Ikuti Blog ini
Pemuda PAS edar risalah dan juadah berbuka puasa di Stesen Bas Puduraya ,Jumaat, September 26, 2008 at 26.9.08,
Program MB padat sepanjang Ramadhan , at 26.9.08,
Oleh : Misbahul Munir | |
Thursday, 25 September 2008 | |
Program YAB MB Perak padat sepanjang Ramadhan ini. Saya selaku Setiausaha Politik YAB MB Perak memohon maaf kepada semua warga masjid, surau, NGO, rumah anak-anak Yatim, agensi-agensi kerajaan, PAS Kawasan-kawasan, dan orang ramai di seluruh Perak yang mungkin kecewa kerana YAB MB tidak memenuhi jemputan-jemputan berbuka puasa, solat tarawikh dan tazkirah di tempat-tempat mereka. Jemputan untuk YAB MB Perak cukup banyak, sehingga tidak mampu untuk dipenuhi semuanya. Walau bagaimanapun untuk juga tidak mengecewakan, program Qiyamullail, Sahur dan Kuliah Subuh bersama rakyat diatur bagi membolehkan rakyat dapat bersama MB Perak pada waktu-waktu tersebut. Ternyata program Kuliah Subuh MB mendapat sambutan luar biasa oleh masyarakat. Ternyata MB Perak cukup disayangi dan disenangi oleh rakyat walaupun sebilangan yang lain menggambarkan kononnya MB Perak boneka DAP dan berbagai tohmahan lagi. Telahan tersebut ternyata meleset. Jadual yang diatur sepanjang Ramadhan ini meliputi berbuka puasa bersama Duli-Duli Tuanku selama 15 malam di Istana Iskandariah dengan tetamu-tetamu jemputan dari kalangan tentera, PDRM, agensi-agensi kerajaan, guru-guru, IPTA, NGO's, dann juga beberapa buah masjid terpilih di negeri Perak. Selain itu, YAB MB Perak juga menganjurkan beberapa kali majlis berbuka puasa di kediaman rasminya, memenuhi jemputan-jemputan pihak lain, menyampaikan tazkirah selepas tarawikh dan kuliah Subuh serta kuliah Zohor. Namun kepadatan jadual programnya sepanjang Ramadhan masih boleh diambil kesempatan untuk YAB MB Perak menziarahi ibunya di Kg Air Hitam Labu, pada waktu malam selepas selesai program solat Tarawikh dan Tazkirah di Masjid Seberang Perak sewaktu pulang ke kediaman. Orang tua tetap tidak dilupakan walau sibuk sekalipun. Inilah contoh pemimpin tauladan dan ikutan umat. |
Kerajaan Pakatan majoriti Islam - Anwar , at 26.9.08,
"Pakatan rakyat termasuk DAP menerima kenyataan ini. Tidak jadi masalah sama sekali," kata Anwar dalam satu sidang media di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.
PAS juga, katanya meletakkan syarat supaya kerajaan baru itu dikuasai Islam.
“Pertama, PAS meletakkan syarat kerajaan itu dikuasai oleh Islam. Jika Islam tidak majoriti, perubahan itu tidak akan disertai oleh PAS. PAS akan tarik diri terang-terang jika tidak majoriti Islam.
“Kedua, kerajaan itu mesti sebuah kerajaan yang kukuh dan bukan kerajaan yang lemah. Dan kerajaan kukuh mestilah oleh wakil-wakil rakyat yang konsisten (istiqamah) dan bukan yang penakut. Terang-terang kita sebut, jika wakil rakyat itu penakut, bagaimana hendak buat perubahan. Perubahan itu sementara sahaja,” ujarnya.
Difahamkan, semasa pertemuan tiga penjuru antara Anwar, Abdul Hadi dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu, syarat majoriti Islam itu juga diberikan kepada Anwar oleh Abdul Hadi.
Dalam pertemuan itu, Anwar dikatakan telah memberikan penerangan tentang kaedah pembentukan kerajaan baru yang akan dibuat oleh beliau dan rakan-rakan Pakatan di Kuala Lumpur.
Berbilion-bilion dikaut, 10 sen dipulangkan , at 26.9.08,
KUALA LUMPUR, 25 Sept - Meskipun ramai yang beranggapan tindakan kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak RM0.10 selepas mesyuarat kabinet pada 24 September lalu merupakan bukti keprihatinan kerajaan ianya masih tidak meringankan beban rakyat.
Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata dengan kadar harga minyak dunia sekarang, kerajaan sebenarnya mampu menurunkan harga minyak pada kadar yang asal.
"Adakah itu(RM0.10) sahaja yang layak bagi rakyat sebagai angpow raya?" katanya kepada Harakahdaily.
"Sedangkan kita layak untuk mendapat kadar harga asal,"
Beliau yang juga ahli parlimen Kuala Krai melahirkan kekecewaan dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Menteri Kewangan yang baru dilantik, Dato' Seri Najib Razak.
"Menteri baru pun tidak yakin untuk memberikan sesuatu yang lebih kepada rakyat.
"Sudahlah rakyat kini terbeban dengan kadar inflasi tertinggi sebanyak 8.5 sepanjang 26 tahun ini," ujarnya.
Jelasnya, apa yang sedang berlaku sekaligus menggambarkan kegagalan kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara.
Bahkan menurutnya, dalam kiraan tertentu mengenai hal ini menunjukkan bahawa rakyat pula yang perlu menanggung subsidi minyak bagi pihak kerajaan.
"Apa pun saya tetap mencadangkan agar kerajaan mengembalikan harga asal minyak,"
Penurunan minyak semalam adalah merupakan kali kedua selepas kali pertama dengan kadar RM0.15 menjadikan jumlah setakat ini adalah RM.25 dengan kadar harga semasa minyak dunia pada tahap USD92 setong.
Sesetengah pihak mengandaikan contoh formula yang kerajaan gunakan untuk menaikan harga minyak semasa harga minyak dunia melambung ke USD 146 setong.
Persoalan yang dibangkitkan sekarang adalah, apakah alasan yang diberikan kerajaan untuk tidak menggunakan formula yang sama apabila minyak kini berharga kurang USD 92.7 setong.
Mengikut formula kerajaan ketika menaikkan harga minyak :
Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01
Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 2.01 - RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.45 sen
Menantu memulakan langkah, Pak Lah disuruh jangan letak jawatan ,Khamis, September 25, 2008 at 25.9.08,
Minggu lalu kita dapat saksikan bagaimana bapa mertua Khairy tersepit akibat didesak oleh beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk meletakkan jawatan.
Diantara yang lentang mendesak Perdana Menteri untuk berundur ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Rafidah Aziz, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, Dato’ Seri Safie Afdal dan Tan Sri Muhammad Taib.
Muhyiddin Yassin telah memulakan langkah dari awal lagi bermula ketika beliau berada di Singapura. Dalam mesyuarat tersebut, Muhyiddin mengulangi pendiriannya.
Sementara Rafidah memberitahu Abdullah supaya berundur sebelum mesyuarat bahagian bermula kerana menurut survey yang dilakukan oleh Pergerakkan Wanita UMNO, Abdullah berkemungkinan besar tidak akan mendapat cukup pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden parti.
Begitulah budi pekerti orang Melayu, walaupun benci, masih lagi baik hati untuk menasihatkan Abdullah supaya berundur secara terhormat.
Abdullah pada mulanya seperti akur dengan kehendak parti. Akan tetapi setelah pulang ke Seri Perdana, Kamaluddin dan Khairy memberitahu Abdullah bahawa sokongan boleh didapatkan untuk memastikan Abdullah terus berkuasa.
Abdullah juga di yakinkan oleh anak dan menantunya untuk meneruskan reformasi yang ingin dilakukan. Dengan ini, setelah Abdullah bersara nanti, dapatlah beliau menjadi Bapa Reformasi Malaysia.
Semenjak menantu PM mengumumkan bahawa beliau akan bertanding untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO, saya sudah tidak percaya Abdullah akan meletakkan jawatan. Ini adalah kerana, menantu PM tidak akan dapat naik dalam UMNO tanpa bantuan bapa mertuanya.
Dan apabila menantu PM sah bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda, anak lelaki kesayangan Perdana Menteri pula bersedia melaburkan wang berjuta-juta RM untuk memastikan kemenangannya.
Tidak susah untuk memastikan kemenangan Ahli Parlimen Rembau tersebut. Kamaluddin Abdullah bersama regunya Patrick Lim hanya perlu membeli kesemua Perwakilan UMNO Bahagian. Dengan kekayaan negara yang telah dirompak semenjak tahun 2004, 3 atau 4 Billion RM bukanlah banyak bagi mereka untuk memastikan Pak Lah kekal sebagai Presiden dan Khairy Jamaluddin menjadi Ketua Pemuda UMNO.
Pelan peralihan kuasa pada 2010 adalah penipuan semata-mata. Dato’ Seri Najib digula-gulakan dengan harapan untuk menggantikan Pak Lah pada pertengahan Jun 2010. Pemberian jawatan Menteri Kewangan kepada Timbalan Perdana Menteri itu adalah untuk memujuk penyokong-penyokong Najib agar tidak melawan Pak Lah dalam Pemilihan Agung UMNO Disember ini.
Sedangkan kita semua telah tahu apa perancangan Pak Lah. Menjelang tahun 2010 nanti, Najib akan dipecat dan Khairy akan dilantik oleh Pak Lah sebagai Timbalan Presiden UMNO. Ini adalah untuk menjayakan cita-cita menantu PM untuk menjadi Perdana Menteri pada umur 40 sekaligus memperkukuhkan Dinasti Abdullah Badawi di Malaysia.
Jadi, penyokong-penyokong Najib Tun Razak jangan mudah selesa. Jika masih lagi tunduk kepada Abdullah, UMNO akan mengangkat Ku Li dan Muhyiddin sebagai peneraju negara sekaligus memusnahkan harapan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih negara.
Anak Jati Rembau
Duit raya RM0.10 ... tak main la , at 25.9.08,
Aku ingat lagi kisah hari raya tahun 70an dulu. Satu hari kitorang peredah rumah orang-orang kampung nak dapat duit raya. Jenuh la naik turun, naik turun, rumah orang. Sepanjang jalan asyik kira duit dalam poket. Baju basah, kaki lengoh, peluh mercik, perut kembung, dalam poket .... cuma bunyi duit besi.
Satu hari suntuk kitorang beraya pun ... dalam poket cuma dapat kumpul RM5.00 je.
Zaman sekarang, kutipan satu hari raya dah boleh cecah RM50.00. Habis musim raya ... jumlah kutipan boleh cukup untuk bayar bil letrik dan air. Bila tengah bulan, bapak pun jeling tabung anak. Lepa sikit ... lenyap.
Nak bezakan zaman dulu dan sekarang. Paling koman zaman sekarang duit raya dari satu rumah RM1.00. Kalau ada lah lagi tuan rumah bagi RM0.20, kira koman la. Baik tak yah bagi sebelum kena kutuk dek budak budak. Mulut budak sekarang celupat sikit. Silap silap .... sakit telinga.
Tapi .... PM Kita memang SAH produk zaman dulu. Ketinggalan zaman. Tu sebab dia bagi duit raya pada rakyat RM0.10/liter. Hey ... .dia ingat besar sangat ke RM0.10 tu? Baran jugak kita di buatnya. Kita labur 68 sen, kita dapat cuma 25sen. Bila susah, rakyat tolong. Bila senang ... wey sorry, kita nak joli.
Cuma orang bodoh je yang bersorak gembira bila minyak turun 10sen.
Bukan nak sombong .... tapi terasa kena tipu tak habis habis.
Tepat seperti yang diramalkan banyak pihak harga petrol dan disel dikurangkan 10 sen lagi.Ia berkuatkuasa mulai tengahmalam ini.Berita gembira menjelang Hari Raya ini diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad di Putrajaya.- 24/9/2008
Berita gembira? Hanya untuk puak penyokong UMNO yang dah di bodohkan sejak dulu.
CATATAN HUJUNG RAMADHAN.......Ust.Nik Abduh , at 25.9.08,
Salam Ramadhan,
1) Mujurlah ( AlhamduliLlah ) Allah menjadikan kemuncak Ramadhan di hujungnya. Jikalah pencarian Lailatul Qadr itu di sepuluh hari yang pertama, tiadalah lagi suara - suara syahdu munajat sang hamba di malam - malam akhir ini.
“Tuhanku, jadikanlah sebaik - baik umurku adalah dihujungnya. Dan jadikanlah sebaik - baik amalku adalah dipenamatnya. Dan jadikanlah sebaik - baik hariku adalah hariku bertemuMu.” - doa al Rasul.
2) Betapalah hebatnya ( SubhanaLlah ) Tuhan yang mengurniakan Lailatul Qadr untuk umat Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. Sungguh Allah Tuhan yang maha pemurah, menyayangi dan mengasihi. Sejahteralah sang hamba yang berlumba - lumba merebuti Lailtul Qadr. Berbahagialah dia dengan doa dan istighfar para malaikat yang merayakan kadatangan malam segala malam ini.
“Maka barang siapa yang diharamkan daripada mendapat Lailatul Qadr, sesungguhnya dia telah diharamkan daripada mendapat kebaikan seluruhnya.” - hadis al Rasul.
“Dan hendaklah kamu bertakbir ( di malam dan pagi Syawwal ) mengagungkan Allah di atas hidayatNya kepada kamu dan agar kamu menjadi hambaNya yang bersyukur.” - al Quran.
4) Ramadhan seluruhnya adalah perihal al Quran. Tiadalah erti Ramadhan buat mereka yang hidup tanpa petunjuk al Quran walaupun dia berpuasa sepenuhnya. Telah hilanglah hikmat Ramadhan daripada dirinya.
“Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al Quran, menjadi petunjuk buat manusia dan dipenuhi keterangan daripada petunjuk dan pemisah. Maka barangsiapa yang menyaksikan ( anak bulan ) Ramadhan, maka hendaklah dia berpuasa.” - al Quran
5) Selamat memburu Lailatul Qadr. Semoga kita dikasihi al Quran.
PM letak jawatan , at 25.9.08,
Bila pula Abdullah Badawi nak letak jawatannya? Tidakkah Abdullah berasa malu bila PM Israel yang letak jawatan tu berkata dalam ucapan yang disiarkan secara langsung,bahawa apa yang dilakukannya adalah "sesuatu yang patut dilakukan menurut pentadbiran yang baik."
Dengan lain perkataan, apa yang Abdullah sedang lakukan sekarang ini adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana menurut pentadbiran yang tidak baik.
Biarkanlah Abdullah tidur.Dia hanya akan terjaga apabila terjatuh dari katilnya tak lama lagi!
"Duit raya sekupang", inflasi naik 8.5 peratus , at 25.9.08,
Dianggap sebagai "hadiah" kerajaan Abdullah kepada rakyat oleh Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar, Malaysiakini melaporkan angka rasmi yang dikeluarkan hari ini, kadar inflasi telah melonjak ke paras 8.5 peratus pada bulan Ogos - yang tertinggi dalam tempoh 27 tahun - ekoran peningkatan harga makanan dan bahan api.
"Tidak ada jaminan inflasi akan berkurangan walaupun harga minyak diturunkan 10 sen lagi kerana harga barangan tetap tinggi.
"Sebagai contoh mudah, adakah hari ini harga minyak turun 10 sen, esok lusa adakah harga makanan di pasar-pasar Ramadhan akan turun?
"Apa pun, terima kasihlah kerajaan Pak Lah bagi duit raya sekupang kepada rakyat," kata Mahfuz dengan sinis.
Ahli ekonomi dari Kenanga Investment Bank, Wan Suhaimi Saidi, menyifatkan kadar inflasi 8.5 peratus itu lebih tinggi daripada yang dijangkakan, tetapi Bank Negara tidak akan menaikkan kadar faedah untuk memastikan pertumbuhan.
"Ianya tinggi sedikit daripada jangkaan saya. Saya jangka 8.4 peratus. Saya tidak fikir kerajaan akan menaikkan kadar faedah penting. Ia akan dikekalkan pada kadar 3.50 peratus sehingga akhir tahun untuk menyokong pertumbuhan," katanya kepada AFP.
Jabatan Perangkaan telah menyemak semula dengan menurunkan angka inflasi bagi bulan Julai kepada 8.3 peratus. Ia sebelum ini meletakkan kadarnya pada 8.5 peratus.
Menurutnya, kos makanan dan minuman bukan alkohol meningkat 11.7 peratus dalam bulan Ogos, berbanding dengan setahun yang lalu. Kadar inflasi yang tinggi sudahpun menjejaskan pengguna dan mendorong ramai rakyat Malaysia mengurangkan perbelanjaan mereka bagi makanan.
"Peningkatan (kadar inflasi bagi bulan Ogos) ditunjukkan dalam kumpulan-kumpulan terpilih utama, iaitu makanan dan minuman bukan alkohol," katanya dalam satu kenyataan.
Data bulan Ogos menunjukkan peningkatan harga bagi kebanyakan kategori, termasuk pengangkutan yang melonjak 21.8 peratus, dan restoran dan hotel yang meningkat 6.5 peratus.
Kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 41 peratus dalam bulan Jun, sebagai langkah untuk mengurangkan peningkatan kos subsidi, tetapi telah membayangkan bahawa kadar harga boleh diturunkan tidak lama lagi.
Inflasi kekal tinggi
Selepas mengumumkan Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan Ogos, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, beliau tidak menjangka CPI bagi bulan September akan lebih rendah.
"Walaupun, kesan sepenuhnya pengurangan harga petrol dalam bulan Ogos dan sekarang belum diambilkira sepenuhnya, CPI bagi bulan September mungkin tidak lebih rendah.
"Harga petrol yang rendah dijangka dijangka akan diimbangi oleh peningkatan perbelanjaan semasa cuti hari raya dan 30 surcaj bagi pengangkutan awam," kata Shahrir.
Bagaimanapun, beliau tidak menjangka CPI telahpun sampai ke paras puncaknya.
Shahrir berkata, kadar inflasi nampak telah stabil ekoran peningkatan bulan ke bulan hanya 0.2 peratus.
Bagaimanapun, kadar purata inflasi bagi tahun ini dijangka di sekitar 4.8 peratus.Tahyul - Hanya Umno Boleh Memerintah ,Rabu, September 24, 2008 at 24.9.08,
Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS mahu menghapuskan kepercayaan 'tahyul' yang bersarang di dalam pemikiran rakyat kononya hanya Umno sahaja yang boleh memerintah (negara).
Katanya, kepercayaan itu adalah kepercayaan salah yang harus dibuang daripada pemikiran dan ia telah ditanam lama oleh Umno-BN sehingga menjadi pengangan sebahagian rakyat terutama penyokong BN.
"PAS ingin menghapuskan kepercayaan karut itu," ketika berucap sempena memperingati Badar Qubra anjuran PAS kawasan Kuala Krau, dekat sini.
Beliau berkata, kepercayaan karut itu hanya akan terungkai apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Justeru itu tarikh penubuhan kerajaan tidak menjadi persoalan, yang penting PAS berusaha ke arah itu.
Katanya perkembangan semasa kini memperlihatkan bagaimana Umno-BN memperketatkan kawalan kepada ahli parlimennya kerana bimbang mereka akan berhijrah kepada Pakatan Rakyat.
"Wakil-wakil rakyat BN kini diperhati dan dilarang sama sekali menemui mana-mana pemimpin Pakatan rakyat sekalipun untuk majlis kebajikan, begitulah takutnya pemimpin BN kepada Pakatan rakyat," katanya.
Malah, katanya seorang pemimpin BN meminta supaya pemimpin PAS jangan menghadiri majlis meraikan anak-anak yatim di sebuah Hotel di Kuantan baru-baru atas alasan sama iaitu bimbang dilabel untuk berhijrah.
Selain itu mereka juga mengarahkan ahli parlimen membuat aku janji sama seperti kakitangan kerajaan.
RAMADHAN: BULAN MENENTANG KEZALIMAN ISA , at 24.9.08,
Hari raya tanpa 'Abi', terpisah kerana kezaliman ISA
Semalam (23 September), penulis bersama rakan wartawan, Azamin Amin dan, Penyunting, M.Khaleel melangkah kaki ke Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan, satu-satunya kampung dimana orang Melayu dahulu berkubu daripada ancaman komunis.
Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Simpang Durian mengambil masa kira-kira empat jam jika kelajuan pemanduan sekitar 80 km sejam.
Maklumlah perjalanan dalam musim perayaan ini memaksa penulis memperlahankan kenderaan, kurangkan memotong dan cukup berhati-hati ketika mahu mencelah.
Semalam juga Ops Sikap dilancarkan di seluruh negara yang mana polis dan JPJ ditugaskan mengawal seluruh trafik.
Misi kami ke Kampung Simpang Pertang untuk menyampaikan bantuan hari raya kepada seorang isteri tahanan ISA, Hidayu Kamaruzzaman yang mana suaminya, Mohammad Amir Mat Hanafiah ditahan pada 5 April 2007.
Hidayu kini tinggal dengan bapanya, Kamaruzzaman Mat Kilau yang hanya bekerja sebagai Penoreh Getah, sementara Hidayu terpaksa bekerja sebagai Guru Kafa dengan gaji hanya RM500 sebulan.
Setibanya kami di rumah Hidayu, tiga anaknya, Fathur Rahman Al-Ghazi; Uwais Al-Qarani dan Ubaidah Al-Harith menyambut kami dengan mesra malah seakan telah mengenali kami seperti bapa saudara mereka.
Bapa Hidayu (Kamaruzzaman) membuka pintu pagar rumah yang telah usang dengan memandang tepat ke arah muka kami sambil menghulurkan salam.
Menitis airmata penulis apabila melihat, anak sulong Hidayu, (Fatur Rahman) meluru ke arah penulis memeluk erat penulis bagaikan memeluk bapa sendiri.
Terpancar di wajah Fatur Rahman kerinduan yang amat sangat malah adik-adiknya turut mendakap penulis, seakan tidak mahu kami segera beredar.
Dalam pertemuan selama kira-kira setengah jam itu, sempat kami berkongsi pengalaman Hidayu, seorang isteri yang masih muda yang terpaksa menempuhi ranjau hidup sendirian tanpa suami di sisi.
Walaupun Hidayu rancak berbual dengan kami mengenai pengalamannya, namun dari sayu matanya, terpancar perasaan yang amat mendalam, kesengsaraan hidup dengan suami terpisah di tembok besi kejam binaan kerajaan.
Sebaris kata HIdayu yang tidak dapat penulis lupakan "Abang kata, tak mengapa sabarlah dengan dugaan, insyaAllah Allah akan membalasnya di akhirat".
Renungan sayu wajah Hidayu dan anak-anaknya sememangnya memberikan satu lagi pengalaman yang cukup sedih kepada penulis yang hanya mampu menukil kisah beliau hanya dalam tulisan.
Apakah perasaan sebenar Hidayu tatkala berhadapan dengan sengsara ciptaan ISA ini, hanya Hidayu dan anak-anak serta ayahnya yang telah tuan sahaja yang mengetahui.
Sedetik tidak pernah Hidayu menyesali dugaan itu, tetapi di hatinya jelas terbayang betapa beliau tidak redha suaminya diperlakukan sedemikian tanpa perbicaraan di mahkamah untuk membuktikan kesalahan.
Sesungguhnya tuduhan terbabit dengan kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) menjadi alasan kerajaan untuk menahannya, namun sehingga kini Hidayu pelik mengapa tuduhan sahaja yang dilemparkan sedangkan proses pembuktian tidak pernah berlaku.
Hidayu pasrah dengan dugaan itu, namun hatinya sesekali tercuit dengan suara anak-anak yang meminta bertemu dengan Abi (Ayah) yang masih terpenjara di Kem Tahanan Kamunting.
Biarpun rakan-rakan sebaya dengan anak-anaknya kini cukup gembira menyambut Aidilfitri, namun ujar Hidayu, anak-anaknya lebih merindui Abi yang entah bila akan dibebaskan.
Hiba perasaan penulis tatkala Hidayu menyatakan anak sulongnya sukar untuk menjawab pertanyaan rakan-rakan di Tadika apabila rakan bertanyakan di mana ayah mereka.
Entah bilakah Fatur Rahman, Uwais dan Ubaidah akan dapat mendakap tubuh bapa mereka, hanya Allah yang tahu.
Sebelum pulang, penulis telah menyampaikan bantuan berupa wang Rm1000 untuk persiapan hari raya kepada Hidayu.
Wang ini diberi kepada isteri-isteri tahanan ISA hasil kutipan tabung Harakahdaily yang diusahakan selama ini.
Namun terdetik di hati penulis, apalah sangat bantuan Rm1000 berbanding berat resah dan hiba kerinduan Hidayu dan anak-anak terhadap Mohammad Amir yang hanya akan beraya di tirai besi.
Kisah ini hanya secebis kisah malang isteri-isteri tahanan ISA yang merana selepas suami mereka ditahan tanpa bicara, namun kisah ini tidak pernah menjadi pedoman kepada pemerintah untuk menghapuskan undang-undang rimba iniKrisis Identiti dan Kualiti Ummat Islam , at 24.9.08,
Ipoh : Ummat Islam hari ini sedang dalam dilema berhadapan dengan krisis identiti dan kualiti beragama bilamana pegangan terhadap tiga elemen penting dalam agama iaitu Taqwa, Al-Quran dan Jihad semakin luntur dalam penghayatan mereka.
Demikian dinyatakan oleh Ust Nasaruddin At-Tantawi sewaktu menyampaikan tazkirah Ramadhannya di Dataran MBI selepas solat Terawih malam tadi.
"Tiga elemen tersebut amatlah penting dan ketiga-tiganya terangkum dalam tarbiyyah Ramadhan yang sedang kita lalui ini,” katanya.
Beliau seterusnya merujuk kepada ayat 183 surah al-Baqarah dan menjelaskan bahawa Allah memerintahkan kita berpuasa dengan tujuan supaya kita menjadi ummat yang bertaqwa – la- ’allakum tatakun.
"Juga dalam ayat seterusnya – Syahru Ramadhanalladzi unzila fihil-Quran....menerangkan tentang diturunkan al-Quran dibulan Ramadhan sebagai petunjuk kepada ummat manusia ’wa-bayyinati minal huda –serta keterangan-keterangan yang jelas yang menunjukkan bagi membezakan antara ’cahaya’ dan ’kegelapan’ antara ’benar’ dan ’bathil’ , antara ’sesat’ dan ’petunjuk’ antara 'iman’ dan 'kufur’, ” kata Nasaruddin.
"Di bulan Ramadhan juga berlakunya peperangan Badar al-Kubra , peperangan yang memisahkan antara Islam dan Kafir Quraisy ; mengingatkan kita bahawa Ramadhan juga adalah Bulan Jihad dijalan Allah,” terangnya lagi.
"Ummat Islam hari ini semakin leka dan lalai akibat diserang budaya hiburan yang mengasyikan.Mereka tidak membaca al-Quran , sebaliknya membaca majalah-majalah hiburan. Mereka menatap siaran hiburan di TV yang penuh dengan program hiburan yang melalaikan ,” katanya.
"Negara kita paling hebat dengan acara hiburan sehinggakan artis yang terkenal sebagai simbol sex turut mengadakan konsert di Malaysia walaupun pihak kita telah memprotes hingga kepintu stadium!” kata Nasaruddin.
Beliau juga merujuk kepada rancangan tv 'Tom-Tombak’ dimana , sejak awal-awal lagi kanak-kanak sudah di asuh dengan hiburan yang melekakan.
Beliau berkata , serangan pemikiran sebegini adalah untuk melemahkan semangat jihad ummat Islam sehinggakan sensitiviti terhadap agama semakin malap.
"Apabila sesuatu kaum meninggalkan jihad maka ummat itu akan menjadi hina,” kata Nasaruddin.
"Ummat Islam juga keliru tentang Islam itu sendiri melainkan mereka yang benar-benar belajar agama. Mereka semakin keliru dengan timbulnya istilah Islam Hadhari,” katanya lagi.
Nasaruddin menceritakan tentang terdapatnya seorang doktor palsu yang telah sekian lama membuka klinik dan telah ramai masyarakat mendapatkan perkhidmatan nasihat dan perubatan dari doktor tersebut. Tiada seorang pun mengesyaki bahawa doktor tersebut seorang doktor palsu kerana nasihat dan ubat yang diberikannya kebetulannya ’menjadi’.
Diceritakan, kata Nasaruddin, maka adalah seorang datang mengadu kepada doktor itu tentang kehilangan lembu ; lalu diberikannya ubat untuk dimakan.
Selepas makan ubat yang diberikan, orang tersebut tiba-tiba mengalami sakit perut, lalu dia pun pergi memenuhi hajatnya di sebuah semak. sekonyong-konyong, dia terjumpa lembunya yang hilang ada di situ!
Maka semakin ramailah manusia percaya tentang kehebatan doktor tersebut. Mereka tidak ada perasaan curiga dan syak wasangka terhadapnya.
Datang pula seorang yang kehilangan isteri berjumpa doktor tersebut dan mengadukan halnya. Doktor itu memberikannya 12 biji pil untuk ditelan sekaligus.
"Insya’Allah, lepas telan kesemua pill ini , anda akan ketemu dengan isteri anda yang hilang itu,” kata doktor tersebut.
Tanpa berfikir panjang, orang itu pun menelan pil-pil tersebut lalu tiba-tiba dia jatuh 'nazak’ .
Maka berkerumunlah jiran sekampung jauh dan dekat sanak saudaranya termasuklah isterinya yang hilang itu.”
Walaupun dalam keadaan yang nazak, orang tersebut masih sempat berkata kepada orang-orang di sekelilingnya, "Betul, dan sangat mujarab nasihat dan ubat pemberian doktor itu!”.
Dan orang ramai semakin percaya.Walaupun doktor tersebut telah diberkas oleh pihak Kementerian Kesihatan kerana tidak mempunyai 'sijil’ kedoktoran yang sah , orang ramai masih percayakan kepada doktor palsu tersebut.
"Inilah yang berlaku terhadap ajaran dari langit Ayah Pin dan juga Islam Hadhari,” kata Nasaruddin
Demikianlah krisis identiti dan kualiti yang sedang menjalar dalam kehidupan ummat Islam di seluruh negara. Mereka keliru dengan ajaran Islam yang sebenar sebaliknya menerima ajaran Islam yang palsu.
7 Oktober penentuan pindah kes Anwar , at 24.9.08,
KUALA LUMPUR, 24 Sept - Hakim SM Komathy Suppiah akan memutuskan pada 7 Oktober depan sama ada perbicaraan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Hujah dari dari pihak pendakwa dan peguambela sama ada kes tersebut boleh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi didengar pagi ini.
Pihak pendakwa memohon kebenaran untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi dalam prosiding sebelum ini.
Bagaimanapun, notis pemindahan kes tersebut yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dibantah oleh pihak peguambela.
Bantahan tersebut dibuat kerana Abdul Gani sedang disiasat berhubung aduan membuat bukti palsu dalam kes-kes terhadap Anwar 10 tahun lalu.
Hakim Komathy kemudiannya menangguhkan prosiding hingga ke hari ini untuk membolehkan kedua-dua pihak membuat persiapan untuk berhujah.
Pada 7 Ogos lalu, Anwar didakwa atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Jika didapati bersalah, beliau berdepan dengan hukuman 20 tahun penjara. Anwar kini dibebaskan atas ikat jaminISA tidak mampu lentur hati manusia - Nik Aziz , at 24.9.08,
KOTA BHARU, 24 Sept - Kerajaan tidak perlu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi membentuk keperibadian manusia kerana kaedah kekerasan tidak dapat melentur hati manusia.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, manusia hanya boleh dibentuk melalui akidah dan tarbiah agama secara berterusan.
"Tidak perlulah dikenakan ISA kerana ia tidak boleh membentuk manusia. Di dunia tidak ada makjun dan penawar selain dari takwa kepada Allah swt. Ada manusia yakin terhadap agama tetapi hatinya degil.
"Dalam tubuh manusia ada seketul daging, sekiranya rosak maka rosaklah seluruh tubuh manusia," katanya pada satu program di sini, baru-baru ini.
Beliau mengulas tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang semakin terdesak sekarang sehingga aktivis pembangkang dan media ditahan di bawah ISA dan Akta Hasutan.
Mereka yang ditahan iaitu Editor Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin dan anggota Exco Kerajaan Selangor, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.
Raja Petra dilanjutkan tahanan sehingga dua tahun dan dipindah ke Kem Tahanan Kemunting.
Manakala minggu lepas seorang lagi bloger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdeffela) ditahan di bawah Akta Hasutan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, pertukaran jawatan Menteri Kewangan daripada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya baru-baru dilihatnya berlaku dalam keadaan sugul.MB menjalani pembedahan mata... , at 24.9.08,
ALOR STAR – Tidak dapat disangkal lagi kepimpinan Menteri Besar Kedah, Walaupun beliau sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, beliau Dengan sifatnya yang ramah dan suka dengan kunjungan orang, melayani Beliau dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Bahiyah selepas menjalaniMB tetap bertugas walaupun di katil hospital
YAB Dato' Seri Azizan Abdul Razak seorang yang bertanggungjawab dan
berdedikasi dalam memikul tanggungjawabnya dalam menerajui Kerajaan
Negeri.
tetap menjalankan tugasnya selagi yang termampu bagi memastikan
dasar-dasar Kerajaan Negeri berjalan dengan lancar, di mana Setiausaha
Sulit beliau, Encik Helmi Yahya membawa beberapa dokumen yang perlu
ditandatangan dan disemak oleh YAB Dato' Seri.
tetamu-tetamu yang datang melawat beliau dengan ramah walaupun masih
dalam rawatan. Tetamu yang datang tidak akan berkecil hati kerana YAB
Dato' Seri Azizan Abdul Razak akan melayani sesiapa sahaja yang datang
melawat beliau tanpa mengira kedudukan dan pangkat.
pembedahan kecil di bahagian matanya. Sehingga kini, matanya berada
dalam keadaan yang stabil dan beliau dijangka keluar hospital sebelum
Hari Raya Aidil Fitri.
PAS Pembangkang Yang Sangat Bertanggungjawab , at 24.9.08,
|
| |
| |
Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Mustafa Ali ketika berucap dalam majlis Berbuka Puasa di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyah Tok Jiring, dekat sini, semalam. ” “tetapi saya yakin dan InsyaAllah (ia akan selesai), oleh kerana kita sendiri (PAS) sebagai pembangkang yang sangat bertanggungjawab yang boleh memberi sumbangan kepada kestabilan politik negara dan negeri kita, “ujar beliau mengulas perkembangan politik tanahair masa kini.
“Pendidikan salah satu daripada perkara yang sangat asas dan sangat penting, dan biasanya pembangunan manusia dihubungkait dengan pembangunan pendidikan,
“generasi demi generasi akan muncul dan semua akan memainkan peranan,”kata beliau yang turut melancarkan dana pembangunan untuk institusi pendidikan tersebut (Gambar kanan).
Menyorot kembali pembangunan PAS di negeri Terengganu, beliau berkata PAS telah mendirikan pelbagai bangunan dan PAS Besut adalah kawasan yang paling awal mendirikan bangunan sendiri.
”Sudah RM 700,000 duit yang telah digunakan, tidak ada satu sen pun duit kerajaan,”tambah beliau mengulas pembangunan masjid yang sedang dibina di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah (Gambar kiri). |
Sekitar Pertemuan Datuk Seri Anwar Dgn TGNA dan TG Haji Hadi , at 24.9.08,
TAKUT PUNCA PM ENGGAN TEMUI PAKATAN RAKYAT
Dato' Seri Anwar Ibrahim memberitahu beberapa langkah lain terpaksa diambil berikutan keengganan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bertemu dengan pemimpin Pakatan Rakyat.
Ketua Pembangkang itu melahirkan rasa dukacita terhadap keengganan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara penting berkaitan politik negara.
"Saya tidak mengerti kenapa pertemuan yang begitu penting untuk rakyat ditolak. Kenapa Perdana Menteri sukar ditemui untuk berbincang dengan pembangkang.
"Janganlah kerana rasa takut kepada penyokong sendiri maka pertemuan itu ditolak, gunakan kedudukan dan kuasa kita sebagai seorang Perdana Menteri jangan sekali-kali dipengaruhi pihak lain," ujarnya pada persidangan media di sini, semalam.
Sebelum itu beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Abdul Hadi Awang di JKR 10.
Perdana Menteri baru-baru ini menolak untuk berjumpa dengan pemimpin Pakatan Rakyat selepas dihantar surat bagi diadakan pertemuan tersebut.
Anwar yang juga anggota parlimen Permatang Pauh berkata, selain menolak pertemuan dengan pemimpin Pakatan Rakyat, cadangan persidangan khas parlimen pada 13 Oktober depan juga tiada sebarang reaksi daripada Perdana Menteri.
"Sudahlah pertemuan ditolak, persidangan khas parlimen juga tak nak buat, mungkin takut ada undi tidak percaya, atau undi percaya," ujarnya.
Beliau juga berkata, Pakatan Rakyat membantah keras tindakan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar terus menahan penulis blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA kerana hanya mendedahkan kepincangan pemimpin kerajaan.
Katanya, kerajaan sepatutnya membebaskan Raja Petra sebagaimana pembebasan yang dilakukan ke atas anggota Parlimen Seputih, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang juga turut ditahan di bawah ISA.
"Tindakan itu sebagai satu ugutan kerajaan untuk menakutkan rakyat. ISA sebenarnya akan memburukkan lagi imej pentadbiran pemimpin negara di bawah Barisan Nasional," katanya.
Ditanya pertemuan tertutup dengan dua pemimpin tertinggi PAS, beliau berkata, ia banyak menyentuh mengenai perkembangan semasa dan mencari titik pertemuan untuk meneruskan langkah-langkah lebih baik dalam parti.
Beliau juga tidak menafikan perbincangan ke arah pembentukan kerajaan baru.
Pemuda Wilayah : “Turunkan harga minyak bawah RM 2″ ,Selasa, September 23, 2008 at 23.9.08,
Kamaruzaman Mohamad mengetuai rombongan pemuda wilayah menghantar memorandum kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada pukul10 pagi tadi.
Memorandum tersebut menggesa kerajaan supaya menurunkan harga miinyak di bawah harga RM 2 sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Memorandum tersebut telah diterima oleh En. Zahari yang merupakan setiausaha sulit kanan kepada Y.B. Dato’ Shahrir Bin Abdul Samad.
Beberapa orang yang turut bersama menghantar memorandum ialah Kamarul Arif Ambak (Timbalan Ketua DPPWP), Herman Samsudeen (Ketua Penerangan DPPWP), Suhaimi Abd Aziz (exco DPPWP) dan Zulkarnain Borhan (exco DPPWP).
Berikut memorandum yang yang telah dihantar:
MEMORANDUM
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH
KEPADA
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN
HAL EHWAL PENGGUNA
23 SEPTEMBER 2008
”TURUNKAN HARGA MINYAK DIBAWAH HARGA RM 2”
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) memandang serius kenyataan YB Menteri untuk menurunkan harga minyak sebelum hari raya ini.
Trend penurunan harga minyak kini sedang berlaku diseluruh dunia maka menjadi suatu kewajaran untuk pihak Kerajaan menurunkan harga yang sedia ada.
Ketika Kerajaan menaikkan harga minyak pada 5 Jun 2008 yang lalu, harga minyak bagi negara-negara OPEC adalah USD 118.75 setong. Justeru Kerajaan mengambil langkah drastik dengan menaikkan harga minyak petrol sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1.00 setiap liter, sekaligus menyebabkan harga baru petrol dan diesel meningkat RM2.70 seliter dan RM2.58 seliter.
Kenaikkan itu diikuti oleh kenaikkan kos pengeluaran dikilang dan akhirnya mendesak harga barangan pengguna di dalam pasaran melambung tinggi. Aliran ini menyebabkan kos hidup rakyat meningkat khususnya bagi mereka yang berpendapatan kurang dari RM 2000 sebulan dan juga bagi mereka yang tingagal dibandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.
Pada 23 Ogos 2008, Kerajaan menurunkan harga minyak petrol sebanyak 15 sen dan diesel sebanyak 8 sen. Penurunan itu menjadikan harga baru petrol sebanyak RM2.55 seliter dan diesel RM2.50. Walaubagaimana pun kesan penurunan itu tidak begitu dirasai kerana harga barangan pengguna tidak menampakkan perubahan besar.
Rakyat mengharapkan agar kadar penurunan itu ditingkatkan dan mendesak para pengeluar dan peniaga turut menurunkan harga barang dagangan mereka dipasaran.
Jika dilihat pada rekod yang lalu, pada 28 Februari 2006, Kerajaan menaikkan harga petrol kepada RM 1.92 dimana pada ketika itu harga minyak bagi negara OPEC adalah USD 93.49 setong. Harga berkenaan lebih tinggi berbanding harga terbaru pada 19 September iaitu USD 88.53 setong, oleh itu sewajarnya harga yang baru diberikan akan oleh Kerajaan adalah lebih rendah dari itu atau tidak melebihi dari RM 2 seliter.
JADUAL 1 : Statistik Semasa Harga Minyak DiPasaran OPEC dan Seluruh Dunia
Sumber : *Organization of Petroleum Exporting Countries (OPEC)
** Energy Information Administration (EIA), USA
Kami memahami beban kewangan yang ditanggung oleh Kerajaan kerana sebarang perubahan harga minyak boleh memberikan kesan kepada kadar subsidi dan projek-projek lain Kerajaan. Walaubagaimana pun, bebanan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah juga haruslah diambil kira.
Harga minyak dipasaran dunia boleh berubah setiap hari tetapi di Malaysia, sebuah negara kecil perubahan harga minyak mengambil masa yang terlalu lama!
Kecekapan pengurusan diperingkat Kerajaan adalah dituntut agar trend turun naik harga minyak dunia dapat diselaraskan dengan harga bagi pasaran tempatan tanpa menunggu masa yang terlalu lama untuk penilaian harga baru.
Sekurang-kurangnya Kerajaan boleh membuat semakan harga pada setiap minggu. Perubahan harga tidak akan menjejaskan operasi semasa syarikat penjual Minyak dan Gas sekiranya semakan mingguan dibuat. Minyak adalah komoditi yang bergerak pantas dan kadar penjualannya juga tinggi sesuai dengan kadar permintaan yang sentiasa melebihi.
Kerajaan wajar menyediakan jadual anggaran harga masa hadapan sebagai panduan. Anggaran boleh dibuat berdasarkan rekod harga pada minggu yang sebelumnya dan ini akan memudahkan penentuan harga pasaran dan agihan subsidi.
Dicadangkan juga, agar pihak Kementerian mewujudkan satu Unit Khas yang berfungsi untuk mengkaji dan mengawal harga minyak ini setiap minggu.
Menjelang syawal tahun ini, rakyat begitu terasa dengan bebanan kenaikkan harga minyak yang mempengaruhi harga minyak. Oleh itu Pemudawilayah sekali mengesa akan pihak Kerajaan dapat menimbangkan kadar yang lebih kompetatif untuk harga minyak baru iaitu dibawah RM 2.
Sekian. Terima Kasih.
Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Beberapa Info Berguna Berkenaan Malam Al-Qadar , at 23.9.08,
Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :-
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Waktunya
Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.
Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.
Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.
Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.
Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadith Nabi menyebut:-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.
Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).
Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-
أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)
Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerna beliau telah melihat tandanya dan zaman lain umumnya), sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )
Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar
Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )
Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.
Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )
Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
Mestikah Mendapat Tanda ?
Sabda Nabi SAW :
من يقم ليلة القدر فيوافقها..
Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)
Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.
Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.
Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.
Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?
Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah :
waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.
Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )
Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li Ahkam al-Quran, 20/134 )
Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?
Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
- 1) Berzikir
- 2) Berdoa
- 3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
- 4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.
Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.
Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.
sekian.
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
اَللَّهُمَّ اَدْخِلْ عَلَى اَهْلِ الْقُبُوْرِ السُّرُوْرَ اَللَّهُمَّ اَغْنِ كُلَّ فَقِيْرٍ، اَللَّهُمَّ اَشْبِعْ كُلَّ جَائِعٍ، اَللَّهُمَّ اكْسُ كُلَّ عُرْيَانٍ، اَللَّهُمَّ اقْضِ دَيْنَ كُلِّ مَدِيْنٍ، اَللَّهُمَّ فَرِّجْ عَنْ كُلِّ مَكْرُوْبٍ، اَللَّهُمَّ رُدَّ كُلَّ غَرِيْبٍ، اَللَّهُمَّ فُكَّ كُلَّ اَسِيْرٍ، اَللَّهُمَّ اَصْلِحْ كُلَّ فَاسِدٍ مِنْ اُمُوْرِ الْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ اشْفِ كُلَّ مَرِيْضٍ، اللَّهُمَّ سُدَّ فَقْرَنَا بِغِنَاكَ، اَللَّهُمَّ غَيِّرْ سُوْءَ حَالِنَا بِحُسْنِ حَالِكَ، اَللَّهُمَّ اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَاَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ، اِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya
Ya Allah, masukkan kebahagiaan kepada penghuni kubur. Ya Allah, kayakan setiap yang faqir. Ya Allah, kenyangkan setiap yang lapar. Ya Allah, berikanlah pakaian kepada setiap yang telanjang. Ya Allah, tunaikan hutang setiap yang berhutang. Ya Allah, bahagiakan setiap yang menderita.
Ya Allah, kembalikan setiap yang terasing. Ya Allah, bebaskan setiap yang tertawan. Ya Allah, perbaiki setiap yang rusak dari urusan kaum muslimin. Ya Allah, sembuhkan setiap yang sakit.
Ya Allah, kayakan kami dengan kekayaan-Mu. Ya Allah, rubahlah keburukan keadaan kami dengan kebaikan keadaan-Mu. Ya Allah, tunaikan hutang kami dan kayakan kefaqiran kami, sensungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
SANTAI: KEPALA MAT REMPIT TERCUCUK BESI , at 23.9.08,
Majlis Perunding Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ditubuhkan , at 23.9.08,
Majlis Perasmian Penubuhan dan Persidangan Majlis Perunding Pertubuhan–Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) itu telah diadakan pada hari Ahad di Dewan Besar Kediaman Menteri Besar Perak.
Majlis tersebut adalah anjuran Sekretariat Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak atau ringkasnya JAMAI’IY.
“Lebih 30 NGO Islam peringkat nasional dan 14 lagi di peringkat negeri telah bersetuju membentuk Majlis Perunding Pertubuhan–Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) kelmarin,” jelas Mohd Nazri Sahat , salah seorang exco JAMAI’IY.
Antara yang hadhir dalam majlis tersebut ialah perwakilan daripada ABIM, JIM, TERAS, PKIM, ISMA, MACMA, dan lain-lain.
Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin telah menyempurnakan ucaprasmi Majlis Penubuhan dan Persidangan MPIM tersebut.
Nizar berharap MAPIM akan berperanan aktif sebagai ‘Islamic Council’ , merapatkan kerjasama pertubuhan Islam berikutan dengan pembangunan , ekonomi dan sosial.
Nizar berkata, “ MAPIM ditubuhkan untuk menyatakan lebih bersepadu berikutan dengan urus tadbir negara dan untuk berkongsi maklumat memajukan Malaysia tanpa mengira kaum atau ugama.”
“Dengan tertubuhnya MAPIM, adalah diharapkan kita telah dapat menyelesaikan masalah berbilang-bilang jemaah Islam dalam negara kita hari ini,” jelas Nazri.
Menjawab kepada persoalan mengapa majlis tersebut dibuat dikediaman Menteri Besar, sedangkan MAPIM merupakan satu pertubungan NGO, Nazri menjelaskan bahawa Menteri Besar itu sendiri merupakan satu institusi milik rakyat dan MAPIM juga adalah milik rakyat ; maka tidak ada peliknya kalau dilihat dari sudut demikian.
Penubuhan MAPIM adalah satu detik sejarah bermulanya satu lembaran pemikiran ummat yang menjangkau pandangan politik kepartian dalam mengurus hala tuju ummat Islam dalam negara ini.
Rahsia & risipi Kelantan bangkit semula selepas cemas-cemas tumbang - TMB Kelantan , at 23.9.08,
Apa rahsia PAS Kelantan dapat bangkit selepas hampir rebah pada penggal lalu?
Kita mendapat lonjakan sokongan pada pilihan raya baru-baru ini kerana hasil kerja keras sebelum ini, di samping itu jentera kita penuh disiplin. Selain itu kerajaan negeri juga melaksanakan beberapa program baru yang lebih kepada kebajikan kepada rakyat.
Ini menyebabkan rakyat memberi keyakinan semula kepada PAS. Manifesto dalam pilihan raya baru-baru ini untuk melebarkan lagi program kebajikan rakyat. Utama sekali istiqamah serta dakwah 'bil hal' dan pemimpin kita berpegang teguh dengan prinsip perjuangan Islam.
Dalam keadaan kita menang dengan satu kerusi pada penggal lalu wakil rakyat kita berpegang teguh kepada prinsip Islam. Biar pun ditawarkan dengan jutaan wang ringgit namun mereka tetap dengan perjuangan. Dan ini mendapat pujian daripada rakyat terhadap sikap wakil rakyat PAS.
Ada sesuatu program yang Dato' rasa telah menarik minat rakyat?
Program yang kita lancar antaranya Pembangunan Ladang Rakyat sehingga menjelang pilihan raya baru-baru ini hampir 100 orang dari setiap Dun dipilih sebagai peserta. Ini bermakna mereka dapat menerima bantuan secara langsung daripada kerajaan hasil daripada Ladang Rakyat sebanyak RM200 sebulan.
Kita beri dalam tempoh tiga bulan sekali iaitu berjumlah RM600. Ini sedikit sebanyak dapat menampung kehidupan mereka lebih-lebih lagi kenaikan harga minyak yang begitu tinggi baru-baru ini. Selain itu program Skim Takaful Kifaalah.
Ini cukup berkesan kerana kerajaan begitu prihatin terhadap kesusahan rakyat. Pada hari kematian diberi RM500 dan tidak lama selepas itu akan diberi RM2,000 lagi. Dalam penggal lepas program belia sangat berjaya di bawah Abdul Fattah Mahmood dengan pelbagai program untuk bersama belia.
Banyak pihak mengatakan kekuatan PAS di Kelantan kerana faktor Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz. Sejauh mana Dato' melihatnya?
Ada kebenarannya. Sudah menjadi budaya di Kelantan menghormati Tok Guru sebagai pemimpin, ketua atau apa sahaja. Tok Guru menjadi lambang yang dihormati. Budaya ilmu di Kelantan disebar oleh Tok Guru. Mungkin kita tidak dapat mencari satu calon yang sama dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Namun kita boleh dengan cara kolektif dan suara ramai untuk meneruskan dasar Membangun Bersama Islam asasnya di bawah pimpinan ulama. Maka kita mampu menyediakan pelapis ke arah itu.
Ini bermakna Dato' rasa sudah ada calon boleh menggantikan Tok Guru sekarang?
Bagi saya ramai pemimpin berwibawa dalam PAS sekarang, cuma selagi Tok Guru masih ada kita beri peluang kepadanya untuk terus memimpin. Jadi dalam waktu ini belum nampak lagi calon lain yang menonjol kerana belum lagi diberi peluang. Memang ada calon-calon yang dianggap sesuai.
Namun belum lagi kita tunjukkan. Biasanya pimpinan Islam silih berganti. Selagi kita bergerak di atas dasar Islam dan tidak lari daripada prinsip itu InsyaAllah kita tidak akan ketandusan pemimpin pelapis.
Apa persediaan Dato' sekiranya diberi peluang mengetuai kerajaan?
Saya setakat ini masih lagi Timbalan Menteri Besar dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan (ketawa).
Sejauh mana kejayaan Kelantan kalau dibanding dengan negeri-negeri lain, selepas lebih 18 tahun berada di bawah PAS?
Apa yang paling ketara ialah dari segi amanah. Pemimpin walaupun bijak dan hebat tetapi kalau tidak ada amanah akan berlaku ketirisan dan kecurangan. Ini yang tidak berlaku di Kelantan. Kita boleh berbangga dengan sifat amanah yang begitu tinggi menjadi amalan pemimpin di sini.
Kelantan sehingga kini masih lagi dilabelkan sebagai tidak membangun dan ketinggalan. Benarkah demikian?
Pada saya Kelantan sudah jauh membangun kalau hendak dibanding dengan sesetengah negeri lain. Mungkin mereka dipengaruhi pemikiran lama yang masih bersisa.
Pembangunan tetap berlaku cuma yang belum ada industri secara besar-besaran. Kita
tidak ada pelabuhan dan lapangan terbang bertaraf antarabangsa. Dalam jawatankuasa infrastruktur negeri ada cadangan untuk membina pelabuhan di Tok Bali, Pasir Puteh dan KuaLa Besar. Industri besar-besar juga mungkin memberi kesan yang tidak baik kepada alam sekitar.
Bgaimana pun kita cuba mewujudkan pelabuhan melalui pembangunan ekonomi wilayah timur (ECER). Kita cuba padukan dan saya rasa tidak timbul tiada pembangunan.
Bagaimana penyelesaian masalah tanah?
Sebahagian besar masalah permohonan tanah lebih tertumpu di kawasan Kelantan Selatan, misalnya Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan Tanah Merah. Kerajaan sentiasa memberi hak milik tanah kepada rakyat sekadar untuk sara hidup mereka. Kita juga sedang melaksanakan program pembanngunan tanah melalui agensi kerajaan khususnya Perbadanan Menteri Besar dan Perbadanan Ladang Rakyat.
Sejauh mana hak milik tanah sudah diselesaikan?
Sudah banyak diluluskan untuk rakyat. Namun program baru yang sedang kita usaha iaitu tanah-tanah yang diberi kelulusan dasar melebihi 50 ekar, kalau pemiliknya tidak dapat membayar premium dan upah ukur, kerajaan mengambil pendekatan tanah-tanah itu akan diberi milik kepada pemohon melalui kerjasama Perbadanan Ladang Rakyat.
Ladang Rakyat akan membayar premium dan upah ukur. Satu perjanjian akan dibuat bersama peneroka yang akan dimajukan Ladang Rakyat sehingga 30 tahun akan datang.
Apabila ladang yang diusahakan mendapat hasilnya akan dipotong pendahuluan yang diberi pada peringkat awal. Kawasan tersebut ada tempatnya seluas 1,000 ekar dan di tempat lain pula 2,000 ekar.
Kita kenalpasti ada 11 kawasan yang sudah dilulus dasar oleh kerajaan. Kelulusan dasar sudah lama diberi namun penduduk tidak mampu untuk membayar premium sehingga kerajaan tidak mendapat sebarang hasil.
Melalui kaedah baru hasil dapat kepada kerajaan dan peneroka diberi hak milik tanah. Sekarang kawasan itu tidak ada hasil. Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah jajahan akan membuat pemutihan ke atas pemohon kelulusan dasar dan mereka akan diminta membayar premium dan upah ukur sebelum tanah itu diluluskan.
Ladang Rakyat akan tolong membayarnya terlebih dahulu dan akan memajukan kawasan itu. Masalah ini juga dapat menyelesaian penerokaan tanah secara haram peringkat demi peringkat. Syarat tanah tersebut hanya diterima sebelum 1995. Permohonan tanah baru kita tidak benarkan.
Bagaimana sokongan orang bukan Islam terhadap PAS?
Kita dapati sokongan meningkat kerana kita tidak berjuang di atas dasar bangsa. Kita berjuang di atas dasar agama. PAS sekarang sudah berjaya menjelaskan mengenai Islam kepada orang bukan Islam biar pun sebelum ini dihalang parti lawan.
Umno banyak menghalang usaha dakwah kita, namun sekarang orang bukan Islam mulai faham. Sebab itulah orang bukan Islam di Kelantan semakin ramai memberi sokongan kepada PAS. Ini terbukti dengan kaum Cina dan India kepada calon PAS di Dun Kota Lama meningkat dengan mendadak.
Ini kerana kita tidak pernah mengubah budaya mereka dan tetap dapat diamalkan. Kita kemukakan Islam sebagai satu cara penyelesaian bagi kehidupan manusia.
Sistem gadaian Islam (Ar Rahn) yang dipelopori kerajaan negeri nampaknya semakin berkembang. Sejauh mana prestasinya sekarang?
Kita sediakan sistem tersebut bagi memudahkan rakyat menyimpan barang kemas bagi mendapat wang tunai. Kita tidak kenakan sebarang faedah. Ini menyebabkan orang ramai semakin berminat untuk menggunakan perkhidmatannya sehingga Ar Rahn berkembang sehingga ke luar Kelantan.
Berkaitan kes pecah masuk baru-baru ini kerajaan negeri sudah memberi jaminan akan membayar ganti rugi sepenuhnya kepada penyimpan. Dan rakyat yakin dengan kemampuan kita mengurusnya.
PAS juga didapati mendapat sokongan padu anak-anak perantau pada pilihan raya umum lalu?
Kita menghargai pengundi di kalangan rakyat Kelantan yang tinggal di luar negeri, di mana mereka balik mengundi dengan tidak ada upah. Mereka balik dengan menyatakan tidak mahu lagi kepada BN. Ini menggambarkan satu arus yang berlaku.
Mereka sudah merasaikan dari dekat kerenah pemimpin Umno sekarang. Mereka balik dengan penuh kesedaran. Dan ini menyebabkan pemimpin Umno kecewa. Sebelum itu mereka mengharapkan pengundi dari Lembah Kelang, Johor, balik memberi undi kepada BN tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Rakyat yang tinggal di sana sudah mengetahui BN menghadapi banyak masalah.
Selain itu, parti-parti lain dalam BN sudah tidak rapat lagi dengan BN. Sebab itulah ramai penduduk bukan Islam daripada kaum India dan Cina banyak memberi sokongan kepada PAS pada pilihan raya umum lalu. Saya memfokus kepercayaan rakyat kepada PAS dan mereka hilang keyakinan kepada BN.
Pandangan Dato' situasi politik negara sekarang?
Selepas pilihan raya Permatang Pauh dan hari ini selepas berlaku pertukaran jawatan di mana Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan dan Kewangan diberi kepada Dato' Seri Najib menyebabkan saham kita jatuh menjunam 3.09 peratus atau 39.09 mata.
Ini suatu kejatuhan yang sangat membimbangkan ekonomi negara. Perletakan jawatan Dato' Zaid Ibrahim dan keadaan yang semakin tidak menentu menyebabkan rakyat semakin tidak yakin dengan kerajaan BN.
Masa inilah yang terbaik bagi ahli Umno meninggalkan parti dengan menyertai parti lain termasuk PAS. Saya yakin dalam masa tidak lama akan kerajaan BN akan runtuh.