Ikuti Blog ini

Pencalonan Wahid, PAS menang pusingan pertama


Kuala Terengganu - PAS telah dilihat memenangi pusingan pertama apabila mengetengahkan Wahid sebagai calon mewakili PAS dalam pilihanraya kecil di Kuala Terengganu.

Ramai melihat ini suatu pilihan terbaik daripada Presiden PAS setelah melakukan proses istikharah dan istisyarah, seperti yang di anjurkan oleh Rasululullah s.a.w. Melalui penulisan blog, penganalisis politik Mohd Sayuti Omar, pula menganggap pencalonan Abd Wahid sebagai keputusan yang bijaksana oleh Presiden.


Di atas kertas Abd Wahid dijangka menang selesa di DUN Wakaf Mempelam selepas rekod mempertahankan DUN berkenaan 5 penggal berturut-turut. Beliau juga dikenali ramai oleh masyarakat parlimen Kuala Terengganu kerana ketokohan beliau selain masyarakat bukan Islam mempunyai masalah untuk mengundi beliau.


Dari segi strategi, jentera UMNO tidak menyangka pemilihan Abd Wahid dan dijangka sukar untuk menyerang pribadi beliau.


Ketokohan dan kepopularan Abd Wahid juga dilihat mengatasi calon UMNO, Wan Farid yang lebih awal diumumkan. Ini kemungkinan besar akan mendatangkan masalah besar buat jentera UMNO.


Masalah UMNO bertambah apabila Wan Farid dikatakan bukan calon yang terbaik kerana sebelum ini ramai ahli UMNO mahukan Zubir Embong yang menjadi calon.


Seluruh kepimpinan dan ahli PAS dipelbagai peringkat menyokong sepenuhnya keputusan Presiden PAS memilih Abd Wahid Endut.




Pesanan Mahathir buat pengundi di Kuala Terengganu


Para pengundi di Kuala Terengganu perlu diingatkan kembali kepada luahan hati Tun Dr. Mahathir pada 19hb Mei 2008 apabila beliau mengumumkan keluar daripada UMNO. Anggaplah ini sebagai pesanan orang tua yang perlu dihormati. Antara lain bekas presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri berkata:

Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia.

UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.

Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.

Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.

Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.

Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.

Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.

Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.
Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular.

Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.

Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)
Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)

Dipetik daripada blog Tun Mahathir- chedet.com




Wahid dikenali di hati rakyat


Kuala Terengganu - Calon PAS untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Abd Wahid Endut merupakan seorang yang peramah,mesra, bertanggungjawab dan mudah di dekati rakyat. Hampir seluruh masyarakat di Kuala Terengganu mengenali beliau terutamanya di Daerah Wakaf Mempelam.

Tidak hairanlah jika beliau mampu menang di DUN Wakaf Mempelam selama 5 penggal berturut-turut. Beliau telah dikenali dihati rakyat. Seorang pengundi Kuala Terengganu ketika ditemui berkata, tidak menyangka Abd Wahid dipilih sebagai calon PAS untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu kali ini. "Saya gembira. Wahid memang baik", ujar beliau.

Memang benarlah seperti yang pernah dijanjikan oleh Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang sebelum ini bahawa calon yang bakal beliau umumkan ialah seorang yang bertanggungjawab dan berjiwa rakyat.

Beliau turut disenangi dikalangan golongan bukan melayu terutamanya ketika memegang exco kerajaan negeri di zaman pemerintahan PAS. Beliau menolong semua orang tanpa mengira bangsa dan kaum.




Warga Perak berhimpun mengutuk kezaliman Zionis terhadap Palestin


IPOH - Warga Perak sekali lagi mengadakan perhimpunan aman bagi membantah keganasan dan kezaliman regim zionis Israel menyerang dan membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Bertempat di Masjid Sultan Idris Shah II ataupun lebih dikenali sebagai Masjid Negeri selesai solat Jumaat serta solat hajat, perhimpunan aman yang diterajui oleh Dewan Pemuda Pas Perak ini berjaya mengumpulkan hampir keseluruhan jemaah pada tengahari ini. Apatah lagi setelah jemaah mendengar khutbah tentang kezaliman zionis Israel daripada mimbar masjid yang benar-benar membakar semangat untuk mengutuk dan menyelar tindakan zionis laknatullah itu.


Ucapan yang berapi-api daripada pimpinan mendapat sorakan yang gemuruh daripada hadirin. Antara yang melaungkan kata-kata semangat serta slogan-slogan mengutuk kezaliman ini ialah Ketua Dewan pemuda PAS Perak, Ust. Norazli Musa, Wakil NGO Jamaie, Sdr. Khalilul Rahman, seorang wakil daripada Aman Palestin dan wakil dari Dewan Muslimat PAS, Ustazah Sabariah.

Turut hadir sama bagi menyatakan sokongan terhadap perhimpunan hari ini adalah Menteri Besar Perak, DS Ir Mohammad Nizar dan Timbalan Exco Agama yang juga Adun Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ust Zulkarnain Ibrahim, pungutan derma kilat untuk membantu rakyat Palestin serta membakar bendera Israel sebagai tanda simbolik bantahan terhadap kekejaman rejim zionis itu.



Perhimpunan aman ini bersurai sekitar jam 2.35 petang.



Sekitar Demo Bantah Kekejaman Israel di Johor Bahru...

Kira-kira 200 orang umat Islam mengadakan himpunan aman di perkarangan Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru dekat sini tengahari tadi melahirkan bantahan ke atas kekejaman Israel terhadap umat Islam Palestin.



Himpunan aman yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Johor ini diadakan sebaik sahaja umat Islam selesai menunaikan fardu Jumaat.

Slogan-slogan anti-Israel dilaungkan dengan diselangi pekikan takbir bergemuruh sebaik sahaja pengerusi himpunan, Sdr Rosli Kemin merangkap YDP Pas Johor Bahru memulakan acara.

Bagi menunjukkan sokonngan, orang ramai yang hadir turut mengangkat sepanduk dan poster mengutuk kekejaman Israel tersebut.

Para Pemimpin Pas Johor seterusnya berucap mengutuk serangan ganas tentera rejim Zionis ke atas umat Islam Palestin yang kebanyakan terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Pesuruhjaya Pas Johor ,Dato Mahfuz Mohamad kemudiannya meneruskan ucapan dengan menyeru umat Islam tanpa mengira batasan fahaman politik bersatu mengutuk serangan ganas tersebutdan kemudiannya membacakan doa sebelum diakhiri dengan pembakaran bendera negara haram Israel.Perhimpunan aman ini berakhir kira-kira jam 2.20 petang tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Acara penutup dengan membakar bendera Israel dan Amerika Laknatulallah ...Allahuakbar...

Dato Mahfuz Muhammad (Pesuruhjaya Pas Johor) berucap sambil membaca doa penutup moga penduduk Palastin dilindungi oleh Allah

Saudara Mazlan Aliman merangkap AJK Pas Pusat meneruskan kutukan terhadap Israel Laknatulallah....Takbir...

Para Pendemo tak mengenal erti letih walaupun panas terik memayungi mereka....

Sebahagian hadirin yang handir tanda sokongan kepada bantahan tersebut..syabas rakyat Johor

Bendera Laknat ini wajar dibuang dan dibakar sahaja....Takbir...

Patong bush bersedia untuk dibakar hidup-hidup oleh para pendemo....

Penceramah Ketiga Demo iaitu Sdr Zukifli Ahmad (Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor)

Saudara Suhaizan Kaiat(Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat ) sebagai penceramah demo yang kedua begitu semangat sekali berucap...

Ucapan pertama dimulakan oleh Sdr Aminudin Ayob adik kepada salahudin ayob merangkap Timbalan Ketua Pemuda Pas Johor

Sdr Rosli Kemin (YDP PAS JB ) sebagai lead pada program Demo anjuran PAS Johor...




TOK GURU HAJI HADI BUAT MEREKA TERKEJUT BERUK!!!


Kezutan yang dibuat oleh Tok Guru Hj. Hadi bukan sebarang kezutan. Ramai yang terkejut badak dibuat. Bukan saja kita terkejut badak malah BN pun terkejut beruk dibuatnya. Itulah penanggannya pencalonan Abdul Wahid Endut. Tapi ......as usual lah, orang-orang UMNO ni control macho. Tetapi dalam hati........ mampuih kita!!!

Kita tengok apa komen pihak BN tentang Wahid Endut.........

Othman Awang, calon BN yang tewas di tangan Wahid dalam PRU 12 yang lalu....... mendakwa yang Wahid hanya dikenali di kawasan DUN nya sahaja dan tidak di tempat lain. Oleh itu katanya BN boleh relax...... no problem lah..... sure Wan Falid boleh menang ma......

Oi.... kome jangan nak merepek. Nampak benor control macho.... Dengor sini... Wahid kami, ni dah jadi ADUN selama 5 penggal dan pernah pulak jadi EXCO Pembangunan Usahawan dan Belia Negeri masa PAS memerintah dulu..... 5 penggal bukan sikit masanya tu.... takkan la orang tak kenal..... mana logicnya cakap kamu Othman Awang oi......!! Itu sebabnya kalah.... tengin bebenor. Bagus le..... duduk sedap-sedap.... relax....bior tumpor si Wan Falid!!! Tapi itu yang kome nak kan????

Ini seorang lagi..... Mohd Zuber Embong. Dia ni........ Ketua Sektor Akademik di Jabatan Pelajaran Terengganu. Weh... orang belajor kome!!! Tapi.....rupa macam orang tak belajor bila dengor dia bercakap. Kita tengok apa dia kata....

"Orang akan nilai apa yang Abdul Wahid buat selama 23 tahun menjadi Adun Wakaf Mempelam kerana tidak ada apa-apa yang beliau lakukan."

Kata-kata dia ni, sebenarnya merupakan satu pengiktirafan kepada Wahid .... Apa tidaknya.... kalau dia tak bagus.... tak kan orang pilih... dan pilih... dan pilih..... pilih dia .... sampai 5 penggal berturut-turut.... selama 23 tahun. Tak kan lah orang Wakaf Mempelam bodoh sangat sampai sanggup menderita selama 5 penggal. Mat Zuber ni...... is insulting their intelligence. Dia ingat... dia orang pendidikan.... dia pandai sangat le.... Pandai apa kebendenya tu..... Kata bodoh karang..... marah.... tapi hakikatnya memang benar BODOH.

Katanya lagi.....

"Kecemerlangan pendidikan yang dimulakan oleh Datuk Razali Ismail akan lenyap.”

Apa kaitannyanya pendidikan dengan kemenangan Wahid. Apa pulak nak campur adukkan pendidikan dengan politik..... Tapi orang UMNO/BN ni..... memang suka campur tangan dalam semua hal..... sebab tu semuanya hancuss di bawah telapak tangan-tangan mereka. Nak maju pendidikan itu kerja KAMU.......oi Zuber. Kamu kan Ketua Sektor Akademik di JPN Terengganu. Faham tak.... itu kerja kamu....!!! Jangan kamu nak lepas tangan dan menyalahkan orang lain pulak!!

Datuk Razali tu dulu....... Pengarah JPN Terengganu dan tahniah kita ucapkan kepada dia kerana berjaya memacu kejayaan pendidikan di Terengganu. Maknanya sebagai Pengarah JPN Terengganu dia berjaya. Dia berjaya atas kapasiti dia sebagai PENGARAH JPN Terengganu. Ada paham ka....???? Tapi kalau kita tengok bila dia masuk politik dan bertanding dia menang pun ciput je...... Sebagai Timbalan Menteri Pelajaran apa sangat le yang dia dah buat sebab tak sampai pun setahun lagi pegang jawatan ..... dia pulak pergi. So.... jangan le kamu nak memperbodoh orang!!!! And... don't insult your own intelligence!!! Malu.. weh.... nampak betul kurang cerdik. Itu sebabnya tak terpilih.....

Lepas tu.... nak suruh pulak para guru..... menyokong deme. Belum apa-apa dah nak guna kuasa. Nasib baik dia ni tak dipilih..... kalau tidak..... tak tau nak cakap le. 'Sour grape'..... dia ni..... tapi frust pun juga.... bukan sikit-sikit punya frust..... tapi frust giler-giler....
Itulah cerita..... orang-orang yang control macho tapi sebenarnya mereka ni terkejut beruk dengan pencalonan Wahid Endut. Mengelabah tak tentu arah sehingga cakap pun dah merapu-rapu... macam.... entah le..!! Wallahu'alam...



Berubah Untuk Kemenangan Rakyat





Walau Cuba Dihalang Polis, 500 Orang Berjaya Demo Bantah Kekejaman Israel Terhadap Umat Islam Palestin Di Masjid Abu Bakar !!

TEMERLOH - Lebih 500 terdiri daripada penyokong parti politik, NGO dan orang ramai hadir di Masjid Abu Bakar, Temerloh membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab Zionis Yahudi menyerang dan membunuh penduduk Gaza Palestin selepas Sembahyang Jumaat tengahari semalam (2 Januari). Perhimpunan aman tersebut berjaya berjalan selama setengah jam walau pun cuba dihalang pihak polis kerana dikatakan pada mulanya tidak mendapat keizinan daripada pihak polis daerah. Pengerusi Panel Panasihat Undang-Undang PAS Pahang, Abdullah Abdul Karim telah mempengerusikan majlis dan Yang DiPertua PAS Kawasan Temerloh Ustaz Abdul Rahim Latif serta Ketua Bahagian PKR Temerloh Ahmad Nizam Hamid telah berucap. Sementara Ketua Pemuda Kawasan Ustaz Jauhari Ishak membacakan doa. Turut hadir dalam perhimpunan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Yusof Embong, Bendahari PAS Pahang Musaniff Abdul Rahman serta wakil-wakil NGO. Selain itu, pasukan polis juga menempatkan ramai anggotanya termasuk yang berpakaian awam. Umno Temerloh dikatakan pada mulanya berhasrat untuk menaja Solat Hajat untuk tujuan yang sama selepas Solat Jumaat, namun tidak berlaku pula program seperti yang dirancang.


Penunjuk perasaan bantahan melaungkan takbir dan mengibar bendera Palestin, sepanduk, kain rentang dan poster sebagai tanda mengecam Yahudi dan dan meminta umat Islam negara itu bersabar. Di samping itu, bendera negara haram Zionis Israel turut dibakar sebagai tanda membantah dan menyatakan kemarahan atas tindakan buas dan ganas Yahudi terhadap umat Islam selatan Gaza yang dibedil bermula 27 Disember lalu itu. Sehingga kini, korban kematian sudah mencecah 420 orang dan lebih 2,000 yang lain cedera parah. Sepanjang beberapa hari ini lebih daripada 20 lokasi di Gaza telah dibom dari udara, darat dan laut termasuk kediaman dua pimpinan senior Hamas. Sementara dalam sidang media yang diadakan selepas itu, Yusof Embong menggesa Malaysia menarik balik kedutaan negara ini di negara-negara yang menyokong Israel seperti Britain sebagai tanda bantahan terhadap persekongkolan negara tersebut dengan pengganas Yahudi.

Yusof juga mengingatkan, bahawa kezaliman tindakan rejim Israel ini bukan sahaja berkaitan isu agama tetapi juga berkaitan isu kemanusiaan sejagat. Dalam pada itu, Nizam Hamid memberitahu demonstrasi hari ini mendapat sokongan kuat peguam-peguam daerah Temerloh jika pihak tertentu mengambil tindakan. Beliau juga memberitahu akan membuat ‘road show’ seluruh negeri Pahang dengan memanggil wakil Hamas. Antara tujuannya ialah untuk memberi penerangan dan mengumpul derma untuk membantu umat Islam Palestin. Sementara itu derma kilat yang dilancarkan bagi umat Palestin semasa demonstrasi tersebut telah berjaya mengumpul RM1,075.50 dan 15 Riyal hasil sumbangan orang ramai.

[Terkadang kita naik hairan dengan pihak berkuasa terutamanya pasukan polis di Malaysia negara Islam Hadhari ini. Biarpun demonstrasi yang diadakan bukan bertujuan politik tetapi untuk memberi sokongan kepada umat Islam di Palestin. Namun, mereka masih mahu menghalang rakyat untuk menyatakan bantahan atas kekejaman yang dilakukan oleh Zionis itu. Sungguh malang bagi umat Islam di Malaysia, jika perkara seperti ini pun dianggap sebagai perhimpunan haram. Walhal ia bertujuan untuk menyatakan perasaan kecewa atas segala kezaliman yang berlaku itu].




Lojik Menjelang Maghrib - Pahala & Dosa..!!

Tanya Wan Farid,

  • “Kalau undi PAS dapat pahala, adakah undi BN dapat dosa?”
  • “Bagaimana orang PAS yang undi DAP, dapat pahala juga?”
  • “Adakah undi BN yang buat masjid tidak dapat pahala?”
Saya antara orang yang hairan mengapa Umno khususnya Wan Farid rasa sakit dan tidak puas hati bila Nik Abdul Aziz kata undi PAS dapat pahala. Kalau MB itu kata undi PAS dapat kawasan balak atau dapat projek cuci parit, saya tak pasti macam mana tindak balasnya.

Dalam ilmu lojik, bila dikata sesuatu itu begitu tidak semestinya yang selainnya tidak begitu. Misalnya saya kata, “Baju saya hitam”. Tidak semestinya baju orang lain putih. Bila saya kata begitu, orang lain boleh jawab begini, “Baju saya pun hitam juga”.

Tapi Wan Farid tak kata pun, “Undi BN pun dapat pahala juga”. Mengapa? Kalau dia tidak berbuat begitu kerana tidak mahu dikata sebagai mencampur-adukkan agama dengan politik, ini lebih bahaya. Politik suku agama suku, sekular.

Orang PAS undi DAP macam mana? Dapat pahala juga ke?

Jika ada seorang pencuri yang ingin menangkap pencuri yang lain, kita menolongnya. Adakah berpahala? Jawabnya, ya. Sebab kita bukan menolongnya mencuri tetapi menolongnya menangkap pencuri. Kalau dia pula yang mencuri kita tangkap dia pula.

DAP tolak hudud, BN pun tolak hudud. DAP tolak ISA tapi BN pertahan ISA. Kita undi DAP sebab dengan undi DAP kita dapat kukuhkan usaha mansuhkan ISA. Adakah undi DAP dalam situasi ini dapat pahala. Jawabnya, ya.

Undi BN dapat pahala atau tidak?

Umno ada Hamid Othman, Yusof Nor, Zainal Abidin Kader dan ramai lagi. Biar merekalah yang jawab.

Sebagai orang PAS saya kata macam Nik Abdul Aziz kata, “Undi PAS dapat pahala”.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .