Ikuti Blog ini

Macamana MCA Tak Keliru Sdgkan UMNO Sendiri Tak Faham Islam?


Calon kata MCA tak faham adab Islam

Calon PAS Normala Sudirman hari ini membidas BN, khususnya MCA kerana gagal memahami adab bersalaman seorang Muslim dengan individu yang lain dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

"Saya anggap 53 tahun (kita) merdeka, komponen BN gagal memahamkan ahli komponen mereka, (termasuk) MCA dan sebagainya, bagaimana adab bersalaman seorang individu muslim dan dengan yang lain.

"Kami sebagai individu Muslim, kami (wanita) memang tidak bersalam dengan lelaki... Begitu juga dengan kaum Tiong Hua, kami bersalaman dengan perempuan (Tiong Hua) tidak ada masalah, (sebab) mereka perempuan.

"Hatta kami saudara seislam pun, kami tidak bersalaman dengan lelaki," katanya dalam satu sidang media.

Sehubungan itu, Normala berkata Umno sepatutnya memahamkan komponen BN bahawa menyifatkan isu itu bukanlah isu.

"Dan kita lihat, inilah realiti yang perlu difahami masyarakat Malaysia," katanya.

Normala yang dikenali sebagai Cikgu Mala mengulas kebimbangan bahawa beliau tidak bersalaman tidak dengan lelaki sepanjang sejak mula berkempen pilihan raya di DUN Tenang.

Lelaki Tionghua

Dalam pilihan raya ini, Normala bakal dicabar oleh calon BN Mohd Azahar Ibrahim dalam pilihan raya kecil 30 Januari ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut beberapa pemimpin PAS, antaranya dua naib presiden Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar serta ahli jawatankuasa pusatnya Dr Dzulkefly Ahmad.

Mengulas mengenai lawatan beliau ke Pasar Tani Labis, pagi ini, Normala turut menegaskan "tiada seorang pun lelaki Tionghua" bersalaman dengannya kerana mereka sudah memahami mengenai kedudukan perkara tersebut selepas majlis penerangan anjuran PKR dan DAP.

"Tapi prinsip asas sebagai seorang Islam, saya cukup jaga (adab bersalaman dengan lelaki) untuk mencari redha Allah," tegasnya.

Sementara itu, Dr Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor mengingatkan pihak media supaya tidak membesarkan perkara itu sehingga "mengurangkan" isu yang lebih besar sepanjang kempen pilihan raya ini.

Sebelum itu, dalam kenyataan media yang dibacakan oleh Salahudin, beliau membayangkan PAS akan mendedahkan beberapa isu yang berkaitan dengan Mohd Azahar.

Bagaimanapun, ahli parlimen Kubang Kerian itu menegaskan ia "tidak berkaitan dengan peribadi" calon BN.

"Tunggu... Ia bukan berkaitan peribadi. Kami bukan seperti pihak-pihak lain," katanya sambil menambah pendedahan tersebut akan dibuat dalam masa "sehari dua lagi". -mk


Isu salam - UMNO gagal fahamkan rakan BN

LABIS, 23 Jan - Calon pilihanraya kecil Dun Tenang Cikgu Normala melahirkan rasa simpati dan kesal beliau terhadap isu salam yang dimainkan presiden MCA, Chua Soi Lek semalam.

Menurut beliau, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana MCA adalah parti yang lama bersama dengan UMNO dalam Barisan Nasional.

"UMNO sepatutnya mendidik dan memahamkan rakan-rakan parti komponen mereka berkenaan hak-hak individu muslim,

"Namun, selepas 53 tahun Malaysia merdeka, parti melayu itu masih gagal untuk menjalankan tanggungjawab mereka," jawab beliau ketika diminta mengulas isu tersebut selepas sidang media harian parti itu pagi tadi.

Menjawab sama isu itu, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad berkata, UMNO dianggap sengaja menimbulkan isu seperti itu untuk mengalihkan fokus pengundi terhadap isu sebenar yang dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

"Isu sebenar pilihanraya ialah soal kebajikan dan sosio ekonomi masyarakat," tegasnya meminta media supaya memfokuskan isu dan masalah utama dalam Dun itu.

Chua Soi Lek menimbulkan isu berkenaan walaupun kempen pilihanraya belum diisytiharkan bermula. Beliau yang juga bekas Menteri Kesihatan itu pernah menimbulkan soal berkenaan kedai di Kota Bharu yang ditutup pada hari perayaan Aidil Adha. -n05tenang


Benar, kerana selama ini bukan-Islam bukan saja tak faham adab Islam tetapi keliru, berpunca dari UMNO yang menunjukkan contoh tauladan yang tidak baik terhadap Islam.

Mereka bukan saja saja boleh bersalaman, malah boleh bercium dan berpeluk dengan yang bukan muhrim di hadapan khalayak awam.

Ini adalah kerana, UMNO sendiri tak berapa faham tentang Islam yang mereka anuti. Hal ini diakui sendiri oleh pemimpin UMNO yang bernama Isa Samad. Isa Samad mendedahkan:

Kita (UMNO) sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. -GB

Boleh baca di SINI.

Tenang terus tertumpu pada tangan Cikgu Mala


Mata pemimpin BN nampaknya terus tertumpu seputar isu sama ada calon PAS Normala Sudirman bersalam atau tidak dengan lelaki, khususnya bangsa Cina. Pagi ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe hari ini terus menyelar pendirian muslimat PAS itu. tenang by election day 1 230111 ismail sabri and tan lian hoe at pasar labis"Ini perkara paling asas... Bukan hanya lelaki, tetapi bila dia (Normala) bersalam dengan wanita, dia juga pakai sarung tangan. Ini tidak mesra. Adakah dia fikir tangan kita kotor,"kata pemimpin GERAKAN itu. "Saya harap pengundi Cina berhati-hati. Kita amat bimbang berhubung isu negara Islam.

Mereka mahu mengamalkan negara Islam yang ekstrim." Isu itu mulai timbul apabila Presiden MCA Chua Soi Lek sebelum ini dilaporkan berkata, tindakan Normala enggan bersalam dengan lelaki tidak diterima oleh masyarakat Cina.

Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) pula menyatakan kegusarannya terhadap permainan politik yang didakwa tidak mengira sensitiviti agama dan adab tatasusila masyarakat. "Isu tidak bersalam antara lelaki dan wanita bukan mahram tidak patut dijadikan bahan politik oleh mana-mana pihak," katanya sambil menambah perkara itu adalah tuntutan agama. subashini mohd shafi court case pc 030407 zainul rijal"Saya sendiri tidak akan menghulurkan tangan bersalam dengan wanita bukan mahram. Malah saya juga akan menggunakan lapik untuk bersalam dengan isteri saya ketika berwuduk."

Dalam kenyataannya hari ini, Zainul Rijal (kiri) menasihat semua pihak agar menghormati pegangan agama seseorang kerana ia bukanlah "kecacatan" malah menggambarkan prinsip utuh yang dipegangnya. Katanya, dalam Islam sendiri perkara itu sudah maklum dan "hanya orang yang mengambil Islam secara terpilih sahaja yang tidak mengamalkannya."

Zainul Rijal juga menggesa Chua memohon memohon maaf kerana "memperlekehkan ajaran Islam" ini dengan "cuba menggambarkan pengamal ajaran Islam adalah anti sosial dan tidak boleh berkhidmat kepada masyarakat". -M'kini

Provokasi Polis Di Tenang..



Tontonilah video tersebut untuk melihat galagat pihak polis yang seakan-akan berpihak kepada BN dan provokasi yang cuba dilakukan sehinggakan ada penyokong PR yang tidak berpuas hati dengan pihak keselamatan yang menjalankan tugas berat sebelah – kijang59.blogspot.

Sedih, sayu, bangga aku ...



Umno gagal


Calon PAS kecewa Soi Lek tak faham Islam, Umno pula gagal bantu MCA

Dalam temu bual tiga jam selepas disahkan sebagai calon, Normala melahirkan kekecewaan kerana kepimpinan MCA masih tidak memahami adat resam diamalkan wanita Islam. – Foto oleh Choo Choy MayLABIS, 22 Jan – Calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.

Merujuk kepada isu tidak bersalam yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Normala meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Menurut Normala, 38, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA yang dipimpin Dr Chua sudah memahami tertib seorang wanita Islam.

“Saya secara peribadi berpendapat bahawa sudah tiba masa pihak lawan (BN) matang setelah 53 tahun kita merdeka... apa yang paling penting adalah dasar-dasar atau komitmen perkhidmatan yang mahu dibawa kepada rakyat khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

“Bukan menyentuh isu peribadi atau serangan peribadi yang saya kira ia satu perkara yang sangat jauh daripada apa yang kita fokus.

“Saya kira perkara yang paling penting adalah setelah 53 tahun merdeka, MCA sepatutnya sudah lama memahami konsep sebagai individu Muslim yang perlu kerana mereka berkawan dengan komponen BN iaitu Umno,” kata beliau dalam temu bual ekslusif bersama The Malaysian Insider hari ini.

Exco Dewan Muslimat PAS pusat ini berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Dr Chua mengenai Islam apabila secara sindiran membuat perbandingan cara Normala bersalaman dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang.

“Dia tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.

“Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS,” kata Dr Chua.

Dalam temu bual ringkas itu, Normala berkata, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP akan membantu memberikan sokongan dan menjelaskan mengapa beliau tidak mahu bersalam dengan lelaki sepanjang kempen pilihan raya kecil yang bermula hari ini.

Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis dan bekas guru sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 39.

Normala juga merupakan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS pusat.

“Dari segi strategi, cara dan kaedah untuk saya mendekati masyarakat seperti ini saya kira rakan-rakan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk memberitahu mereka kenapa dan mengapa.

“Apa yang paling penting adalah akhirnya pengundi DUN Tenang akan memahami itu retorik yang tak berasas untuk dibawa, sedangkan permasalahan yang paling besar adalah fokus utama termasuk permasalahan kebajikan, sosioekonomi dan sebagainya.

“Sudah seharusnya saya kira perkara itu tidak perlu timbul buat masa ini,” kata beliau.

Normala juga berkata Umno-BN akan sentiasa membuat provokasi untuk memberikan beliau imej yang buruk kepada pengundi di DUN Tenang.

“Apa pun bagi saya Umno-BN tetap akan mencari isu-isu remeh, isu-isu yang sangat berbentuk picisan kerana kalau apa yang kita lihat buat pun dikata tak buat pun akan dikata.

“Yang paling penting adalah konsep kita memahamkan rakan-rakan khususnya Tionghoa dan India untuk memahami bahawa bagaimana sebenarnya apa yang kita bawa sebagai seorang individu Muslim itu.

“Bukankah sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Sepatutnya mereka memahami situasi ini,” katanya.

Normala bagaimanapun melahirkan rasa simpati terhadap Dr Chua kerana gagal memahami konsep Islam selepas Umno gagal memahamkan parti komponen BN itu.

“Secara peribadi saya lebih fokus kepada perasaan simpati saya kepada beliau (Dr Chua) kerana tidak memahami, seharusnya setelah lama berkawan dengan komponen BN, menjadi tanggungjawab Umno untuk memahamkan rakan-rakan tentang hak yang sebenar sebagai individu Muslim termasuk soal bersalaman dan sebagainya.

“Umno gagal memahamkan rakan-rakan dalam BN setelah 53 tahun, seharusnya tidak berlaku.

“Kita lihat dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Seharusnya konsep memahami satu-satu kaum atau agama perlu difahami,” katanya.

Bekas guru itu juga bersedia untuk menghadapi apa sahaja serangan yang akan dibuat BN sepanjang kempen pilihan raya yang akan berakhir 30 Januari ini.

“Saya bersedia berdepan apa sahaja cabaran, tohmahan dan fitnah yang akan dilakukan pihak lawan kerana itulah realiti setelah 14 kali pilihan raya kecil.

“Kita lihat isu begitu dan mereka tetap gunakan strategi lama yang saya kira ia tak seharusnya berlaku buat masa sekarang bagi pihak lawan buat perubahan untuk memenangi hati rakyat bukan menyuluh kelemahan peribadi begitu.

“Saya yakin kejutan besar akan berlaku dan saya bimbang itu akan menimbulkan kebencian (pengundi) kepada pihak Umno-BN,” katanya.

Tambah Normala, Pakatan Rakyat akan memainkan peranan penting dalam membantu orang bukan Islam untuk memahami lebih dekat konsep yang dibawa PAS selama ini.

“Seperti kaum lain, kami orang Islam memahami budaya dan agama Tionghoa dan India.

“Kami menghormati dan memahami, itulah cara mereka dan seharusnya perkara ini sudah lama difahami rakan-rakan BN,” katanya.

Ketika ditanya mengenai keyakinan untuk memenangi pilihan raya kecil DUN Tenang, Normala berkata, beliau optimis pengundi akan membuat keputusan bijak dalam memilih wakil rakyat baru.

“Saya optimis dan berkeyakinan tinggi pengundi kini telah bijak membuat keputusan untuk menentukan perjuangan masa depan dengan membawa suara dan permasalahan ke Dewan Undangan Negeri dengan memilih wakil rakyat yang berwibawa, prihatin dan empati.

“Pada 30 Januari, saya percaya dan berkeyakinan tinggi pengundi DUN Tenang mampu membuat kejutan dan perubahan besar demi,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008.- MI

Lagi gambar2 Penamaan calon PRK Dun Tenang disini

Jentera Wanita PR mahu pastikan Cikgu Mala Menang



Ahli jawatankuasa muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi berkata, pelancaran jentera wanita itu sebagai momentum untuk mereka bergerak lebih aktif lagi ke setiap unit peti undi bagi memastikan PAS memenangi pilihan raya kecil ini.

"Kita buat pelancaran ini petang ini sebagai momentum kepada jentera bahawa kita sedang menuju semboyan pilihan raya dan esok kita akan bergerak ke seluruh unit peti undi, melakukan tugas kempen," katanya.

Beliau berkata, calon PAS sangat berpotensi untuk menang namun harus dibantu secara bersungguh-sungguh oleh jentera wanita.

"Kita sudah aturkan gerak kerja di setiap uni peti undi tinggal lagi proses pemurnian.

"Kita lihat calon kita sangat berpotensi di kawasan ini sebab itu kita mahukan jentera wanita bergerak dengan seluruh kekuatan yang ada," katanya.

Beliau turut mengajak wanita Umno memberikan sokongan kepada Normala untuk menambah bilangan ahli wanita di Dun Johor.

"Kita hanya ada dua orang wanita di Dun Johor. Jadi kita minta puteri dan wanita Umno menyokong calon muslimat PAS untuk menambah suara wanita di Dun.

"Usahlah terlampau berkira soal perbezaan politik asalkan kita boleh memperbanyak suara wanita," katanya.

Koleksi ANALISIS AWAL PASCA PENAMAAN CALON


Kemeriahan pilihan kecil Tenang kali ini bakal terserlah berikutan masing-masing pihak sudah menzahirkan calon. Pertama pihak bebas lebih awal menampil diri, apabila G. Sivanandan, 50, seorang pemimpin Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Ladang (NUPW) menawar diri (8 Januari).

Seminggu kemudian (16 Januari), pihak PAS-Pakatan Rakyat pula mengumumkan calonnya seorang bekas guru, Normala Sudirman selaku Ketua Muslimat PAS Labis.

Diikuti pula pengumuman Umno-BN (19 Januari) yang mengemukakan seorang bekas ADO, Mohd Azahar Ibrahim seorang pegawai kerajaan bukan aktivis parti.

Berikutan itu, sudah muncul tiga nama calon yang bakal bertanding yang bermula dengan penamaan calon 22 Januari dikuti dengan poengundian pada 30 Januari. Ia menyaksikan tempoh kempen selama tujuh hari, antara yang terpendek diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Oleh itu, faktor calon menjadi isu yang menarik sebagai penentu kemenangan pilihan raya kecil Tenang kali ini. Namun, berdasarkan pemerhatian awal senario selepas pengumuman calon-calon, mendapati kemungkinan faktor calon berpihak kepada PAS-Pakatan Rakyat.

Teori Dr. Mahathir

Walau bagaimanapun, kemungkinan itu adalah bersandarkan pelbagai persoalan (skeptikal). Antaranya, nilai bersih, mesra dan cakna pengundi bakal menentukan sejauh mana masing-masing calon itu memenuhi nilai-nilai yang harmoni untuk bersaing.

Sehubungan itu, ada beberapa sudut analisis yang perlu diberi perhatian. Antaranya sudut pandangan calon bersih mengikut hemat (baca teori) Dr. Mahathir.

Menurut Dr. Mahathir, ekoran daripada pencalonan Tan Sri Isa Samad selaku calon pilihan raya kecil Bagan Pinang (11 Oktober 2009), Dr. Mahathir pernah mencoretkan di dalam blognya (24 September 2009) bahawa seorang calon yang bersih pun boleh kalah dan calon yang kotor pun boleh menang.

Justeru dalam konteks Bagan Pinang, Umno-BN mempunyai ‘simpanan tetap undi’ yang besar iaitu pengundi pos tentera dan pengundi (India) di ladang, maka logiknya Dr. Mahathir mempercayai sesiapa juga yang dilantik sebagai calon, besar kemungkinan dia akan menang.

Dalam hal ini, senario Bagan Pinang hampir sama dengan pilihan raya kecil Tenang yang mempunyai jumlah pengundi peneroka Felda dan pengundi ladang kira-kira 4,800 orang atau 33 peratus daripada 14,635 pengundi berdaftar di Dun Tenang. Secara logiknya menurut teori Dr. Mahathir, BN selayaknya menang atas jumlah ‘simpanan tetap undi’ yang ada tanpa mengira siapa calon.

Analisis peluang

Justeru dalam konteks Dun Tenang, tanpa mengira apa isu yang berbangkit natijahnya Umno-BN boleh menang mudah. Ini kerana menurut sumber Umno, keahliannya sahaja sudah ada kira-kira 4,000 orang.

Daripada jumlah ini, sebahagian besarnya iaitu seramai 2,300 orang adalah pengundi peneroka Felda dan 1,700 orang merupakan pengundi Melayu di kampung-kampung tradisi. Ia bermakna, daripada 4,800 orang ‘simpanan tetap undi’ itu hanya 800 orang yang belum ahli Umno tetapi komited mengundi BN.

Berdasarkan keputusan pilihan raya umum 2008, undi BN ialah 6,367. Daripada jumlah ini, 4,000 undi ahli Umno, maka selebihnya lagi (2,367 undi) adalah pengundi Melayu yang belum ahli Umno (800 undi), undi ahli MCA dan undi pengundi terapung (bukan ahli mana-mana parti).

Ahli MCA mungkin tidak ramai mengundi BN untuk calon Dun Tenang pada pilihan raya lepas kerana protes. Oleh kerana itu, PAS menang di tiga daerah mengundi sekitar Bandar Labis.

Hakikat itu, PAS mendapat lonjakan sebanyak 1,737 undi, iaitu dari 2,138 pada 2004 kepada 3,875 pada 2008. Ia suatu gambaran pengundi Cina yang selama ini terbelenggu dengan MCA sudah menunjukkan sikap berubah. Justeru apakah pada pilihan raya kecil kali ini, PAS akan dapat mempertahankan undi ini?

Ataukah PAS mampu meraih sokongan baru daripada sejumlah kira-kira 3,900 undi yang tidak keluar mengundi pada 2008. Mungkinkah juga PAS sedia meraih sokongan kira-kira 800 pengundi Melayu yang belum jadi ahli Umno?

Sehubungan itu, peluang yang dilihat baik bagi PAS-Pakatan Rakyat ialah kepada sejauh mana faktor calon dapat mempengaruhi mood keluar mengundi beramai-ramai.

Jangkaan keluar mengundi musim ini boleh jadi 85 peratus. Ini bermakna kira-kira 12,540 bakal keluar mengundi pada pilihan raya kecil nanti. Jika ditaksirkan kepada undi status-quo 2008, BN mempunyai undi 6,367 dan PAS 3,875 undi. Selebihnya nanti sekitar 2,298 adalah undi rebutan. Sejauh mana upaya masing-masing parti menguasai undi rebutan ini adalah suatu peluang dan tugasan berat kepada pasukan kempen PAS-Pakatan Rakyat dan pasukan kempen calon Cukgu Mala.

Ini kerana faktor calon amat signifiken sebagai penentu kemenangan yang menyaksikan persaingan calon muslimah berdepan dengan calon lelaki yang umurnya sebaya.

Calon yang bersih

Faktor penerimaan masyarakat setempat terhadap calon juga perlu dijadikan kriteria utama pemilihan. Jika calon itu bersih sahaja tapi tidak mempunyai semangat berkhidmat kepada rakyat dan belum diakui kepimpinannya, ia boleh menjejaskan peluang kemenangan.

Calon berkenaan mesti mampu membawa visi dan misi perjuangan parti membahagiakan rakyat di kawasan yang diwakilinya melalui pelbagai aktiviti, misalnya program kebajikan dan sentiasa cakna terhadap kehidupan rakyat. Maka visi dan misi ini mesti dizahirkan dalam agenda kempen calon.

Walau apapun, politik pilihan raya adalah seni kempen yang serba mungkin. Suatu seni yang harus diolah sebaiknya bagaimana seorang calon yang bersih bila bersaing dengan calon yang kotor, boleh memenangkan calon yang bersih.

Namun jika direnung kepada teori Dr. Mahathir, maka calon yang bersih berhadapan dengan calon yang kotor, belum tentu yang bersih boleh mencapai kemenangan.

Dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, Isa Samad diturun bertanding dengan imej ‘perasuah politik’ ketika pemilihan majlis tertinggi Umno. Ia berjaya digambarkan oleh pasukan kempen BN sebagai mangsa politik kotor dalam Umno, bukannya perasuah politik.

Maka Isa layak dipilih dan menang. Justeru dalam konteks pilihan raya kecil, isu calon diperbesar-besarkan bukannya parti. Bagan Pinang yang besar jumlah ‘pengundi simpanan tetap’ BN (tentera dan ladang) dikira mudah menerima gambaran sebegitu, meskipun calon PAS ketika itu, Zulkefly Omar seorang yang bersih.

Namun, harus juga dilihat apa yang berlaku pada pilihan raya kecil Permatang Pasir (25 Ogos 2009). Pihak Umno-BN mengemukakan calon yang kotor, tetapi kalah. Walau pun calon BN itu seorang peguam, tetapi dikatakan terlibat dengan melesapkan duit pelanggannya dan berbohong berkenaan dengan jumlah isterinya.

Keputusannya BN kalah, dan pasukan kempen BN tidak berupaya memaksa pengundi, kerana di situ jumlah ‘pengundi simpanan tetap’ BN agak kecil dan pengundi pos tidak sampai 50 orang. Hal ini (pengundi simpanan tetap), cukup berbeza Permatang Pasir dibandingkan dengan Tenang.

Atas pengalaman tersebut, mungkin Umno-BN sudah serik untuk mencalonkan calon yang kotor. Terutama selepas PAS-Pakatan Rakyat telah mengemukakan seorang calonnya lebih awal, seorang guru muslimah yang dikira rapat dengan rakyat dan penyayang serta calon yang bersih. Malah diktakan telah terlibat lebih awal memahami hati-budi dan citarasa rakyat setempat melalui Pusat Khidmat Masyarakat PAS Dun Tenang.

Mengetahui keadaan tersebut, tindakan BN ialah tidak harus meletak seorang calon yang dilihat mudah dijadikan isu oleh parti lawan. Maka pemangku ketua bahagiannya, Rosdin Mahmud tidak wajar diturunkan kerana ia dikatakan rapat dengan Chua Soi Lek yang tersabit dengan pengakuan seks terlarang dan asalnya anak Negeri Sembilan bukan Johor. Ia pasti ditolak oleh pengundi peneroka dan pengundi bandar.

Apa yang penting bagi BN, ialah bagaimana faktor calon boleh membantu BN untuk menang pilihan raya kecil Tenang. Isu calon yang bersih sudah menjadi keutamaan. Maka secara terpaksa, orang bukan parti, Mohd Azhar terpaksa dipilih untuk menyaingi calon PAS.

Apa pun, strategi kempen Umno-BN bertanggungjawab membuktikan calonnya benar-benar bersih berbanding calon PAS. Ini kerana dalam pilihan raya kecil, pendekatan kempen agresif amat penting. Persepsi rakyat mesti diutamakan dan dipengaruhi secara bestari.

Berdasarkan itu, pengalaman pilihan raya kecil Galas cukup tragis kepada PAS-Pakatan Rakyat. Ia tragis kerana pasukan kempen BN di Galas mengambil pendekatan agresif dan kotor dengan melakukan putaran isu yang diada-adakan memburukkan calon PAS.

Lalu difitnahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad dengan kes berkhalwat sebelum berkahwin dengan isterinya. Walaupun isu itu dinafikan, tetapi putaran terus dibuat atas kepercayaan pengundi akhirnya akan percaya sekiranya diulang-ulangkan. Mungkin cara yang sama akan dilakukan oleh BN di Tenang dalam mengalih sokongan pengundi supaya tidak menerima calon Cikgu Mala. Oleh itu, pasukan kempen PAS harus bijak menggunakan taktik pre-amptive bagi menduga pendekatan kotor Umno-BN itu.

Penentu kemenangan

Berdasarkan dua pilihan raya kecil di Kelantan, pertama di Manek Urai (14 Julai 2009) dan keduanya di Galas (4 November 2010), faktor calon amat kritikal sebagai penentu kemenangan bagi kedua-dua belah pihak. Masing-masing parti telah melakukan pemilihan calon dengan cermat dan mengambil kira semua sudut, agar memenuhi harapan dan persepsi positif pengundi.

Di Manek Urai, PAS kalah tahun 2004 dikatakan kerana calonnya tidak popular berbanding Ismail Yaacob, wakil rakyat sebelum itu. Sebaliknya PAS telah menang semula 2008 setelah Ismail Yaacob kembali bertanding. Kemudian pada pilihan raya kecil Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah dipilih kerana sifatnya yang seakan sama Ismail Yaacob.

Pihak Umno-BN juga turut meneliti calon yang mampu menang berpandukan pilihan raya 2004, ketika itu menamakan ketua pemudanya, Zulkifli Omar yang dikira popular untuk memenangi hati pengundi muda berbanding calon PAS Mohd Zamzuri yang juga ketua pemuda. Atas formula yang sama, pada pilihan raya kecil Manek Urai, Umno-BN telah menamakan ketua pemudanya, Tuan Aziz Tuan Mat sebagai calon. Namun, sifat calon PAS, Mohd Fauzi (mirip Ismail Yaacob) dikatakan lebih mesra di sisi pengundi Menak Urai. Layaknya PAS menang tipis di situ.

Sehubungan itu, pilihan raya kecil Tenang kali ini menarafkan faktor calon sebagai penentuan teratas berbanding faktor isu-isu lokal kerana sifat sosial pengundi Tenang yang agak sacred, mementingkan hubungan intim, bersemuka dan ramah. Maka, semua sifat sosial tersebut perlu ada pada wajah, tutur kata dan gerak fizik calon yang bertanding. Mungkin Cikgu Mala adalah kelebihannya kerana beliau seorang guru yang dilatih dengan psikososial dan sudah mengajar 13 tahun anak-anak pengundi di situ.

Faktor jantina

Latar belakang calon Cikgu Mala itu secara logiknya adalah semestinya mesra wanita yang dilengkapkan lagi sebagai aktivis muslimah. Ia sinonim dengan pengundi Tenang yang mempunyai 51 peratus (7,523 orang) pengundi wanita daripada keseluruhan 14,753 pengundi. Tambahan pula pecahan pengundi ikut kohot umur, wanita warga emas seramai 1,893 (55.3 peratus) dan kumpulan pengundi dewasa wanita 3,214 (50.4 peratus). Ini satu peluang bagi calon PAS-Pakatan Rakyat meraih simpati tinggi golongan pengundi wanita berbanding calon BN, seorang pegawai lelaki.

Apa pun keupayaan menguasai hati-budi pengundi wanita harus dikongsi sama dengan sambutan pengundi lelaki. Di sini, keupayaan pasukan kempen untuk membawa isu-isu yang berkaitan sentimen jantina amat penting. Di samping pasukan kempen calon harus agresif di dalam menyampaikan rayuan dan kesedaran pengundi untuk memilih calon PAS-Pakatan Rakyat, Cikgu Mala sebagai yang terbaik kerana rapat dengan rakyat berbanding calon BN, Mohd Azahar seorang pegawai tadbir yang belum aktif dalam parti.

Apa yang utama, penampilan pasukan kempen calon Cikgu Mala hendaklah turut berlaku ke dalam kelompok pengundi muda, kerana gelanggang utama kempen calon Umno-BN, ADO Azahar ialah pengundi di bawah 40 tahun sekitar 4,934 (33.44 peratus). Lebih-lebih lagi pengundi muda wanita yang dilihat terbatas maklumat tentang perjuangan PAS-Pakatan Rakyat, maka kehadiran Cikgu Mala amat perlu bagi meraih sentimen dan sokongan.

Semoga kempen calon pada pilihan raya kecil Tenang kali ini membuahkan hasil berbeza dengan Galas. Harapannya, Dun Tenang sedia tenang dalam melakar suatu sejarah gemilang menerima calon wanita mewakili kepentingan rakyat berpihak kepada PAS-Pakatan Rakyat.

Najib Altantuya Pasti Segera Adakan Pilihanraya Umum! Kenapa??


Sudah sampai masanya!

Barisan Najis kian tertekan dengan deretan siri pilihanraya kecil yang mampu memusnahkan Umno-APCO!

Selepas DUN Tenang, kini DUN Merlimau dan DUN Pelabuhan Klang menunggu untuk rakyat menghukum pentadbiran rejim Najib Altantuya!

Maka Najib Altantuya tidak punya banyak pilihan dan masa untuk menganalisis data pasca pertemuannya dengan ahli parlimen Barisan Najis awal bulan ini!

Walaupun fenomena terkini dilihat memihak Barisan Najis, Pakatan Rakyat tidak akan sesekali berdiam diri!

Anwar Ibrahim dan pasukan Pakatan Rakyat akan mengasak habis-habisan bagi meyakinkan rakyat bahawa Najib Altantuya dan Barisan Najis sudah tidak lagi relevan dalam memegang tampuk pemerintahan Putrajaya!

Biarpun keadaan dalam Pakatan Rakyat agak bergelora, namun rakyat kebanyakan sudah mula mempersoalkan gaya pentadbiran Najib Altantuya yang tidak mementingkan rakyat, sebaliknya terus memperkaya kroni dan suku sakat Barisan Najis!

Perubahan yang didogma sebagai transformasi tidak akan dapat mengubah minda rakyat yang semakin marah dengan pelbagai masalah terutamanya kenaikan harga petrol dan barangan harian.

Berkemungkinan Najib Altantuya memutuskan pilihanraya umum diadakan serentak dengan pilihanraya negeri Sarawak sudah semakin tepat.

Sarawak mesti mengadakan pilihanraya negeri kerana mandat semasa akan berakhir Julai ini.

Dan Taib Mahmud pasti akan mengesyorkan kepada Najib Altantuya supaya Sarawak dimasukkan sekali dalam perancangannya!

Apa sekalipun keputusan Najib Altantuya, semakin lama dia menangguhkan pilihanraya umum, pola penolakan rakyat akan semakin menggila!

Jika dibiarkan keadaan ini berterusan, peluang Pakatan Rakyat untuk memerintah Putrajaya semakin cerah!

Teruskan permainan ini Najib Altantuya!

Teruskan hingga Barisan Najis terjelepuk menanggung kekalahan yang memalukan!

Najib Bakal Adakan PRU-13 Waktu Terdekat, Kata Penganalisis

Penganalisis politik, Said Zahari yakin bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak bakal mengadakan pilihanraya umum dalam waktu terdekat.

Dalam hal berkaitan beliau menolak bahawa kemenangan atau kekalahan BN pada pilihanraya kecil yang diadakan sekarang, tidak boleh dijadikan 'tanda aras' untuk menentukan diadakan pilihanraya umum ke-13.

"Pilihanraya kecil ini samaada dimenangi oleh BN atau tidak, itu tidak akan mengubah fikiran Najib.

Saya fikir najib memang sudah merancang untuk mengadakan pilihanraya umum lebih awal. Pilihanraya kecil ini hanya kebetulan sahaja.

Kalau nak dikatakan tanda bahawa pilihanraya diadakan segera atau dalam masa terdekat, saya fikir tidak begitu," katanya.

Beliau berpandangan bahawa, Perdana Menteri Najib Razak akan mengambil kesempatan ekoran suasana politik hari ini yang dilihat memihak kepada Barisan Nasional.

"Najib akan mengadakan lebih cepat daripada biasa. sebab keadaan sekarang ini lebih sesuai untuk Najib mengadakan pilihanraya. Keadaan bagus untuk mereka (BN).

Keadaan sekarang ini pada keseluruhannya lebih memihak kepada BN.

Sekiranya ditangguh-tangguh, keadaan berubah, tidak begitu baik untuk BN, ertinya Najib akan lebih susah mencari masa sesuai. Jadi saya fikir dalam keadaan sekarang Najib mesti mengadakan pilihanraya umum," katanya.

Beliau turut menambah, biarpun serangan bertubi-tubi yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat semakin meningkat, namun beliau mengganggap Pakatan Rakyat mampu menghadapi serangan tersebut jika kesepaaduan dan keseragaman dicapai oleh seluruh anggota parti.

"Sekiranya pakatan dalam masa terdekat ini dapat mensepadukan perpaduan, maka peluang akan lebih baik," ujarnya.

Keseluruhan pilihanraya kecil yang berlangsung selepas pilihanraya umum ke-12 diadakan memperlihatkan, sebanyak 14 pilihanraya kecil telah diadakan.

Dalam tempoh ini, sebanyak 9 kerusi dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan hanya 5 kerusi dimenangi oleh parti Barisan Nasional.

PAS Yakin

LABIS - PAS optimis memenangi piliharaya kecil Dun Tenang kali ini. Presiden PAS ketika ditemui berkata ianya berdasarkan kepada beberapa faktor.
"Ianya termasuk perubahan pengundi muda terutama generasi kedua Felda, calon PAS yang yang dekat dengan masyarakat dan sokongan rakyat pada PRU 2008 yang menyaksikan PAS menang di dua Dun Johor," katanya sewaktu sidang media selepas penamaan calon pagi tadi.

Adapun Felda katanya, bukan lagi talian hayat Umno kerana masyarakat Felda sudah mula berubah.

"Sekurang-kurangnya PAS akan mengurangkan majoriti BN dalam pilihan raya kecil kali ini," tambahnya.

Pilihanraya kecil Dun Tenang ini adalah pilharaya kecil ke 14 selepas Pilihanraya Umum 2008 lalu.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .