Ikuti Blog ini

Royalti: Eh Eh Tok Pa Pulak Yang Klaim Jadi Hero!


Jika sebelum ini Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed (Tok Pa) menyatakan Kelantan tiada hak terima royalti, tetapi hari ini beliau orang pertama mengutip kredit dengan membariskan pelajar sekolah membawa banner untuk mengucapkan terima kasih ke atas dirinya kerana telah berjaya memujuk Najib kononnya mempersetujui cadangannya.





Umno: Jangan politikkan panel khas isu royalti


KOTA BHARU - Kerajaan Pusat telah mengadakan pelbagai peringkat perbincangan sejak enam bulan lalu sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas royalti semalam, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Muhamad.

Mustapa yang juga Pengerusi Umno Kelantan memberitahu, dalam perbincangan itu beliau sendiri mengemukakan pandangan dan ada darinya dipersetujui Perdana Menteri.

"Alhamdulillah, ia menunjukkan keprihatinan Perdana Menteri terhadap rakyat Kelantan, saya harap perkara ini tidak dipolitikkan," kata beliau berucap pada majlis Makan Colek di sini, semalam.

Dalam pada itu, laporan Bernama hari ini memetik Mustapa berkata, Barisan Nasional (BN) Kelantan mengalu-alukan penubuhan Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Pengerusi BN Kelantan berkata, adalah wajar isu tuntutan bayaran tunai itu diserahkan kepada jawatankuasa khas itu kerana ia dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri
berkenaan.

"Kita serahkan kepada jawatankuasa khas ini kerana mereka pakar undang-undang berdasarkan terma rujukan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri dalam kenyataannya semalam, mereka tidak berpihak kepada mana-mana maka kita tunggu hasil daripada jawatankuasa ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mustapa mengulas pengumuman Najib mengenai penubuhan Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur.

Najib berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

Jawatankuasa Khas itu akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan.

Mustapa berkata, jawatankuasa itu juga akan mengambil kira pandangan daripada rakyat Kelantan kerana wakil dari negeri ini yang diperkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V akan menganggotai jawatankuasa tersebut.

"Kita berpandangan kita perlu serahkan isu tersebut kepada pakar-pakar yang menganggotai jawatankuasa tersebut, kita harap tidak ada pihak yang beremosi, dipolitikkan, kerana seperti yang ditekankan Perdana Menteri jawatankuasa ini akan bertindak secara adil dan telus," katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa khas tersebut juga akan mengkaji adakah wajar pemberian wang ehsan kepada Kelantan diteruskan, dimana sejak tiga tahun lalu sebanyak RM61.8 juta disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) untuk membantu rakyat negeri ini termasuk kepada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Mengenai lawatan Perdana Menteri ke negeri ini petang ini, Mustapa berkata, lawatan Najib itu akan meningkatkan semangat kepada BN Kelantan dalam membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRu13).

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini kira-kira pukul 4.25 petang, Najib akan mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin BN Kelantan dan kemudiannya beliau akan menghadiri program penyampaian bantuan kepada Penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Berbuka Puasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Perdana di Bachok.

Perdana Menteri akan menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama penduduk di Masjid Naim, Jelawat, Bachok dan sebelum berlepas pulang, beliau akan ke Yayasan Kemiskinan Kelantan di Melor untuk bersama penduduk.
-SH 5/8/2012

ROYALTI : NAJIB SEKALI LAGI PERBODOHKAN RAKYAT



Sekali lagi Najib cuba memperbodoh-bodohkan rakyat negara ini khasnya rakyat Kelantan. Tanpa segan silu  Najib Tun Razak berkata kerajaan pusat tidak pernah menafikan hak rakyat Kelantan dalam apa jua perkara termasuk dalam isu tuntutan bayaran tunai daripada hasil petroleum. 

Perdana Menteri berkata kerajaan BN sentiasa berlaku adil dan telus kepada semua rakyat Malaysia termasuk rakyat Kelantan.

Jadi apakah dengan menafikan royalti kepada Kelantan itu dikira adil dan tidak zalim. Kita yakin royalti diberi sudah tentu rakyat Kelantan tidak bising dan tidak buat demonstrasi.

"Sebagai kerajaan pimpinan BN, kita mesti ikut perintah Allah. Antaranya kita mesti berlaku adil bila kita memerintah, kerajaan BN memang berlaku adil kepada rakyat Malaysia," katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan Kebajikan Masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Perdana di Bachok, malam ini.  

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Umno Bachok Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin. 

Berucap di hadapan lebih 20,000 orang penduduk Bachok, Najib menegaskan kerajaan pusat sememangnya berlaku adil dan telus dengan tidak memilih "bulu" dan membezakan fahaman politik, dalam memenuhi kepentingan rakyat.

"Kita berlaku adil kepada rakyat Malaysia. Kita takut kepada Allah, kita tidak takut kepada yang lain. Kita tidak tipu sebab itu bila timbul isu royalti minyak, isu petroleum...isu ini tidak dapat kita selesaikan sehingga ini. 

"Datuk Pa (Mustapa) jadi sasaran, Awang Adek jadi sasaran, saya juga jadi sasaran, kononnya kami ini tipu rakyat Kelantan. Di bumi Kelantan ini, bulan Ramadan, kami tidak menafikan hak rakyat Kelantan. 

"Kita nak berlaku adil, telus, nak buka buku baru kepada rakyat Kelantan bahawa kerajaan pusat tidak menafikan hak walau satu tong minyak pun," katanya.

Perdana Menteri berkata bagi menyelesaikan isu tuntutan bayaran tunai itu, kerajaan Pusat menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi mengkaji secara adil dan telus berhubung isu itu kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang. 

"Bertindak mesti berdasarkan Perlembagaan Negara, mengambil kira telaga minyak di mana, Petronas akan beri penjelasan, telaga minyak ada di lautan luas milik kerajaan pusat. Tapi kita memutuskan lima peratus dibayar sebagai bayaran tunai supaya rakyat Kelantan, Terengganu dan Pahang dapat," katanya. 

Najib berkata beliau sudah mengutus surat kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memilih seorang wakil bagi menganggotai jawatankuasa itu.  

Beliau mahukan wakil itu seorang yang tidak berpihak kepada mana-mana parti sebaliknya mempunyai semangat dan jiwa rakyat Kelantan. 

Perdana Menteri gembira dengan kehadiran begitu ramai rakyat Kelantan dalam majlis yang dihadirinya sebelum ini dan juga hari ini, yang menunjukkan sokongan mereka kepada BN. 

Beliau berkata rakyat Kelantan mahukan perubahan dan BN sudah bersedia untuk melakukan tranformasi termasuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih.  

Pada majlis itu, Perdana Menteri mengumumkan pembinaan Hospital Bachok yang akan dimulakan pada tahun depan


Jelas sekali Najib cuba mengelirukan rakyat yang cerdik dan akses kepada maklumat. Semua rakyat tahu selama ini Kelantan dinafikan hak mereka mendapatkan royalti. -Mutaligat

Rakyat Terima Kekalahan Malaysia, Najib Kata Rakyat 'BODOH'

Walaupun Malaysia tewas dalam perlawanan akhir badminton Sukan Olimpik yang baru berakhir sebentar tadi, tetapi pujian harus diberi kepada Datuk Lee Chong Wei yang telah bermain bermati-matian dengan semangat juang yang tinggi melawan pemain no.1 dunia Lin Dan dari China.

Atas semangat kesukanan, maka rakyat Malaysia dapat menerima kekalahan ini walaupun pahit dan tidak dapat menikmati aiskrim percuma yang ditawarkan oleh sebuah syarikat jika Malaysia mendapat emas.

Jika Malaysia menang dalam perlawanan itu, dan mendapat emas olimpik, kami anak-anak muda percaya orang yang mula-mula tunggu di lapangan terbang menanti kepulangan Datuk Lee Chong Wei adalah tidak lain dan tidak bukan Rosmah Mansor serta suami beliau.

Rakyat Malaysia pun dialunkan dendangan kemenangan itu sepanjang masa di dalam media dan diselitkan gambar-gambar Najib untuk menumpang populariti, termasuklah dalam kempen pilihanraya beliau...

Perdana Menteri Paling Bodoh

Beberapa bulan lepas, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak telah memanggil Rakyat Malaysia "HARAM JADAH" semasa program Felda.

Dan kali ini, apabila Rakyat yang terdiri daripada Anak-Anak Muda dari universiti tempatan menghantar 'Tweet' kepada beliau untuk memohon cuti umum jika Malaysia mendapat pingat emas, sepertimana Malaysia memenangi bolasepak piala Suzuki, jawapan dari Najib amat meloyakan minda anak-anak muda...

Oiii Najib... sebab itulah anak muda tak respek lu.... 'BODOH' !!!



Bukti Nyata UMNO Menganiaya Kelantan


Mahathir: Bukan sahaja Mustafa Mohammed malah puak-puak UMNO yang lain juga merasakan Kelantan tidak perlu dibangunkan!


Pakatan ada 12 logo hari Merdeka untuk dipilih




KUALA LUMPUR: Kempen untuk membuat logo alternatif kepada Hari Kemerdekaan ke 55 berjalan rancak dalam media sosial Pakatan Rakyat.

Sekurang-kurangnya 12 logo Hari Kemerdekaan sudah dimasukkan ke laman facebook.com/101cadanganlogo yang dibuat oleh Sekretariat Pakatan Rakyat.

Orang ramai diberikan peluang untuk menilai dan memberikan pandangan terhadap semua logo-logo itu yang nampaknya jauh lebih menarik berbanding logo yang dicipta oleh Datuk Seri Rais Yatim.

Menurut Sekretariat Pakatan Rakyat, Ahmad Shabrimi Sidek, orang ramai boleh terus mencadangkan logo-logo mereka untuk dipilih oleh penal.

"Kita hanya akan membuat pilihan Selasa depan melalui satu penal yang dipengerusikan oleh Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS," kata Shabrimi kepada Harakahdaily.

Berikut adalah logo-logo yang sedang dimasukkan dalam senarai facebook itu untuk dinilai oleh orang ramai. -Hrkh

(Logo ciptaan dari www.ilusenidesign.com)


(Cadangan dari Tommy Hohenheim Evangelista)

(Cadangan logo Merdeka dari Azman bin Mohd Mah Husin)
(Logo Merdeka yang dicadang Hamdan Bin Jasin)
(Logo Merdeka yang dicadangkan Yan)

(Logo cadangan Hafiz)


(Cadangan logo dari Hanafi Ishak)



(Logo merdeka yang dicadangkan Sean)



(Cadangan logo dari Shazni Hanis)

Orang ramai boleh membuat undian dan memberikan komen melalui http://www.facebook.com/101cadanganlogo.

Royalti: Mengapa Baru Sekarang? - TG Nik Aziz

SHAH ALAM - Mengapa Perdana Menteri baru sekarang mahu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran royalti?

Kerajaan Pusat sepatutnya telah lama menubuhkan jawatankuasa khas berhubung isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung, kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat petang ini. Malah menurut Menteri Besar Kelantan, jawatankuasa khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewajarnya selesai membincang dan merunding isu berbangkit itu dalam tiga bulan lalu.

Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mempersoalkan tindakan Perdana Menteri yang baru sekarang mahu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran royalti.

"Jawatankuasa ini patut ditubuhkan sejak dulu lagi.

"Semasa perjanjian di antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas dibuat pada 9 Mei 1975, tapi mengapa baru sekarang mahu tubuhkan?” katanya ditemui sebelum pelancaran Tabung Amanah Lebuhraya Rakyat dan majlis berbuka puasa di Kompleks Media Karangkraf di sini.

Tengah hari tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung. Menurut Najib, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

Jawatankuasa itu akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan, kata Najib.

Nik Aziz turut membidas keputusan Najib yang mahu kajian menyeluruh dilakukan dalam tempoh enam bulan yang sepatutnya mengambil jangka masa lebih pendek sekurang-kurangnya tiga bulan sahaja. Beliau  berkata,  pihaknya belum lagi membuat sebarang keputusan mengenai nama wakil Kelantan yang akan mewakili negeri itu dalam jawatankuasa khas berkenaan.

“Belum ada lagi sebarang perbincangan. Saya sendiri akan mengadap Sultan Kelantan bagi menghantar nama wakil dan hanya pada masa itu akan diumumkan nama wakil bagi negeri Kelantan,” jelas beliau.

Beliau turut bertegas yang Kelantan mempunyai hak sepenuhnya ke atas royalti minyak kerana kedudukan pelantar cari gali minyak berdekatan dengan pesisiran pantai negeri Kelantan. (SH)

Memang Lembulah! Rafizi Didakwa Penjenayah Masih Bebas


Pelik, Rafizi didakwa penjenayah masih bebas

Pendakwaan Rafizi mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia), dan Johari Mohamad mengikut Seksyen 112 (1) (c) Bafia merupakan sesuatu yang pelik.

Hal ini kerana, melalui tindakan berani merekalah perbuatan salah guna kuasa oleh kerajaan Umno-BN terdedah.

Jika tidak, rakyat tidak tahu bahawa RM250 juta dana awam telah digunakan sewenang-wenangnya bagi projek National Feedlot Corporation (NFC), yang membabitkan syarikat milik suami Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Wanita Umno merangkap senator dan menteri.

Saya sebagai rakyat sebenarnya tertanya-tanya bagaimana jumlah wang yang sebegitu banyak boleh dipinjamkan kepada sebuah syarikat yang masih mentah dalam perniagaan tersebut. Bahkan pinjaman tersebut tidak menyatakan dengan jelas kaedah pembayaran balik.

Berdasarkan kes ini, tidak mustahil kejadian yang seumpamanya berlaku membabitkan menteri Umno-BN lain. Patutlah kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan OSA yang diperkenalkan. Rupa-rupanya akta tersebut dapat melindungi jenayah mereka dalam merompak duit rakyat.

Pada masa yang sama, mereka akan menangkap dan mendakwa mana-mana pihak yang cuba mendedahkan apa-apa maklumat yang dikelaskan sebagai “sulit”.

Dalam kes NFC ini, Umno-BN menggunakan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Bafia) demi melindungi tindakan tidak bermoral mereka. Rafizi dan Johari sepatutnya diberi ucapan tahniah tetapi akhirnya didakwa kerana mendedahkan dokumen mengenai butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal NFC kepada umum.

Sudah hilangkah rasa malu Umno-BN sehingga sanggup merompak wang rakyat? Saya berharap rakyat bangkit untuk memperbetulkan keadaan ini sebelum Malaysia menjadi muflis. -HD

Najib pertahan tindakan dakwa Rafizi


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah mendakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di mahkamah kerana mendedahkan akaun berkaitan National Feedlot Corporation (NFC).

Ini kerana, kata Najib, mendedahkannya kepada umum dianggap bertentangan dengan Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia).

Katanya lagi, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan patut menyalurkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rafizi pada 1 Ogos didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana mendedahkan tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail.
-mk

Terpanas !!! Hot . Dato Ahmad Saad YDP Perkasa Pulau Pinang Letak Jawatan


YDP PERKASA Pulau Pinang Letak Jawatan...

Mana Tahan Dengan Puak2 Suka Mgamuk Macam Orang Gila...
Dato Ahmad Saad umum letak jawatan sebagai YDP Perkasa Pulau Pinang serta merta hari ini akibat dasar rasis/perkauman melampau di dalam badan NGO mesra-Umno terbabit!!

Menurut blogger Umno Penang, kemelut berpunca dari sikap rasis yg tebal (anti Cina dan anti-India) dikalangan pemimpin2 PERKASA Pulau Pinang, sehinggalah membawa kpd perletakan jawatan YDP Perkasa hari ini!...

Nota : Dato AHmad Saad Ini dulu orang kuat UMNO la...dan jiga kawan Anwar dulu..la ni ni dah kaya ...UMNO lawan ketua Bahagian Kalah ..masuk perkasa pula...Dato rehat je lah...

Nukilan Abu Luqman

Husam: Lebuh Raya Rakyat KBKK diteruskan

Nik Abdul Aziz Nik Mat
TG Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan Tabung Akaun Amanah Lebuh Raya Rakyat KBKK di Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam malam ini. - Foto oleh Zulfadhli Ahmad Zaki

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Kelantan akan meneruskan projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) menggunakan kutipan derma dan sumbangan, yang boleh disalurkan menerusi tabung amanah lebuh raya dilancarkan hari ini.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, pelancaran tabung ini akan membantu Kerajaan Negeri Kelantan meneruskan rancangan pembinaan kemudahan itu walaupun tanpa bantuan Kerajaan Pusat.

Menurutnya, kos keseluruhan lebuh raya itu dianggarkan RM350 juta, mampu dijayakan melalui modal alternatif daripada sumber mineral negeri itu.

"Kita lancarkan program tabung derma wakaf untuk projek lebuh raya KBKK mampu menanggung kos pembiayaan yang menelan kos RM350 juta dan kita boleh kurangkan kos dengan strategi yang akan diaturkan.

"Kita ada mineral, kita boleh guna sumber itu untuk kepentingan dan kesenangan rakyat serta setakat ini kita dah pungut modal sebanyak RM3 juta melalui (pertubuhan bukan kerajaan) NGO seluruh negara serta RM1 juta sumbangan melalui online," kata beliau pada Majlis Pelancaran Tabung Akaun Amanah Lebuh Raya Rakyat KBKK di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, malam ini.

Sebelum ini, beberapa NGO mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta derma rakyat bagi menampung kos pembinaan projek Lebuh Raya Rakyat satu sandiwara politik terhebat abad ke-21.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, pembinaan lebuh raya itu hanyalah propaganda dan retorik Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu, Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, Lebuh Rraya Rakyat akan memberi kemudahan kepada rakyat terutama waktu cuti umum serta menunjukkan rakyat Kelantan sudah mampu mencipta sejarah tanpa bantuan Kerajaan Pusat.

"Kita mampu bina tanpa bantuan Kerajaan Pusat, negeri kita bukan miskin, kita ada mineral seperti bijih timah dan minyak.

"Kita akan bina lebuh raya tersebut ikut kemampuan negeri jika sepanjang 40 kilometer dahulu, kita buat, nanti akan sambung sehingga 73 kilometer," katanya.

Selain itu, beliau berkata, negeri itu mempunyai pakar sendiri dalam bidang pembinaan dan mampu digerakkan tanpa bantuan orang luar.

Dalam pada itu, Nik Aziz yang melancarkan tabung amanah lebih raya berkata, ia bertujuan mengumpul dana bagi merealisasikan pembinaan laluan sejauh 73km bagi kemudahan rakyat Kelantan.

Nik Aziz dalam ucapannya menggesa orang ramai menderma bagi memastikan Lebuh Raya Rakyat menjadi kenyataan.

Menurutnya, pahala orang yang menderma pada bulan Ramadan adalah 70 kali ganda berbanding pada bulan biasa.

"Orang Kelantan sering memberi derma bagi surau, sekolah dan kebajikan yang lain, mereka derma kerana pahala kerana kerajaan tidak beri peruntukkan.

"Pemimpin kerajaan tidak tahu tentang kesesakan 4 hingga 5 jam jalan raya di Kelantan, kerana mereka tidak memandu, sebaliknya guna kapal terbang," katanya.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Nik Aziz sebelum itu menghadiri majlis berbuka puasa dan solat Tarawih bersama anak-anak Kelantan.
Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Timbalan Pengerusi kumpulan, Nasir Hamzah.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .