Ikuti Blog ini

AMANAT PRESIDEN KEPADA PEMUDA


KUALA TERENGGANU - Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan para petugas pemuda Pakatan Rakyat mengikat janji setia dalam menghadapi kerja pilihan raya kecil parlimen (PRK) Kuala Terengganu.

Menurutnya kerja menghadapi PRK Kuala Terengganu adalah termasuk dalam kerja besar politik, memerintah dan memimpin negara.

Beliau berkata Nabi Muhammad s.a.w. mengajak mereka yang menjalankan tugas dan amanah yang besar tersebut dengan mengadakan 'janji setia' bukan hanya sekadar mengucap dua kalimah menjadi seorang Islam.

"Bahkan mereka wajib menterjemahkan dua kalimah sahadah itu bagi meninggikan kebenaran dan keadilan hukum Allah di muka bumi Allah SWT, dimana dalam sejarahnya pemimipin yang memerintah dengan zalim tidak mudah menyerah kalah,"tegasnnya dalam Ucapan Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda Pakatan Rakyat di Kuala Ibai, di sini, semalam.

Katanya dalam PRK Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 17 Januari depan, PAS dan Pakatan Rakyat bukan hanya berhadapan dengan Umno dan parti-parti komponen Barisan Nasional namun akan turut berdepan dengan jentera kerajaan yang disalahgunakan.

"Kita berdepan dengan semua pihak yang mempertahankan rasuah, yang mempertahankan kezaliman, dan pihak yang melakukan kesalahan menipu rakyat dengan berbagai-bagai cara,"katanya.

Oleh yang demikian, beliau mengingatkan para petugas kepada peristiwa bai'ah, yang berlaku di bulan haji yang mulia dimana RasululuLlah s.a.w. mengumpulkan 73 orang lelaki dan 2 muslimat dari Madinah untuk mengikat 'janji setia' bersedia menjalankan kerja-kerja besar bagi mendirikan negara dan menghadapi cabaran.
"Yang pertama dengar dan taat di masa rajin dan malas, yang kedua bersedia menyumbangkan harta dimasa senang dan susah, yang ketiga menyuruh yang baik dan mencegah mungkar, yang keempat bangun bersama untuk menyatakan kebenaran Allah dan yang kelima berjanji mempertahankan RasuluLlah dan Islam,"katanya
Justeru, beliau menyeru kepada semua para pemuda harus berdisiplin dan taat kepada keputusan kepimpinan, tekun serta bersungguh-sungguh menyumbangkan tenaga dan kewangan.

Ia adalah kerana katanya katanya kerja-kerja pilihan raya di negeri Terengganu pelik dan berbeza dengan negeri-negeri lain.

"Di negeri lain, termasuk negeri Kelantan, peratus keluar mengundi (adalah) 80% ke bawah, Terengganu (jumlah) keluar mengundi (di antara) 85% hingga 90%, sehingga ada yang 'mati pun' keluar mengundi,"ujarnya dengan nada sinis.

Menurutnya PAS Terengganu mempunyai kekuatan kerana Terengganu merupakan negeri yang pertama mencapai kemenangan pada tahun 1959.

Namun begitu, katanya, PAS Terengganu diserang begitu hebat dan terpaksa berhadapan dengan Umno dan Barisan Nasional yang mempunyai kekuatan kewangan dan pelbagai tipu daya.

Sehubungan dengan itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK), berikrar dan berjanji setia akan turun habis-habisan menghadapi PRK Kuala Terengganu.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin berkata Pengarah Pilihan raya AMK Pusat, Fariz Musa akan memberikan sepenuh kerjasama dan bantuan kepada jentera pilihan raya pemuda PAS negeri Terengganu.

Beliau yang ditemui selepas Majlis Pelancaran berkata AMK telah menubuhkan sebuah bilik gerakan khusus di DUN Ladang sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Bilik Gerakan akan dirasmikan pada 31 Disember, kita akan bantu, PAS akan mengetuai, AMK akan menyokong,"kata Shamsul.

Selain itu, katanya, pengaturan telah dibuat oleh oleh KeADILan Pusat dengan tiga atau empat KeADILan dari negeri-negeri membantu setiap DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu.

Turut berucap dalam Majlis Pelancaran yang dihadiri oleh 1500 peserta itu adalah Ketua Dewan Pemuda PAS, Salehuddin Ayob.

Beliau dengan tegas memberikan amaran kepada pemuda-pemuda Umno dan Barisan Nasional agar tidak menjalankan kempen di luar daripada batas undang-undang.

Katanya pemuda-pemuda Pakatan Rakyat bersedia menghadapi apa jua keadaan demi memastikan Calon PAS dan Pakatan Rakyat memenangi PRK Kuala Terengganu. Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ketua Pemuda PAS Terengganu dan Ketua AMK Terengganu.


Ezam Tersungkur Di Pintu Syurga



" Masih segar dalam ingatan betapa anak muda ini dahulu begitu menonjol dan menunjukkan daya kepimpinan yang cemerlang sewaktu mengetuai Pemuda Keadilan Malaysia. Dalam usia yang sebegitu muda, Ezam telah menunjukkan bakat kepimpinan yang ada dalam dirinya serta berani menghadapi segala cabaran dan rintangan yang datang.

Laporan polis yang dibuat berhubung dengan salah-laku dan rasuah pimpinan UMNO entah dah berapa laci. Banyak kali ditangkap dan dilokap. Didakwa di mahkamah berpuluh kali atas Akta OSA dan pernah ditahan di bawah ISA bersama rakan-rakan yang lain. Inilah anak muda yang dididik oleh sifunya Anwar Ibrahim sehingga gaya cakapnya dalam ceramah pun mirip Anwar. Betapa hebatnya pengaruh Anwar dalam jiwa anak muda ini.

Malangnya anak muda yang diramal akan terus cemerlang dalam karier politiknya bersama Parti Keadilan Rakyat serta berganding bahu kembali dengan sifunya yang telah dibebaskan dari penjara, tiba-tiba 'tersungkur di pintu syurga'. Pemuda yang menjadi harapan rakyat serta rakan dalam barisan pembangkang akhirnya mengisytiharkan diri kembali ke pangkuan UMNO dengan alasan berpuashati dengan pentadbiran Pak Lah. Dengan erti kata lain, Ezam merasakan segala perjuangannya selama ini telah selesai apabila Mahathir 'retired'. Ditambah pula keyakinannya terhadap Pak Lah yang nampaknya begitu serius dalam memerangi rasuah.

Pada pemerhatian 'dangkal' saya, sebenarnya Ezam kecewa apabila tewas dua kali dalam Pilihanraya Umum 1999 dan 2004. Lebih memedihkan hatinya apabila ada di kalangan rakannya seperti Azmin Ali menang dalam Pilihanraya 1999 bagi kerusi DUN. Ini mungkin satu faktor. Faktor kedua, Ezam pada hakikatnya gopoh dan tidak sabar dalam mengharungi kehidupan sebagai politician. Walaupun ada berita yang bertiup mengatakan Ezam tidak berpuashati dengan Anwar dan barisan kepimpinan PKR, namun ini hanyalah alasan dangkal. Biasalah dalam politik, kadang-kadang kita tidak berpuashati dengan pimpinan dan rakan. Janganlah rasa tidak puashati dijadikan alasan untuk kita meninggalkan perjuangan yang murni.

Ezam juga sebenarnya seorang yang 'high taste'. Pernah berlaku perbalahan antara dia dengan Lokman Nur Adam sehingga menyebabkan Lokman meninggalkan Keadilan. Dari sumber yang boleh dipercayai, Lokman tidak berpuashati dengan tindakan Ezam berpindah ke rumah baru yang berharga ratusan ribu sedangkan dalam waktu yang sama parti memerlukan dana bagi menggerakkan jentera. Tak tahulah berapa juta Najib offer kat Ezam setelah dia "insaf dan bertaubat" untuk kembali kepada UMNO yang dirasakannya parti yang bersih, amanah dan tulus ikhlas membela agama, bangsa dan negara di bawah pimpinan Imam Hadhari, As-Syeikh Abdullah Badawi.

Walau apa pun pandangan yang kita berikan, hakikatnya Ezam melakukan satu tindakan yang "paling bodoh" dalam sejarah hidupnya. Jika kekayaan dunia yang sebenarnya dikejar selama ini, memang patutlah dia duduk dalam UMNO. Namun jangan diharap dia boleh menjawat apa-apa jawatan dalam barisan kepimpinan pemuda UMNO. Tanpa disedarinya, tindakan kembali kepada UMNO umpama menghulurkan leher untuk disembelih. Kita lihat saja hari ini Ezam dijadikan "pecacai" oleh UMNO. Setelah dimalukan di Permatang Pauh, kini Ezam mahu menguji pula kredibilitinya di Kuala Terengganu.

Bagi saya, yang pastinya orang tidak akan mahu dengar dan percaya lagi segala cakap-cakapnya. Orang UMNO sendiri pun sebenarnya tak berapa percaya serta menaruh prasangka terhadapnya.

Saya yakin bahawa jauh di sudut hatinya rasa menyesal dengan tindakan bodoh dan gopoh yang diambil untuk kembali kepada UMNO. Namun apakan daya, nasi dah jadi bubur. Nak berpatah balik sudah tentu merasa aib. Jadi, alang-alang memegang keris, biar sampai berkarat.

Sebenarnya Ezam masih berpeluang untuk membetulkan kesilapannya. Sempena Maal Hijrah ini, saya harap Ezam muhasabahlah diri. Tak perlu malu mengakui kesilapan. Selagi kita bernama manusia, maka selagi itulah kita ada membuat kesilapan.

Pintu PAS sentiasa terbuka untuk mu wahai anak muda.

Salam Maal Hijrah buat Ezam Md.Noor dan keluarga.

Jazakallah.

Ceramah Perdana 31/12/2008 Dan 3/1/2009







Ya Allah selamatkan saudara-saudara kami di Palestin

Demonstrators shout slogans during a protest against Israeli attacks on Gaza in front of the Israeli embassy in Madrid December 28, 2008.  REUTERS/Juan Medina (SPAIN)

Demonstrators shout slogans during a protest against Israeli attacks on Gaza in front of the Israeli embassy in Madrid December 28, 2008. REUTERS/Juan Medina (SPAIN)

Demonstrators shout slogans during a protest against Israeli attacks on Gaza in front of Israel's embassy in Ankara December 28, 2008. Protesters demanded that the Turkish government ends all kinds of relations with the Israeli government. REUTERS/Umit Bektas (TURKEY)

Demonstrators shout slogans during a protest against Israeli attacks on Gaza in front of Israel's embassy in Ankara December 28, 2008. Protesters demanded that the Turkish government ends all kinds of relations with the Israeli government. REUTERS/Umit Bektas (TURKEY)

Demonstrators shout slogans in Istanbul December 28, 2008 during a protest against Israeli attacks on Gaza. Israel destroyed Hamas's main Gaza security complex in an air strike on Sunday and prepared for a possible invasion of the territory after killing more than 280 Palestinians in the first 24 hours of a powerful offensive.  REUTERS/Osman Orsal (TURKEY)

Demonstrators shout slogans in Istanbul December 28, 2008 during a protest against Israeli attacks on Gaza. Israel destroyed Hamas's main Gaza security complex in an air strike on Sunday and prepared for a possible invasion of the territory after killing more than 280 Palestinians in the first 24 hours of a powerful offensive. REUTERS/Osman Orsal (TURKEY)

Ya Allah selamatkan saudara-saudara kami di Palestin

Disaat saya menulis posting ini regim haram zionis Israel masih lagi berkeras kepala melancarkan serangan udara mereka ke atas bumi Gaza yang ditadbir oleh HAMAS di Palestin. Terbaru setakat ini menurut agensi berita antarabangsa lebih 225 orang telah syahid dan beratus-ratus lagi cedera dan musnah sama-sekali tempat tinggal mereka.


Bom dan peluru berpandu dilancarkan ke atas bumi yang sesak dan padat dengan penduduk. Rakyat Palestin di Gaza kini disekat dari pelbagai penjuru, makanan kurang, bahanapi kurang, ekonomi tidak menentu, dan dalam keadaan begitu binatang bernama regim zionis ini dengan senang hati menggunakan teknologi dan kekuatan ketenteraan mereka memusnahkan saudara-saudara kita yang lemah dan tidak berdosa itu.


Maghrib tadi kita telah memasuki ke tahun Hijrah yang baru, mengingati betapa Rasulullah saw dan para sahabat bersusah-payah berkorban menyeberangi bahang padang pasir, meninggalkan Makkah menuju Madinah dan akhirnya menegakkan Daulah Islamiyah yang pertama, itu 1430 tahun yang lalu. Tetapi hari ini segala yang ditegakkan oleh Baginda kita biarkan begitu sahaja, darah umat yang dicintai Rasulullah saw itu kita biarkan tertitis dan tertumpah ke bumi tanpa pembelaan, malah seolah kita tidak berupaya melakukan apa-apa, cuma menjadi penonton yang bisu dan bacul.


Regim haram ini bagaikan mencabar umat Islam, ya disambutan Awal Muharam kamu, kami musnahkan dan bunuh saudara-saudara kamu, apa yang boleh kamu lakukan? Kamu mungkin ramai, kaya tetapi kekuatan kamu itu tidak mampu mengusik kami walau sehelai rambut kami!

Saya sendiri yang menulis ini sekadar boleh melayan luapan darah panas dalam tubuh melihatkan kedurjanaan ini berlaku, tetapi apakah yang boleh kita lakukan terhadap bangsa jahanam ini?


Mudah-mudahan Allah swt menggerakkan hati pemimpin-pemimpin negara-negara Islam agar bersatu, mengenepikan perbezaan dan perbalahan, menumpukan sepenuh kekuatan, membela saudara-saudara kita di Palestin dan mengajar regim haram ini. Mudah-mudahan Allah swt memberikan kekuatan kepada saudara-sauadara kita yang dizalimi itu, lindungi mereka, pelihara mereka.


Subuh nanti bacakan qunut nazilah dan terus bacakan saban hari sehingga hancur musnah musuh-musuh Allah ini:


Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka


Ya Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka.


Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa. Wahai Tuhan Yang Penuh Raksasa Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka.


Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, kalahkan mereka. Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.




Akan Sampai Masanya, Hudud Akan Di Terima

http://buletinonline.net/images/berita15/nikazizpc.jpg
Kuala Terengganu – Suatu masa nanti, akan tiba masanya dimana semua pihak akan menerima perlaksanaan undang-undang Islam termasuk Hudud dan Qisas.


“Tak apalah, akan sampai masanya, kita tanam ubi kalau ubi setela kan, ubi keledek ni tiga bulan boleh makan, tapi kalau tanam kelapa sepuluh tahun boleh makan,

“projek besar kita tengok, Islam ni projek besar, sepuluh tahun dua puluh tahun, nabi Muhammad 23 tahun, saya ni dua puluh tahun doh, pelik apa kalau lambat sikit,” kata Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat kepada para wartawan selepas Majlis Pelancaran Jentera Bantuan dari Negeri Kelantan bagi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, di Masjid Hiliran, di sini semalam.

Beliau berkata setiap undi yang diberikan kepada PAS akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT kerana PAS adalahsebuah parti yang memperjuangkan Islam berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

”Kita tak boleh beri pahala, pahala mari dari Allah, Allah berikan siapa yang ikhlas kepada dia (baca ayat Quran) berabdi dengan penuh ikhlas kalau abdi tidak ikhlas tak boleh pahala,

“UMNO awal-awal lagi tolak Islam, ambil kebangsaan, sudahlah begitu dia lawan pulak PAS parti yang terang-terang sebut al-Quran dan Hadis, macamana boleh pahala,

“Sebab itu dia bagi duit, dia ganti dengan duit, ganti duit dengan pahala,”katanya ketika menjelaskan kenyataan dalam ucapannya dalam majlis tersebut yang menegaskan bahawa para pengundi yang mengundi PAS akan diberi ganjaran pahala.

Sehubungan dengan itu beliau berkata tidak ada sebab bagi orang-orang Melayu Islam mengundi calun UMNO kerana UMNO terlalu banyak kelemahan dan tidak patut wujud.

“Tentulah (UMNO beri duit untuk minta sokongan), kalau tak beri duit kerana apa nak sokong dia, (buat) pembangunan, PAS boleh buat pembangunan, Pakatan Rakyat boleh buat pembangunan, nak jaga Melayu, dia jaga PAS lebih jaga lagi, kerana PAS ni jaga (Melayu) dari dunia sampai akhirat,

“UMNO dia tolak Islam, dia tak sampai akhirat, dia jaga setakat dunia sahaja, ini kelemahan-kelemahan UMNO, dia tak patut wujud atas muka dunia ni,”kata beliau yang turut yakin dengan kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Keyakinan beliau adalah berdasarkan kepada sokongan semua pihak yang semakin meningkat kepada PAS kini berbanding dengan beberapa tahun lalu.

”Tentulah (menang), kalau menang kita boleh dua, pahala pun dapat, negeri kita memerintah, kalau tak menang, kita dapat pahala, tak apa tak rugi (baca ayat Quran) hei orang kafir, mu nak tunggu apa kami, tunggu satu daripada dua baik, kalau kita menang AlhamduliLlah, negeri kita perintah, kalau kita tak

menang, kita boleh pahala tak apa lah tahun depan kita dapat lain,”

“benda-benda hok (yang) PAS kata sekarang ni banyak dah orang terima, dulu, ni cerita (pasal) Hudud lah kan, terima Hudud, dulu usahkan Hudud, sebut kata politik Islam pun orang tak boleh terima, sekarang ni Melayu PAS pun terima, Melayu UMNO banyak sokong PAS dah sekarang ni, Cina pun sokong,”katanya.

Justeru beliau berharap semua warga Parlimen Kuala Terengganu akan mengundi calun PAS pada 17 Januari depan.

“Saya berdoa kepada Allah dan minta rakyat semua, Cina Melayu PAS dan UMNO sokong calun PAS, usahkan orang PAS, UMNO pun saya minta untuk sokong (calun PAS),”tambahnya




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .