Ikuti Blog ini
[Video & Bergambar] Isu Bapa Kafir: Kemarahan Merebak Ke Pulau Pinang , at 19.5.12,
Pulau Pinang: Kemarahan terhadap akhbar Umno, New Strait Times (NST) ekoran tindakannya menuduh Mursyidul Am PAS sebagai 'Bapak Kafir' merebak ke Pulau Pinang pula.
Semalam Dewan Ulamak dan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mengadakan demonstrasi dan 'sanggup ke titisan darah terakhir' untuk mempertahankan maruah ulamak daripada dipermainkan oleh golongan yang jahil tentang agama.
Kata-kata perangsang diluahkan pimpinan kedua-dua sayap PAS di Pulau Pinang itu ketika berdemontrasi secara aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus, Permatang Pauh selepas solat Jumaat tengahari semalam.
Antara yang berucap ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuden, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Zakaria Hamzah.
Turut serta adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ust Hasbul Nizal Zakaria, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Mohd Redwan Ramli, Timbalan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Shafirol Rozali, Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh, Jamsari Samad serta Ketua PAS Cawangan Guar Perahu, Ustaz Abu Bakar Bakalani.
Kesemua nada ucapan serentak kesal dengan akhbar NST dan mantan Ketua Polis Negara, Rahim Noor yang melapur dan mengeluarkan kenyataan yang begitu biadap dan tidak bertamadhun.
Kerajaan negeri Kelantan telah menghantar notis kepada NST dan Rahim agar memohon maaf dan membayar gantirugi. Namun selepas tamat masa yang diberikan, NST tidak berbuat apa-apa menyebabkan mereka mengambil keputusan akan memfailkan saman itu di mahkamah minggu depa ini.
Biadab
"Kita mahu NST dan Rahim Noor segera minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kenyataan yang amat biadap dan memalukan.
"Sampai sekarang NST dan Rahim Noor tidak memohon maaf dan ini menunjukan ada dalang yang melindungi mereka, " tegas Ustaz Soid Mohd Amin ketika memulakan ucapan di pentas menggunakan lori berwarna hijau di perkarangan masjid itu.
Menurutnya, mereka tidak langsung menghormati maruah ulamak sehingga sanggup memperlekehkan institusi berkenaan dengan hina sekali.
Akhbar yang menyiarkannya terlebih bersalah sebab ini bukan perkara baru NST melakukanya bahkan pernah beberapa kali menyiarkan kenyataan yang menghina Islam.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hasbul Nizal Zakaria pula membidas peranan mufti kerana tidak pantas mengeluarkan fatwa tentang penghinaan terhadap Nik Aziz sebaliknya bertindak cepat apabila sesuatu isu yang ada kepentingan dengan Umno dan Barisan Nasinal (BN).
"Mana dia mufti bila bertembung isu itu. Tentang Bersih mereka begitu cepat bertindak nampak sangat mereka bertindak tidak adil, " tegasnya.
Seramai 200 orang berkumpul selama sejam tanpa ada apa-apa gangguan polis bagi menyuarakan pandangan serta luahan hati kepimpinan yang begitu prihatin apabila institusi ulamak dipermainkan.
Semalam dua demontrasi diadakan serentak iaitu sebelah tanah besar di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh manakala sebelah pulau di Masjid Hashim Yahya, Jalan Perak, Pulau Pinang.
Alhamdulillah, berbondong-bondong sertai PAS - Abd Hadi , at 19.5.12,
KUALA
TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
mengucapkan syukur dengan perkembangan yang berlaku dalam PAS sekarang.
Ketika PAS dituduh dengan pelbagai tohmahan, "berbondong-bondong cerdik pandai datang untuk kita, Alhamdulillah," kata beliau dalam Facebooknya.
Beliau yang dijadualkan berceramah di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Batu Kurau, Perak esok dijangka akan menyambut berita gembira di majlis itu.
"Saya telah diberi faham bahawa majlis ini adalah majlis pengisytiharan bekas orang no 3 dalam pasukan polis untuk menyertai PAS," tulis beliau lagi.
Seorang bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM iaitu orang nombor 3 dalam pasukan polis dijangka akan menyerahkan borang menyertai PAS kepada beliau dalam ceramah itu malam esok.
Bekas pegawai kanan polis itu merupakan anak kelahiran Pantai Besar, Larut dan pernah menyandang beberapa jawatan dalam pasukan polis.
Antaranya, Timbalan Pengarah Logistik PDRM, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Sarawak, Timbalan Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Daerah Pasir Putih Kelantan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Timbalan OCPD Sentul.
Bekas orang nombor tiga dalam PDRM itu baru sahaja bersara dari profesion polis kira-kira dua tahun yang lalu.
Dalam suasana rakyat sedang bertikam lidah dengan PDRM selepas himpunan Bersih 3.0 lalu, kesediaan beliau menyertai PAS sekali gus menolak persepsi PAS bermusuhan dengan polis.
Ketika dalam tugasnya, beliau terkenal sebagai pegawai kanan polis yang berusaha membanteras maksiat termasuk ketika beliau menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. -Hrkh

Stadium Bukit Jalil DiGEGARkan Oleh Tuntutan Royalti Sempena Final Piala FA , at 19.5.12,
Annuar
menandatangan sebagai tanda sokongan hak royalti minyak kepada rakyat
kelantan di luar stadium bukit jalil sebentar tadi!
Gomo Kelantan Gomo!
Gomo Kelantan Gomo!
Kuala Lumpur: Sempena aksi final Piala FA antara Kelantan dengan Sime Darby malam ini, NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) mengadakan kempen mengumpul tandatangan di Stadium Bukit Jalil hari ini.
Gambar: Tandatangan rakyat Kelantan minta kembalikan hak royalti minyak Kelantan "didaratkan" di Perkarangan Dataran Stadium Bukit Jalil.
Setiausahanya, Muhammad Hishammuddin Ghazali berkata, kempen tersebut sudah bermula sejak malam tadi dan akan berterusan sehingga malam ini.
"Kita mahu mengumpul sekurang-kurangnya 20,000 tandatangan sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan negeri menuntut hak royalti negeri itu," katanya kepada Harakahdaily.
Selain tandatangan, pihak Gegar juga katanya akan mengadakan persembahan dikir royalti dan puisi royalti secara spontan di perkarangan stadium tengah hari ini.
Mereka juga turut membuka khemah khas Royalti Minyak sebagai simbolik kempen mereka.
Serentak itu juga, satu lagi NGO bersama mereka iaitu Gerakan Rakyat Boikot Petronas turut menganjurkan kempen serupa.
Gerakan itu antara lain mahu rakyat khususnya Kelantan untuk memboikot Petronas selagi tidak membayar wang royalti kepada Kelantan.
"Kita juga akan edarkan 10,000 pelekat 'huruf R' yang berwarna merah sebagai tanda menuntut royalti dan pelekat boikot Petronas," kata Hishammuddin lagi.
Kempen serupa sebenarnya pernah dibuat Gegar pada aksi final Piala FA 2011 lalu ketika Kelantan bertemu Terengganu di stadium sama.
Sebagai kemuncak malam ini, mereka akan menaikkan kain rentang gergasi menuntut royalti. -HD
Piala FA: Penyokong Kelantan tiba di Bukit Jalil
(Sebahagian penyokong Kelantan yang tiba di Stadium Bukit Jalil pagi ini)
KUALA LUMPUR: Ribuan penyokong Kelantan mula tiba di ibu negara sejak awal pagi tadi bagi menyaksikan pasukan negeri mereka menentang Sime Darby pada aksi final Piala FA malam ini.
Biarpun wisel permulaan dijangka hanya akan dibunyikan tepat jam 8.45 malam, namun sebahagian penyokong skuad 'The Red Warriors' itu sudah mula berkampung di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sejak awal pagi.
Kebanyakan mereka yang tiba pagi ini adalah yang menaiki bas sewa khas yang bertolak dari Kelantan malam tadi.
Dijangkakan seramai 50,000 penyokong 'The Red Warriors' dijangka hadir menyaksikan perlawanan penuh bersejarah malam ini, manakala sekurang-kurangnya 15,000 dari Sime Darby atau 'Giant Killer'.
Turut berangkat meyaksikan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini adalah Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra.
Bagi kerajaan negeri pula akan diwakili Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato Ahmad Yakub serta Exco Datuk Abdul Fatah Mahmood.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa yang kini dalam penggantungan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), juga mengesahkan akan hadir.
Beliau yang juga Timbalan Presiden FAM sebelum ini menegaskan, beliau tetap akan hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai "penyokong biasa". -HD
Johan RajaLawak Kantoii..Gara-gara Terlebih "Jilat".. , at 19.5.12,
Hebatnya SMS "boikot" penyokong Pakatan Rakyat. Biarpun persembahan Beruang Comel dikatakan hebat,, akhirnya mereka tewas juga setiap minggu gara2 undi SMS yang tidak memihak kepada kumpulan mereka.
Itulah akibatnya apabila terover menjilat kera jaaan dengan "mengutuk" himpunan rakyat "Bersih 3.0",lu sapa beb.??.cari makan mengharapkan sokongan penonton yang terdiri daripada pelbagai aliran politik,lu buat bodoh udah lah..ini nak tunjuk lebihan bodek oleh "Johan" maka kumpulan ini terasa "tempiasnya"?..
Nampaknya dah 3 minggu kumpulan ini tidak dihiraukan oleh pengundi yang menonton rancangan ini..kuah3..Sapa sokong Umno..Hidup pasti meranaaa..
'Dakwa polis di mahkamah hanya pertunjukan' , at 19.5.12,
Menurutnya, lebih ramai polis sepatutnya didakwa berdasarkan jumlah peserta yang tampil ke depan memberi keterangan dan membuat laporan polis.
"Saya rasa tidak cukup. Apabila kita dengar cerita daripada mereka kita tahu ada lebih daripada dua orang anggota polis yang sepatutnya didakwa.
"Ini bukan keadilan. Ini satu pertunjukan cubaan gubahan imej polis semata-mata," katanya.
Dua anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam atas tuduhan mencederakan jurugambar Guang Ming Daily, Wong Kin Onn sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.
Mohd Khairul Asri Mohd Sobri dan Shahrul Niza Abd Jalil didakwa bawah Seksyen 350 Kanun Keseksaan kerana menggunakan keganasan jenayah terhadap Wong.
Berdasarkan keterangan mereka yang mendakwa dikasari, Maria Chin menggesa agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan sebab sebahagian polis yang didakwa melakukan kekasaran tidak memakai tag nama atau nombor pengenalan polis pada hari itu.
"IGP kena jawab kenapa polis pada hari itu tidak memakai tag nama" kata Maria Chin. -M'kini
Gegar Royalti turut kempen di final Piala FA , at 19.5.12,
KUALA LUMPUR:
Sempena aksi final Piala FA antara Kelantan dengan Sime Darby malam
ini, NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar)
mengadakan kempen mengumpul tandatangan di Stadium Bukit Jalil hari
ini.
Setiausahanya, Muhammad Hishammuddin Ghazali berkata, kempen tersebut sudah bermula sejak malam tadi dan akan berterusan sehingga malam ini.
"Kita mahu mengumpul sekurang-kurangnya 20,000 tandatangan sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan negeri menuntut hak royalti negeri itu," katanya kepada Harakahdaily.
Selain tandatangan, pihak Gegar juga katanya akan mengadakan persembahan dikir royalti dan puisi royalti secara spontan di perkarangan stadium tengah hari ini.
Mereka juga turut membuka khemah khas Royalti Minyak sebagai simbolik kempen mereka.
Serentak itu juga, satu lagi NGO bersama mereka iaitu Gerakan Rakyat Boikot Petronas turut menganjurkan kempen serupa.
Gerakan itu antara lain mahu rakyat khususnya Kelantan untuk memboikot Petronas selagi tidak membayar wang royalti kepada Kelantan.
"Kita juga akan edarkan 10,000 pelekat 'huruf R' yang berwarna merah sebagai tanda menuntut royalti dan pelekat boikot Petronas," kata Hishammuddin lagi.
Kempen serupa sebenarnya pernah dibuat Gegar pada aksi final Piala FA 2011 lalu ketika Kelantan bertemu Terengganu di stadium sama.
Sebagai kemuncak malam ini, mereka akan menaikkan kain rentang gergasi menuntut royalti. -Hrkh

Himpunan Gambar: Konvoi Rakyat Kelantan Ke bukit Jalil Sempena Perlawanan Akhir Piala FA , at 19.5.12,
30K Kehadiran Di Kuliah Ustaz Azhar Kat Gurun. Allahuakhbar! , at 19.5.12,
Gambar Dari Sudut Terbaik Kehadiran 30 Ribu Rakyat Gurun Kedah Mendengar Kuliah Perdana Ustaz Azhar Idrus ( Original ) Malam Tadi.
Bapa Kafir : Tok Guru Nik Aziz Saman NST Dan Rahim Nor RM 1 Juta , at 19.5.12,
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar notis saman kepada semua yang terlibat dengan laporan berita 'Nik Aziz father of kafir'.
Saman pula akan difaikan minggu depan terhadap mereka yang terlibat di New Strait Times dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor.
Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan.
Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan Hisham Fauzi (gambar) berkata, pihaknya kini sudah menyiapkan sepenuhnya dokumen dan dijangka memfaikan saman tersebut Isnin depan.
"Minggu depan kita akan faikan saman terhadap kedua-dua pihak tersebut, dan kita jangka ianya boleh dibuat Isnin ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Sebelum ini, pihaknya telah memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu.
Bagaimanapun tiada sebarang respon daripada Rahim malah beliau tampil menafikannya pula.
Isnin lalu pula, pihaknya menghantar notis saman kepad NST dengan memberi tempoh 48 jam untuk akhbar milik Umno itu memenuhi tuntutan.
Selain New Straits Times (NST), notis saman itu turut menamakan Ketua Editor NST serta tiga orang wartawan yang terlibat dengan berita itu iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean dan Nik Imran Abdullah.
Notis itu antara lain menuntut NST menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf di muka hadapan akhbar itu, manakala enam kali dalam muka yang lain.
Mereka juga menuntut disiarkan satu muka penuh sama permohonan maaf itu di akhbar Berita Harian ataupun Utusan Malaysia.
Selain itu, turut dituntut bayaran RM1 juta sebagai gantirugi penyelesaian luar mahkamah. -Hrkh
Pak Samad Sifatkan Kerajaan sedang takut ‘luar biasa’ , at 19.5.12,
Menurutnya, ribuan malah puluhan roibu rakyat hadir mendengar ceramah pimpinan PAS di mana-mana sahaj pada maskini berjalan dengan begitu baik tanpa sebarang perkara yang tidak diingin.
“lihat pada hari ini, sambutan yang diberikan oleh rakyat cukup luar biasa, dimana-mana pun kita (pimpinan PAS) hadir pada hari ini,
“membuktikan bahawa perhimpunan secara aman (dan) beretika ini maih mampu kita jelmakan dimana-mana sahaja asalkan tidak ada apa-apa provokasi yang mengganggu himpunan aman seperti ini,”jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas majlis ceramah di Batu Burok dekat sini semalam Jumaat 17 Mei, yang dihadiri lebih 5,000 orang.
Sehubungan itu, Sasterawan Negera Datuk A.Samad Said (Pak Samad) menekankan bahawa BERSIh adalah gerajkan yang benar-benar mahu melihat pilihanraya umum yang akan datang adalah satu pilihanraya yang adil dan bersih.
Beliau melahirkan rasa pelik kerana katanya ada upaya menghuru-harakan keadaan negara ini yang bukan dilakukan oleh ‘oposisi’ tetapi oleh pihak yang memerintah.
“dan saya mula terbayang sekarang bahawasanya ada upaya untuk cuba menghuru-harakan negara ini dengan menimbulkan soal perkauman,
“amat aneh sekali ini bukan dilakukan oleh kita sebagai ‘oposisi’ tetapi oleh orang yang sedang memerintah,”ujarnya.
Beliau yang turut menyampaikan ceramah pada majlis tersebut menyifatkan, ia adalah sebenarnya suatu ketakutan yang amat luar biasa oleh kerajaan.
Oleh itu beliau mengingatkan tindakan kerajaan menimbulkan soal perkauman itu tidak akan menguntungkan sesiapa.
Turut menyampaikan ucapan adalah Koordinator Amanah Negeri Terengganu Datuk Raja Kamarulbahrin dan Senator Mumtaz Nawi.
Hadir bersama adalah ADUN Batu Burok Dr Syed Azaman Syed Ahmad Nawawi dan ADUN Ladang Dato’ Tengku Hassan Omar. -BO
Langgan:
Catatan (Atom)