Ikuti Blog ini

Ayuh Rakyat Malaysia!!! Kita Bangkit Turun Ke BERSIH 2.0



Ayuh semua rakyat Malaysia kita turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur. Kita berarak ke Stadium Merdeka. Dari Utara, Selatan, Timur dan Barat. Destinasi kita ke satu tempat. Mungkin ada yang akan dihalang untuk mara. Jangan gusar, pedulikan mereka. Teruskan langkah kaki anda. Jangan biarkan ketakutan menguasai diri. Walau apa jua pun tentangan dan cabaran yang diberikan...Anak Muda mesti berani!!! sumber

Kerajaan Dan Polis Biadab Terhadap Suruhanjaya Lantikan Agong, SUHAKAM

Suhakam: Hak perhimpunan aman mesti dilindungi

Kebebasan berhimpun secara aman adalah terkandung dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR), kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)

Dalam satu kenyataan pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam juga mengulangi ingatan bahawa kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat pula terkandung dalam Perkara 19 UDHR.

Justeru, katanya Suhakam mengalu-alukan konsultasi di antara pihak berkuasa dan BERSIH 2.0 berhubung dengan cadangan perhimpunan, yang akan diadakan di sebuah stadium.

“Suruhanjaya berharap agar resolusi awal berkenaan perkara ini dapat dicapai antara pihak berkuasa dan BERSIH dalam semangat perdamaian, seperti yang dititahkan oleh baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong, dan akan memantau perhimpunan itu sewajarnya,” katanya.

Menurut Hasmy, Suhakam juga bimbang dengan penangkapan dan penahanan beberapa ahli parlimen serta aktivis baru-baru ini di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.

Sehubungan itu, katanya Suhakam menuntut kerajaan supaya segera membebaskan mereka yang masih ditahan itu.

“Mereka seharusnya berhak kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam seperti yang disebut dalam Perkara 9, 10 dan 11 UDHR yang menyatakan bahawa tiada sesiapapun boleh dikenakan tangkapan secara sewenang-wenangnya; setiap orang adalah berhak dengan sama rata sepenuhnya kepada perbicaraan adil dan terbuka; dan setiap orang berhak dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya,”
katanya.

Hassmy juga mengingatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), adalah menjadi tanggungjawab mereka menyokong standard tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak rakyat.

“Dalam perkara ini, Suruhanjaya telah berulangkali menyeru agar semua undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan dan mengulangi bahawasanya penahanan tanpa bicara adalah melanggar prinsip hak asasi manusia,” akhirnya. -M'kini


Suhakam harap Bersih dibenar himpun di stadium, patuh ‘resolusi 5 Julai’

KUALA LUMPUR, 8 Julai — Sementara polis mempertingkatkan tindakan mereka termasuk memperoleh perintah mahkamah semalam, Suhakam mengulangi pendiriannya bahawa rakyat - dalam kes semasa Bersih 2.0 - mempunyai kebebasan berhimpun secara aman sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam berkata, pihaknya berharap agar resolusi awal berkenaan perkara itu, yang dicapai selepas pertemuan Bersih 2.0 dengan Yang di-Pertuan Agong 5 Julai lalu, dapat dicapai antara pihak berkuasa dan gabungan tersebut dalam semangat perdamaian.

“(Suhakam) akan memantau perhimpunan itu sewajarnya,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Hasmy berkata Suhakam mengalu-alukan konsultasi yang sedang berjalan antara pihak berkuasa dan Bersih 2.0 berhubung dengan cadangan perhimpunan esok, yang mahu diadakan di Stadium Merdeka, setelah menurut titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 4 Julai dan majlis menghadap pada keesokan hari.

“Walaupun mengalu-alukan perkembangan positif ini, dalam keadaan sekarang, Suhakam ingin mengulangi bahawa kebebasan berhimpun secara aman adalah terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan serta Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat,” katanya.

Polis yang tidak membenarkan perhimpunan aman Bersih di Stadium Merdeka juga telah memperoleh perintah mahkamah melarang 91 orang daripada memasuki Kuala Lumpur esok.

Ia termasuklah pemimpin Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda Umno. Hasmy berkata, Suhakam juga ingin menyatakan rasa kebimbangan tentang penangkapan dan penahanan beberapa Ahli Parlimen dan aktivis baru-baru ini di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 dan menyeru pihak berkuasa untuk membebaskan mereka yang masih ditahan dengan segera.

Kata beliau, mereka seharusnya berhak kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam seperti yang disebut dalam Perkara 9, 10 dan 11 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang menyatakan bahawa tiada sesiapapun boleh dikenakan tangkapan secara sewenang-wenangnya dan setiap orang adalah berhak dengan sama rata sepenuhnya kepada perbicaraan adil dan terbuka, selain setiap orang berhak dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

“Sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyokong standard tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak rakyat.

“Dalam perkara ini, Suhakam telah berulang kali menyeru agar semua undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan dan mengulangi bahawasanya penahanan tanpa bicara adalah melanggar prinsip hak asasi manusia,” katanya lagi. -TMI
Apa yang jelas ialah tindakan kerajaan dan Polis membelakangkan pandangan SUHAKAM, sebuah Suruhanjaya bebas yang telah dilantik oleh Yang Dipertuan Agong, sebagai satu tindakan yang biadab dan tidak bertanggungjawab.

Sekiranya kerajaan dan polis masih terus-teruskan menghalang dan menyekat perhimpunan aman BERSIH 2.0 esok, yang nyata seperti yang GB telah suarakan sebelum ini bahawa: indeks hak asasi manusia Malaysia akan merudum jatuh dengan teruk dan dengan sendirinya akan menjauhkan para pelabur ke negara ini. Polis dan kerajaan UMNO BN perlu dipertangungjawabkan nanti.

Segala momokan media mengenai perhimpunan aman yang secara berterusan dilabelkan sebagai perhimpunan haram adalah sesuatu yang paling jijik dan ia seperti menunjukkan kepada dunia bahawa media massa Malaysia masih terkongkong di era zaman batu yang tidak bertamaddun.

Diperburukkan lagi apabila jabatan-jabatan agama Islam menjadikan mereka sebagai kuda tunggangan pihak berkuasa yang turut mengeluarkan fatwa songsang mengenai perhimpunan aman ini di dalam khutbah-khutbah Jumaat yang lebih menjurus ke arah menjaga kepentingan dan kedudukan pemerintah dari menjelaskan hal kebenaran dan keadilan yang amat dipentingkan oleh agama.

Di dalam keadaan yang ada, apa juga tindakan dan tekanan yang dilakukan oleh polis dan kerajaan terhadap BERSIH 2.0, telah dan akan hanya menjatuhkan integriti dan kredibiliti mereka dan hukum alam akan menghumbankan mereka ke lembah kegagalan dan kehinaan. -GB

Perniagaan akan maju, pasaraya buka seperti biasa

KUALA LUMPUR, 8 Julai: PAS yakin peniagaan tidak akan terjejas bahkan akan bertambah maju sempena perhimpunan Bersih 2.0 yang akan berlangsung di ibu negara esok.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib meminta para peniaga jangan bimbang dan meneruskan perniagaan mereka sebagaimana biasa esok.

(Sogo KL antara pusat beli belah yang bakal menjadi tumpuan esok...seluruh negara akan bertumpu ke sini untuk membeli belah menjelang Ramadhan)

"Saya yakin, bukannya perniagaan mereka terjejas tetapi perniagaan mereka akan bertambah maju kerana seluruh rakyat negara ini bertumpu ke Kuala Lumpur esok," kata Saari kepada Harakahdaily.

Perhimpunan Bersih 2.0 akan berlangsung di Stadium Merdeka esok mulai jam 2 petang.

Pelbagai momokan dibuat oleh pihak-pihak tertentu kononnya peniaga akan kerugian ekoran perhimpunan esok.

Namun pemimpin Bersih 2.0 yakin, sekurang-kurang RM3 juta akan dibelanja oleh para penyokong Bersih esok dengan andaian 300,000 akan menyertai perhimpunan ini dan setiap seorang akan membawa RM100.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu pernah memberitahu pemimpin kanan polis, jika water canon disembur ke arah orang ramai bukan sahaja kedai akan dirempuh bahkan "kandang babi pun akan kami rempuh," kata beliau.

Saari (gambar) yang juga Adun Hulu Klang ketika dihubungi Harakahdaily pagi ini menyatakan himpunan Bersih 2.0 akan tetap diteruskan meskipun terdapat berbagai halangan dibuat.

Sehubungan dengan itu, beliau juga meminta agar rakyat yang berniaga ketika itu termasuklah pasaraya tidak perlu rasa bimbang dan cemas dengan himpunan ini.

"Kita yakin himpunan yang akan berlaku esok tidak akan berlaku huru-hara seperti yang digambarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menakut-nakutkan rakyat.

“peniaga-peniaga tidak perlu bimbang dengan himpunan ini kerana esok merupakan peningkatan ekonomi mereka yang sebelum ini mungkin ada yang kurang pendapatan dalam menjalankan perniagaan tetapi esok saya yakin rezeki mereka melimpah ruah,” kata Saari.

Mereka yang terlibat dalam perniagaan sepatutnya bersyukur kerana esok gerai dan pasaraya mereka akan di kunjungi oramai ramai yang sudah pasti datang daripada berbagai negeri datang ke Kuala Lumpur, tambahnya.

Katanya, “kita dapat gambarkan rakyat yang datang di seluruh negeri datang kesini akan berhimpun beramai-ramai membawa ahli keluarga dan teman-teman berjalan –jalan menuju ke stadium sambil mereka membeli belah untuk persiapan bulan Ramadhan dan Hari Raya Aildilfitri nanti.”

Ketika dihubungi Harakahdaily, antara pasaraya yang akan beroperasi sebagaimana biasa adalah pasaraya Sogo, Pertama Complex, MidValley Mega Mall, Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur, Isetan (KLCC), Megakidz Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, The Store Jalan Ipoh dan lain-lain.

(Mydin antara pusat membeli belah yang akan turut mendapat perhatian esok)

Manakala itu, pasaraya Mydin Jalan Masjid India akan tutup perniagaan dan bagi pasaraya Kamdar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur bergantung kepada keadaan.

Azira Abdullah, pegawai pasaraya Kamdar itu berkata ketika dihubungi oleh Harakahdaily “setakat ini pasaraya Kamdar akan beroperasi seperti biasa walaupun telah dimaklumkan himpunan Bersih 2.0 akan diadakan esok”.

"Tetapi ia bergantung kepada keadaan. Sekiranya kami mendapat arahan daripada pihak atasan, mungkin akan di tutup juga sehingga mendapat arahan untuk membuka perniagaan kembali untuk esok," katanya. -Hrkh

BERSIH 2.0: Jumpa Di Stadium Merdeka Esok..!


No. Telefon Hotline (Khidmat Guaman) Bilik Gerakan JUHAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia:

1. +6016 312 6463
2. +6016 312 6473
3. +6014 645 1753
4. +6012 392 8379

Mohon sebarkan dan simpan nombor-nombor diatas dalam handphone masing-masing... Apa-apa berlaku pada anda, sila sms nama,lokasi ditahan & dibalai mana anda dibawa.

Harap Maklum.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tetap akan berhimpun di Stadium Merdeka esok.

Dalam satu kenyataan yang dimuat-naikkan di laman sosialnya di Facebook, BERSIH 2.0 berkata tidak kira sama ada kerajaan memilih untuk menjadi munasabah ataupun tidak, orang ramai teguh dengan pendirian melaksanakan hak mereka sebagai rakyat yang patriotik.

“Kami akan berhimpun secara aman dan jumpa anda di Stadium Merdeka,” petik kenyataan itu.

BERSIH 2.0 juga kecewa dengan tindakan pihak berkuasa mengenakan perintah larangan daripada mahkamah untuk menghalang 91 individu daripada berada di Kuala Lumpur esok.

“Ini melambangkan penafian kebebasan untuk bergerak. Mereka yang berkuasa lupa bahawa ibu negara kita, seperti tempat-tempat lain di negara yang kita cintai dimiliki oleh rakyat dan bukannya oleh kerajaan.

“Tidak ada sebab bagi mengharamkan sesiapa sekalipun daripada memasuki ibu negara. Kami telah nyatakan berulang-kali bahawa BERSIH 2.0 cuma ingin melaksanakan hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.”

Semalam, timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

"Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya.

Daripada 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur esok, seramai 66 orang adalah dari kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan dan beberapa ahli jawatankuasa pemandunya.

Manakala ahli politik yang Pakatan Rakyat terdiri daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, presidennya Datuk Seri Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu.

Turut dilarang adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

BERSIH 2.0 juga berkata kerajaan telah gagal memahami bahawa gabungan 62 NGO itu bukan mengenai mana-mana individu tetapi memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil,

“Tidak kira seteruk mana kami ditekan dan dihambat atau didakwa, suara aman rakyat akan kedengaran di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini,” kata BERSIH 2.0.

Menurut gabungan yang diharamkan oleh kerajaan itu, belum terlambat bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertindak sebagai seorang negarawan dan menghentikan segala hambatan yang sering-kali dilakukan oleh seseorang diktator.

“Bekerjasamalah dengan BERSIH 2.0 bagi memastikan perhimpunan aman di Stadium Merdeka dan situasi menang-menang bagi semua pihak,” katanya.
-Perisik Rakyat

Panas !!! Blogger UMNO turut dedahkan Skandal "Wanita kaki maksiat"

JAMIL KHIR BAHAROM ADA SKANDAL? LAWA JUGA SKANDALNYA!!!!

Blogger-blogger Pro-Pakatan Rakyat sudah mula heboh memperkatakan tentang Yasmin binti Yazid yang bakal dilantik sebagai CEO TH Travel & Services Sdn Bhd (TH Travel), sebuah anak syarikat Tabung Haji sehari sebelum BERSIH 2.0 dijadualkan iaitu hari Jumaat ini.

Yasmin didakwa telah memufliskan TH Global Services Sdn. Bhd, sebuah lagi anak syarikat Tabung Haji yang menguruskan dan membekalkan makanan halal di Malaysia dan Arab Saudi. Didakwa juga dalam pengurusan Tabung Haji yang lalu, Dato' Paduka Ismee Ismail (Pengarauh Urusan Kumpulan dan CEO Tabung Haji) telah memperkatakan tentang kegagalan Yasmin menguruskan TH Global.

Namun yang paling 'menjejaskan' ialah terdapat soksek-soksek yang menuduh Yasmin terbabit dalam skandal seks di Sabah dan dikatakan berjaya meloloskan diri dalam satu serbuan anti-khalwat dengan menggunakan bot!

Kalau benar seperti yang dilaporkan oleh blogger-blogger Pro-Pakatan Rakyat (SINI dan SINI), Menteri yang berkaitan perlu memberikan penjelasan. Walaupun motif pendedahan itu boleh dipertikaikan, namun perlantikan seorang CEO yang gagal menguruskan sebuah syarikat yang lebih kecil, apatah lagi dengan menggunakan dana awam, seharusnya boleh dielakkan.

Dalam keadaan sekarang, kerajaan dan pengurusan dana awam seharusnya bertindak lebih bijak. Ada banyak mata yang sedang memerhati dan jangan fikir, setiap mata itu tidak mempunyai mulut dan tidak mempunyai persepsi! Kalau seorang penjawat telah pun merugikan sebuah syarikat, dan kemudian dilantik ke jawatan lebih tinggi mengetuai syarikat lain, pastinya ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku dan sedang cuba diselindungi!

The Flying Kick akan cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada menteri berkenaan!!!


Artikal Berkaitan : Bongkar!!! : Wanita kaki maksiat bakal terajui Tabung Haji Travel

BERSIH 2.0: KL milik rakyat, jumpa di sana esok

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tetap akan berhimpun di Stadium Merdeka esok.

Dalam satu kenyataan yang dimuat-naikkan di laman sosialnya di Facebook, BERSIH 2.0 berkata tidak kira sama ada kerajaan memilih untuk menjadi munasabah ataupun tidak, orang ramai teguh dengan pendirian melaksanakan hak mereka sebagai rakyat yang patriotik.

NONE“Kami akan berhimpun secara aman dan jumpa anda di Stadium Merdeka,” petik kenyataan itu.

BERSIH 2.0 juga kecewa dengan tindakan pihak berkuasa mengenakan perintah larangan daripada mahkamah untuk menghalang 91 individu daripada berada di Kuala Lumpur esok.

“Ini melambangkan penafian kebebasan untuk bergerak. Mereka yang berkuasa lupa bahawa ibu negara kita, seperti tempat-tempat lain di negara yang kita cintai dimiliki oleh rakyat dan bukannya oleh kerajaan.

“Tidak ada sebab bagi mengharamkan sesiapa sekalipun daripada memasuki ibu negara. Kami telah nyatakan berulang-kali bahawa BERSIH 2.0 cuma ingin melaksanakan hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.”

NONESemalam, timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

"Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya.

Daripada 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur esok, seramai 66 orang adalah dari kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan dan beberapa ahli jawatankuasa pemandunya.

NONEManakala ahli politik yang Pakatan Rakyat terdiri daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, presidennya Datuk Seri Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu.

Turut dilarang adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

BERSIH 2.0 juga berkata kerajaan telah gagal memahami bahawa gabungan 62 NGO itu bukan mengenai mana-mana individu tetapi memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil,

“Tidak kira seteruk mana kami ditekan dan dihambat atau didakwa, suara aman rakyat akan kedengaran di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini,” kata BERSIH 2.0.

NONEMenurut gabungan yang diharamkan oleh kerajaan itu, belum terlambat bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertindak sebagai seorang negarawan dan menghentikan segala hambatan yang sering-kali dilakukan oleh seseorang diktator.

“Bekerjasamalah dengan BERSIH 2.0 bagi memastikan perhimpunan aman di Stadium Merdeka dan situasi menang-menang bagi semua pihak,” katanya. -M'kini

Bersih 2.0: Jaga akhlak, usah layan provokasi

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh ahli PAS dan penyokong Bersih agar menjaga akhlak sesuai dengan tuntutan Islam semasa menyertai himpunan aman Bersih 2.0 esok.

"Saya selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat mewakili golongan para ulama PAS menyeru kepada seluruh ahli PAS dan mereka yang menyokong Bersih agar menjaga akhlak dan keperibadian mereka sesuai dengan tuntutan Islam yang sentiasa menganjurkan keperibadian yang mulia tanpa mengira sama ada mereka adalah kawan ataupun lawan.

"Perlu diingati bahawa sesiapa pun yang mengelilingi kita, mereka adalah sebenarnya mad’u kita," ujar ketuanya, Datuk Harun Taib (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau mengingatkan para ahli dan penyokong PAS jangan sekali-kali mengganggu ketenteraman awam apatah lagi merosakkan harta benda awam kerana ia ditegah di dalam Islam, sekalipun di dalam peperangan.

Namun begitu, beliau tetap percaya bahawa ahli PAS tidak akan bertindak sedemikian rupa sama sekali.

"Sekiranya perkara sebaliknya berlaku, maka kita percaya ianya bukan daripada amalan ahli kita yang telah sekian lama dididik dan ditarbiah agar berakhlak mulia oleh pemimpin-pemimpin dan murabbi kita sejak penubuhannya lagi," ujarnya yang juga Adun Manir.

Beliau berkata, apa sahaja bentuk provokosi oleh pihak lawan usah dilayani, anggaplah mereka golongan yang masih belum menerima mesej perjuangan PAS.

Justeru, Ustan Harun meminta ahli PAS supaya bersabar kerana ganjarannya adalah sangat besar di sisi Allah SWT kerana itulah lumrah perjuangan para anbia, sahabat-sahabat dan ulama-ulama serta pejuang-pejuang sebelum daripada kita.

Dewan Ulamak PAS Pusat juga, ujarnya turut mengharapkan agar pihak kerajaan khususnya pihak keselamatan memberikan kerjasama yang sewajarnya lagi adil untuk menjayakan hasrat yang mulia itu.

"Kepada kakitangan keselamatan, sekiranya anda berniat ikhlas untuk melancarkan lagi tuntutan dan hasrat mulia ini maka ketahuilah, insya Allah anda akan berkongsi pahala bersama-sama dengan kami dalam menjayakan tuntutan ini," ujarnya.

Menurutnya lagi, ganjaran pahala pasti akan menunggu mereka di hari akhirat nanti. -Hrkh

PANAS!! Umno-APCO Lancar "Perang Dingin" Dengan Yang di-Pertuan Agong??

ULASAN


“Hanya kerana Yang di-Pertuan Agong menemui mereka (BERSIH 2.0) tidak bermakna mereka tidak lagi diharamkan.”

Itu kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Dalam keghairahan untuk terus menyerang BERSIH 2.0, Hishamuddin mencadangkan bahawa Tuanku Mizan Zainal Abidin telah sanggup berjumpa dengan sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan.

Pendapat ini kemudiannya turut disokong oleh sepupu beliau – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai alasan untuk menafikan BERSIH permit bagi mengadakan perhimpunan amannya di sebuah stadium pada Sabtu ini.

Tindakan kedua-dua pemimpin itu dikecam kerana Najiblah yang mencadangkan kepada BERSIH 2.0 untuk mengadakan perhimpunan itu di sebuah stadium.

Apabila dipersetujui BERSIH, beliau tampil pula mengingatkan BERSIH bahawa rangkaian kerjasama itu sudah diharamkan kerajaan dan tidak layak memohon permit untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.

Inilah urutan perkembangan dalam tempoh 48 jam yang menyerlahkan kualiti kepemimpinan negara ini dan tahap “kesetiaan” Umno kepada institusi raja khususnya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

“Nasihat” baginda kepada BERSIH untuk membatalkan perarakan di atas sebab keselamatan dijunjung oleh BERSIH yang kemudiannya menerima tawaran Najib untuk mengadakan perhimpunan itu di sebuah stadium.

Buka laluan

Tuanku Mizan kemudian sudi menerima menghadap rombongan BERSIH iaitu Pengerusinya Ambiga Sreenevasan, Presiden Jamaah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin dan Sasterawan Negara A Samad Said.

Pertemuan itu dan titah baginda membuka laluan untuk BERSIH membatalkan tunjuk perasaan yang amat digeruni oleh BN.

Perbincangan di Istana Negara dan kenyataan susulan BERSIH akhirnya meleraikan ketegangan yang diwarnai dengan tangkapan-tangkapan polis dan kenyataan-kenyataan menghasut dan berbaur perkauman oleh kumpulan dan pihak tertentu.

Apakah respons kerajaan pula?

Malangnya, Najib dan Hishamuddin membawa mesej bahawa pertemuan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dengan jawatankuasa BERSIH tidak memberi apa-apa makna kerana BERSIH masih pertubuhan haram dan justeru tidak boleh diberikan permit mengadakan perhimpunan di stadium.

Tangkapan-tangkapan polis ke atas sesiapa yang memakai baju berlogo BERSIH diteruskan dan penahanan enam orang di bawah Ordinan Darurat juga diteruskan.

Pada ketika kerajaan dan polis berpeluang tampil memberi kerjasama untuk membolehkan suara rakyat didengar di sebuah persekitaran yang dikawal dan dijamin keselamatannya, Najib dan sepupunya Hishamuddin meremehkan pertemuan Yang di-Pertuan Agong dengan penganjur BERSIH dan terus menekan kumpulan itu.

Pedoman Tuanku

Di manakah kesetiaan tidak berbelah bahagi Umno kepada institusi raja dan kerelaannya untuk mengikut pedoman yang diberikan oleh Tuanku Mizan?

Amat mudah untuk pemimpin-pemimpin Umno mengeluarkan madah-madah indah mengenai kesetiaan kepada Raja dan Negara menerusi media arus perdana, dan menuduh semua yang lain sebagai pengkhianat bangsa, agama dan negara.

Rujukan mudah adalah krisis perlembagaan Perak tahun 2009 yang akhirnya menguntungkan Umno apabila calon lantikannya dinobat sebagai Menteri Besar.

Namun apabila tiba saat untuk Umno membuktikan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Istana dengan menghayati semangat perlakuan Tuanku Mizan, parti itu yang ditunjangi oleh Najib gagal dari segala sudut.

Sepupu beliau, Hishamuddin meremehkan titah dan semangat tindakan susulan yang diambil oleh Seri Paduka.

Justeru hari ini, negara masih berdepan dengan kemelut BERSIH – kerana kerajaan yang memerintah enggan menghormati petunjuk-petunjuk jelas daripada Seri Paduka dan menghayati semangat Baginda.

Sebaliknya Najib dan Hishamuddin mahu menguatkuasakan undang-undang zalim ke atas BERSIH, demi agenda sempit masing-masing.

Apakah benar BERSIH sebuah pertubuhan haram? Soalan yang lebih tepat adalah sama ada BERSIH itu sebuah pertubuhan.

Jawapannya Tidak. BERSIH adalah hanya satu bentuk kerjasama antara 62 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) YANG SAH dan berdaftar.

NGO-NGO ini memupuk kerjasama untuk mengatur sebuah majlis bagi mendesak pilihanraya yang adil dan telus.

Tafsiran sempit

Mereka melakukan usaha ini setelah usaha mereka berunding dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) gagal.

Apakah kerjasama BERSIH ini memerlukan pendaftaran rasmi di negara ini?

Tentunya tidak, jika keluhuran undang-undang dan semangat Perlembagaan didokong oleh pihak berkuasa.

Anehnya, kerajaan tidak pun merungut mengenai mengenai status BERSIH sebelum ini, walhal BERSIH 2.0 dilancarkan pada 10 November 2010 dan hanya terdiri daripada ahli-ahli dari golongan masyarakat madani.

SPR pula bebas mengadakan mesyuarat dengan BERSIH sebelum ini sungguhpun hasilnya tidak ke mana.

Hanya apabila BERSIH mula mengatur perhimpunan aman, yang kemudiannya disokong sepenuhnya oleh parti pembangkang, kerajaan mencengkam pergerakan itu dengan tafsiran undang-undang yang sempit.

Najib pula melabelkan Ambiga sebagai musuh Islam hanya kerana membela seorang anak guamnya dalam kes murtad Lina Joy.

Tiba-tiba daripada sebuah pergerakan masyarakat madani, BERSIH digambarkan oleh kerajaan sebagai berhaluan militan dan komunis yang mahu menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Tidak cukup dengan itu, perhimpunan aman BERSIH juga didakwa akan merugikan negara pada kadar RM1bilion sehari!

Dalam jangka masa singkat dua minggu, rakyat dipertontonkan watak sebenar Perdana Menteri dan Hishamuddin terhadap sistem demokrasi berparlimen, keluhuran undang-undang dan perlembagaan serta institusi Raja Berdaulat.

Tindakan mereka harus menimbulkan rasa gusar kepada sesiapa sahaja yang mendokong keadilan, prinsip-prinsip hak asasi manusia serta mahu melihat institusi-institusi seperti SPR diperkasakan demi manfaat rakyat.




PAS Buat Laporan Polis Terhadap Ketua Polis Selangor, Timbalan



SHAH ALAM : Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mazlan Aliman hari ini membuat satu laporan polis keatas Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berikutan tindakan pihak berkuasa itu menuduh aktivis Bersih memiliki beberapa bahan dan senjata yang dirampasnya baru-baru ini.

Laporan tersebut juga bertujuan bagi menggesa pihak polis mendedahkan maklumat lebih terperinchi mengenai rampasan senjata oleh polis yang dikaitkan kepada Bersih dua hari lalu.

"Meskipun sekalung tahniah diucapkan kepada pihak polis atas kejayaan memberkas suspek dan menemui senjata berbahaya, sebaliknya timbul banyak keraguan orang ramai tentang sejauh mana ketelusan pihak polis atas isu tersebut," katanya.

"Laporan ini ditujukan kepada dua penama tersebut kerana merekalah yang bertanggungjawab atas pendedahan yang dibuat dan mereka haurs bertanggungjawab atas pendedahan ini," beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sejurus selesai membuat laporan polis di IPD Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sejurus selesai membuat laporan polis di IPD Shah Alam hari ini.

Baru-baru ini negara digemparkan dengan kenyataan Polis Kuala Lumpur dan Selangor yang mendakwa merampas sejumlah 44 bom Molotov cocktails, 39 parang, 43 mercun dan 48 baju Bersih di Gombak, Selangor and tiga lokasi sekitar Kuala Lumpur.

Di Shah Alam, Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mendakwa polis menjumpai lima buah beg pakaian yang mengandungi 20 bilah parang dan 36 botol air mineral berisi minyak petrol lengkap bersumbu.

Senjata itu ditemui disorok di celah-celah batu di belakang sebuah tokong di Batu 14, Jalan Lama Gombak Bentong, semalam.

Mengulas lanjut perkara terbabit, Mazlan menuntut pihak polis memainkan peranan sebenar mereka dalam melindungi rakyat secara holistik dan bukannya terus menjadi boneka kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) demi kepentingan politik mereka.

Justeru, Mazlan menyifatkan agenda polis melumpuhkan gerakan rakyat seperti konspirasi terancang pada peristiwa 13 Mei 1969, peristiwa Memali dan Operasi Lalang hanyalah taktik lapuk yang hanya mengundang kebencian rakyat.

"Sekatan jalanraya yang dibuat oleh pihak polis, tangkapan kepada orang awam, gangguan terhadap ceramah dan serbuan terhadap premis-premis tertentu yang kemudiannya disusuli dengan penemuan senjata berbahaya seperti dirancang untuk membuktikan ada pihak-pihak yang ingin melakukan huru-hara dalam negara ini,"ujarnya.

"Ini juga membawa maksud bahawa kononnya penggunaan ISA, Ordinan Darurat termasuk pengisytiharaan Darurat boleh digunakan sebagai langkah pecegahan. Jika ini lah perancangannya, amat malang sekali dalam sistem demokrasi berpelembagaan," katanya lagi.

TVS



Seorang pembekal molotov cocktail hari ini mengaku bahawa beliau telah melanggar akta pembuat molotov cocktail 1966 pindaan 2011 kerana menggunakan botol plastik dalam pembuatan bom botol itu baru-baru ini.

Beliau berkata tujuan beliau berbuat begitu ialah kerana ingin mengambil komisyen yang lebih kerana harga botol plastik lebih murah daripada botol kaca."Orang jual beli kapal selam pun boleh ambik komisyen lebih,takkan gua tak boleh",katanya selamba badak.Beliau sedar akan kebodohan yang dilakukannya itu namun akibat kenaikan harga botol kaca,tiada apa yang dapat dielakkannya daripada menggunakan botol plastik.

Sementara itu Persatuan Pembuat Molotov Cocktail Sedunia yang dihubungi berkata mereka akan mengambil tindakan terhadap pembekal yang bangang itu kerana telah memalukan industri tersebut.Seluruh dunia kini sedang bergelak ketawa dengan insiden bangang tahap jingga itu.

Berdasarkan rekod persatuan itu,tidak ada mana-mana negara termasuk dunia ketiga yang mengamalkan pembuatan molotov cocktail menggunakan botol plastik kerana ianya akan membakar botol itu sendiri ketika dinyalakan dan botol itu juga tidak akan pecah berderai seperti botol kaca bila ianya dibaling."Kena kepala pun tak benjol",kata wakil persatuan itu..Kah!kah!kah! -UTUSEKS MELOYA

MAFREL Selar Pendirian Najib, Sekejap Boleh Sekejap Tidak

Flip-Flop, Gambaran Buruk Kepimpinan Najib

SHAH ALAM : Tindakan Perdana Menteri, Najib Razak mula berdolak dalih berhubung tawaran untuk perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di stadium dan bukan dijalanan hanya memberi gambaran buruk kepada kepimpinan beliau.

Presiden Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, keengganan Najib untuk bekerjasama dengan Bersih 2.0 jelas menunjukkan Najib tidak akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong dan terus menghalang Himpunan Bersih 2.0, Sabtu ini.

"Sepatutnya pihak kerajaan memberi kerjasama yang penuh untuk memastikan perhimpunan itu dapat dilaksanakan. Kerajaan juga perlu akur dengan apa yang telah ditawarkan oleh Perdana Menteri untuk menggunakan stadium. Sebarang tindakan selain daripada perkenan Seri Paduka, ia boleh ditafsirkan sebagai mengingkari titah Seri Paduka," tegasnya.

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga dalam kenyataan media lewat malam semalam berpendirian untuk tetap menjadikan Stadium Merdeka sebagai lokasi berkumpul pada 9 Julai nanti walaupun tidak mendapat kebenaran.

Perdana Menteri Najib dalam masa yang sama dilihat tidak konsisten apabila menyatakan pertubuhan Bersih 2.0 harus berdaftar sebelum dibenarkan berhimpun di stadium walhal cadangan itu datang dari beliau sendiri.

Lebih buruk lagi, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar turut membekukan kesemua permit sementara bas ekspres untuk masuk ke ibu negara bermula hari ini.

Jelas Syed Ibrahim, beliau kesal dengan tindakan Najib yang hanya memperkudakan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) demi kepentingan politik semata.

"Bersih telah memberi jaminan bahawa himpunan itu akan berjalan dengan aman tapi kerjasama untuk perhimpunan ini berlangsung secara aman perlu juga diberikan oleh pihak kerajaan dan polis.

Tetapi setakat ini tiada sebarang tindakan positif bahawa ia akan berjalan seperti yang diinginkan Seri Paduka.

Malah, saya rasa apa yang berlaku sekarang ini seolah-olah pihak polis khususnya hanya akan menyebabkan keadaan lebih huru-hara," ujarnya kepada Tvselangor -tvsnews


Bersih 2.0 : 30 Jalan Di KL Ditutup Sabtu Ini

KUALA LUMPUR 8 JULAI : Menjelang tiga perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda Umno pada Sabtu ini, polis sudah mula mengenal pasti hampir 30 jalan utama di ibu negara untuk ditutup kepada trafik.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh mendakwa pihaknya menerima laporan bahawa beberapa kumpulan merancang untuk berkumpul di beberapa lokasi kawasan panas di sekitar ibu negara.

Malah, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menjauhkan diri dari Kuala Lumpur pada hari Sabtu jika tiada urusan di bandar raya.

Bagaimanapun katanya, mereka yang bekerja dan tinggal di kawasan terbabit akan dikecualikan.

Antara jalan utama yang akan ditutup kepada trafik pada Sabtu ini ialah seperti berikut :

Jalan Syed Putram Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.

Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara.

Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

Panass..Khairy Kata Macam Israel..??

Khairy Jamaluddin mendakwa polis Kuala Lumpur hari ini menyemarakkan ketegangan berkaitan Bersih 2.0 dengan menggunakan perintah mahkamah melarang beliau dan 90 yang lain daripada memasuki ibu negara Sabtu ini.

Ketua Pemuda Umno ini yang pulang dari menyertai misi kemanusiaan ke Gaza petang ini mendapati dirinya “diharamkan dari bandar raya beliau tinggal.”

“Daripada bertindak ke atas penyelesaian, mereka telah membawa alih jalan penyelesaian (yang ada),” kata Ahli Parlimen Rembau ini.

Pemuda Umno memutuskan untuk tidak mengadakan perhimpunan balas selepas Bersih 2.0 menerima tawaran kerajaan mengadakan perhimpunan aman di dalam stadium iaitu Stadium Merdeka.

“Perintah mahkamah telah menegangkan situasi. Sekarang penyokong saya, penyokong Perkasa dan penyokong Bersih kecewa.

“Situasi sekarang terawang-awang. Tidak siapa pun tahu apa langkah menyusul,” katanya sambil menambah, kepimpinan Pemuda Umno akan bertemu pagi esok bagi membincangkan opsyen.

Terdahulu, Khairy (gambar) menghantar mesej Twitter bahawa beliau baru sahaja mendarat di Kuala Lumpur selepas cuba mengatasi halangan Israel di Gaza, tetapi mendapati “saya dihalang memasuki Kuala Lumpur. Maaf, kalau saya katakan ‘WTF’?”

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan juga mempersoalkan keikhlasan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengadakan pertemuan dengan mereka di Kuala Lumpur petang.

Pada pertemuan itu, Ambiga berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perintah melarang mereka memasuki ibu negara yang diperoleh.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .