Ikuti Blog ini

Satu lagi Siaran Radio dilancarkan selepas Radio Rakyat & Radio KedahLanie

Dun Semerak Catat Sejarah Milik Radio Sendiri

KATA orang kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Di mana ada kemahuan disitulah ada jalannya. Selalunya mereka yang berkemahuan tinggi akan berjaya mencapai apa yang dihajatinya. Begitu juga kejayaan bukan saja milik kalangan ahli ilmuan dalam bidang tertentu, tetapi mereka yang tidak keahlian juga akan berjaya, asalnya ada keazaman yang tinggi.

Begitulah apa yang boleh dipadankan dengan kejayaan Pusat Khidmat Adun Semerak, Pasir Puteh Kelantan, khasnya kesungguhan Adunya, Wan Hassan Wan Ibrahim. Kejayaannya mewujudkan siara radio internet sungguh mengejutkan saya. Saya tidak pernah terfikir sebuah Dun seperti Semerak yang berada di luar Kota Bharu Bandaraya Islam (KBRI) memiliki siaran radio berkenaan.

Siaran radio yang dinamakan Radio Ore Semerak (ROS) itu kini dalam tempoh percubaan. Ia dijangka dilancarkan secara rasmi oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menurut pengarah operasi Pusat Khidmat Masyarakat Adun Semerak, merangkap pengawal siaran dan operasi, ROS, sdr Ibrahim, siaran itu dilancarkan beberapa bulan lalu dan ia mendapat sambutan menggalakkan.

Setiap hari radio itu dilanggani kira-kira 800 hingga 1,200 dalam satu-satu masa.

Difahamkan bahawa Dun Semerak merupakan satu-satunya memiliki siarah radio seumpama itu. Ini sekali gus menjadikan Dun Semerak mencatat sejarah sebagai perintis radio internet dan meninggalkan 45 Dun lain di seluruh Kelantan.

Jelas sekali kejayaan mewujudkan radio itu membuktikan kesungguhan dan juga keazaman tinggi Wan Hassan dan para petugasnya. Kejayaan mewujudkan radio dalam talian itu (internet) menolak persepsi dan gelaran yang dilekatkan kepada Adun berkenaan sebagai Adun barangan Purba.

Wan Hassan memang seorang peminat barang-barang purba. Beliau memiliki barangan purba ada yang berusia lebih 500 tahun dengan nilain ratusan ribu ringgit.

Berbalik kepada kejayana mewujudkan radio itu, ia dikendalikan oleh tiga orang DJ dan dua juruteknik yang berkerja secara sukarela dan bergilir-gilir. Antar pengisiannya ialah menyiarkan lagu=lagu, menyampaikan maklumat dan dalam masa sama ia menjadi penghubngi antara masrakat Semerak yang berada di mana-mana saja.

Penduduk Semerak juga boleh menggunakan siaran radio ini untuk menghebahkan berita atau maklumat di sekitar Semerak dan Pasir Puteh.

Semasa kunjungan saya bersama dua rakan, Lawyer Md Radzi Mustapa dan bekas Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Mohd Zaki Abdul Rahman saya sempat bersiaran secara langsung menerusi radio berkenaan.

Dalam pada itu menurut Wan Hassan beliau mengalu-alukan cadangan, kritikan untuk memperbaikkan lagi radio berkenaan. Beliau juga berhajat akan mempertingkatkan lagi mutu siarannya. "Kalau boleh kita mahu jadikan ROS ini sebagai radio alkternatif kepada rakyat," jelasnya bangga.

Dalam pada itu beliau mengalu-alukan sebarang derma ataupun bantuan teknikal dari sesiapa saja demi meningkatkan siaran ROS itu. ROS boleh dikuti menerusi htpp://semerakloni.listen2myradio.com. Syabas dan tahniah kepada Dun Semerak khususnya Wan Hassan.

Umno juara fitnah, cetus sentimen agama

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukkan Imej PAS dan Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tindakan cybertrooper Umno yang menggunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.

“DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat.

Katanya, gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam.

“Hal sebegini sudah berakar umbi dalam Umno sehingga diwarisi oleh anak-anak muda hingusan yang baru bersama Umno,” katanya.

Sebelum ini, media Umno-Utusan Malaysia memutar belitkan fakta dengan menyebarkan kepada rakyat yang ahli parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching beri 'tazkirah' dalam surau di mana ucapan aluan sengaja ditukar kepada 'tazkirah' bagi mencetuskan polemik awam.

Dua hari lepas, Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga mantan Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi.

“Semua ini adalah fantasi Umno. Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar Zaid minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor. Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS dan Pakatan rakyat,” katanya lagi.

Sehubungan itu, DPPWP berharap pemimpin dan ahli Umno bertaubat.

Katanya, semakin banyak fitnah disebar, semakin terdedah keburukan Umno, semakin banyak fitnah disebar, semakin meluat rakyat kepada Umno.

“Malulah kepada bukan Islam, malulah kepada umat Islam, malulah kepada Allah kerana perbuatan fitnah ini begitu jijik dan jauh lebih dahsyat dari membunuh. Ianya tidak akan diterima oleh mana-mana kaum dan agama sekalipun,” ujarnya lagi. -Hrkh

Majlis sambutan ambang kemerdekaan



Sambutan Ambang Merdeka Selangor diadakan di i-City Shah Alam.

Align Center
Majlis ambang kemerdekaan negeri kelantan diadakan di stadium sultan mohammad 4.

Selangor mahu kemerdekaan holistik

SHAH ALAM : Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Hajah Halimah Ali menegaskan kemerdekaan yang dihajatkan Kerajaan Negeri Selangor adalah merdeka holistik yang menggabungkan kesejahteraan fizikal, mental dan spiritual.

Kerana itu, ujarnya, kerajaan negeri tetap meneruskan gerakan memantapkan spiritual rakyat Negeri Selangor bagi mencapai matlamat Negeri Idaman, Maju dan Sejahtera yang menjadi tonggak perjuangan siasah Pakatan Rakyat sejak menerajui negeri pada 8 Mac 2008 lalu.

“Ini merupakan gerakan jihad akbar yang dimajukan oleh Generasi Idaman Selangor (GeMS) dan memerlukan pengembelengan kemahiran dan pengalaman aktivis sosial yang bersinergi dalam usaha membersihkan Selangor dari gejala sosial,” tegasnya.

Ketika bercakap di sebuah stesen radio bernuansa Islam yang disiarkan ke seluruh negara pagi tadi, beliau yakin dengan konsep success mentality dan bersemangat dengan firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 110.

Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang menyatakan hasratnya meneruskan usaha murni tersebut meskipun sedar ianya merupakan perkara baru dalam masyarakat.

Sambil berkata, ‘jika tidak kita memulakannya siapa lagi?’ yang baginya, untuk membawa satu perkara besar ini memerlukan kerjasama banyak pihak yang berkemahiran dan berpengalaman yang terdiri daripada aktivis sosial yang sudi bekerjasama.

Dr Halimah dalam siaran itu bercakap lanjut tentang program Semarak Merdeka dan Penghayatan Ramadhan peringkat Negeri Selangor di I-City, Seksyen 7, dekat sini yang akan diadakan pada malam ini (30 Ogos Isnin).

Menurutnya, orang ramai berhimpun sejak 6.30 petang nanti dan majlis dimulakan dengan Iftor Jamaie (berbuka puasa secara ramai), Solat Tarawih Perdana, setelah itu diadakan Konsert Amal Kemerdekaan, Mengingati Peristiwa Mavi Marmara LL4Gaza.

Tepat jam 12 malam, sambutan kemerdekaaan dimulakan dengan perasmian oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim termasuk pelancaran Kempen Anti Zina dan Ekspedisi Dakwah GeMS.

Selain itu, pertunjukan bunga api dan cabutan bertuah diadakan dengan kemasukan secara percuma.

Antara artis popular tanahair yang turut serta adalah Ramli Sarip, Mawi, Ringgo termasuklah juara Imam Muda, Ustaz Mohd Asyraf, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan Ustaz Zamri Zainuddin. -Hrkh

UMNO Terus Dipinggirkan, Rakyat Terus Undang Teo

Teo hadiri satu lagi majlis di surau

Meskipun dikecam hebat kerana mengunjungi sebuah surau dalam kawasan pilihan raya minggu lalu, ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengunjungi sebuah lagi surau semalam.

Teo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga menyumbangkan RM500 kepada RELA.

Bagaimanapun kali ini, beliau tidak memasuki ruang solat tetapi memakai selendang. Majlis tersebut berlangsung di bawah sebuah khemah dalam kawasan surau.

Dalam satu kenyataan hari ini, Teo berkata kunjungannya itu adalah berasaskan kepada prinsip berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama mereka.

Menurut Teo, beliau diberi sambutan yang baik sepertimana ketika beliau mengunjungi surau Al-Huda di Kajang, yang telah mencetuskan kontroversi.

Katanya, majlis tersebut berjalan lancar walaupun terdapat kecaman terhadapnya dan penyiaran siri laporan yang mengecamnya, terutamanya oleh akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia.

Malah, katanya, ada antara para hadirin yang bersalaman dengannya dan menyuara sokongan mereka kepadanya.

Teo yakin, selagi tindakannya itu berasaskan kepada prinsip, rakyat tidak akan mempercayai serangan bermotif politik terhadapnya.

Tambahnya, selain sumbangan dari kerajaan negeri, beliau juga turut mengedarkan kurma dan duit raya kepada anak-anak dari ibu tunggal.

Teo menjadi sasaran kecaman ahli-ahli politik BN, blog pro-BN dan akhbar Melayu ekoran kunjungannya ke Surau Al Huda pada 22 Ogos lalu.

Antara lain, mereka mendakwa Teoh telah melakukan penghinaan besar terhadap umat Islam kerana bercakap di depan dewan solat, yang dianggap suci dan dilarang dimasuki bukan Islam.

Ekoran itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pentadbiran surau tersebut dan akan menghantar surat amaran kepada Teo. -MK

Demikian, kebenaran tidak dapat disekat walaupun akhbar telah memutar isu tersebut untuk memburuk-burukkan imej Pakatan Rakyat, walau sultan telah dihasut dan dipujuk oleh pihak tertentu untuk menghalang kehadiran pemimpin yang rakyat mahukan.

Tahniah YB Teo. Jangan takut, teruskan kerja-kerja menjalankan tugas sebagai wakil rakyat. UMNO BN sudah tidak mempunyai apa-apa kekuatan lagi sebenarnya. Mereka sedang menunggu untuk rebah menyembam ke bumi. Pada masa itu tiada sultan yang akan membela mereka lagi! -GB

Lagi Gambar..MB Kelantan selesai fail saman Petronas








Tuan Guru sedang menyerahkan writ saman di bahagian pendaftaran Mahkamah Perdagangan Kuala Lumpur.




Masuk Surau: Nie Ching temui TG Nik Aziz



KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hari ini bertemu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan pandangan berhubung isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang 22 Ogos lalu.

Beliau mengunjungi Menteri Besar Kelantan itu di Rumah Kelantan di ibu negara semalam sejurus Tuan Guru dan deligasi kerajaan Kelantan memfailkan saman kepada Petronas di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.

Nie Ching ketika ditemui selepas pertemuan 10 minit itu berkata, beliau gembira dapat bertemu Tuan Guru dan mendapat pandangan yang jelas dari Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu.

"Tok Guru jelaskan kepada saya bahawa dari segi Islam bukan menjadi satu isu orang Islam masuk ke surau atau masjid.

"Dia beritahu sebenarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, orang bukan Islam selalu masuk masjid untuk bertemu Nabi," katnya menjelaskan isi pertemuan.

Menurutnya, dalam pertemuan itu juga, Tuan Guru memberitahunya bahawa yang menyempitkan pemahaman berhubung isu bukan Islam kunjungi masjid adalah Umno.

Menurutnya, Umno kini sangat terdesak sehingga sanggup menyempitkan isu tersebut sehingga memberi tanggapan salah bukan Islam kepada Islam.

"Dia juga memberitahu saya, di Malaysia ini, Umno guna Islam untuk takutkan orang bukan Islam dan menjadikan Islam itu agama eksklusif sedangkan Islam itu adalah untuk semua manusia," katanya lagi.

22 Ogos lalu, Nie Ching berkunjung ke Surau Al-Huda, Kajang untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut.

Beliau juga dijemput oleh jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas.

Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam.

Nie Ching berkata, biarpun insiden tersebut dimainkan Umno, sehingga hari ini beliau masih berkunjung ke masjid dan surau yang menjemputnya.

"Saya masih menjalankan tugas saya sebagai ahli parlimen bila dijemput.

"Sejak insiden itu diperbesarkan, saya terus mendapat sokongan dari rakyat," katanya.

Sementara itu, Nie Ching juga memberitahu surat permohonan maaf kepada Sultan Selangor telah disampaikan melalui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Sabtu lalu.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .