“Saya kira peruntukkan RM23 juta untuk program Dana Bakti Remaja itu menyalahi etika dan salah satu bentuk rasuah kerana duit kerajaan digunakan untuk kepentingan parti politik dan program politik tertentu sahaja,” tegasnya dalam satu sidang mediadi Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) dekat sini, baru-baru ini.
Beliau mendakwa program tersebut menyalahi etika serta merupakan satu bentuk rasuah kepada rakyat di negeri ini.
Katanya, peruntukkan RM23 juta tersebut digunakan 100 peratus bagi ‘servival’ parti Umno dalam meningkatkan sokongan golongan belia remaja terhadap BN.
“Oleh kerana itu, kita (PAS) minta dana ini disiasat dari segi pemberian dan sasaran. Saya difahamkan ketika program ini dibuat peserta diminta menyanyikan lagu Umno.
“Jika berlaku kesalahan di kalangan peserta itu juga didenda dengan menyanyikan lagu Umno berulang kali.(klik lihat Video Klip)
“Ini bukan satu bentuk program yang sepatutnya guna duit kerajaan. Saya minta pihak SPRM dan pihak-pihak yang prihatin membuat penyiasatan. Ini benda besar duit rakyat RM23 juta dan bukan benda kecil,” tegasnya.
Manakala, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman yakin memberian serta penyalahgunaan duit rakyat melalui program Dana Bakti Remaja itu tidak menjamin sokongan rakyat terhadap Umno-BN.
Katanya, meski pun tujuan program tersebut bagi menarik pemuda dan pemudi menyokong Umno-BN tetapi rakyat bijak menilai.(Gambar kanan - Dato' Din Adam, ADUN Bukit Besi berucap dimajlis perasmian 3 November lalu)
“Kita (PAS) tahu dana remaja ini digunakan untuk menarik pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi hanya untuk kepentingan politik Umno sahaja dalam pilihan raya akan datang.
“Mereka (Umno) menggunakan duit ehsan khususnya untuk menarik golongan muda menyokong mereka (BN).
“Umno guna peluang (Dana Bakti Remaja) itu untuk daftar pengundi muda supaya memihak kepada mereka (BN),” ujarnya.
Namun begitu, katanya tidak semesti pemuda dan pemudi yang menyertai program tersebut akan memihak 100 peratus kepada Umno-BN dalam pilihan raya akan datang.
“Bagi kita (PAS) daftar sebagai pengundi itu tidak semestinya orang (Pemuda) itu akan jadi Umno.
“Cuma itu (dana) menjadi satu tarikan atau ‘umpan’ dengan menggunakan duit kerajaan. Pemuda ini akan daftar dengan Umno dan ambil duit Umno.
“Tetapi semasa mengundi, kita (PAS) yakin mereka (Pemuda-pemudi) akan mengundi PAS dan Pakatan Rakyat. Mereka tidak mengundi BN,” jelasnya.
Beliau turut melahirkan rasa dukacita kerana isu program Dana Bakti Remaja pernah dibuat laporan kepada pihak SPRM yang waktu itu Badan Pencegah Rasuah (BPR) tetapi tidak ada tindakan positif.
.
Pada persepsi umum atau minda awam, mereka yang menjadi Menteri Besar atau berkaitan dengan menteri diklaskan sebagai pemimpin, sudah tentu banyak wang.
Masyarakat melihat pada zahir menteri tinggal di rumah besar, menaiki kenderaan mewah ketika menemui rakyat maka sinonimnya sudah tentu gaji besar, wang banyak dan harta bertambah.
Mereka yang rapat pada mata rakyat seperti Ahli Parlimen contohnya boleh berubah mendadak daripada miskin kepada kaya selepas terpilih menjadi wakil rakyat maka tidak hairan kepada persepsi tersebut keatas menteri.
Rakyat tidak akan kata menteri tidak ada duit. Lepas bersara atau yang paling hebat, baru sahaja naik menjadi menteri, sudah terdengar tanah dan rumah di sana sini. Kereta menjalar daripada buruk kepada baru malah tidak mampu dibilang. Tambah kata orang, pencen pun tak habis makan.
Maka kalau itu persepsi yang sudah menjadi informasi, kenapa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan terus hasratnya menunaikan Haji pada tahun ini apabila isu penajaan mengerjakan Haji beliau menjadi bahan perbincangan umum.
Beliau sudah menjadi Menteri Besar selama 19 tahun, maka tidak hairan kalau tajaan menjadi isu, beliau boleh menunai Haji dengan wang sendiri tetapi kenapa ditangguh sehingga tahun depan?
(Gambar: TG Nik Aziz tidak mempunyai harta...apa orang akan percaya tetapi itulah realiti sehingga tidak boleh menunaikan haji tahun ini.)
Inilah perkara yang tidak mampu difikir kerana persepsi sudah menjadi informasi maka tidak terlintas kepada minda orang ramai bahawa TG Nik Abdul Aziz sebenarnya tidak ada wang.
Tidak terlintas langsung pada pemikiran awam bahawa TG Nik Abdul Aziz bekerja sebagai Menteri Besar selama 19 tahun dengan gaji beribu sebulan tetapi masih tidak ada wang mahu mengerjakan Haji.
Boros sangat TG Nik Abdul Aziz sehingga tidak ada langsung wang dalam simpanan! Cuba tengok menteri lain berapa banyak wang dalam bank? Simpanan dekat bank di Swiszeland, entah berapa gunung jumlahnya.
Cuba bertanya kepada orang Umno, kemana hilang wang projek pembangunan perumahan rakyat termiskin (PPRT) sebagaimana yang didedahkan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa lebih RM47 juta duit lesap di Terengganu dan di Kelantan. Ini semasa Datuk Anuar Musa jadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Datuk Seri Idris Jusoh jadi Menteri Besar Terengganu.
Ada pihak yang mendengar khabar Idris serta kroni berebut sakan dengan wang tersebut telah terbangkan ke Swiszeland. Itu cerita lama yang sampai sekarang hasil siasatan tidak didedahkan kepada umum. Itu cerita lama, kepada Melayu mudah lupa memang sudah lupa.
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hanya dua penggal memegang jawatan tersebut tetapi sudah mempunyai rumah bernilai RM24 juta sebagaimana didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ng Suee Lim.
Khir bagaimanapun menafikan katanya rumah beliau hanya bernilai RM3.5 juta termasuk aset tanah. Tambah Khir, kalau rumahnya bernilai RM24 juta, beliau sanggup lantik Suee Lim sebagai ajen jualan rumah beliau.
Suee Lim sahut cabaran dan sedang menunggu surat lantikan ajen tetapi sehingga sekarang Khir membisu.
Terpulang kepada Khir mahu menilai berapa harga rumahnya, namun yang jelas 19 tahun TG Nik Abdul Aziz jadi Menteri Besar satu sen harta pun tidak ada pada beliau. Memang masjid beliau membesar tetapi rumah beliau dibelakang masjid kata orang Kedah: "Tang tu juga."
Apakah orang seperti TG Nik Abdul Aziz yang tiada harta mahu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)? Nanti SPRM diketawakan rakyat Kelantan. Kata mereka: "Sepatutnya Tok Guru kawe yang patut siasat SPRM."
Dilihat dengan mata kasar memang TG Nik Abdul Aziz menaiki kereta besar, berpejabat besar dan bergaji besar tetapi apa yang tidak diketahui umum beliau umpama orang miskin kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Ini jiwa besar yang ada pada TG Nik Abdul Aziz dan tidak ada pada menteri lain. Beliau meletakkan feelnya seperti orang kebiasaan. Menjiwai rakyat miskin dengan nilaian perasaan bukan hanya sekadar bercakap: "Kesian orang miskin."
Oleh kerana itu, rakyat perlu sayang kepada beliau. Sukar mahu cari pemimpin seperti ini. Seorang pemimpin yang memecah tembok kefahaman kebendaan melalui cara hidup beliau sendiri. Itulah akhlak yang ada kepada seorang pemimpin bukan hanya sekadar dimulut tetapi mengamal apa yang diperkatakan.
(Gambar: Rumah TG Nik Aziz di Pulau Melaka tidak sama dengan rumah para menteri besar BN walaupun sudah 19 tahun menjadi MB)
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim nampak nilaian yang ada kepada seorang Tok Guru sehingga beliau berani meletakkan TG Nik Abdul Aziz sebagai ikon kepada penyatuan tiga parti dalam pakatan rakyat yang akan didaftarkan.
Mereka yang menulis sehingga seolah menjebakkan TG Nik Abul Aziz dalam kancah rasuah patut berfikir dua kali. Bandingkan harta penulis dengan harta TG Nik Abdul Aziz. Lihat pengorbanan beliau kepada rakyat sehingga 19 tahun menjadi pemimpin, apakah tidak ada bahagian wang untuk beliau merasai nikmat kekayaan.
Sepatutnya orang yang mahu bersedekah, menghulur tangan kanan, tangan kiri tidak tahu. Itu yang dinamakan ikhlas. Kalau mahu bersedekah atau menaja TG Nik Abdul Aziz menunai Haji kenapa perlu mendedahkan kepada umum jika berniat ikhlas.
Mereka yang ikhlas, Allah SWT memberi ganjaran besar tetapi bila didedah kepada umum maka hilanglah ikhlas. Orang awam akan lihat ada kepentingan kerana TG Nik Abdul Aziz bukan sahaja ulama malah beliau Menteri Besar Kelantan.
Hadiah, sumbangan atau sedekah bagi orang awam lebih baik bisu supaya Allah memberi ganjaran yang besar. Lainlah ulama atau orang politik yang mahu beri sedekah kerana ia boleh jadi contoh akhlak baik kepada orang awam dan mendatangkan nama baik kepada parti.
Nanti ada yang bertanya, apakah sedekah bisu kepada Menteri Besar itu tidak mengundang rasuah? Kalau Menteri Besar itu tidak berakhlak maka berlakulah rasuah. Itu pentingnya pemimpin berakhlak daripada seorang ulama berjiwa kerohanian yang tinggi sehingga bila melakukan dosa nampak azab neraka Allah.
Lainlah menteri, sudahlah profesional dan jauh pula dengan didikan Islam maka lagi seronok dapat hadiah secara bisu. Akhirnya yang bagi hadiah dapat projek pun bisu. Bila sudah meletup dengan bom maka pecahlah lubang. Berapa seleweng harga kapal selam dan Sukoi?
Ketua Unit Senjata Api Dan Kesan Alat di Seksyen Kriminalistik, Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Petaling Jaya, Shaari Desa, berkata bahan letupan jenis 'pentaerythritol tetranitrate' (PETN) dan 'cyclotrimethylene trinitramine' (RDX) tergolong dalam kumpulan 'secondary explosive', digunakan untuk meletupkan wanita Mongolia Altantuya Shaariibu yang biasanya digunakan untuk aktiviti ketenteraan.
http://nanbinjai.blogspot.com
Sabda Rasullulah yang bermaksud : 'Rasuah yang terdiri daripada penerima,pemberi,pencatit rasuah dan yang menjalankan kerja-kerja rasuah ini dibalas dengan siksaan Api Neraka'.
Perumpaan buat UMNO ialah seolah-olah mereka ini melihat budaya rasuah semacam seekor lalat yang hinggap dihidung,dan di kuis dengan mudah oleh mereka sedangkan kita ummat islam menggambarkan rasuah ini semacam satu gunung yang besar yang nak runtuh menghempap kita dan kita lari dengan laju.
Beliau juga menyatakan bahawa budaya ini sebenarnya dibentuk oleh Pimpinan merka apabila 1 Malaysia(Najib Tun Razak) juga menggambarkan kepada semua bahawa rasuah ini hnya sekadar kesilapan taknikal dan ia menampakan ia begitu mudah untuk dimaafkan dan diperbetulkan.Maka akibat dari itu lah maka UMNO hari ini boleh membuat perkara-perkara yang dipenuhi rasuah semata-mata untuk mendapatkan kuasa.
Umno membuat perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak kerana pemikiran mereka menetapkan bahawa agama itu asing dan politik itu asing.Ia bermakna bagi fahaman mereka Allah swt hnya akan bertanya pada mereka bab - bab rukun sahaja sedangkan Allah swt berfirman di dalam surah 36 ayat 65 yang bermaksud :
'Pada hari itu aku akan kunci mulut-mulut kalian dan tangan-tangan kamu aku benarkan berkata-kata berkenaan dengan apa yang kita lakukan diatas muka bumi ini dan kaki-kaki kamu menjadi saksi.'
Di akhir ceramah itu,Beliau merumus dan menyatakan bahawasanya akibat dari pemikiran yang mengasingkan antara agama dan politik inilah yang membuatkan UMNO tidak takut untuk memikirkan akan salah dan silap,dosa dan pahala,akhirat dan dunia kerana bagi mereka Allah swt tidak akan bertanya tentang perkara-perkara itu.
Yb Yunus dan Surya turut menjadi Penceramah termasuk Yb Jayakumar