Ikuti Blog ini

Alhamdulillah, PRK di 2 dun di Perak. Melopong BN

Bekas YB Changkat Jering


Bekas YB Behrang

Ku sangka Mantan YB Behrang dan YB Changkat Jering akan melompat ke UMNO. Rupanya, hasrat BN terkubur sudah. Apa yang berlaku, Pilihanraya Kecil KE-3 dan KE-4 selepas Mac, 8 , 2008


Dengar kabar, taktik Najib untuk memerangkap YB Behrang dan YB Changkat Jering tidak berhasil apabila dilaporkan kedua-dua bekas ADUN ini telah menandatangani Surat Aku Janji untuk meletak jawatan sekiranya terjadi desas desus atau khabar angin bahawa ADUN PAKATAN RAKYAT ingin melompat parti. Maka bijaklah Pakatan Rakyat mengeluarkan surat tersebut ketika mana 2 exco ini tidak dapat dihubungi.


Alhamdulillah, YAB Dato Seri Ir Nizar ternyata pintar dan bijak dalam menyediakan payung sebelum hujan dalam pemerintahan beliau. Nampaknya juga YAB Dato Menteri Besar Perak mula diuji dari segi nilai politik beliau.


Kepada kedua - dua bekas YB itu, kembalilah anda menjadi rakyat marhaen ...

LAWAN TETAP LAWAN


2 ADUN PKR Perak letak jawatan.

PETALING JAYA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang didakwa hilang sejak lima hari lalu, meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini.


Ia dinyatakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh sebentar tadi.


Speaker akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya secara rasmi esok.


Kedua-dua ADUN berkenaan ialah Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering).



perak majority slim 300109Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, pula pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.


Sebelum ini kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini.


Pakatan Rakyat mempunyai 32 anggota Dewan Undangan Negeri termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai PKR minggu lepas manakala BN dianggotai 27 wakil dan walaupun dua Adun PKR berkenaan keluar, kerajaan negeri masih mempunyai majoriti satu kerusi.


Pilihanraya akan diadakan dalam masa terdekat…

Tamat sudah lakonan dua ekor katak ini…



PEMECAH BERITA !!!!PILIHAN RAYA KECIL - DUA ADUN PERAK BERHENTI

perak-11Dua ahli dewan undangan Perak - Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu yang diberitakan kini berada di Pekan, Pahang akan berhenti.


Surat berhenti dari menjadi wakil rakyat telah mereka tanda tangani ketika mereka mendapat mandat dari rakyat untuk menjadi wakil rakyat di kawasan masing-masing pada bulan March lalu.


Surat berhenti ini ada di dalam simpanan kerajaan Perak.


Pilihanraya Kecil akan diadakan di kedua-dua tempat ini untuk menggantikan kerusi yang telah di kosongkan.


Jika berlaku pembubaran DUN Perak dan pilihanraya diadakan semula,peluang Pakatan Rakyat untuk memerintah negara semakin cerah.


Keputusan Pilihanraya di Perak akan menjadi model dan ikutan kepada rakyat di Sarawak yang juga berdepan dengan pilihanraya DUN Sarawak.


Jika Pakatan Rakyat menang besar di kedua-dua negeri ini,petanda Najib dan Pak Lah bukan sahaja berdepan aib besar tetapi juga tidak mampu menghalang lagi kebanjiran wakil rakyat BN melompat menyertai Pakatan Rakyat.

Contohnya di Sarawak,MPnya hampir pasti melompat menyertai Pakatan Rakyat jika kesemua DUN di bawah parlimennya dimenangi Pakatan Rakyat.


Nampaknya regim UMNO-BN semakin menuju ke zaman kepupusannya.Halatuju kita ke Putrajaya dengan harapan baru semakin hampir dan menjadi mimpi ngeri kepada Pak Lah dan Najib.


Serahkan semula mandat kepada rakyat Perak untuk menentukan kepimpinan yang bakal menerajui Perak.


Pilihanraya kecil parlimen Pensiangan dan pilihanraya DUN Sarawak akan menjadi faktor penentu kejatuhan pemerintahan regim BN di negara ini.


InsyaAllah Pakatan Rakyat akan berjaya di Perak,Pensiangan dan Sarawak.


Pemecatan Imam Ramlang Porigi yang berasal dari Sabah akan menaikkan semangat seluruh kakitangan awam dan rakyat sabah lebih gigih mendokong perjuangan Pakatan Rakyat.


Kelak,UMNO akan hanya tinggal dalam lipatan sejarah dan dimuziumkan.Untuk mengelak daripada dilupakan oleh generasi akan datang,eloklah kita tukar nama rasuah kepada UMNO.


Tentu ramai yang bersetuju…….



Kontroversi: Alkisah, Sumpah Mubahalah Saiful Bukhari, Akhirnya Imam Ramlang Porigi Menjadi Mangsa Dan Kemudiannya Dipecat Oleh JAKIM !!

KUALA LUMPUR - Dia anak muda yang tidak punya apa-apa. Dia lelaki yang hanya inginkan keredhaan Allah dan membahagiakan keluarganya-isteri dan tiga cahaya mata, seorang puteri dan dua orang putera. Anak-anaknya masih kecil yang sulung masih belum mencapai umur persekolahan.


Seumur hidupnya tidak pernah terfikir untuk menjadi terkenal apatah lagi mengundang kontroversi. Anak muda ini sekadar ingin hidup sederhana sambil menunaikan amanah sebagai seorang imam. Sebagai lulusan sekolah agama di Penanti, beliau layak sebenarnya untuk melanjutkan pelajaran agama ke Timur Tengah.


Bukankah setiap anak pondok bercita-cita melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah yang sudah menjadi semacam destinasi wajib. Cuma dia tidak berkesempatan, tuntutan hidup yang jauh dari mewah tidak memungkinkah dia ke sana. Apabila ada lowongan kerjaya sebagai Imam di bawah JAKIM, beliau melamarnya dan dengan penuh kesyukuran beliau dilantik menjadi Imam di Masjid Wilayah Persekutuan yang tersergam indah. Selain sebagai Imam, anak muda ini diamanahkan menjadi Ketua Amil, Jurunikah dan penyelia jenazah yang kesemuanya dilaksanakan dengan amanah dan dedikasi.


Semua tugas sampingan ini selain darpada menjadi tanggungjawab juga dapat menambah pendapatannya disamping elaun sebagai Imam Hafiz. Masa terluang tidak disia-siakan,demi mengejar cita-cita menambah ilmu dan untuk masa depan beliau mengikuti pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang syariah dibawah program Pengajian Jarak Jauh.



[Anak muda ini ialah Ramlang bin Porigi. Ada darah Bugis mengalir di urat nadinya. Anak kelahiran Sandakan ini dibawa berhijrah ke Pulau Pinang dalam usia belasan tahun dan terus menekuni ilmu agama di Penanti. Namun kehidupan Ramlang tiba-tiba berubah.


Semuanya gara-gara kebiadapan dan kebuasan pemimpin negara. Segala-galanya berubah apabila ada petinggi agama yang sanggup menggadai maruah dan agama untuk tunduk kepada kehendak pemimpin negara yang bankrup moral. Ikuti rentetan perjalanan sebenar
kisah Imam Ramlang di Sini


Pakatan Rakyat Perak sedia kembalikan kuasa kepada rakyat - Anwar

anwarKerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak masih stabil dan semua wakil rakyat PKR menyokong penuh kepemimpinan Datuk Seri Nizar Jamaluddin dalam menangani kemelut politik yang dicetuskan oleh UMNO dan Barisan Nasional.


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan negeri PR juga bersedia untuk kembali kepada rakyat jika perlu bagi mengatasi permainan politik UMNO.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas spekulasi kencang bahawa ADUN PKR Behrang Jamaluddin Mat Radzi and Osman Jailu, wakil rakyat Changkat Jering, sudah menyertai BN.


Kedua-dua ADUN itu dikhuatiri termakan dengan gula-gula yang ditawarkan oleh UMNO, khususnya janji membebaskan mereka daripada tuduhan rasuah sekiranya dua wakil rakyat itu menyertai UMNO.


Perbicaraan mereka dijadualkan bermula 10 Febuari ini.


Jamaluddin dan Osman didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah sebagai menerima sogokan berhubung sebuah projek perumahan di Bandar Seri Iskandar.


Mereka mengaku tidak bersalah dan mendakwa tuduhan itu mempunyai motif politik untuk melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat.


Pakatan Rakyat mempunyai 32 kerusi di Dewan Undangan Negeri Perak berbanding 27 untuk BN.


Jika UMNO berjaya memancing dua ADUN PKR itu, BN akan mempunyai 29 kerusi, kurang satu berbanding Pakatan Rakyat.


Bercakap kepada pemberita selepas berjumpa dengan beberapa wakil rakyat PKR dari Perak, Anwar berkata semua wakil rakyat parti itu menyokong penuh kepemimpinan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.


Beliau berkata Pakatan Rakyat juga bersedia untuk kembali mendapatkan mandat rakyat sekiranya perlu.


UMNO kini dalam keadaan terdesak. Najib Razak terpaksa mengambil alih kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional Perak berikutan perletakkan jawatan Tajol Rosli Jumaat lalu.


Tajol berbuat demikian setelah ADUN UMNO Bota Datuk Nasaruddin Hashim bertindak keluar dari UMNO untuk menyertai PKR.


Berikutan itu, UMNO dikata melancarkan usaha-usaha terdesak untuk memancing wakil rakyat Pakatan Rakyat menyertai parti itu.


Jamaluddin dan Osman yang menghadapi tuduhan rasuah dikatakan menjadi sasaran utama UMNO.




MB Perak kecam usaha ganggu gugat 2 Exco, syaki kerja jahat UMNO dan BN.

Gambar terbaru : ADUN Bota, Dato' Nasaruddin (berbaju batik) bergambar bersama ADUN Titi Serong, Selingsing dan Ust. Ahmad Awang.


mb-perak

IPOH, 1 Februari :- Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat bersama ADUN Kerajaan pada hari ini adalah dengan tujuan membincangkan mengenai 2 Exco yang telah digelapkan, dighaibkan oleh pihak tertentu dan kita mensyaki ini adalah kerja jahat UMNO dan BN. Demikian antara kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin selepas mesyuarat tersebut di Kediaman Menteri Besar di sini.

"Usaha menghubungi mereka sehingga pagi ini gagal dan kita mengecam segala usaha menganggu gugat Exco dan pentadbiran Kerajaan Negeri" kata Nizar.

Menjawab pertanyaan apa langkah yang akan dimbil kerajaan bila terbukti mereka melompat, Ir. Nizar mengesahkan telah membuat persiapan yang akan dilakukan mengikut peraturan dan ketetapan yang ada.

Menteri Perak itu juga mengumumkan dalam kenyataan nya bahawa seluruh ADUN Pakatan Rakyat termasuk Adun Bota Dato' Nasaruddin Hashim walau apa pun berlaku akan komited mempertahankan kerajaan.

"Seluruh ADUN komited pertahan kerajaan, kita masih kekal dan kuat" Tegas Ir. Nizar.

"Ini adalah satu penganiayaan oleh BN kepada rakyat Perak kerana menyembunyikan mereka.

Beliau juga menjelaskan tidak mahu mendedahkan persediaan yang dibuat apabila terdapat pengesahan 2 Exco telah melompat. Namun jelasnya semua adalah mengikut kuasa undang-undang yang ada.

Ditanya mengenai Laporan Polis, Ir. Nizar menjelas perkara itu perlu dirujuk kepada keluarga, dan setakat ini keluarga pihak berkenaan belum membuat laporan polis.

Mengenai kenyataan Dato' Nasa yang sanggup mengosongkan kerusi DUN Bota untuk diadakan pilihanraya kecil, Ir. Mengatakan Dato' Nasa sekarang adalah dibawah Pakatan Rakyat, dan kita perlu kaji .

Menteri Besar juga mengesahkan tidak ada lagi ADUN Pakatan Rakyat yang akan melompat, sebaliknya terdapat minimum 3 ADUN BN akan melompat ke Pakatan Rakyat.

Menjawab pertanyaan adakah diketahui dimana mereka berada, Ir. berkata "itu kena tanya pemimpin BN".

Kenyataan akhbar itu dihadiri sama oleh Exco kerajaan Negeri, ADUN-ADUN dan pemimpin tertinggi parti PAS, DAP dan PKR.

ADUN Bota, Dato' Nasharuddin Hashim kelihatan sampai lebih awal di Kediaman Menteri Besar pada jam 8.50 pagi dan menjawab teka teki dan rumus yang tidak bertanggung jawab mengenainya.



Sah! Dua Exco PKR Perak Berada Di rumah Najib

Berita Panas, Info Terkini Sahkan Dua Exco PKR Perak Kini Dipercayai Berada Di Rumah Najib Razak Dekat Pekan Sekarang Ini !

PEKAN - Berita terkini yang pasti menggemparkan baru kami terima sebentar tadi. Sungguh mendebarkan nampaknya kerana ia berkaitan dengan kehilangan dua orang Exco PKR dari Perak sejak empat hari yang lalu. Kami mendapat maklumat kini mereka berdua sedang berada di rumah Timbalan Perdana Menteri Dato’ Najib Razak di Pekan Pahang. Najib khabarnya sedang memujuk kedua-dua exco terbabit iaitu Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jamlu untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam ini juga.


Kami difahamkan kini rumah Najib sedang dikawal ketat oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Mungkin ia bagi menggelakkan berlakunya insiden yang tidak diingini dan Najib mahu perbincangan membawa Exco PKR terbabit berjalan dengan lancar dan teratur agaknya. Tambah mengejutkan kami juga mendapat maklumat langsung dari rumah Najib sekarang ini bahawa terdapat juga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada di sini sekarang ini. Apa ke jadah sebenarnya mereka ini berada di rumah Najib Razak malam-malam buta begini !! .


Ini bermakna mereka sengaja mahu menggertak dua Exco PKR terbabit jika tidak mahu masuk UMNO dan tinggalkan PKR maka kes rasuah mereka akan diteruskan dan mereka bakal berhadapan dengan tindakan keras bahkan boleh dipenjarakan jika disabitkan dengan kesalahan. Namun, kami agak hairan dan musykil dengan senario ini sebenarnya. Sesuatu yang amat mendukacitakan jika Najib meneruskan usaha dan cara “politik baru”nya ini.


Ternyata ia amat berbahaya dan perlu dielakkan demi perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Kami juga difahamkan ketika ini rumah kediaman ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim juga sedang dikawal ketat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak. Mereka sedang mengepung rumah ADUN terbabit kerana khuatir beliau juga akan diculik sama seperti apa yang berlaku kepada dua Exco PKR itu. Keadaan sungguh tegang ketika ini dan ia sudah pasti akan menimbulkan satu suasana yang tidak harmoni.


Dengan berita terbaru ini maka kini fahamlah kita kenapa Najib diangkat menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak yang baru bagi menggantikan Tajol Rosli. Mungkin kerana Najib nampak hanya beliau sahaja yang boleh melaksanakan misi untuk merampas Perak dari Pakatan Rakyat dengan apa jua sekali pun. Maka itu kita harus sama-sama berdoa dan mengharapan agar dengan perkembangan ini Kerajaan Negeri Perak tidak akan tumbang. Malah kita juga berharap agar inilah masanya Ahli Parlimen BN yang selama ini takut-takut untuk melompat parti supaya berbuat demikian demi masa depan rakyat.


Jangan gadaikan lagi maruah dan masa depan negara kepada orang seperti Najib Razak yang sebenarnya langsung tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dengan kehadiran pegawai SPRM ke rumah Najib malam ini maka ia mengesahkan lagi bahawa beliaulah yang bertanggungjawab untuk memancung orang-orang Kairy Jamaluddin seperti Wan Farid, Norza Zakaria, Ismail Sabri Yaakob, Saifuddin Abdullah dan ramai lagi di Pahang baru-baru ini sebenarnya.




Ugut, fitnah dan sekarang ... menculik


Ugut mengugut, bunuh berbunuh dan letup meletup, bakal menjadi satu budaya baru di dalam politik negara. Selamat datang !!! Kalau itulah budaya yang di sokong rakyat .... silakan.

Malam tadi kita kecoh dengan kes kehilangan 2 ADUN yang sudah lesap tanpa berita selama 4 hari. Keluarga mereka sendiri pun tidak tahu kemana pergi nya suami, ayah, adun, yb mereka.

Yang menarik ... siapa yang sedang berusaha untuk mencari mangsa culik ini? Kita boleh agak siapa yang terlibat namun alangkan baiknya kalau Kerajaan negeri Perak membuat laporan polis kerana kehilangan ADUN mereka. Serius mana kah pihak berkuasa untuk mencari mangsa mangsa culik tersebut? Buat dulu, baru tahu.

Itu kesah ADUN, dan dulu cerita kehilangan Altantuya yang di culik dan di letupkan di dalam hutan pinggiran di Bukit Cerakah, Shah Alam. Selepas tulang temulang di temui, kita di beritahu terdapat juga 2 atau 3 lagi tulang dari mangsa yang berlainan turut di temui. Tapi di sebabkan perbicaraan itu adalah tentang Altantuya, maka tiada siapa yang berminat untuk mengetahui bangkai siapakah yang lain itu. Mungkin bangkai baru atau lama, kita tak tahu. Persoalannya .. adakah budaya itu sudah berlaku sejak lama atau hanya baru baru ini.

Tiada lama kemudian Penyiasat persendirian yang membuat akuan bersumpah tentang kaitan seorang VIP yang mempunyai hubungan dengan pemilik tulang yang hancur berkecai di Bukit Cerakah turut hilang. Bukan dia seorang, tapi seluruh keluarga. Sehingga sekarang masih tidak ditemui malah khabar beritanya pun sudah tidak kedengaran. Ya MR. BALA.

Ada yang kata, dia berada di Thailand dan ada pula yang kita mereka berada di Bukit Tinggi, Pahang. Tapi di mana dia sekarang? Juga tiada usaha bersungguh sungguh untuk mengembalikan mangsa culik itu serta dedahkan identiti penculik berkenaan.

Hari ini, 2 ADUN di culik lagi ......

Budaya politik culik menculik sudah bermula ...
Berdoa agar anak, bini, suami, pakcik dan saudara-mara kalian tidak diculik di hari hari mendatang.

Kita sudah semakin hampir dengan budaya politik culik menculik. Sedikit masa lagi, dimana pun anda berada, tiada di jaminan untuk kekal selamat. Anda mungkin boleh diculik ketika berada di pejabat, rumah, di tepi jalan, di parkir kereta, di pusat membeli belah, di Dewan Parlimen, di Surau, di Masjid, di Lapangan terbang dan di mana mana.

Hanya ada satu nama dikaitkan dengan 3 insiden culik di atas.
Maka Awas !!! .... anda mungkin akan merasai fenomena kehidupan seperti yang berlaku di Mexico atau mana mana negara Amerika Latin.


Harga gula: Punca daripada Menteri Rambut Putih @ Menteri 10sen

Suatu ketika dulu saya cukup admirer dengan menteri ini. Tetapi hari demi hari tanggapan saya terhadap beliau kini berubah. Mulanya berdebat dengan YB Salahuddin pasal harga minyak yang dinaikkan mendadak. Hujah-hujah yang diberikan oleh YB Menteri itu sampai sekarang saya tidak boleh terima. Akhirnya semua orang sudah maklum mengenai perihal minyak sekarang tetapi YB Menteri ini masih tidak yakin dengan apapun keputusan yang dibuatnya. Misalnya suatu ketika dia kata harga petrol akan ikut harga pasaran , tetapi apabila harga minyak merudum dia tidak mematuhi keputusannya sendiri. Kini beliau memberitahu harga minyak akan diturunkan hanya apabila melepasi bawah US40?..Lantak hanglah!!!!

Terkini dia mengumumkan bahawa harga gula akan naik selepas kontrak bekalan tamat. Saya nak tanya apakah mesti harga suatu barangan kontrak akan naik apabila kontrak tamat? Tidak mungkinkah ia akan turun? Hukum apakah yang digunakan untuk menjustifikasikan hal demikian? Yang menghairankan semenjak dia mengumumkan berita itu bekalan gula di pasaran tiada masalah walaupun musim perayaan besar Tahun Baru Cina. Saya percaya keadaan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bekalan gula. Peniaga yang tamak sudah pasti akan mengambil kesempatan menyorok gula dan kesannya akan dirasai oleh pengguna lain. Maka bermulalah perang harga makanan dan minuman. Begitulah geliganya Menteri Rambut Putih mengepalai Kementeriannya. Kalau ya pun janganlah dok umum lagi...tunggulah bila sampai masanya. Tak lah jadi kalut semua orang.



Kenyataan akhbar isu 2 Exco.

Kenyataan ini saya keluarkan sebagai usaha untuk meredakan semua rakyat Malaysia khususnya Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang sedang menunggu berita mengenai 2 Exco PKR yang diandaikan dengan berbagai berita dan rumus melalui SMS dan sebagainya.

Sebagaimana yang disahkan oleh YAB Menteri Besar Perak dan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri dengan ini saya juga sebagai Pengerusi kelab Penyokong Kerajaan mengesahkan memang sampai saat ini 2 orang Exco dari PKR itu tidak dapat dihubungi .

Namun begitu saya juga mengesahkan sehingga saat ini kesemua ahli kerajaan tidak ada yang melompat kepada Barisan nasional. Termasuklah kedua-dua exco yang tidak dapat dihubungi.

Saya sangat yakin dengan kesemua Ahli Kelab Penyokong Kerajaan.

Saya juga mengakui terdapat usaha jahat dari pihak tertentu untuk menarik ahli-ahli kerajaan untuk melompat dengan tawaran tertentu.

Namun saya yakin mereka tidak akan termakan dengan janji-janji manis dan pembohongan dari pihak tersebut, dan saya masih beranggapan baik kepada 2 exco yang terlibat dan berharap mereka memikirkan semasak-masaknya apa saja keputusan yang akan diambil.

Harapan saya mereka dapat dihubungi dan mereka diberikan hak untuk mendengar nasihat dari kami, dan seandainya benar ada pihak yang menghalang hasratnya untuk berhubung dengan pimpinan PKR , perkara ini amat dikesali.

Satu pertemuan penting kesemua ADUN Pakatan Rakyat akan diadakan di IPOH pada pagi ini, setelah itu berkemungkinan akan ada pengumuman penting yang akan di keluarkan oleh YAB Menteri Besar.

Drs. Khalil Idham Lim,
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak.


Kepada seluruh pencinta keadilan dan keamanan khususnya umat islam teruskan berdoa dan banyakkan solat hajat untuk memastikan Allah menyelamatkan kerajaan negeri Perak.Najib akan melakukan apa sahaja untuk memastikan UMNO BN merampas kembali Negri Perak walaupun secara yang tidak bermaruah.


Buat masa ini Allah telah menyelamatkan keadaan walaupun perancangan mereka hampir berjaya dengan hilangnya dua Exco Negeri Perak dan dikatakan bila-bila masa akan mengumumkan keluar dari PR untuk menyertai BN.Mereka memerlukan 2 ADUN lagi untuk menubuhkan kerajaan tetapi Allah telah membuka hati ADUN Bota untuk menyertai PKR.inilah berkat doa-doa dari muslimin-muslimat yang ikhlas dalam menegakkan kebenaran dan keadilan.


Justeru itu teruskan bermunajat kepada Allah.Setiap Negeri, Kawasan,cawangan dan dimana sahaja Masjid atau surau anjurkan solat hajat, bacaan yassin dan berdoa agar allah tutup segala perancangan jahat UMNO BN.
Mudah-mudahan Allah membuka hati dua Exco Negeri Perak dan setiap Adun di negeri Perak agar tidak terpengaruh dengan habuan dunia yang dijanjikan oleh BN.
insyaallah ketika ini kerajaan Negeri Perak Masih dalam genggaman Pakatan Rakyat.

Video Ceramah Dato’ Nasa Di Stadium Bakri Rais






PAS Rayakan Kemenangan Pakatan Rakyat Dengan Jamuan Kesyukuran

http://buletinonline.net/images/stories/berita/wahidlayantetamu.jpg
Kuala Terengganu - Lima ekor kerbau dan tiga ekor lembu telah di jadikan lauk untuk jamuan kesyukuran PAS Terengganu sempena kemenangan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.


Jamuan Kesyukuran yang telah diadakan di perkarangan pejabat Perhubungan PAS Terengganu, di Jalan Sultan Omar disini, semalam, telah dihadiri tidak kurang dari 8000 orang dari pelbagai peringkat dalam tempoh lima jam.

http://buletinonline.net/images/stories/berita/CPajamuankesyukuran.JPGPesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera parti, penyokong dan pendokong terutama para pengundi di Kuala Terengganu.

Katanya, kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil tersebut merupakan satu amanah dan mandat rakyat.

“Saya bagi pihak PAS Terengganu merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada calon kita (PAS) dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

“Ini suatu amanah dan mandat rakyat, dan diharapkan dapat kekal hingga pilihan raya umum akan datang,” ujarnya dalam ucapan ringkas pada majlis tersebut.

Menurutnya, kemenangan tersebut adalah milik bersama Pakatan Rakyat dalam satu perjuangan membawa perubahan yang lebih besar dimasa akan datang.

http://buletinonline.net/images/stories/berita/wahidlayantetamu1.jpgAhli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata kemenangannya dalam pilihan raya kecil tersebut hasil perpaduan yang erat dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP masing-masing mempunyai peranan dalam usaha mencapai kemenangan tersebut.

“Saya tidak anggap itu kemenangan saya seorang tetapi kemenangan hasil perpaduan yang erat kita dalam kerjasama Pakatan Rakyat ini.

“Kita (Pakatan Rakyat) semua ada peranan masing-masing dan saya berjanji akan membawa suara rakyat di Parlimen akan datang ini,” jelasnya.

Pengerusi Perhubungan Parti KeADILan Rakyat (PKR) Terengganu, Wan Rahim Wan Hamzah berkata PKR Terengganu turun ‘padang’ membantu PAS dalam pilihan raya kecil P036 seolah-olah calon KeADILan yang bertanding.

“Kami (PKR) tidak merasakan pilihan raya kecil ini calon PAS sahaja yang bertanding tetapi kami bekerja seperti calon KeADILan yang bertanding,” ujarnya.
http://buletinonline.net/images/stories/berita/farizjamuankesyukuran.JPG
Katanya, jika kerjasama dan perpaduan ini dapat dikekalkan tidak mustahil jalan ke Putrajaya semakin hampir dan dekat.

Menurutnya, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 menjadi medan dan peluang terbaik bagi Pakatan Rakyat menerajui kerajaan Malaysia akan datang.

Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu, Fariz Musa berpuas hati dengan kemenangan calon PAS dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.

“Saya rasa puas hati dengan kemenangan ini dan dianggap ‘berbaloi’ meski pun pernah ditahan polis sehari sebelum hari penamaan calon.

“Pertama, Saya dan rakan-rakan Skuad AMK ditahan polis kerana kesalahan menampal poster wanita Monggolia mendiang Altantunya. Kedua, laporan polis AMK dan PAS membawa kepada perletakkan jawatan Pengurus Pilihan Raya Kecil kerana berkempen bagi calon BN secara terbuka,” jelasnya.
http://buletinonline.net/images/stories/berita/chaihinghanafiahjamuankesyukuran.JPG
Menurutnya, pihak AMK akan mempastikan kemenangan ini berterusan hingga menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Parti DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing menyifatkan kemenangan PAS itu sebagai suatu tsunami politik baru yang melanda Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, rakyat mahukan perubahan dan terbukti calon BN ditolak oleh para pengundi di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

“Rakyat hari ini mahukan perubahan dan calon BN telah ditolak oleh rakyat di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

“Kemenangan PAS itu menjadi suatu tsunami politik yang melanda Umno-Barisan Nasional,” ujarnya.

Menurutnya, masyarakat tionghua di Kuala Terengganu juga mahukan perubahan dan diharapkan lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang.




Dua Exco Kerajaan Perak jumpa Najib di Pekan?


Masih menjadi tandatanya? Ke manakah mereka dan benarkah Najib Tun Razak sudah menawarkan habuan yang lumayan?


WEB Malaysiakini melaporkan perkembangan terbaharu tentang desas-desus dua Exco Kerajaan Perak mahu melompat ke BN: SEJAK beberapa hari lalu, dua exco kerajaan Perak daripada PKR mencetuskan pelbagai spekulasi akan menyertai BN susulan tindakan wakil rakyat Bota, Datuk Nasharuddin Hashim meninggalkan Umno hujung minggu lepas.

Petang ini, desas-desus mula bertiup kencang bahawa kedua-duanya Jamaluddin Mat Radzi (foto, kiri) dan Osman Jailu berada di Pekan, Pahang dalam usaha berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak di kediamannya.



Malaysiakini melaporkan PKR sedang memantau dengan dekat perkembangan dua exconya ini, termasuk kemungkinan berada di Pekan setelah kedua-duanya gagal dihubungi oleh pemimpin negeri, parti dan keluarga mereka sendiri sejak empat hari lalu.Difahamkan parti itu sudah mendapat maklumat bahawa kedua-duanya "berkemungkinan besar" bersetuju meninggalkan parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Sumber-sumber parti itu memberitahu, BN paling cepat melalui Mohd Najib sendiri akan mengumumkan perkembangan mendebarkan ini esok - setelah ura-ura berbuat demikian petang tadi tidak berhasil.

Bagaimana pun sumber-sumber itu tidak dapat memastikan sama ada mereka berdua betul-betul berada di Pekan atau masih di Ipoh. Seorang wakil rakyat PKR di Kedah juga dalam usaha didekati untuk melompat kepada BN.

Sementara itu PKR Perak mendakwa Mohd Najib sedang berunding dengan mereka agar menyertai BN, termasuk untuk menggugurkan kes rasuah terhadap mereka yang ditahan Ogos tahun lalu.

"Kami percaya kehilangan mereka ada hubungan rapat dengan pertuduhan kes rasuah yang sedang mereka hadapi dan perbicaraan kes tersebut akan bermula pada 10 Februari," kata pengerusi perhubungannya Osman Abdul Rahman dalam satu kenyataan lewat petang ini.

"Kami percaya ada usaha-usaha oleh BN untuk memujuk kedua-dua exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Najib, termasuk menggugurkan kes rasuah mereka. "Osman menambah, beliau yakin pertuduhan terhadap kedua-dua exco Perak itu "palsu yang direka cipta oleh Umno dan BN sebagai satu ugutan politik."Jika Jamaluddin dan Osman sah meninggalkan PKR, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan mentadbir dengan kelebihan satu kerusi - setelah mengambil kira penyertaan Nasharuddin. BN buat masa sekarang menguasai 27 kerusi, sementara Pakatan Rakyat 32, termasuk lapan PKR dan 18 DAP

Misi Rahsia Tersirat Atas Perlantikan Dato' Najib Razak Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak Yang Baru



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .