Ikuti Blog ini

Lensa Dan Catatan Sekitar Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sultan Muhammad Ke-V

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgC-4F9H4of7ucQkoklFZp6Y5-LzrqJkJwe1t_0KzS_jVdSZhS0omdmL5ATbhfdra8C2v4ISJfU-eG1oGZ53p2V_M1_W2mHncIuxIQqK2d87HNhst753SNU0Tu_LoCatOJxsoK7-Lh-znA/s1600/HR+1.JPG
Alhamdulillah, Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini merupakan kali pertama Sultan Muhammad Ke-V menyambutnya bersama rakyat Kelantan selaku Sultan Kelantan. Seperti lazimnya, program pertama Sultan Muhammad Ke-V di pagi raya adalah menunaikan solat Aidil Fitri di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, pada jam 8.30 pagi.

Pada jam 9.30 pagi pula, Sultan Muhammad Ke-V telah berkenan untuk berangkat ke Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, untuk menziarahi makam-makam keluarga diraja.

Ini diikuti oleh keberangkatan Baginda untuk berhari raya bersama rakyat di Istana Negeri, Kubang Kerian, pada jam 10.30 pagi. Pada tahun ini acara ini telah dititah supaya dipindahkan dari Istana Balai Besar, Kota Bharu, ke Istana Negeri, Kubang Kerian, yang lebih luas bagi membolehkan lebih ramai rakyat dapat berhari raya bersama Baginda. Alhamdulillah, titah ini adalah satu titah yang tepat kerana lebih ramai rakyat hadir ke acara ini pada kali ini. Selain bersalaman dan beramah-mesra, Baginda juga telah memperkenankan permintaan rakyat untuk bergambar bersama Baginda.

Pada jam 5.00 petang, Baginda telah berkenan untuk menerima menghadap Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan di Istana Negeri, Kubang Kerian.

Setelah majlis penghadapan tersebut selesai pada jam 5.30 petang, Baginda telah membuat keputusan mengejut untuk turut berangkat menunaikan solat ke atas jenazah mudir Pondok Terusan, Pasir Tumboh, Tuan Guru Haji Hashim Abu Bakar, yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.10 tengahari sebelumnya (arwah Tuan Guru Haji Hashim juga telah Baginda anugerahkan dengan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) pada tahun lalu bagi menghargai sumbangan besar beliau kepada rakyat). Sesungguhnya inilah salah satu bukti kecintaan Baginda terhadap para ulama'.

Sebelum itu, pada hari terakhir Ramadhan, Baginda juga telah mengejutkan jama'ah di Masjid Telipot, Kota Bharu, yang turut meliputi ramai anak perantau yang telah selamat kembali ke kampung halaman apabila dengan tiba-tiba sahaja muncul untuk menunaikan solat sunat dan solat Subuh di sana tanpa sebarang protokol dan pengumuman serta tanpa diiringi oleh mana-mana pegawai seperti lazimnya. Kehadiran Baginda yang hanya disedari setelah Baginda selesai menunaikan solat sunat ternyata menggembirakan jamaah yang memenuhi ruang masjid itu yang telah mengambil kesempatan itu untuk berbaris panjang bagi bersalam dengan Baginda setelah Baginda selesai menunaikan solat Subuh.

Bersama-sama ini disertakan sebahagian foto sambutan hari raya Sultan Muhammad Ke-V untuk tatapan pengunjung blog. Selamat hari raya, maaf zahir batin, untuk semua.

Sumber Gambar Dan Catatan





https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgdimmFtL4TppBXbvE3u9YrV0-pCh1Lqsco8y-pwQzb1uK_paVbZNRuXwOmGhndDXy2DQ3XUViA_y_-QLHpNTAdvv9Q4P2emHD1x9erfpfPmdZDmjFFumK2aRXaXba1aKFr6H6RedSU5ZA/s1600/HR+2.JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZmMGPKJSOF15zBT__LBy06MEnK3T0jvruZd9MnMeMO61fJy95XBGzYfirRGInM4KWb4fGDJpVMPpCRdaV7ABQFcMuGwBshSUmMuPcsiMz7cIkvjbm_yGZdaSi56Rec3lgNLsl2M00BwQ/s1600/HR+3.JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9Fjej15Oa5iqXspg8sGxL6X25nsZJ74GGDskb23gsWynVwnYDciqjHDNfz5LKWdM4tKVsQCHD3O6BfiG3rjrCDQyaG0CsVqT0lOSrkHQcUwHleZwjYnWSmYM2Ol0mXFuuc2R9qhpBeSw/s1600/HR+4.JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0MLpHRnhJwn2f-R9O544b4S9VBXaq9if9Ex69Lzjhf_vxzfYkwx04o9g_5XauJsz_hqkb7Lg3h0AglNiSzrpApaBiPsBUjenQvnJiQ6mLIg4uxoNSeAZwWcZZG35BElXVD5hqZEaurcI/s1600/HR+5.JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgdH21r2qPt4x3ZygOCcbBDFyXf9mG-5ddoKJ79sW398RzuQpa4-LFe7hyphenhyphen3q8RkoqUEDE7lKRnwZRk7lcDoNIfZxZxRLgvD3_7S3T_EpMWXX66rzzRJ6sSsigOXvHObGP0MtXlZ0ZxP72g/s1600/HR+6.JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfFAqukFKJi5_SpVeCUleByXpsGZXIpDdlKcWRSKcl7MGPfXq1DFSjtT7TzOelb05mDMkeL8tS49i5BITu2p3felyUtrFNA66XmkT-Shc8q2vOmrF1x_LV35MpXAOPgYIiS9XePEnlGhE/s1600/HR+7.JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhThvnWzTl9qCLe3baGMdP5zceMnm_MVrrxKPckGSA_XqPX7M_L_ZWa6hOeR66fdCuyxhYMAyK6Fe5hb5PxTk8JfKLCEtMzOJ0ZthMzB3N2FUq97g0AiTBOQn2VIUDkYVgdO2KFOnEc01g/s1600/HR+8.JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgKhLgVYGfiUpFjVnaLXNEtGk9KW-5FolTKhcrqG0TyASnUc995snPhG00loi73krI3RTwd6LtmzNEZtHLCeR9vxBz7zEyJ5zTBLuNhoE-nPU7a009hdZDO8sbltNYafJ9Nl94BlZS-kc/s1600/HR+12.JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyXp-NX95ncp3sWR4Qa3fZtFSw6_OKGtMaY6_uVfa7rWfbW-hc_SB4VYMTSjqS9P77mvRyS-8YjWVWXTjhKAsMpby3Cj25u8oEcE1IYlFdLb79xOoeYl2szpLNICHd-ZqYkqpuQWVUlpE/s1600/HR+11.JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgcvAxXsQ2K9iTe4F9YuiUce1t5J9VWyie4vo0qBK7_3OYLW3j_8KIpBy_5zn1MQdsymy-IDTnsbBBFqwrTxbRQLlClbKM6le65jkmfuXu3pFqHGpSdbvZ2URkjGujvvOQ2Nb_Z1i1xU-Y/s1600/HR+13.JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjB9MAARC3TvTdBjJQkzFQETREh4GIFVo2oPJ_2KGL8L2pDH7MGL_lgOz60tRD1usi4wzzjOr9YKj-hRKiPiiKrgDW4nyeQLMkTGOtHCRuKe66pQSQLQdZOeNXhohrE4Be8D8TOUFwSyo0/s1600/HR+14.JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqK-M4rNMeKc9g47Yfg6oTBMK5DFAWTDGBRLWKwVoY4KbIckssSkNQYTXn_MP3VoXCLk3jzNhiNzvRVkS_VFq6E9KqERHwbXyRvi55A5z8ixiAFWbvVG6qQQt15WJQBSo_uikSCOoTN4w/s1600/HR+15.JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgyLxS5OJ2IaSp1y5BZ4yaWtIaa43bPkXez7ds3L0FkRM3B2kpLVRqTvnl62cC6o__bM8risowUh805UJqw9_qXoBL6Zmlfs1sAqzcEZMlAWW50EtLSHegmK_TujBVyqkBMdzw1WpUbDws/s1600/HR+16.JPG

NAJIB GELISAH!!! Orang ketiga bersama Razak Baginda dan Altantuya bakal didedah

Barisan peguam dari Perancis yang menyiasat samada syarikat gergasi DCN membayar sejumlah besar wang dalam bentuk komisen dan imbuhan kepada pegawai atasan Malaysia termasuk PM Najib Razak akan member lapuran terkini berkenaan kes tersebut di London pada akhir bulan Sept ini.

Walaubagaimana pun, masih kurang jelas samada William Bourdon, yang diusir keluar dari Malaysia Julai lepas terlibat dalam pasukan yang menghadirir majlis ‘fundraiser’ yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan Suaram atau Voice of Malaysia, menurut pengarah Cynthia Gabriel, seorang lagi peguam terkenal Perancis iaitu Joseph Breham akan berada di London.

Breham dijangka mengambil alih dari Bourdon yang terpaksa berhenti selepas diusir. Breham nungkin akan mendedahkan secara terperinci rahsia yang diperolehi hasil siasatan kes tersebut.

Rakyat Malaysia yang mengikuti kes kompleks tersebut menjangka kan yang pihak peguam akan mengesahkan bahawa pihak ketiga yang terbang bersama Razak Baginda dan Altantuya Sharibu ke Macau dan Hongkong ialah Najib.

Pendedahan tersebut akan meruntuhkan langit politik Najib, yang mana kedudukan rating popularitinya menurun 6% ke 59% dalam tempoh 3 bulan.

“Kejatuhan angka rating tersebut agak serius dan mempunyai kesan kepada UMNo dan BN untuk mengambil perhatian dan membuat tindakan segera. Sebagai pemimpin kerajaan, mereka haruslah menyiasat sebab musabab penurunan ini,kenapa rakyat tidak gembira.

Hal ini bukan sesuatu yang hanya perlu untuk kesejahteraan politik mereka tetapi sebagai pemimpin yang bertanggungjawab yang dipilih oleh rakyat untuk menguruskan negara ini.kata Presiden transparency Malaysia,Ramon Navaratnam kepada Malaysia Chronicle.

Langit politik runtuh

Musuh-musuh politik Najib menunggu saat nya sahaja untuk menjatuhkan Najib. Sebarang pengesahan berkaitan Altantuya akan member peluang bagi mereka untuk membuat undi tidak percaya terhadap beliau walau pun beliau telah melafazakn sumpah dihadapan Al Quran yang beliau tidak kenal wanita tersebut.

Wanita jelita 28 tahun itu didakwa sebagai teman rapat kedua najib dan Razak . Wanita itu dibunuh di Malaysia dalam tahun 2006, dan 2 bekas pengawal peribadi najibtelah dihukum gantung sampai mati kerana membunuh wanita itu, walaupun kedua mereka tiada motif untuk bebuat demikian. Pegawai2 US dalam nota diplomatik mereka yang didedahkan di WikiLeaks mensidatkan perbicaraan terhadap kedua pengawal tersebut sebagai berat sebelah.rakyat Malaysia sendiri percaya kedua pengawal tersebut diarahkan untuk membunuh bagi mengelakkan dari wanita itu mendedahkan berkenaan komisen yang diambil oleh DCN.

Kedua –dua Bourdon dan Breham, yang merupakan peguam hak asasi terkemuka Perancis, dilantik oleh Suaram untuk menyiasat jika pembayar cukai telah di tipu secara tidak adil dan berlebihan oleh DCN.dalam proses siasatan tersebut, mereka perlu memeriksa urusaniaga antara baginda dengan DCN dan dipercayai mereka telah Berjaya negesan tiket penerbangan dan dokumentasi perjalanan yang menunjukkan pejalanan yang dibuat oleh Altantuya,Baginda dan lelaki ketiga misteri utnuk menjalankan urusan perniagaan DCN.

Keadaan menjadi kabur di Malaysia

Bourdon yang di usir secara mengejut dari Kuala Lumpur pada akhir Julai,dijadualkan untuk member kenyataan berkenaan pada peringkat kedua ‘ fundraiser’.Pengusiran beliau menimbulkan tandatanya dan berita tersebut tersebar luas.

Ini adalah satu kerajaan,walaupun mereka membelanjakan jutaan ringgit untuk perhubungan media dan perunding pengurusan yang sentiasa silap langkah dan menjerat diri.pengusiran peguam Perancis tersebut ialah contoh terbaru.Sekarang, buat pertama kalinya, semua perkara yang panas berkenaan skandal tersebut, termasuklah model yang di bunuh oleh pengawal peribadi PM-di siarkan dalam Washington Post.Hal ini menambahkan tandatanay kepada masyarakat. Kerajaan apakah yang ada Malaysia ini?Adakah Najib ini sebenar benar seperti yang beliau ingin gambarkan tentang diri beliau? Kata John Malott bekas duta AS ke Malaysia kepada Malaysia Chronicle.

Kementerian pertahanan Malaysia membeli 2 buah kapal selam Scorpene dan sebuah Agosta pada tahun 2002.Najib,menteri pertahanan ketika itu, terlibat dalam urusaniaga terebut yang ditentang hebat oleh pendapat umum kerana kos yang tinggi dan ketidaksesuaian kapal2 tersebut.Sehingga kini, masyarakt mensyaki bahawa kerajaan Malaysia masih melindungi fakta berkenaan kos sebenar urusniaga tersebut, terutamanya kos selenggaraan jangka panjang .

Kos yang paling hebat dipertikaikan ialah RM570 juts selanggaraan sokongan yang ditandatangani dengan Perimekar, sebuah frima berkaitan dengan baginda,yang juag bertindak sebagai perunding dalam hal ehwal jual beli kerajaan.

Kehadiran Rosmah dan rayuan Suaram untuk sumber kewangan

Pendedahan terbaru dari US atau nota diplomatic juga menimbulkan kesangsian terhadap dakwaan bahawa isteri Najib, Rosmah hadir di lokasi pembunuhan bersama dua pengawal tersebut. Bagaimanapun, berita tersbeut tidak menyatakan bahawa beliau bersih dari sebarang pembabitan dan melapurkan rakyat Malaysia tidak mempunyai kepercayaan terhadap integriti badan yang menyiasat kes pembunuhan Altantuya.

Di Perancis, membayar komisen utnuk mendapatkan sesuatu kontrak adalah salah di sisi undang-undangdan inilah sebabnya Suaram telah memulakan satu tindakan guaman terhadap DCN di Paris, selepas gagal mendapatkan kerjasam kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa anti rasuh untuk menjalankan siasatan.

Setakat ini, Suaram telah menganjurkan 3 majlis bagi mengumpul dana bagi membayar yuran guaman ,jamuan makan malam di London ialah majlis yang ke empat.Bagaimanapun, menurut CCynthis, badan bukan kerajaan tersebut masih jauh dari sasaran kutipan dana dan memerlukan lebih dana lagi bagi membolehkan tindakan guaman tersebut berjalan lancar.
Posted by PASPB

Misi Somalia Umno: Gara-gara cari publisiti murah


Pada masa artikel ini disiarkan, badan berusia 39 tahun Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera Bernama lewat, yang nampaknya mengikuti misi kemanusiaan Umno Putra kelab kepada rakyat Somalia telah tiba di Malaysia.

Ia adalah tragis, disamping beratus-ratus nyawa yang hilang semasa Raya di jalan raya Malaysia kerana ‘amukan’ balik kampung , Faizul pula menemui ajalnya dalam wilayah perang yang melanda Mogadishu, Somalia.

Adakah ini hanya satu kemalangan? Bolehkah ia dielakkan? Adakah UMNO yang terburu-buru ke Somalia benar-benar mahu membantu Somalia? Atau adakah parti ini telah hilang kewarasan dan tergesa-gesa tanpa berhati-hati ke Somalia pada malam Raya untuk satu aksi publisiti yang ngeri.


Jika ia adalah untuk satu aksi ngeri publisiti, maka kematian Faizul adalah sia-sia dan ini bukan kali pertama kakitangan kita, kedua-dua perubatan dan bukan perubatan menghadapi risiko bukan sahaja nyawa mereka, tetapi yang lebih penting orang di sekeliling mereka yang mungkin tidak sedar kepada bahaya seperti misi ini.



Apa kena mengenanya orang Somalia dengan 1Malaysia? Kalau dikatakan bodoh,
marah pula! Tetapi inilah antara contoh kebodohan penganjur misi ini

Pada tahun 2003, Mercy Malaysia, bertindak sama dengan meletakkan kakitangan perubatan yang berada di dalam bahaya.Dua Doktor , Dr Jamilah dan Baba bernasib baik untuk hidup walaupun kedua-duanya ditembak di Baghdad.

Tidak bernasib baik pemandu mereka orang Syria dan kakitangan perubatan Iraq yang mengiringi mereka. Kedua-duanya kehilangan nyawa dalam tembak menembak. Rakyat Malaysia mungkin bertujuan baik, tetapi menyampaikan bantuan di kawasan yang bergolak dengan perang dan bencana membawa risiko yang besar dan memerlukan latihan khusus.

Ia bukanya seperti satu aktiviti luar budak pengakap. Selain daripada aspek keselamatan, soalan-soalan telah timbul tentang bagaimana perjalanan ini adalah dibiayai dan yang siapa sebenarnya yang mengaudit usaha yang sukar ini?

Apabila tsunami 2004 melanda Acheh, rakyat Malaysia adalah salah satu daripada yang pertama tiba di Acheh. Tetapi mereka begitu buruk dilengkapi untuk menjalankan tugasan . Berbeza langsung, Singapura dan Australia telah menghantar tentera dan pakaian tentera laut mereka untuk menghadiri pengagihan bantuan.

Bantuan kemanusiaan yang dijalankan oleh pasukan terlatih cenderung untuk menjadi lebih teratur, terancang, rawatan segera dan memberi tumpuan kepada membantu.

Rakyat Malaysia keluar untuk membantu Sendai, Jepun berikutan tsunami tahun ini , telah tidak dibenarkan walaupun untuk meninggalkan Subang untuk ke Jepun oleh pihak berkuasa Jepun, mereka secara sopan enggan menerima bantuan tersebut kerana mengetahui benar dan mereka tidak dapat menjamin keselamatan orang-orang mereka sendiri apatah lagi sukarelawan asing yang tidak terlatih dalam mengendalikan kebocoran nuklear .

Dari imej yang dipertontonkan di TV tempatan, pasukan Umno Putra nampak sebagai kakitangan yang tidak terlatih melakukan rondaan mereka di kawasan yang tidak mesra dan kadang-kadang agresif.

Bagaimana akan memberi suntikan taun / vaksin secara adhoc dan mengendalikan klinik pesakit luar tanpa persediaan di kem-kem pelarian membantu orang awam di sana dalam jangka panjang?

Dan mengapa anda mahu melakukan suatu tugas yang anda tidak dilatih untuk mengendalikan terutamanya di persekitaran anda tidak begitu ketahui dan tidak begitu mesra.

Kita dalam keadaan aman pula dan ini akan mempunyai misi yang baik untuk mereka sentiasa dalam keadaan bersiap sedia.

Tiada bahaya yang pasti kapal selam kita tenggelam kerana mereka tidak boleh menyelam, atau jet tentera udara kita tanpa enjin terhempas dan sudah tentu tidak ada komunis untuk diawasi atau yang sedang menunggu untuk mewujudkan satu lagi keadaan Bukit Kepong.

Jika kita mengkaji secara ringkas di laman web hospital tentera menunjukkan bahawa hampir kesemua hospital-hospital mereka tidak ada pesakit. Apa yang doktor tentera dan medik kita buat dengan begitu banyak masa lapang?

Bukankah sepatutnya mereka yang pergi dan bukannya kelab Umno. Kecuali, tentunya, bantuan yang Umno pergi untuk sampaikan adalah ‘satu pertunjukan’, menu utama ialah publisiti untuk parti atau pemimpin berdasarkan laporan harian dalam imej MSM dan TV pada masa perdana.

Adakah ini kempen pilihan raya GE13 menggunakan kesengsaraan Somalia dan wartawan kita diperalatkan untuk mencuci otak orang-orang kampung di Jengka dan Baling?

Umno kini perlu bersedia untuk menjawab beberapa soalan yang sukar. Misi tiba di Somalia pada 30 Ogos di salah satu daripada destinasi paling berbahaya di dunia dan negara yang merupakan rumah kepada lanun yang boleh memberi malu ke atas angkatan laut paling besar di Lautan Hindi, termasuk Tentera Laut Amerika Syarikat.

Rupa-rupanya ia telah ditetapkan masa untuk menyediakan bantuan Hari Raya dan mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan juga untuk bersolat Hari Raya di sana!

Jika Kementerian Kesihatan yang terlibat dan telah menghantar beberapa anggota mereka, Liow Tiong Lai lebih baik bersiap sedia dengan beberapa jawapan!. Dengan keadaan rakyat Malaysia sendiri seolah perlu berperang untuk mendapatkan rawatan literal di kebanyakan hospital kerajaan, amat menarik untuk mendengar alasan Liow, seperti di Tung Shin.

Bantuan sepatutnya untuk diagihkan kepada lima kawasan, dengan Mogadishu menjadi persinggahan pertama. Lain-lain termasuk Badbadur, kira-kira 25km dari Mogadishu, di mana kira-kira 250,000 orang mengambil perlindungan, Al Shabeb di Merka di mana 300,000 orang terjejas oleh kebuluran dan di kem Balet Veni yang menempatkan 100,000 orang.Kedua-dua kawasan ini terletak 100km dari Mogadishu.Malah ketua Operasi Lt-Kol Zahani Zainal Abdin telah memberi amaran bahawa adalah sangat berisiko untuk terbang ke Mogadishu pada waktu malam.

Secara keseluruhan, terdapat sejumlah 55 sukarelawan dan ahli-ahli media yang membentuk sebahagian daripada misi meliputi kawasan dalam lingkungan hampir 200 km di negara di mana tanpa undang-undang kecuali untuk satu kuasa 9000 yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) --satunya undang-undang dalam negara 10 juta.

Jangan buat kesilapan, di negara ini walaupun berumur baru berumur 12 tahun , mereka membawa AK-47. Ahli-ahli kelab Umno tidak ada sebab berada di negara ini dan dalam mengejar publisiti murahan yang membahayakan nyawa orang awam lain , dan nyawa kedua-dua rakyat, Malaysia dan Somalian

Mana-mana misi yang membawa orang awam dan wartawan adalah kecacatan kepada mana-mana anggota tentera kerana ianya mendedahkan bahaya walaupun komando tentera paling terlatih menjadi umpama seekor itik duduk.

Al-Fatihah kepada keluarga Noramfaizul Mohd Nor. Mari kita berharap Bernama dan Utusan tidak memutar belitkan kematiannya yang tidak sepatutnya dan tidak perlu sebagai "mati syahid".

sumber Alhusseyn

Politik Perut Buncit Otak Kempes Awang Adek

BEKAS bakal MB Kelantan yang kalah di dua kerusi Parlimen dan Dun dalam pilihan raya lalu mengatakan kerajaan Kelantan tidak mampu untuk mengatasi kesesakan jalan raya di Kelantan. Ini katanya kerana kerajaan Kelantan tidak ada perancangan untuk mengatasi masalah itu. Kita akui akan kesesakan jalan raya berlaku di Kelantan terutamanya setiap kali menjelang hari raya, atau cuti umum yang panjang. Kemuncak kesesakan ialah paa hari raya.
 
Kemasukan kereta luar meningkat berkali ganda berbanding hari biasa adalah puncanya. Pada hari raya anak-anak Kelantan yang berada di luar akan pulang ke kampung halaman. Kepulangan itu adalah tradisi rakyat Kelantan sekaligus menunjukkan orang Kelantan mengambil berat mengenai kampung halaman dan kaum keluarga di kampung. Kata orang sejauh mana selaung melauk akhirnya akan kembali ke lubuk juga.

Di sini tidak timbul soal kerajaan Kelantan tidak mampu atau pun tidak tahu merancang. Hakikat kerajaan Kelantan tidak mampu itu harus diterima. Peruntukan untuk membena jalan raya bukan sedikit. Pendapatan Kelantan yang bersumberkan hasil tanah dan hutan serta cukai tidak seberapa. Pendapatan itu hanya cukup membayar gaji pegawai kerajaan saja. 

Kelantan memerlukan bantuan dari kerajaan pusat. Malangnya bantuan itu dinafikan atas permainan politik mundur ke belakang oleh Umno. Kelantan yang seharusnya mendapat peruntukan menurut semangat federalisme dinafikan. Kalau pun ada peruntukan yang diberikan ia tidak sepenuh seperti mana negeri-negeri lain.

Jalan raya yang sering mengalami kesesakan seperti Kota Bharu – Kuala Krai, Kota Bharu – Pasir Puteh, Kota Bharu – Tumpat adalah melibatkan jalan-jalan di bawah tadbir Persekutuan. Jalan-jalan ini dalam tanggungjang dan seliaaan JKR – Persekutuan. Kalau jalan ini menimbulkan masalah yang salahnya ialah kerajaan Pusat kerana pengabaidannya.

Awang Adek sebagai Timbalan Menteri Kewangan tahu akan hakikat ini. Sebagai anak Kelantan beliau tidak sepatutnya mengkritik – yang tidak memberi apa-apa kebaikan untuk rakyat negerinya sendiri. Sepatutnya beliau berusaha untuk memperbesarkan jalan berkenaan. Berikhitar dan menggunakan kuasanya selalu jemaah menteri kabinet. Wang royaliti Petronas yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan seharusnya dilepaskan untuk belanja membina jalan dan membangun apa-apa prasana lain.

Anihnya kenapa Awang Adek tidak mahu berusaha membawa peruntukan itu bagi mengatasi masalah keseskaan jalan raya. Dengan mengkritik kerajaan Kelantan ia tidak menyelesaikan masalah. Apakah kerana Kelantan hari ini di bawah Pas maka peruntukan perlu ditangguhkan? Sekali lagi kalau itulah pendapat dan pendekatan politik Awang Adek ia surut ke belakang. Ertinya politik Umno tidak dinamik dan progresif. Awang Adek dan pemimnpin Umno lain bukan mereka yang ikhlas untuk membantu rakyat Kelantan.

Orang yang cuba memanipulasikan hak rakyat Kelantan untuk kemenangan diri sendiri adalah jenis munafik dan oportunis. Selamanya tindakan sebegitu tidak akan memberi kebaikan dan keuntungan kepada Awnag Adek dan Umno. Seharusnya Awang Adek belajar dari sejarah, bagaimana diskriminasi, penganiayaan kepada rakyat Kelantan telah menjahamkan Umno.

Satu masa dulu Umno mengamalkan dasar apartied di Kelsantan. Rakyat Kelantan yang memberi sokongan kepada Pas ditindas dan dijera dengan menafikan projek. Itulah adalah percubaan dan strategi ketika itu. Ternyata penindasan itu tidak memberi bekas. Sepatutnya Umno insaf bahawa kesan penindasan itu bukan saja terkena ke atas kepala orang Pas tetapi orang Umno juga. Umno sepatutnya ingat bahawa kurang 55 persatus lagi rakyat Kelantan adalah mereka yang menyokong Umno. 

Biarpun rakyat Kelantan dijera begitu sekali tetapi ia tidak memberi apa-apa impak. Rakyat Kelantan tetap juga menyokong Pas dan menolak Umno. Umno kena kaji kenapa ini berlaku dan mereka perlulah mengubah pendekatan dan strategi politik.

Mereka sepatutnya membuang pendekatan lama yang diamalkan oleh pemimpin terdahulu. Jaras-jaras politik stail Annuar Musa hendaklah dibuang jauh. Bagai mana Annuar Musa semasa menjadi menteri dulu menafikan apa-apa pembangunan untuk Kelantan kecuali memewahkan kawasannya sahaja perlu dijadikan panduan. Walhasilnya kerana pendekatan sebegitu akhirnya Annuar sendiri dihukum oleh rakyat Kelantan dan termasuk rakyat Ketereh yang dimewahnya selama ini.

Awang Adek sewajarnya sedar akan sikap dan perwatakan orang Kelantan ini. Selagi Umno tidak mahu mengubah strategi dan tetap berpegang kepada stail lama maka selama itu Umno tidak akan menang.
Rakyat Kelantan adalah masyarakat yangh tahu menilai. Masyarakat yang bebas dan berdikari dalam kehidupan mereka. Apabila Umno tidak ikhlas dan mengkhianati mereka mereka akan membalas dengan kejamnya. Rakyat Kelantan tahu akan ketidakmampuan Kelantan seperti kata Awang Adek katakanm itu. Tetapi kenapa rakyat Kelantan tetap dengan Pas kerana mereka tahu akan keikhlasan dan kejujuran pemimpin Pas.

Kepada Awang Adek, Mustapa Mohamed juga dan lain-lain pemimpin ubahlah pendekatan kalau mereka mahukan rakyat menerima Umno. Buanglah stail lama. Politik diskiminasi, menganiaya orang lain ataupun hipokrasi jangan diamalkan lagi. Cubalah membuat anjakan dalam politik dengan bersikap profesional meletakkan demokrasi itu seadilnya. Jangan kerana tidak menang rakyat seluruhnya perlu dihukum.
Mereka yang tersekat di jalan raya berjam-jam di Kelantan itu bukan saja orang Pas dan PKR tetapi mereka juga termasuk orang Umno. Jadi jelas cara politik Awang Adek ia bukan menganiayakan orang Pas dan PKR tetapi turut menzalim orang Umno. Kalau begitulah cara berfikir Awang Adek maka jelas orang melihat perut Awang Adek saja buncit tetapi akalnya kempes. -MSO

KES BUKIT KEPONG-ANTARA FAKTA SEJARAH DAN KELENTONGAN Umno


Harakahdaily - Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau. Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO.

Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Siapa Mat Indera

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung,

Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis.

Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.

Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.

Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".

Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.

Rasional bukan emosi

Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang.

Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan". Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang?

Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .