Ikuti Blog ini

Ir. Nizar Pemimpin Dunia dan Akhirat


ANDA SENTIASA DIHATI..

Alhamdullillah Ir.Nizar dan Pengerusi DAP Perak dibenarkan memasuki Istana Iskandariah untuk meraikan Majlis Santapan Di Raja sempena 25 tahun Jubili Perak pemerintahan Sultan Azlan Shah. Lapor NST .

Junjung kasih Tuanku. Adalah dikhuatiri Tuanku mendapat nasihat yang salah dari SUK kerana berita tengahari tadi Polis Perak akan meneliti senarai kehadiran dengan teliti VVIP yang hadir.

Yang patut dipuji ialah Ir.Nizar selepas memasuki Istana, meninggalkan sekejap untuk menguruskan satu lagi upacara yang lebih besar daripada itu iaitu menunaikan solat fardhu maghrib di Masjid Ubudiah. Begitulah pemimpin dunia dan akhirat.


Apa yang dapat disahkan ialah setakat berita ini diterima, ketiga-tiga ADUN Pakatan Rakyat iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang mengambil keputusan berpaling tadah dari Pakatan Rakyat dan menyokong Bariasan Nasional dilihat tidak hadir dalam majlis tersebut setakat ini.

Kesemua ADUN dan Ahli Parlimen Barisan Nasional dilihat hadir dalam majlis dan diketuai oleh apa yang dipanggil Menteri Besar Halam Datuk Dr Zambry Kadir dan ini membuatkan majlis makan malam sempena sambutan Jubli Perak kali ini sebagai yang terunik dimana ianya dihadiri oleh 2 Menteri Besar 1 dari Pakatan Rakyat dan 1 dari Barisan Nasional.

Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat Perak ketika tiba di Istana Kandariah menyatakan kepada wartawan "kami datang ke majlis ini dengan keamanan" dan "Pakatan Rakyat berada disini"


Jam 7.00 malam (14/2) : YAB Menteri Besar di temu ramah wartawan sebelum maghrib sebelum ke Istana.

Bertuahnya Rakyat Perak punyai MB Sehebat Datuk Seri Nizar

taat-allah1

Kesan daripada krisis politik yang baru berlaku di Perak, hikmahnya semua rakyat Malaysia menunjukkan ketaatan secara mutlak kepada Raja dan Sultan. Semua parti lebih-lebih lagi Umno hampir setiap hari menjalankan usaha untuk menunjukkan sokongan ketaatan tidak berbelah bahagi kepada Sultan. Parti Pembangkang juga bersikap sedemikian secara zahirnya mereka turut mengakui ketaatan kepada Sultan. Begitulah hebatnya negara Tanah Melayu ini yang mungkin satu-satunya negara yang amat menyanjungi institusi kesultanan.


Apa yang lebih mengharu dan memilukan kita bila mana YAB Nizar MB Perak telah sanggup mengenepikan kepentingan diri dan politiknya di dalam mengambil tindakan mahkamah bagi mendapatkan haknya sebagai MB Perak semula. Di dalam samannya terhadap `MB Perak’ yang baru diperkenankan oleh Sultan Perak, nama Sultan Perak langsung tidak dikaitkan. Ini bukti menunjukkan Pakatan Rakyat khususnya YAB Nizar tidak sanggup mencemar nama baik lebih-lebih lagi menunjukkan penentangan dan kedurhakaan kepada Tuanku Sultan Perak. Cuma, Umno yang kononnya dilihat sebagai wira pihak istana ini cuba untuk `menjerat’ pemimpin PR agar terus mengikut tari dan rentak mereka. Hakikatnya, umum megetahui sehingga sekarang Umno tidak pernah memohon ampun dan maaf kepada pihak istana setelah Umno sendiri mengusahakan pindaan perlembagaan menghapuskan imuniti Raja-Raja pada tahun 1993. Pernahkan Umno memohon maaf kepada Sultan Kelantan setelah Umno memainkan peranan apabila menabalkan Sultan Kelantan yang baru suatu ketika dahulu ? Bilakah UMNO khususnya di Terengganu memohon maaf di atas ketelanjurannya menghina Sultan Terengganu ketika isu perlantikan MB Terengganu selepas Pilihanraya Umum ke 12 baru-baru ini? Tidakkah sepanduk yang tertera perkataan `Natang’ tidak mendurhakai Sultan ?


Di saat semua rakyat berbalah dan berdebat untuk mempertahankan institusi kesultanan, rakyat lupa kepada seorang tua yang kini mendiamkan diri kerana beliau faham ini semua berlaku adalah akibat dari kesan `tangan-tangan’nya yang kotor ketika beliau berkuasa dahulu. Orang tua ini suatu ketika pernah digelar Wira Dunia Ketiga tetapi beliau tetap dikenang sebagai perosak institusi beraja dan juga perosak kestabilan politik negara ini. Kehangatan politik negara tercetus apabila orang tua ini menggunakan kuasanya ketika itu menfitnah dan menghina tokoh politik yang disanjung oleh Orang Melayu iaitu DS Anwar. Akibat dari tangannya yang `kotor dan jijik’ itu menyebaban pewaris yang mengambil alih kekuasannya tidak mampu mengubati `penyakit’ yang dibawa olehnya sehingga sekarang. Beliau berjaya merosakkan Umno kemudian beliau lari dari Umno. Beliau berjaya merosakkan kuasa Raja-Raja kemudian beliau menyepikan diri ketika isu terhadap Sultan mula diperkatakan orang. Saya cukup yakin, anak beliau akan menjadi mangsa hasil dari tangan-tangan beliau. Tidak mungkin Pemuda Umno mahukan pewaris perosak politik dan Institusi Raja ini menjadi pemimpin mereka.


Berbalik kepada tindakan yang dilakukan oleh YAB Nizar, beliau telah menyelamatkan dua keadaan ketika beliau dianiayai. Pertama, beliau telah menyelamatkan nama dan imej Sultan daripada terseret ke Mahkamah walaupun undang-undang membenarkan jika beliau ingin berbuat demikian. YAB Nizar masih perlukan Sultan dan beliau tidak sanggup mencemar nama baik Sultan yang amat dikasihinya itu meskipun terpaksa berkorban maruah diri dan partinya sendiri. Kedua, beliau juga tidak sanggup mengkhianati amanah rakyat yang mahukan beliau sebagai pemimpin di Perak. Justeru itu, beliau tidak sedikit melakukan pengorbanan dan bukan tiada risiko besar yang mungkin beliau hadapi ketika membawa kes ini ke Mahkamah. Namun, YAB Nizar rela melakukan apa jua asalkan amanah rakyat terpelihara dan didaulatkan. Seandainya Mahkamah menentukan keputusan yang tidak menyebelahi kehendak rakyat, YAB Nizar mungkin terlepas dari tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah ini kerana beliau telahpun berusaha sedaya upaya. Semoga Allah memberkati perjuangan yang amat berat yang sedang dipikul oleh YAB Nizar.


Sekiranya ingin ditangisi, tidak cukup bumi perak ini dibanjiri air mata oleh kesedihan rakyat Perak ketika bumi mereka terjajah oleh bangsanya sendiri. Tetapi Allah tidak mengajar manusia untuk menangis sekiranya menghadapi kesusahan atau penderitaan. Allah mengajar setiap manusia agar berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadanya nescaya bantuan Allah akan tiba. Kepada manusia yang telah merasakan diri mereka bijak di dalam merampas hak dan kuasa rakyat, mereka tidak akan senang di dalam kehidupannya di dunia apatah lagi di Akhirat selagi mereka menyuapkan rezeki ke mulut mereka dan anak-anak mereka dari hasil `air mata’ rakyat.




Sultan Azlan memang bijak...



"
" Semenjak dua menjak ini ramailah marhaen dari kalangan PR marahkan Sultan Perak. Manakala pecacai UMNO marahkan rakyat yang bantah Sultan Perak. Aku pun kekadang nak marah jugak sebab lucutkan MB yang beriman dan menggantikan MB yang koman.

MB dulu boleh jadi imam. MB sekarang boleh jugak jadi imam tapi kalau dia jadi imam, aku tak sangup jadi makmum ataupun kalau dah terjadi makmum aku akan mufaraqah.

Tau ke puak UMNO apa iitu mufaraqah...Mana hangpa nak tau sebab Ustaz hangpa pun koman. Lulusan Azhar, hafiz pulak tu, tapi tong undi pun dia tendang. Kalau kalah pilihanraya, jangan tendang tong undi, hang tendang pegawai SPR tu. Yang tu kalau hang tendang aku tambah lagi duit kat hang. Baru bebaloi. Ini tendang tong undi. Bodoh lah hang, anak aku yang umur 5 tahun pun lebih bijak dariada hang... Imam tong undi oooi....

Anyway berbalik kepada tajuk asal. Sultan Azlan orang undang-undang. Nak jadi lawyer bukan senang ooi. Nak jadi engineer senang lagi sebab dia cuma kaji satu bidang saja. Engineer letrik kaji bidang letrik saja, Engineer kimia kaji bidang kimia saja. Tapi lawyer kaji semua undang-undang. Undang-undang Islam pun dia kena mengaji, undang-undang omputih yang Malaysia jadikan perlembagaan pun dia kena mengaji. Buku pulak tebai-tebai ooi. Puak hafiz hafal Quran yang agak tebal jugak. Tapi satu buku saja. Puak lawyer hafal undang-undang berpuluh buku. Tapi keberkatan hafal Quran tentulah berpuluh kali lebih baik daripada hafal undang-undang. Kalau hafal undang-undang lebih berkat daripada hafal Quran, takdak sapalah yang dok maki Karpal Singh.Bukan takat kena maki, kena penampaq pun ada, malah kena masuk pondok pakcik ISA pun ada.

Berbalik terus kepada isu perlantikan MB baru di Perak. Sebenarnya rakyat tak marah pun kalau Sultan Azlan melantik BN. Yang tu depa marah BN sebab BN curi ADUN. Sultan cuma lantik saja. Tapi rakyat dok marah sebab kata depa sultan tak ikut perlembagaan Rakyat sekarang hebat tuanku, depa boleh tau undang-undang walaupun buku tu dok dalam kelambu.Gambar Chua Soi Lek don mencolek pun depa tau, apatah sangatlah undang-undang tubuh negeri Perak. Tu yang depa dok marah sebab sultan depa kata pecat MB Nizar sedangkan mana ada dalam perlembagaan sultan boleh pecat MB? TU kata depa, patik tak taulah.... sebab patik bukan ahli undang-undang...

Sultan Azlan bekas ketua hakim negara. Baginda bukan macam Hamid Omar yang bergelumang dengan najis. Tak jugak macam Eusoff Chin yang bergelumang dengan taik anjing. Baginda sewaktu jadi ketua hakim negara orang cukup respek sebab tak dak isu boleh ditimbulkan . Oleh itu pada pandangan aku, Sultan Perak sebenarnya amat tau apa yang dia lakukan. Dia sengaja lakukan nak pekena puak UMNO yang jahat ini. Takkanlah sultan tak tau puak UMNO memang kaki jahat. Sebab kalau tak jahat, takdak sapa nak dok dalam UMNO. Dengaq cerita anginlah, bahawa Gamuda tak dak projek nak buat. Yang di Dubai telah pun ditamatkan. Jadi dok cari dalam negaralah. Negeri perak pulak negeri yang terpanjang di Tanah Melayu. Banyak nak buat jalan dan sebagainya. Kalau perak pakatan pegang, maka miss sorulah Gamuda. Lalu Najib mungkin presssure tuanku dan tuanku kena setujulah tentang rancangan Najib. Tukarannya tentulah projek untuk Gamuda.

Tapi kalau mengikut perlembagaan Perak sendiri simple majoriti tidak cukup untuk tumbangkan kerajaan yang sedia ada. mesti ada majoriti 2/3. Ini lebih 3 orang, tu pun calon bebas yang penuh masalah. Yang dua masalah rasuah, yang sekoq lagi masalah pengkaq. Takkanlah tuanku tak tau benda tu. Kemudian tuanku minta ( bukan pecat ) Nizar letak jawatan. Tuanku tak pecat sebab tuanku tau baginda tidak boleh pecat MB . MB hanya boleh berhenti bila ada undi tak percaya dalam DUN , bubar DUN ataupun Nizar dengan relahati berhenti. Daripada 3 perkara tu, tak dak satu pun yang dilakukan. Maka dari segi undang-undang, Nizar masih lagi MB yang sah. Tuanku tak tau ke perkara tu? Mustahil...

Tapi tuanku buat supaya puak UMNO diketuai Najib jahat ini bagi projek Gamuda dan at the same time bercempera sebab negeri jadi tak tentu hala. Orang tak marahkan sultan sebab orang nampak yang jahat tu UMNO. Sekarang ni ranking Najib dimata rakyat cukup jatuh.. malah merunum. Malah ramai yang balik sayang kepada Paklah walaupun depa kata paklah lena. Paklah mungkin lena, tapi paklah bukan perompak di siang hari seperti Najib. Sultan telah berjaya memalukan Najib... Tunggu pulak waktu DUN bersidang, lagi huru hara. Baik tak baik kerajaan tajaan Najib ni akan tumbang pulak. Tengoklah nanti...

Tu sebab Sultan berpesan kepada Nizar, Allah sentiasa dengan orang-orang yang sabar. Sabarlah Nizar ooi, tak kan lari MB dikejar. Hilang tamby dari pangkor, nampaklah ia. Sultan sekarang sebenarnya cukup seronok sebab Najib bercempera. Rakyat dok tala kat Najib. Buktinya tak dak sapa saman Sultan kecuali Karpal saja. Tapi yang saman geng Najib banyak Malah lepaih ni mungkin SPR pun di saman jugak.... Mampuih hang Najib. Jadi kita jangan dok bagi peluru kepada UMNO. Kita kena hormati Sultan sebab baginda memang bijak..


Sekian, sekadar renungan..."

'KERAJAAN HARAM BN' PERAK AKAN TUMBANG DALAM MASA TERDEKAT!!!

http://buletinonline.net/images/stories/berita1/speakerperak.jpg

Sesuatu yang pelik, tapi benar ! Speaker DUN Perak masih dalam tangan Pakatan Rakyat, sebab itu kerajaan minoriti Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Menteri Besar palsu, belum melantik Speaker. (Gambar - kiri, Sivakumar mengangkat sumpah sebagai Speaker DUN Perak, kanan, Nizar bersalaman mengucapkan tahniah )

Bukan kerana tidak mempunyai calon, atau Dr. Zambry tidak faham, tetapi tiada peruntukan dalam undang-undang tubuh negeri Perak untuk melantik Speaker !


Ternyata tindakan Umno merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat akan berhadapan laluan berliku yang akan merangkap mereka sendiri. Jika ini berlaku benarlah kata Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah , tindakan Umno di Perak yang diketuai oleh Najib akan mempercepatkan lagi kejatuhan Umno di seluruh negara.

Selain bakal berhadapan tindakan saman dan injuksi mahkamah yang telah difailkan oleh Menteri Besar yang sah Dato Seri Ir Nizar Jamaludin di mahkamah tinggi Kuala Lumpur kelmarin yang diketuai oleh peguam tersohor Raja Aziz Idruse bersama panel 12 peguam, kerajaan haram BN Perak perlu melepasi halangan dari speaker Dun.

Masalah pertama di hari persidangan dewan undangan negeri yang bakal menyaksikan Menteri Besar dan exco kerajaan Perak yang baru dinobatkan akan berdepan dengan satu masalah besar: Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah masih lagi ADUN DAP dari Tronoh, V. Sivakumar.

Sekalipun jumlah ADUN BN pada masa itu ialah 28 mengatasi 1 kerusi ADUN Pakatan Rakyat yang tinggal 27 (tak termasuk 1 lagi kerusi Speaker), namun jawatan Speaker tidak boleh dilucutkan sekalipun dengan usul undi tidak percaya. Demikian kata Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim yang juga seorang peguam.

Jawatan Sepaker kosong hanyalah jika V.Sivakumar meletakkan jawatannya sebagai ADUN atau dia sudah tidak layak dari memegang jawatannya atau meletakkan jawatannya secara sukarela.

Sivakumar dibolehkan, jika beliau mahu, menghalang bekas ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang melompat, iaitu yang telah "meletakkan jawatannya" dari menghadiri persidangan, dan ia sepastinya akan mengurangkan majoriti BN di dewan undangan negeri berkenaan.

Speaker Negeri sebelum ini telah mengisytiharkan ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering Osman Jailu dan Jelapang Hee Yit Foong telah mengosongkan kerusinya selepas beliau menerima surat perletakan jawatan ketiga-tiga ADUN berkenaan.

Sekiranya Sivakumar meletakkan jawatannya kerana apa-apa sebab, Dewan Undangan Negeri akan dikira "badan perundangan yang tergantung" kerana Undang-undang batang tubuh negeri Perak memperuntukkan dewan tidak boleh bersidang sewaktu kekosongan speaker kecuali untuk tujuan perlantikan seorang speaker.

Dengan tidak mempunyai suara majoriti yang jelas, Menteri Besar kerajaan BN Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tiada pilihan lain selain memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri dan mendapat perkenan pihak Istana untuk satu pilihanraya baru bagi negeri Perak.


Terkini Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah Selasa lalu, akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Rabu ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar.

Sivakumar yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin, telah dihantar pada pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.

Katanya keputusan tersebut adalah ekoran surat aduan yang diterimanya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning, Wong Kah Woh Khamis lalu yang meminta supaya ketujuh-tujuh Adun Barisan Nasional (BN) tersebut dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina dewan, lapor Bernama.

"Setelah bersidang, pihak jawatankuasa berpendapat terdapat asas ataupun prima facie terhadap aduan yang dibuat oleh YB Wong Kah Woh. Oleh yang demikian jawatankuasa sebulat suara membuat keputusan untuk merujuk kesemua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ipoh hari ini.

Katanya, jawatankuasa yang bersidang pada 12 Februari lalu, telah dihadiri oleh beliau sendiri, Husin Din (Adun Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham) manakala wakil tunggal daripada BN iaitu Adun Temengor Datuk Hasbullah Osman tidak dapat hadir kerana mempunyai program di Gerik.

Sementara itu, dalam sidang akhbar di Wisma DAP di sini, Pengerusi DAP Perak dan Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap menteri besar baru Perak dan enam Exco berkenaan jika mereka tidak hadir di hadapan jawatankuasa itu Rabu ini.

Beliau berkata tindakan menggantung keahlian kesemua tujuh Adun BN berkenaan merupakan antara bentuk hukuman yang boleh dicadangkan oleh jawatankuasa berkenaan.

Dalam keadaan begini, Umno sebenarnya tidak ada pilihan selain terpaksa menerima hakikat bahawa DUN Perak akan dibubarkan untuk mengelakkan masalah yang berlaku.

Ternyata mereka yang mengetuai dan merancang rampasan kuasa di Perak telah bertindak tanpa memahami undang-undang dan kesan dari aspek pelembagaan.

Pilihanraya kecil di Perak semakin sesuatu yang pasti. Justeru itu semua jentera dalam Pakatan Rakyat perlu bersedia bukan hanya berhadapan pilihanraya kecil Bukit Gantang tetapi juga pilihanraya kecil untuk seluruh Perak.

Dalam keadaan sokongan yang semakin mantap, Umno bakal menerima hukuman dari rakyat Perak. Walau bagaimanapun saya yakin mereka sekali lagi akan menggunakan taktik kotor untuk memastikan pilihanraya kecil tidak berlaku di seluruh Perak.


Dato' Seri Nizar di Kampung Baru.


KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang menyertai solat Jumaat di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam sempat berucap kepada jemaah selepas selesai solat di mana pada sebelah paginya beliau mengemukakan saman kepada Dato' Zamry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Image"Saya berterima kasih atas sokongan daripada seluruh negara, dan kita tunggu keputusan mahkamah secepat mungkin," katanya berikutan 'rampasan kuasa' yang berlaku di Perak.


Beliau meminta rakyat negeri Perak khususnya dan sokongan daripada seluruh negara amnya untuk bersama-sama membantah kerajaan baru BN di Perak sekarang sebagai tidak sah kerana Pakatan Rakyat masih dianggap kerajaan yang sah.


"Kempen mengumpul tanda tangan menyokong pemerintahan Pakatan rakyat di Perak akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat," tambah beliau sambil menjelaskan mengenai proses pemfailan saman yang dilakukan pagi semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap BN yang merampas kuasa secara haram semalam.


ImageDalam ucapannya itu, beliau turut mengulas berkenaan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang dan kerusi Dun Bukit Selambau dan memohon kerjasama penyokong Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil ini untuk menolak BN yang nyata menghina sultan dengan perampasan kuasa tersebut.


"Tindakan mereka (BN-Umno) kononnya berdemo satu tindakan yang pura-pura. Melihat kebangkitan rakyat yang berlaku hari ini adalah lebih meyakinkan Pakatan Rakyat akan mendapat kemenangan," tambah beliau lagi.


Turut kelihatan dalam semasa Nizar berucap ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali; Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Ali Jamil; Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzaman Mohamad dan lebih 1,000 penyokong yang memenuhi pekarangan masjid.


Tok Guru Nik Aziz ajak tinggalkan merokok.

KOTA BHARU, 14 Feb.:-YAB Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak rakyat Kelantan supaya meninggalkan merokok.

"Malam ni nampak semua kopiah putih , tak ada UMNO tapi asap rokok berkepul" sindir Tok Guru memulai ceramahnya.

"Ramai yang hadir malam ni kerana rakyat Kelantan tidak suka berada dalam tidak reti" Ucap Nik Aziz.

Mengulas bagaimana hendak tinggalkan merokok, Tok Guru mengatakan persoalannya mahu atau tidak mahu.

Beliau juga mengatakan penyakit Rasuah adalah yang dihasilkan oleh UMNO sehingga dalam UMNO perlu ada JK yang ditubuh untuk benteras rasuah.

Mengulas suasana politik Malaysia,beliau menyatakan keyakinan generasi muda dalam DAP yang sudah boleh menerima hukum Hudud.

Ceramah perdana yang diadakan di Padang Perdana itu menampilkan penceramah lain iaitu, Ust.asharuddin Mat Isa, Hj. Abdul Wahid Endut, Khalil Idham Lim dan Sami Abu Zuri dari palistin.

Hampir 50,000 orang hadir dalam Ceramah Perdana yang diadakan di Padang Perdana disini malam tadi.

Kehadiran yang memberangsangkan disebabkan juga oleh cuaca yang baik.

Hj, Abdul Wahid menceritakan pengalaman dalam kempen di Kuala Terengganu hingga membantu kemenangan beliau. Khalil pula menerangkan kedudukan politik semasa Perak yang mendapat perhatian dari hadirin. Sementara Sami Abu Zuhri menceritakan kedudukan rakyat palestin dan Hammas dengan diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu oleh Ust. Nasharuddin mat Isa. TG. Nik Aziz menutup ceramah berserta doa penutup.

Polis Akan Semak Senarai Tetamu Undangan


IPOH - Polis akan menyemak senarai tetamu yang akan hadir ke majlis santapan diraja di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar esok bagi memastikan sama ada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan bekas Exconya masih tersenarai dalam jemputan tersebut. Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah (foto) berkata, beliau akan menghubungi Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim bagi mendapatkan pengesahan untuk memastikan hanya mereka yang diundang sahaja dibenarkan masuk ke istana. Beliau berkata, polis boleh menghalang mana-mana tetamu termasuk Mohammad Nizar dan barisan bekas Exconya jika nama mereka tidak tersenarai sebagai jemputan. ‘‘Kita tidak tahu sama ada Mohammad Nizar dan bekas Exconya masih lagi tersenarai sebagai jemputan ke majlis itu dan saya akan menyemak perkara ini dengan SUK" katanya.



[Pelik punya undang-undang negeri Perak. Bukankah Nizar serta exco dan lain-lain ADUN Pakatan Rakyat adalah tetamu kehormat yang sah untuk hadir dalam apa jua majlis rasmi kerajaan negeri apatah lagi yang melibatkan majlis santapan di raja seperti yang di jadualkan. Justeru itu apakah hak dan kewajipan Ketua Polis Perak untuk menyemak senarai jemputan yang diundang ke majlis berkenaan. Maka, jika benar SUK tidak menyenaraikan nama-nama ADUN Pakatan Rakyat ke majlis itu, bermakna mereka sengaja mengundang padah sebenarnya].


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .