Ikuti Blog ini

10 TUNTUTAN KEPADA PENGERUSI SPR BARU



Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang dilantik pengerusi baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR menggantikan Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berkuatkuasa 31 Disember ini.

Abdul Aziz, 58, merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang bersara wajib pada 24 Januari 2006 sebelum dilantik semula ke jawatan sama secara kontrak.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, pelantikan Abdul Aziz dibuat kerana Ab Rashid telah tamat tempoh perkhidmatannya apabila mencapai umur 66 tahun pada 30 Disember ini.

Menjadi harapan saya sebagai rakyat Malaysia yang diberi amanah sebagai pengundi berdaftar untuk memilih pemimpin negara agar pengerusi SPR yang baru tidak mengulangi kesilapan dan kontroversi pengerusi SPR sebelumnya.

Perasaan tidak puas hati dan marah kepada SPR di kalangan sebahagian rakyat di negara ini masih membara kerana kegagalan SPR berperanan sebagai sebuah badan bebas dan telus dalam mengendalikan siri-siri pilihanraya yang lalu.

10 tuntutan dan harapan kepada pengerusi SPR baru ialah :

1.Memansuhkan sistem undi pos
2.Membersihkan daftar pemilih dari sebarang anasir penipuan dan penyamaran.
3.Melaksanakan pilihanraya yang benar-benar bersih dan adil.
4.Memastikan tidak berlaku insiden 'pengundi hantu'
5.Memastikan calon yang bertanding mendapat layanan sama rata.
6.Memastikan jentera milik kerajaan tidak digunakan mana-mana parti politik.
7.Menghapuskan budaya rasuah dalam pilihanraya.
8.Memperkenalkan sistem 'dakwat' semasa hari mengundi
9.Membenarkan semua wakil parti politik mendapat liputan sama rata dalam media massa
10.Tidak menjadi alat kepada mana-mana parti politik

Surat Wasiat Terakhir, Pengebom Bali


"Berikut adalah surat wasiat terakhir dari ketiga-tiga Pengebom Bali sehari sebelum mereka dihukum oleh Skuad Penembak Pihak Berkuasa Indonesia... Dalam wasiat ini jelas mengambarkan Istikamah mereka dalam menegakkan Agama Islam walau apa pun yang terjadi, hanya Allah SWT jua yang menentukan

Sebagai Saudara Se-agama melalui wasiat ini, kita sewajarnya mengambil tauladan dan iktibar supaya tetap teguh berjuang dan beristiqamah menegakkan Agama melalui cara kita sendiri...


(Sila klik untuk besarkan.)




Adun Sanglang angkat sumpah hari ini

KANGAR: Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota dewan undangan negeri kawasan Sanglang.

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Datuk Yazid Mat semasa sesi persidangan dewan undangan negeri di sini.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu Hashim diisytihar tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Abdullah Hassan namun pada 16 September lalu Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan bahawa kerusi itu dimenangi beliau.

Pada 18 Jun, Mahkamah Tinggi Kangar mengisytiharkan kerusi DUN kawasan Sanglang yang dimenangi oleh Abdullah sebagai kosong berikutan petisyen yang dikemukakan oleh Hashim pada 24 April lalu.

Sementara itu, anggota dewan undangan negeri kawasan Chuping, Mansor Jusoh hari ini dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis berkuatkuasa hari ini.

Nama Mansor dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan disokong oleh anggota dewan undangan negeri kawasan Pauh, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail.

Oleh kerana tiada nama lain yang dicadangkan, Yazid mengisytiharkan Mansor sebagai timbalan speaker.
Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) secara rasminya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) selepas majlis mengangkat sumpah pada Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Pertama Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perlis (DUN) Yang Kedua Belas pagi tadi.










Kempen Turun Harga Minyak

menteri-tak-pakai

Kempen Turun Harga Minyak

Syabas kepada menteri kita ni…

Seluruh rakyat malaysia bergembira dengan berita terbaru ini…

Harga roti canai, teh tarik turun 10 sen; nasi kandar 20 sen….

Roti Canai dah turun harga 10 sen..Buat apa kita sibuk-sibuk pasal minyak lagi,Kan roti canai dah turun…kita semua tak guna minyak.Kita semua pakai roti canai saja.Ke mana saja kita pergi mesti kita bawa roti canai,kita guna roti canai.. Semua tempat ada roti canai,Kalau tidak ada roti canai susahlah kita kerana roti canailah segala-galanya bagi kita..Kalau boleh biar pak menteri ni turunkan lagi 10sen harga roti canai minggu depan..

Besok.. kita pi stesen minyak, beli roti canai dan teh tarik dengan harga baru yang diturunkan 10 sen daripada harga asal … Yahoooo

Cerita Asal ada kat sini
Menteri putar alam

Himpunan Mansuhkan ISA - 10,000 Pemuda Terengganu Akan Turun


http://buletinonline.net/images/berita13/mansuhisa.jpg
Kuala Terengganu – Pemuda PAS Terengganu akan menyahut seruan himpunan raksaksa yang akan dianjurkan oleh Pemuda PAS Pusat bagi membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan menghantar 10,000 orang anggotanya.
Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah (gambar) optimis akan dapat menghimpunkan jumlah tersebut menjelang ‘Himpunan Mansuh ISA’ yang dijadualkan berlangsung pada awal tahun hadapan (2009).

http://buletinonline.net/images/berita13/wsukairi.jpgBeliau berkata kempen secara intensif bagi memberikan kesedaran dan awasan kepada semua anggota pemuda PAS Terengganu sudah pun digerakkan.

“Kita optimis dan yakin akan dapat mengumpulkan 10,000 orang anggota pemuda yang akan turun menyertai Himpunan tersebut,

“dengan kerjasama setiap kawasan parlimen (Terengganu) kita harap dapat mencapai sasaran seramai 1,500 dari seriap kawasan,”kata beliau yang dihubungi semalam.

Katanya, walaupun tarikh sebenar belum ditetapkan lagi, beliau berharap pihak kawasan dapat menyiapkan senarai lengkap penyertaan dalam tempoh dua bulan ini.

Beliau berharap dengan itu, setiap anggota pemuda dapat me’uar-uar’kan program Himpunan Mansuh ISA ini bermula dari sekarang.

“Seluruh anggota yang terlibat akan mengedarkan risalah penerangan dan seruan ‘Himpunan’ kepada orangramai ditempat-tempat umum termasuk dipasar-pasar besar dan sekitar bandar Kuala Terengganu serta Bandar-bandar utama di daerah,”kata beliau.

Menurutnya ‘Himpinan Mansuh ISA’ kali ini mengambil ‘model’ Himpunan Aman BERSIH yang telah Berjaya diadakan setahun yang lalu, yang telah membawa impak yang besar kepada seluruh rakyat.

“Kemeja T (T-Shirt) Himpunan Mansuh Isa yang berwarna merah hitam berharga RM10 akan mula di edarkan bermula minggu depan,

“pihak kawasan boleh menghubungi Sekretariat Himpunan Mansuh ISA peringkat negeri yang ditubuhkan dibawah Setiausaha Pemuda Negeri dari masa ke semasa bagi mendapat arahan dan perkembangan lanjut,”tambahnya

Pembinaan Peribadi Pemimpin Dan Ahli Di Era Kemenangan

 Sewaktu menang pemimpin dan pengikut adalah merupakan orang yang bertanggung jawab untuk mempertahankan kemenangan. Samatelah lagi yang bernama pemimpin menjawat jawatan Menteri besar, exco, wakil rakyat. Kemenangan ini adalah kemenangan bersama dan wajib seluruh anggota mempertahankan kemenangan dan mengekalkan kemenangan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kepada agama Allah SWT dalam kemampuan dan batasan yang ada. Program tarbiah tidak tamat apabila kita sudah mencapai kemenangan, kerana ujian sewaktu menang lebih hebat daripada waktu tidak menang. Antara perkara yang perlu kita sama-sama lakukan dan titik beratkan dalam pembinaan peribadi pemimpin dan ahli ialah;

Muraqabah dengan Allah SWT

Semua di kalangan anggota parti mesti melakukan muraqabah dengan Allah, melalui amalan-amalan sunat, beruzlah (mengambil sedikit masa untuk tumpuan ibadah) dari kesibukan dunia untuk mendapat ketenangan dan memohon supaya Allah memberi kekuatan dalam menjalankan amanah. Inilah senjata yang paling utuh perlu diterap dalam jiwa para ahli terutama di kalangan pimpinan.


Caranya:

-Membanyakkan amalan fardiah supaya dapat membersihkan diri dan jiwa dengan membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, puasa dan amalan-amalan yang boleh menjadi nilai tambah kepada kita. Godaan syaitan dan iblis cukup kuat untuk merosakkan perjuangan ketika kita menang.

-Muhasabah diri sendiri supaya dapat membuat penentuan hidup. Kata-kata Saidina Umar RA


-Muhasabah diri sendiri supaya dapat membuat penentuan hidup. Kata-kata Saidina Umar RA.


Qudwah hasanah

Suri contoh teladan yang baik adalah senjata yang paling berkesan untuk mengajak orang kepada perjuangan dan menyakinkan apa yang kita bawa. Kerana manusia lebih terpengaruh dengan bahasa perbuatan daripada bahasa lidah.



Kisah seorang Yahudi bernama Zaid bin Saanah memiliki hutang pada Rasulullah SAW dua atau tiga hari sebelum sampai tempoh pembayarannya, beliau dan beberapa sahabatnya bertindak dengan kasar dan caci nista untuk meminta hutang. Saidina Umar yang ada pada waktu itu hendak pancung si lelaki tersebut. Baginda SAW melarang sebaliknya menyuruh Saidina Umar menjelaskan hutang dan di tambah 20 gantang tamar. Maka yahudi itu hairan, dan bertanya kenapa? maka Saidina Umar memberi tahu sebagai ganti kepada perbuatanku yang telah menggerunkan engkau. Akhirnya Yahudi tersebut memeluk Islam dan sebahagian hartanya disedekah kepada umat Muhammad SAW.


Kita pernah dengar bagaimana seorang masuk Pas kerana melihat al-Marhum Ustaz Fadhil Nor sebagai Presiden Pas berbaris dengan orang ramai walaupun ada orang menjemput beliau memotong giliran.



Bagaimana orang hendak ikut kita sedangkan kita sendiri lemah yang tidak memaparkan akhlak yang tinggi. Kita tidak mahu orang menjauhi kerana tidak ada suri teladan yang baik, dengan ini mendatangkan rugi kepada jama’ah. Watak ini jangan ada seperti kita mengajak orang lain berjihad sedangkan ia tidak. Mengajak orang lain berkorban sedangkan beliau sendiri bakhil. Jika kita mahu mengajak orang lain mengutamakan orang lain maka kita perlu tunjukkan dahulu sebelum menyuruh orang lain. Mengajak anak orang, isteri orang lain untuk berjuang sedangkan keluarganya mendiamkan diri di rumah dan tidak memberi galakan kepada mereka untuk mempertahankan kemenangan.




Firman Allah SWT

“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan ) kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat). Maka tidakkah kamu berfikir?” (al-Baqarah: 44)


Caranya:-Banyak mengambil iktibar daripada akhlak Rasulullah SAW dan para sahabat sewaktu menang


-Banyak membaca kisah nabi-nabi SAW, para sahabat dan ulama’ serta pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia kerana ini akan memberi motivasi kepada jiwa kita untuk meniru mereka.

-Jangan menunjuk lambang kemewahan, kerana orang benci terutama pengikut dan petugas kita di peringkat bawah. Kita bimbang jika jama’ah memerlukan wang kita tidak boleh beri wang sedangkan mereka melihat kita bergaya dengan kemewahan. Semua ini akan menghakis thiqah pengikut dan orang awam kepada kemenangan kita. Maka mereka menuduh kemenangan kita tidak mempunyai erti kepada perjuangan Islam. Bukan mustahil semangat mereka untuk bekerja kearah untuk mengekalkan kemenangan akan luntur. Kita tidak bimbang musuh benci kepada Pas, yang paling kita takut ialah apabila petugas marah dan tidak bekerja untuk mengekalkan kemenangan dalam PRU akan datang.

-Banyak muhasabah diri dan merasakan kelemahan yang terlalu banyak pada diri dan berusaha untuk meningkat.

-Bersedia untuk menerima teguran, kerana kelemahan sendiri agak sukar untuk melihat dengan ini kita memerlukan orang lain yang memerhatikannya.

-Kena suruh anak dan isteri kita bertungkus lumus bersama dengan perjuangan untuk memasti kemenangan dikekalkan dengan ini mendorong petugas bertambah semangat untuk bekerja seperti baginda SAW bersama menggali parit ketika berlaku peperangan Ahzab dalam bulan syawal tahun 5 hijrah. Walaupun sahabat suruh baginda berehat, namun baginda tidak mahu berbuat demikian semata-mata untuk memberi semangat kepada sahabat yang lain dalam mempertahankan kota Madinah.

-Aurat anak isteri mesti dijaga, kerana ini adalah penilaian awal masyarakat kepada perjuangan kita. Memelihara aurat adalah lambang yang membezakan kita dengan perjuangan orang lain. Pakaian adalah tanggapan awal untuk orang thiqah dengan perjuangan yang kita bawa. Masyarakat akan tawar hati apabila ia melihat ketika berdegar-degar bercakap tentang Islam dan menyeru kepada perjuangan Islam, sedangkan anak isteri punya pakaian tidak melambangkan apa yang diucap.


Penulis adalah AJK PAS Pusat Ustaz Haji Idris bin Haji Ahmad

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .