Ikuti Blog ini
Kerajaan BN Perak tetap haram walau pun ada enam Exco baru , at 11.2.09,
Kerajaan BN Perak haram, segala dasar baru boleh dicabar - Husa.
KOTA BHARU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak tetap haram walau pun telah mempunyai enam anggota Exco baru, kata Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa.
Katanya, apabila kerajaan yang memerintah sebuah negeri itu haram maka akan timbul pebagai masalah khususnya dari aspek pembayaran gaji, perbelanjaan dan dasar-dasar lain.
“Orang ramai yang tidak berpuas hati boleh mencabar di mahkamah. Pelantikan sebagai Menteri Besar atau anggota Exconya masih lagi tidak sah kerana Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin belum lagi melepaskan jawatannya.
“Lagi pun masih belum ada undi tidak percaya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri. Dalam kes ini, Tengku Razaleigh Hamzah juga mempertikaikan pelantikan Menteri Besar baru di Perak,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Sedangkan kata beliau semua orang tahu Ku Li juga pernah terlibat menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan pada tahun 1978.
“Pada masa itu dibawa usul undi tidak percaya, di mana Speaker Dun telah mengizinkannya dan akhirnya kerajaan PAS Kelantan tumbang,” ujarnya.
Kata beliau Menteri Besar Perak tidak melepas jawatannya dan bagaimana Menteri Besar baru pula dilantik.
“Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai perlembagaan dan undang-undang, bukan seperti Somalia,” katanya.
Beliau juga tidak menolak krisis di Perak akan terus berpanjangan kerana kerajaan baru di tidak sah dari segi perlembagaan.
Beliau juga berkata, kerajaan Kelantan tetap akan mengadakan rundingan dan pertemuan dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di bawah Nizar memandangkan beliau merupakan menteri besar yang sah.
“Sekarang terpulang kepada Umno untuk mengesahkan jawatan tersebut, namun bagi kita kerajaan Barisan Nasional yang baru ditubuh di Perak adalah haram,” ujarnya.
Sementara itu dalam perkembangan lain Husam berkata, PAS akan mencalon pemimpin yang berpotensi untuk menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang tidak lama lagi, bagi mempertahankan kerusi tersebut.
Beliau berkata, Dewan Harian PAS Pusat yang akan bermesyuarat malam ini di Kuala Lumpur dijangka memutus perkara tersebut.
“Nama calon hanya diumumkan pada saat-saat akhir, itu sebagai satu strategi. Tindakan tersebut tidak sama dengan tempat lain,” katanya.
K’jaan Pakatan Perak berjaya selesai isu-isu tertunggak - Bar Council , at 11.2.09,
KUALA LUMPUR, 11 Feb - Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dalam kenyataannya hari ini berkata, Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bawah Menteri Besarnya, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin berjaya menyelesaikan isu-isu tertunggak kerajaan BN-Umno sebelum ini.
Menurut beliau, sepanjang 10 bulan mentadbir Perak, kerajaan negeri telah dapat menyelesaikan dalam masa yang singkat, isu-isu yang sudah lama tertunggak.
Katanya, antara isu-isu yang dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak ialah ialah:
- Sebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli.
- YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng.
- Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya.
- Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditubuhkan untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat Orang Asli di Perak. Pasukan itu mempunyai dua peringkat. Peringkat kedua dikendalikan secara eksklusif oleh masyarakat Orang Asli sendiri dan dewan mesyuarat di bangunan SUK disediakan untuk kegunaan Orang Asli.
- Kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas Orang Asli bagi negeri Perak yang ditugas untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Orang Asli di negeri tersebut.
- Mengadakan siri perbincangan dengan rakyat dan NGO mengenai aktiviti pembangunan di Ipoh. Sebagai contohnya, pandangan awam diminta berhubung cadangan pembangunan Pasar Yau Tet Shin.
- Penduduk Melayu dan Cina di kampung baru dan kampung tersusun diberi hakmilik kekal secara berperingkat.
Menurut beliau lagi, Majlis Peguam gembira melihat hasil-hasil yang positif yang dicapai dalam tempoh masa yang singkat untuk menangani isu-isu terbabit.
"Kita berharap kepentingan yang sama akan diberikan terhadap perkara-perkara berkenaan dan terus dilaksanakan tanpa sebarang kelewatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Malah, kita menggesa kerajaan negeri supaya bersikap pro-aktif berhubung isu-isu yang membabitkan Orang Asli, masyarakat yang terpinggir dan kurang bernasib baik," katanya lagi.
Semalam, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin bersama Exco Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dihalang untuk masuk ke pejabatnya jam 11.05 pagi, akur dengan arahan tersebut.
Dalam sidang medianya di pintu masuk bangunan tersebut Nizar menjelaskan hari tersebut adalah hari bertemu pelanggan dan beliau datang untuk memenuhi temu janji namun telah dihalang.
“Masa Untuk Mengganyang Najib”, AMK Terengganu Siap Siaga Untuk PRK Dua ‘Bukit’ , at 11.2.09,
Kuala Terengganu - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Terengganu sudah bersiap siaga untuk menghantar skuad AMK menyertai pilihanraya kecil (PRK) parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau.
“Skuad AMK Terengganu akan bergabung dengan AMK Malaysia dalam menggerakkan gerak kerja kempen kedua-dua PRK ‘Bukit’ tersebut pada bila-bila masa diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),”kata Ketua AMK Terengganu Fariz Musa.
Menurutnya bagi memantapkan lagi persiapan fizikal dan mental ahli-ali AMK Terengganu, program ‘Rapat Anak Muda’ akan diadakan di pejabat Perhubungan PKR Terengganu pada 14 Februari depan.
Beliau berkata program tersebut akan menggabungkan kepimpinana AMK dan skuad AMK Terengganu dalam sesi latihan dan percambahan pemikiran sebagai langkah proaktif siap siaga.
“AMK Malaysia akan turut memanggil latihan khusus persiapan kerja-kerja kmpen pilihanraya dalam masa terdekat, bagi mecapai sasaran gerak kerja tersusun sistematik dan efektif,”kata beliau yang juga Pengarah Pilihanraya AMK Malaysia.
Katanya insiden yang sedang berlaku di negeri Perak telah menaikkan semangat AMK menjadi semakin kental untuk memastikan kemenangan kedua-dua PRK tersebut memihak kepada Pakatan Rakyat.
“Kita (AMK) akan memberikan fokus kepada isu-isu setempat yang signifikan kepada pengundi di kedua-dua PRK tersebut,
“kita juga sudah menyiapkan bahan-bahan penerangan bagi menangkis fitnah dan tohmahan yang dimainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkaitan ‘rampasan kuasa’ yang telah dilakukan secara rakus di negeri Perak,”katanya semalam.
Beliau percaya pengundi di kedua-dua kawasan pilihanraya tersebut lebih matang untuk menilai situasi dan realiti krisis politik yang belaku.
Oleh itu, beliau yakin pengundi kedua-dua kawasan tersebut akan menyokong calon Pakatan Rakyat dan memastikan penerusan kemenangan selepas Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.
“Keutamaan AMK, sebagaimana di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu adalah kepada pengundi muda,
“kecemerlangan AMK dalam kedua-dua pilihanraya kecil sebelum ini akan diteruskan dengan penggembilangan usaha dan gerakan turun berkempen secara habis-habisan,
“inilah medannya untuk membuktikan penolakan rakyat terhadap ‘pengkhianat’ tersebut,”tegas Fariz.
Beliau turut menyarankan supaya Osman meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bagi mengembalikan maruah dirinya yang telah tercemar, sebelum terlambat.
Katanya ia adalah amat penting dan bermakna kepada rakyat khususnya di DUN Changkat Jering, sekiranya benar-benar beliau tidak menerima apa-apa habuan dari UMNO/BN.
Justeru itu, beliau menyeru kepada semua pihak supaya menyokong Pakatan Rakyat dan turun beramai-ramai bagi membantu memenangkan kedua-dua PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
“Inilah masanya untuk mengganyang Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak dan BN yang telah merentap keharmonian dan mengkhianati mandat rakyat Perak serta menzalimi Menteri Besar pilihan rakyat, Dato’ Seri Nizar Jamaludin,”tambahnya
Arumugam(Bukit Selambau) lebih bermaruah dari Osman Jailu dan Jamaaludin Radzi. , at 11.2.09,
Secara peribadi, saya rasa bangga kerana dizaman pelbagai fitnah ini, masih ada manusia yang mementingkan prinsip keadilan sosial yang tinggi.
Saya merujuk pada bekas YB Bukit Selambau, V Arumugam yang sanggup meletakkan jawatan dari melompat ke parti lain disebabkan pelbagai ugutan dan gangguan fizikal terhadap keselamatan beliau dan keluarga.Beliau jauh lebih bermauah dari 2 ADUN lompat dari PKR yang menjadi ADUN bebas kini iaitu Osman Jailu dan Jamaludin Radzi.
Sebaik meletak jawatan, Arumugam diangkat sebagai wira kerana mendahulukan rakyat dari kepentingan peribadi. Manakala dua ADUN lompat itu, bukan saja di kutuk oleh pengundi tempatan dan rakyat jelata yang cintakan kejujuran serta keadilan, malahan mereka berdua juga tidak mendapat kepercayaan untuk menyandang apa-apa gelaran exco dalam kabinet baru kerajaan Kudeta pimpinan bekas tahanan ISA, Zambry Abd Kadir.
Mungkinkah masa depan yang lebih buruk menanti dua ADUN lompat itu???
Langgan:
Catatan (Atom)