Ikuti Blog ini

Terbaru! Gambar Suasana PRK Bagan Pinang!















Pakatan rakyat sudah bersedia untuk gerak kerja pilihanraya Bagan Pinang. Hari ni sudah ramai sahabat2 dari pelusuk Malaysia sudah berkampung di Bagan Pinang, ada sewa rumah, bajet hotel, rumah kawan2, masjid2 dan ada juga yg buat khemah kat pantai lg best kan. Hehe.

Hari ni juga macam2 program pakatan rakyat sempena hari penamaan calon esok. Tapi aku hairan betul lah SPR ni dulu masa pru 12 parlimen Teluk Kemang dan semua dun pada penamaan calon diadakan di pejabat pentabiran baru daerah Port Dickson.

Tempat tu lagi besar dan selesa senang nak berkumpul, skrg kat dewan MPPD, tempatnya sempit sikit pasti nya nanti para penyokong pakatan di beri tempat yang sempit dan BN tempat yg besar dan selesa tengoklah dan dah pernah terjadi masa prk masa Ruslan Kassim dulu.

Biar lah.....sekarang ni semua agensi kerajaan telah digunakan sepenuh nya termasuk semua kementerian mengambil bahagian time ni.Semua program manjadi...

Spr betul-betul macam babi tengok sahaja apa yg bn buat langsung tak ada hati perasaan bersalah pada kaca mata pengerusi spr yg baru. Betul-betul macam sial lah ko org tua spr...

Tadi masa sembahyang jumaat mat isa pun sembahyang kat sana, dulu cukup susah nak nampak muka, abis je sembahyang tadi sape yg nak pegi salam kat dia? Org semua belah jer, org buat dek je. Apa lah perasaan dia agaknya ya.

Dia ni org puak-puak umno je yg lebih tu, tapi tgk lah nanti ramai yang akan buat undi protes!!! Engkau tunggu je lah mat isa...aku cakap ni pun pasal aku dah borak2 dengan org2 tua n muda dan ada sedikit perubahan dari pru 12 dulu.

Den rasa pasti ada undi protes dari kalangan orang2 tua kat kg ni. Den tgk dah ada sedikit percambahan minda pada golongan tua dan muda. Mungkin dari akibat kesan pilihanraya kecil sebelum ni....Den pasti.............

Lihat pada org muda dimarkas umno ni pun semuanya kerana duit, kalau tak kerja pun tak jalan....lagi pun dia orang nie bukannya boleh mengundi...Hahahaha

Jadi aku harap pimpinan pakatan bila buat rayu undi rumah ke rumah cakap lah elok n bersopan. Ceritakan kezaliman umno ni, lebih kan pada para pimpinan umno kalau boleh buat dalam bentuk majalah bukti kesalahan pemimpin tersebut insyaAllah orang kg akan terima.

Kerana org umno kg bagan pinang khas nya kurang dapat cite buruk pasal pimpinan umno ni, kesalahan mat isa digantung pasal politik wang pun diaorg tak paham, ada katanya mat isa di naya oleh musuh politik nya. Jadi pemimpin pakatan kena siap kan bukti2 yg senang org2 kg paham kerana ramai juga yg pegundi atas pagar ni. Gambar kat atas adalah sebahagian dari semua upu di dun bagan pinang nanti ada masa den upload kan lagi k.

Orang Bagan Pinang Mesti Bangkit

TELUK KEMANG – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Saharin (Cikgu Bard) menyeru kepada semua penduduk dan pengundi DUN Bagan Pinang untuk bangkit menolak UMNO dan Barisan Nasional pada pilihanraya kecil 10 Oktober depan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/cikgubard.jpgBeliau telah mendedahkan beberapa perkara yang melibatkan penyelewengan dan salah guna kuasa serta rasuah calon BN, Isa Samad dan kepimpinan UMNO Negeri Sembilan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Markaz UPU Teluk Kemang disini, malam kelmarin.
(Gambar - Cikgu Bard dengan gaya tersendiri, menyampaikan ceramahnya)


Antara pendedahan Badrul Hisham Saharin adalah seperti berikut;

1. Ketua UMNO Bahagian diberikan kuasa membelanjakan peruntukan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat

2. Hampir keseluruhan projek jalan dinegeri Sembilan diperolehi oleh Abang Menteri Besar Negeri Sembilan. Tuduhan dibuat oleh Datuk Ishak.

3. Undi Pos tidak telus, ayah mertuanya sendiri telah berhenti dari tentera selama 6 tahun, sudah memiliki MyKad, tetapi namanya masih ada dalam senarai undi pos

4. Menteri Besar berjanji tidak akan menswastakan air, namun berlaku penswastaan air Negeri Sembilan. Tarif air dinaikkan tetapi perkhidmatan tidak ditingkatkan. Menteri Besar diminta dedahkan salinan konsesi Jabatan Air Negeri Sembilan di swastakan

5. Bekas Exco meluluskan kepada adik beradiknya beberapa keping tanah ’pantai’ Port Dickson. Exco tersebut duduk dalam mesyuarat berkenaan.

6. Menetri Besar Negeri Sembilan menyelewengkan peruntukan untuk rakyat termiskin, untukmembesarkan dapur kediamannya, tercatat dalam Laporan Ketua Audit Negara.

6. Perbelanjaan pilihanraya, BN telah menggunakan bajet pilihanraya melebihi peruntukan, sebelum mula pilihanraya, BN telah berbelanja lebih 100,000 untuk menyewa tanah bagi menempatkan ’command centre BN’

7.Perbalahan antara parti Pakatan Rakyat demi untuk meningkat perkhidmatan kepada rakyat, manakala parti-parti komponen BN berbalah kerana merebut pangkat, kuasa dan harta





Tiada Akta Larang Naikkan Bendera

Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution menegaskan bahawa tiada sebarang akta yang melarang mana-mana parti tidak bertanding dalam pilihan raya kecil yang diadakan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sewajarnya melarang parti tidak bertanding memberi sokongan kepada parti komponen yang bertanding.

Menurutnya, PKR tidak menolak kemungkinan akan menaikkan bendera parti pada pilihan raya kecil Bagan Pinang sebagai tanda sokongan kerana sehingga kini tiada sebarang akta melarang parti yang tidak bertanding berbuat demikian.

“Sehingga kini tiada akta yang diperuntukkan untuk melarang mana-mana parti politik yang tidak bertanding dalam pilihan raya.

“Selagi tiada akta yang melarang kita untuk menaikkan bendera parti, selagi itu kita akan teruskan (menaikkan bendera) untuk memberi sokongan kepada calon Pas,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, dalam peraturan pilihan raya terdapat lapan akta yang telah diperuntukkan oleh SPR namun tiada satu akta pun yang jelas melarang bendera parti yang tidak bertanding dipamerkan.

Menurutnya, selagi tiada akta yang menghalang bendera parti dinaikkan, PKR, Pas dan DAP akan tetap menaikkan bendera mereka dalam pilihan raya yang akan datang sebagai tanda sokongan kepada parti komponen PR yang bertanding.

Beliau berkata demikian bagi merujuk larangan menaikkan bendera kepada parti yang tidak bertanding oleh SPR pada pilihan raya kecil terdahulu.

Sebelum ini, parti komponen PR akan turut menaikkan bendera dalam mana-mana pilihan raya yang melibatkan parti komponen tersebut tersebut sebagai tanda sokongan.

PKR dan DAP turut menaikkan bendera pada pilihan raya kecil terdahulu seperti di Permatang Pasir dan Manek Urai.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .