Ikuti Blog ini

DEBAT - BODOH VS BANGGANG ?



Hebat Debat Hassan Ali Dan Noh Omar.. Saksikanlah!!

"Debat" JOM TOLAK PAKATAN antara pendebat terhebat, terunggul dan tersohor Noh Omar, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dengan Presiden NGO Islam, Melayu dan Raja, Tiga Jalur, JATI, Hasaan Aqidah Ali di Sijangkang, Kuala Langat Selangor telah berjalan dengan sambutan cukup "hebat". Hadirin kebanyakannya ialah wanita UMNO.

Apa yang jelas "DEBAT HEBAT" tersebut bolehlah dirungkaikan sebagai bukannya JOM TOLAK PAKATAN tetapi lebih merupakan JOM KEKALKAN PAKATAN.

Intipati cercaan kedua "pendebat" seperti dijangkakan ialah 1) Kalimah Allah 2) Isu air 3) Janji Warga ibu tunggal tidak dilaksanakan 4) PAS jadi kuda tunggangan DAP.



Ingatkan macai-macai UMNO yang berhujah sedemikian rupa...Pemimpin tinggi mereka pun otak lebih kurang sama juga.

Rakyat dah muak, jijik dan naik muntah dengar hujah-hujah bertaraf sampah dari pemimpin-pemimpin UMNO.

Rakyat secara keseluruhannya sudah bertekad mau melakukan perubahan.. Maukan supaya UMNO menjadi pembangkang selepas PRU 13.

Nasihat Omakkau.. cukuplah membuat fitnah...Kedudukkan UMNO pasti akan berubah. ~
omakkau

Pengundi Luar: Singapura Perbetulkan Kenyataan Wan Ahmad, Terbukti SPR Penipu!


Singapura perjelas kenyataan SPR berhubung syarat pengundi luar negara

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Singapura semalam memberi penjelasan berhubung kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar, yang merujuk syarat pengundi luar negara di republik itu.

Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur hari ini menjelaskan bahawa untuk melayakkan warganya mendaftar sebagai pengundi luar negara, seseorang perlu mendaftar sebagai pengundi dan tinggal sekurang-kurangnya 30 hari di republik itu dalam tempoh tiga tahun sebelum tarikh daftar pemilih terbaharu.

Ia berkata kenyataan Wan Ahmad pada 27 Jan lepas bahawa warga Singapura yang berada di luar negara perlu kembali ke republik itu dan tinggal sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mereka layak mendaftar sebagai pengundi luar negara, adalah tidak tepat.

SPR membenarkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara mendaftar sebagai pengundi biasa, selain pengundi tidak hadir, untuk melayakkan mereka menjadi pengundi pos pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Bagaimanapun, mereka perlu tinggal di negara ini sekurang-kurangnya 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Wan Ahmad berkata syarat itu turut diguna pakai negara Komanwel lain seperti Australia, Kanada dan Singapura. — Bernama



Pengundi luar: Pakatan mahu SPR gugur syarat 30 hari


SHAH ALAM - Syarat tidak kurang 30 hari tinggal di Malaysia yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke atas pengundi tinggal di luar negara perlu digugurkan atas alasan ia tidak dibincangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Mengenai Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya.

Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke berkata, SPR perlu menghormati keputusan yang telah dibuat oleh PSC dan perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.

Beliau berkata, syarat tinggal tidak kurang 30 hari akan menyukarkan proses pilihan raya.

"Syarat tambahan baru (tinggal tidak kurang 30 hari) itu, perlu digugurkan.

"... lagipun syarat itu tak pernah dibincangkan sebelum ini pada mesyuarat PSC, memanglah SPR ada kuasa, tapi mereka perlu hormat keputusan PSC.

"Syarat baru ini juga akan menyukarkan proses mengundi (membabitkan) pengundi luar tersebut," katanya kepada Sinar Harian Online.

Kelmarin, media melaporkan syarat kelayakan pengundi luar negara yang ditetapkan SPR, antaranya mesti pernah kembali ke tanah air dalam tempoh lima tahun terakhir dan tinggal tidak kurang 30 hari, adalah munasabah.

SPR berkata, syarat itu cukup ringan dan sesuai kerana negara-negara Komanwel seperti Australia dan Kanada turut menetapkan syarat sama manakala di Singapura menetapkan syarat tiga bulan.

Mengulas lanjut, Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah dan bekas anggota PSC berkata, syarat pulang sekali dalam tempoh lima tahun yang ditetapkan SPR itu adalah munasabah.

Namun beliau berkata, semua syarat baru yang ditambah perlu dibincangkan kepada PSC walaupun SPR mempunyai hak untuk menentukan syarat pilihan raya.

"PSC adalah suara ramai wakil Ahli Parlimen, suara rakyat, jadi sebarang keputusan atau syarat baru perlu dibincangkan dengan PSC.

"Pulang sekali dalam tempoh lima tahun, saya setuju tetapi tidak perlu letak syarat 30 hari itu," katanya yang sebelum ini pernah menggesa SPR mengkaji semula syarat itu.
-SH

Putar belit perencah kempen BN menghadapi PRU13


KUALA LUMPUR: Pemimpin BN Umno masih lagi bermain taktik lama untuk menghadapi PRU13 dengan memutar belit fakta demi mencapai matlamat kemenangan BN terutama dengan pengundi Melayu.
Contohnya, kata Idris Ahmad isu pengguguran Ustaz Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulamak PAS pada 13 Januari lalu tetapi pemimpin Umno yang kebuluran isu menipu rakyat kononnya beliau dipecat kerana mengiringi Datuk Seri Najib ke Gaza sedangkan pemergian beliau ke Ghaza pada 23 Januari 2013.

“Umno sudah rabun angka, sehingga tidak tahu beza mana tarikh yang terdahulu. Begitu juga mengenai isu penggunaan nama Allah, dan terjemahan Bible.

“Pemimpin Umno cuba menjadi hero mempertahan nama Allah, dan memfitnah PAS bersetuju nama Allah diterjemah,” ujar AJK PAS Pusat itu dalam satu kenyataan.

Pada hal, katanya Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn, Menteri Dalam Negeri telah menyatakan kerajaan akan menarik balik kebenaran mencetak terjemahan Bible, jika langgar syarat pada 20 Januari 2013, ertinya kerajaan pimpinan Umno sudah pun meluluskan.

Beliau juga bertanya di mana pula fatwa ulama pengampu yang menuduh siapa yang mengatakan nama Allah diterjemahkan hukumnya kafir.

Begitu juga, ujarnya pemimpin dan media Umno mengatakan jika Pakatan Rakyat menang, Perdana Menteri ialah orang Cina.

“Macam mana Cina hendak menjadi Perdana Menteri, majoriti kerusi bukan Islam seluruh Malaysia ialah 69 kerusi sahaja, masih memerlukan 53 kerusi supaya mendapat  112 kerusi.

“Inilah hujah yang diputar di kampung-kampung. Konco-konco Umno juga menipu rakyat mengatakan, agama Kristian akan menjadi agama rasmi jika Pakatan Rakyat menang,” katanya lagi.

Justeru, katanya tidak masuk akal langsung kerana penganut Kristian di negara ini hanya 9 peratus sahaja sedangkan Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19 Disember 2009 telah menetapkan bahawa Islam, Melayu, Raja dan Bahasa Melayu akan terpelihara.

Tambahnya, mereka juga membohongi rakyat bahawa Raja-Raja Melayu akan dihapuskan jika Pakatan Rakyat menang. Hakikat yang mengaibkan Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 dan 1993 ialah Umno.

Sehubungan itu, kata beliau rakyat perlu faham bahawa menurut Perlembagaan, kedudukan Raja-Raja Melayu tidak boleh dihapuskan dengan apa cara sekalipun, kecuali persetujuan persidangan Raja-Raja Melayu sendiri yang menghapuskannya. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .