Ikuti Blog ini

Pilihan Raya Umum Ke-13 Bulan 12/2011, Ini Buktinya...

Desas desus mengatakan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan Disember ini tetapi ramai yang gemar ia diadakan tahun depan.

Dua faktor dilihat memungkinkan PRU13 diadakan bulan depan, antaranya Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selesai menunaikan ibadah haji.

Esok pula beliau akan menyambung sidang Dewan Rakyat dan dijangka meluluskan Bajet 2012 minggu ini.

Kedua-dua faktor itu antara pertimbangan penganalisis politik meramalkan PRU13 diadakan bulan depan.

Lazimnya sejarah pilihan raya menunjukkan pilihan raya umum peringkat pusat dan negeri kecuali dalam kes Sarawak akan diadakan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Ketika penganalisis politik sibuk membuat ramalan masing-masing, PAS Selangor menjangkakan PRU 13 diadakan Disember kerana Perdana Menteri dijangka meraih simpati rakyat selepas beliau menunaikan ibadah haji.

Mohd Najib adalah Perdana Menteri yang keenam dan PRU ini adalah pertama buatnya.
Bagi Sk petanda kini dah jelas. Bukan apa, kawan-kawan Sk yang telah dipilih SPR untuk bertugas masa mengundi ni nanti telah dipanggil untuk menghadiri sesi taklimat pilihanraya pada 29hb Nov 2011 ni. Tempat taklimat di bangunan Pentadbiran Persekutuan Anak Bukit, Kedah. Kalau macam ni punya hal tak ke dah dekat. Dah hampir nak mengundi la tu.

Kalau tak bulan depan, kira awal bulan januari 2012 dah kira comferm. Masa tu tunggang langgang lagi la JK Khas Parlimen nak mereformasikan pilihanraya. Kira jahanam la jawatankuasa tu, dah tak terpakai, buang masa, buang duit. Masa awal pengumuman Najib nak tubuhkan JK tu dah nampak cantik dah..last-last nampak macam nak macam nak kena kencing dengan Mat Najib ni. Mamak Naina Marikan kata Pas penakut sebab nak lancar BERSIH 3.0. Tapi yang nampak penakut terketaq-ketaq tu mamat Monggolia bukannya Pas. Kalau Najib Monggolia tu berani, tunggu la JK Khas Parlimen siap kan Laporan dulu and then perbaiki apa yang tak betul. Ini tak, kira nak ikut kepala otak dia saja.

WARNING!!!!!! BERSIH 3.0 patut digerakkan sekiranya parlimen dibubarkan sebelum JK Khas membuat kenyataan. Ingat tu Najib!!!!!!

PANAS !!! : Guru Besar Terlampau!

- Cikgu Halim dicabar membuktikan segala tuduhannya...
SETIU - Cikgu Abd Halim bin Mohamad (gambar), Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkap dekat sini, dianggap sebagai guru besar 'terlampau' apabila menuturkan kata-kata 'hodoh' dan membuat tuduhan melulu dihadapan khalayak ramai.

Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu, Dr. Azman Ibrahim mencabar cikgu Abd Halim supaya mengemukakan bukti atas tuduhan yang dilemparkannya terhadap para guru dan ustaz.

"Kita minta Cikgu halim kemukakan bukti kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu atau supaya tindakan tegas dan sewajarnya dapat diambil ekoran tuduhan serius beliau bahawa guru-guru dan ustaz-ustaz yang terlibat dengan parti pembangkang,

"(yang dituduh) mengabaikan tugas sehingga para pelajar menjadi mangsa,"ujarnya dalam satu kenyataan yang di e-melkan kepada Buletinonline.

Menurut Dr Azman yang juga Ahli Jawatankuasa badan Perhubungan PAS Terengganu, Cikgu Halim 'memaki hamun' ketika beliau menyampaikan ucapan pada Majlis Pengagihan Bantuan RM100 kepada murid-murid disekolah terbabit.

Katanya pada Rabu 16 November, Cikgu Halim teah menuturkan kata-kata 'nista' itu di hadapan ratusan ibu bapa yang hadir pada majlis berkenaan.

"Beliau (Cikgu Halim) juga dengan kesatnya memaki mereka yang terlibat dengan parti pembangkang dengan perkataan bodoh berulang kali.,"jelas Dr. Azman.

Beliau berkata antara kata-kata Cikgu Halim adalah; "kita tak mboh (mahu) dengar orang Langkap ni fikiran dia kena racun dengan parti pembangkang. Cikgu pun ada hok bodoh, seorang ustaz pun bingung, buleh masuk parti Pas, seorang doktor hok cerdik, bila masuk parti Pas, bodoh selalu! tuan-tuan, janganlah masuk parti pembangkang, tobat! Cikgu, ustaz bila masuk parti pembangkang, maknga (malas) selalu ngajar , anak murid jadi mangsa…”

Sehubungan itu, Dr Azman yang pernah berkhidmat sebagai doktor pergigian awam berkata, tuduhan cikgu Halim sangat serius memandangkan beliau seorang penjawat awam berjawatan sebagai anggota pentadbiran.

"tuduhan sebegini sangat serius dan bukti lengkap sangat diperlukan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil untuk memperbaiki keadaan,

"apatah lagi, umum sedia memaklumi, guru-guru yang terlibat dengan PAS adalah mereka yang dididik dan ditarbiyah dengan roh Islam yang sentiasa meletakkan amanah dan tanggungjawab di tempat yang sewajarnya selaras dengan ajaran Islam,"jelasnya.

Katanya, tindakan Cikgu Halim akan menjejaskan kepercayaan awam kepada penjawat awam dan memusnahkan kredibiliti profesion perguruan.

Justeru, beliau meminta pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tindakan terhadap Cikgu Halim sekiranya gagal mengemukan bukti terhadap segala tohmahannya itu.

"Pastinya kita tidak ingin mendengar dan melihat seorang guru besar yang menuduh sebarangan tanpa bukti serta bertindak seolah-olah seorang ketua cawangan Umno.

"kalau beliau ingin berpolitik, sila tinggalkan profesion perguruan dan ayuh! Sila turun ke medan politik,"tegas r Azman.

Ucapan cikgu Abdul Halim telh dirakam dan dapat diikuti melalui video klip dibawah.


Tabung Serambi Mekah terima derma RM5 juta

KOTA BHARU, 17 Nov: Tabung Amanah Serambi Mekah mencipta sejarah baru sejak penubuhannya hampir 21 tahun lalu apabila menerima sumbangan derma peribadi sebanyak RM5 juta.

Dengan sumbangan tersebut, tabung berkenaan berjaya mengutip sebanyak RM6 juta bermula Januari tahun ini.

Bagaimanapun seorang penderma luar Kelantan itu tidak ingin dikenali identitinya disebut ‘hamba Allah’ pada majlis kutipan derma akaun Amanah Kebajikan (Tabung Serambi Mekah) ke-21 di sini tengah hari tadi.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Aziz ketika ditemui tidak menafikan ianya sejarah tersendiri bagi Tabung Serambi Mekah dengan sumbangan derma peribadi yang tertinggi sejak ianya ditubuhkan 21 tahun lalu.

“Perkembangan ini berlaku kerana kesedaran ajaran Islam yang murni menerapkan rasa tanggungjawab dan keinsafan terhadap penderma.

“Hasil didikan golongan alim ulama dan sebagainya berhubung tanggungjawab sebagai umat Islam, mereka akan menunaikan tanggungjawab itu,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada dermawan tersebut serta penderma lain termasuk agensi-agensi kerajaan, swasta dan sebagainya kerana sudi menderma.

Katanya, dengan sumbangan tersebut ianya dapat membantu mangsa-mangsa ribut, kebakaran, banjir dan bencana alam lain.

Beliau berharap ianya menjadi suntikan motivasi kepada masyarakat untuk turut menunaikan tanggungjawab itu.

Antara agensi kerajaan negeri yang menderma, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sejumlah RM405,000, PMBK (RM100,000) dan lain-lain.

Turut menyumbang syarikat-syarikat swasta, pejabat tanah jajahan dan majlis daerah seluruh Kelantan di samping sumbangan individu.

Turut berucap pada majlis itu anggota Exco kerajaan negeri yang mewakili Timbalan Menteri Besar, Dr Muhammad Fadzli Hassan. -Hrkh

Bagaimana Wang Rampasan Dalam Simpanan Polis Boleh Hilang?

Wang rampasan hilang dari IPD Shah Alam

KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada AS$300,000 (RM950,000) wang tunai dirampas daripada tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamun tiga pengurup wang asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 September lalu dilaporkan hilang dalam simpanan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang mengesahkan kehilangan itu, berkata selain wang tunai RM11,700, beg duit milik semua suspek turut dilaporkan hilang dari pejabat pegawai penyiasat kes yang terletak di bangunan lama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam.

"Kita menjalankan siasatan terhadap semua pegawai dan anggota kita yang mengendalikan kes berkenaan serta mereka yang bertanggungjawab untuk berada di pejabat penyimpanan bahan bukti siasatan kes,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan sehingga siasatan yang dijalankan pihaknya sendiri selesai.

Dalam kejadian 15 September lalu, polis menahan tiga pegawai kanan SPRM kerana dipercayai terbabit melakukan samun ke atas tiga penggurup wang asing selepas dipercayai bersubahat bersama dua lagi suspek awam.

Bagaimanapun, sehingga sekarang polis hanya berjaya merampas sebahagian wang tunai daripada ketiga-tiga suspek, manakala selebihnya dilaporkan berada dalam simpanan suspek awam yang masih diburu.

Ketiga-tiga pegawai SPRM terbabit didakwa ke Mahkamah Sesyen Sepang pada 7 Oktober lalu atas tuduhan bersubahat melakukan rompakan, penyamaran dan penipuan serta menyembunyikan rancangan rompakan terhadap tiga warga Singapura yang dalam proses membawa wang berkenaan keluar dari negara. -BH

Kecuaian? Konspirasi?

Sepatutnya Ketua Polis Selangor perlu letak jawatan kerana kegagalan menjalankan tugas dan tanggungjawab menjaga "bahan bukti". -GB

Edisi Khas Untuk Melayu

Rakyat Melayu Islam digesa jangan terus membuta tuli menyokong kerajaan yang sengaja menakut-nakutkan mereka dengan propaganda

‘Tanpa Umno, Mereka Hilang Tempat Bernaung’.

Dalam satu kenyataan, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,

Banyak penulisan kebelakangan ini daripada pemikir Melayu Islam yang meluahkan kebimbangan terhadap kekuasaan orang Melayu Islam.

Seolah-olah melihat dengan jatuhnya kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), maka kekuasaan orang Melayu juga akan turut hilang. “Kewujudan Pakatan Rakyat (PR) dilihat akan melemahkan kekuasaan orang Melayu dan juga akan menghakiskan kekuatan Islam di negara ini.

Sejak negara ini merdeka, Umno adalah tunjang kekuasaan BN dan Umnolah yang diharapkan memelihara maruah Islam dan kaum Melayu. Selama 54 tahun nasib Melayu dan Islam terbela, dan kalaulah Umno tewas maka orang Melayu akan hancur dan semakin lemah.

"Itulah pemikiran yang hendak diterapkan di kalangan rakyat, agar umat Islam dan kaum Melayu akan sentiasa was-was dan ketakutan untuk kehilangan Umno.

Namun, apa yang penting ialah ‘Adakah pemikiran ini bertolak kepada fakta dan realiti sebenar atau hanya satu luahan rasa tanpa berpijak kepada fakta yang nyata?" tanya beliau.

Tuan Ibrahim berkata walaupun hujah di atas sekali imbas, atas permukaan ada terasa seperti benar namun beliau memberikan lapan hujah untuk direnungkan rakyat Melayu Islam sebelum membuat kesimpulan.
Baca hujahnya di sini

'PM perlu malu ISA diguna lagi'


Penahanan terbaru sekumpulan lelaki bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disifatkan "mengesahkan kesangsian" rakyat terhadap pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan akta itu sebelum ini.

bukit gantang by election mafrel pc 300309 syed ibrahim"Kini ia amat pasti bahawa pengumuman itu hanyalah untuk kepentingan politik Najib dan tidak serius dan jujur dalam memansuhkan akta zalim ini," kata Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh dan Penyelaras NGO hak asasi Suaram E Nalini.

Perdana menteri pada malam hari Malaysia mengumumkan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta akan mengkaji semula undang-undang lain bagi memastikannya memenuhi kehendak semasa.

Dalam kenyataan bersama Syed Ibrahim dan Nalini hari ini, mereka mempersoalkan sama ada Najib cuba memperdayakan rakyat Malaysia berhubung penangkapan pertama selepas pengumuman pemansuhan ISA pada 15 September lalu.

"PM perlu berasa malu atas penangkapan ini," kata mereka sambil menyifatkan tuduhan ke atas kumpulan lelaki itu masih tidak pasti.

kamunting prison penjara 201107Polis dilaporkan menggunakan ISA di Sabah kerana didakwa terbabit dengan kegiatan militan yang menggunakan Tawau sebagai tempat transit senjata dan dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang beroperasi dari Kalimantan.

Senaraikan nama, status

Bagaimanapun, memetik sumber, laporan Berita Harian dan The New Straits Times itu tidak sepakat sama ada 10 atau 11 orang ditahan bawah akta kontroversi itu.

GMI dan Suaram pula menyifatkan jumlah dilaporkan hanyalah angka "tidak rasmi" kerana sumber mereka memaklumkan kemungkinan 14 orang ditahan.

Kedua-dua NGO itu turut menyenaraikan nama invidividu yang didakwa ditahan, termasuk status pekerjaan mereka.

azlanMenurut GMI dan Suaram, identiti mereka: Mohd Nazri Dollah (guru agama), Yusof Saripuddin (peniaga ayam) Muhd Adnan Umar dan Darto Bandu (guru tuisyen), Muhd Abduh Umar (pemandu lori), Faizal Hamma dan Joni @ Muadz (pengedar akhbar harian) dan Bakar Baba (guru).

Tiga lagi individu lain - dikenali Adwan, Azmi dan Suriadi - tidak dinyatakan nama penuh dan status pekerjaan mereka.

Pesuruhjaya polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi dilaporkan enggan mengulas penahanan tersebut kerana kes itu dikendalikan Bukit Aman. -M'kini

Mahasiswa UPSI berdemo lagi, tuntut jaminan posting

KUALA LUMPUR, 17 Nov: Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam sekali lagi mengadakan piket aman menuntut isu 'posting' diselesai segera oleh pihak pentadbiran universiti tersebut.

Piket yang dinamakan 'Posting 2.0' merupakan rentetan daripada isu penempatan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan keluaran universiti awam yang melanda mahasiswa.

Bercakap kepada Harakahdaily, Setiausaha Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Siti Nurul Piteriah Ab Halim menjelaskan, sehingga hari ini belum ada kenyataan konkrit dari pihak bertanggungjawab bagi menyelesaikan permasalahan mahasiswa pendidikan tersebut.

"Wakil mahasiswa telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Pelajaran (Datuk Dr Wee Ka Siong) bagi mengetahui kedudukan sebenar serta maklum balas dari pihak kementerian namun sehingga kini kita tidak tahu kedudukan sebenar mahasiswa selepas mereka tamat pengajian di sini," jelasnya sambil menambah pertemuan tersebut dibuat pada 19 November lalu di parlimen.

Tambah Nurul Piteriah lagi Piket Posting 2.0 itu bermula pada jam 1.00 petang, di mana sekumpulan mahasiswa seramai 70 orang telah berarak dari Sudut Pidato ke bangunan Canselori untuk bertemu dengan pengurusan tertinggi univesiti.

"Mereka akhirnya disambut oleh Naib Canselor UPSI, Professor Zakaria Kasa di pejabat beliaunya. Pertemuan antara perwakilan Pro-Mahasiswa UPSI (Legasi Mahasiswa Progresif dan Mahasiswa Pendidik) dilaporkan berlangsung secara sihat dengan pihak universiti yang akhirnya akur dengan tuntutan mahasiswa dan berjanji akan menyelesaikan kemelut ini.

"Pihak universiti juga dikatakan telah menghantar nama-nama graduan yang belum mendapat penempatan untuk diuruskan oleh pihak berwajib," sambungnya.

Beliau memberitahu sebelum ini, mahasiswa tidak berpuas hati dengan sikap universiti yang tidak memberi sebarang maklum balas terhadap  tujuh tuntutan yang diserahkan kepada pihak pentadbir universiti sebelum ini.

Tambahnya, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi (TNCP&I), Dr. Noraini yang menerima tuntutan tersebut sebelum ini telah berjanji akan menyelesaikan isu tersebut tetapi tiada penyelesaian sehinggalah pertemuan pada hari ini.

Sementara itu Koordinator Mahasiswa Pendidik, Mohd Zahar bin Mat Noor memberitahu piket ini bukan mahu buat kacau tetapi cuma mahu penjelasan dari Menteri supaya keresahan dan kepincangan dalam kalangan Graduan ISMP dapat diredakan dan pelajar-pelajar lain dapat meneruskan pelajaran dengan tenang.

Piket tersebut menyaksikan Bangunan Bitarasiswa sekali lagi menjadi medan bagi mahasiswa berhimpun.
Pada 2 November lalu, seramai 5,000 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan universiti itu telah berhimpun menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan sekolah kepada mereka sama seperti Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). -Hrkh

Gambar-Gambar Kemewahan Istana Negara Yang Baru...


Ya Allah... Mewahnya Istana Negara kita yang baru nieh!! Memukau mata bila tengok gambar-gambar nieh.


Istana Negara baru yang dibina dengan kos keseluruhan RM 811 juta ini. Sekali tengok... perghh!, dah macam hotel 7 bintang Burj al-Arab yang dekat Dubai tu...

Sama ada ianya satu keperluan, atau pembaziran, korang nilailah sendiri...di bawah ini sekitar 40 keping gambar Istana Negara yang baru...









































































Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .