Ikuti Blog ini

Umno lancar Tabung Azan hanya sekadar gimik politik - Nik Aziz

KOTA BHARU - Tindakan Umno melancarkan Tabung Azan bersama Utusan Malaysia kononnya bagi memperjuangkan kebebasan melaungkan azan di masjid dan surau di negara ini disifatkan sebagai gimik politik.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, usaha mereka mewujudkan Tabung Azan bagi membantu akhbar Utusan Malaysia sesuatu yang tidak rasional.

"Daripada menubuh tabung tersebut lebih baik diwujudkan tabung bagi menyelamatkan Islam kerana sekarang banyak pihak membawa Islam palsu termasuk juga dibawa Umno apabila mereka memisahkan agama dan politik," katanya.

Beliau memberitahu perkara itu pada ceramah sempena jamuan Hari Raya bersama masyarakat Cina di Dewan Perniagaan Cina di sini, malam tadi.Image

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, anggota-anggota Exco kerajaan negeri dan anggota parlimen Kota Bharu, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah.

Majlis makan malam itu dianjurkan parlimen Kota Bharu yang dihadiri pelbagai persatuan kaum Cina termasuk Persatuan Teo Cheo, Persatuan Hailam, Persatuan Foo, Persatuan Aklak, Persatuan Murid-Murid Tua Sekolah Cina, Persatuan Perniagaan dan Perindustrian Cina.

Sebanyak 66 meja disediakan sehingga memenuhi dewan perniagaan tersebut. Lebih 5,000 orang hadir sehingga melimpah ke atas Jalan Kebun Sultan. Jalan itu terpaksa ditutup kepada lalu lintas.

Baru-baru ini Umno Bahagian Cheras melancarkan Tabung Azan bersama-sama akhbar Utusan Malaysia bagi memperjuangkan kebebasan melaungkan azan di masjid dan surau di negara ini.

Tabung itu diwujudkan untuk membantu Utusan Malaysia yang disaman anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebanyak RM30 juta sebelum ini.

ImageAnggota parlimen terbabit menyaman Utusan Malaysia berdasar kepada artikel yang ditulis pengarangnya yang disifat penuh dengan pembohongan di mana penulis mendakwa Teresa membawa penduduk di Puchong membantah azan di masjid.

Dalam artikel itu Zaini Hassan menulis Teresa pernah pergi ke sebuah masjid sebelum Subuh dan menasihatkan pengurusan surau supaya tidak melaungkan azan dengan menggunakan pembesar suara.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pada pilihan raya ke-13 kemungkinan besar kaum-kaum bukan Islam di negara ini akan berpihak kepada Pakatan Rakyat yang didokongi PAS, KeADILan dan DAP.

Menurutnya juga sepanjang 18 tahun PAS menerajui Kelantan, kaum Cina sentiasa memberi sokongan padu kepada kerajaan negeri yang mengamalkan dasar Membangun Bersama Islam.

"Ini menggambarkan kaum Cina dan India di negeri ini memahami tentang kebaikan yang ada pada agama Islam.

"Bagaimanapun malangnya saya tak pernah dijemput hadir pada program yang dianjurkan Umno, tetapi sebaliknya kaum Cina sering menjemput saya hadir pada program mereka," katanya.

Beliau juga berkata, lawatan pertama ke luar negara selepas menjawat jawatan Menteri Besar 18 tahun lalu ialah ke negara China memandangkan kehebatan dan keilmuan yang ada pada orang Cina.

Oleh itu katanya kerajaan negeri tidak mengabaikan kaum Cina dan India kerana mereka mempunyai ilmu yang tinggi dalam pelbagai bidang dan ia seharusnya dicontohi orang Melayu.

Sementara itu, Lim Guan Eng berkata, DAP konsisten menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyekat kebebasan rakyat.Image

Menurutnya ISA hanya wajar digunakan kepada tiga keadaan sahaja iaitu seseorang itu terbukti boleh mengancam keselamatan negara, memberi ancaman kepada ekonomi dan ancaman kepada kemudahan asas rakyat.

"Saya merasa hairan bagaimana seorang menteri boleh mengatakan penahanan Teresa Kok kerana hendak melindunginya. Kalau macam itu seluruh rakyat negara ini kena tahan ISA sebab kerajaan nak bagi rakyat selamat," katanya mendapat tepukan gemuruh orang ramai.

Wan Abdul Rahim pula berkata, tidak sepatutnya Menteri Kewangan baru, Dato' Seri Najib Abdul Razak ponteng daripada menghadiri persidangan parlimen semalam kerana dewan membincangkan bajet 2009.

"Bakal Perdana Menteri semacam inikah yang diinginkan rakyat, semasa Dato' Seri Anwar Ibrahim membahaskan Belanjawan 2009 tiada seorang pun anggota kabinet berada dalam dewan.

"Habis macam mana masalah rakyat dapat diselesaikan, mereka sibuk ke hulu ke hilir bagi meraih sokongan untuk merebut jawatan dalam pertandingan Umno sekarang," kata beliau

Dewan Pemuda PAS Pusat Melakar Pelan Amal Jamaei Merentas saat payah dan Sukar

Musibah yang paling besar bagi sebuah Gerakan Islam ialah apabila berlaku kerosakan teruk atau kepincangan ketara pada 5 Rukun Amal Jamaeinya.

5 Rukun inilah yang kami jadikan sebagai peringkat atau marhalah wajib lulus oleh semua individu amilin yang memberi intima' kepada Gerakan Islam ini .

Berfungsi sebagai filter besar untuk menilai tahap kelayakan dan keupayaan bagi seorang amilin menapak ke marhalah/peringkat berikutnya seperti Nuqaba' - Naqibun Nuqaba' - Amir Wilayah - Ahli Majlis Syura - Amir Aam .

5 Rukun yang saya maksudkan ini ialah:

Ukhuwwah ( persaudaraan ) ,
as Samu'u wat Taa'ah ( dengar dan taat ) ,
Iltizam ( komitmen ) ,
Tadhiyyah ( pengorbanan )
Wala' ( kesetiaan. )

Alhamdulillah , setelah kita melalui tempoh sukar dan payah kini suasana kian stabil dan tenang . Seperti kita mengambil perjalanan yang jauh dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain , pasti sahaja kita akan melalui beberapa selekoh tajam , kawasan kemalangan , bukit tinggi dan jalan berlubang . Keadaan - keadaan itu membuatkan kita dalam situasi berisiko dan tidak mustahil kenderaan kita mengalami hentakkan yang kuat , terbabas ke bahu jalan dan tersasar melepasi garisan tengah.

Keadaan tersebut memberi kesan kepada pemandu atau penumpang . Mungkin dikalangan mereka pening , mabuk dan terhantuk . Sehinggalah kita melepasi kawasan - kawasan sedemikian , lalu memasuki highway atau jalan lurus yang luas dan baik . Namun , berkemungkinan besar kelak dihadapan , sebelum kita sampai ke destinasi yang dituju , masih banyak kawasan berisiko yang terpaksa kita lalui .

Suatu yang sangat penting bagi kita ialah istiqamah dan iltizam ( komitmen ) . Janganlah kerana halangan dan risiko sedemikian , maka kita tidak meneruskan perjalanan atau membatalkannya sebaliknya sabar menghadapi saat susah dan payah demi sampai ke destinasi dengan jayanya.

Demikianlah pengajaran yang perlu kita ambil sewaktu mengenderai perjuangan besar ke arah mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini . Banyak mehnah dan ibtila' yang pastinya mendatang risiko tinggi kepada para pejuang . Samaada halangan dan cabaran itu datang dari luar atau dalam , ianya menjadi sunnatullah yang suka atau tidak terpaksa dilalui oleh para pejuang.

Istiqamah , iltizam dan sabar menghadapi mabuk dan pening sementara kita melalui saat susah dan payah perjuangan ini menjadi sebahagian syarat untuk kita mencapai kejayaan dalam memikul beban amanah perjuangan suci ini .

Firman Allah swt :

قال قد أجيب دعوتكما فاستقيما و لا تتبعان سبيل الذين لا يعلمون

Telah berfirman ( ALlah swt ) Sesungguhnya aku memustajabkan doa kamu berdua ( Musa dan Harun Alaihimassalam , maka beristiqamahlah dan jangan kamu berdua mengikut jalan orang - orang yang tidak mengerti .

Surah Yunus : Ayat .89

Istiqamah dengan maksud tetap pendirian dengan ketulenan perjuangan dan aktif menggerakkannya dengan tidak mengalah sekalipun perit dan getir menerima musibah di sepanjang perjuangan .

..... dan tidak mengikut haluan atau arah tuju yang menyimpang dari jalan Allah swt. semata - mata kerana terpesona dengan silauan mata benda dunia atau keliru dengan papan tanda arah .

Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengamati pengalaman yang telah kita lalui semalam . Ternyata hari ini kita sangat wajar ( semua anggota Dewan Pemuda ) mempelajari penegasan Allah swt agar kita Istiqamah dan jangan pula kita ubah haluan perjuangan suci ini .

Antara yang sangat mahal dan tinggi nilainya ialah ukhuwwah fillah dikalangan kita . Alhamdulillah saya melihat , biar pun kita mempunyai perbezaan pandangan dalam banyak perkara namun tidak mengheret kita ke kancah pertelingkahan dan perbalahan yang mazmum ( keji ) .

Kebiasaan Dewan Pemuda PAS Pusat , sejurus selesai mesyuarat bulanan , semua exco akan makan tengahari bersama dan solat zuhur berjamaah . Kami juga bersalam - salaman penuh mesra meski pun terus mengutara pandangan yang berbeza dan mencongak strategi yang tidak serupa .

Pun begitu , tidaklah banyak sangat perkara yang berbeza dalam pandangan antara kami para exco DPPP sebagaimana tidak juga banyak congakan yang tidak serupa dalam strategi . Kami sering dapat mencari kata sepakat setelah lama berbincang dengan dada lapang dan saling hormat menghormati antara satu sama lain .

Mungkin ini juga berkat bacaan al mathurat dan doa rabitah yang di baca setiap kali memulakan mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS Pusat . Kalau ada yang nak berbalah pun , hatinya tak sampai untuk berbuat demikian . Kalau ada yang nak bertelingkah pun , jiwa tidak gamak untuk pergi jauh sehingga memutuskan persaudaraan yang dibina .

Akhirnya , salam dan senyum manis menyimpul segalanya . Kita tidak kemana selagi 5 rukun Amal jamaei ini tidak mengalami kerosakan teruk dan kepincangan yang ketara .

Yb Salahudin Ayub selaku Ketua Pemuda dalam mesyuarat yang lepas telah menasihati semua anggota pemuda agar tidak menjadi seperti harimau yang hanya tahu memanjat tetapi tidak tahu turun . ( dengan maksud jangan kita hanya tahu berbalah tetapi tidak untuk kembali berbaik atau damai )



Pembelian Eurocopter: Skandal Najib didedah



Kami difahamkan bahawa proses penilaian belum selesai tetapi dengan secara tiba-tiba arahan diberi oleh pihak tertentu supaya LOI dikeluarkan kepada Eurocopter - Kapt (B) Datuk Zahar Hashim

Helikopter kontroversi terbaru Najib

Timbalan perdana menteri kini berdepan dakwaan berhubung perolehan peralatan pertahanan baru selepas isu kontrak pembelian kapal selam Scorpene yang menjadi isu politik besar tahun lepas.

helicopter military eurocopter cougor ec 725 troop transporterDatuk Seri Najib Razak, sewaktu menjadi menteri pertahanan, didakwa mengendalikan usaha mendapatkan helikopter Eurocopter Cougar EC 275 (foto kiri) dalam keadaan meragukan.

Dalam suratnya kepada Najib, sebuah syarikat yang terlibat dalam tender tersebut Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan keputusan kementerian itu yang didakwanya “tanpa menemui wakil penjualnya dan (tanpa) melakukan ujian penerbangan.”

bm version malaysia military helicopter contract 141008“Lazimnya, seseorang yang ingin membeli kereta berharga satu juta ringgit pun akan bertanya berbagai soalan kepada jurujual dan membuat pemanduan uji dua atau tiga jenama kereta sebelum memilih kereta yang paling sesuai,” kata pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim.

Menurutnya lagi, proses mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter “agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini.”

“Kami difahamkan bahawa proses penilaian belum selesai tetapi dengan secara tiba-tiba arahan diberi oleh pihak tertentu supaya LOI dikeluarkan kepada Eurocopter,” kata Zahar lagi.

“LOI tersebut ditandatangani oleh seorang pegawai paras menengah di Kementerian Pertahanan dan bertarikh 15 September iaitu dua hari sebelum Datuk Seri (Najib) berpindah dari Kementerian Pertahanan ke Kementerian Kewangan.”

Letter

~Seterusnya~





Kalah PRU - PAS Terengganu tidak gagal, Pakej Islam Hadhari Kelirukan Rakyat

Tuesday, 14 October 2008

http://buletinonline.net/images/berita1/islamhadhari.gifHulu Terengganu - Kejatuhan kerajaan PAS Terengganu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 tahun 2004 dan juga kekalahan pada PRU ke-12 Mac lalu, kedua-duanya dilihat berpunca dari kekeliruan rakyat terhadap ‘jenama’ Islam Hadhari.

“Sebenarnya, kekeliruan pengundi di Terengganu. Dia (rakyat) keliru sedikit dengan apa yang UMNO hendak buat dan apa yang PAS hendak sampaikan.

“Saya tidak nampak itu kegagalan PAS kerana banyak program-program yang dibuat oleh bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh sendiri banyak menggunakan ‘tagging’ Islam,”kata Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin yang ditemui selepas majlis ceramah di Pekan Manir, dekat sini semalam


Beliau berkata rakyat terutama di kalangan para pengundi keliru diantara apa yang UMNO hendak buat serta apa yang PAS hendak sampaikan. (Gambar - Nizar bersalaman dengan orang ramai selepas majlis ceramah)


“Dia (Idris) telah memberikan ‘tagging’ (label) Islam dan itu yang keliru. Bahkan, kita dapati Islam hadhari masih banyak ‘dimainkan’ di Terengganu.
http://buletinonline.net/images/berita12/nizarsalmorangramai.jpg


Katanya, pihak kerajaan UMNO/BN Terengganu telah menyediakan peruntukkan bagi agenda Islam Hadhari
.


“Kerajaan telah sediakan peruntukan untuk perkampungan Hadhari, Expo Hadhari. Terengganu yang banyak dan itu mengelirukan rakyat,” jelasnya

Mengulas lanjut, Mohamad Nizar berkata PAS memerlukan sedikit perubahan dalam konteks penyampaian bagi mesej Islam itu sendiri.


Beliau menyarankan sekiranya penyampaian PAS boleh diubah dalam bentuk kontemporari (semasa) rakyat pasti boleh menerimanya.

“Itulah masalah PAS hari ini, sebab tidak boleh hendak membawa satu-satu isu dijadikan ia sebagai suatu kontemporari.
“Kita (PAS) lihat ianya sebagai ‘haram’ tidak boleh buat dan ‘halal’ boleh buat. Jika kita mengambil beberapa hujah yang ada bertolak ansur, saya rasa dia (rakyat) boleh terima,” ujarnya.


Menurut Ir Mohamad Nizar, beberapa tindakan yang dilakukan oleh PAS Terengganu itu nampak s
http://buletinonline.net/images/berita12/nizaruht.jpgahaja macam keras tetapi sebenarnya tidak keras dan sesuai dengan penghayatan Islam dikalangan masyarakat Terengganu.


Ketika diminta mengulas pendapat pihak-pihak tertentu terhadap dasar-dasar pemimpin PAS Terengganu yang dikatakan agak keras, beliau berkata, ianya ada kemungkinan tetapi tidak boleh dijadikan sebagai umum.


“Di Perak misalnya, kami (kerajaan) tidak memberikan permit ‘Jom Heboh’ dan itu nampak macam suatu tindakan yang keras tetapi bila kita buat tidak menjadi masalah.

“Rakyat boleh terima dan orang UMNO pun boleh terima dan sepatutnya, orang di Terengganu boleh terima dan bukan suatu isu kekerasan PAS,” jelasnya.

Turut hadir dalam majlis ceramah semalam adalah Timbalan Pesusruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib dan Ketua Penerangan Hj Muhyidin Abd Rashid




Najib layak jadi Presiden Umno…tapi tak layak jadi PM

“Lantaklah kalau Najib nak jadi Presiden Umno…tapi jangan bagi dia jadi Perdana Menteri” begitulah permintaan kebanyakan rakyat.

Najib yang masih menjadi calon tunggal bagi merebut jawatan Presiden Umno itu dilihat tidak menghadapi sebarang masalah. Ke semua pemimpin Umno dan BN menyokong beliau, malah Mahathir sendiri sudah melaungkan sokongan beliau dan menamakan Muhyidin sebagai gandingan untuk beliau.

Namun dalam mendalami suara-suara yang menyokong itu, masih ramai juga yang resah dan kecewa kerana Kerusi Perdana Menteri akan turut disapu oleh Najib selepas sahaja beliau diangkat menjadi Presiden Umno pada Mac tahun hadapan.

Peralihan kuasa yang begitu mendesak di awalkan dari 2010 kepada 2009. Ini menjadikan kedudukan Najib dan Muhyidin begitu kukuh dan kini Najib sudah nampak taringnya dan Dollah semakin terperosok ke halkum musuh-musuhnya dalam Umno.

Lihat sahaja mimik muka Dollah ketika diminta mengulas tentang pencalonan Najib dan peralihan kuasa. Beliau bukan sahaja malas nak angkat muka, senyum pun tak nak. Ulasan diberikan dengan wajah yang penuh tekanan dan ini sudah cukup mengambarkan bahawa kroni Dollah juga semakin tertekan.

Memang ramai mengakui bahawa Dollah gagal sebagai PM kerana banyak dipengaruhi oleh Khairy. Tetapi nasib yang sama bakal berlaku sekali lagi bila Najib diangkat sebagai pengantinya.

Jika Dollah bersandar pada Khairy, Najib pula bersandar pada Rosmah. Jika Khairy terkenal dengan politik budak mentahnya…Rosmah pula bakal mengegarkan tanahair dengan sikap borosnya.

Rakyat begitu khuatir jika Najib naik jadi PM. Harga barang akan naik, pembaziran harta awam akan berlaku, dan ekonomi negara dijangka akan berlegar kalangan kroni Najib sahaja.

Dengan perangai Isteri dan diri Najib sendiri beliau memang layak untuk jadi Presiden Umno….tapi untuk jadi PM rakyat tetap akan menolak beliau.




Seniman kecam Shah Rukh Khan dikurnia Datuk


Presiden Seniman Datuk Mustapha Maarof (duduk kanan), Ahmad Idham (dua dari kanan)ketika sidang media bantahan Seniman terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof menggesa pihak kerajaan negeri membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah kepada mana-mana artis.

Kenyataan ini dikeluarkan ekoran bantahan Seniman mewakili artis tanahair terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu.

“Ini hak mereka, kami tak larang mereka untuk beri anugerah itu, tapi kami harap ia diberi penilaian sebaik mungkin agar anugerah itu dihormati.

“Sabtu lalu, dia juga tidak menghadiri upacara tersebut dan kami rasa seperti satu penghinaan kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika sidang media bantahan Seniman di pejabat Finas, Hulu Kelang,kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Menurut Mustapha, mereka patut bertanya kepada pihak yang bersesuaian seperti Finas mengenai kelayakan untuk memberikan anugerah kepada seseorang selebriti.

“Kami bukanlah terdesak dengan kementerian dan kerajaan negeri, tapi kami harapkan keadilan,” katanya.

Beliau turut menyuarakan nama artis lain yang lebih layak menerima anugerah seperti Azean Irdawaty, M. Nasir, Kuswadinata dan Ruminah Sidek atas sumbangan mereka kepada industri filem dan seni tanahair.

“Ikutkan, anak seni dan karyawan belakang kamera juga mempromosi bukan sahaja Melaka malah negara kita tetapi kenapa mereka tidak diberi perhatian.

“Kita harap mereka yang berjaya juga mendapat anugerah itu,” ulasnya dalam sidang media yang turut dihadiri oleh kira-kira 20 orang artis itu.

Antaranya adalah Harun Salim Bachik, Ahmad Idham, Datuk Aziz Sattar, Jalil Hamid, Arash Mohamad, Rahim Jailani, Mas Omar, Zulkifli Zain, Normala Omar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Rusdi Ramli.

Menurutnya, Seniman akan menyerahkan surat bantahan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) pada pukul 4 petang esok.

Dalam pada itu, pengarah filem pecah panggung Jangan Pandang Belakang Ahmad Idham Ahmad Nadzri menambah, berita tersebut memberikan tamparan hebat kepadanya.

“Apabila saya melihat akhbar pagi Sabtu yang lalu, saya rasa macam kena tampar, apa ini?

“Saya macam badut atau kita macam main-main dalam industri hiburan ini? Kita selalu meuar-uarkan tema ‘Filem Kita Wajah Kita’. Kalau nak kata bawa filem ke luar negara, filem saya pun bersepah dibawa ke luar negara.

“Apa yang saya tahu, belum pernah lagi artis yang berhak menentukan lokasi pengambaran filem atau drama,” tegasnya.

Sementara itu, pelakon Arash Mohamad pula berpendapat alasan kerajaan negeri Melaka mengurniakan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan kerana mempromosikan A’ Famosa Resort, Alor Gajah melalui filem One Two Ka Four adalah tidak munasabah.

“Memanglah orang yang menonton filem tersebut mengenali Melaka, tetapi persoalannya adakah mereka datang ke negeri tersebut?

“Alasan itu membuatkan kami kecil hati. Kami bukan cemburu sebab tak dapat anugerah itu tetapi apa revelannya memberi kepada dia?,” luah Arash yang dikenali menerusi drama tempatan seperti siri Masih Ada Cinta dan Badai Metropolis.

Shah Rukh Khan yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka tahun ini. Tarikh penyampaian anugerah kepadanya belum ditetapkan lagi.

Sabtu lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang.

Baguslah Seniman bersuara….Kera Dihutan Disusukan, Anak sendiri mati kelaparan………Adakah Ali Rustam nak tukar Wajah Melaka kepada Darul Hindustan………pastinya ramai rakyat Melaka yang kecewa kerana Ketua Menteri mereka lebih mengagungkan bintang Hindustan ini berbanding rakyat sendiri yang lebih banyak berjasa..




Moga Kestabilan Negara, Ketenteraman Rakyat Tidak Terjejas

Oleh Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

 PAS mengikuti dengan penuh teliti perkembangan terbaru yang melibatkan Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia.

Walau bagaimanapun PAS menganggap bahawa keputusan Presiden Umno Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dalam Perhimpunan Agung Umno Mac depan lebih sebagai suatu masalah dalaman bagi parti tersebut.

Saya berharap agar dalam tempuh peralihan ini Perdana Menteri akan berjaya melakasanakan inisiatif-inisiatif memperkukuhkan institusi negara yang sedang diusahaknnya itu iaitu menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang diberi mandat dalam pelantikan hakim, membentangkan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Parlimen dan menubuhkan Suruhanjaya Aduan Khas bagi memperkukuhkan integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan.

Di samping itu, inisiatif untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial agar rakyat yang miskin dapat dibantu juga ditunggu-tunggu.

Sekurang-kurangnya dengan terlaksananya inisiatif-inisiatif ini beliau akan berjaya meninggalkan jasa yang boleh dikenang oleh rakyat dan negara dan tidak membiarkan masalah-masalah ini berlarutan sehingga diwarisi pula oleh sesiapa juga pewarisnya nanti.

PAS berharap agar proses peralihan kuasa ini akan berjalan dalam suasana yang baik dan lancar tanpa menjejaskan kestabilan negara dan ketenteraman rakyat.

Presiden
Parti Islam Se Malaysia (PAS).




Kenangan Aidil Fitri : Guan Eng pakai kasut terkopak!



HARI RAYA AIDIL FITRI PAS KELANTAN










Akhbar Sinar Harian dalam laporannya menyebut 1000 orang hadir. Harakah melaporkan 20,000. 1000 ribu? PAS kawasan menyediakan 60,000 sate termasuk PAS Kawasan Kota Bharu. 10 kawasan lain, Dewan Ulama, Dewan Pemuada dan Dewan Muslimat menyediakan pelbagai juadah dalam jumlah yang cukup besar. Majlis yang bermula 10 pagi dan dijangka tamat 3 petang. Sebaik sahaja waktu zohor makanan sudah habis. 1000 orang yang makan???


AIDIL FITRI DI PERMATANG PAUH










Majlis sambutan hariraya adalah anjuran PAS Kelantan atas inisiatif Dato’ Cikgu Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Ahli Parlimen Kota Bharu merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu.

Sewaktu Hj Kamal menyimpan mengambil kasut Ketua Menteri Pulau Pinang untuk diasingkan di tempat lain, didapati KM itu pakai kasut terkopak dibahagian hadapan!. Kasut bekkoh kato ore Kelate!




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .