Ikuti Blog ini

MB kudeta Perak, Zamry gentar dengan kebangkitan rakyat selepas ini



KENYATAAN akhbar Zambry yang membidas Setiausaha Agung PAS, YB Datuk Kamaruddin Jaafar yang mengingatkan Umno BN bahawa peristiwa di Pataya, Thailand juga tidak mustahil akan berlaku di Malaysia sekiranya kezaliman BN tidak boleh dibendung lagi, tulis Setiausaha Sulit MB Perak yang sah, Misbahul Munir Masduki.

Zambry mengelabah dan melatah lantas terus membuat kenyataan melulu menghentam Kamaruddin Jaafar. Kenyataan balas Zambry ini menjelaskan yang mereka cukup kalut dengan kebangkitan dan perubahan pendirian politik rakyat di Perak yang telah dibuktikan di Bukit Gantang dalam pilihanraya baru-baru ini.

Ini adalah kenyataan orang yang terasa ia sangat bersalah apabila menjatuhkan kerajaan PR dengan cara yang cukup tidak moral. Tindakan ini mengundang kemarahan rakyat sehingga berlaku peritsiwa di Bukit Chandan.

Tetapi belum ada dalam sejarah demontrasi aman yang dianjurkan oleh PAS dan rakyat ada unsur-unsur keganasan walaupun penunjuk perasaan sentiasa diganasi oleh FRU. Mereka tidak pernah melawan, bayangkan kalau setiap penunjuk perasaan yang jauh lebih ramai berbanding FRU, masing-masing melempar seketul batu yang agak besar atau melempar kasut atau memegang kayu bagi bertindak balas ke atas FRU.

Apa akan terjadi kalau kemarahan dan kebencian rakyat pada kerajaan BN sukar dibendung ?. Justeru itu Kerajaan BN diingatkan supaya mengambil iktibar dari peristiwa yang berlaku di Thailand agar tidak merebak ke Malaysia.

PAS dan pimpinan boleh bersabar walaupun di zalimi, pimpinan PAS sejak zaman Burhanuddin Hilmi lagi pernah ditangkap dan dikurung di bawah ISA. Namun PAS tetap bersikap rasional, tidak pernah menghasut rakyat supaya mengulingkan kerajaan dengan cara kekerasan, PAS cuma mempengaruhi rakyat supaya menolak BN dalam pilihanraya. Bukit Gantang bukti segala-galanya.

Setiap tunjuk perasaan, ada ketua yang akan pimpin demontrasi aman, ada ucapan-ucapan dari pemimpin parti, mereka hanya mengecam dan mengutuk, tetapi tidak ada ucapan-ucapan provokasi untuk bertindak ganas, kalau pun ada yang dibakar, bendera Israel dan Amerika yang dibakar sebagi simbolik penentangan mereka terhadap kezaliman regim Yahudi dan kuncu-kuncunya.

Sekiranya ada unsur-unsur provokasi dari pihak lain yang menyelinap dalam kumpulan pendemontrasi, akan segera dingatkan oleh pimpinan supaya jangan bertindak ganas, perhimpunan ini adalah perhimpunan aman, polis bukan lawan kita, kita lawan Yahudi, lawan Israel, lawan Amerika, kita lawan kezaliman BN, kita tuntut itu dan ini...

Kadang-kadang demontrasi sukar dikawal, sebab ada pihak lain yang menyamar untuk provok supaya berlaku rusuhan, tetapi pimpinan yang mengetuai demontrasi berjaya mengawal yang akhirnya akan berakhir dengan aman, walaupun ada semburan air, gas pemedih mata dan cortar hinggap ke kepala, namun tidak ada tindak balas dari pendemontrasi.

Datuk Kamaruddin hanya mengingatkan supaya kerajaan BN berhati-hati dalam mengendali kebangkitan rakyat, demontrasi adalah amalan biasa, mereka berdemontrasi untuk menunjuk rasa tidak puasa hati rakyat terhadap kerajaan, dalam demontrasi ada tuntutan yang terkandung dalam memorundum, itu sahaja cara yang boleh digunakan untuk suara rakyat didengari oleh kerajaan setelah berbagai cara lain digunakan.

Zambry jangan melatah, Umno juga pernah berdemontrasi, Pemuda UMNO lebih-lebih lagi, bezanya UMNO berdemontrasi tetapi dilindungi oleh kerajaan dan polis, Pakatan Rakyat berdemontrasi tetapi dikasari oleh FRU.

UMNO pernah berdemontrasi mengutuk Raja-raja Melayu dan menyokong Dr Mahathir dalam isu pindaan perlembagaan, berdemontrasi di Kelantan mengutuk tindakan Sultan Kelantan yang kononya menyokong pembangkang dalam pilihanraya 1990. Ucapan pemimpin mereka cukup biadab ketika itu terhadap Sultan Islmail.

Pemuda Umno di bawah Datuk Najib juga pernah berdemontrasi mengutuk MCA, ucapan pimpinan pemuda Umno ketika itu berunsur perkauman, tetapi tidak ada yang ditangkap sebaliknya pimpinan Pemuda PAS pula yang ditangkap dan di ISAkan.



"Izinkan saya jalankan tugas dan terus berikan khidmat" - Elizabeth



KEMBALI BERTUGAS..Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong yang juga ADUN Bukit Lanjan hari ini kembali bertugas di pejabat SUK setelah bercuti selama dua bulan ekoran tersebarnya video dan gambar separuh bogelnya.

"Izinkan saya jalankan tugas dan terus berikan khidmat" - Elizabeth


SHAH ALAM: Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Elizabeth Wong hari ini kembali bertugas setelah menerima tawaran untuk kekal sebagai Exco Kerajaan Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.


Beliau tiba di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)kira-kira pukul 9:30 pagi dengan menaiki kenderaan rasmi Toyota Camry dengan nombor pendaftaran BKF 7000.


Ketika ditemui di lobi Wong berkata, beliau sudah bersedia untuk kembali menjalankan tugas seperti biasa.


"Saya sudah menerima nasihat daripad Menteri Besar dan juga Anwar Ibrahim (Datuk Seri).


"Izinkan saya menjalankan tugas dan terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat,"katanya.


Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim , Wong berkata: "Saya sudah menemui Menteri Besar semalam dan beliau sudah memberikan taklimat berkenaan tugas-tugas saya."


Wong juga memberitahu tugas pertama beliau hari ini ialah untuk menghadiri mesyuarat bersama Lembaga Pelancongan Negeri Selangor.


"Saya harap anda beri saya peluang untuk masuk pejabat untuk buat persediaan,"katanya.


Beliau juga, melahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya selama ini.


Semalam, Wong bersetuju untuk menerima tawaran kerajaan negeri Selangor agar beliau kekal sebagai Exco dan ADUN Bukit Lanjan.


Pejabat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan pihaknya sudah menerima persetujuan Wong.


Terdahulu pada sidang media Khalid berkata, keputusan supaya Wong meneruskan khidmat Wong itu dibuat dengan mengambil kira pandangan semua pihak.


Wong menjadi tumpuan ekoran tersebarnya klip video dan gambar separuh bogelnya menerusi internet dua bulan lalu.



TRAGEDI 13 MAY DI DUN PERAK?

Pada 18 Februari lalu, Sivakumar mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Menteri Besar bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta selama 18 bulan

Pada 18 Februari lalu, Sivakumar mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Menteri Besar bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta selama 18 bulan


13 Mei adalah tarikh terakhir Sidang DUN Perak mesti dilakukan, jika tidak DUN akan dibubarkan. Hari ini mahkamah memutuskan Speaker DUN Perak, Sivakumar tiada kuasa untuk menahan MB dan 6 Exco dari menghadiri Sidang DUN.


Keputusan ini memberikan harapan untuk Zambry untuk meneruskan tugasnya sebagai MB. Namun pemerhati melihat bahawa Sivakumar masih mempunyai kuasa untuk menahan MB dari hadir sidang DUN.


Saya menjangkakan isu ini tidak akan selesai kerana banyak lagi kes mahkamah akan dibicarakan. Malah PR mungkin membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah dari ini.



TERKINI DARI PERMATANG PAUH-PILIHANRAYA KECIL PENANTI


updates 11 pagi....16/4/2009


PERMATANG PAUH-Setelah hampir 2 bulan bermain teka teki kini khabar angin yang sahih dikatakan bertiup kencang akan adanya pilihanraya kecil DUN Penanti di Permatang Pauh ekoran perletakan jawatan Mohd Fairus Khairuddin.

Beliau yang sebelum ini melepaskan jawatan sebagai Exco dan Timbalan Ketua menteri 1 Pulau Pinang akhirnnya melepaskan jawatan sebagai ADUN Penanti.Cuma satu beliau masih punya prinsip untuk tidak mengistiharkan calon bebas atau pun melompatke mana-mana parti.

Beliau yang dikritik hebat dan melalui blog Aalahai Fairus TKM1 hari ini dikatakan akan menandatangani surat perletakan jawatan sebagai ADUN Penanti.Ianya di jangka akan melakukan demikian pada petang ini.

Sebelum ini menjadi tanda tanya mengenai adakah ADUN Batu Maung YB Abdul malik Kassim bakal menjadi TKM1, namun ramai yang meramalkan akan diadakan pilihanraya kecil di DUN Penanti sebagai satu keputusan di mana Adun di kawasan tersebut juga bakal menjadi Timbalan Ketua Menteri.Semua ini menjadi tandatanya dan penggumuman bakal di lakukan petang ini.


Proton EXORA di Lancarkan..

Proton Exora


Proton Exora

Harga Yang di tawarkan:

Proton Exora 1.6L A/T M-Line Metallic - RM69,998.00
Proton Exora 1.6L A/T M-Line Solid - RM69,548.00
Proton Exora 1.6L A/T H-Line Metallic - RM75,998.00
Proton Exora 1.6L A/T H-Line Solid - RM75,548.00



Krisis Perak, apa akhirnya? Tanya lagi??

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Pilihanraya 2 bukit 1 batang dah seminggu habih, keputusan pun dah tau. Semua kerusi mengekalkan status quo dengan sikit majoriti naik. Yang menang mungkin dok sibuk sambut dengan gembira, yang kalah pulak mungkin dok sibuk cari alasan.

Harap-harap 3 PRK tu bagi banyak pengajaran, pedoman dan semangat untuk ahli dan penyokong parti-parti Pakatan Rakyat terus berjuang.

Aku takmau cerita bab Kedah dan Sarawak pasai aku tek reti, takdak maklumat. Apa kesan 2 PRK tu untuk PAS aku taktau. Yang nyatanya PRK Bukit Selambau dan Batang Ai dua-dua bukan PAS yang bertanding, aku nak komen pun tak reti pasai bukan area aku. Cumanya aku harap PAS boleh gunakan pengalaman yang PAS dapat hasil 2 PRK tu untuk tindakan masa depan.

Yang aku susah hati bab Perak ni. PRK Bukit Gantang sepatutnya dah bagi kita terlalu banyak pengalaman, terlalu banyak pengajaran dan pedoman. Bukan setakat untuk yang macam aku sebagai 'petugas' parti tapi jugak untuk pimpinan PAS.

Ramai yang kata Bukit Gantang mencerminkan keadaan Perak secara umum. Komposisi kaum di bukit gantang macam komposisi kaum di perak. Keadaan Geografi Bukit Gantang pun dekat-dekat nak sama dengan Perak, ada kawasan pekan yang pesat membangun, ada kawasan kampung yang masih ketinggalan, ada kawasan bagan nelayan. Memang sedang elok untuk jagi rujukan.

Berkenaan kes krisis Perak, keadaan nampak makin rumit, berpusing-pusing. Aku tak nampak keadaan boleh selesai dalam masa terdekat ni. Tak kira la di pihak MB Timun ka atau pihak MB Durian. Dua-dua belah pihak nampak tak boleh jadi juara dalam masa terdekat ni.

Kes kat mahkamah pulak belum tentu bila boleh selesai. Takat la ni mahkamah cuma bincang pasai prosedur, boleh ka tak boleh kes dibicarakan. Kes sebenar belum lagi mula dibicarakan. Lepas jatuh keputusan dah tentu pulak akan ada lagi rayuan. Tu tak kira lagi stategi susulan.

Tah bila kes kat mahkamah-mahkamah tu nak boleh selesai takdak sapa boleh bagi dengan tepat. Kalau guna kes Altatuya jadi piawai, makan masa tahun jugak nak selesai tapi kalau guna kes Memali sebagai piawai 5 kali pilihanraya pun belum tentu selesai.

Masalahnya la ni kalau ikut geng Zambry, DUN kena bersidang sebelum 13 Mei kalau tak silap pasai depa tak iktiraf sidang bawah pokok. Kalau tak bersidang DUN akan bubar dengan sendirinya.

Tambah masalah pasai takkan Zambry nak panggil sidang DUN selagi Sivakumar masih jadi Speaker. Nak lantik speaker baru kena buat masa sidang DUN, tapi sebelum berjaya lantik yang baru dah tentu yang lama masih berkuasa, kacau laa, dah tentu dia boleh guna skrip aku kalau dia nak. Naya geng Zambry.

Jadinya keberangkalian kita akan hadapi pilihanraya peringkat negeri tak lama lagi cukup tinggi. Dan memang pun itulah pun yang selama ni kita nak sangat. Frasa "BUBARKAN DUN" selalu sangat kita dengar kalau pun tak kita yang selalu sebut.

Kalau betui PAS Perak bersungguh macam 'resolusi' kat Kediaman MB masa program 'Plan Stratejik PAS Perak' hari tu, kita tak boleh rehat lama. Boleh laa kalau setakat sampai hari Ahad ni, 'berseronok' kenduri tumbang lembu sampai 7 ekor.

Lepas pada Ahad ni kita patut start 'kerja' balik. Kena buat 'review' balik apa resolusi plan strategik tu. Takkan kita nak plan takat tinggai plan, baik tak payah membazir berpuluh ribu nak buat plan hari tu.

Memang la masa plan tu dibuat, Hj Nizar masih jadi MB. Negeri Perak masih lagi Pakatan Rakyat yang pegang. Memang laa la ni kita dah takdak kuasa, kelebihan yang kita ada masa tu dah takdak la ni. Kalau fikir sekali memang la masalah.

Tapinya dah nama masalah, kita kena selesaikan masalah tu. Selagi kita tak cuba selesaikan, takkan kita nak harap masalah selesai sendiri. Kita kena cuba bagi selesai.

Masalahnya ramai yang macam tak sedar apa maksud 'bubar DUN'. Macam tak lebih dari sekadar satu selogan. Nampak macam depa saja suka-suka sebut selogan 'BUBAR DUN' macam PM dulu-dulu seronok dengan selogan "Malaysia Boleh" tah apa yang boleh pun taktau.

Kut tak patut sangat kalau aku kata depa-depa tu sebijik macam burung kakak tua, tah apa yang dicakap dia pun tak paham. Cumanya tak la sampai sama macam burung kakak tua. Depa bukan tak paham cuma mungkin buat-buat tak paham, atau pun mungkin jugak tak berapa nak paham, atau pun mungkin jugak memang depa betui-betui tak paham.

Bagi yang buat-buat tak paham, tak berapa nak paham atau betui-betui tak paham, aku nak cuba susun ayat bagi semua orang mudah paham. Kalau tak paham jugak aku pun tak reti nak buat kata apa. Lantak kat hangpa la.

"Bubar DUN" maksud dia "DAH TAK LAMA DAH, NAK ADA PILIHANRAYA KAT KAWASAN KITA SENDIRI, KAT DUN KITA SENDIRI. Kalau paham, takkan tak paham-paham nak kena mula buat kerja. Jangan tanya pulak kat aku apa kerja nak kena buat.

JANGAN PULAK SATGI LAGI TIGA EMPAT HARI LAGI NAK MENGUNDI PUN CULA MASIH TAK SIAP-SIAP JUGAK!!




PASCA BUKIT GANTANG : Malaysia ditahap JAKUN demokrasi



Cara pilihan raya dijalankan di Malaysia masih belum berubah dan berada di takuk lama. Kebebasan berkempen, bersuara, berkomunikasi dalam media tetap di tahap jakun yang amat sangat.

Malu kita dengan demokrasi Indonesia. Cara pilihan raya dijalankan di Malaysia masih belum berubah dan berada di takuk lama. Kebebasan berkempen, bersuara, berkomunikasi dalam media tetap di tahap jakun yang amat sangat.

Polis dikerah untuk berkubu dan mengawal tempat pilihan raya kecil seperti kawasan perang atau darurat. Khemah-khemah putih ada di mana-mana seolah-olah kita melintasi Padang Arafah di Makkah.

Segala alat kenderaan seperti motosikal berkuasa tinggi, kereta peronda, trak dan bas, kereta penyembur air dan gas ditempatkan di lokasi strategik seolah-olah dalam suasana perang.

Entah berapa juta perbelanjaan sebenar pihak keselamatan dalam pilihan raya kecil di Malaysia kebelakangan ini.

Operasi polis seperti ini saya pernah lihat di sempadan Lubnan-Israel (Palestin). Tentera, kenderaan serta khemah penempatan tentera PBB bagi mengawal sempadan Israel-Palestin. Suasana itu boleh dilihat dalam pilihan raya kecil di Malaysia.

Majlis pengumuman calon di Bukit Gantang cuba diganggu dan dihentikan. Bagi polis majlis itu hanya untuk mengisytiharkan nama calon bukan untuk berceramah. Soalnya, kalau tak ada ceramah, tak perlulah permit berhimpun daripada jam 8 hingga 12 malam.

Mengumumkan nama calon cukup 5 minit sahaja. Sudah tentu himpunan itu untuk berceramah dan mengumumkan nama calon. Ketegangan diwujudkan oleh pihak polis di malam penamaan calun Bukit Gantang.

Bagaimanapun sepanjang kempen berjalan, pihak polis memberi kerjasama yang baik. Seratus peratus sepanjang kempen pilihan raya, RTM dan TV3 menjadi medan kempen BN. Menteri dan pegawai-pegawai di RTM dan TV3 tidak rasa malu langsung di atas perbuatan mereka.

Jentera BN sebenarnya tidak perlu berceramah kepada orang ramai dan pengundi kerana TV3 dan RTM telah bertindak bagi pihak BN. Perbuatan tidak bertamadun terus diperaktikkan kerajaan BN, walaupun rakyat sudah meluat dengan cara media kerajaan digunakan dalam pilihan raya. "Over Kill" terhadap pembangkang pada setiap warta berita TV3 dan RTM menimbulkan kemeluatan kepada kerajaan BN itu sendiri.

Namun, di Indonesia, kempen-kempen pendek dan janji-janji daripada parti-parti yang bertanding sering ke udara atau melalui kaca TV. Parti-parti politik bergilir ganti berkempen menggunakan TV kerajaan atau swasta di TV Indonesia. Malaysia - 'Jakun Demokrasi'

Semasa Malaysia menikmati sedikit kebebasan demokrasi, Indonesia berada di bawah diktator dan demokrasi terpimpin, dan kebebasan bersuara hampir tidak ada di bawah regim Order Baru Suharto itu. Selepas reformasi rakyat Indonesia mula menikmati kebebasan, manakala demokrasi Malaysia pula berada di alam "jakun demokrasi".

Dalam lawatan saya ke Jakarta, hari Sabtu 4 April, parti PDIP pimpinan Megawati dijadual mengadakan rapat umum di Stadium Senayan Jakarta. Di awal subuh pihak polis lalu-lintas telah bersedia di jalan-jalan utama untuk menjaga dan melicinkan perjalanan rakyat ke Stadium Senayan.

Saya tidak nampak sebarang kenderaan berat polis seperti trak, bas, dan kereta penyembur gas/air di sekitar jalan utama ke Stadium Senayan. Hanya polis lalu-lintas yang bertugas. Saya difahamkan dua parti besar membuat rapat umum di stadium Senayan di sebelah pagi dan petangnya.

Kalau himpunan seperti itu dibuat di Malaysia, entah berapa sekatan polis terpaksa rakyat tempuh termasuk deretan kereta pancutan air dan gas. Entah berapa ribu anggota FRU dan polis simpanan digunakan.

Demokrasi dan perjalanannya di Malaysia mesti terus diperjuangkan. Kebebasan berhimpun, kebebasan bersuara, kebebasan media harus diperjuangkan terus.

Kawalan dan sekatan untuk menjaga keamanan memang diperlukan, tetapi bukan dengan mewujudkan ketakutan dan kebencian rakyat terhadap kerajaan. Pasukan keselamatan adalah rakan yang dihormati, bukan musuh yang perlu dibenci dan ditakuti.







ADUN BN PENAKUT DAN TAK ADA TE&%@

Penentangan 10 ADUN BN kepada Ahmad Said hanyalah hangat-hangat tahi ayam apabila hari ini kembali menghadiri sidang DUN selepas digertak oleh Boss besar mereka, Najib Razak.


Jelas mereka tidak berpendirian dan tidak berani melakukan sesuatu yang luar biasa. Memang menjadi lumrah pemimpin Umno yang 'yes man' dan takut untuk melawan boss mereka walaupun boss mereka melakukan kesalahan. Dalam Umno dan BN mencegah kemungkaran memang tidak wujud. Yang wujud hanyalah melakukan kebaikan dan kejahatan sahaja. Kalau ada kemungkaran terutama yang dilakukan parti dan boss mereka,ahli-ahli hanya sekadar melihat dan senyap seribu bahasa.


Cubaan Menteri Besar Pencen, Idris Jusoh untuk melakukan undi tidak percaya hanyalah gimik politiknya sahaja kerana beliau sudah pasti tidak akan berani untuk bertindak sedemikian. Semua orang faham perjuangan Umno hanyalah untuk menjaga perut dan bawah perut sahaja tidak lebih dari itu.



Ekoran Krisis Keyakinan Terhadap Ahmad - PAS Pelawa Tubuh Kerajaan Baru

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/adunpastrg.jpgADUN PAS Terengganu, dari kanan, Dato' Harun Taib (Manir), Mohd Abdul Wahid (Wakaf Mempelam), Wan Hassan Ramly (Sura), Dr Alias Razak (Bukit Tunggal), Mohd Nor Hamzah (Bukit Payung) dan Dato' Tengku Hassan (Ladang). Tidak ada dalam gambar Dr Syed Azman (Batu Burok) dan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi (Rhu Rendang)

Kuala Terengganu – Rakyat terutamanya ahli PAS dan para penyokongnya telah menghadapi kezaliman dan ketidaksamarataan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dari tahun 2004 hingga Mac tahun 2008.

Oleh itu, kerajaan yang dipimpin oleh Menteri Besar Dato’ Ahmad Said diharap dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi, kesan dari tindakan yang rakus kerajaan penggal lalu itu.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib berkata demikian dalam penggulungannya membahaskan ucapan Yang DiPertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (YDP MPPR) Tengku Badrulzaman Sultan Mahmud.

“Kami (PAS) harap kerajaan baru ini dapat membantu orang-orang kami, kami ada cara tersendiri untuk membebaskan kemiskinan iaitu dengan memberikan tanah kepada para petani,

“kami menyediakan tapak-tapak rumah kepada orang-orang miskin, orang yang tidak ada tapak rumah, ada yang sudah dilulus, ada yang sudah dibayar, tetapi tindakan rakus kerajaan negeri 2004 – 2008 telah merampas semua sekali,”katanya pada hari terakhir sidang DUN Terengganu, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, apa salahnya jika Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar dan para Exco serta pegawai tertinggi kerajaan negeri Terengganu, membantu orang-orang miskin itu untuk dikembalikan hak mereka.

“Menyemak semula segala keputusan yang telah lalu, apakah salahnya, itu rakyat kita, inilah sebabnya tiap-tiap tahun (kita) bercakap, basmi kemiskinan, basmi kemiskinan,

“kenapa tak dapat (membasmi kemiskinan) kerana tidak sampai kepada sasaran,”tegasnya

Katanya, jika kerajaan negeri mempunyai perancangan yang baik, PAS akan menyokong demi untuk mengembalikan keadilan dan hak kepada yang berhak.

“Jika ada sesuatu agenda yang baik, kita harap Yang Amat Berhormat dapat teruskan, terutama sekali untuk mengembalikan dan mengujudkan keadilan,”jelasnya.

Namun begitu, beliau berkata, segala usaha tersebut mestilah dihadapi dengan tenang, gigih dan bersungguh-sungguh.

Justeru, beliau mempelawa Menteri Besar dan para Exconya untuk bersama-sama dengan PAS dan membentuk kerajaan baru yang lebih kuat sekiranya usaha tersebut tidak dapat dilaksanakan.

“Kalau YAB berasa sulit untuk menghadapi dalam keadaan kerajaan yang macam ini, YAB dan sahabat-sahabat (anggota exco), boleh menyeberang ke sebelah kami,

“YAB ada sebelas (wakil rakyat), kami ada lapan, jadi 19, kerajaan yang kukuh, kita tubuh kerajaan baru,”katanya merujuk kepada ketidakyakinan ADUN BN terhadap kepimpinan Dato’ Ahmad.

Sehari sebelumnya, 10 ADUN BN telah memboikot sidang DUN Terengganu atas alasan keselamatan setelah tiga daripadanya mendakwa mendapat SMS ugutan bunuh.

ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh yang menerima ugutan itu berkata, ia berkait rapat dengan ura-ura pihak tertentu yang dikatakan akan membawa ‘usul undi tidak percaya’ terhadap Menteri Besar negeri Terengganu.



UMNO Bebankan Masalahnya Kepada Rakyat

Melalui Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin UMNO memberitahu rakyat parti itu hendaklah diberi masa dua tahun untuk membaiki imej dan strukturnya yang lebih mesra rakyat. Rakyat diberitahu mereka kena tunggu dua tahun untuk melihat apa yang digembar-gemburkan sebagai Kabinet Rakyat itu berkesan atau tidak. Bagi UMNO/BN, masa yang diberikan rakyat lebih dari 51 tahun untuk “membela” rakyat tidak cukup, perlu tambahan khusus untuk membuktikan UMNO/BN memang mementingkan rakyat.

Adakah ini berupa pengakuan bahawa sudah lebih 51 tahun rakyat dilenakan dengan janji dan projek gergasi yang tidak memberi manfaat kepada mereka?Adakah UMNO kini mengaku ia telah gagal menjadi pemerintah yang mesra rakyat? UMNO/BN sudah tua dan tidak relevan lagi dalam percaturan politik abad 21 di Malaysia. Inilah mesej penting yang rakyat perlu fahami dan ambil ingatan supaya mereka tidak dipermainkan selama 50 tahun lagi dengan coklat berulat yang diberi nama Kabinet Rakyat.

Sebenarnya sejak dahulu hingga sekarang tidak wujud “kabinet rakyat” yang digembar-gemburkan sekarang. Semua kabinet dari dahulu hingga kini adalah kabinet para pengail politik yang matlamatnya yang paling utama ialah menjaga kepentingan parti dan kepentingan ketua-ketua UMNO yang sentiasa rakus syahwat politiknya. Apa yang dilaungkan sebagai transformasi dan reformasi dalam UMNO bukanlah untuk rakyat, tetapi untuk gembung-gembung UMNO dan sekutunya untuk memastikan mereka menang besar dalam pilihan raya akan datang. Mana ada reformasi dan transformasi untuk rakyat? Tidak ada.

Jika ada berilah contoh konkrit untuk dinilai. Tidak ada contoh konkrit itu. Yang ada hanya usaha untuk membaiki kelemahan parti dan para pemimpin UMNO/BN supaya rakyat memilih mereka lagi dalam pilihan raya akan datang. Jika itulah maksud transformasi dan reformasi, maka agenda peribadi UMNO/BN yang begitu ketara dan angkuh disogokkan kepada rakyat wajib ditolak bulat-bulat oleh rakyat tanpa ragu-ragu lagi.

Slogan baru, gagasan satu Malaysia, mungkin boleh diterima oleh etnik bukan Melayu yang menunggu-nunggu sekian lama “Melayu” itu sama taraf dengan mereka, tanpa sebarang keutamaan diberikan kepada mana-mana etnik atau suku kaum atau komuniti (ketiga-tiga istilah ini digunakan dengan maksud yang sama dari segi politik perkauman). Yang pertama perlu dihapuskan ialah hak istimewa orang Melayu; diikuti kemudian status bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan (yang ditolak UMNO); kedudukan ekonomi disamaratakan dengan memberi keutamaan kepada etnik China untuk meneruskan monopoli mereka (hakikat ekonomi ini tidak pernah dibincangkan dengan terbuka dan mendalam.

Oleh itu sekarang perlu dilakukan dengan kritis supaya Melayu tahu mengapa mereka susah mendapat barang-barang yang diperlukan dalam sektor pembinaan misalnya). Kesan politik pula cukup besar bagi UMNO/BN. Gagasan satu Malaysia menuntut mereka membubarkan parti perkauman, dengan itu UMNO, MCA, MIC dan semua parti gabungan perlu dibubarkan dengan menjadikan BN sebuah parti untuk semua etnik yang sama rata kedudukannya. Ini bererti Presiden BN boleh sesiapa saja yang dipilih oleh perwakilan atau sebarang cara yang ditentukan nanti. Jika perkara ini tidak mahu dilakukan, maka apa yang dinamakan gagasan satu Malaysia itu hanya khayalan Perdana Menteri saja, untuk mengelirukan lagi rakyat yang sudah terlalu keliru dan bercelaru.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .