Ikuti Blog ini

PM Najib....Boleh Pandang Pandang......Jangan pegang-pegang......



Selamba Je Mahathir & Hanif Perbodohkan Rakyat

Haniff: Mahathir, Anwar pernah minta mansuh ISA tapi polis halang

KUALA LUMPUR — Bekas ketua polis negara Tun Mohd Haniff Omar hari ini mengakui beliau adalah individu yang menghalang cadangan kerajaan yang mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Haniff yang berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara selama 20 tahun sehingga 1994 berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mencadangkan supaya ISA dimansuhkan.

“Anwar kata kita harus mansuhkan ISA, Dr Mahathir kata OK.

“Tapi saya minta mereka untuk mempertimbangkan cadangan itu dengan berkata ia hanya membabitkan soal keselamatan negara,” katanya pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan Ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di sini.

Jelas Haniff, Dr Mahathir konsisten dalam usaha untuk memansuhkan ISA yang telah menahan ramai individu tanpa dihadapkan di mahkamah.

“Bila beliau (Dr Mahathir) jadi perdana menteri, (Tun) Musa Hitam beritahu saya agar tidak menggunakan ISA kerana Dr Mahathir tidak menyukainya,” katanya.

Dalam program yang sama, Dr Mahathir berkata beliau sebenarnya mahu memansuhkan ISA ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun.

Bagaimanapun, menurut Dr Mahathir, usaha itu gagal kerana pihak polis menolak cadangan tersebut.

Sebelum ini, Dr Mahahir menyalahkan polis yang ekoran penangkapan besar-besaran di bawah ISA pada 1987 yang turut membawa kepada penahanan lebih 100 orang termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sementara itu, Dr Chandra Muzaffar yang juga merupakan bekas tahanan ISA mempertahankan tindakan Dr Mahathir dalam Ops Lalang dengan berkata, ia tidak ada kaitan dengan negarawan itu.

Menurut Chandra, operasi tersebut adalah tindakan dilakukan polis dan bukannya arahan Dr Mahathir.

“Berdasarkan pengalaman saya, saya ditahan di Pulau Pinang dan dibawa ke Kuala Lumpur di mana saya berjumpa Tun Haniff, semasa saya berjumpa Tun Haniff beliau berkata ia adalah operasi polis dan beliau begitu konsisten.

“Penangkapan selama 60 hari itu adalah operasi polis,” tegas beliau yang juga meminta supaya ISA dimansuhkan.

Chandra, seorang ahli akademik dan Presiden Just, pernah berada dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang Anwar merupakan ketua umumnya sekarang. -TMI

Pembelaan bekas KPN, Tun Mohd Haniff Omar ke atas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir memperlihatkan bahawa Malaysia, selama mana diperintah oleh BN di era Mahathir dan selepasnya, adalah sebuah negara Polis. Betul?

Kita menyatakan MUSTAHIL Mahathir tidak mempunya kuasa, tetapi sebenarnya SENGAJA tidak mahu melarang polis dan sengaja terus ingin mempastikan pihak pembangkang menerima tekanan dari pihak polis.

Jika tidak, ia bererti, Polis paling berkuasa, dengan bantuan ISA sehinggakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang sewaktu itu dijawat oleh Mahathir sendiri TIDAK ada kuasa menghalang polis dari terus menggunakan ISA untuk menahan dan menangkap rakyat.

Rakyat diperdodohkan. Sampai sekarang.

The old adage says, “Sometimes you get the bear and sometimes the bear gets you.” At times, you can fool the people but not all the time. If these two Tuns think they can fool Malaysians now, they better think again because we know the pattern and their tricks. Your apology is too late. We have already figured you out.

Katakan TIDAK kepada pemerintahan UMNO BN yang selama ini menggunakan POLIS untuk menekan pembangkang. -GB

Dakwa Ekonomi Naik: PM Diminta Henti Perdaya Rakyat


15 Rabiulawal 1432H [MOD]-

SHAH ALAM 17 FEB : Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya berhenti memperdayakan rakyat dengan penggunaan angka yang tidak realistik pada masa kini. Menurut Dr Dzul, walaupun pertumbuhan ekonomi negara seolah-olah meningkat, namun permasalahan sebenar berhubung ekonomi masih membelit rakyat.

"Persoalan dalam ekonomi hari ini tidak hanya berlegar sekitar persoalan angka. Persekitaran tentang pertumbuhan. Pakar-pakar ekonomi sudah lama tidak mendewa dan bertuhankan angka ini.

Ujarnya, di kala rakyat masih dihimpit dengan beban sara hidup, tidak ada apa yang boleh dibanggakan oleh Najib dengan pencapaian sekitar enam peratus yang disuarakannya hari ini.

Bernama hari ini melaporkan, Najib sebagai berkata, negara telah menjangkaui sasaran pertumbuhan enam peratus tahun lalu walaupun dalam keadaan ekonomi yang malap.

"(Namun) persoalan yang menjadi pertikaian hari ini yang saya hendak katakan pada Najib, ia bukan hanya persoalan angka pertumbuhan. Permasalahan ekonomi yang memerlukan reformasi dan penambahbaikan, jangan pandang kepada satu-satu parameter sahaja. Itu hendak membodohkan rakyat namanya," bidas Dr Dzul.

Menurut Dr Dzul lagi, Najib terlebih dahulu harus menjawab tentang persoalan 40 peratus rakyat di negara ini yang masih 'terpenjara' dengan pendapatan kurang daripada RM1,500.

Dengan keadaan taraf hidup yang semakin tinggi, adakah soal kelangsungan hidup mereka diambilkira dalam kerangka pertumbuhan ekonomi setiap tahun negara, soal Dr Dzul.

Malah hutang isi rumah juga semakin meningkat kepada 77.6 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjadikan jumlahnya RM577 bilion.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, ia merangkumi bebanan pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion).

Tidak cukup dengan itu kata Dr Dzul, lebih malang apabila negara kita berada di tangga kelima dalam senarai negara yang terlibat dalam aliran keluar wang haram sekitar RM888 bilion bermula tahun 2000-2008.

Hal itu kata Dr Dzul menyebabkan dana sebesar itu tidak dapat digunakan bagi tujuan pembangunan negara.

"Kata pada Najib, janganlah hendak memperbodohkan rakyat. Kerap menyebutkan tentang ETP (Program Transformasi Ekonomi), ini pada kami, hanyalah sebutan gimik media untuk menyuntik 'feel good factor' pada pilihanraya. Menurut Dr Dzul, masalah ekonomi negara harus dibendung dengan kadar segera jika tidak mahu generasi akan datang hanya mewarisi kemiskinan negara.

"Kita sebenarnya mengorbankan kekayaan anak-anak kita.

"Pembaziran atau (penggunaan wang) tidak kena kepada keutamaan, subsidi kepada rakyat ditarik, pakar-pakar ekonomi bertanyakan mengapa berlaku sedemikian sementara subsidi kepada IPP diteruskan," tambahnya lagi.(TVS)

NGO pelawa Mahathir sertai kempen mansuh ISA


NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempelawa Tun Dr Mahathir Mohamad secara sukarela menyertai kempen menuntut akta kontroversi ISA dimansuhkan jika bekas perdana menteri itu berkongsi hasrat yang sama.

gmi indonesian embassy memo isa detainees 180108 e nalini"Jika Dr Mahathir melihat ISA membenarkan pencabulan hak asasi dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa, dia patut segera mendesak pemansuhan akta kuku besi ISA," kata penyelaras Suaram Nalini E (kanan).

Semalam, Dr Mahathir mendakwa beliau pernah cuba untuk memansuhkan ISA ketika menjadi perdana menteri tetapi mendakwa polis berkata 'tidak boleh' kerana bahawa masih ada ancaman.

Dalam kenyataan hari ini, Nalini berkata, jika dakwaan Dr Mahathir tentang tindakan polis itu benar, beliau sendiri dan kerajaan patut memberi jawapan kerana memberikan "kuasa mutlak" kepada polis untuk menggunakan ISA dan menahan orang ramai tanpa perbicaraan.

azlan"Pasukan polis perlukan reformasi segera. Walaupun terdapat saranan daripada Suruhanjaya Pasukan Polis pada 2005 untuk mengurang dan memantau kuasa polis, sehingga ini saranan itu kekal begitu saja.

"Satu-satunya sebab polis menyalahgunakan kuasa kerana kerajaan gagal melaksanakan sistem pemantauan semak dan imbang untuk keseluruhan pasukan polis di Malaysia," kata Nalini.

Mengulas dakwaan Dr Mahathir semalam, Nalini berkata pendedahan Dr Mahathir semalam menimbulkan banyak persoalan berbangkit.

"Jika dakwaan Dr Mahathir itu benar (bahawa polis menghalangnya mansuhkan ISA), kenapa dia ghairah mempertahankan ISA selama ini? Kenapa ISA terus digunakan meluas bertahun-tahun, menjelang Operasi Lalang pada 1987, gerakan reformasi 1999 hingga 2001 dan perang menentang keganasan selepas 11 September?

"Apa yang menggerakkan Dr Mahathir mencadangkan pemansuhan ISA? Adakah polis terlalu berkuasa untuk menghalang arahan perdana menteri?" soal Nalini. -M'kini

Nak PRK Lagi ke di Tenang? ...Haduhh Sakit Kepalo Rosmoh

Belum pun habis BN meraikan kemenangan di PRK Labis.
Belum pun sampai sebulan Adun Tenang, Azhar Ibrahim berkhidmat sebagai Adun.
Belum pun hilang warna merah tanah kubur Datuk Sulaiman Taha.
Adun Tenang yang baru, Mohd Azhar Ibrahim dilaporkan telah diserang sakit jantung.
Khabarnya sudah 4 hari beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Mohd Azhar Ibrahim 39 tahun merupakan seorang bekas ADO telah meletak jawatan lebih awal dari perkhidmatannya kerana menjadi calon BN pada PRK Tenang yang lalu. Oleh kerana itu dipercayai beliau berkemungkinan tidak dapat wang pencen dari jawatannya itu. Ini kerana sebagai kakitangan perkhidmatan awam, dia perlu bekerja selama 10 tahun bagi melayakkan dia menerima pencen.

Tidak mengapalah, sebab beliau pun sudah menang sebagai Adun Tenang. Tapi syarat sebagai wakil rakyat (Ahli Parlimen/Adun), beliau perlu menjadi wakil rakyat selama 2 penggal berturut-turut bagi membolehkan dia menerima pencen. Bagi wakil rakyat yang berkhidmat hanya sepenggal, dia tidak layak menerima pencen.

Jadi sama-samalah kita berdoa supaya Mohd Azhar Ibrahim ini kembali sihat dan dapat berkhidmat kepada masyarakat Labis. Kasihan juga kepada keluarganya. Andai apa-apa berlaku kepada Tok Ai, maka tiadalah pencen terbitan untuk mereka.

Penat PRK Tenang tidak hilang lagi, rasanya tak sanggup untuk PRK kali ke-2 di Tenang dalam satu penggal!!!!

Sumber : PulakDah.....

p/s: teringat gua masa kecik2 dulu, habis jer.. mengaji Quran... Ustaz suruh nasyid dulu... lagu yang top masa awal 80an dulu... hahahahaaaa.... lagu kat atas tu ler....

"Bila Izrail datang memanggil... tubuh terbujur di pembaringan... jeng..jeng..jeng..."
"Seluruh tubuh akan menggigil... bla..bla..bla...."

Kalaulah Ro$mah Man$or anak beranak dan sekalian Pemimpin umnoapco/bn karaoke lagu ni... mau aman 1Malaysia... kah..kah...kah...

Nota: LAGU INI PERNAH DIHARAMKAN OLEH RTM PADA SUATU KETIKA DAHULU KERANA KONONYA LAGU INI MENYERAMKAN DAN MENEGAKKAN BULU ROMA PENDENGAR (TERUTAMA NYA AHLI POLITIK "HAPRAK" ). SEBENARNYA BULU KETIAK DEPA YANG TEGAK !!!

aku copy n paste dari : http://www.ikutsukaakuisa.co.cc

Ini dah melampau.. suku-sakat umno, jom demo!

K'jaan P.Pinang & MAIPP Sumbang RM2,000 Untuk Pelajar Pulau Pinang Pulang Ke Mesir

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) akan memberi sumbangan RM2,000 kepada setiap pelajar dari negeri itu untuk kembali menyambungkan pelajaran mereka di Mesir.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, terdapat 318 pelajar yang akan menerima bantuan tersebut.

“Kerajaan Negeri akan menyumbang RM1,000 seorang manakala MAIPP akan menambah RM1,000 lagi," katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng turut menyeru kerajaan persekutuan agar menghulur bantuan yang serupa kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

Mengenai pembentukan jawatan exco baru untuk mengetuai potfolio hal ehwal agama lain, Lim berkata, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk meletakkan hal ehwal agama Buddha, Kristian, Sikh, Taoist dan Hindu di bawah satu potfolion kerana menghormati Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

“Mungkin sesetengah orang yang berfikiran rasis akan cuba menjadikan ini sebagai satu isu tetapi hakikatnya tidak ada isu pun yang perlu dibangkitkan dalam hal ini,” katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Komtar, Khamis.

Potfolio baru itu akan diketuai oleh Lim sendiri dengan Timbalan Ketua Menteri II Dr P. Ramasamy akan membantunya.

Berhubung tindakan pihak berkuasa tempatan merobohkan gerai-gerai haram di Taman Pelangi, Juru, sehingga mencetuskan isu hangat baru-baru ini, Lim berkata, ia adalah isu pentadbiran pihak berkuasa tempatan dan tidak wajar dijadikan isu perkauman.

“Hanya 18 peratus daripada keseluruhan 22 gerai yang dirobohkan itu adalah milik peniaga Melayu selebihnya diusahakan oleh pendatang asing. Oleh itu dakwaan yang mengatakan kesemua gerai tersebut milik peniaga Melayu adalah tidak benar," ujarnya lagi. Bagaimanapun kata Lim, kerajaan negeri sedang mengenalpasti loksi yang sesuai untuk menempatkan semula mereka tetapi hanya untuk peniaga-peniaga tempatan sahaja.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP)Mokhtar Jait berkata, sejak tahun 2004, mereka telah menerima 66 aduan daripada orang ramai khususnya penduduk kawasan berkenaan berkaitan aktiviti perniagaan di kawasan yang dirobohkan itu.

“Ada orang sampai mengelar kawasan itu sebagai ‘Hadyai Kecil’. MPSP bertindak berdasarkan aduan orang awam termasuklah parti-parti politik yang mendesak kami bertindak segera dan tegas ke atas pendatang asing yang menjalankan perniagaan di situ," katanya.

Remaja Nampak Pak Cik Ditendang, Kenyataan Ketua Polis K'tan Meragukan

Kota Bharu– Seorang remaja yang cedera selepas terkena dua das tembakan yang dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor di pekarangan Hospital Tumpat kelmarin mendakwa dia melihat bapa saudaranya ditendang oleh penguat kuasa berkenaan.

Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, mendakwa ketika kejadian, dia sedang mengekori kereta Perodua Kancil yang dipandu bapa saudaranya, Said Mat Hassan, 56, dengan menaiki motosikal sebelum dihalang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki empat anggota UPP berpakaian preman.

“Sebaik berhenti, saya nampak anggota UPP tersebut buka pintu kereta dan terus menendang pak cik sebelum menariknya keluar.

“Saya cuba membantu tetapi salah seorang anggota UPP itu mengarahkan saya supaya pergi. Sebaik sampai di rumah, saya memberitahu ahli keluarga yang lain dan pada masa itulah kami menerima panggilan mengatakan pak cik saya telah meninggal dunia,” ceritanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam. -metro


Said Mati Kerana Serangan Jantung, Bukan Dikasari Anggota UPP

KOTA BAHARU, 17 Feb (Bernama) -- Polis Kelantan Khamis mengesahkan Said Mat Hassan mati akibat serangan jantung dan bukan kerana dikasari anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP).

Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata hasil bedah siasat Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) petang Rabu mengesahkan bahawa tidak ada unsur jenayah pada mayat Said, 56, dan mangsa didapati meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berada dalam keretanya.

"Tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini. Mangsa disahkan meninggal dunia kerana mendapat serangan jantung," katanya kepada pemberita di sini.

Semalam, Said ditemui dalam keadaan lemah, berwajah pucat dan mulutnya berbuih dalam sebuah kereta di tepi jalan di Kampung Wakaf Tin oleh empat anggota UPP yang kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Tumpat.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu.

Salah faham yang tercetus kemudian menyebabkan beberapa individu termasuk anak saudara Said, Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, datang ke hopsital itu dan menyerang anggota UPP berkenaan.

Ekoran serangan itu, Ahmad Nizamuddin terkena tembakan amaran seorang anggota UPP yang cuba mempertahankan diri.

Abdul Rahim berkata pihaknya masih menyiasat kes itu mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 37 Akta Senjata Api serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan, selain mendapatkan keterangan individu tertentu berhubung serangan terhadap anggota UPP itu, namun, belum ada tangkapan dilakukan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah HRPZ II Dr Wan Hazimah Wan Mohamad berkata pihaknya mendapati Ahmad Nizamuddin hanya terkena serpihan tembakan di bahagian dada kanan, dan dia kini berada dalam keadaaan stabil, malah mampu berjalan serta makan dengan baik.

"Hasil pemeriksaan juga mendapati keadaan anggota badan beliau baik, termasuk di bahagian paru-paru yang tiada sebarang kesan kecederaan," katanya. -- BERNAMA

Rakyat sudah muak dengan kes-kes di mana pihak PDRM mempertahan "jenayah" yang dilakukan oleh pihak mereka dan beberapa pihak penguatkuasaan undang-undang seperti SPRM, PBT dan UPP. Kes-kes berprofil tinggi seperti kes Aminul-rasyid, kes kematian Teoh Beng Hock, kes Kugan, kes polis memukul dan merompak seorang peniaga, kes polis menampar dan merompak wanita hamil dan lain-lain menjelaskan keadaan tersebut.

Di dalam kes di atas, KP K'tan terlalu cepat membuat kenyataan SEBELUM melakukan SIASATAN RAPI mengenainya.

Sudah sampai masanya integriti PDRM dan lain-lain agensi penguatkuasaan ini dipertingkatkan dengan melakukan "pembersihan total" terhadap pegawai-pegawai mereka yang bertindak tidak profesyenal disamping cuba berdusta dan melakukan cover-up terhadap apa kes sekalipun.

Rakyat perlukan hanya mereka yang berwibawa, bukan yang hanya pandai menggunakan pistol dan kemudian bertindak liar meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka dengan menjadi rakyat sebagai mangsa. Diperburukkan dengan adanya pihak lain menjadi "pembela" perlakuan jenayah mereka.

Mereka yang tidak profesyenal ini walaupun tidak ramai, namun cukup untuk mencacatkan kredibiliti polis.

Rakyat satu hari tetap akan bangun menuntut kebenaran dan keadilan itu ditegakkan tanpa mengira siapa juga yang cuba menyekatnya.

p/s Keselamatan remaja di atas perlu diberikan perhatian kerana seperti insiden-insiden sebelum ini, terdapat kes saksi-saksi penting ini diintimidasi. -GB

' Pas Ganti Umno ' yang terbaik untuk Malaysia - Dr Balachandran

15 Rabiulawal 1432H [MOD]-

KUALA TERENGGANU - Hanya tinggal kira-kira dua puluh peratus bukan Islam yang masih tidak menyokong PAS dan Pakatan Rakyat, selebihnya sudah mula mempelajari Islam yang dibawa PAS.

Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Kuala Terengganu berkata, Umno kini sudah menjadi 'ekstremis' berbanding dengan PAS yang dilihat sebagai 'moderate' dikalangan orang bukan Islam.

"Kita nampak Umno tidak ikut apa yang ada dalam Islam, kezaliman tidak ada dalam Islam, rasuah tidak ada dalam Islam,'penyangak' tidak ada dalam Islam,

"Umno sudah jadi sebaliknya, Umno sudah menjadi 'ekstremis' dan PAS sudah menjadi moderat, 20% (bukan Islam) masih terkonkong pemikirannya bersama Umno-BN, 80% sedang mempelajarai (Islam) tetapi dia tak nak BN,

"Bagi kita (bukan Islam) kita nak Islam, satu cara untuk Islam didirikan hanya cara PAS kerana itu PAS mesti ganti Umno, "jelasnya ketika bercakap kepada media, Rabu 16 Februari.

Beliau berkata, Umno-BN yang telah memerintah negara Malaysia tidak dapat memberikan keadilan, namun sebelum ini, bukan Islam dan bukan Melayu tidak ada 'platform' (saluran) untuk menyuarakan hasrat mereka.

"Sekarang sudah ada Pakatan Rakyat dan PAS di Terengganu, sudah tiba masnya kita betul-betul (berubah), kita bukan mahu mendengar apa orang kata,

"kita rujuk kepada Islam dan apa yang kita tahu, apa yang Umno lakukan memperlekehkan Islam,"ujarnya.

Menurutnya Umno akan menggunakan pelbagai taktik kotor, umpamanya memutarbelitkan dan mengelirukan masyarakat bukan Islam dengan hukum Hudud. Bagi Dr. Bala, hukum Hudud adalah pilihan kepada orang Islam itu sendiri.

"hukum Hudud, bagi kita, pilihan kita, kalau kita jahat, kita kenalah (hukuman), dan orang yang takutkan hukum hudud ialah orang Umno,

"dia orang memang takutkan hukum hudud sebab dia otrang yang 'penyangak' dia orang yang rasuah,"katanya. BO

Kompaun lalu lintas bakal tumbangkan BN


KUALA LUMPUR, 18 Feb: Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat kadar kompaun yang bakal dikuatkuasakan akan menjadi salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.

Pengerusi PRM Wilayah Persekutuan, Zulkarnain Abdullah berkata, BN akan tumbang jika kompaun itu tidak dikaji semula demi rakyat yang kini menghadapi masalah ekonomi yang sangat teruk.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku kononnya beliau prihatin terhadap rakyat, tetapi menaikkan kadar kompaun di waktu ekonomi negara sangat teruk.

PRM, katanya berpendapat bahawa kerajaan Barisan Nasional perlu lebih mengutamakan langkah-langkah keselamatan untuk menurunkan kadar jenayah yang kini sangat membimbangkan di negara ini berbanding dengan kompaun lalu lintas yang hendak diselaraskan pada 1 Mac 2011 nanti.

“Tidakkah ini bertentangan dengan apa yang digembar-gemburkan?” tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily. -Hrkh

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .