Ikuti Blog ini

Krisis politik Terengganu menghala ke arah pembubaran Dun?

BESUT - Mungkinkah krisis politik yang melanda Terengganu sekarang akan membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun).

Ia dianggap sebagai langkah selamat bagi meredakan keadaan.


Teori itu boleh menjadi kenyataan sekiranya Dato' Ahmad Said digugurkan sebagai pengerusi Perhubungan Umno Terengganu. Ahmad tentunya tidak akan mudah menyerah kalah.


Apa yang berlaku di negeri minyak tersebut hampir serupa dengan situasi di Perak apabila Menteri Besar cuba disingkirkan.


Biar apa pun krisis politik dalaman Umno Terengganu mungkin tambah membesar esok.


Pengumuman siapa dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri akan menentukan pemenang di antara Ahmad atau Dato' Seri Idris Jusoh.


Atau kedua-duanya terpinggir. Mungkin juga tokoh baru akan muncul dari kalangan 22 Adun Barisan Nasional (BN yang ada sekarang).


Sekiranya telahan itu menjadi kenyataan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno esok, Terengganu sudah pasti akan mendapat Menteri Besar yang baru tidak lama lagi.


Kedudukan Ahmad sudah gonyang ekoran 10 Adun BN yang pro Idris memulaukan persidangan Dun baru-baru ini.


Dan keadaan tambah celaru apabila tiga rakan mereka dikatakan menerima ugutan bunuh melalui SMS yang hantar seorang individu.


SMS tersebut dikatakan sebagai tindak balas memandangkan ada hasrat Adun terbabit membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad di persidangan Dun baru-baru ini.


Manakala Idris pula tidak disenangi pihak istana biar pun menang sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno pada perhimpunan Mac lalu.


Anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasition Ismail berkata, Terengganu hampir pasti akan mendapat menteri besar baru selepas Mei ini sekiranya Ahmad tidak dilantik semula sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.


"Mungkin muka baru dari kalangan Adun BN akan dilantik ke jawatan tersebut.


"Adun yang akan dilantik nanti boleh jadi bukan lagi Ahmad dan Idris sebaliknya salah seorang daripada 22 Adun BN," katanya pada ceramah di Markaz PAS Dun Hulu Besut di Kampung Lubok Kawah, malam tadi.


Bagaimanapun katanya adakah Ahmad akan menyerah kalah begitu sahaja tanpa menggunakan kuasa membawa ke arah pembubaran Dun.


Spekulasi pertukaran jawatan menteri besar bertiup kencang di Terengganu ekoran krisis perebutan kuasa di antara Idris dan Ahmad.


Ahmad dilantik sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lalu memandangkan pihak istana tidak berkenan kepada Idris.


Saifuddin yang juga Pengarah Strategik KeADILan berkata, pemulauan 10 Adun BN pada persidangan Dun baru-baru ini menyebabkan lapan Adun PAS menguasai keadaan.


"Selepas Tuan Guru Abdul Hadi berucap, Dr Syed Azman pula bangun diikuti Haji Wahid Endut, Ustaz Harun Taib dan lain-lain lagi Adun PAS," katanya.


Krisis kepemimpinan kerajaan Terengganu terus berlarutan apabila Adun pro Idris mendesak Ahmad meletak jawatan kerana mereka mendakwa memperolehi sokongan 18 Adun BN.


Ahmad sebelum ini pernah mengugut akan memecat mana-mana Adun yang membawa usul undi tidak percaya terhadapnya.


Belum PRU-13 Pakatan Rakyat Dah Menang Besar..!



Dah terbukti belum lagi PRU-13 berlangsung, Pakatan Rakyat dah menang besar.

Hari ni terbukti apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat dan idea-idea dari pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat selama ini dalah idea-idea "Kelas 1" dan ini terbukti bila Najib pun akhir-akhir ni tak habis-habis mencedok habis-habisan idea-idea yang selama ini menjadi tunjang kepada apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.

Sebelum dinobat menjadi PM Najib dah pun mewar-warkan bagi pihak Pakatan Rakyat apa yang dinamakan sebagai 1 Malaysia yang dalam erti kata lainnya bermakna Ketuanan Rakyat (walaupun juak-juak UMNO bertungkus-lumus menafikan kenyataan ini) tak ada lagi Ketuanan Melayu yang selama ni dilaung-laungkan.

Hari ni pulak dengan tak disangka-sangka Najib mengumumkan pula 1 pengumuman gempar (yang tak dimanipulasi oleh media pro UMNO/BN sebab takut makan tuan) yang boleh korang baca di[sini].

Maka hari ni dengan tak disangka-sangka terlopong la mulut-mulut pro-pro NGOOOKKK sebab terkejut dan tak tau nak buat apa-apa selepas Najib umumkan penghapusan hak istimewa orang Melayu sebanyak 30% macam yang tertera dalam berita tu.

Aku tunggu jugak sampai tengahari ni... biasanya kalau ikut apa yang Pakatan Rakyat Perak buat dulu di Penang dan jugak Selangor, tak sampai 3 jam lepas Pakatan Rakyat umum hal berkaitan Melayu ni, dah beterabur dah puaka-puaka UMNO/BN dok piket, demo sana-sini.

NGO-NGO pro Melayu semua pi mana dah? ke dah jadik NGO pro Mamak..?

Tahniah Pakatan Rakyat... walaupun Pakatan Rakyat masih belum berjaya menawan Malaysia, tapi Pakatan Rakyat tetap dikira berjaya dalam perjuangan bila PM Malaysia sendiri mengguna pakai idea-idea dari Pakatan Rakyat...

Bravo Najib..! nampak sangat kau terpaksa bergantung kepada Pakatan Rakyat untuk terus berdiri dalam politik Malaysia...

Bravo Najib..! nampak sangat inilah PM paling low quality yang pernah dilahirkan oleh UMNO bila "tampil"nya Najib "tanpa" idea-idea dari kepala hotaknya sendiri..!

Bravo Pakatan Rakyat... pusingan pertama Pakatan Rakyat dah menang besar..!



Raja Petra: Kenapa saya terpaksa menghilangkan diri

Bloger Raja Petra Kamaruddin hari ini berkata beliau terpaksa “menghilangkan diri” buat sementara kerana percaya dirinya akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk kali ketiga.

Raja Petra juga berkata beliau bertelingkah dengan Sultan Selangor berhubung pendiriannya bersabit kemelut politik di Perak dan telah bertindak keluar dari negeri itu. .

Blogger popular itu berkata, sebagai seorang kerabat diraja Selangor, beliau memutuskan untuk keluar dari Selangor, selaras dengan hukuman ke atas kerabat negeri yang dianggap derhaka kepada Sultan.

Atas dua sebab itu, Raja Petra berkata beliau tidak dapat hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini untuk membolehkan kerajaan mendakwanya di bawah Akta Hasutan.

Blogger berusia 57 tahun itu dijadual dihadapkan ke mahkamah kerana artikelnya bersabit pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Sharibuu.

Rencana itu mengaitkan pembunuhan Altantuya kepada isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor dan dua pegawai tentera.

Mahkamah Sesyen seterusnya mengeluarkan waran tangkap ke atas Raja Petra kerana gagal hadir untuk kes berkenaan.

Raja Petra berkata sebelum ini beliau ditahan di bawah ISA bersabit artikel sama. Selain itu, beliau turut menghadapi pertuduhan jenayah di mahkamah Kuala Lumpur kerana menulis fakta-fakta sama berhubung pembunuhan Altantuya.

“Perkembangan masa kini tidak menyakinkan saya bahawa saya akan menerima pengadilan yang saksama,” kata Raja Petra dalam laman Malaysia Today.

Beliau juga berkata setelah ditahan dibawah ISA dua kali, “saya tidak akan memudahkan tugas mereka untuk menahan saya buat kali ketiga. Saya juga tidak mahu didakwa atas tuduhan derhaka yang boleh membawa kepada hukuman gantung,” sebagaimana yang berlaku kepada ahli Al Maunah, kata Raja Petra.

Berikut artikel penuh Raja Petra dalam blognya:


Gobind saman 4 pihak termasuk kerajaan

Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini, beliau menggariskan keputusan menggantung beliau dari Dewan Rakyat selama setahun termasuk kehilangan elaun adalah tidak sah

Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini, beliau menggariskan keputusan menggantung beliau dari Dewan Rakyat selama setahun termasuk kehilangan elaun adalah tidak sah.


Dilarang hadir Dewan Rakyat: Gobind saman 4 pihak termasuk kerajaan



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo memfailkan saman terhadap Speaker Dewan Rakyat dan tiga pihak yang lain berhubung keputusan menggantung beliau daripada menghadiri sidang Parlimen selama tahun berkuat kuasa bulan lalu.


Tiga pihak lain ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz; Setiausaha Dewan Rakyat dan kerajaan Malaysia.


Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini, beliau menggariskan keputusan menggantung beliau dari Dewan Rakyat selama setahun termasuk kehilangan elaun adalah tidak sah.


Gobind diwakili oleh Karpal Singh & Co.


Pada 16 Mac lalu, Gobind digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama 12 bulan termasuk tidak akan menerima sebarang bayaran elaun dan kemudahan lain sebagai Ahli Parlimen kerana dua kenyataannya yang menghina Dewan pada 12 Mac.


Tindakan itu diambil berikutan Gobind mengeluarkan kenyataan mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu Timbalan Perdana Menteri terbabit dalam kes pembunuhan dan menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat ketika perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 12 Mac lalu.


Penggantungan itu diputuskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia setelah pengundian sebulat suara daripada Ahli Parlimen kerajaan yang hadir dalam persidangan Dewan.


Nazri telah mencadangkan satu usul menggantung Ahli Parlimen Puchong di bawah Perkara 27(3) Peraturan Mesyuarat di mana satu notis segera dikeluarkan di hadapan Speaker Dewan Rakyat.




SPR Jadi Alat UMNO, Kuat kuasa Had Penyokong, Larang Berkempen Di Penanti

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dilihat sebagai menjadi alat kepada parti UMNO-BN apabila bertindak untuk menguatkuasakan pendekatan baru mengehadkan penyokong pada penamaan calon dan larangan berkempen semasa hari mengundi ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

SPR akan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi DUN Penanti Isnin ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, "penyokong yang ramai dan masih ada yang berkempen pada hari mengundi kadang-kadang boleh cetuskan pergaduhan antara parti-parti yang bertanding."

Beliau memberitahu, amalan kehadiran penyokong yang ramai untuk berkempen pada hari pengundian dan ketika pengumuman boleh cetuskan perkara buruk dan menyukarkan petugas.

Oleh itu, katanya, SPR ingin mengelakkan kehadiran jumlah penyokong yang ramai sebagai budaya baru semasa pilihan raya.

"Sekarang kehadiran ramai penyokong sudah jadi budaya hingga mengganggau perjalanan pilihan raya... jadi kita hendak membetulkan budaya ini," kata beliau sebelum mesyuarat dengan komponen Barisan Nasional (BN) di Ibi Pejabat SPR pagi ini.

Mesyuarat seumpama itu turut diadakan dengan parti-parti Pakatan Rakyat - PKR, PAS dan DAP mulai 2.30 petang ini.

Jelas beliau, mesyuarat hari ini juga bertujuan untuk berbincang dengan parti-parti politik mengenai jumlah kehadiran penyokong.

Bagaimanapun katanya, SPR akan mendapatkan nasihat polis untuk menentukan jumlah penyokong bagi sesuatu kawasan.

"SPR akan mendapatkan nasihat polis kerana kita tidak boleh nak tentukan secara tetap.

"Faktor kawasan akan diambil kira dalam menentukan jumlah... kalau kawasan kecil, sikitlah jumlah yang boleh datang, tapi jika kawasan besar, mungkin boleh ramai," katanya.

Sementara itu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) memberi amaran kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz bahawa kedudukannya akan tergugat jika beliau terus bertindak sebagai agen Barisan Nasional (BN).

BERSIH mengingatkan Abdul Aziz bahawa beliau adalah bertanggungjwab untuk melakukan kerja mengikut peraturan perlembaaan bagi mempastikan pilihanraya yang bebas, adil dan bersih, tugasnya bukan untuk mengawal pilihanraya atau pilihanraya kecilterutama apabila dilihat BN tidak boleh mencapai kemenangan. - GB










MB UMNO Pahang Langgar Perintah Mahkamah Kerana Enggan Bayar RM63juta

Kedegilan Menteri besar Pahang, Adnan Yaakob dan kerajaan negeri Pahang yang enggan membayar ganti rugi berjumlah RM63 juta kepada Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGMSB) dianggap sebagai melanggar perintah mahkamah.

Pengarah Urusan SGMSB, Saiyeed Ali Al-Habsyee berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob sebagai defendan sepatutnya patuh kepada perintah mandamus oleh Mahkamah Tinggi Kuantan yang mengarahkan pembayaran itu dalam tempoh 14 hari.

"Perintah itu tidak memberi sebarang jaminan keistimewaan kepada kerajaan negeri untuk menunda pembayaran ganti rugi tersebut.

"Menteri Besar mendakwa yang kerajaan negeri mempunyai bukti baru untuk memfailkan permohonan baru bagi membantah perintah itu.

"Sebetulnya, Adnan perlu membayar terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan rayuan atau sebarang tindakan yang diperuntukkan dalam undang-undang," katanya kepada media di bangunan mahkamah di sini, hari ini.

Semalam, Adnan berkata, kerajaan negeri telah menemui bukti baru melibatkan sumpah bohong, penipuan, pemalsuan dan konflik kepentingan yang tidak dibangkitkan semasa kes itu dikemukakan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Saiyeed Ali berkata, beliau turut berada di mahkamah semalam bagi menyaksikan permohonan untuk meneruskan pelaksanaan itu yang difailkan penasihat undang-undang negeri, Datuk Zara'ai Alias.

Katanya, beliau akan mendapatkan khidmat peguam terkenal, Karpal Singh untuk melawan kes itu di mahkamah terbuka.

"Saya percaya, jika kerajaan negeri gagal untuk mematuhi perintah itu, mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap," katanya sambil menambah, beliau berharap Adnan tidak membantah perintah mahkamah itu bagi mengelakkan bunga kompaun yang lebih tinggi.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuantan mengarahkan Adnan untuk menyelesaikan bayaran RM63 juta kepada SGMSB dalam tempoh 14 hari kerana melanggar kontrak perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan pada 2000.

SGMSB memfailkan saman itu terhadap kerajaan Pahang dan Pengarah Jabatan Perhutanan negeri pada 9 Disember 2002 kerana melanggar kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di tanah seluas 4,000 hektar di Mukim Bebar.

Mahkamah pada 25 Mei 2007 memerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 berserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000.

Kerajaan negeri bagaimanapun membuat rayuan untuk mengetepikan perintah itu di Mahkamah Rayuan tetapi ditolak awal tahun lalu.



BUKU KHAS RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK - DURJANA UMNO-BN JADI BURUAN UMNO/BN





Buku khas "Buku RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK - DURJANA UMNO-BN " kini amat ditakuti oleh gerombolan UMNO/BN.
Di TV3 SUKU tadi , Buku ini menajdi HEADLINE UTAMA
yang bertajuk "Penulisan Buku Politik Desktruktif Membahayakan"


Buku ini disusun oleh BloggersNetwork@Perak dan diterbitkan oleh Sekretariat Menangani Kemelut Politik Perak bersama Urusetia Penerangan Pakatan Rakyat Negeri Perak. Buku ini telahs elamat dirasmikan oleh Dato Seri Ir. Nizar Jamaludin kelmarin.

UMNO/BN....Amboi…buku macam ni korang nak sekat.

Suratkhabar penipu/fitnah, Buku komik anime (khalayan), tabloid fitnah/lucah, komik lucah, majalah hiburan yang melampau dan 18SX dibiarkan bermaharajalela.

Kini buku ini mejadi buruan UMNO/BN yang takutkan bayang-bayang sendiri.

Dikhuatiri UMNO/BN akan KLON buku ini.

Sapa-sapa nak beli buku khas ini (TIADA DIJUAL DI PASARAN TERBUKA) boleh layari Blog Raden Banjar di http://politikbanjar.blogspot.com/




Siapa jumpa Nurhidayah Surip ?


Anak saudara YB Zulkifli Nordin hilang. Beritanya di sini

Hilang lagi….
Mohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa anak saudara saya Nurhidayah Binti Surip (umur 11 tahun) yang telah hilang dari Asrama Anak Yatim Darul Kifayah, Tmn Koop Polis, Gombak sejak hari Isnin 6 April 2009 .

Jika ada maklumat sila hubungi :


Abdul Razak Bin Salim
HEP Politeknik Johor Bahru
0177011038 / 0169326003

atau : Sjn.Dalila IPK Kuala Lumpur.
juga saya mohon bantuan sebarkan maklumat kepada rakan-rakan
terutamanya di sekitar KL


Mahkamah Keluar Waran Tangkap Raja Petra



PETALING JAYA - Mahkamah Sesyen di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap pengarang Malaysia Today, Raja Petra, selepas beliau gagal menghadiri perbicaraan kes hasutan pagi ini.



Profesor Dr Aziz Bari sifatkan kemelut politik di Perak makin tegang!



KRISIS politik di Perak yang akan mencecah usia tiga bulan, dijangka bertambah runcing selepas Barisan Nasional kalah teruk buat kali keempat di tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya Bukit Gantang 7 April lalu. Kekalahan tersebut membayangkan penolakan rakyat ke atas BN, khususnya kesan tragedi "rampasan kuasa" pada awal Februari lalu.

Menurut Prof Dr Abdul Aziz Bari, keputusan Mahkamah Persekutuan - yang begitu kontroversial dan dianggap salah oleh banyak kalangan - membuatkan keadaan bertambah buruk.

"Saya menduga bahawa Pakatan Rakyat akan menggunakan segala ruang dan upaya yang mereka ada untuk melawan Barisan Nasional yang mereka anggap perampas dan disokong oleh pelbagai pihak yang sepatutnya berkecuali dan membantu demokrasi," ujarnya.

Beliau berkata kalau BN sendiri pun berada di dalam keadaan Pakatan Rakyat mereka akan melakukan taktik yang sama. Yang jelas, BN telah pun melakukan perkara-perkara tidak wajar dan sukar untuk menafikan bahawa mereka terlibat dalam pencolekan dan rasuah yang menyebabkan berlakunya lompat parti yang begitu misteri itu.

BN juga sukar untuk menafikan keterlibatan mereka dalam menangkap dan membawa dua bekas ADUN PKR ke mahkamah atas tuduhan rasuah.

"Hanya mereka yang berkepentingan, naif, pekak dan bisu sahaja yang sanggup menerima dan membantu BN membentuk kerajaan," kata Aziz.

Sebab itu, katanya lagi, dalam suasana yang misteri sedemikian jalan keluar terbaik ialah membubarkan dewan supaya rakyat dapat membuat keputusan.

"Perlantikan kerajaan yang mendapat sokongan sedemikian menyebabkan ia tidak dapat berfungsi dengan normal. Apalagi apabila Speaker yang sah masih berada di kerusinya. Dari segi politik ini kesilapan BN yang cukup besar," tambahnya. Keputusan Mahkamah Persekutuan tidak memperbaiki keadaan.

Aziz berkata malah ia tambah memburukkan keadaan. "Sepatutnya mahkamah menggunakan Perkara 63 Perlembagaan Negeri untuk melaksanakan Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan. Malangnya mahkamah menggunakan Perkara 63 untuk mengganggu kuasa speaker. Ini satu kesilapan di sisi undang-undang," tegasnya.

Beliau menyifatkan Mahkamah Persekutuan seolah-olah tikus membaiki labu. Tindakan mahkamah itu, tegasnya "menyebabkan keadaan yang sudah sedia teruk dengan keputusan istana melantik Datuk Seri Dr Zambry Kadir dan menitahkan Datuk Seri Mohamad Nizar meletakkan jawatan menjadi lebih tenat."

Aziz berkata, perlembagaan - baik negeri maupun persekutuan - tidak menyatakan dengan jelas kuasa-kuasa speaker dan selama ini undang-undang dan amalan yang ada baik di Malaysia dan seluruh Komanwel ialah ia tertakluk kepada budi bicara speaker dan ini dipandu oleh 'Standing Orders' atau peraturan dewan. Ini mempunyai asas di dalam perlembagaan dan kuasa mentafsir 'Standing Orders' itu ialah kuasa mutlak speaker.

"Saya tidak tahu apakah asas Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan tindakan Speaker DUN tidak sah. Dari mana mahkamah mendapat kuasa berbuat demikian?" soal profesor undang-undang itu.

Aziz berkata apa yang jelas ialah perlembagaan tidak membenarkan mahkamah mencampuri urusan dan prosiding dewan. Katanya ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 72; khususnya 72(1) yang dengan jelas menyebut bahawa "Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah".

Dengan itu, Aziz berpendapat, mahkamah telah bertindak di luar kuasa atau 'ultra vires'.

Aziz berkata sukar untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada 7 Mei nanti kerana moral BN sendiri cukup rendah buat masa ini.

"Saya tidak fikir kita boleh memisahkan ketakutan mereka untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Penanti dengan apa yang berlaku di Perak sekarang. Begitu juga dengan krisis di Terengganu dan masalah yang tidak kurang kroniknya di Melaka yang baru kedengaran hari ini," tambahnya lagi.

Sementara itu, beliau menegaskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak akan terbubar dengan sendirinya jika ia tidak bersidang dalam masa enam bulan. Akibat percaya dengan pendapat itu, BN terburu-buru untuk mengadakan sidang DUN Perak.

Katanya, peruntukan yang berkenaan ialah 36 Perlembagaan Negeri Perak. Peruntukan yang sama ada di dalam Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan. Aziz berkata peruntukan yang sama juga ada di semua negeri yang lain.



UMNO Terdiam, Najib Umumkan 30% Ekuiti Bumiputera Dihapuskan



Perdana Menteri yang baru, Najib Razak hari ini mengumumkan satu perkara besar dimana kuota 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan. (Sila baca petikan berita di bawah)


Persoalannya ialah dimanakah pejuang-pejuang Melayu yang kononnya ingin mempertahankan hak Melayu sehinggakan menganjurkan demonstrasi yang berbau perkauman di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu?

Apabila Najib mengumumkan pemansuhkan ekuiti Bumiputera:

1. Dimanakah Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?
2. Dimanakah Ibrahim Ali dan Perkasa?
3. Dimanakah Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?
4. Dimanakah Prowaris?

Apa lagi yang Najib tak lakukan?

Kementerian Pembangunan Usahawan dah dimansuhkan.

Ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dah dimansuhkan.

Sahlah bahawa pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan diatas tidak pernah berminat untuk memperjuangkan Melayu dan Bumiputera.

Mereka hanya buat bising apabila Umno dan BN kehilangan kuasa.

Wahai orang-orang Melayu, jangan jadi bodoh lagi. Jangan ditipu lagi oleh golongan-golongan pengampu ni!!!

Wan Ahmad, Timb Pengerusi SPR Ganggu PRK Penanti

Selaku Timbalan Pengerusi SPR, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang berat, walaupun beliau seorang yang lama dalam SPR tetapi tindakan itu menunjukkan sikap kurang sopan, kata Timbalan Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah, seperti yang dilapor Salmiyah Haron.

Mengulas kenyataan Dato' Wan Ahmad Wan Omar yang mencadangkan kerajaan supaya tidak mengadakan pilihan raya untuk kes-kes seperti perletakan jawatan Adun Penanti pada masa depan, Wan Rahim menyifatkan SPR perlu kembali kepada tugas asalnya sebagaimana yang dijelaskan dalam perlembagaan iaitu meliputi tiga perkara dan jangan 'ganggu' pilihan raya kecil Dun Penanti.

Antara tugas utama SPR ialah mempersempadankan semula pilihan raya, mendaftarkan pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya kecil atau pilihan raya umum.

Jadi, tegas Wan Rahim, rakyat akan faham sekiranya kenyataan itu diluahkan oleh pimpinan kerajaan menteri atau Timbalan Perdana Menteri memandangkan mereka adalah pimpinan politik dan parti.

Malangnya kata Wan Rahim, sebagai Timbalan Pengurusi SPR yang mempunyai bidang tugas khusus seperti mana yang digariskan dalam perlembagaan negara, dan beliau tidak patut mengeluarkan pandangan-pandangan yang mempunyai implikasi politik yang berat sebelah.

"Sepatutnya kalau dia ada pandangan peribadi boleh disalurkan di dalam mesyuarat Ahli Jawtankuasa SPR bukan keluarkan kenyataan akhbar seolah-olah nampak macam berebut-berebut dan bersaing dengan pemimpin parti politik untuk menarik perhatian umum," katanya ketika dihubungi.

Perkara yang utama di depan SPR sekarang ini, katanya adalah kekosongan yang berlaku dalam DUN penanti, surat daripada speaker DUN sudah diterima, oleh itu SPR tumpukan kepada bidang tugas yang digariskan.

"Jadi saya pun tak faham apa 'mileage' yang cuba dicari oleh Timbalan Pengerusi SPR. Kalau dia Pengerusi SPR, lain cerita. Saya mohon timbalan ini ada rasa hormat kepada Ahli Jawatankuasa SPR dan juga kepada Pengerusi SPR itu sendiri. Pengerusi SPR seperti orang yang dibimbing timbalannya," jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu



Apa Sudah Jadi: Isu Rasuah Bekas ADUN Penanti, Dulu SPRM Mendakwa Adanya Bukti Untuk Cuba Mensabitkan Fairus Tapi Kini Lain Pula Jadinya !!

PULAU PINANG - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin mendakwa namanya telah dibersihkan daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Ahli politik dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa telah dimaklumkan oleh pegawai SPRM berhubung perkara itu petang tadi. "Saya dimaklumkan bahawa nama saya telah dibersihkan dan kes ini telah pun selesai. Saya bersyukur bahawa akhirnya kebenaran berpihak kepada saya," katanya.


Mohamad Fairus, 33, yang dikaitkan dengan siasatan rasuah membabitkabn projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan Ketua Menteri 1 pada 8 April lalu. Beliau juga melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 16 April lepas atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca ijazah. Mohamad Fairuz berkata, berkat kesabarannya mengharungi saat getir dikaitkan dengan isu rasuah kuari, akhirnya membuahkan hasil apabila kebenaran berpihak kepadanya.


Beliau yang mendapat anak lelaki semalam menganggap berita baik ini sebagai kegembiraan berganda buat dirinya. "Inilah berkat kesabaran kita berjuang kerana agama dan bangsa, Alhamdulillah," kata Mohamad Fairus. Bagaimanapun, pegawai SPRM itu tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan dakwaan tersebut.


[Hairan dan pelik kerja-kerja pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini. Mereka belum menyiasat tetapi sudah mendakwa bermacam-macam, kononnya ada bukti kukuh dan sebagainya. Tetapi kini tiba-tiba pula bertukar dan lain pula jadinya. Apakah ini kerana ada kaitan dengan pilihanraya kecil Penanti agaknya. Atas arahan pihak atasan, Fairus dibebaskan dari tuduhan.


Secara tidak langsung ini menggambarkan bahawa Fairus membuat satu kesilapan besar kerana meletakkan jawatan sebagai ADUN yang membolehkan pilihanraya kecil diadakan. Sebelum ini, Fairus dianggap bertanggungjawab bila sanggup melepaskan jawatan itu setelah beliau disiasat pihak berkenaan. Ini bagi tidak mencalarkan imej PKR itu sendiri. Namun kini tiba-tiba pula beliau dibersihkan sebelum pendakwaan di mahkamah. Mudah benar permainan politik ini berlaku.


SPRM juga diseru berhati-hati dalam menjalankan tugas. Jangan buat kenyataan awal jika belum jalankan siasatan. Inilah yang berlaku kepada MB Selangor dulu berkaitan isu lembu dan kereta Lexus beliau. Akhirnya senyap sunyi kes itu. Begitu juga kes yang melibatkan dua ADUN dan Exco PKR Perak. Selepas mereka menyokong UMNO dan BN kes itu terus senyap sunyi tanpa berita. Apakah ini bermakna, bila sokong UMNO dan BN individu terbabit akan selamat dari pertuduhan?].




Demi menjamin pemusatan kuasa oleh BN, sistem kehakiman sekali lagi dicabul!




SISTEM kehakiman telah melaksanakan satu perubahan dalam perundangan di Malaysia hanya semata-mata untuk meletak dan menjamin kuasa hanya berpusat kepada BN sahaja, lapor Nyza Ayob.

Demikian ditegaskan Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Seri Nizar Jamaluddin sewaktu berucap pada Malis Hi Tea dan Sembang Petang anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Titiwangsa pada 18 April lalu. Turut serta Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'lo' Ghazali dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Ali Jamil.

"Perkara seperti ini tidak pernah berlaku. Tetapi kali ini ia berlaku semata-mata campur tangan Peguam Negara dalam kes negeri. Tetapi mereka telah mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku dengan bertindak lebih daripada sepatutnya," tegas Nizar.

Walaupun keputusan mahkamah menetapkan penggantungan Speaker terhadap Dato' Seri Zambry dan enam orang exco adalah tidak sah, Nizar tetap berpendirian pihaknya akan tetap melaksanakan tugasan-tugasan yang dibenarkan oleh apa sahaja saluran yang ada dalam perundangan.

Beliau melahirkan kekesalan kerana berita yang tersiar di media-media milik BN menggambarkan keputusan yang dibuat Mahkamah Persekutuan itu seolah-olah menunjukkan apa yang telah dilakukan tidak menyebelahi Pakatan Rakyat.

"Itulah tafsiran mereka. Tetapi pada hakikatnya keputusan yang dibuat oleh mahkamah hanya sekadar menyatakan inilah 'opinion' mahkamah dalam kes penggantungan ke atas Zambry selama 18 bulan dan enam orang exco selama 12 bulan itu tidak sah.

"Tetapi ia tidak memenuhi lapan lagi permintaan pengisytiharan yang dibuat Zambry dan exco tersebut. Jadi, kemenangan ini besar kerana kuasa Speaker masih lagi dinaungi perlembagaan dan perintah-perintah tetap," tegas Nizar.

Dalam ucapannya, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut berharap PAS akan melipat ganda usaha untuk mendekati golongan Melayu serta 'menukar' pandangan mereka yang masih mempunyai minda 'kemelayuan'.

"Kita ingin memberitahu khususnya kepada orang Melayu bahawa isu penderhakaan ini memang tidak masuk akal," katanya.

Mengulas senario di Bukit Gantang, Nizar berkata berdasarkan pertambahan undian di kalangan kaum bukan Melayu menggambarkan slogan 'Islam untuk semua' telah mula diterima segenap lapisan masyarakat.

Rumusan tersebut katanya berdasarkan maklum balas yang diterima beberapa hari selepas keputusan pilihan raya yang mana golongan bukan Melayu tidak lagi gentar dengan pimpinan PAS dan tidak lagi sangsi dengan apa yang dibawa PAS.

"Mereka telah merasakan PAS berkemampuan untuk menukar landskap politik Malaysia hari ini. Inilah sewajarnya kita pegang dan mudah-mudahan pada pilihan raya ke 13 nanti berlaku pertambahan sokongan terhadap Pakatan Rakyat yang diterajui PAS," katanya.

Dalam pada itu Nizar turut berikrar akan membawa isu yang melanda Perak itu sebaik sahaja beliau melangkah kaki ke Parlimen pada Jun nanti. Beliau menaruh harapan isu tersebut bukan sahaja menarik perhatian pimpinan BN tetapi juga seluruh negara.



Kalau Kerajaan itu Haram, MB pun Haramlah… tak boleh nak ejas lagi

BANGANG dan BODOH si MBH Zambry ni, bukan ke MB Nizar dah failkan kes yg sama (isytihar sbg MB yg sah)? tunggu sajalah keputusan mahkamah. mamak ni mmg xada sifat sabar langsung, alangkah malangnya seorg yg berpendidikan berperangai sebodoh ini.

Bukan ke MB Nizar dah failkan kes yg sama (isytihar sbg MB yg sah)? tunggu sajalah keputusan mahkamah. mamak ni mmg xada sifat sabar langsung, alangkah malangnya seorg yg berpendidikan berperangai sebodoh ini.secara tersirat aku rasa mamak ni mmg rasa dia MBHaram.


Isu Siapa Menteri Besar Perak Yang Sah, Dr.Zambry Kadir Mahu Supaya Mahkamah Persekutuan Memutuskan Beliau MB Yang Sah!



PUTRAJAYA - Menteri Besar BN Perak, Dr Zambry Abdul Kadir petang tadi telah menfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung tafsiran Fasal 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak supaya mahkamah itu memutuskan beliau adalah Menteri Besar yang sah. Dr Zambry menfailkan notis usul itu di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan, di sini, semalam, melalui Tetuan Zul Rafique and Partners. Dalam notis usul itu yang disertakan dengan afidavit sokongannya, Dr Zambry memohon supaya Mahkamah Persekutuan memutuskan dan mentafsir peruntukan Fasal-Fasal 16(2) dan 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu;


  • Sama ada Sultan Perak mempunyai hak untuk memperkenan permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak (sidang DUN) apabila Mohammad Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar anggota-anggota Dewan;
  • Sama ada apabila Sultan Perak tidak berkenan untuk menggunakan prerogatif diraja baginda untuk membubarkan sidang DUN, adakah ia merupakan suatu kehendak peruntukan Fasal 16(6) bahawa Mohammad Nizar harus meletakkan jawatan beliau dan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan;
  • Sama ada berikutan keengganan Mohammad Nizar meletakkan jawatan dan ahli-ahli mesyuarat kerajaan, Sultan Perak mempunyai hak untuk melantik Zambry sebagai Menteri Besar.

Zambry dalam notis usulnya berkata, sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan ketiga-tiga persoalan itu memihak kepadanya, maka mahkamah itu perlu mengisytiharkan bahawa pada 6 Februari 2009, beliau telah dilantik dengan sewajarnya sebagai Menteri Besar Perak. Mahkamah Persekutuan menetapkan Selasa depan untuk mendengar permohonan notis usul itu. Zambry berkata keputusan mahkamah itu juga nanti akan meleraikan kebuntuan politik yang berlaku di Perak di mana Mohammad Nizar menegaskan beliau masih Menteri Besar yang sah, sidang DUN tidak dapat bersidang dan kerajaan negeri Perak tidak berupaya untuk melaksanakan tugasnya dengan efisyen atau bebas.




Menanti Penanti

Hari ini pilihanraya kecil atau PRK amat menggerunkan UMNO. Badi PRK Permatang Pauh yang tidak menyebelahi UMNO terus menghantui UMNO. Hantu Altantuya telah bersama membantu PR membunuh kerjaya pembunuhnya. Dalam keluh resah mententeramkan jiwa, datang pula PRK Kuala Terengganu. UMNO mula mengukir senyum yakin akan menang di KT. Tetapi UMNO kalah lagi. Kekalahan ini lebih pahit untuk ditelan kerana KT asalnya kepunyaan UMNO.

Ketika PR sedang riang ria meraikan kejayaan dua PRK, bumi Perak dinodai oleh helah UMNO. Tindakan ADUN Bota berpura-pura hijrah ke PKR telah mempercepatkan tumbangnya kerajaan PR di Perak. SPR telah mencipta rekod menidakkan keputusan speaker. Speaker telah memaklumkan secara bertulis bahawa tiga ADUN PR telah mengosongkan kerusi berdasarkan aku janji di istana. SPR menidakkannya. SPR tidak akan berani menongkah arus jikalau tidak ada pengaruh UMNO dibelakangnya. Akhirnya UMNO berjaya merampas kuasa di Perak. Merampas secara betina. UMNO telah hilang kejantanannya.

Allah Maha Besar. Arwah Roslan Shaharum meninggalkan kita. SPR tidak mampu untuk beralasan menidakkan PRK di Bukit Gantang. Namun begitu SPR masih berhelah. SPR masih mahu mencipta rekod dan sejarah baru. Untuk pertama kalinya PRK diadakan setelah 59 hari daripada tarikh speaker mengumumkan kekosongan. Mengundi pula pada hari bekerja. SPR bukan lagi memudahkan, tetapi telah menyusahkan rakyat. SPR tidak lagi menghormati kesucian demokrasi. Alhamdulillah, PR terus menang di semenanjung. UMNO terus merana walaupun cuba menumpang kejayaan komponennya di Batang Ai.

Dalam suasana politik Perak yang masih tidak menentu, ADUN Penanti pula meletakkan jawatan. SPR masih dengan helahnya. Helah untuk mencipta satu lagi sejarah. SPR mengambil masa lebih seminggu untuk mengumumkan keputusan mesyuarat SPR tentang status YB Fairus. SPR seolah-olah menanti restu dan perkenan UMNO untuk mengumumkan kesudahan cerita Penanti. Jikalau diadakan PRK, UMNO dijangka akan kalah dengan majoriti yang lebih besar. Untuk UMNO lebih selamat, biarkan Penanti terus menanti PRK. Lagipun tindakan SPR untuk tidak mengadakan PRK, bukanlah sesuatu yang baru. Ini kerana sebelum ini SPR pernah menolak pengistiharan oleh speaker Perak. Sekiranya ada bantahan daripada speaker, tentu mahkamah akan membuat keputusan yang menyebelahi SPR.

Pelik SPR ini. Hari Rabu mesyuarat, hari Isnin minggu berikutnya baru diumumkan keputusan. Kepada UMNO, teruskanlah berhelah. Jangan percaya akan hukum dunia yang menyatakan bahawa helah yang sama juga yang akan memerangkap UMNO.

Nun di Kepala Batas, Tun Abdullah amat gembira melihat kesengsaraan Najib mengemudi Satu Malaysia. UMNO di Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Terengganu sedang berantakkan sesama sendiri. Di Perak pula, sultannya telah mula menyindir. MB DPulau bersama barisan exconya telah mula beremosi mentadbir negeri. Melelong Camry lebih penting daripada menyediakan alas perut untuk rakyat. Dan lebih melucukan apabila MB DPulau sendiri meragui akan keesahannya sebagai MB Perak. MB DPulau telah memfailkan kepada mahkamah supaya mengistiharkan bahawa beliau adalah MB Perak yang sah.

Di peringkat Satu Malaysia pula, ucapan dan kata-kata Najib tidak seyakin dahulu lagi. Najib terus diganggu oleh bayangan Altantuya. Najib juga terus diperasap oleh penasihatnya Tun Madey. Bertambah berpeluh Najib sekiranya Tun Abdullah mengosongkan Kepala Batas.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .