Ikuti Blog ini

Sidang Dun Perak dijangka kecoh, solat hajat 5 pagi 7 Mei

Mat Sabu: Gelapnya demokrasi di Malaysia




KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS Pusat mendesak supaya Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan segera untuk mengembalikan hak rakyat menentukan kerajaan yang mereka kehendaki.


Pengerusinya, Mohamad Sabu menegaskan pembubaran itu perlu dilakukan bagi membolehkan rakyat membuat pilihan mereka sendiri dan bersesuaian dengan amalan demokrasi.


Beliau menegaskan sidang Dun yang dijangka akan diadakan pada 7 Mei nanti bakal menghadapi banyak kerumitan.


"Sidang Dun Perak 7 Mei nanti akan ada dua Menteri Besar, Dua Speaker dan Dua kerajaan jadi kita amat khuatir kerumitan dan kesulitan yang sudah ada ini akan bertambah.


"Oleh yang demikian kita mendesak agar Dun Perak dibubarkan dan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan pilihan mereka," tegas Mohamad Sabu dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, dekat sini tengah hari tadi.


Sehubungan dengan itu PAS akan mengadakan program solat hajat, doa munajat dan solat subuh pada 7 Mei ini jam 5.00 pagi di Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru, Manjoi, Ipoh, Perak.


Program tersebut telah dipersetujui oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Dalam sidang media yang sama beliau juga menegaskan Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS Pusat mengambil pendirian menolak peraturan baru yang dikenakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Tegas Naib Presiden PAS itu, peraturan yang dibuat oleh SPR ini semata-mata mengikut kehendak Umno tanpa mengadakan perbincangan dengan parti-parti lain yang turut berdaftar di bawah suruhanjaya tersebut.


"Larangan SPR supaya tidak ramai penyokong hadir ketika hari penamaan calon jelas mengikut telunjuk Umno.


"Sedangkan setiap kali penamaan calon, media arus perdana sering melaporkan bahawa penyokong pembangkang sedikit jumlahnya berbanding penyokong Umno.


"Jadi kenapa takut dengan kehadiran penyokong pembangkang sedangkan media arus perdana laporkan kehadiran mereka sedikit sahaja," tegas beliau.


Beliau juga menegaskan jawatankuasa itu turut menolak peraturan baru SPR yang tidak membenarkan pondok panas didirikan di tempat mengundi.


Turut hadir dalam sidang media ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.


DUN: PERAK PR kesal media disekat, ADUN diugut



Beberapa tindakan terdesak BN menjelang persidangan DUN Perak bermula 7 Mei ini.


'Saya ada bukti bomoh ke DUN Perak'

Seorang wakil rakyat PAS – yang mendakwa menteri besar BN membawa masuk bomoh ke DUN sebelum persidangan penting, Khamis ini – berkata beliau mempunyai “bukti” berhubung dakwaannya itu.

ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim menambah, beliau bersedia memberikan keterangan berhubung kenyataannya itu yang diadukan kepada polis oleh Datuk Zambry Abd Kadir semalam.

"Mustahil saya tidak bersedia memberikan keterangan. Saya keluarkan fakta, takkan saya hendak lari daripada memberikan keterangan.

"Kita ada bukti yang diberitahu (oleh) sumber tertentu. Maka saya buat kenyataan (kepada media)," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Diminta menjelaskan lanjut bukti dakwaannya itu, Khalil berkata:

"Sekarang masalahnya, orang memberitahu saya, (itulah) bukti saya. Maklumat daripada orang yang tahu betul cerita ini."

Mengulas laporan polis itu, Khalil berkata Zambry berhak membuat laporan berkenaan bagi mempertahankan dirinya.

"Tetapi (menjadi) hak saya melaporkan (kepada media) dan minta mufti memberikan fatwa.

"Ada, (atau) tak ada pun (perbuatan itu), saya rasa mufti kena beri fatwa dialah, pandangannya macam mana (sama ada) boleh pakai bomoh," katanya.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Surat Speaker Kepada Sultan Perak… Harap Tuanku Perkenankan

Inilah satu keanehan yang berlaku di Perak dan negeri itu akan mencatat sejarah dalam di negara Komanwel jika Speaker membenar undi undi tidak percaya terhadapnya.

Kerajaan Nizar : Speaker Mohon Sultan Tangguhkan Sidang Dewan



Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar hari telah menghantar sepucuk surat kepada Sultan Perak untuk menyatakan memohon perkenan mempertimbangkan supaya peridangan Dun Perak ditangguhkan sehingga satu tarikh yang ditetapkan oleh Tuanku Sultan sendiri.


“Saya telah menulis surat kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibuddin Shah pada hari ini,” jelas Sivakumar dalam kenyataan beliau hari ini.


“Surat telah dihantar ke Pejabat Istana Kinta lebih kurang jam 11.00 pagi. Saya telah memohon kepada Tuanku Sultan untuk mempertimbangkan supaya persidangan ditangguhkan,” kata beliau lagi.


Sivakumar membuat permohonan ini kerana kedudukan Menteri Besar Perak masih dalam pertimbangan mahkamah kerana Kes Zambry Abdul Kadir dan Mohammed Nizar Jamaluddin sedang dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


“Saya berpendapat bahawa adalah tidak munasabah sidang Dewan Negeri diadakan dalam kedudukan Menteri Besar Perak yang masih dalam pertikaian di mahkamah,” jelas Sivakumar.


“Tambahan pula, saya juga merasa bimbang akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan yang sukar dikawal pada hari tersebut.


Pada jangkaan saya, kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing. Untuk menjaga keharmonian, kemuliaan dan kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu,” kata Sivakumar mengakhiri kenyataan beliau.


Walau bagaimanapun, kes Zambry dan Nizar akan didengar di Mahkamah Tinggi pada jam 2 petang ini. - SK


………………………………………………………………………………………………………………….

Surat Speaker Kepada Tuanku Sultan Perak



Saya telah menulis surat kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibuddin Shan pada hari ini. Surat telah dihantar ke Pejabat Istana Kinta lebih kurang jam 11.00 pagi. Saya telah memohon kepada Tuanku Sultan untuk mempertimbangkan supaya persidangan Dewan Negeri Perak ditangguhkan sehingga satu tarikh yang ditetapkan oleh Tuanku Sultan kemudian. Sidang Dewan Negeri Perak dijadualkan bermula pada 7 Mei 2009.


Saya membuat permohonan ini kerana kedudukan Menteri Besar Perak masih dalam pertimbangan mahkamah. Kes Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Dato Seri Hj Mohammad Nizar Bin Jamaluddin sedang dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saya berpendapat bahawa adalah tidak munasabah sidang Dewan Negeri diadakan dalam kedudukan YAB Menteri Besar Perak yang masih dalam pertikaian di mahkamah.


Tambahan pula, saya juga merasa bimbang akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan yang sukar dikawal pada hari tersebut. Pada jangkaan saya, kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing. Untuk menjaga keharmonian, kemuliaan dan kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu.


YB. V.Sivakumar

Yang Dipertua Dewan

Negeri Perak Darul Ridzuan


Isu Kerajaan Nizar : Satu Malaysia Di belakang Sivakumar

Semalam Speaker DUN Perak, V. Sivakumar seperti yang dilaporkan BERNAMA membuat keputusan berani mengenai perjalanan sidang DUN pada minggu hadapan.

Sebelum ini hanya 13 media elektronik dan cetak pro-BN iaitu RTM, Bernama TV, TV3, The Star, The New Straits Times, Berita Harian, Utusan Malaysia, China Press, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Tamil Nanban, Tamil Nesan dan Bernama dibenarkan membuat liputan Persidangan DUN Perak yang dijadualkan pada 7 hingga 13 Mei ini. Keputusan itu berdasarkan arahan Pejabat SUK Perak dalam satu notis bertarikh 30 April lepas yang memutuskan bahawa media cetak tersebut itu saja dibenarkan membuat liputan.

Namun hari ini V. Sivakumar membuat ketetapan bahawa semua pihak media akan dibenarkan untuk membuat liputan persidangan DUN Perak akan datang. Sivakumar berkata semua media termasuk yang dihalang untuk membuat liputan sebelum ini diminta untuk membuat permohonan bertulis di Pejabat Speaker, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan mulai pukul 9 pagi esok.

"Saya akan mengeluarkan surat kebenaran kepada media-media mengikut pertimbangan saya. Di sini, saya menggunakan Perintah-Perintah Tetap 84 (DUN Perak) yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Negeri untuk mengeluarkan kebenaran am kepada wakil manamana jurnal menghadiri persidangan Dewan. Perintah-perintah tetap ini juga membolehkan Yang Dipertua Dewan untuk membatalkan kebenaran yang diberi," katanya dalam satu kenyataan media di Ipoh tadi.

Syabas Siva, anda membuat keputusan berani dan tepat bagi menjamin demokrasi dan kebebasan media terus dipertahankan di negara ini. Anda melakukan apa yang sepatutnya dilakukan mengikut undang-undang dan bukan mengikut perasaan untuk cuma menjaga periuk nasi seperti yang dilakukan oleh SUK Perak. sebelum ini. Anda melakukan atas prinsip rakyat harus mengetahui apakah yang berlaku dalam persidangan Dewan secara telus. Biar rakyat mengadili apa yang pemimpin mereka lakukan pada 7 Mei ini. Biar SATU MALAYSIA tahu siapa yang menjunjung prinsip demokrasi, siapa yang meminati autokrasi. Biar SATU MALAYSIA tahu siapa pemerintah yang dipilih rakyat , siapa yang pemerintah yang membelakangkan suara rakyat. SATU MALAYSIA ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku di Ipoh Khamis depan. Jangan biarkan SATU MALAYSIA marah kerana kebebasan mendapatkan maklumat dihalang.

Syabas Siva, SATU MALAYSIA di belakang anda.







Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat




Rakan-rakan pimpinan Pakatan Rakyat petang semalam hadir bermesyuarat di ibu pejabat PKR untuk membincangkan beberapa perkara penting menyentuh isu semasa dan berkepentingan umum.

Mesyuarat ini turut dihadhiri pimpinan utama iaitu YB Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan YB Lim Kit Siang.

Wakil KeADILan lainnya yang turut hadhir ialah Dr. Syed Husin Ali, YB Azmin dan YB Sivarasa. Pas diwakili YB Mahfuz Omar, YB Dr. Zulkifli, YB Syed Azman dan Dr Hatta manakala DAP diwakili YB Tan Kok Wai dan Teresa Kok. Turut bersama di dalam mesyuarat ialah wakil Pakatan Rakyat Negeri Perak iaitu Dato Seri Ir. Nizar, YB Ngeh Koo Ham dan Hj Ismail.

Beberapa perkara dibincangkan dengan penuh semangat musyawarah dan kekitaan yang tinggi.

Tanggal 7 Mei hadapan bakal menyaksikan DUN Negeri Perak akan bersidang, pertama kalinya dalam tempoh enam bulan. Saya kesal dengan tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Ketua Polis Negeri yang bertindak mengambil alih tugas YB Speaker Dewan dalam mengawalselia sidang Dewan. Kuasa Speaker ditelanjangkan Umno-BN tanpa mengira peruntukan Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri. Kawalan keselamatan seluruh negeri, halangan ke atas media untuk membuat liputan semuanya menggambarkan tindakan opresif Umno-BN untuk mengekang maklumat sebenar sampai ke pengetahuan rakyat.

Bertebaranlah kemungkinan YB M. Manoharan, ADUN Kota Alam Shah akan meletakkan jawatan berikutan kekangan ke atas dirinya yang kini ditahan di bawah akta zalim ISA. Ini pastinya menambah beban di bahu PM baru. Kita komited agar bukan sekadar YB Manoharan, sebaliknya semua tahanan ISA wajar dibebaskan segera tanpa sebarang syarat.

Di kesempatan yang sama saya merakamkan ucapan terima kasih di atas sokongan padu kepemimpinan PAS dan DAP kepada calon KeADILan untuk PRK DUN Penanti, Dr Mansor Osman. Meskipun wujud polemik, ketegasan Ustaz Hadi jelas kelihatan tatkala menyatakan keputusan PAS menyokong calon KeADILan adalah muktamad.

Polemik pertukaran agama anak bagi muallaf gagal diselesaikan dengan bijak oleh Umno-BN. Pertelingkahan sesama mereka menggambarkan bahawa isu ini tidak dihadham sepenuhnya sebagaimana yang dianjurkan Islam mengenai prinsip kebebasan beragama. Kabinet kelihatan begitu sugul berhadapan dengan pertikaian fakta dan dalil yang dibangkit golongan ulama’ dan mufti. Bagi pihak Pakatan Rakyat, sebuah Jawatankuasa Khas telah ditubuh untuk mengkaji isu ini secara menyeluruh.

ANWAR IBRAHIM



Sessi bersama TGNA d Makkah

3YB2 Hari terakhir kami di Makkah mendapat jemputan dari persatuan komuniti Malaysia di Makkah. Pertemuan bersama MB Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) beserta 2 YB Kelantan - Speaker DUN Kelantan, YB Ustaz Nasrudin Daud (tengah) dan YB Abdullah Yaacob.


Suasana meriah menghias majlis. Rakyat Malaysia datang meraikan majlis, baik dari Makkah mahupun yang berkelana dari Riyadh dan Madeenah. Bujang, mahupun yang berkeluarga. Baru mahupun yang sudah lama menetap. Menarik minat ramai.


TG1 TGNA membincangkan pelbagai isu yang melanda ummat dan tanah air - masalah kepimpinan menjadi teras perbincangan. Seperti biasa, TGNA memberi contoh yang mudah di fahami bagi menghadam isu yang di ketengahkan.


Sessi soal jawab pula menarik minat yang menyoal tentang perlunya kurangkan politik dan juga isu pemilihan PAS yang akan berlansung di muktamar mendatang.


Bagi mendapatkan kepastian lansung dari Mursyidul Am tentang status cadangan "Unity Government", soalan di ajukan kepada TGNA. Apakah "Unity Government" masih ada dalam agenda PAS. Apakah ianya tertangguh atau sudah di batalkan sepenuhnya. Klik d bawah atau boleh dengar di sini



TG Sempat juga bertanya kepada TGNA tentang polimik yang timbul dari penulisan anaknya, Ustaz Nik Abduh yang menyerang pembantu TGNA. Persoalan berbentuk one to one sebelum kami mengadap juadah pagi selepas majlis TGNA. Terus terang, tak expect TGNA memberi jawapan. Namun, sambil memegang tanganku, dia berbisik dengan senyumannya.


Katanya dia sudah pun bercakap dan menegur Nik Abduh. Tidak benar jika di letakkan pembantu TGNA, katanya. Menimbulkan pelbagai tafsiran. Apa pun khabarnya TGNA akan mengeluarkan kenyataan sekembali dari Makkah nanti.




Sultan Azlan Perkenan Bubar DUN Sebelum 7 Mei?

Dalam pada persiapan menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak mulai 7 Mei depan sedang rancak direncanakan oleh kerajaan kudeta Zambry, timbul pula desas desas di kalangan ahli politik Perak dan bisikan pihak istana bahawa Sultan Azlan Shah berkemungkinan besar akan memperkenankan permohonan Menteri Besar Pakatan Rakyat untuk membubarkan DUN sebelum pun DUN sempat bersidang.

Sumber-sumber memberitahu TV Antara, Sultan Perak akan terlebih dahulu memperkenankan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk mengadap baginda bagi mempersembahkan permohonan pembubaran DUN dan dijangka baginda akan memperkenankan permintaan itu.

Kesimpulan ini dibuat memandangkan pergolakan politik Perak tidak mungkin reda dalam masa terdekat sejak Umno dan Barisan Nasional merampas kuasa daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang dipilih melalui 52 peratus jumlah undi yang diperolehi semasa Piliha Raya Umum ke 12 tahun lalu.



Datuk Seri sebelum ini telah menulis dua kali kepada Sultan Perak bagi memohon mengadap baginda untuk berbincang mengenai pembubaran DUN setelah Umno dan BN "menculik" tiga daripada Ahli Dewan Undangan Negerinya dan memaksa mereka menyokong kerajaan kudeta Zambry.

walau bagaimanapun pihak istana sampai kini belum lagi memberi apa-apa jawapan terhadap permintaan mengadap yang dipohon oleh Datuk Seri Nizar.

Pertama kali beliau menghantar surat berhubung perkara tersebut ialah pada 11 Mach lalu bagi memohon menghadap Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan tiga resolusi yang diluluskan ketika sidang tegempar di bawah pokok di Ipoh pada 3 Mach.

Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar, membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan dan mengesahkan keputusan Speaker V. Sivakumar melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

Susulan kepada surat pertama itu telah dihantar kepada istana sejurus sahaja Datuk Seri Nizar diisytiharkan menang pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April lalu.

MB kembali bertugas Rabu ini

PENGKALAN CHEPA : Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mulai bertugas semula Rabu ini selepas kembali daripada menunaikan ibadat umrah kira-kira jam 4.10 petang semalam.

Beliau bersama isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak serta anak bongsu Nik Asma' Salsabila menunaikan ibadat umrah sejak 20 April lalu. Turut mengiringinya Setiausaha Sulit Khasnya, Rusdi Abdullah.

Kepulangannya disambut Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dato? Mohd Amar Abdullah, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, dan Abdul Fattah Mahmood.

Turut kelihatan Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Menteri Besar kelihatan sihat dan ceria sebaik sahaja melangkah keluar dari pintu kenamaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sambil tersenyum dan bersalaman dengan orang ramai. Sesekali beliau turut melambaikan tangan.

Bagaimanapun tiada persidangan media diadakan memandangkan beliau masih kepenatan.

Sementara itu, Ahmad melahirkan rasa syukur di atas kepulangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang sentiasa dinanti rakyat Kelantan.

"Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah, Tuan Guru begitu sihat dan ceria," ujarnya.

Isu Kerajaan Nizar : SUK Rampas Kuasa Nizar

Dato' SUK Negeri Perak sudah hilang pertimbangan apabila merampas kuasa Speaker Dewan Negeri Perak. Beliau telah mengeluarkan perintah melarang media memasuki persidangan Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei ini melainkan media-media yang dibenarkan sahaja, sudah tentu media yang dibenarkan itu media arus perdana yang laporan menyebelahi mereka.

Tindakan Dato' SUK dianggap melangkaui bidang tugasnya yang sebenar. Beliau langsung tidak ada hak dan kuasa menentukan perjalanan Sidang Dewan. Perjalanan Dewan Negeri adalah di bawah kuasa Speaker.

Speaker yang menentukan agenda mesyuarat, berapa hari bersidang, menentukan dan menyusun soalan-soalan lisan dan bertulis untuk dijawab oleh pihak kerajaan. Orang lain boleh tidak boleh campurtangan dalamm urusan ini.

Satu dunia tahu bidang kuasa Speaker. Kita hairan bagaimana seorang SUK, pegawai kerajaan yang paling tinggi jawatannya di Perak tetapi jahil dalam bab ini. Atau dia ingat Speaker kita ini boleh diperbodohkannya.

Sebelum ini, Dato' SUK juga yang membuat kenyataan sidang DUN tergempar 3 Mac yang lalu tidak boleh dijalankan dan tidak sah, dia juga yang menghalang Speaker dan semua ADUN PR memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan untuk bersidang. Sedangkan Speaker dan semua ADUN ada hak memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan apatah lagi memasuki Dewan Undangan Negeri samada ketika bersidang ataupun tidak.

Sebenarnya pengalaman 11 bulan di pejabat Menteri Besar Perak, dari awal pemerintahan PR sememangnya Dato' SUK ini tidak sangat memberi kerjasama kepada kerajaan PR.

Dato' Seri Hj Nizar sering merungut perihal SUK yang lambat bertindak, tidak memberi kerjasama yang sebaiknya kepada MB apabila diminta bertindak terhadap sesuatu perkara, pertukaran pegawai-pegawai kerajaan yang penting juga tidak pernah dimaklumkan kepada MB, cadangan MB untuk melantik pengarah atau pegawai baru dalam mana-mana jabatan yang kosong juga tidak pernah diendahkan oleh Dato' SUK.

Kita akui ada yang diambil tindakan tetapi lambat dan lembab. Kalau hendak didedahkan perangai SUK ni memang banyak, tetapi memadaliah setakat ini.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .