekar berhampiran dengan Maahad Darul Anwar yang kini terletak di sebelah rumah Nik Aziz.

Beliau jangka, persekolahan boleh dimulakan pada tahun 2012 dengan mensasarkan 300 pelajar untuk kumpulan pertama.

Sekolah ini, sebagaimana sekolah agama lain akan membolehkan pelajarnya mengambil peperiksaan SPM dan STAM. Namun, asas agama akan diberikan secukupnya untuk membolehkan para pelajar yang tamat dari sini menjadi pendakwah yang hebat.

Kerana cintakan ilmu, Nik Razi semasa mudanya telah mengembara ke seluruh dunia mencari ilmu termasuklah pusat ilmu Islam iaitu Mesir dan Pakistan serta India. Beliau kini memiliki master dalam pengajian Islam.

Setelah sekian lama menjadi pensyarah di UITM, Nik Razi mengambil pencen pilihan pada tahun 1994 lalu. Selepas pencen, beliau menjadi mudir kepada Maahad Muhammadi (Lelaki) iaitu sebuah sekolah agama terkenal di Kota Bharu.

Selepas tiga tahun kontrak di situ, beliau bertugas di Pondok Moden Kandis sebagai pensyarah kontrak sehingga kini.

Kerana kecintaannya kepada ilmu dan mahu memberikan ilmu yang terbaik itulah Nik Razi bergerak ke segenap surau dan masjid untuk mengumpulkan sumbangan orang ramai bagi merealisasikan cita-citanya itu.

Di samping mengumpulkan sumbangan melalui kupon-kupon khas, beliau juga menjual pelbagai jenis barangan khasnya dari Kelantan termasuk serunding daging untuk tujuan yang sama selepas beliau memberikan kuliah.

"Kalau tak habis barangan itu, saya tidak akan datang lagi mengajar kat surau bulan depan," kata Nik Razi sambil tersenyum bergurau dengan murid-muridnya.

(Gambar: Sebahagian bahan jualan yang dibawa Nik Razi. Keuntungannya digunakan untuk membina sekolah idamannya)

Ketika ditanya Harakahdaily, apakah beliau tidak mendapat bantuan dari kerajaan negeri untuk pembinaan sekolah ini, kerana menteri besarnya adalah abang beliau sendiri, sambil tersenyum Nik Razi berkata:

"Adalah minta tetapi dia (Nik Aziz) kata, kalau beri, nanti orang lain pun akan minta juga. Jadi kena usaha sendiri." Bagi sesetengah pihak, tindakan Nik Aziz ini adalah kerana beliau tidak mahu menampakkan keluarga beliau mengambil kesempatan dengan kedudukan mereka.

Kepada pembaca yang sudi membantu Nik Razi mencapai cita-citanya, bolehlah memberikan sumbangan ke Mayban no akaun 153038986011.

Cek pula boleh ditulis atas nama Dana Modal Kewangan Ain no akaun BIMB Kota Bharu 03036010004548. Untuk sumber wang riba atau interest dan shubhat masukkan ke akaun BIMB 03018020377202. -Hrkh

Umno hairan: PAS berdakwah di Gereja Christ of The King bagi menjelaskan pelbagai isu yang mengelirukan penganut Kristian


Di bawah pemerintahan Umno-BN, orang Melayu-Islam bukan sahaja semakin jauh dan tidak didekatkan kepada Islam, malah ada yang murtad. Manakala orang bukan Islam pula, mereka bukan sahaja ditakut-takutkan dan ditanam perasaan prejudis terhadap Islam, malah ada yang berani menentang Islam secara terbuka.

Lantaran itu, PAS juga menerima kesannya apabila turut sukar mendekati masyarakat bukan Islam. Namun hasil usaha tanpa pernah jemu, masyarakat bukan Islam semakin menilai PAS hingga temboh pemisah selama ini dapat diruntuhkan. Pada ketika sama, masyarakat bukan Islam semakin menjauhi Umno-BN setelah melihat tindakan mereka yang semakin banyak menggugat keharmonian antara kaum dan agama.

Buat julung kalinya di negeri ini, satu dialog antara PAS yang diwakili Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Ustaz Dr. Mujahid Yusof dengan panganut Kristian telah diadakan di Gereja Christ of The King, Sungai Petani baru-baru ini.

Pelbagai persoalan ditanya yang menunjukkan bahawa mereka selama ini telah meragui dan salah faham terhadap Islam dan PAS. Antaranya berhubung kalimah Allah, murtad, Suruhanjaya Antara Agama (IFC), pelapis kepimpinan ulama, perkataan kafir, hudud, bahkan perkataan 'Mujahid' turut dibangkitkan.

Pun demikian, penjelasan diberikan Ustaz Mujahid nyata membantu meleraikan kesangsian selama ini sekaligus membuka ruang kelegaan buat mereka. Walaupun imbal balas yang diterima di kalangan mereka mengakui masih ada perasaan was-was, namun dialog itu telah membuka mata mereka terhadap kesederhanaan PAS dan berharap dapat diadakan lebih kerap selepas ini.

Terdahulu, Ustaz Mujadid dalam ucapan aluannya menghuraikan pendirian PAS dan prinsip Islam mengenai kebebasan dan hubungan antara agama, isu kalimah Allah, susur galur kekeluargaan Nabi Ibrahim hingga Nabi Muhammad dan sejarah Kristian - Islam serta ketuhanan Allah, rasuah, arak dan judi serta isu-isu negara. Hadir sama Ketua Paderi Gereja Christ of The King, Father Nelson; Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw dan aktivis masyarakat, Anil Netto.

Aziz Bari: Tukar sekali SUK, pegawai kewangan negeri

SUK & LA Perak
Pakatan Rakyat bukan sahaja disaran menggantikan penasihat undang-undang dengan peguam sendiri, malahan gagasan itu turut dicadang melantik pegawai kewangan dan setiausaha kerajaan negeri pilihan mereka.

Hal ini disuarakan oleh pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Aziz Bari.

Beliau yang dipetik oleh TV Selangor berkata ketiga-tiga jawatan berkenaan adalah lantikan kerajaan persekutuan yang disyaki berperanan sebagai tali barut kerajaan pusat untuk mengkucar-kacirkan kestabilan di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

"Oleh kerana penasihat undang-undang, pegawai kewangan negeri dan setiausaha kerajaan negeri adalah anggota kabinet negeri, jadi mereka ini mungkin membocorkan rahsia negeri kepada pusat," katanya.

"Gaji dibayar oleh negeri tetapi kesetiaan dan kiblat mereka kepada kerajaan persekutuan kerana kita faham mereka ini dipilih oleh peguam negara untuk mengkucar-kacirkan. Ini yang berlaku," katanya lagi.

'Tali barut'

Mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat sebelum ini mencadangkan supaya empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat melantik peguam luar dan bukannya dari pejabat peguam negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perubahan itu perlu dilakukan kerana penasihat undang-undang sedia ada, tidak bebas dan tertakluk kepada telunjuk kerajaan pusat.

"Yang disebut Anwar sebagai 'kecuaian' cukup lembut. Ia bukan kecuaian tetapi memang menjadi tali barut, menjadi gunting dalam lipatan kerana kenaikan pangkat ditentukan Peguam Negara bukan kerajaan negeri, bukan MB," katanya.

Mengulas lanjut, kata Aziz, tidak ada sebarang perlembagaan khusus melibatkan perkara berkenaan.

"Saya melihat perkara ini sebagai satu kelemahan dalam struktur perlembagaan. Saya tidak faham kenapa... Kalau zaman dulu mungkin susah hendak dapatkan peguam tetapi sekarang lain.

Guna istana

Beliau bagaimanapun mengesyaki tidak mustahil hasrat kerajan negeri Pakatan Rakyat akan dihalang berikutan kepentingan politik pihak berkepentingan termasuk memperalat institusi istana.

"Masalahnya, mereka (kerajaan persekutuan) akan gunakan istana untuk menghalang pelantikan ini," katanya.

Penasihat undang-undang di negeri-negeri Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum 2008 seringkali bertindak dan membuat keputusan yang bercanggah dengan kerajaan negeri. Paling ketara, ia berlaku di Perak sebelum kerajaan negeri Pakatan ditumbangkan.

Di Selangor pula, penasihat undang-undang negeri didakwa melenggahkan hasrat kerajaan negeri menjadikan dokumen konsei perjanjian air sebagai dokumen awam.

Muhyiddin Pakar Fitnah No 1

Muhyiddin penipu besar. Lembab. Sedih tengok pencacai yahudi dalam negara ini. Muhyiddin hari ni kata Anwar tanpa segan silu ke negara itu untuk memohon maaf di atas kesilapan beliau kerana khuatir ia mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakan-rakannya itu.

Kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Washington bagi menjernihkan hubungan dengan beberapa tokoh Yahudi di sana baru-baru ini jelas membuktikan bahawa hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan kumpulan tersebut memang intim, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memang munafik, penipu besar. Sedangkan Anwar kata kunjungannya ke Washington adalah di atas jemputan Woodrow Wilson International Center untuk memberikan syarahan. Selepas itu, katanya seperti biasa diadakan perjumpaan yang telah diatur untuk kakitangan editorial dan media antarabangsa. Sebab itulah laporan akhbar Washington Post yang ditulis yahudi, menyebut tentang ini. Bukannya Anwar terhegeh-hegeh ke sana naik kapal terbang 15 jam nak pergi semata-mata ampu yahudi. Takde masa Anwar buat macam tu sebab dia ke sana diundang untuk beri syarahan.

UMNO biasalah sebab dimana-mana pun mereka mengampu yahudi. Memang muhyiddin kaki penipu. Mulut busuk pemfitnah no 1. Tentu Anwar lepas ni akan failkan saman pada TPM yang lemah ni. Asyik-asyik nak tukar dasar pendidikan supaya namanya dikenang sebagai Penyata Muhyiddin, sama seperti Penyata Rahman Talib dan Penyata Razak. Sedangkan pelajar dan guru hidup dalam cacamarba. Kepada Muhyiddin penipu, sebelum bercakap tu eloklah siasat dulu. Bukannya baca Utusan yang bersuara macam yahudi tu. Mungkin Apco dah bagi taklimat pada kabinet suruh fitnah Anwar. Memang dahsyat pengaruh UPCO. Buat Pemimpin PR, jadikan agenda lawan APCO sebagai agenda utama. Lebih elok demontrasi esok bantah judi disertakan juga agenda bantah Apco.

KHAIRI UMPAMA "ANJING PEMBURU"



Kata DSAI bahawa pendirian beliau adalah jelas mengenai Israel.Saya tidak membayar satu sen pun untuk melobi saya.Malah semua itu tidak di laporkan oleh utusan dan TV3.

Lagi kisah Anak Mahathir.


Mengapa Mahathir marahkan Anwar....
Sebab... Anak Mahathir GAY....
Mengapa Mahathir membela judi.....
Sebab Anaknya Tokey Arak dan peminum arak........

Siapa pula anak Mahathir itu???? baca disini..

MCA Tibai Ibrahim Ali

"Jikalau PERKASA mahu Wee Ka Siong dipenjarakan kerana kenyataan Pemuda MCA yang membela keadilan, maka ekstremis yang celaka ini lebih patut dipenjarakan di bawah ISA," kata Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng.

Demikianlah kemarahan daripada Pemuda MCA, berikutan laporan utama edisi sulung Suara PERKASA yang bertajuk "Tahan Ka Siong bawah ISA". Beberapa orang pemimpin Pemuda MCA tampil mempertahankan Ketua-nya, masing-masing menyasarkan serangan terhadap Presiden PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia), Ibrahim Ali.

Antaranya, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng menganggap Wee Ka Siong, Ketua Pemuda MCA merangkap Timbalan Menteri Pelajaran tidak bersalah, malah memberi amaran bahawa "jangan hina maruah Pemuda MCA!", kerana Pemuda MCA tidak akan bertolak ansur dengan provokasi yang biadap ini.

Malah, Pemuda Wilayah Persekutuan MCA mendesak agar kerajaan menyatakan sikapnya untuk mengasingkan diri daripada tindakan Ibrahim Ali yang biadap, mencelarukan sentimen perkauman, dan mencungkil saraf sensitif. Untuk Pemuda Wilayah Persekutuan MCA yang sanggup jadi benteng Wee Ka Siong, seandainya kerajaan berdiam diri dalam isu ini, maka ia adalah penghinaan terhadap MCA sebagai parti komponen kedua terbesar dalam BN.

Oleh itu, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA mahu Kementerian Dalam Negeri melucutkan permit penerbitan PERKASA, sebagai amaran kepada kenyataannya yang ekstrem, malah berharap agar penjual akhbar mengambil inisiatif untuk memboikot akhbar ini, demi menjaga keamanan negara.

Akta Hasutan terhadap PERKASA dan Ibrahim Ali

Selain itu, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen turut menggesa agar polis menangkap Ibrahim Ali dan mengambil tindakan terhadap Suara Perkasa, dengan menggunakan Akta Hasutan 1948.

"Artikel dalam Suara PERKASA yang menggesa untuk menangkap Wee Ka Siong dengan ISA ini telah mencungkil kemarahan Pemuda MCA. Seandainya kerajaan berpeluk tubuh dalam isu ini, Pemuda MCA akan menyerang balik sehabis-habisnya. Kami sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan maruah MCA," kata Chai Kim Sen dalam kenyataannya.

Malah, Setiausaha Agung Pemuda MCA ini menambah, "PERKASA langsung tidak masuk akal. Pertubuhan yang dipimpin Ibrahim Ali ini bukan sahaja ekstrem, malah satu pertubuhan yang mengada-ada. Memang celaka betul!"

Pemimpin Pemuda MCA bangkit menyerang

Di samping itu, terdapat beberapa orang pemimpin Pemuda MCA lain yang turut mengeluarkan kenyataan media untuk menyelar Ibrahim Ali, hari ini. Ketua Pasukan Pemuda Kebangsaan MCA, Yap Tian Hoi membidas Suara PERKASA kerana menggunakan propaganda "kelas rendah" untuk mencungkil sentimen perkauman.

Ketua Biro Kajian Strategik dan Perancangan Pemuda MCA, Foo Seck Chyn pula membidas bahawa kesabaran kerajaan untuk membenarkan hujah perkauman ini berleluasa telah mencungkil kemarahan rakyat.

Naib Setiausaha Agung Pemuda MCA, Loh Chew June pula mendesak agar kerajaan memisahkan diri dari PERKASA, untuk membuktikan bahawa kerajaan mendukung semangat 1Malaysia, dan tidak bersekutu dengan pertubuhan yang ekstrem dan berkelas rendah ini.

*Kenyataan-kenyataan di atas dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin Pemuda MCA, diterjemahkan dan disunting oleh MerdekaReview.

Posted by Love Perak
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .