Ikuti Blog ini

Najib layak jadi Presiden Umno…tapi tak layak jadi PM

“Lantaklah kalau Najib nak jadi Presiden Umno…tapi jangan bagi dia jadi Perdana Menteri” begitulah permintaan kebanyakan rakyat.

Najib yang masih menjadi calon tunggal bagi merebut jawatan Presiden Umno itu dilihat tidak menghadapi sebarang masalah. Ke semua pemimpin Umno dan BN menyokong beliau, malah Mahathir sendiri sudah melaungkan sokongan beliau dan menamakan Muhyidin sebagai gandingan untuk beliau.

Namun dalam mendalami suara-suara yang menyokong itu, masih ramai juga yang resah dan kecewa kerana Kerusi Perdana Menteri akan turut disapu oleh Najib selepas sahaja beliau diangkat menjadi Presiden Umno pada Mac tahun hadapan.

Peralihan kuasa yang begitu mendesak di awalkan dari 2010 kepada 2009. Ini menjadikan kedudukan Najib dan Muhyidin begitu kukuh dan kini Najib sudah nampak taringnya dan Dollah semakin terperosok ke halkum musuh-musuhnya dalam Umno.

Lihat sahaja mimik muka Dollah ketika diminta mengulas tentang pencalonan Najib dan peralihan kuasa. Beliau bukan sahaja malas nak angkat muka, senyum pun tak nak. Ulasan diberikan dengan wajah yang penuh tekanan dan ini sudah cukup mengambarkan bahawa kroni Dollah juga semakin tertekan.

Memang ramai mengakui bahawa Dollah gagal sebagai PM kerana banyak dipengaruhi oleh Khairy. Tetapi nasib yang sama bakal berlaku sekali lagi bila Najib diangkat sebagai pengantinya.

Jika Dollah bersandar pada Khairy, Najib pula bersandar pada Rosmah. Jika Khairy terkenal dengan politik budak mentahnya…Rosmah pula bakal mengegarkan tanahair dengan sikap borosnya.

Rakyat begitu khuatir jika Najib naik jadi PM. Harga barang akan naik, pembaziran harta awam akan berlaku, dan ekonomi negara dijangka akan berlegar kalangan kroni Najib sahaja.

Dengan perangai Isteri dan diri Najib sendiri beliau memang layak untuk jadi Presiden Umno….tapi untuk jadi PM rakyat tetap akan menolak beliau.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .