Ikuti Blog ini

SPR larang adakan pondok panas dan peraih undi

Kita tak boleh tahan orang nak masuk... itu hak individu. Tetapi kalau dia berkempen atau mendirikan pondok parti serta berkempen di pondok parti, itu yang menjadi fokus penguatkuasaan ini.

Kita tak boleh tahan orang nak masuk... itu hak individu. Tetapi kalau dia berkempen atau mendirikan pondok parti serta berkempen di pondok parti, itu yang menjadi fokus penguatkuasaan ini - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof

PUTRAJAYA: Parti-parti politik tidak lagi dibenarkan mengadakan barung atau pondok panas selain dilarang memancing undi ketika hari pengundian. Satu peraturan baru yang diperkenalkan SPR di PRK Penanti yang pasti kalau benar-benar berlaku akan mengurangkan lagi keriahan PRK sebagaimana biasanya.

Langkah ini akan dikuatkuasakan mulai pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kerusi Penanti bulan depan.

Ia diputuskan susulan pertemuan dengan parti-parti politik di sini Khamis lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan langkah itu sebentar tadi.

"Bila kita buat (undang-undang larangan berkempen) selepas 12 tengah malam, maknanya tidak ada kempen pada hari berikutnya sehingga pukul 5 petang.

"Kita tak boleh tahan orang nak masuk... itu hak individu. Tetapi kalau dia berkempen atau mendirikan pondok parti serta berkempen di pondok parti, itu yang menjadi fokus penguatkuasaan ini.

"Kalau kita dapat laksanakan budaya aman dan tenang dalam pilihan raya di negara kita ini, kita sudah berjaya," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Penanti 31 Mei, Penamaan Calon 23 Mei

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang akan diadakan pada 31 Mei ini.

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang akan diadakan pada 31 Mei ini.Penamaan calon pula ditetapkan berlangsung 23 Mei, demikian diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof di sini sebentar tadi.


Pilihan raya kecil yang keenam sejak Mac 2008



PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang akan diadakan pada 31 Mei ini.


Penamaan calon pula ditetapkan berlangsung 23 Mei, demikian diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof di sini sebentar tadi.


Dengan keputusan itu ia merupakan pilihan raya kecil yang keenam sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.


Pada 16 April lepas, penyandang kerusi itu Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu.


Keputusan itu ditegaskan oleh beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Jumaat lalu selepas dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).




Akhirnya Pilihanraya DUN Penanti tetap diadakan, SPR tiada alasan lagi…

Berdasarkan situasi sekarang (keputusan Fairus kekal pendirian mahu meletakkan jawatan, kita... SPR akan mengadakan mesyuarat (esok) untuk mengesahkan kekosongan dan mengumumkan tarikh-tarikh penamaan calon dan hari mengundi

Berdasarkan situasi sekarang (keputusan Fairus kekal pendirian mahu meletakkan jawatan, kita... SPR akan mengadakan mesyuarat (hari ini) untuk mengesahkan kekosongan dan mengumumkan tarikh-tarikh penamaan calon dan hari mengundi - Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.


Penanti: SPR tetapkan pilihan raya kecil, Fairus kekal pendirian?



PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengesahkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, sekali gus mengumumkan tarikh-tarikh berkaitan dengan pilihan raya kecil kerusi tersebut hari ini.


Suruhanjaya itu akan berbuat demikian jika tiada apa-apa perubahan pendirian di sebelah penyandang kerusi itu, Mohammad Fairus Khairuddin.


Fairus masih ada masa sehingga esok jika mahu mengubah pendiriannya.


“Berdasarkan situasi sekarang (keputusan Fairus kekal pendirian mahu meletakkan jawatan, kita… SPR akan mengadakan mesyuarat (esok) untuk mengesahkan kekosongan dan mengumumkan tarikh-tarikh penamaan calon dan hari mengundi,” kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kepada mStar Online ketika dihubungi.


“Kalau keadaan tidak berubah, YB Fairus kekal mengosongkan, kita akan membuat pengumuman esok,” katanya lagi.


Menurut Wah Ahmad, tempoh tidak lewat 10 hari untuk suruhanjaya mengadakan mesyuarat mengesahkan kekosongan sekali gus menetapkan tarikh pilihan raya kecil akan berakhir tengah malam esok.


SPR menerima notis kekosongan daripada Speaker DUN Pulau Pinang pada 17 April lalu.


Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dijadual mengadakan sidang media pukul 10.30 pagi esok bagi mengumumkan perkara tersebut.


Kelmarin, Fairus yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang menegaskan beliau tetap meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.


“Saya dengan ini mengulangi ketegasan saya untuk meletakkan jawatan selaku ADUN Penanti serta menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat di bawah teraju Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Fairus.


Pada 16 April lepas, Fairus daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu.


Fairus, 32, yang ketika itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, keputusan itu untuk membolehkan beliau membersihkan namanya daripada semua tuduhan selain bagi melanjutkan pelajaran.


SPRM telah membebaskan dirinya dari segala tuduhan.




Politik Baru ; Pakatan Rakyat Akan Menang 2/3 Majoriti Sekiranya DUN Perak Bubar.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/politikbaru.jpgKUALA NERUS - Berdasarkan keputusan pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini, PAS dan Pakatan Rakyat dijangka menang dengan majoriti 2/3 sekiranya DUN Perak dibubarkan.

Naib Presiden PAS berkata sokongan kaum Cina dan India kepada PAS begitu ketara dalam pilihanraya tersebut sehingga kelihatan ‘pelik’.

“Saya yang sudah 30 tahun terlibat (dalam politik) berasa pelik apa yang berlaku didepan mata, orang India selimut (kan dirinya) dengan bendera PAS, bubuh (logo) kepimipinan ulama’ di baju, (letak) gambar Tok Guru Nik Aziz,


“bila orang datang nak mengundi, Cina (dan) India kejar keliling orang Melayu (dan berkata) ingat Islam ya, ingat syurga, jangan sokong parti rasuah (BN),”kata beliau dalam ceramahnya di Mengabang Telipot, dekat sini, malam kelmarin.


Beliau berkata keputusan PRK Bukit Gantang menunjukkan peningkatan undi dikalangan kaum Cina sebanyak 10 % , kaum India meningkat 5% dan sedikit penurunan dalam undi Melayu, khususnya pada saluran satu.

Katanya, isu Hudud tidak lagi menjadi senjata UMNO/BN di Bukit Gantang kerana walaupun mereka menggunakan isu tersebut secara habis-habisan, mereka kalah di PRK Kuala Terengganu.

“Di (PRK) Kuala Terengganu penceramah-penceramah Cina (dari Pakatan Rakyat) jawab, orang yang takut Hudud (hanya) orang-orang yang buat jahat, kita yang tidak buat jahat, kita tak takut, apa juga hukum sekalipun,”terangnya kepada hadirin.

Katanya UMNO/BN turut memainkan isu perkauman bagi mendapat sokongan, namun pengundi masakini mempunyai pemikiran ‘politik baru’, yang tidak lagi melihat politik dari segi perkauman.

“Mereka cuba timbulkan balik politik perkauman, (tetapi) tidak jalan (berkesan), politik pada masa akan datang tidak dilihat dari sudut perkauman,

“Melayu jahat, kita kena tentang Melayu jahat itu, kalau Cina itu baik kita kena sokong atas kebaikkannya,

“ini politik baru Malaysia pada masa akan datang,”tegasnya.

Katanya anutan ‘politik lama’ orang Melayu sebelum ini menyebabkan UMNO terus menang, kerana walaupun UMNO melakukan rasuah, orang Melayu akan berkata ‘lebih baik orang Melayu mencuri daripada orang Cina’.

Beliau mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh bekas Menteri Besar Selangor, namun Dato’ Seri Khir Toyo tetap disokong oleh orang-orang UMNO sebagai pemimpin.

“Khir Toyo beli jam tangan dengan wang GLC (anak syarikat kerajaan) berharga RM160,000, beli beg tangan untuk isteri RM23,000, beli coklat untuk hadiah RM96,000, pergi melancong ke Disneyland belanja RM3 juta, isterinya gunakan wang kebajikan isteri-isteri wakil rakyat untuk melawat anaknya belajar di Australia dekat RM1 juta,”katanya.



Hee akan menggantikan Sivakumar Sidang DUN 7 Mei Nanti ?


Kalau Hee Yit Foong mengendalikan sidang DUN, kemana perginya Sivakumar ketika sidang itu nanti? Pokoknya, Sivakumar mesti tidak hadir. Soal bagaimana memastikan ketidakhadiran Sivakumar sedang dipertimbangkan semasak-masaknya oleh kerajaan rampasan kuasa.

Kalau Hee Yit Foong mengendalikan sidang DUN, kemana perginya Sivakumar ketika sidang itu nanti? Pokoknya, Sivakumar mesti tidak hadir. Soal bagaimana memastikan ketidakhadiran Sivakumar sedang dipertimbangkan semasak-masaknya oleh kerajaan rampasan kuasa.


Panas Menjelang Sidang DUN 7 Mei



Sebelas hari menjelang sidang DUN Perak beberapa peristiwa panas dan ganas akan mengambil tempat dalam catatan sejarah. UMNO akan lakukan apa saja untuk mempertahankan kuasa yang dirampas dua bulan lalu. Pakatan Rakyat juga akan bertarung habis-habisan untuk menyekat kemelampauan UMNO-BN.


Hee Yit Foong kini menjalani sessi kaunseling dan motivasi khas untuk berperanan sebaik mungkin mengendalikan sidang DUN 7 Mei. Exco Kanan (haram) kerajaan negeri yang bertanggungjawab mengasuh Hee sedang berusaha meyakinkan Timbalan Speaker itu. Hee masih serba salah, tetapi exco kanan itu gigih berusaha. Selepas tampil bersama Jamaludin dan Osman mengisytiharkan keluar parti pada 4 Februari lalu, Hee berjaya dinasihati oleh exco itu agar tetap pendirian.


Kalau Hee Yit Foong mengendalikan sidang DUN, kemana perginya Sivakumar ketika sidang itu nanti? Pokoknya, Sivakumar mesti tidak hadir. Soal bagaimana memastikan ketidakhadiran Sivakumar sedang dipertimbangkan semasak-masaknya oleh kerajaan rampasan kuasa.


Pilihan pertama ialah menangkap Sivakumar. Setakat ini ada banyak laporan polis telah dibuat terhadapnya. Dia boleh ditangkap bila-bila masa dan ditahan reman selama seminggu. Kalau dia ditahan antara tarikh 1 hingga 6 Mei, sidang DUN pada 7 Mei akan dikendalikan oleh Hee secara sah. Sebaik saja sidang bermula, UMNO boleh mengusulkan pemecatan Sivakumar dan mencadangkan Hee atau Nasarudin sebagai Speaker baru. Usul itu akan menang dengan 29 menyokong dan 27 menentang.


Pilihan kedua ialah memujuk Sivakumar seperti pujuk-tawar-ugut yang dibuat terhadap 4 pelompat sedia ada. UMNO tak perlu bimbangkan apa-apa risiko undang-undang kerana semua jabatan/agensi/suruhanjaya penguatkuasaan undang-undang telah menyembah taat setia.


Pilihan ketiga ialah menghilangkan Sivakumar seperti di awal kes 3 pelompat daripada PR menjelang rampasan kuasa tempohari. Pilihan keempat ialah menguzurkan Sivakumar dengan cara menghilangkan upaya fizikalnya untuk hadir ke sidang DUN. Kalau Sivakumar sakit teruk atau cedera teruk pada saat-saat akhir menjelang 7 Mei, sudah tentu dia tak dapat menghadiri sidang.


Namun begitu UMNO masih mengkaji secara serius kesan tindakan yang akan dibuat itu. Setakat ini belum terjumpa kaedah yang meyakinkan untuk mempositifkan persepsi rakyat akibat langkah meng’ghaib‘kan Speaker itu. Sama ada jangka pendek atau jangka panjang, kelihatannya UMNO tetap rugi. Penyokong PR akan semakin marah dan benci. Sebahagian pengundi atas pagar akan beralih simpati kepada PR. Begitulah report yang dikemukakan oleh sekelian mata dan telinga UMNO di seluruh pelosok negara.


Tapi UMNO tak ada banyak pilihan. Kalau Sivakumar mengendalikan Sidang, UMNO akan berdepan dengan bermacam-macam risiko. PR ada ruang yang cukup luas untuk menguasai sidang. Tiga pelompat yang asal boleh diusir dari dewan. Tujuh pesalah gantung boleh dihalau oleh Speaker dengan alasan yang lain pula. Yang tinggal hanya 21 ADUN BN berbanding 27 ADUN PR (tak termasuk Speaker). Ketika itu kalau nak bubarkan DUN, Pakatan Rakyat boleh mengusulkannya. Kalau nak sabitkan mana-mana ADUN BN atas apa-apa kesalahan lalu dihukum gantung macam Gobind Singh, PR boleh melakukannya. Jawabnya lingkup bahanalah UMNO.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .