Ikuti Blog ini

Bubar Dun Perak, beri peluang rakyat memilih — Dato' Seri Abdul Hadi Awang

Lensa Kehidupan
Celakalah keatas mu zionis laknatullah...

Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara.

Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan.

PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.

PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan.

Pembubaran Dun akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihan raya yang menyeluruh di negeri Perak.

Saya juga ingin meminta kepada seluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.

Penetapan pilihan raya: Nik Aziz gesa Pengerusi SPR letak jawatan




KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertikaikan tarikh dua pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah yang didakwanya memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) kerana diadakan selepas Perhimpunan Agung Umno penghujung bulan depan.


Nik Aziz berkata, ia seolah-olah membuktikan BN mempunyai kuasa terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menetapkan tarikh mana-mana pilihan raya.


"Ini nampak macam campur aduk pihak berkuasa. Kenapa nak buat selepas Perhimpunan Agung Umno?," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini.


Pengundian bagi kedua-dua pilihan raya kecil itu diadakan serentak pada 7 April manakala hari penamaan calon 29 Mac.



Perhimpunan Agung Umno pula diadakan lima hari bermula pada 24 Mac.


Menteri Besar Kelantan itu berpendapat jika benar keputusan SPR itu didalangi kerajaan, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof perlu melepaskan jawatannya.


Tarikh dua pilihan raya itu kurang dipersetujui pembangkang atas alasan SPR mengambil masa yang lama untuk mengadakan pilihan raya selepas kerusi kawasan berkenaan kosong.


Pembangkang mendakwa tarikh tersebut diputuskan SPR atas desakan pimpinan BN khususnya Umno.




Zambry sudah kepanasan, pelbagai alasan untuk benarkan tindakannya.

Zambry Abdul Kadir hari ini menyifatkan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar mahu merujuk beliau dan enam Exco kerajaan negeri yang baru kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Rabu ini sebagai sesuatu yang pelik.

Beliau berkata, kebiasaannya jawatankuasa berkenaan hanya bertindak terhadap wakil rakyat yang melakukan kesalahan semasa persidangan DUN.

Satu kenyataan yang menunjukkan beliau masih dangkal dalam menafsirkan bidang tugas sebenar jawatankuasa tersebut yang sebenarnya merangkumi sesuatu tindakan Ahli Dewan Negeri di dalam dan di luar dewan.


Kalaulah tidak ada satu undang-undang yang boleh mengawal tindakan dan kelakuan seorang ADUN pastinya sangat bebaslah seseorang ADUN melakukan sesuatu tindakan yang bercanggah dengan tidak terikat kepada sesuatu peraturan.

Bayangkan sidang DUN hanya 3 kali setahun dan minima enam bulan sekali berarti boleh saja dua kali setahun. Kalaulah seorang ahli dewan menghina speaker, menghina seorang Menteri Besar dan sebagainya maka peraturan 72 dalam buku Peraturan Dewan dengan jelas memperuntukan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebesan untuk mengambil tindakan.

Persoalan yang dihadapi sekarang jelas sangat besar kesannya kepada apa yang mungkin Zamkbry anggap kecil. kalau tidak mana boleh dia berani melanggarnya walaupun undang-undang tubuh kerajaan negeri perkara 16(6) dengan jelas menyebut seorang MB tidak semudah itu ditidakkan kedudukannya.

Apa pun saya melihat Zambry dan kumpulan kudetanya sudah sangat tersepit dengan isu dan peraturan yang mungkin beliau tida fikirkan sebelum ini.

Kita tunggu siapakah yang kena sekali ini.



UMNO cemar institusi DIRAJA




Gambar di atas adalah resolusi Umno Selangor mengenai raja-raja Melayu untuk Perhimpunan Agong Umno parti itu.

Kalau Mohd Mat Taib atau Najib ada di sebelah saya, saya tidak akan meneropongnya. Saya akab bertanya terus kepada mereka, tentu ingatan mereka kepada kronologi melondehkan raja yang dipelopori Tun Dr M pada masa itu segar di dalam ingatan.


Umno Selangor menampilkan empat resolusi. Pertama, siasat semua harta raja-raja. Kedua, pecat ahli Umno yang hasut raja-raja. Ketiga, MB, exco, SUK dan Pegawai Kewangan dilantik oleh Umno bukan raja-raja, dan keempat, Tun Dr M dimandatkan untuk berdepan dengan raja-raja.


Pada masa itu Umno seolah-olah terlupa sekejap bahawa bumi ini berputar. Sangkaan mereka, mustahil Umno akan menerima nasib seperti hari ini. Mereka rasa ‘khurafat’ Umno saja yang pandai memerintah tidak akan terbanteras. Sangkaan dan rasaan mereka meleset.


Rasanya, setiap seorang pemimpin Umno patut diberikan sebiji bola tenis atau bola pingpong. Suruh mereka lontar bola itu ke dinding, biar mereka belajar ‘nature’ kedua-dua jenis bola itu.


Tak mengapa, anda tak perlu bersusah-payah bercermin mata untuk membaca resolusi itu. Saya sudah ‘besarkannya’ di bawah ini.

* * * * * * * * * *


Resolusi empat perkara yang dikemukakan oleh Umno Selangor kepada Perhimpunan Agong Umno semalam (1991):


Pertama- Menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menyenaraikan semua harta, tanah dan projek yang telah diluluskan kepada raja secara langsung atau tidak melalui ‘Kapitan Cina’.


Kedua- Meminta Presiden Umno supaya bertindak tegas atau memecat mana-mana ahli exco atau wakil rakyat yang hipokrit dan bermuka-muka – yang terlibat menghasut raja-raja untuk kepentingan diri sendiri.


Ketiga-Meminda perlembagaan supaya kuasa mutlak melantik Menteri Besar, ahli mesyuarat kerajaan negeri, setiausaha kerajaan, penasihat undang-undang dan pegawai kewangan negeri adalah dalam bidang kuasa pucuk pimpinan parti yang memerintah.


Keempat-Supaya Perhimpunan Agong Umno memberi mandat penuh kepada Dato’ Sri Dr Mahathir dalam menghadapi dan mengetuai isu raja-raja ini secara umumnya samada menerusi pindaan perlembagaan dan segala langkah yang perlu.

* * * * * * * * * *

Salahuddin, PAS pertahankan raja-raja Melayu

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (dua, kiri) dan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah (kanan) pada majlis Santapan Diraja Sempena Perayaan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Perak ke-25 di Istana Iskandariah malam tadi.


ALOR SETAR - Dewan Pemuda Pas Pusat menyatakan pendiriannya untuk terus menjunjung tinggi dan mempertahankan institusi Raja-raja Melayu dalam apa keadaan sekali pun.


Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, pendirian tersebut menangkis segala tuduhan kononnya dewan berkenaan menentang atau terlibat dalam isu menderhaka terhadap Raja-raja Melayu.


''Dewan Pemuda Pas Pusat tetap konsisten dengan dasar parti iaitu mempertahankan institusi Raja-raja Melayu dan dalam masa sama berpegang kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

''Prinsip kami, tiada siapa pun yang boleh mengatasi undang-undang dalam negara dan apa berlaku di Perak, Dewan Pemuda Pas Pusat menyerahkannya kepada mahkamah untuk menentukan," kata beliau.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Dewan Pemuda Pas Pusat di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Sri Mentaloon di sini hari ini.



Kabinet Bayangan antara fokus bengkel Pakatan hari ini.

PETALING JAYA: Usaha membentuk 'Kabinet Bayangan' dijangka menjadi antara fokus perbincangan bengkel khas Pakatan Rakyat di sini hari ini - ketika hampir genap setahun pilihan raya umum ke-12 berlangsung dan ikatan pembangkang itu dibentuk.


Difahamkan pertemuan tersebut yang pertama seumpama itu tahun ini, merupakan susulan sesi retreat yang diadakan dua kali tahun lalu.


Pakatan Rakyat, yang dianggotai PAS, PKR dan DAP, dibentuk selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.


Difahamkan pertemuan sehari itu akan membincangkan aspek-aspek berkaitan dengan pembahagian portfolio 'Kabinet Bayangan' Pakatan Rakyat, dalam usaha untuk menjadi lebih serius menghadapi politik tanah air semasa.


"Sebelum ini sudah ada perbincangan mengenai keperluan dibentuk Kabinet Bayangan, tetapi pertemuan ini akan membincangkan usaha pembahagian portfolio supaya strukturnya lebih kemas dan mantap kelak.


"Bagaimanapun yang pasti perbincangan ke arah pembentukannya tidak akan muktamad ... apa yang lebih penting ialah usaha lebih serius ke arah itu akan disentuh secara mendalam," kata seorang pemimpin Pakatan Rakyat yang mahukan ia berfungsi dengan lebih serius mulai sekarang.


Pertemuan ini tidak akan dihadiri Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di luar negara.


Kesemua presiden parti komponen dijadualkan hadir.


Anwar dijangka mempengerusikan mesyuarat pramajlis Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tengah hari Isnin ini.


Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan itu kira-kira dua minggu selepas salah sebuah negeri dikuasainya dalam pilihan raya umum lalu telah dirampas secara tidak bermoral (BN).


Bulan lalu Pakatan Rakyat membentuk Majlis Menteri Besar dan Ketua Menteri iaitu dua hari selepas berakhirnya pilihan raya kecil Kuala Terengganu.


Dalam pada itu, seorang lagi pemimpin kanan anggota Pakatan Rakyat juga membayangkan kemungkinan pihaknya akan membincangkan usaha membawa usul kepercayaan ke atas kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Abdullah dijadual akan melepaskan jawatannya hujung bulan depan iaitu selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Tahunan Umno.


Ketika bercakap selepas kemenangan calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu bulan lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat mahu Abdullah kekal sebagai Perdana Menteri untuk meneruskan agenda pembaharuan negara.


Kata Hadi, Pakatan Rakyat akan memberikan sokongan kepada Abdullah.


Justeru, kata pemimpin itu, Pakatan Rakyat akan membincangkan kemungkinan membawa usul sedemikian apabila Parlimen mula bersidang minggu depan.


Mesyuarat penggal kedua Parlimen Ke-12 akan bermula Isnin ini dengan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.


Jika tidak dibincangkan hari ini, soal itu dijangka disentuh oleh Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat Isnin ini.


Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin pula memberitahu, pertemuan hari ini akan membincangkan senario politik semasa dengan memfokus ke atas persekitaran di Perak, selain dua pilihan raya kecil yang akan diadakan April ini.


"Saya difahamkan bengkel ini akan membincangkan perkembangan politik Perak dan pilihan raya kecil (Bukit Gantang dan Bukit Selambau)... mungkin perkara lain disentuh, saya tidak pasti," kata beliau yang mengesahkan akan menghadiri pertemuan hari ini.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .