Ikuti Blog ini

Abdul Aziz SPR Disarankan Pegang Jawatan Pengerusi Pemilihan Umno

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf disarankan supaya menjawat posisi Pengerusi Pemilihan Umno sahaja apabila sering dilihat menyebelahi Umno, demikian lapor harakahdaily.

Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata demikian semasa mengulas pelbagai isu yang membabitkan SPR mutakhir ini terutamanya dalam penangguhan pengumuman pilihan raya kecil Dun Penanti dan isu barung panas.

"Saya ingat lebih baik Pengerusi SPR ini jadi Pengerusi Pemilihan Umno, pasti Najib (Dato' Seri Najib Tun Razak) kekal jadi Presiden Umno seumur hidup," kata Mahfuz.

Dalam isu memansuhkan barung panas parti-parti politik, Mahfuz melihat tindakan SPR itu tidak rasional dan tidak membantu kelancaran perjalanan pembuangan undi.

Barung-barung panas disediakan parti politik yang bertanding hanyalah untuk membantu SPR dalam menyelesaikan perjalanan pembungan undi dengan lebih baik dan segera, katanya.

"Kita tak kisah jika SPR nak jarakkan lagi barung, jika nak mansuhkan itu akan hanya menutup ruang parti politik untuk memastikan penyokong parti masing-masing ada akses kepada maklumat tentang saluran mengundi," katanya.

Jika tiadanya barung panas, pastinya kelewatan dan kesesakan berlaku di barung SPR dimana pengundi akan bersesak menggunakan barung SPR sahaja, katanya.

Mengulas isu dolak halik SPR dalam mengumumkan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi kerusi Dun Penanti, Mahfuz mengecam tindakan SPR itu.

"Apa yang dibuat SPR memang tidak rasional seperti dalam keputusan nak tentukan bila penamaan calon Dun Penanti,

"SPR berdolak-dalih, tunggu SPRM buat keputusanlah dan suruh Fairuz Khairuddin (bekas Adun Penanti) tarik balik keputusan dan macam-macam lagi, ini apa ini?," katanya kesal.

Justeru, beliau mengulangi cadangan agar Pengerusi SPR memegang jawatan Pengerusi Pemilihan Umno sahaja bagi memastikan Najib kekal selaku Presiden Umno selamanya.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut mempersoalkan tindakan SPR mengambil masa panjang untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian di Penanti.

Sikap SPR itu membayangkan betapa tahap kecekapan dan professionalisma badan tersebut sangat dipersoal dan mengurangkan keyakinan rakyat, katanya.

Guang Eng berharap SPR akan lebih efisien, bebas, adil dan bersikap profesional dalam melaksanakan pilihan raya kecil.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Saifuddin Nasution Ismail pula melihat keputusan SPR itu bertentangan dengan ketetapan yang dibuat pada pilihan raya umum 2004.

Ujar Saifuddin, pada tahun 2004 (sebelum pilihan raya), SPR tidak membenarkan pondok panas tetapi pada pagi hari mengundi, BN (Barisan Nasional) telah mendirikan pondok panas sedangkan Pakatan Rakyat patuh dengan peraturan itu.

Sebaliknya apabila pembangkang meminta penjelasan mengenai perubahan ketika itu, SPR mendakwa peraturan itu diubah pada pagi pilihan raya tersebut, kata Saifuddin lagi.

Bagi Saifuddin, SPR perlu konsisten dalam hal ini dan selari dengan peranan SPR sebagai badan yang menjalankan pilihan raya secara bersih, telus dan adil.

Saifuddin juga melihat cadangan menghadkan bilangan calon pula tidak wajar dilakukan SPR kerana pilihan raya adalah hari pesta demokrasi kepada rakyat.

Mengulas isu yang sama, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berpendirian SPR menggunakan faktor kesesakan bagi melarang kewujudan pondok panas dan mengehadkan jumlah pengundi tidak perlu timbul.

Beliau percaya pihak polis mampu mengawal keadaan pada hari penamaan calon dan hari mengundi.

MSTAR Melaporkan Pakatan Rakyat sebulat suara menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menarik balik keputusannya semalam yang melarang parti-parti politik daripada mengadakan pondok panas dan memancing undi pada hari mengundi.

Malah Pakatan Rakyat juga sebulat suara menolak keputusan suruhanjaya itu semalam kerana beranggapan alasan-alasan yang diberikan adalah tidak munasabah.

"Kita mahu agar SPR tidak melaksanakan larangan yang mereka putuskan itu dan kita mahu sistem pilihan raya dilaksanakan seperti pilihan raya sebelum ini," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata, Pakatan Rakyat juga mahu menemui semula SPR Khamis ini - buat kali kedua - bagi membincangkan mengenai larangan tersebut.

"SPR sebelum ini menyatakan bahawa parti-parti politik ini ialah pelanggan mereka, jadi kami sebagai pelanggan, mungkin akan pergi kedai mereka semula.

"Kami cadangkan untuk berjumpa dengan SPR Khamis ini untuk jelaskan semula dan untuk lihat apa sebenarnya perkara-perkara yang dirasakan (SPR) boleh menimbulkan masalah... kami akan berikan hujah-hujah," kata beliau selepas mengadakan mesyuarat bagi menentukan pendirian Pakatan Rakyat berhubung larangan tersebut di sini hari ini.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa berkata, larangan yang dibuat oleh SPR itu bercanggah dan tidak mengikut undang-undang pilihan raya.

"Kami dah teliti dari segi undang-undang dan di sini kami menyatakan untuk menolak pendirian yang diambil oleh SPR.

"Ini satu pendirian yang tidak munasabah dan bagi kita ia tidak mengikut undang-undang pilihan raya itu sendiri," katanya.

Malah jelas Sivarasa, keputusan yang dibuat oleh SPR itu juga bercanggah dengan pendirian suruhanjaya sebelum ini.

"Keputusan ini bercanggah dengan pendirian mereka sendiri yang dibuat dulu pada pilihan raya umum 2004.

"Undang-undang pilihan raya membenarkan parti politik mendirikan pondok panas mengikut Seksyen 24 B (2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya.

Sivarasa juga berkata menerusi surat yang dikeluarkan oleh SPR pada 19 Mac 2004, jelas menyatakan bahawa semua parti yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya dibenarkan menubuh atau menyelenggara pejabat atau pondok parti di luar kawasan sempadan 50 meter dari tempat mengundi.

"Jadi jelaslah bahawa tindakan mereka melarang untuk adakan pondok panas bercanggah dengan tafsiran mereka sendiri yang dibuat dahulu," katanya.

Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), Dr. Siti Maria Mahmud (PAS-Kota Raja) dan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).







SPRM = UMNO? Khalid Saman SPRM, Kerajaan Malaysia

Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Pesuruhjaya SPRM Ahmad Said Hamdan dan Kerajaan Malaysia.

Khalid memfailkan saman itu berikutan kenyataan fitnah Ahmad Said bersabit penyenggaraan kereta peribadi Khalid dan pengagihan lembu korban pada Hari Raja Haji yang lalu.

Saman fitnah terhadap Ahmad Said difailkan oleh peguam Khalid, Sankara Nair di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Saman itu merujuk kenyataan Ahmad Said sebagaimana yang disiarkan di akhbar New Straits Times bertarikh 21 Februari.

Akhbar itu memetik Ahmad Said sebagai berkata SPRM kononnya mempunyai bukti salah laku oleh Khalid.

Sankara berkata Ahmad Said jelas melanggar tatakerja dengan membuat tuduhan melulu terhadap Menteri Besar Selangor itu.

Ini kerana hanya Peguam Negara berhak membuat sebarang kenyataan mengenai berhubung isu-isu pendakwaan dan pertuduhan.

"Tindakan MACC secara langsung melanggar kuasa-kuasa yang diberikan kepada badan itu di bawah Akta SPRM 2009 dan juga tatakerja mereka kepada Menteri Besar dan dalam melaksanakan tugas mereka," kata Sankara.

Sankara berkata kenyataan Ahmad Said memberi gambaran bahawa klien beliau terbabit dalam amalan rasuah.

Sankara menegaskan tuduhan Ahmad Said bukan sahaja tidak berasas, tetapi berniat untuk mencemar nama baik Khalid Ibrahim dan pejabat Menteri Besar Selangor.

Sehingga ke hari ini, Peguam Negara tidak membuat sebarang pertuduhan terhadap Khalid.

"Menentukan kecukupan bukti untuk pendakwaan terletak sepenuhnya dibawah bidang kuasa Peguam Negara dan tindakan SPRM menuduh sewenang-wenangnya secara jelas melanggar bidang kuasa Peguam Negara. Tuduhan Ketua Persuruhjaya yang disiarkan di dada-dada akhbar bersamaan seperti serangan terhadap klien dan mencemar nama-baik beliau," kata Sankara.

Sankara berkata saman fitnah terhadap Ahmad Said difailkan selepas Ketua SPRM itu enggan menjelaskan tindakannya menfitnah Menteri Besar Selangor.

Khalid menuntut ganti rugi dan serta perintah injunksi ke atas Ahmad Said dan SPRM daripada mengulangi tuduhan-tuduhan itu secara bertulis dan lisan.

"Kita tidak menyatakan jumlah spesifik yang mahu dituntut dari mereka. Bagi Khalid Ibrahim, soal wang ringgit bukan kepentingan sebaliknya gantirugi ini sebagai pengajaran kepada mereka. Apa yang penting bagi beliau adalah membersihkan namanya dari tuduhan-tuduhan itu," kata Sankara. -TVA







PAS mohon tubuh Suruhanjaya Diraja pulihkan imej negara



ImageKUALA LUMPUR - PAS memohon agar Majlis Raja-raja Melayu segera menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja bagi memulihkan nama baik negara.


Penubuhan Suruhanjaya DiRaja itu perlu ditubuhkan setelah nama negara kini kian tercemar akibat laporan media antarabangsa yang melibatkan Perdana Menteri.

Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar menegaskan isu pembunuhan Altantuya dan pembelian kapal selam yang dikaitkan oleh media antarabangsa dengan Dato' Seri Najib Tun Razak menyebabkan nama baik negara kini tercemar.

"Kita kesal bila nama baik negara kini sudah tercemar dengan dua isu ini yang dimainkan oleh media antarabangsa.

"Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah juga pernah meminta supaya Najib membersihkan nama beliau namun hingga ke hari ini tiada usaha ke arah itu dibuat oleh Perdana Menteri," tegas Mahfuz.

Beliau juga menegaskan jika suruhanjaya diraja mendapati tuduhan yang dibuat oleh media antarabangsa terhadap Najib itu tidak benar maka satu tindakan undang-undang harus diambil terhadap mereka.

Mahfuz bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob menyerahkan memorandum memohon penubuhan suruahnjaya diraja memulihkan nama negara kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah pagi tadi.

Selain menyerahkan memorandum mereka juga mengadakan pertemuan ringkas dengan Engku Ibrahim bagi menerangkan tujuan permohonan tersebut dibuat.

Speaker Diarah Untuk Menyerahkan Kembali Toyota Camry

Speaker Negeri Perak, V.Sivakumar diarahkan untuk menyerahkan kembali kenderaan rasminya iaitu Toyota Camry 2.4V (No Pendaftaran : AFD 999). Speaker dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah membuat keputusan supaya menarik balik kereta Toyota Camry daripada Yang Dipertua Dewan Negeri.

Speaker akan diberi kereta Proton Perdana V6(Executive)yang lama sebagai kenderaan rasmi. Speaker telah menerima surat rasmi berkaitan dengan hal ini daripada En Shamshuzaman iaitu Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak




SPR Wajar Arahkan YB ADUN Kuala Nerang Letakkan Jawatan Kerana Pernah Menipu Kononnya Kes "Muflis" Beliau Itu Sudah Selesai !!

Nampaknya, harapan rakyat untuk melihat satu lagi pilihanraya kecil di negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman masih samar-samar lagi. Ini berikutan tindakan ADUN Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim (foto) yang didakwa "muflis" tapi enggan melepaskan jawatannya itu. Agak mengejutkan juga bila seorang wakil rakyat yang jelas telah disabitkan dengan kesalahan itu, enggan mengosongkan kerusi tersebut.


Walhal, dalam peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri jelas membuktikan bahawa mana-mana calon pilihanraya yang didapati muflis tidak layak untuk bertanding. Maka itu apakah alasan lagi untuk membenarkan beliau masih mengekalkan jawatannya. Sepatutnya SPR sendiri perlu menghantar surat tunjuk sebab dan mengarahkan beliau melepaskan jawatan itu. Bayangkan jika ini berlaku kepada ADUN Pakatan Rakyat?. Sudah pasti sepantas kilat surat berkenaan akan dihantar kepada ADUN terbabit. Tapi kenapa ia tidak berlaku kepada Datuk Syed Sobri ini?.


Apa yang menarik, pada 16 November tahun lalu, beliau pernah mengaku sudah menjelaskan semua hutang bank sebanyak RM150,000. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika itu juga mengesahkan spekulasi pilihan raya kecil tidak timbul lagi kerana isu itu “kini hanya bersifat akademik kerana sudah ada penyelesaian.” Malah Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya difahamkan soal muflis sudah selesai kerana kedua-dua pihak yang terbabit iaitu Syed Sobri dan bank telah mencari jalan penyelesaian. Pada pilihan raya umum tahun lepas, Datuk Syed Sobri telah menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan majoriti hanya 805 undi sahaja.


[Dengan keputusan terbaru ini, bermakna Datuk Syed Sobri telah secara jelas menipu Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) kononnya beliau sudah menyelesaikan masalah terbabit, walhal ia adalah sebaliknya. Syed Sobri adalah seorang yang kaya sebenarnya. Beliau merupakan Bekas Pengurus Besar Seri Temin iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Difahamkan, ketia kerajaan BN memerintah Kedah dulu, banyak projek PKNK telah diserah kan kepada Seri Temin.


Beliau juga cukup dikenali sebagai Syed 10%. Mempunyai beberapa orang isteri termasuk salah seorangnya berbangsa siam. Menurut maklumat, beliau pernah memiliki sebuah kereta Rollsroyce dan mempunyai sebuah kedai minyak Shell di pekan Pokok Sena. Semoga SPR peka dengan apa yang berlaku ini, dan tidak perlu tunggu beliau letak jawatan. Tindakan "muflis" itu membuktikan yang imej beliau sudah tercemar. Bagaimana persepsi rakyat jika orang yang muflis masih berkuasa?].



Kesahihan MB Perak: Mahkamah Tinggi diminta putuskan








Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Zambry

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry Kadir dari Barisan Nasional untuk mendapatkan perisytiharan bahawa beliau Menteri Besar Perak yang sah.

Zambry mahu merujuk isu dua Menteri Besar negeri itu terus kepada Mahkamah Persekutuan tanpa menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah Tinggi kini dalam proses membicarakan isu-isu yang dikemukakan oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat.

Hakim Mahkamah Persekutuan Alauddin Mohd Sheriff bersetuju dengan bantahan awal peguam Nizar, Sulaiman Abdullah bahawa isu tertentu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Alauddin berkata wujud percanggahan jelas dalam keterangan yang dikemukakan oleh Mohd Nizar dan Penasihat Undang-Undang yang mewakili Zambry.

Menurut Alauddin, isu percanggahan fakta itu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Selain cuba memintas Mahkamah Tinggi, Zambry telah menggerakkan usaha untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei.

Beliau sebelum ini mendakwa bahawa Sultan dan bukan rakyat yang menentukan pihak mana harus menubuhkan kerajaan negeri.

PAS akan Kembali Memerintah di Terengganu…

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/chaletduyong1.jpgKUALA NERUS – Dengan tingkah laku pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu pada hari ini, negeri Terengganu dijangka akan kembali dibawah pemerintahan PAS.

Sejak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Dato’ Ahmad Said dilantik sebagai Menteri Besar pada Mac tahun lalu, tidak ada sebarang projek pembangunan ‘untuk rakyat’ dapat dinikmati.

Manakala pembangunan yang dikatakan dilaksanakan dibawah pentadbiran bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh hanyalah sebuah retorika yang membazirkan wang rakyat.

“Pilihanraya kali ke 13 ini, InsyaAllah bukan takabbur, InsyaAllah dengan izin Allah, PAS akan kembali memerintah
,


“dengan tingkah laku pemimpin-pemimpin UMNO hari ini, pembaziran yang dibuat oleh bekas Menteri Besar Idris Jusoh, (cukup) dahsyat, wang yang dibelanjakan berjuta ringgit hilang entah kemana,

“tambah dengan Abang Mad (Ahmad Said) jadi ‘nanar’, nak memerintah tak boleh, duduk situ dia bubuh pepijat, bangun situ duduk ada pepijat, niaya kepada Abang Mad le ni (sekarang),”kata Ahli Jawatankuasa PAS Besut, Abdul Halim Tausah (Abang Din) dalam majlis penerangan di Mengabang Telipot dekat sini.

Beliau mencadangkan supaya Ahmad Said mengikut jejak langkahnya, yang meninggalkan UMNO dan menyertai PAS.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/abedin.JPGBeliau yang meninggalkan UMNO dan menjadi ahli PAS pada tahun 1988 berkata hidup beliau dalam PAS tenang dan selesa.

“Abang Din (saya) mula masuk PAS dulu kurus, sekarang dah gemuk, sedap duduk, makan lalu, marilah Abang Mad (menyertai PAS),”katanya.

Antara pembaziran yang dilakukan oleh Idris katanya adalah pembelian pokok-pokok hiasan dari plastik dan pembinaan chalet yang menelan belanja RM 1 juta sebuah (gambar atas).

“Kes chalet (di) Pulau Duyong, satu chalet dua bilik (berharga) RM1 juta, 58 (buah) chalet (berharga) RM58 juta, chalet apa yang mahal sangat ?,”jelasnya.

Katanya pentadbiran kerajaan negeri Terengganu sekarang menjadi kucar-kacir kerana Idris cuba menutup segala kesalahannya, manakala Ahmad Said tidak dapat melaksanakan kerja kerana terpaksa menanggung kesilapan yang telah Idris lakukan.

Sehingga kini, kata beliau, banyak projek-projek yang dilaksanakan oleh Idris tidak siap dan terbengkalai.

“Marilah ke Jerteh kawasan Idris Jusoh kalau nak lihat projek-projek yang dilaksanakan oleh Idris sejak mula jadi Menteri Besar, sehingga hari ini tidak siap-siap,

“bila naik Ahmad Said, orang (kontraktor) nak buat tuntutan, tak boleh nak bayar, tidak ada ‘prosedur’, tidak ada ‘tender’, tidak ada rundingan, tidak ada pelan,”tegasnya.

Beliau mendedahkan pembaziran yang amat ketara yang dilakukan di bandar Jerteh adalah pembinaan empat buah gerai yang berharga RM 1.2 juta.

Katanya gerai tersebut tidak diluluskan oleh pihak Jabatan Kerja Raya kerana ia dibina atas rezab jalan, tanpa sebarang pelan bangunan dan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak Majlis Daerah.







Kepimpinan ulama sentiasa terbuka, pastikan PAS mantap - Haron Din

KUALA LUMPUR - "Kepimpinan Ulama hanyalah satu arah tuju yang dilihat sebagai pengemudi parti. Ulama laksana juruterbang yang membawa kapal terbang atau nahkoda bagi sebuah kapal. Namun itu bukan kerja dia seorang tetapi beserta kakitangannya. Hal ehwal penumpang, kebajikan, keselamatan diuruskan oleh yang bukan 'pilot'. Kesinambungan itu yang membuatkan sesuatu perjalanan menjadi lancar."


Image

Demikian antara petikan kata Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din ketika diminta memberi pandangan berhubung kepimpinan ulama dalam PAS yang telah pun menjangkau 25 tahun sejak mula diperkenalkan sewaktu Muktamar PAS pada tahun 1983.


Kata Haron Din walaupun kepimpinan ulama baru melintasi suku abad, namun pelbagai kejayaan telah dikecapi silih berganti menandakan keberkesanan ulama memimpin PAS menjadikannya sebuah parti yang dihormati, disegani dan semakin mendapat sokongan sekaligus memikat hati rakyat.


Image

Tanpa kecuali beliau menyatakan peri pentingnya gabung-jalin antara ulama dengan golongan profesional dalam PAS demi memastikan hala tuju parti tercapai seterusnya memantapkan kecemerlangan perjuangan Islam sepanjang masa.


"Dalam PAS itu masing-masing ada kelebihannya dan saling tampung-menampung. Oleh itu kelangsungan kepimpinan ulama mestilah diteruskan. Gandingan dengan tenaga profesional harus terus dimantapkan.


"Untuk berdepan dan menyaingi mereka (parti lawan), kita perlukan bukan sahaja ulama tetapi juga tenaga dan buah fikiran golongan profesional untuk memantapkan parti dan bergerak memastikan kejayaan perjuangan Islam ini," katanya dalam temubual eksklusif Harakah di kediaman semalam.


Sementara itu, ditanya berhubung salah faham, kelemahan dan kritikan terhadap kedua-dua golongan ini di dalam PAS, beliau menjelaskan isu itu sewajarnya diperbaiki sebaiknya dan bukan untuk diperbesarkan.


Image

"Begitu juga dengan hal peperangan, Nabi Muhammad s.a.w sentiasa menerima pandangan daripada sahabat yang arif berperang. Itu bukan kesilapan tetapi petunjuk ringkas daripada Rasullulah bahawa pemimpin boleh ditegur, dibantu dan diberi pandangan.


"Begitu juga dalam PAS. Kelemahan kepimpinan ulama bukan untuk diperbesarkan tetapi diperbetulkan. Kita kena ingat, semua orang mempunyai kelemahan dan sewajarnya ditampung bersama. Adakah dengan menukar kepimpinan maka kelemahan dan kesilapan tidak akan wujud sama sekali?" kata Haron Din lagi.


Beliau menasihati pihak media, blog dan internet sepatutnya berlaku adil kepada kepimpinan ulama jika berlaku kelemahan ataupun salah faham dengan membuat pertemuan dan mengadakan perbincangan sebelum membuat sebarang ulasan ataupun kesimpulan.


"Saya lihat keterbukaan kepimpinan ulama tidak mempunyai sebarang halangan untuk bersua dan mendapatkan penjelasan. Mereka sedia bertemu dan berbincang demi untuk kukuhkan parti sekaligus memantapkan perjuangan Islam yang menjadi dasar dan teras PAS selama ini," katanya.


PAS Terus Kukuh Dengan Gabungan Ulama’ dan Profesional.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/gabunganulama%27pro.jpgKUALA TERENGGANU – Rahsia kekuatan PAS adalah kerana ia melibatkan gabungan dan kerjasama sedia ada antara golongan ulama serta profesional.


Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Harun Taib menafikan wujudnya puak-puak dalam PAS dan menegaskan ia adalah kritikan dari luar yang cuba memecahbelahkan perpaduan dalam PAS.

“Bukan orang Pas menimbulkan isu ini, sebenarnya tidak pernah berlaku dalam Pas tetapi hanya akhbar yang timbulkan.

“Golongan ulama dan profesional sama-sama menyokong perjuangan Mursyidul Am Pas yang diterajui Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,” katanya kepada pihak media, disini, semalam.

Beliau berkata kerjasama erat berkenaan adalah ‘ramuan’ utama menjadikan PAS kekal dan kuat sehingga kini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/gabunganulama%27pro.jpgBeliau yang juga bekas Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat berkata, sokongan ahli kepada kedua-dua pemimpin utama atau kepada mana-mana indidvidu tidak sesekali mewujudkan pengaruh yang berbeza-beza, kerana semua ahli PAS mempunyai cita-cita dan matlamat yang sama.

(Gambar - gabungan Ulama' dan Profesional, terserlah oleh wakil rakyat yang mewakili PAS dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu)

Justeru, katanya, PAS berbeza daripada UMNO kerana PAS adalah ‘terbuka’ dan tidak menetapkan golongan mana berhak menerajui kepimpinan tertinggi sama ada profesional, ulama atau sesiapa sahaja.

Namun katanya, ulama yang lebih berilmu, lebih mengetahui tentang Islam yang menjadi dasar PAS, selain peranan golongan profesional mengukuhkan perjuangan parti.

“Antara individu terbabit dalam kategori profesional adalah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Datu’ Paduka Husam Musa.

“Selain itu, (di negeri Terengganu) Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali dan Timbalan Pesuruhjaya Dato’ Wan Abdul Muttalib Embong adalah golongan profesional, justeru, jalinan PAS lebih mantap kerana dua-dua (ulama dan profesional) sama saluran,” katanya.




2 Tok Guru Kesayangan Ummah

Akhir - akhir ini agak keterlaluan sikap sesetengah dikalangan kita .

Melalui blog , kenyataan akhbar , ucapan di tempat awam , meeting tidak rasmi kedai kopi dan sebagainya jelas kedengaran mereka mengutuk salah seorang dari 2 Tok Guru kesayangan ummah ini .

Kalau musuh yang berbuat demikian , tidaklah menghairankan saya tetapi sangat malang dan cukup menyedihkan apabila ianya dilakukan oleh mereka yang mendakwa kononnya mereka juga anggota gerakan Islam .

Ucapan mereka biadab , tingkah mereka kurang ajar , tanggapan mereka jahat , lidah mereka lancang dan perbincangan mereka langsung tidak beradab , dengan hilai tawa mereka perlekehkan ulama' kita . Saya sungguh sedih dengan perkembangan sebegini . [ bukanlah ulama' itu tidak boleh dikritik tetapi Islam adalah agama yang kaya dengan adab susila atau disiplin yang mesti dipatuhi .]

Tetapi , apabila saya mengamati susur galur penglibatan mereka dengan gerakan Islam ini ternyata mereka adalah seorang yang tidak komited dengan amal Islami dan mereka gagal mengambil sepenuhnya skima pentarbiyyahan daripada manhaj perjuangan parti ini .

Mungkin sebahagian mereka adalah pimpinan tetapi mereka memanjat tangga kepimpinan parti ini melalui populariti peribadi atau kelicikan politik , tidak melalui proses pentarbiyyahan fikrah dan spiritual yang mantap . Biasanya mereka ini sangat memandang jelek kepada aktiviti - aktiviti tarbiyah dan rimas untuk turut sama menyertai gerakkerja kerohanian parti .

Kesannya ialah kepada sikap dan akhlak mereka berjamaah . Mereka menyertai gerakan Islam ini dalam keadaan separa sedar . Antara keinginan untuk berjuang dengan membawa masaalah atau beban kepada jamaah .

Mereka juga gagal memahami disiplin berjamaah dan adab ikhtilaf . Tidak hairanlah apabila berlaku perbedaan pandangan antara 2 tok guru ini , mereka segera berpuak dan menganggapnya sebagai satu perbalahan . Walhal bagi mereka yang berilmu dan bertaqwa , khilaf adalah perkara yang telah berlaku sejak zaman para sahabat rhm dan mereka tanganinya dengan sisplin yang sangat tinggi tanpa meretakkan rasa hormat mereka kepada siapa jua yang berkhilaf dengan mereka .

Jika kita selalu membaca kitab - kitab feqh mahupun kitab - kitab Tayyarat Fikriyah , kita akan dapati khilaf yang begitu banyak dikalangan ulama' , tetapi mereka lalui pengalaman khilaf ini dengan aman berpaksi kepada nilai ilmiah yang bertanggungjawab dan amanah . Malah kita akan temui bagaimana antara satu sama lain mengungkap rasa kagum mereka terhadap ilmu dan taqwa orang yang berkhilaf dengan mereka .

Tiada cemuhan dan celaan melampau kecuali dalam sempadan akhlak dan disiplin yang dibenarkan seperti perbahasan dalam ilmu tajrih wa ta'dil .

Kejahilan turut menyumbang kepada fenomena ini . Biarpun mereka adalah anggota gerakan Islam , kejahilan akan mengheret mereka terjerumus dalam kancah perlecehan akhlak dan sikap sedemikian . Justeru itu , kejahilan dalam apa jua keadaan sekalipun mestilah dibasmi . Kita tidak boleh menerima pemimpin dan anggota gerakan Islam dibiarkan kekal dalam kejahilan . Pada saya kejahilanlah ibu kepada segala masaalah yang timbul .

Tuan Guru Nik Aziz yang saya kenali

Apa pun isu yang timbul , sepatutnya kita bersabar dan tidak segera menari dengan paluan gendang musuh untuk melaga - laga antara kita terutama 2 tok Guru kesayangan ummah ini .

2 Tok Guru ini adalah permata yang tiada tara nilainya kepada ummah . Sewajarnya kita support perjuangan mereka bukan melaga dan menjatuhkan mereka . Sebelum ini saya telah menceritakan sepintas lalu pengalaman juang bersama Tok Guru Hj Hadi yang cukup bagi menampakkan kepada kita betapa sebagai anggota gerakan Islam ini , kita tidak boleh terburu - buru berprasangka terhadapnya

Tiada bezanya nilai yang dimiliki oleh Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat . Sejak awal sewaktu menuntut di madrasah Ad Diniah Al Bakriah Pasir Tumboh , saya selalu ke kelas Tok Guru Nik Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Ayah Ziq di Pulau Melaka dan juga di Dewan Zul [ pejabat PAS ] Kota Bharu .

Saya membesar dengan didikan dan curahan ilmu Ayah Ziq selain guru - guru kesayangan saya yang lain seperti Al marhum Tuan Guru Atiqullah , Tok Guru Ayah Shim , Ustaz Bakar dan Ustaz Rahim di pondok .

Ayah Ziq memang seorang sangat genius dan istemewa. Hujjah dan ilmunya cukup menarik dalam setiap ulasan dan kupasan yang dipersembahkan kepada murid - muridnya . Selain dari hidupnya diabadikan kepada kepada ilmu Ayah Ziq juga mewaqafkan diri kepada perjuangan Islam dan kukuh keiltizamannya sehingga kini .

Pernah sewaktu saya mengunjungi rumah Ayah Ziq seketika dulu , Ayah Ziq menceritakan pengalamannya sebagai ahli parlimen , seorang diri memandu jauh ke Kuala Lumpur dan seorang diri pula mewakili PAS dalam parlimen ketika itu . Ayah Ziq menghadapi segala fitnah dan tohmahan Barisan Nasional berseorangan di parlimen berbanding hari ini lebih 80 ahli parlimen yang siap menggempur UMNO dan BN .

Ayah Ziq kata , kadang - kadang ana menangis seorang diri ketika memandu mengenangkan penatnya badan dan letihnya jasad mengharungi perjuangan yang sukar dan getir ini . sampai di rumah lewat - lewat malam atau awal pagi selepas memenuhi undangan ceramah di serata negara .

Dulu pastinya tidak seperti sekarang . Apabila kita sampai ke tempat ceramah , kita akan disambut meriah bagai hero atau wira . Dulu kata Ayah Ziq , terkadang orang tak jamu nasi pun , lepas ceramah balik sampai ke rumah lewat malam , isteri pun sudah tidur , masuk ke dapur tidak ada makanan lalu tidur dengan perut lapar dan mengalir air mata sementara ia belum lelap .

Begitulah antara cebisan cerita Ayah Ziq kepada saya [ yang masih segar dan mekar dalam ingatan ] semasa saya mengunjungi Ayah Ziq di rumahnya lebih 18 tahun yang lalu .

Saya cukup menghayati kisah itu kerana saya yang dhaif ini pun cuba meletakkan diri dilandasan perjuangan seperti Ayah Ziq dan saya mula aktif bersama PAS malah mula berceramah sejak usia saya 18 tahun .

Ayah Ziq seorang pejuang yang wara' dan zuhud pula sangat menekuni ibadah . Memandang wajahnya dalam - dalam , membuatkan jiwa kita hidup dan segera insaf atas kealpaan diri . Betapa kalau Ayah Ziq mengungkap kata - kata . Cukup indah dan tinggi nilai hikmahnya . Peribadi Ayah Ziq membuatkan UMNO dan BN lumpuh khas di Kelantan .

Ayah Ziq juga suka menyantuni tok - tok guru yang lain termasuk Ayah Chik yang dianggap tok guru sezaman dengannya . Ayah Ziq pernah menemplak mereka yang memperkecilkan Ayah Chik . Ayah Chik disebut sebagai seorang ulama' besar , lidahnya fasih dan ilmunya tinggi , nak cari seorang sepertinya di Malaysia hari ini tak akan kita temui ... demikianlah kata Ayah Ziq yang masih saya ingat .

Saya percaya , 2 Tok Guru ini sangat ikhlas dalam perjuangan mereka bahkan antara mereka berdua sangat rapat dan saling memahami manhaj perjuangan yang didokong . Tidak mungkin mereka boleh bertelagah . Khilaf mereka dalam pendapat yang bertunjangkan hujjah . Mereka bukan berkelahi atau bergaduh seperti sesetengah orang kita yang bertembung sampai tidak tahu batas akhlak dan hilang nilai persahabatan atau ukhuwwah Islamiyah .

Khilaf ilmi dan hujjah menjadi satu keajaiban para ulama' yang tidak mungkin difahami oleh orang yang jahil . Khilaf menjadi cambahan ilmu yang positif bagi ulama' tetapi sering dibaca pergaduhan dan perbalahan oleh sang juhala' . Akhirnya timbullah para munafik yang akan mengapi - apikan suasana untuk memanmaskan lagi suasana dan kekeliruan bagi masyarakat .

Akhirnya dalam ruang yang terhad ini , suka saya pesan agar jangan sekali - kali kita memberi ruang kepada para juhala' ini membuat onar dalam jamaah . Sebolehnya kita bimbing mereka , jika tidak berkesan , tindakan disiplin perlu dikenakan kepada mereka yang sering menghuru harakan jamaah dengan tindakan mereka yang tidak thiqah kepada pimpinan dan juga tidak wala' kepada jamaah jauh sekali untuk beradab dengan para ulama'



Tiada Lagi Tembok Pemisah PAS dengan Bukan Islam

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/TGHiteamuslimat.JPGKUALA NERUS – PAS bukan sahaja berjaya menyatukan kumpulan-kumpulan Islam bahkan memecahkan tembok yang memisahkan antara parti itu dengan orang bukan Islam.

Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata kumpulan-kumpulan Islam lain kini bersama-sama dengan PAS bagi mendirikan syariat Islam meski pun berbeza pandangan dan pendekatan.

“Walau pun mereka (kumpulan Islam) itu mempunyai pandangan yang berlainan dengan kita (PAS), pendekatan yang berbeza dengan kita (PAS) tetapi dalam masalah politik mereka bersama dengan PAS untuk mendirikan Islam,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Hi-Tea anjuran Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus, di Restoran As-Syakirin, Gong Badak, dekat sini, baru-baru ini.


Beliau berkata dalam masa yang sama PAS berjaya memecahkan tembok yang memisahkan PAS dengan orang-orang yang bukan Islam.

Katanya selama ini UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memberikan gambaran buruk tentang PAS kepada orang bukan Islam.

Oleh itu, katanya penerimaan orang bukan Islam terhadap PAS telah dibuktikan dalam kerjasama beberapa siri pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.

“Pertama, orang yang bukan Islam menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai PAS sehingga kita (PAS) menubuhkan Kelab Penyokong PAS.

“Mereka (orang bukan Islam) yang menjadi ahli Kelab Penyokong PAS ini menyatakan mereka menerima pemerintahan Islam,” jelasnya.

Meski pun, katanya ada pihak yang mendakwa mereka (orang bukan Islam) menyertai PAS kerana tidak puas hati, kerana marah dan sebagainya.

Menurutnya, Islam mengajar agar umat Islam bersikap terbuka dan menerima kehadiran golongan bukan Islam dengan apa cara sekali pun secara jujur.

“Walau pun ada yang menyatakan mereka (orang bukan Islam) masuk (bersama) PAS kerana tidak puas hati, mereka masuk PAS kerana marah dan mereka masuk kerana macam-macam.

“Nabi kita (Muhamad SAW) mengajar supaya kita (Islam) menerima kedatangan orang bukan Islam bersama dengan kita (Islam) walau apa sekali pun sekurang-kurangnya kita (PAS) dapat menyampaikan Islam secara langsung,” ujarnya di hadapan lebih 200 orang pesertanya.



http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/penyokongpas1.JPGBeliau yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan kesungguhan orang bukan Islam di kalangan kaum Tionghua dan India menyokong PAS dalam pilihan raya kecil.

“Kita (PAS) melihat sendiri dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu dan kemudian di Bukit Gantang.

“Kita (PAS) melihat orang-orang bukan Islam telah menunjukkan kesungguhan menyokong kita (PAS) kerana mereka (bukan Islam) melihat kejayaan yang dicapai dalam masa kita (PAS) memerintah Kelantan, dalam masa yang pendek kita (PAS) memerintah Terengganu.

“Kita (PAS) memimpin Kedah dan Perak sementara waktu dan penonjolan yang kita (PAS) buat itu memberi keyakinan kepada mereka (Cina dan India) untuk menyokong PAS,” ujarnya.

Menurutnya, tembok yang memisahkan antara orang bukan Islam dengan PAS telah pecah dan PAS menjadi harapan baru kepada rakyat di negara ini.




Mana Baik, Menculik Atau Letak Jawatan Cara Terhormat?

Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) telah memberi satu pilihan, mana yang lebih baik antara meletak jawatan secara terhormat atau menculik wakil rakyat dan kemudian memaksa mereka menyokong parti tertentu sehingga menyebabkan sesebuah kerajaan tumbang?

Kenyataan TGNA ini adalah tindak balas kepada pendapat beberapa pemimpin UMNO/BN yang telah mengesyorkan agar satu akta digubal bagi mencegah wakil rakyat dari meletak jawatan tanpa alasan kukuh (sesuka hati).

Beliau mencadangkan lebih baik kerajaan memberi keutamaan kepada isu penculikan wakil rakyat dengan menggubal 'akta anti culik'. Ini ekoran dari apa yang telah berlaku dinegeri Perak. Sampai sekarang kemelut diPerak belum selesai. Sekiranya ada 'akta anti culik', sudah pasti perkara seperti ini tidak berlaku.

Pada Febuari lalu, 3 bekas wakil rakyat dari PR di Perak 'diculik' dan kemudian muncul bersama Najib di Putrajaya dengan membuat kenyataan menyokong BN. Kebenaran cerita 'culik' ini ekoran daripada Najib dilihat membisu walaupun ramai yang mengatakan beliau terlibat dalam penculikan tersebut.

Ini termasuklah laporan polis yang telah dibuat oleh Fauzi Muda mengenai isu yang lebih kurang sama. Beliau telah mencabar polis supaya segerakan pendakwaan terhadap beliau agar senang beliau mengemukan semua bukti dengan apa yang telah didakwanya.

Sekarang, TGNA bersama isteri berada di Makkah bagi mengerjakan umrah. Keadaannya sihat dan dapat mengerjakan umrah dengan baik.

Najib pijak hukum yang ada dalam Al-Quran Mengharam Judi - Saifuddin


Dengan kuasa itulah Najib pijak hukum yang ada dalam Al-Quran Mengharam Judi - Saifuddin Nasution

Ayat Mana dan Sabda Nabi yang mana yang nembolehkan Menteri Kewangan meluluskan Judi?


HARI INI DS NIZAR DI MAKHAMAH!!!

JEMPUTAN!!!

Doa Kami...

BERITA PENTING UNTUK PAKATAN RAKYAT HARI INI DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN

BERITA TERKINI INI PERLU DI KETAHUI OLEH SEMUA MASYARAKAT MALAYSIA TERUTAMANYA DI NEGERI PERAK, ISI BERITA :

DATO' SRI ZAMBRY TELAH MERUJUK KES DATO' SRI NIZAR KE MAHKAMAH PERSEKUTUAN HARI INI BERSAMAAN 28 APRIL 09 JAM 09.30 PAGI DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN, INI MERUPAKAN JALAN PINTAS BAGI DATO' ZAMBRY UNTUK MEMPERCEPATKAN KES DAN MERUPAKAN JALAN PINTAS UNTUK MENDAPATKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH SEBELUM TARIKH SIDANG DUN PADA 7 MAY 09

DATO' NIZAR TELAH MEMBUAT PERMOHONAN 9 ORANG HAKIM UNTUK KES YANG DI HAKIMI OLEH MAHKAMAH PERSEKUTUAN AKAN TETAPI PERMOHONAN TERSEBUT MASIH BELUM LAGI DI PEROLEHI KEPUTUSANNYA SEHINGGA WAKTU INI

PENANTI: CALON PKR DIUMUM MALAM INI?



mansur othmanDr. Mansor Osman bakal diturunkan, jika menang bakal Timbalan Ketua Menteri


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang biasanya 'terkebelakang' dalam mengumumkan calonnya bertanding pilihan raya kecil mengambil langkah awal menamakan bakal calon parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, malam ini.

Ia akan diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Calonnya disebut-sebut ialah Dr. Mansor Osman, bekas setiausaha politik Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Mansor juga merupakan Timbalan Pengerusi Berhubungan PKR Pulau Pinang.

Mansor pernah bertanding di kerusi DUN Pulau Betong pada Mac 2008 tetapi tewas dengan perbezaan 294 undi di tangan Muhamad Farid Saad dari BN-Umno.

"Kami sudah memilih calon, akan mengumumkan calon ini esok... akan diumumkan di Penanti," kata Pengarah Pilihan Raya PKR yang baru, Saifuddin Nasution ketika dihubungi mStar Online.

Pelantikan Saifuddin sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR diumumkan oleh Anwar hari ini. Sebelum ini Saifuddin merupakan Pengarah Strategik PKR.

Pagi tadi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi DUN Penanti dan jika ada pertandingan, hari mengundi adalah pada 31 Mei.

Kekosongan kerusi bahagian pilihan raya Penanti wujud berikutan peletakan jawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi berkenaan Mohammad Fairus Khairuddin.

Fairus, 33, daripada PKR mengumumkan peletakan jawatannya pada 16 April lalu dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran, selain membersihkan namanya daripada segala tohmahan.

Beliau sebelum itu turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berikutan dakwaan terlibat dengan rasuah.

Ketika ditanya mengapa PKR mengumumkan calonnya terlalu awal berbanding masa-masa lalu, Saifuddin berkata, "pengumuman dibuat mengikut keperluan... adakalanya kita perlu mengumumkan lebih awal, ada waktunya kita perlu mengumumkan lewat."

"Tak timbul soal cepat atau lambat," katanya.

Dengan pengumuman esok, kata beliau, PKR akan ada masa kira-kira tiga minggu menjelang hari penamaan calon untuk membuat persiapan.

Ketika pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini PKR merupakan parti terakhir membuat pengumuman mengenai calonnya.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi.

Daftar Pemilih yang akan digunakan SPR pada pilihan raya ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) tahun lepas yang dikemas kini sehingga 16 April lalu, yang mengandungi 15,384 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.


MB Haram BN Usul Pecat Speaker DUN Perak

zambrybabahis9thieves1



Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul bagi melucutkan YB Sivakumar sebagai Speaker Dewan Negeri Perak yang akan bersidang pada 7 Mei ini. Usul tersebut dikemukakan oleh Dato' Seri Zambry Abd.Kadir dan disokong oleh YB Hamidah Osman.

Perkara itu telah dijangka akan dilakukan oleh BN bagi memecat Speaker dan melantik Speaker baru. Speaker lah yang selama ini menghantui kerajaan haram BN di Perak terutama Zambry.

Sebelum ini, mereka jugalah yang membelakangi Speaker, kuasa Spekaer dinafikan oleh mereka, penafian kuasa Speaker bermula apabila surat pengesahan dan pengisytiharan kekosongan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang oleh Speaker ditolak SPR, mereka juga telah menggunakan seluruh pegawai dan jentera kerajaan termasuk memperkudakan Datuk SUK, pasukan polis dan FRU bagi menghalang Speaker bagi menjalankan mesyuarat dalam Sidang DUN Tergempar bulan Mac yang lalu sedangkan Speaker ada kuasa memanggil sidang tergempar DUN, mereka juga turut membelakangkan Speaker dengan tidak merujuk terlebih dahulu dalam menentukan dan mengeluarkan surat memanggil sidang DUN kepada seluruh Adun.

Apa yang mereka lakukan seolah-olah Speaker di Perak tidak wujud lagi, sedangkan Speaker Perak masih wujud dan mempunyai kuasa-kuasa yang termaktub dalam Perintah Tetap Dewan Negeri Perak.

Itulah UMNO BN, sekali mereka buat kerja haram, selama-lamanya mereka akan meneruskan kerja haram. Saya percaya rakyat akan mengukum mereka dengan hukuman yang paling hina.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .