Ikuti Blog ini
Live Himpunan Kebangkitan Rakyat Perlis ,Isnin, Disember 17, 2012 at 17.12.12,
LIVE!! NOW!! SEKARANG!! Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Perlis. Tayangan Perdana malam ini. Kepimpinan yang bakal berceramah, Mat Sabu dan Saifuddin Nasution. Tonton di http://bit.ly/V2XDun
Gambar : Menarik !! Tok Guru Nik Aziz Dan Kanak Kanak , at 17.12.12,
Menarik !!! Tok Guru Nik Aziz meluangkan masa melayan dan menyantuni kanak kanak yang ingin bersalam dengan beliau.
Lagi gambar berkaitan dan sumber DISINI.Gambar diedit dari sumber asal untuk disesuaikan dengan laman blog ini.Lagi gambar gambar menarik Tok Guru DISINI dan DISINI ~ Tinta Hijau DKB
Selepas tiada jihad di Palestin kini Qardhawi pula Khawarij , at 17.12.12,
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia menyifatkan pemikiran ulama Qatar, Dr Yusuf Al-Qardhawi (gambar) tidak ada kaitan dengan pemikiran Khawarij sebagaimana didakwa oleh Ketua Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya.
Bagi Pemuda PAS, kelompok agamawan seperti Ulama Muda Umno adalah pengampu kerajaan dan wujud di mana-mana negara umat Islam yang dibayar upah untuk menghalalkan kebejatan pemerintah.
Demikian kata Ketua Penerangannya, Ridhuan Mohd Nor yang mengulas dakwaan Fathul Bari yang mendakwa pemikiran Yusuf Al-Qardhawi sama dengan Khawarij.
Fathul mengatakan pemikiran Yusuf Al- Qardhawi cenderung kepada khawarij.
Kenyataannya tersebar dalam laman Youtube sejak beberapa bulan yang lalu dan kini sedang hebat dikongsi oleh pengguna laman sosial Facebook.
Sebelum ini, Ulama Muda Umno juga membuat kenyataan kontroversi apabila berkata tidak ada jihad di Palestin sekarang.
Khawarij yang muncul pada tahun 37 Hijrah menentang kerajaan Islam Saidina Ali namun, namun umat Islam hari ini jauh daripada syariat Islam dan menentang syariat Islam.
Bagi Riduan (gambar) , Yusuf Al-Qardhawi memahami gejolak perasaan rakyat serta kehebatan beliau menentang kezaliman pemerintah adalah berdasarkan ajaran Islam dan jauh sekali daripada nilai-nilai pendokong khawarij.
Menerusi karya, kata Ridhuan, beliau telah membuktikan ketokohan intelektualnya di samping komited untuk sama-sama memahami kemelut dan pergolakan yang melingkari setiap ruang lingkup kehidupan umat Islam kontemporari hari ini.
Katanya, ketegasan Qardhawi dalam mendokong hak dan kebenaran, dan menolak kemungkaran serta kebatilan harus diteladani oleh cendekiawan Islam yang lain.
Tambahnya, kemampuan beliau untuk turut sama menyelami denyut dan nadi umat seharusnya menjadi obor untuk menyemarakkan semangat di kalangan generasi muda.
"Qardhawi telah menghasilkan ratusan karya dan beliau adalah kader terbaik Ikhwanul Muslimin abad 21," katanya.
Dari sudut peribadinya Riduan berkata beliau beruntung berkesempatan untuk mengenali pemikiran Dr. Yusuf al-Qardhawi menerusi penglibatan dalam gerakan Islam serta karya-karyanya yang membuktikan ketokohannya.
"Kemampuan karya beliau telah teruji, contohnya sepertimana dalam bukunya 'Halal & Haram dalam Islam', yang mendapat sambutan di kalangan umat Islam seluruh dunia di samping dijadikan rujukan di pelbagai institusi pendidikan dan ulama di seluruh dunia Islam sehingga ke hari ini," katanya ketika dihubungi. -Hrkh
Bagi Pemuda PAS, kelompok agamawan seperti Ulama Muda Umno adalah pengampu kerajaan dan wujud di mana-mana negara umat Islam yang dibayar upah untuk menghalalkan kebejatan pemerintah.
Demikian kata Ketua Penerangannya, Ridhuan Mohd Nor yang mengulas dakwaan Fathul Bari yang mendakwa pemikiran Yusuf Al-Qardhawi sama dengan Khawarij.
Fathul mengatakan pemikiran Yusuf Al- Qardhawi cenderung kepada khawarij.
Kenyataannya tersebar dalam laman Youtube sejak beberapa bulan yang lalu dan kini sedang hebat dikongsi oleh pengguna laman sosial Facebook.
Sebelum ini, Ulama Muda Umno juga membuat kenyataan kontroversi apabila berkata tidak ada jihad di Palestin sekarang.
Khawarij yang muncul pada tahun 37 Hijrah menentang kerajaan Islam Saidina Ali namun, namun umat Islam hari ini jauh daripada syariat Islam dan menentang syariat Islam.
Bagi Riduan (gambar) , Yusuf Al-Qardhawi memahami gejolak perasaan rakyat serta kehebatan beliau menentang kezaliman pemerintah adalah berdasarkan ajaran Islam dan jauh sekali daripada nilai-nilai pendokong khawarij.
Menerusi karya, kata Ridhuan, beliau telah membuktikan ketokohan intelektualnya di samping komited untuk sama-sama memahami kemelut dan pergolakan yang melingkari setiap ruang lingkup kehidupan umat Islam kontemporari hari ini.
Katanya, ketegasan Qardhawi dalam mendokong hak dan kebenaran, dan menolak kemungkaran serta kebatilan harus diteladani oleh cendekiawan Islam yang lain.
Tambahnya, kemampuan beliau untuk turut sama menyelami denyut dan nadi umat seharusnya menjadi obor untuk menyemarakkan semangat di kalangan generasi muda.
"Qardhawi telah menghasilkan ratusan karya dan beliau adalah kader terbaik Ikhwanul Muslimin abad 21," katanya.
Dari sudut peribadinya Riduan berkata beliau beruntung berkesempatan untuk mengenali pemikiran Dr. Yusuf al-Qardhawi menerusi penglibatan dalam gerakan Islam serta karya-karyanya yang membuktikan ketokohannya.
"Kemampuan karya beliau telah teruji, contohnya sepertimana dalam bukunya 'Halal & Haram dalam Islam', yang mendapat sambutan di kalangan umat Islam seluruh dunia di samping dijadikan rujukan di pelbagai institusi pendidikan dan ulama di seluruh dunia Islam sehingga ke hari ini," katanya ketika dihubungi. -Hrkh
Arab Spring: Najib Cemas & Gerun Dengan Kebangkitan Rakyat Di Malaysia , at 17.12.12,
Generasi muda mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan usaha kerajaan melonjakkan pembangunan dan kemakmuran negara ke tahap yang lebih tinggi, selain memastikan Malaysia sentiasa dihormati di persada antarabangsa, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, tanggungjawab generasi muda kini bukan sekadar meraih ilmu di pusat pengajian tinggi tetapi perlu mempunyai misi untuk menjadi generasi penyambung yang akan meneruskan usaha generasi sedia ada untuk mempertingkatkan lagi kejayaan dan kemakmuran negara.
"Kita perlu sedia yang terbaik untuk mereka dan menjadikan mereka sebagai rakan kongsi dalam menjayakan usaha ke arah mencapai Wawasan 2020," katanya pada majlis bersama pemimpin pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sempena Konvensyen Pemimpin Pelajar 2012 di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Najib berkata: "Jika mahu Malaysia dihormati dan disegani di persada antarabangsa, maka kita mesti tampilkan Malaysia sebagai sebuah negara di mana perubahan dan kemajuan sebenar berlaku.
" "Tidak perlu kepada fenomena Arab Spring untuk melihat perubahan dalam negara.
"Ini adalah kerana negara-negara yang telah berlaku ledakan sedemikian belum lagi mengecapi dividen dan pulangan daripada perubahan yang begitu mendadak melalui demonstrasi, rusuhan, konflik sehingga terkorban begitu ramai nyawa, rosak harta benda, industri yang maju hari ini lumpuh," kata Najib.
Beliau berkata, kerajaan juga telah melakukan beberapa perubahan bagi memberi ruang yang selesa kepada generasi muda termasuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
Pindaan Auku itu adalah bagi memberi ruang kepada generasi muda menunjukkan kematangan dan kepimpinan yang mencakupi kepentingan rakyat keseluruhannya, tambahnya.
"Kita mesti percaya kepada generasi baharu. Mereka adalah anak-anak kita.
Dan hari ini, tiada siapa boleh kata bahawa kita sekat dan cengkam generasi baharu daripada membangunkan intelek dan kepimpinan mereka," katanya.
Seramai 600 pemimpin pelajar IPT seluruh negara termasuk pemimpin pelajar dari politeknik dan kolej komuniti menghadiri konvensyen tiga hari, yang bermula semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Konvensyen itu merupakan sebuah wahana pembangunan dan penjenamaan fungsi, peranan serta kaedah strategik bagi meningkatkan kecekapan, tanggungjawab dan halatuju pemimpin pelajar IPT tempatan. - Bernama
Terlalu ketara Najib begitu gerun dengan fenomena "Arab Spring" yang telah menjatuhkan rejim-rejim zalim seperti Ben Ali di Tunisia dan Hosni Mubarak di Mesir.
Kemudian Naib seperti "menghina" gerakan massa yang telah berlaku dengan menyatakan:
negara-negara yang telah berlaku ledakan sedemikian belum lagi mengecapi dividen dan pulangan daripada perubahan yang begitu mendadak melalui demonstrasi, rusuhan, konflik sehingga terkorban begitu ramai nyawa, rosak harta benda, industri yang maju hari ini lumpuh,
Najib tidak ada hak untuk memberitahu rakyat di Tunisia dan Mesir yang telah berjaya menukarkan rejim-rejim zalim itu kepada kerajaan yang baru dengan menuduh kononnya " ledakan sedemikian belum lagi mengecapi dividen dan pulangan daripada perubahan yang begitu mendadak".
Pembinaan dan pembangunan semula negara-negara demikian sepastinya mengambil masa kerana keruntuhan dan kezaliman yang telah dilalui oleh rakyat negara berkenaan telah berjalan sekian lama di bawah rejim yang telah dijatuhkan.
Yang pasti kehidupan rakyat lebih gembira dan lebih bahagia kini setelah pemerintahan kerajaan berjaya ditukarkan dan mereka tidak lagi hidup dengan ditindas oleh rejim-rejim zalim berkenaan.
Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya: Apabila sebuah kerajaan itu zalim dan menipu rakyat, maka rakyat akan bangkit tumbangkannya!
Itu sangat jelas. -GB
Apa hal pulak Tim. Menteri Pengajian Tinggi kena baca teks ucapan Rosmah ni? , at 17.12.12,
Lepas tu dia lancarkan pula Kapal Latihan milik Tentera Laut di RAJA Malaysia.. (lihat di SINI ) sambil disaksikan oleh Zahid Hamidi dan Tun Mahathir.
Hari ini Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pula dilaporkan membaca teks ucapan Rosmah di Bengkel Pembinaan Kapasiti Kepimpinan Antarabangsa bagi Tokoh-tokoh Akademik Wanita 2012..
Bukan aku nak menghina Rosmah Mansor tu.. hakikatnya lebih ramai rakyat Malaysia termasuk pemimpin-pemimpin UMNO yang menyampah dengan dia ni dari menyukainya..
Tapi kebelakangan ni dia kelihatan menonjol-nonjolkan dirinya lebih dari biasa.. yang betulnya dia menonjol atau ditonjolkan??
Ditonjolkan oleh kem yang mahu menggulingkan Najib maksud aku...
Ini laporan berkaitan..
Universiti perlu lebih proaktif dalam menghapus sikap memihak jantina yang menghalang wanita di bidang akademik memegang peranan peneraju kanan, kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau menarik perhatian sekalipun 60 peratus daripada enrolmen di universiti awam adalah wanita, hanya tiga naib-canselor di 20 universiti awam di negara ini adalah wanita.
Rosmah berkata harus wujud penyertaan seimbang antara lelaki dan wanita dalam pengurusan kanan universiti.
"Universiti tidak lagi harus dilihat didominasi secara total oleh lelaki dan kelab lelaki," kata beliau dalam ucaptamanya di Bengkel Pembinaan Kapasiti Kepimpinan Antarabangsa bagi Tokoh-tokoh Akademik Wanita 2012 dihadiri kira-kira 200 peserta tempatan dan antarabangsa di ibu negara hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.
Bengkel tiga hari itu dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
Rosmah berkata ketidakseimbangan penyertaan jantina di peringkat pengurusan kanan berpotensi menjadi topik hangat pada masa depan, oleh itu isu seumpama itu perlu ditangani di peringkat awal.
"Satu daripada dapatan mengenai kurangnya penyertaan wanita dalam jawatan akademik kanan ialah sesetengah wanita lebih menyukai mentor wanita untuk penggal kepimpinan mereka.
"Dengan kurangnya wanita pada kedudukan sedemikian, jelas sekali akses mereka terhad," kata beliau.
Rosmah berkata, malahan sektor korporat mendapati bahawa imbangan jantina pada jawatan utama boleh membawa kepada pencapaian bisnes yang lebih baik.
"Jika kita tidak melaksanakan penyertaan seimbang jantina dalam pendidikan tinggi, bagaimana mungkin kita melaksanakan ini pada bahagian-bahagian lain masyarakat," ujar beliau ~ Bernama
Semakin ditonjolkan Rosmah Mansor ni.. semakin ramai rakyat yang menyampah.. malangnya Najib akan merasa tempias itu..sumber
Ahli Majlis Fatwa Perak suruh undi Pas. , at 17.12.12,
DS Nizar dan TPJ Ustaz Misbahul Munir menziarah Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak Datuk Ustaz Abdul Majid Abdul Hamid,baru-baru ini (15 Disember).Beliau sempat mengharapkan dalam Pru 13 ini PAS akan menang.Datuk Ustaz Abdul Majid juga mengharapkan UMNO akan kalah dalam pilihanraya pada kali ini.Turut hadir Hj Zainuddin Hamzah,Pengerusi Lajnah Kebajikan Pas Bukit Gantang. -sumber
Tim Muhyiddin Sudah Mula Edar Pelekat Untuk Jatuhkan Najib , at 17.12.12,
Kuala Terengganu – Penemuan dua pelekat dengan gambaran tulisan seolah- olah menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menyokong timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu, Batu Burok dilihat cubaan pihak tertentu untuk menarik perhatian editorial di sini.
Bagaimanapun, pelekat dengan tulisan ‘Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin’ dengan lambang 1Malaysia tertera di bawahnya mungkin bertujuan menghangatkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Tidak pasti sama ada ia dilakukan dengan tujuan tertentu untuk melaga-lagakan ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN) ataupun wujud gerakan yang benar-benar menolak Najib, pemimpin Umno bagaimanapun tidak melihat ia sebagai perkara serius.
Pengarah Strategi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan menganggap ia hanya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba melaga-lagakan kepimpinan BN.
Beliau turut menjangka lebih banyak lagi perkara yang timbul daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk menambah kehangatan PRU13.
“Isu-isu untuk melaga-lagakan. Lepas ni, macam-macam lagi yang timbul,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian tanpa mengulas lanjut.
Pelekat tersebut kelihatan ditampal beberapa hari lalu di peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu dan juga di pintu masuk di tingkat bawah yang merupakan laluan utama ke blok bangunan ini.
Sementara itu, perang poster di negeri ini dilihat masih dalam keadaan terkawal, namun ‘bunga-bunga’ ke arah itu sudah pun kelihatan apabila beberapa poster dan kain rentang memburukkan pemimpin dan parti lain turut dipasang di tempat umum sebelum ini.
Bagaimanapun, keadaan itu tidak begitu disedari orang ramai apabila pihak bertanggungjawab pantas mengambil tindakan menurunkannya dalam tempoh tidak sampai 24 jam.
Terbaru, keadaan juga dilihat agak panas apabila warga Felda Selasih di Jabi baru-baru ini turut menghalang konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda yang disertai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak),iaitu persatuan yang cenderung kepada pembangkang, sehingga menimbulkan kekecohan walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku. -SH
20,000 hadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak , at 17.12.12,
PARIT: Sambutan rakyat terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat terus mendapat sambutan apabila hampir 20,000 orang memenuhi Padang SEDC Seri Iskandar, malam ini, kata pengarah program, Dr Kharuddin Abdul Malek.
Walaupun hujan renyai-renyai turun sekitar jam 9.30 malam sekitar 20 minit, namun orang ramai masih berkumpul di kawasan padang untuk mendengar pidato daripada pemimpin Pakatan Rakyat.
Orang ramai semakin bertambah apabila hujan mulai reda dan mereka duduk di hadapan pentas untuk mengikuti persembahan daripada NGO dan ceramah para pemimpin Pakatan Rakyat
Antara yang berucap ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan anggota Jawatankuasa Eksekutif DAP, Dr Tan Seng Giaw.
Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyampaikan pidato.
Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir pada Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak.
Langgan:
Catatan (Atom)