Kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari Pakatan Rakyat tidak akan menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipanggil Speaker lantikan Barisan Nasional, Datuk R.Ganesan pada 30 Mac ini.Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf notis yang dikeluarkan itu kerana Ganesan bukan Speaker yang sah, sebaliknya jawatan itu masih disandang Speaker V Sivakumar.
Bagaimanapun, DS Nizar berkata, ADUN Pakatan Rakyat sedia menghadiri sidang dewan berkenaan jika notis dikeluarkan oleh Speaker S. Sivakumar.
“Kalau dia panggil kita tidak hormat sebab dia bukan Speaker...kita tidak iktiraf surat dia. Jadi kita hanya hadir jika Speaker yang sah, Sivakumar panggil (sidang DUN),”katanya ketika dihubungi TV Selangor.
Terdahulu, Speaker lantikan Barisan Nasional, Datuk R Ganesan melalui notis yang ditandatangani Setiausaha DUN Perak, Rumaizi Baharin memanggil sidang Dewan 30 Mac ini.
Sidang itu adalah yang pertama kali selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan kontroversi baru-baru ini, apabila mengisytiharkan Datuk Seri Zambry Kadir sebagai Menteri Besar mahkamah.
Semua wakil rakyat turut diminta menghantar soalan bertulis sebelum 15 Mac.
Bagaimanapun, dalam sidang DUN berkenaan, setiap wakil rakyat hanya dibenar mengemukakan maksimum lima soalan bertulis dan tiga soalan lisan sahaja.
DS Nizar menjelaskan keputusan untuk tidak mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker dibuat kerana lantikan Speaker lantikan BN itu telah melanggar peraturan 36A(5) Perlembagaan Negeri Perak
Ganesan sebelum ini gagal meletakkan jawatan sebagai Peguam selepas tiga bulan dilantik sebagai Speaker.
“Dia telah melanggar peraturan 36A(5) Perlembagaan Negeri Perak yang dilanggar oleh Ganesan ini, dari segi peraturan juga dia melanggar Peraturan Dewan, dari segi Perlembagaan, dia melanggar Perlembagaan Perak...dia tidak patuh pada Perlembagaan Perak. Jadi semua ini menunjukkan dia adalah bukan Speaker,” katanya. -TVS
KUALA LUMPUR, 2 Mac: Blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin mendakwa, Umno sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membeli wakil rakyat Pakatan bagi membolehkan mereka kembali dengan kuasa dua pertiga.


Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hangat seketika apabila beberapa wakil kerajaan membangkitkan tindakan penganjur perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi membelakangkan Menteri Besar TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada upacara melepaskan peserta semalam.
Rata-rata wakil rakyat PAS itu mendesak agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan segera terhadap penganjur yang didakwa mereka telah memalukan bukan sahaja kepada TG Nik Aziz tetapi kepada rakyat Kelantan keseluruhannya.
Abdul Fatah berkata yang lebih mengecewakan ialah TG Nik Aziz pada mulanya tidak dibenar menaiki pentas utama untuk bersama-sama Awang Adek membuat pelepasan itu tetapi selepas campurtangan pegawai, Menteri Besar itu dibenar naik ke pentas.





