Ikuti Blog ini

Panggil pilihan raya selesai krisis politik Perak - Tengku Razaleigh

erdapat cara yang mudah dan terhormat untuk meredakan situasi buat selama-lamanya: kembali kepada satu-satunya sumber kerajaan yang sahih, kehendak orang ramai yang diluahkan menerusi pilihan raya yang bersih dan adil.

Terdapat cara yang mudah dan terhormat untuk meredakan situasi buat selama-lamanya: kembali kepada satu-satunya sumber kerajaan yang sahih, kehendak orang ramai yang diluahkan menerusi pilihan raya yang bersih dan adil.Barisan (Nasional) kemungkinan ingin memperlihatkan sedikit kemurahan hati dan keyakinan dengan memanggil pilihan raya (baru) - Ku Li

DUN BAWAH POKOK… Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri, yang dipanggil Speaker N. Sivakumar, dengan dihadiri kesemua ADUN Pakatan Rakyat diadakan di bawah pokok selepas dilarang memasuki bangunan SUK di Ipoh semalam. Ia merupakan detik baru krisis politik Perak yang bermula 25 Januari lalu. Krisis baru ini tercetus ketika hampir genap setahun selepas pilihan raya umum ke-12 diadakan 8 Mac 2008.

Razaleigh: Panggil pilihan raya selesai krisis politik Perak



PETALING JAYA: Sambil menyifatkan krisis politik Perak semakin kelam, bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menegaskan, segala tindak-tanduk yang bercanggah dengan Perlembagaan demi kepentingan politik peribadi perlu dihentikan.


Justeru beliau turut menggesa agar kuasa dikembalikan kepada rakyat untuk membuat pilihan baru mereka.


Bekas Menteri Kewangan itu menambah, “mereka yang secara acuh tak acuh mengingkari Perlembagaan bagi manfaat politik secara langsung memusnahkan lagi asas-asas negara ini bagi kepentingan politik mereka.”


“Situasi politik di Perak menjadi semakin kelam dari sehari ke sehari, dengan ego dan reputasi sudah berakar berumbi dalam kedudukan-kedudukan yang tidak harapan,” kata beliau menerusi tulisan terbaru blognya mengenai tidak boleh diharapkan,” katanya.


“Terdapat cara yang mudah dan terhormat untuk meredakan situasi buat selama-lamanya: kembali kepada satu-satunya sumber kerajaan yang sahih, kehendak orang ramai yang diluahkan menerusi pilihan raya yang bersih dan adil.


“Barisan (Nasional) kemungkinan ingin memperlihatkan sedikit kemurahan hati dan keyakinan dengan memanggil pilihan raya (baru),” katanya.


Pandangan yang sama diutarakan oleh Majlis Peguam lewat petang semalam.


Video Sidang DUN Tergempar



Sidang Tergempar DUN Perak 2/9
Sidang Tergempar DUN Perak 3/9
Sidang Tergempar DUN Perak 4/9
Sidang Tergempar DUN Perak 5/9
Sidang Tergempar DUN Perak 6/9
Sidang Tergempar DUN Perak 7/9
Sidang Tergempar DUN Perak 8/9
Sidang Tergempar DUN Perak 9/9


Krisis di Perak : Celaka?

CELAKA membawa erti sesuatu kejadian yang tidak diingini, ianya juga digunakan sebagai satu perkataan makian yang digunakan pada masa yang marah, yang membawa erti seolah-olah mengharapkan yang dikatakan itu akan mengalami nasib malang.

Krisis di Perak Darul Ridzuan tidak harus dipandang ringan oleh rakyatnya, ianya adalah satu malapetaka yang dasyat dan telah membawa kecelakaan terhadap masa depan rakyat perak dan keseluruhan sistem yang menjadi pautan rakyat perak.


Rampasan kuasa secara ugutan dan tidak bermoral adalah celaka besar kepada rakyat Perak dimana kepimpinan telah diambil alih dari yang sah kepada yang haram dan negeri di perintah oleh samseng samseng yang suka menakut nakutkan rakyat.

Halangan hak Dewan undangan negeri dari bersidang dan penutupan Dewan yang mulia dari dimasuki ahli ahlinya yang layak juga adalah teramat celaka kepada sistem demokrasi yang mejadi naungan kebebasan rakyat perak.

Pengunaan pihak berkuasa seperti PDRM, SPRM dan agensi agensi kerajaan yang lain untuk kepentingan sekelompok elit yang gila kuasa men celaka kan lagi nasib masa depan rakyat perak yang kehilangan tempat mengadu dan pembelaan yang diharapkan. Penat lelah rakyat membayar gaji mereka untuk menjaga amanah rakyat telah di celaka kan oleh kepentingan peribadi dan survival politik sekelompok elit.

Menafikan hak rakyat perak memilih pemimpin2 mereka secara demokrasi membawa erti celaka lah masa depan rakyat perak.

SEJARAH Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan di bawah pokok, di kawasan kira-kira 100 meter dari bangunan SUK Perak, Ipoh antara 10 hingga 10.30 pagi

Gambar banjir di KL selepas sidang di Perak.

Berikut ini saya terbitkan 6 keping gambar yang dihatar oleh seorang rakan seperjuangan untuk menjadi tontonan kita semua.Menurut pengirim ini adalah gambar yang diambil disekitar PWTC.

Seakan ianya berlaku beriringan setelah rakyat Perak menintiskan air mata menyaksikan kezaliman parti cap kati merampas kuasa dan kemucaknya menghalang ADUN Pakatan Rakyat untuk masuk Dewan. Berlakulah banjir di Kuala Lumpur.















Istana setuju terima memo anti-PPSMI

Dilaporkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohammad Sabtu Osman menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perarakan yang dirancang penyokong Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di ibunegara Sabtu ini.

Mohammad Sabtu berkata perarakan itu adalah haram kerana penganjur tidak memohon permit untuk tujuan itu.

Pihak Istana Negara pula telah memberikan reaksi positif bagi menerima memorandum membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu ini.

Persetujuan istana itu dianggap "kemenangan pertama" aktivis bahasa dan sastera dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang menganjurkan perhimpunan besar ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad berkata istana tidak melarang majlis penyerahan memorandum tersebut.

Yang anehnya kenapakah Polis ini sentiasa sahaja hendak menjadi pengampu kepada Menteri-menteri UMNO-BN dan sampai bilakah mereka hendak menjadikan diri mereka sebagai lembu-lembu si bangang dan si tolol kepada menteri yang yang ada di dalam kabinet hari ini?

Sampai bilakah polis-polis ini hendak menjadikan rakyat negara ini sebagai musuh mereka?

Pimpinan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) Dato’ Dr Hassan Ahmad dilaporkan telah menerima sokongan pejuang-pejuang bahasa menganjurkan ‘Perhimpunan 100 Ribu’ di hadapan Istana Negara, 7 Mac 2009 ini bermula jam 2.00 petang.

Kalangan pejuang bahasa termasuk Sasterawan Negara Dato’ A Samad Said, Dato' Baha Zain, Dr Shaharil Mohamad Zain, Profesor Emeritus Abdullah Hassan, Profesor Emeritus Nik Safiah Abdul Karim, Dinsman dan ramailah menyatakan kesediaan untuk hadir.

Nama-nama hebat ini dikenali di dalam dan di luar negara, pelajar dan pelajar sekolah kerana mereka walaupun tidak berpakaian seragam di zahir, tetapi sebahagian besarnya adalah mahaguru di menara gading.

Jika nak dibanding sumbangan Menteri Pelajaran, Hishamuddin Hussein dengan sumbangan salah seorang nama yang disebutkan di atas tadi, semua dapat menilai siapakah yang lebih banyak berjasa terhadap pembentukan insaniah dan pembinaan intelektualisma.

Inikan pula polis-polis yang namanya seperti Musa Hassan, Mohamad Sabtu Othman yang mungkin jika ditanya kepada pelajar sekolah pun ramai akan menjawab .. oh.. kemungkinan mereka ini penyanyi yang baru muncul...


anti english language in math and science ppsmi gmp parliament march 170209 04Kita meminta pihak polis henti-hentilah kerja mengampu dan membodek secara melulu. Perhimpunan tersebut bukan untuk melakukan sebarang protes di jalanan tetapi hendak menyerahkan memorandum secara aman.

Tugas kamu polis ialah mengawal lalu-lintas dan berikan segala kerjasama sepenuhnya kepada golongan cedekiawan itu. Bukan dengan menghantar trak-trak FRU atau anggota SB berpakaian preman untuk menimbulkan provokasi di tengah-tengah lautan manusia. Modus operandi sebegitu sudah tidak laku lagi apabila polis sering saja menyalah-gunakan kuasa mereka meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka.

Maruah polis telah lama tercemar akibat perbuatan polis sendiri yang terus-terus berpegang kepada tradisi membelasah rakyat yang tak sebulu dengan pemerintah.

Rakyat sebenarnya dah meluat melihat perangai polis-polis yang menunjukkan kuasa tak kena pada tempatnya. Mengugut rakyat akan hanya menyebabkan rakyat bertambah-tambah simpati terhadap pejuang-pejuang bahasa itu.

Pergilah buat kerja kamu yang lain... mencegah jenayah, rompakan, perkosaan, mencari kanak-kanak yang hilang yang semakin menjadi-jadi. Naik pangkat dengan cara mencegah jenayah itu lebih berkat gajinya untuk diberikan makan kepada anak-bini dari naik pangkat dengan kerja mengampu dan membodek pak menteri yang tak sedar diri.





Sapa Kata SULTAN KEDAH MURKA kat KERAJAAN NEGERI KEDAH..

SULTAN ABDUL HALIM dan Sultanah Haminah Hamidun bergambar bersama Exco Kedah selepas majlis pelantikan di Istana Anak Bukit.

Portfolio dikosongkan Arumugam akan diisi selepas pilihan raya kecil

ALOR SETAR: Semua sembilan anggota Exco kerajaan negeri sedia ada kekal dan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit di sini, pagi semalam, bagi tempoh setahun.

Ia melenyapkan spekulasi sebelum ini seorang daripada mereka akan digugurkan dan diganti dengan calon lain berikutan dakwaan mengeluarkan perkataan yang mencerca Sultan Kedah seperti terkandung dalam satu surat layang baru-baru ini.

Mereka yang mengangkat sumpah itu ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundor, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (Tokai), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit), Siti Aishah Ghazali (Merbau Pulas), Dr Hamdan Mohamed Khalib (Tanjung Dawai), Abdullah Jusoh (Pantai Merdeka), Dr Ismail Salleh (Alor Mengkudu), Mohammad Radzi Salleh (Lunas) dan Tan Wei Shu (Bakar Arang).

Pelantikan baru itu turut menyaksikan perubahan beberapa portfolio barisan exco, antaranya Mohamed Taulan yang sebelum ini memikul tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan beralih kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi.

Phahrolrazi pula mengisi portfolio dikosongkan Taulan, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala portfolio Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga yang disandangnya sebelum ini dikekalkan.

Amiruddin dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Penerangan yang sekali gus menyaksikan portfolio Pembangunan Usahawan yang disandang sebelum ini digugurkan.

Abdullah yang sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi menyandang satu pertambahan portfolio iaitu Pembangunan Usahawan.

Dr Ismail pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan dan portfolio Penerangan yang disandang olehnya sebelum ini diambilalih Amiruddin.

Bagaimanapun, portfolio empat lagi exco kerajaan negeri kekal dengan Mohamad Radhzi dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia; Dr Hamdan dilantik Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan.

Siti Aishah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat manakala Tan, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, jawatan seorang lagi Exco yang memegang portfolio Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat India dan Siam yang sebelum ini disandang V Arumugam masih kosong dan akan diisi selepas pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau, 7 April ini.

Beliau berkata, pengisian jawatan exco itu akan diberi keutamaan kepada calon India Pakatan Rakyat (PR).


2 Bukit 1 Batang - Pilihanraya Serentak


7 April - ditetapkan tarikh untuk pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N29 Batang Ai, Sarawak yang akan diadakan serentak dengan dua lagi pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah.

Pilihanraya kecil itu dipanggil berikutan kematian penyandangnya, naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Dublin Unting pada 24 Februari lalu akibat serangan angin ahmar.

Pada pilihan raya negeri Mei 2006, Unting memenangi kawasan yang majoritinya kaum Iban selepas menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Nasional Sarawak (SNAP) dengan majoriti 806 undi dan dilantik menjadi anggota petadbiran kerajaan Sarawak.

Beliau pertama kali memenangi kerusi Batang Ai pada 1991 menerusi tiket Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), yang ketika itu parti pembangkang dalam pertandingan satu lawan satu menentang Mikai Mandau daripada Barisan Nasional (BN).

Dalam pilihan raya negeri yang diadakan pada 1996 dan 2001, beliau mengekalkan kerusi itu menerusi tiket PBDS, yang telah menjadi parti komponen BN, dan kemudiannya menyertai PRS ekoran pembatalan pendaftaran PBDS akibat krisis kepimpinan pada 2004.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin dengan peluang untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Batang Ai pada pilihan raya kecil akan datang berikutan kematian penyandangnya Datuk Dublin Unting Ingkot, kata Timbalan Ketua PKR negeri Nicholas Bawin Anggat (gambar) hari ini.

Bawin, yang diuar-uarkan bakal menjadi calon PKR bagi kerusi itu berkata pada kali ini, pertarungan bagi kerusi majoriti pengundi Iban itu pasti panas kerana kedua-dua parti mempunyai sokongan kewangan dan logistik, tidak seperti pada pilihan raya lepas.

“Saya akan serahkan kepada parti untuk memutuskan siapa calon PKR bagi kerusi Batang Ai dan ia merupakan satu penghormatan kepada saya jika parti menamakan saya sebagai calon,” katanya


Lagi Koleksi gambar sidang DUN tergempar.

Sidang akhbar di Pejabat DAP yang berdekatan.
Semua ADUN Pakatan Rakyat.
ADUN Titi Serong sedang membentang Usul pertama.
Suasana sidang.

Beginilah hasil dari penafian hak untuk bersidang di Dewan, kami terpaksa bersidang dibawah pokok jati tetapi ianya tetap sah.

Dato' Ngeh Khoo Ham.

Lebih 200 orang polis mengawalpintu masuk ke DUN

Unit amal dan petugas khas mengawal keadaan.


Inilah "pengacau" upahan yang menghalang kami.

YAB.MB dan ADUN lain didepan hotel sebelum berangkat ke sidang.

YAB. MB ,Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat.

"Kami pasti berjaya" ucap ADUN Titi Serong



Kerajaan Nizar Nak Sidang Atas Pokok Pun Dikira Sah!


Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan malaysia menyatakan "jangankan bawah pokok, sidang atas pokok pun ia tetap sah," ketika diminta mengulas mengenai kesahihan Persidangan Tergempar Dewan Undangan Negeri Perak oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pagi semalam.

Sessi sidang tergempat 30 minit, yang bermula jam 10.20 pagi, telah dipanggil oleh Speaker Dewan Undnagan Negeri Perak V.Sivakumar, dan dihadiri oleh kesemua 27 ADUN dari Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Dr Mohammad Agus, menambah ketiga-tiga usul yang diluluskan secara sebulat suara semasa sessi itu juga adalah sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.

Usul pertama ialah menyatakan sokongan dan undi percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar, kedua meminta pembubaran dewan undangan negeri supaya satu pilihanraya dapat diadakan, dan ketiga menerima keputusan Speaker menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan keenam-enam exco dari sebarang persidangan dewan undangan negeri.

Dr Mohammad Agus menyatakan bahawa persidangan DUN yang lepas hanya ditangguhkan dan belum ditamatkan.

“Jika ditangguhkan, bererti Speaker mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar walaupun tanpa perkenan Sultan,” tambahnya.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan menyatakan kejadian yang berlaku di Perak belum pernah terjadi dan melibatkan isu perundangan yang kompleks.

Sekalipun mustahil untuk menyediakan pendapat yang sempurna mengenainya, beberapa perkara perlu dilihat sebagai perkara prinsip, katanya di dalam kenyataannya.

Beliau menyedari terdapat persoalan samada bleh atau tidak untuk melaksanakan sidang dewan di luar dari bangunan Kerajaan Negeri.

“Tentulah, di dalam bangunan itu terletaknya dewan undangan negeri yang sepatutnya persidangan itu berlansung.

“Tetapi, Speaker dan ahli dewan undangan negeri telah dihalang dari menjalankan sidang di tempatnya oleh pihak polis, dan ini menimbulkan isu yang serius mengenai tindakan polis berkenaan.

“Oleh itu Speaker tiada pilihan melainkan untuk bertindak mengikut budi-bicaranya untuk mengendalikan persidangan itu di tempat lain,” kata beliau.

Mahkamah hari ini telah memutuskan sidang tergempar hari ini tidak sah. Ramai melihat keputusan hakim tersebut terlalu berat sebelah dan hanya mengambil kira hujjah-hujjah dari pihak pendakwa.



Mamat Songkok Tinggi & The Gang bertindak kasar


Jam 9:30 pagi, delegasi ADUN-ADUN dan EXCO-EXCO Pakatan Rakyat tiba dengan menaiki sebuah bas. Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar pula tiba dengan kereta rasmi Menteri Besar Perak. lagi sebiji aku tak pasti kereta sape, mungkin kereta Speaker DUN kot.

Dah sampai depa berkumpul lebih kurang 100 meter dari Bangunan SUK sebelum bersama-sama bergerak menuju ke Bangunan SUK sambil diiring ketat para pengawal-pengawal dari unit kawalan Pakatan Rakyat.

Hampir 50 meter dari Bangunan SUK, bermulalah kejadian yang tak diingini.........

Mamat Songkok Tinggi & The Gang bertindak kasar dengan merempuh Unit Kawalan Pakatan Rakyat yang membentuk benteng bagi menjaga keselamatan para pimpinan Pakatan Rakyat.

Sambil merempuh benteng keselamatan, mulut Songkok Tinggi & The Gang tak renti-renti dok maki hamun dan mencarut-carut dekat barisan MB & EXCO Pakatan Rakyat.

Masa kejadian rempuh-merempuh tu aku tengok ADUN Simpang Pulai kene tolak dekat salah sorang geng songkok tinggi. hampir-hampir nak tergolek YB kita tu dibuat puaka-puaka Songkok Tinggi.

Masa tu aku tengok suasana betul-betul tegang. 4-5 orang jugak wartawan dan jurugambar makan penyiku geng Songkok Tinggi masa cuba dok snap gambar depa.

Part yang paling best sekali ialah dekat sini. masa ni keadaan dah hampir-hampir tak terkawal sebab Songkok Tinggi masa ni dah masuk setan. dia pi maki dekat Dato' Seri Menteri Besar siap angkat-angkat tangan macam nak belasah orang.

Wartawan dan Jurugambar media yang ramai-ramai ada dekat situ pakat-pakat jerit panggil polis dekat sebelah tu tapi yang sialnya POLIS BUAT TAK TAU JE...!!!


Mula dari kejadian ni la orang ramai, wartawan dan jurugambar dah naik angin. ramai yang dah berbunyi tak puas hati dengan polis yang tak dapat kawal keadaan dan sanggup tengok je geng-geng Songkok Tinggi buat gila babi.

Tapi aku puji Unit Kawalan Pakatan Rakyat yang sedaya upaya menjaga keselamatan para Pimpinan Pakatan Rakyat walaupun depa ni bukan sama kaler kulit. berbeza dengan Mamat Songkok Putih yang dok laung-laungkan "ISLAM", "ISLAM" tapi dalam masa yang sama dok maki hamun carut marut dekat Dato' Seri MB yang sesama bangsa dan agama.

Korang tengok la betapa gila babinya Songkok Tinggi & The Gang dok sedaya upaya nak lepas benteng keselamatan Pakatan Rakyat sebab nak serang Dato' Seri MB... lakhnat sungguh...!!!

Aku tak kenal Mamat Songkok Tinggi ni sape tapi aku ada rasa malu dekat geng-geng Cina & India sebab orang yang SAH sama bangsa dengan aku dan jugak aku yakin dia ni sama agama dengan aku buat hal macam ni. amat memalukan.

Salute untuk Unit Keselamatan Pakatan Rakyat yang punya tahap kesabaran yang tinggi (lagi tinggi dari songkok Mamat Songkok Tinggi) dan berjaya menangani keadaan yang amat tegang ni dengan berhemah disamping berjaya menjaga keselamatan para Pimpinan Pakatan Rakyat dengan jayanya.

Yang ada sikit-sikit terlepas pandang tu kira halal la sebab kalau korang ada dekat situ tadi korang tau macam mana keadaan cemas tu.

Kejadian tadi jugak yang menjadi penyebab kepada berlakunya insiden orang ramai pi maki hamun polis. memang kejadian maki hamun polis tu berlaku tapi bersebab.

Sebabnya ialah, pihak polis sendiri yang buat bodoh bila orang ramai panggil depa mintak tolong selesaikan suasana cemas tadi. semua orang tengok dengan mata kepalaa sendiri macam mana anggota polis cuma jadik TUNGGUL je dalam keadaan gawat.

Polis yang memburukkan institusi Polis, bukan orang ramai yang buat nama polis BUSUK...!!!






Majlis Peguam Persoal Keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh, Syor Pilihanraya Baru

http://buletinonline.net/images/berita/barcouncilquestion.jpg

Majlis Peguam Malaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini mempertikaikan keputusan melarang peguam persendirian mewakili Speaker DUN Perak V Sivakumar seperti diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.


Presidennya S Ambiga berkata keputusan mewajibkan penasihat undang-undang negeri mewakili Sivakumar, boleh mencemarkan prosiding yang membabitkan pertelingkahan antara BN dan Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim memutuskan demikian susulan permohonan peguam Menteri Besar BN, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri BN, berhubung penggantungan mereka daripada menghadiri sidang DUN.

Ambiga berkata, dua perkara haruslah diambil kira dalam isu ini.

Pertama, setiap peguam bertindak mengikut arahan anak guamnya dan dalam kes ini, tambah Ambiga, Sivakumar tidak pernah meminta penasihat undang-undang negeri berbuat demikian.

Kedua, penasihat undang-undang sendiri berada dalam kedudukan konflik kerana beliau mewakili Dr Zambry dalam kes menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan wakil rakyat BN itu.

"Bagaimana mungkin beliau (penasihat) atau jabatannya boleh bertindak bagi pihak Speaker yang dicabar oleh Dr Zambry?" kata Ambiga dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman rasmi badan.

"Wajar diingatkan, keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan tetapi perlu dilihat telah ditegakkan. Mahkamah bertanggungjawab menegakkan prinsip tertinggi keadilan, kesaksamaaan dan kebebasan."

Ambiga juga menyifatkan Speaker tidak mempunyai pilihan kecuali terus mengadakan sidang tergempar DUN di luar bangunan rasminya setelah dihalang oleh polis.

Kesahan tindakan polis ini membangkitkan persoalan yang serius, tambahnya.

Apatah lagi, tegasnya, tindakan polis itu bersandarkan arahan setiausaha DUN yang hanya seorang pegawai pentadbiran yang tidak mempunyai kuasa untuk menafsir sama ada sesuatu persidangan dewan itu sah atau sebaliknya.

"Polis dengan itu telah bertindak secara tidak wajar apabila mencanggahi kehendak Speaker dan DUN. Kesilapan ini diburukkan lagi oleh keputusan Mahkamah Tinggi," kata Ambiga.

Majlis Peguam juga mengesyorkan agar diadakan pilihan raya baru untuk keluar daripada krisis politik Perak yang berlarutan lebih sebulan.


"Tidak ragu-ragu bahawa akan ada lagi kes (baru) yang difailkan di mahkamah. Dan, orang awam terpaksa melalui kesan ketidaktentuan (politik semasa).


"Situasi ini sukar dipertahankan dan memerlukan satu perkara yang akan menyelesaikan secara konklusif - pilihan raya baru.


"Kini ada pintu peluang bagi keadaan ini berlaku. Biarkan orang ramai memutuskannya," kata Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini ekoran "episod drama politik" terbaru yang disaksikan di Perak sejak pagi tadi ini.


Krisis politik Perak yang bermula 25 Januari lalu hari ini menyaksikan beberapa detik menarik dan mencemaskan serta menimbulkan pelbagai tanda - ke mana menujunya amalan demokrasi di negeri itu.




Sidang Pokok jadi sejarah



Sejarah di Perak sepatutnya di bukukan untuk di hidang kepada jenerasi kita yang akan datang. Tapi pastikan tidak di putarbelitkan untuk membodohkan anak cucu kita nanti.

Kalau di kala dulu ada internet, maka kita tahu siapa sebenarnya yang bunuh Birch, adakah si Puntong, atau mungkin Abdullah Antong? Tapi bila di ceritakan zaman berzaman, maka yang termasuk dek akal bahawa si Puntong lah yang mencocokkan benda tajam ke dubur Birch di Pasir Salak sehingga mati. Hmmmm.....betul ke?

Kerana mahu kelihatan mati sebagai perwira, maka di ubahkan cerita untuk di kecap sesedap rasa. Maka mati lah Birch di Pasir Salak. Mat Salleh mati ke tandas kampung? Wakakaka !!!

Aku tak rasa Mat Salleh sudi untuk berbudaya seperti Melayu kampong yang dulunya melihat najis jatuh ke sungai satu persatu di saksikan oleh ikan haruan dan sepat. Siapakah pembunuh sebenar? Mungkin sudah beranak pinak dan memegang jawatan penting dalam kerajaan. Siapa tau?

Dulu kita bersandar kepada cerita mulut ke mulut. Bila insiden berlaku maka mulut bercerita dan telinga mendengar. Kalau betul lah cerita itu, maka betul lah dia. Kita tak tau kalau kalau Si Puntong itu, cuma manusia kampung yang hanya mencari rezeki, sedang menangkap ikan tiba tiba di tuduh membunuh. Itu politik zaman dulu, sifirnya sama seperti sekarang. Kerana itu lah Sirul dan Azilah pun sibuk bersilat di mahkamah.

Mungkin dulu sudah ada asal usul Utusan Meloya, akhbar yang menjilat najis pemimpin pemimpin sehingga kini.

Kisah sidang di pokok jadi cerita.
Wahhh !!! Bukan main di kutuk secukup rasa. Kalau membaca tanpa usul periksa, boleh muntah di buatnya. Tapi kita ada saluran alternatif yang boleh kita banggakan. Di susuli dengan gambar dan video. Kita tahu siapa salah dan siapa benar. Kalau di download video dan di edarkan pada rakyat jelata, semua orang akan tahu perkara sebenar. Mungkin bukan si Puntong yang jolok bontot Birch, tapi sebenarnya Birch mati ketika beronani sendirian. Siapa sangka?

Jadi cerita cerita dahulu kala sukar untuk di perjelaskan. Tiada surat angkat sumpah dan kepilan dokumentasi lengkap untuk ya pada yang tidak. Tiada gambar dan imej di ambil, apatah lagi tiada pakar forensik yang telus dan tidak dikongkong oleh kepartian. Jadi sekarang kita terima bulat bulat tanpa usul periksa. Itu pun kita boleh percaya?

Di Perak, sidang bawah pokok boleh di jadikan sejarah. Lokasi itu akan di pagarkan seperti lokasi Tok Janggut di gantung. Tapi kalau di putar belitkan oleh media dan pakar sejarah yang digajikan mengindahkan satu yang buruk, maka berlainan lah pulak jadinya. Ohh yyaaa !!! masa Tok Janggut di gantung, di mana Sultan kita agaknya?

Blogger perlu tebarkan cerita, bongkar sengketa. Biar rakyat menilai dengan kaedah pandang dan dengar. Otak ada pada manusia untuk menilaikan. Ucapan terima kaseh kepada blogger perak yang memperolehi gambaran berbentuk pegun dan video untuk tatapan rakyat jelata. Biar rakyat menilai cerita. Jangan bodoh sampai ke tua. Rakyat Bukit Selembau dan Gantang mungkin juga mahu tahu kisahnya.

Tanggung jawab blogger bukan menyebar fitnah dan dusta, tapi realiti peristiwa. Biar tidak di bodohkan lagi. Jangan di ulang sejarah Shamsiah Fakeh yang dirinya hidup terbuang, bila dah mati baru di gelar pejuang. Perjelaskan siapa samseng, siapa pejuang dan siapa pemimpin terbilang.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .