Ikuti Blog ini

PANAS! Pemuda Umno Mengaku Jangan Mimpi Mahu Rampas Pulau Pinang!


Adehh...

Hakikat pahit tapi mesti ditelan Umno berdasarkan pengakuan seorang perwakilan yang mendedahkan kepincangan pemimpinnya sendiri!

Umno dan Barisan Nasional (BN) boleh melupakan hasrat untuk merampas Pulau Pinang dalam pilihanraya umum ke 13.
Alasannya pemimpin Umno di peringkat bahagian mementingkan diri serta tidak menemui rakyat di tempat masing-masing.

Perwakilan Pemuda dari Bukit Mertajam, Ramlan Ahmad memberitahu, “beberapa bahagian sangat teruk.”
“Ketua bahagian Umno Pulau Pinang teruk-teruk belaka…orang yang lawan akan diblack list (senarai hitam).
“Cawangan pula akan dikeluarkan dari senarai Umno bahagian.
“Tempat saya tujuh lapan cawangan telah dikeluarkan.
“Mereka nak jadi ketua saja kerana nak buat rumah atas bukit.
“Tetapi tak mahu jumpa rakyat, macam mana Umno nak menang,” kata Ramlan lagi.
`Terpinggir dan terhapus’
Bagaimanapun, beliau enggan fotonya diambil kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan pemimpin Umno di bahagiannya.
Rakannya yang mahu dikenali sebagai Mahmud dari Bukit Gelugor menambah, Pakatan Rakyat akan menang lagi di Pulau Pinang dalam pilihanraya akan datang.
Pemimpin Umno bercakap sahaja tetapi tidak buat kerja untuk rakyat, dakwa Mahmud.
Beliau mengaku takut jika DAP terus berkuasa di Pulau Pinang kerana orang akan semakin terhapus.
“Sekarangpun dalam tempoh empat tahun Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri, kami sudah terpinggir.
“Kalau tambah empat tahun lagi kami semua akan terhapus,” ujar Mahmud.
Dalam pilihanraya umum lalu, Pakatan Rakyat menyapu bersih 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diketuai DAP dan KEADILAN manakala Umno keseorangan menjadi pembangkang dengan 11 kerusi setelah kesemua calon BN lain dari MCA, MIC dan Gerakan tumbang satu-persatu hingga tidak ada seorang pun wakil BN selain Umno dalam dewan undangan negeri.
Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan 13 kerusi parlimen di seluruh negeri itu termasuk di bahagian pulau dan tanah besar.
Sekali lagi DAP mendahului dengan tujuh kerusi parlimen diikuti KEADILAN dengan empat manakala Umno cuma tinggal dua masing-masing di parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor di bahagian tanah besar.

Wakil UMNO 'Mengamuk' Bila Isu 'Sapu' Tanah Didedahkan


Gambar Ketua Pengarah JAKIM Hadiri Perhimpunan Agung Umno Tersebar..


Cuba perhatikan di sebelah kiri Khairy Jamaluddin, dalam bulatan tu.. kalau ko orang nak tau itulah Ketua Pengarah JAKIM sekarang, Dato' Hj. Othman bin Mustapha.

Beliau hadir semasa ucapan amanat Presiden Umno sempena perhimpunan agong Umno semalam (27 Nov 2012).  
Yang menjadi persoalannya, beliau hadir atas kapasiti apa? Sebagai penjawat awam ke? Ataupun perwakilan?

Double standard apa yang di amalkan oleh Umno ni, kalau penjawat awam sokong parti pemerintah di benarkan walaupun hadir pada waktu bekerja.
Manakala, penjawat awam yang sokong Pakatan Rakyat di beri tekanan yang pelbagai termasuklah di buang kerja. Adakah ini amalan murni yang diterapkan daripada slogan "Rakyat Di Dahulukan"...


SHAH ALAM, 26 NOV - Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (Insan) menentang sekeras-kerasnya campur tangan politik dalam pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sehingga mengakibatkan pemecatan seorang guru sementara di Sekolah Rendah Agama Islam Rancha-rancha, Wilayah Persekutuan Labuan, Qatrun Nada Mohd Latfi (gambar).

Koordinator Insan, Mohd Faris Abdullah menyatakan sebagai sebuah agensi awam, Jawi sepatutnya bersifat neutral dan profesional dalam tatakelola pengurusan.

Katanya, campur tangan ini hanya mencemarkan imej Jawi sebagai sebuah badan kerajaan yang berteraskan Islam.

“Jawi juga gagal memberi sebab yang munasabah atas pemecatan Qatrun Nada (gambar kecil). Hal ini menguatkan dakwaan bahawa Jawi dipengaruhi oleh kepentingan politik Umno sehingga sanggup menzalimi kakitangan sendiri.

“Perkara ini jelas bertentangan dengan Visi Jawi sendiri yang ingin menjadi badan peneraju dalam memartabatkan Hal Ehwal Islam,” katanya dalam satu kenyataan media kepada Tv Selangor.

Pada 15 September 2012, Qatrun Nada menghadiri satu ceramah anjuran Pakatan Rakyat yang disampaikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau disiasat dan menerima surat pemecatan pada 24 Oktober 2012 daripada pihak Jawi.

Notis yang diterima beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan.

Qatrun Nada kemudiannya menghantar surat rayuan untuk bertanyakan sebab secara terperinci, Jawi hanya menjawab dengan mengatakan beliau sememangnya boleh ditamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa berdasarkan kontrak perlantikan.

Sebelum itu, beliau juga menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai orang kuat Umno Labuan pada 9 Oktober lalu.

Dalam panggilan tersebut individu berkenaan memberi amaran kepada Qatrun Nada agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang.

Pada 22 Oktober, Qatrun Nada dipanggil ke pejabat Jawi Labuan untuk diselidik mengenai kegiatan luar beliau. Akhirnya, Qatrun Nada menerima notis sebulan penamatan jawatan yang akan berkuatkuasa pada 1 Disember ini pada 24 Oktober lalu.

Mohd Faris juga mengecam tindakan Umno-BN yang menggunakan agensi kerajaan bagi mengekang kemaraan politik parti lawan.

“Umno sebagai sebuah parti politik sepatutnya lebih faham bahawa hak untuk berpolitk adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

“Insan menggesa pimpinan tertinggi Umno mengambil tindakan tatatertib terhadap individu yang terlibat kerana melakukan tindakan yang memburukkan imej Umno.

“Tindakan Tatatertib itu juga penting bagi menunjukkan Umno juga menentang sebarang salah guna kuasa dalam pengurusan parti mahupun pengurusan kerajaan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Insan akan menghantar satu memorandum kepada Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali pada 29 November 2012 bagi mendesak beliau membebaskan Jawi daripada sebarang campur tangan politik sempit. ~selangorku

Tanpa disedari makin Umno menekan rakyat makin rakyat menolak mereka...
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .