Ikuti Blog ini

UMNO BN Ditalqinkan Pada Sidang DUN 7 Mei?

Empat hari sebelum sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang dipanggil oleh kerajaan kudeta tajaan Umno-Barisan Nasional suasana disekitar bandaraya Ipoh nampak tenang pada permukaan.

Warga Ipoh Bandaraya Bunga Kertas mundar mandir sebuk dengan urusan harian dan perniagaan mereka tanpa ada gangguan terhadap jadual kehidupan mereka - setakat ini.

Mereka sedar bandaraya itu akan menjadi medan pertembungan politik yang amat bersejarah dalam kesinambungan pergolakan politik negeri Darul Ridzuan sejak 5 Februari lalu apabila Umno-BN melalui permainan politik kotor dan licik telah mengheret institusi raja yang selama ini disanjung tinggi rakyat untuk menumbangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang sah.

Semakin dekat kepada tarikh 7 Mei semakin kuatlah daya tarikan yang akan memusatkan rakyat seluruh negeri Perak dan negara ke Ipoh bagi menyaksikan peristiwa bersejarah ini.

Walaupun secara prosedur sidang itu menyalahi peraturan kerana membelakangi dan menghina kuasa Speaker, namun atas dasar menghidupkan amalan demokrasi dan sikap kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mahu terus mempertahankan prinsip keluhuran undang-undang dan taat setia kepada Sultan Perak, ditelan jugalah kepahitan yang dipaksa ke atasnya.

Umno-BN terus melakukan kezaliman demi kezaliman di negeri yang penuh bersejarah itu. Bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874 yang menyaksikan permulaan penjajahan Inggeris secara rasmi dibumi Tanah Melayu melalui sistem Residen sehinggalah tertubuhnya kerajaan haram Umno-BN tiga bulan lalu, negeri Perak tidak putus-putus menjadi saksi kepada segala jenis muslihat politik jahat yang membelenggu rakyat jelata negeri ini.

Sungguh malang nasib negeri yang kaya dengan sejarah, kaya hasil mahsul, kaya alam semulajadi yang menguja setiap pengunjung, kaya ilmu tetapi miskin prinsip, miskin kehormatan diri dan miskin politik harga diri.

Umno dan BN bukan sahaja telah menjual harga diri mereka demi kerakusan kuasa dan kedudukan dengan harga picisan malah menjual kehormatan rakyat Perak dengan menafikan hak memilih kerajaan sendiri.

Kelakuan mereka sepertilah beruk mendapat bunga - menodai segala prinsip dan amalan demokrasi tanpa segan silu setelah merampas kuasa secara haram.

Yang pasti apa sahaja perancangan Umno-BN untuk terus kekal berkuasa secara haram hanya akan mendekatkan mereka ke liang lahad politik.

Sidang DUN pada 7 Mei depan akan sekali lagi menzahirkan hakikat ini dan menggariskan rasa marah rakyat terhadap parti itu.



Ikatan kukuh Pakatan Rakyat bermula di Perak - Nizar


Image


KUALA KRAI - Pakatan Rakyat biar pun baru diwujudkan namun kini sudah menjadi satu ikatan yang kukuh.


Ini dapat dibuktikan apabila Pakatan berjaya mentadbir kerajaan di Perak. Sedangkan sebelum ini PAS sukar menjalinkan kerjasama dengan DAP memandangkan perbezaan ideologi.


Namun segala halangan tersebut berjaya diketepikan selepas pilihan raya umum tahun lepas.


"Inilah kelebihan tahaluf siasi yang diamalkan PAS bagi menjalinkan hubungan dengan pemimpin bukan Islam," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin.


Beliau berkata, Perak menjadi perintis untuk membuktikan kemampuan Pakatan Rakyat mengurus sebuah kerajaan yang mana komposisi antara kaum hampir setara.


Ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Kuala Krai di Markaz Sungai Durian, semalam katanya tanpa pendekatan tersebut PAS tentunya tidak mampu berada dalam kerajaan di Perak.


Sebelum itu ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Pengkalan Chepa katanya, PAS di Perak melalui perubahan yang ketara walau pun lebih 10 bulan menerajui kerajaan negeri.


Menurutnya dalam tempoh tersebut rakyat sudah dapat menerima kehadiran PAS termasuk masyarakat Cina dan India.


Image

"Ini terbukti kemenangan PAS di Bukit Gantang pada pilihan raya kecil yang diadakan baru-baru ini. Sokongan padu masyarakat bukan Islam telah menambah majoriti diperolehi PAS pada pilihan raya tersebut.


"Kalau ke Perak tuan-tuan akan dapat melihat rakan-rakan kita dari dari kaum Tionghua dan India memakai baju bergambar Tok Guru. Mereka kini tidak segan lagi menyokong Pakatan Rakyat," ujar beliau ketika ditemui pemberita selepas itu.


Ditanya ada kawasan yang mencalonnya bertanding jawatan Naib Presiden PAS katanya beliau belum dapat memberi jawapan lagi.


Kata beliau tumpuannya sekarang menyelesai beberapa kes yang dibawa ke mahkamah mengenai krisis yang berlaku di Perak.


Beliau juga berharap pertandingan yang akan berlaku pada muktamar Jun depan tidak menjadi halangan dalam usaha memperkasakan hubungan persaudaraan Islam.


Nizar yang juga anggota parlimen Bukit Gantang berharap peristiwa rampasan kuasa yang pernah berlaku di Kelantan dan terbaru di Perak perlu dijadikan sebagai pengajaran kerana musuh tidak akan berdiam diri bagi menawan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.


Sementara itu, Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, cawangan-cawangan PAS hendaklah bekerja keras dan kerap mengadakan aktiviti bagi merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.


"PAS kawasan tidak akan berjaya sekiranya cawangan berdiam diri dan kita tidak boleh beranggapan PAS kawasan maju selagi cawangan berada di tahap lama serta kurang kegiatan," katanya.


Pada mesyuarat itu, dua usul tanpa bahas diluluskan iaitu Cawangan Kedai Lalat yang mendesak kerajaan Malaysia mengadakan peraturan mana-mana wakil rakyat yang bertukar parti mestilah meletakkan jawatan terlebih dahulu.


Usul PAS Cawangan Pulau Belachan pula mendesak kerajaan negeri melantik ahli lembaga pengarah dan pegawai-pegawai syarikat milik kerajaan negeri mempunyai latar belakang pendidikan, kemahiran dan berpengalaman dalam bidang berkaitan.

Kenyataan Media ADUN Titi Serong.



Drs. Khalil sedang memberikan kenyataan dalam sidang media pagi tadi.

IPOH, 3 Mei :- Ekoran dari 5 kediaman ADUN Pakatan Rakyat "diganggu" oleh pihak keselamatan, satu sidang media dilakukan di pejabat DAP Ipoh oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak Pakatan Rakyat yang juga ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim pada jam 11.30 pagi tadi.

Selain itu Sidang Media itu juga dihadiri oleh Exco Kerajaan Perak pakatan Rakyat, Hj. Zainuddin Yusuf dan Thomas Su.Manakala ADUn yang hadir ialah, Chang Lih kang (Teja),Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Lim Phek Her(Mengelembu)

Berikut ini adalah Kenyataan Media ADUN Titi Serong..

Setakat ini ADUN Pasir Pinji, Mengelembu, Kepayang , Teja dan Buntong telah didatangi oleh sekumpulan pegawai Polis dengan berkenderaan van dan kereta. Mereka mengambil gambar dalam keadaan mencurigakan dan menimbulkan perlbagai persoalan dari ADUN berkenaan, keluarganya dan jiran tetangga.

Oleh itu saya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat (BBC-PR) yang juga ADUN Titi Serong bersama-sama ADUN PR yang lain menyatakan :-

1.Membantah tindakan semacam "provokasi" untuk menakut-nakutkan ADUN Pakatan Rakyat sebelum Sidang DUN pada 7 Mei depan.

2.Mempersoalkan apakah tujuan rumah ADUN berkenaan dilawati secara tidak diundang dan apakah tujuan gambar dan kehadiran ramai polis.

3. Kami akan sentiasa mematuhi undang-undang yang sedia ada dan sanggup berkerjasama dengan pihak keselamatan tetapi bukan dengan cara "tidak diundang" dan kami tidak tahu menahu dengan kehadiran mereka kalau tidak dimakulum oleh keluarga dan jiran.

4. Apakah kesalahan dan tindakan melanggar undang-undang yang telah dilakukan oleh ADUN Berkenaan ?

5. Pada kesempatan ini saya mempersoalkan tindangan Zambry dan BN membenarkan Dewan Negeri dimasuki oleh "bomoh" untuk menjampi kerusi speaker. Oleh itu saya mendesak Mufti Kerajaan Negeri Perak untuk mengeluarkan fatwa mengenai perkara tersebut.

3 Mei 2009,
Di Ipoh Perak.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak
Pakatan Rakyat (BBC-PR)

Hanya 5 Ribu orang sahaja dibenarkan SPR… siapa yang nak kira ni?

fghjkj

Semakin hari semakin mengarut SPR ni... kalau takut sangat dan undang2 boleh diubah tiap2 hari,Apa kata PRU 13 nanti SPR hanya benarkan penyokong2 BN sahaja yang hadir di hari penamaan calon.. ini lagi BEST


Hanya 5,000 boleh iringi calon



SPR, polis setuju hadkan rombongan hari penamaan calon elak masalah


PETALING JAYA: Dalam usaha mengawal persekitaran luar kawalan pada hari penamaan calon, parti-parti politik yang bertanding ‘dilarang’ membawa penyokong mengiringi calon tidak lebih daripada 5,000 orang.


Pendekatan itu akan dikuatkuasakan semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang bulan ini.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis telah mencapai persetujuan mengenai soal itu semasa satu pertemuan Khamis lalu.


Justeru, SPR menyerahkan kepada polis untuk melaksanakan pendekatan tersebut.


“SPR dan polis merayu dan berharap parti-parti politik yang bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecil mulai sekarang supaya mengehadkan kehadiran para penyokong yang mengiringi calon pada hari penamaan calon tidak melebihi 5,000 orang,” kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online.


Aspek itu juga telah disentuh pada pertemuan dengan parti-parti politik 23 April lalu tetapi soal bilangan hanya dipersetujui Khamis lalu dalam pertemuan dengan polis.


Beliau memberitahu, walaupun 5,000 penyokong dibolehkan mengiringi calon sehingga kawasan pekarangan pusat penamaan calon, hanya 50 orang sahaja akan dibenar memasuki khemah tetamu khas di dalam pusat penamaan calon.


Lazimnya, himpunan ribuan penyokong calon menjadi tumpuan ketika pilihan raya kecil.


Sambil menyifatkan bilangan yang diputuskan itu sebagai munasabah, kata beliau, SPR menyerahkan kepada polis untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk melaksanakan pendekatan tersebut.


“Oleh kerana perkara ini tidak disebut dalam mana-mana peraturan pilihan raya, jadi apa yang SPR boleh buat ialah mengharap dan merayu kepada parti-parti politik agar memastikan kehadiran tidak melebihi 5,000 orang.


“Bagaimanapun apabila polis melaksanakan pendekatan ini di luar kawasan (pusat penamaan calon), terserah kepada pihak polis untuk mengambil tindakan mengikut kuasa dan tanggungjawab mereka,” katanya.


Wan Ahmad mengakui bilangan penyokong yang hadir semakin bertambah dan tidak terkawal sehingga menyusahkan orang ramai dan pasukan keselamatan sejak kebelakangan ini.


“Kalau tidak dibuat sekarang, jumlah mereka yang hadir pada hari penamaan calon akan bertambah… mungkian beribu-ribu orang dan ia akan terus bertambah,” kata beliau dengan merujuk kepada suasana semasa pilihan raya kecil sejak awal 2007, khususnya di Ijok, Selangor; Permatang Pauh, Pulau Pinang, Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah.


Kata Wan Ahmad, pihaknya mahu mengambil langkah-langkah proaktif sebelum keadaan bertambah buruk pada masa depan.


Jelas beliau, parti-parti politik sebenarnya telah diminta mengambil langkah mengawal emosi dan perlakuan para penyokong tetapi keadaan tidak berubah.


“Apa yang kita boleh buat ialah merayu kepada parti-parti politik yang bertanding mematuhi keputusan yang dicapai ini,” katanya.


“Kami memerlukan kerjasama parti-parti politik… kerjasama sangat diperlukan,” katanya.


Selain pendekatan itu, SPR telah memutuskan untuk melarang parti-parti politik mendirikan pondok panas dan berkempen pada hari pengundian berlangsung.


Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula menyifatkan nasihat yang diputuskan oleh SPR itu sebagai langkah baik untuk mengawal situasi semasa pilihan raya kecil khususnya penamaan calon.


“SPR sudah memberikan nasihat dan kami berharap mereka akan mematuhi nasihat ini,” kata beliau sambil menambah bahawa Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah akan memaklumkan parti-parti politik mengenai pendekatan baru ini.


Musa juga menghadiri pertemuan dengan SPR Khamis lalu.


SPR dan Polis Buat Cerita Lawak Bodoh Lagi!


Satu lagi lawak di pagi minggu!! Mengapa 5,000, bukan 6,000, bukan 7,000 penyokong? Ya, ia kerana penyokong BN yang termampu hadir pada hari penamaan calon biasanya tidak lebih 5,000. Malah jumlah 5,000 itu pun kepada BN dianggap sangat besar. Berbeza dengan PR yang kehadiran penyokong 20,000 dianggap perkara biasa.
Tapi kepada penyokong PR jangan gelabah dengan berita ini. Ia bukan peraturan yang ada dalam Akta Pilihanraya, ia cuma satu understanding antara SPR dan polis. Lagi pun siapa hendak pastikan bilangan penyokong yang mengiringi calon 4,000 orang, 4,999 orang atau 5,001 orang? SPR dan PDRM akan keluarkantiket kepada penyokongkah bagi menentukan bilangan penyokong tidak melebihi 5,000? Jangan buat cerita lawak bodohlah SPR!

Surat Dato' Tuan Ibrahim Kepada Sahabat Lama

Assalamualaikum wrh wbt.

Kepada sahabat lama Jamil Khair Baharom,
Semoga Allah memberkati mu, walau lama kita tak bersua. Semoga Allah melimpah belas kasihanNya ke atasmu.

Terlebih dahulu Aku merakamkan ucapan takziah di atas bebanan yang sedang engkau pikul, kerana engkau tidak lebih baik dari Imam Ahmad yang menolak perlantikan sebagai Mufti, kerana itu bermakna ia meredai kezaliman khalifah. Tetapi engkau juga tidak sekejam Hajjah bin Yusuf al-Thaqafi yang bertindak membelakangkan hukum Allah bagi menunjukkan kekuasaan yang ada.

Tetapi jauh lebih membimbangkan aku terhadapmu ialah engkau akan ‘terpaksa’ menentang Jamaah Islam, engkau akan menentang Parti Islam. Kami tahu kami bukanlah yang terbaik, tetapi aku lebih bimbang bilamana kamu menganggap UMNO lebih baik. Engkau akan terpaksa meredai kemungkaran yang diizinkan pemerintah dan membenarkan kezaliman ISA dan lainnya. Aku tahu engkau tidak kuat menahan kemurkaan Allah di akhirat seandainya Ia murka. Aku memohon perlindungan dariNya untuk aku dan kamu.

Lantaran itu, kumpullah mereka yang takutkan Allah, satulah kekuatan bagi menentang kezaliman , tegaklah makruf dan tentanglah kemungkaran dari dalaman UMNO yang kamu mampu; tetapi akhirnya kamu akan kecewa. Kerana kamu dilingkungi oleh bukan ahlinya.

Sekian, ingatan sahabat sementara hidup, kerana tiada pesanan di akhirat.

Wassalam.

Sahabat Lama;

TUAN IBRAHIM TUAN MAN.


Nizar Diminta Pertimbangkan Tanding Jawatan Naib Presiden PAS

Akhbar MSTAR melaporkan Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding atau tidak jawatan Naib Presiden PAS Jun ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu berkata, beliau belum memikirkan perkara itu dengan mendalam kerana mahu memberikan tumpuan terhadap kesnya di Mahkamah Tinggi Ipoh pada 4 hingga 6 Jun ini.

"Setakat ini belum terlintas dalam sanubari saya (untuk memikirkan soal pencalonan jawatan dalam parti)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Pas Kawasan Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Walau bagaimanapun rata-rata ahli-ahli PAS seluruh negara berpandangan dan yakin bahawa ahli parlimen Bukit Gantang itu akan memberikan pertimbangan yang wajar untuk beliau menerima pencalonan seterusnya bertanding sebagai Naib Presiden parti pada pemilihan di muktamar PAS yang akan datang ini.

Beberapa kawasan telah meletakkan nama beliau sebagai pilihan yang pertama di dalam merebut jawatan Naib Presiden.

Ini kerana PAS amat memerlukan kepimpinan beliau dan ramai melihat Mohd Nizar mampu untuk menjadi tokoh yang dapat menunjukkan kepimpinan berkualiti yang diharapkan di dalam sebuah organisasi yang juga harakah Islam seperti PAS.

Ketrampilan dan ketokohan Mohd. Nizar bukan saja diterima oleh semua pihak di dalam PAS, malah dikagumi dan digeruni oleh mereka yang di luar PAS. Mungkin ayat ini berlebihan namun pada hakikatnya tiada siapa yang dapat menyangkal kehadiran Mohd Nizar di pentas politik tanah air yang membawa PAS bersamanya telah banyak membuka mata masyarakat negara ini terhadap perjuangan PAS.

Mohd Nizar berjaya menterjemahkan slogan PAS For All dari kata-kata kosong kepada sesuatu yang praktikal sehingga usaha memasyarakatkan PAS yang selama ini seperti terlalu sukar perjalanannya menjadi terang dan jelas.

Mohd Nizar ada memainkan peranannya yang tersendiri untuk menarik sokongan masyarakat bukan-Islam terhadap PAS. Dan kepimpinannya di dalam parti ini dinanti-nantikan sebagai tokoh yang bukan sekadar beretorika tetapi lebih kepada menterjemahkannya di dalam bentuk amaliah sesuai dengan peranan pemimpin slam yang sepatutnya menjadi contoh tauladan yang terbaik (uswatun-hasanah).

Malah kenyataannya bahawa "setakat ini belum terlintas dalam sanubarinya (untuk memikirkan soal pencalonan jawatan dalam parti)" sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau seorang yang tawadhu' dan bukan gila jawatan seperti yang ditunjukkan oleh segelintir pemimpin PAS yang lain yang telah awal-awal memproklamirkan kesediaan bertanding walaupun ada diantara mereka belum pun menerima pencalonan.



Keputusan Manoharan Kosongkan ADUN Selepas 19 Mei



PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah dari DAP, M. Manoharan disahkan isterinya bahawa beliau sedang mempertimbangkan dengan serius untuk melepaskan kerusi tersebut atas alasan tidak berupaya memberi khidmat dengan berkesan kepada pengundinya sejak Mac 2008.

Bagaimanapun Manoharan, yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hanya akan mengumumkan keputusan muktamad selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh 19 Mei ini.

Ketika dihubungi mStar Online, isteri Manoharan, S. Pushpaneela berkata, suaminya memikirkan kemungkinan tersebut sejak beberapa bulan yang lalu kerana merasakan adalah tidak adil selepas tidak dapat berkhidmat sepenuh masa di bahagian itu yang dimenanginya 8 Mac 2008.

Tengah hari semalam Pushpaneela menemui Manoharan di Pusat Perlindungan Tahanan di Kamunting.

"Beliau (Manoharan) ada berkata sedang memikirkan dengan serius untuk melepaskan kedudukan kerusi DUN (Kota Alam Shah) dan biar diadakan pilihan raya kecil bagi pengundi di kawasan Kota Alam Shah memilih wakil rakyat baru.

"Suami saya merasakan serba salah kerana tidak dapat bersama mereka (pengundi) untuk membantu dan menyelesaikan masalah mereka secara peribadi," kata beliau lagi.

Katanya, Manoharan lebih sedih kerana tidak dapat memberikan khidmat dengan baik kepada mereka yang telah mengundi beliau walaupun tidak melihat wajahnya dalam pilihan raya umum ke-12.

Sebelun itu Pushpaneela memaklumkan bahawa sama ada Manoharan mahu meletakkan jawatan ataupun sebaliknya hanya akan dimaklumkan hari semalam selepas menemui beliau di Kamunting.

Malah pada hari yang sama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikannya dengan menyifatkan laporan tersebut sebagai hanya satu spekulasi semata-mata.

Kota Alam Shah yang terletak di Selangor dimenangi oleh Manoharan dengan majoriti 7,184 undi.

Manoharan, seorang peguam, memperoleh 12, 699 undi manakala Ching Su Chen calon BN-Gerakan mendapat 5,515 undi.

Walaupun dalam tahanan ISA, Manoharan bertanding dalam pilihan raya umum dan menang kerusi tersebut.

Beliau antara satu-satunya tahanan ISA yang bertanding dan memenangi pilihan raya umum 2008.

Beliau merupakan antara lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA sejak Disember 2007.

Empat yang lain ialah P. Uthayakumar, R. Kenghadharan, V. Ganabatirau dan T. Vasanthakumar.

Bagaimanapun Kenghadharan dan Ganabatirau telah pun dibebaskan oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebaik sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri awal bulan lalu.

Mengulas lanjut pertemuan hari semalam, Pushpaneela berkata, Manoharan merasakan bahawa selepas beliau telah gagal dalam semua usaha untuk bebas daripada tahanan ISA dan berkhidmat kepada pengundinya, sudah tiba masa untuk melepaskan kerusi tersebut.

Katanya, Manoharan telah menulis surat kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 13 Januari 2009 ketika itu beliau masih Perdana Menteri; Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak (semasa memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri) sebanyak tiga kali; (bekas) Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar (lapan kali) dan Sultan Selangor dua kali selain tuntutan mahkamah.

"Semua usaha itu telah gagal dan sepanjang 17 bulan lalu adalah tempoh yang memeritkan dan oleh itu, beliau (Manoharan) akan membuat keputusan rasmi selepas menemui Pengerusi parti (DAP) pada 19 Mei ini," katanya.

Pushpaneela ketika ditanya tentang nasihat peribadi beliau kepada suaminya, memberitahu: "Saya memaklumkan kepada beliau jangan putus asas dan terus kekal sebagai ADUN."

Tambah Pushpaneela, beliau juga memaklumkan bahawa akan meneruskan tanggungjawab sebagai "wakil rakyat" sementara Manoharan masih ditahan di Kamunting.

"Tetapi beliau merasakan tidak adil dan serba salah kerana tidak dapat bersama mereka (pengundi) apabila memerlukan bantuan," katanya lagi.

Kekuatan PAS Adalah Gabungan Antara Ulama’ dan Profesional

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/cpaberucap1.jpgKUALA TERENGGANU – Soal kepimpinan ulama’ begitu hangat diperkatakan menjelang pemilihan kepimpinan PAS yang akan berlaku pada Muktamar PAS Pusat yang akan datang

Pesuruhjaya Pas Terengganu Dato’ Mustafa Ali berkata isu tersebut dimainkan oleh pihak media sehingga dilihat seolah-seolah terdapat perbezaan pendapat dikalangan pimpinan dan ahli-ahli PAS.

Ia berlaku demikian kerana menurutnya ada dikalangan ahli PAS yang berpendapat bahawa semua peringkat kepimpinan mestilah diketuai oleh mereka yang dianggap ulama’

Sebaliknya, beliau berkata dalam perlembagaan PAS tidak menghadkan bahawa Presiden dan timbalannya atau mana-mana peringkat kepimpinan mesti dari kalangan ulama’

Namun begitu, beliau menyarankan, berdasarkan pengalaman lebih 50 tahun dan melihat perjalanan PAS buat masa kini, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden haruslah disandang oleh Ulama’

“Tapi saya katalah (berdasarkan) pengalaman saya, melihat perjalanan-perjalanan (PAS) setakat ini, untuk pada waktu ini, paling kurang, Presiden dan Timbalan Presiden itu (mestilah) terdiri daripada ulama’,”katanya sewaktu merasmikan Muktamar Pemuda PAS Negeri Terengganu Kali Ke 40 di Markaz Tarbiah Kuala Ibai, dekat sini, semalam.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/perwakilan.jpg
Sementara itu, beliau menyeru semua pihak supaya jangan menganggapi kepimpinan ulama’ itu bermaksud semua pringkat parti mesti dipimpin oleh ulama’

Katanya Majlis Syura Ulama’ ditubuhkan selepas penerimaan konsep Kepimpinan Ulama sekitar tahun 1983 bertujuan menjaga menetapkan halatuju dan polisi parti. (gambar - perwakilan pemuda khusyuk menatap buku ucapan Ketua Pemuda)

Katanya peringkat kepimpinan lain merupakan pelaksana kepada apa yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama’.

“Majlis Syura Ulama adalah satu institusi yang menentukan halatuju perjuangan PAS, manakala Dewan pemuda, Dewan muslimat, Dewan Ulama dan perhubungan-perhubungan negeri adalah pelaksana,”ujarnya.

Oleh itu, katanya, tidak semestinya di peringkat kawasan dan cawangan dipimpim oleh ulama’, tetapi sekiranya ada terdapat golongan ulama’ yang boleh memimpin pada peringkat itu, ia akan menjadi lebih baik.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/cpajumpaperwakilan.jpgKatanya kekuatan PAS pada hari ini adalah lahir melalui gabungan yang wujud diantara ulama’ dan profesional.

“Artinya profesional juga mestilah tahu ilmu-ilmu asas agama, ilmu asas Jamaah, ilmu asas harakiyah,

“ulama mesti juga tahu tentang (pengurusan) organisasi, bukan setakat tahu mengajar tetapi tidak tahu tentang organisasi,”katanya.

Dengan terlaksananya gabungan ulama’ dan profesional dalam PAS, katanya, tidak ada satu parti politik pun di Malaysia, yang boleh menandingi kekuatan PAS.

Turut hadir dalam majlis perasmian Muktamar Pemuda semalam adalah Timbalan Pesuruhjaya Dato' Ustaz Abu Bakar Chik. Setiausah Perhubungan Hj Yahaya Ali, wakil DAP, Ng Chai Hing dan wakil AMK Terengganu, Mohamad Muzaffeq



Jom ke Ipoh

Ahlan wa sahlan…selamat datang..Welcome. Selamat datang ke Ipoh pada hari Khamis ini…7 Mei 2009.


Ada apa kat Ipoh? Macam-macam ada. Hari ini aku nak cerita sikit kepada kawan-kawan yang datang dari luar.


Sapa-sapa yang datang dari arah Selatan…sebelum sampai R&R Simpang Pulai..akan nampak perkataan “IPOH” diatas gunung. Itu tandanya..anda sudah memasuki Wilayah Ipoh.


Kalau nak seronok…keluar ikut tol Simpang Pulai…belok kanan dan pandu lah menuju Ipoh. Anda akan lalu dihadapan Hotel Hillcity. Kalau lapar…bolah singgah disebelah kanan jalan. Ada restoran jual nasi masakan kampung. Kalau masih kenyang…disebelah restoran tersebut ada banyak gerai-gerai menjual limau Tambun. Nak cuci tekak boleh…nak cuci mata boleh. Tatak sombong punya.


Lepas tu…pandi lagi sampai Medan Gopeng. Kat sini ada stesen bas. Sapa-sapa yang naik bas express…akan berhenti disini. Kalau ada yang nak ambil kawan yang datang menaiki bas…boleh tunggu disini. tapi lebih baik tunggu diluar…sebab kat dalam banyak sangat asap.


Kemudian…pandai-pandai la bawa kereta…kalau tak tau tanya kat orang. Kalau orang tanya nak pi mana…jawab..STESEN KERETAPI. Jangan kata SUK!! Naya hangpa kena halau ..suruh balik.


Kalau tak mau singgah tengok amoi jual limau tambun…jangan keluar kat Simpang Pulai! Tapi keluar selepas tol Ipoh Selatan. Sebaik saja keluar dari persimpangan tersebut memasuki pekan Ipoh…masuk kekanan menghala Stadium Perak. Dari Stadium Perak..pandu lagi menuju ke Hospital. Lepas tu tanya lah kat sapa…kat mana Taman DR. Jangan kata SUK!! nanti hangpa kena halau balik.


Sapa-sapa yang datang dari arah utara…keluar ikut jalan Kuala Kangsar. (Bukan Tol Kuala Kangsar!!) Dan pandu lah semahu anda…sehingga lah sampai kesatupersimpangan ‘Y’.Kalau terus..anda akan naik jejambat…kalau ambil kiri..menuju ke Hospital Ipoh. Kalau ada polis tanya nak pi mana…cakap nak pi hospital. Jejambat mungkin ditutup…jadi ambil lah jalan ke Hospital Ipoh…tapi anda boleh berehat kat taman DR.


Pasai apa perkataan SUK diharamkan? Sebab ianya sudah diambil alih oleh kerajaan haram. Apabila kerajaan haram merampas kuas…semuanya diharamkan. nak masuk jalan Datok Panglima Bukit gantang pun akan diharamkan pada hari tersebut. Tak payah cakap SUK..yang tu dah tergolong dalam najis mutawageli.


Anda boleh park kereta kat Stesen Keretapi…kat Masjid Negeri..kat Padang Bandaran ataupun kat Taman DR. Lepas tu berjalan kaki ke Bangunan SUK.


Ada apa kat SUK?…Yang ni paling best. Upacara menghalalkan yang haram.


Upacara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Perak sebelum ini…dan tidak mungkin akan berlaku lagi sepanjang hayat kita!. 7 mei 2009 merupakan satu hari paling bersejarah dalam sejarah Perak apabila satu kerajaan haram akan di isytiharkan menjadi halal. Anda tidak mahu menjadi sebahagian dari sejarah? Rugi…jangan menyesal nanti.


Anda boleh bawa anak-anak…tapi jangan bawa anak kecil sudah la. Susah nak tukar lampin…nak tukar pampers. Kalau anak yang sudah boleh berlari…kira OK la.


7 mei 2009 merupakan hari yang paling bersejarah…apabila semua jalan-jalan menghala SUK akan ditutup…sempena penghalalan kerajaan haram.


7 mei 2009 merupakan hari yang paling bersejarah…yang turut disertai oleh perarakan ratusan…mungkin ribuan FRU membuat lintas hormat dihadapan rakyat…tanda kekuasaan mereka.


7 mei 2009 merupakan hari yang paling bersejarah…kerana suara rakyat akan dibangsatkan.


Mampuih pi dengan demokrasi. Mampuih pi dengan hak rakyat. Mampuih pi dengan kuasa rakyat.


7 mei 2009 merupakan hari dimana Umno dan Barisan Nasional menggunakan semua jentera yang ada untuk menghalalkan rampasan kuasa haram mereka.


Ini bukan soal Nizar. Ini bukan soal Anwar. Ini bukan soal Najib. Ini soal rakyat. Hak rakyat telah dirampas oleh Umno dan Barisan Nasional melalui rampasan kuasa haram.


Rakyat telah dirogol…diliwat…dan dibakul sampahkan oleh kepimpinan Umno dan Barisan Nasional.


Sekiranya anda masih lagi mempunyai maruah..masih lagi mempunyai harga diri…datanglah ke Ipoh pada 7 mei 2009…hari Khamis..seawal 7 pagi. Dan kita tunjukkan kepada Umno dan Barisan Nasional..bahawa kita masih lagi mempunyai harga diri. Kita tunjukkan kepada Umno dan Barisan Nasional bahawa kita tidak rela diperkosa..dan dirampas hak kita.


Jumpa di Ipoh!!! 7 Mei 2009. hari Khamis..Jam 7 pagi.



Hari Paling Bersejarah... kerajaan haram akan di isytiharkan menjadi halal



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .