Ikuti Blog ini
Selamat Hari Raya Aidil Adha. ,Jumaat, Disember 05, 2008 at 5.12.08,
Bantuan Segera ....PRK P36 Kuala Terengganu , at 5.12.08,
Makin dekat dengan PRK P36 Kuala Terengganu, percayalah makin ramai pemimpin UMNO akan bercakap mengenai orang melayu. Bab 'ketuanan' ni saja semenjak selesai saja PRU12 tempoh hari, dah berbuih mulut orang UMNO menyebutnya. Bermula dengan si mamat cincin besar dari Bukit Bendera sehingga peringkat warung kopi pun ramai bercakap bab ketuanan ni.
Biasalah bila sokongan dah terhakis, sudah tentu tebing yang dah nak rebak perlu di'resructured' semula. Tetapi kalau tidak diujikaji kekuatan tapak pembinaan, berapa banyak 'piling' dihentak pun bila tiba masa akan runtuh jugak. Di dalam ISO 9001:2000, 'root cause analysis' amat penting bila berlaku sesuatu ketakuran (non-comformance). 'Corrective action' dan 'preventive action amat penting.
Di dalam hal ini UMNO hanya mengambil 'corrective action' sahaja. Sebagai contoh kalau suatu 'point letrik' tidak berfungsi, UMNO hanya akan tukar '3-pin plug.' Ia mungkin berulang lagi. Kalau UMNO mengambil 'preventive action' ia akan mengkaji mungkin sistem pendawaian di situ sudah lama, yang memerlukan sistem pendawaian diperbaharui atau perlu diwujudkan 'lightning arraster' dan sebagainya.
Begitulah mentaliti dunia ketiga, hanya tindakan pembetulan (corrective action) sahaja yang difikirkan. Tiada perancangan untuk mengambil 'preventive action'. Tengok jalan-jalan raya di Malaysia, bila berlopak, cepat-cepat panggil kontraktor untuk menutup dengan 'bitumen', selepas berapa lama berlopak kembali. Tiada perancangan untuk mengambil 'preventive action' seperti mengkaji jenis tanah, atau hakisan di kiri kanan jalan, sistem perparitan yang menyumbang kepada wujudnya lopak-lopak di situ etc etc.
Peniaga-peniaga di Pasar Kedai Payang yang kerugian beribu-ribu ringgit baru-baru ini akibat banjir mungkin akan dijanjikan dengan 'pampasan pilihanraya'
Mangsa-mangsa banjir juga mungkin akan menerima 'habuan pilihanraya' juga. Jalan-Jalan yang putus akibat banjir akan disegerakan pembaikiannya dalam tempoh berkempen.
Anak-anak yang nak 'naik' sekolah akan mendapat bantuan wang dan beg sekolah dan sebagainya.
Mereka akan berkampong di Kuala Terengganu, sehinggakan sanggup menyewa rumah beribu-ribu ringgit untuk tempoh masa tak sampai dua minggu.
Harap pengundi KT bijak menggunakan akal dalam membuat keputusan nanti.
Melayu hancur bila meninggalkan Islam , at 5.12.08,
Jahil dan bodohnya orang Melayu bilamana terus mempertahankan akta ISA yang zalim. Di kala bangsa lain terus membantah ISA bagi mencari keadilan dan keharmonian, bangsa Melayu terus ingin duduk dalam kejahilan?
Sedih bila lihat anak-anak muda melayu melaungkan "hidup melayu, hidup Islam, Allahuakbar" dalam kejahilan. Macam ayam berkokok tapi mengeluarkan tahi. Hidupkah melayu dan Islam bila pertahan ISA? Sedangkan akta drakonian inilah yang mengongkong Melayu. Sedangkan akta inilah yang memenjara jiwa anak-anak melayu yang merdeka.
Inilah akibat bila Islam dibelakangkan. Meletak semangat kebangsaan sebagai paksi kehidupan. Kata-kata lagenda Hang Tuah "takkan melayu hilang di dunia" menjadi pedoman. Sedangkan Allah menjanjikan bahawa setiap yang hidup pastikan mati dan yang bermula itu pasti kan berakhir. Melainkan Allah yang mencipta dan menghancurkan, yang menghidup dan menghancurkan.
Lupakah bangsa Melayu akan pesan Saidina Umar:"Kita adalah umat yang diberikan kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada Islam nescaya kita menerima penghinaan daripada Allah."
Malah Allah telah memberi amaran, "Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui." (Al-Maidah:54)
Umpama Ikan yang hanya boleh bertahan hidup di dalam air, begitulah bangsa Melayu hanya akan terus bertahan bila bersama Islam. Hebatnya pendekar Melayu bukan kerana mereka itu melayu, tapi kerana Islam yang meresap ke dalam urat nadi mereka.
Bangsa Melayu akan selamat bila kembali kepada Islam. Meninggalkan kejahilan yang di rangka oleh UMNO. Akta drakonian ISA bukannya sebagai benteng umat Islam dan Melayu melainkan hanya sebagai alat bagi mengekalkan kerakusan pemerintah.
Kuala Terengganu : Pengundian 17 Jan. & Penamaan Calon 6 Jan. , at 5.12.08,
Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu - PAS Atur 1000 Majlis Penerangan , at 5.12.08,
|
Tanah runtuh di KL, 11 kenderaan tertimbus , at 5.12.08,
KUALA LUMPUR: Sebanyak 11 kenderaan di kawasan parkir antara Bangunan CIMB dan Bangunan Amanah Raya di Jalan Semantan di ibu negara, tidak jauh dari kawasan Parlimen dan Jalan Duta, tertimbus dalam kejadian tanah runtuh petang semalam.
Kejadian pada pukul 5.15 petang yang dipercayai akibat hujan lebat sejak pukul 2 petang itu meranapkan dinding konkrit setinggi 15 meter di kawasan parkir itu.
Setakat pagi ini, pasukan mencari dan penyelamat telah mengalihkan kenderaan-kenderaan yang tertimbus.
Tinjauan pagi tadi mendapati lokasi kejadian menjadi tumpuan orang ramai dan kesesakan di sepanjang Jalan Semantan menghala ke Jalan Duta dan Jalan Parlimen berterusan.
"Mungkin juga faktor hujan dan saliran air di dalam tanah menyebabkan runtuhan," kata Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah Azizan Ismail ketika ditemui di tempat kejadian.
Bagaimanapun, katanya, punca sebenar kejadian masih disiasat.
Sebelas pemilik kenderaan kebanyakannya terdiri daripada kakitangan CIMB telah membuat laporan mengenai kenderaan mereka yang tertimbus dalam kejadian itu.
Sehingga awal pagi ini beberapa kenderaan telah dikeluarkan dari runtuhan itu menggunakan dua jentera berat.
Kejadian tanah runtuh itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas sehingga tiga kilometer di kedua-dua arah laluan di Jalan Semantan dan polis trafik kini mengawal pergerakan lalu lintas di jalan terbabit.
Sementara itu, jalan di atas lereng bukit tanah runtuh itu ditutup kepada lalu lintas bagi mengelakkan kejadian lebih buruk.
Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, kata seorang anggota polis di tempat kejadian.
Kira-kira 300 kakitangan di keduadua bangunan terlibat telah diarah mengosongkan bangunan sebagai langkah keselamatan.
Dalam pada itu, Menteri Wilayah Persekutuan. Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang melawat tempat kejadian berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya, Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) dan bomba sedang menyiasat punca kejadian.
Zulhasnan berkata, beliau dimaklumkan tiada mangsa yang terperangkap dalam kejadian itu dan kakitangan di keduadua bangunan terbabit dinasihat tidak memasuki premis sehingga disahkan selamat.
Kerugian akibat kejadian itu dianggar lebih RM300,000, katanya.
Dalam pada itu, seorang saksi kejadian memberitahu Bernama, beliau ternampak runtuhan kecil berlaku di lereng di kawasan letak kereta itu sebelum menyaksikan dinding konkrit berkenaan runtuh serta menghempap beberapa buah kenderaan.
"Mula-mula saya nampak runtuhan kecil dan saya larang orang daripada memasuki kawasan itu sebab saya takut berlaku runtuhan besar.
"Tiba-tiba sahaja dinding konkrit itu runtuh dan menghempap kereta-kereta yang ada di situ," kata kakitangan CIMB itu.
Beliau yang enggan mendedahkan namanya itu kemudian memaklumkan kepada pihak pengurusan bangunan CIMB mengenai kejadian itu.
Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak berkata, jika bangunan CIMB itu tidak boleh diduduki, pihaknya akan beroperasi di bangunan lain milik CIMB.
ERTI PENGORBANAN DALAM PERJUANGAN , at 5.12.08,
Dalam konteks kedatangan Islam di negara kita, Islam sampai melalui pengorbanan yang dilalui oleh mereka yang terdahulu mengharungi lautan dan ombak badai yang memukul perjalanan mereka. Kerana Islamlah, mereka sanggup bekorban apa sahaja.
Realiti Perjuangan Dan Pengorbanan Dalam PAS
· Bukan senang berjuang dengan PAS sebagai sebuah jamaah Islam dan menjadi parti yang sentiasa mencabar kemungkaran yang dilakukan oleh Umno/BN. Kuasa yang mempunyai segala kekuatan material dan sokongan. Tetapi kita memimpin PAS berbekal kekuatan iman dan aqidah yang mantap dengan keyakinan mendapat kemenangan di akhirat.
· Hendak memimpin ummat kearah penghayatan Islam yang syumul bukan hanya dalam bentuk hadhari sahaja. Satu cabaran kepada kita kerana, kita memimpin jamaah yang mengajak kepada perkara samiyyat bukan kepada kebendaan semata-mata. Pihak musuh menawarkan perkara yang nampak di depan rakyat.
· Terpaksa mengorbankan segala wang ringgit dan harta benda untuk perjuangan supaya cita-cita suci tercapai. Kerana PAS tidak dibantu oleh tauke arak dan judi, tetapi dibantu oelh tulang empat kerat ahlinya yang komited dengan fikrah perjuangan.
· Sudah menjadi lumrah dalam perjungan PAS, terpaksa mengorbankan masa untuk memikirkan Islam dapat dihayati dengan baik oleh masyarakat di negara ini.
· Terpaksa mengorbankan kenaikan pangkat dalam profesion yang diceburi walaupun kita mempunyai merit untuk naik. Tetapi dasar pilih kasih dan tidak demokratik perkara ini perlu dilupakan sahaja. Terdapat juga mereka yang hendak membina kerjaya terpaksa berundur dan melupakan perjuangan walaupun pada asalnya begitu bersemangat.
· Kadang-kadang terputus tali persaudaraan kerana menyertai perjuangan Pas. Mereka menganggap perjuangan PAS anasir perosak Negara kerana terpengaruh dengan media di hadapan mereka.
· Realiti dalam PAS ramai pengikut tapi kurang orang yang hendak ke depan memimpin kerana takut dengan berbagai ugutan. Akhirnya seorang ahli terpaksa memikul tugas yang bertimbun-timbun.
· Realiti yang dihadapi oleh pejuang PAS masa yang begitu kurang dengan anak-anak. Justeru itu anak-anak perlu diberi tarbiah inilah perjuangan PAS supaya mereka memahami tugas ini adalah satu pengorbanan untuk kesenangan mereka pada masa hadapan.
· Oleh kerana PAS sebagai sebuah gerakan ummah maka keahliannya terbuka. Ini satu pengorbanan yang besar kepada mereka yang memimpin PAS untuk menguruskan ahli yang berbagai status untuk disesuaikan dengan piawai standard minimum sahaja.
· Pengorbanan seorang ahli PAS ialah apabila ia menghilangkan sikap ego ketika bersama dengan PAS kerana mera’i ahli PAS yang berbagai latar belakang. Walau pun beliau bijak macam mana pun dia perlu menurunkan darjat ananiah (keakuanku sahaja) daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, sebaliknya memimpin sebuah jamaah yang ahlinya bekerja secara sukarela bukan ada gaji.
Bagaimana Untuk Menjadi Ahli PAS Yang Bekorban Untuk Islam?
- Menjauhkan diri dari melakukan maksiat sama ada yang besar atau yang kecil kerana ini merupakan penghalang besar untuk menjadi pejuang.
- Memberikan perhatian mengenai sunnah perjuangan Islam (PAS) adalah payah. Bukan di hampari dengan permaidani merah.
- Bersedia untuk berhadapan dengan halangan
- Sentiasa mendampingi orang soleh dan berjiwa besar
- Sentiasa mengkaji dan merujuk buku-buku sirah
- Sentiasa mengingati mati dan siksa kubur
- Sentiasa mengingati syurga dan neraka ini adalah balasan terakhir manusia
- Melakukan muhasabah keatas diri dan mengkaji setiap masa Keinginan diri sendiri untuk mempertingkatkan kerja parti.
- Mesti merasakan kita boleh seperti orang lain boleh.
- Merasa diri bersalah dengan Allah apabila melihat kemungkaran dan kezaliman bermaharajalela.
Kesimpulan
- Konsep pengorbanan perlu dihayati oleh pejuangan PAS, walaupun bulan korban sudah hendak meninggalkan kita. Keberkesanan akan dapat dilihat dalam diri, keluarga, jamaah apabila kita benar-benar menghayati falsafah korban.