Ikuti Blog ini

Imej terbaik pilihanraya Penanti



heheh .. pilihanraya paling aman dalam sejarah ye bang?
klik sini




PKR kekal kerusi Penanti, majoriti 5,558


Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000

Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Undi untuk Aminah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.

Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).

Nai pula banyak mendapat undi dari dua kawasan, iaitu Teluk Wang - yang merupakan kawasan masyarakat Thai - dan dari Sungai Lembu, iaitu kubu kuat Gerakan.


Penanti : Keputusan tak rasmi

Guar Perahu (JDM01-01)
PKR 133
Aminah 11
Wau 3
Payung 3

Guar Perahu (JDM01-02)
PKR 213
Aminah 20
Wau 1
Payung 7

Guar Perahu (JDM01-03)
PKR 234 undi
Aminah 13 undi
wau 0
Payung 0

Guar Perahu (JDM01-04)
PKR 183
Aminah 7
Wau 0
Payung 0

Sungai Semambu (JDM08-01)
PKR 150
Aminah 4
wau 4
Payung 1

Sungai Semambu (JDM08-02)
PKR 220
Aminah 4
Wau 14
Payung 0

Sungai Semambu (JDM08-03)
PKR 242
Aminah 5
Wau 7
Payung 1

Sungai Semambu (JDM08 -04)
PKR 219
Aminah 4
Wau 8
Payung 2

Sungai Semambu (JDM02-05)
PKR 219
Bebas (Aminah) 4
Wau 8
Payung 2

Kuala Mengkuang (JDM 02-01)
PKR 117
Aminah 10
Wau 1
Payung 1

Kuala Mengkuang (JDM02-02)
PKR 216
Aminah 14
Wau 1
Payung 1

Kuala Mengkuang (JDM02-03)
PKR 205
Aminah 16
Wau 1
Payung 4

Kuala mengkuang (JDM02-04)
PKR 179
Aminah 18
Wau 1
Payung 2

Kuala mengkuang (JDM02-05)
PKR 179
Aminah 17
Wau 1
Payung 2

Teluk wang (JDM03-01)
PKR 180
Aminah 21
Wau 154
Payung 1

Mengkuang (JDM04-01)

PKR 160
Aminah 19
Wau 9
Payung 1

Mengkuang (JDM04-02)
PKR 209
Aminah 43
Wau 8
Payung 0

Mengkuang (JDM04-03)
PKR - 249
aminah 21
Wau 7
Payung 2

Mengkuang (JDM04-04)
PKR 206
Aminah 25
Wau 0
Payung 0

Sungai Lembu (JDM 05-01)
PKR 258
Aminah 2
Wau 102
Payung 2

Penanti (JDM06-01)
PKR 144
Aminah 11
Wau 21
Payung 2

Penanti (JDM06-02)
PKR 238
Aminah 14
Wau 38
payung 0

Penanti (JDM06-03)
PKR 212
Aminah 8
Wau 20
Payung 1

Kubang Ulu (JDM07-01)
PKR 144
Aminah 11
Wau 21
Payung 2

Kubang Ulu (JDM07-02)
PKR 238
Aminah 14
Wau 38
Payung 0

Kubang Ulu (JDM07-03)
PKR 212
Aminah 8
Wau 20
Payung 1

Tanah Liat (JDM09-01)
PKR 116
Aminah 9
Wau 9
Payung 4

Tanah Liat (JDM09-02)
PKR 192
Aminah 18
Wau 7
Payung 0

Tanah Liat (JDM09-03)
PKR 187
Aminah 9
Wau 4
Payung 4

Tanah Liat (JDM09-04)
PKR 179
Aminah 4
Wau 4
Payung 0

Berapit Road (JDM10-01)
PKR 168
Aminah 1
Wau 10
Payung 1

Berapit Road (JDM10-02)
PKR 244
Aminah 3
Wau 7
Payung 1

Berapit Road (JDM10-03)
PKR 240
Aminah 6
Wau 13
Payung 0

Undi POS (POS 01)
PKR 2
Aminah 12
Wau 0
Payung 7

JUMLAH KESELURUHAN
PKR 6268
AMINAH 402
WAU 534
PAYUNG 55




Hari Pengundian di Penanti - LIVE





Live from Penanti dari Team BloggersNetwork@Perak



PILIHANRAYA PENANTI - LIVE





Selamat Mengundi bagi warga Penanti


Walaupun BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil di Penanti hari ini, pemimpin UMNO perlu memberi perhatian kepada keputusan pengundian itu. Perhatikan berapa ramai orang UMNO, MCA, dan MIC di situ yang masih setia kepada BN. Kalau mereka setia sudah tentu mereka tidak akan keluar mengundi, apatah lagi untuk mengundi calon bebas yang akan merugikan masa mereka.

Namun kalau calon PKR majoritinya lebih daripada sebelumnya, bererti ramai orang BN sokong PR. Mereka tidak beri undi kepada calon bebas. Jika ini terjadi, pemimpin UMNO negeri dan pusat perlu menilai semula pendekatan mereka dalam mempengaruhi pengundi. Ingatlah propaganda UMNO dan BN dalam media sudah tidak boleh diterima oleh rakyat lagi, apatah lagi tektik memburukkan lawan untuk meraih simpati rakyat.

Masa sudah sampai untuk pemimpin UMNO kembali kepada perjuangan asal seperti yang diasaskan oleh Tengku Abdul Rahman dahulu. Walaupun Tengku pada masa itu melarang ceramah politik menggunakan beberapa ayat al-Quran, namun mereka tidak benci parti lawan dan ahlinya.

Dahulu, Ahli Parlimen pemerintah menanti-nanti ucapan pembangkang, Datuk Asri Muda dalam parlimen. Jika hujjahnya munasabah, mereka turut menyokong terutama UMNO. Pernah Tengku bertemu dengan Asri dan berkata, kita dalam dewan kena bergadoh, dan Pas usulkan perkara mengenai Islam kerana kami tidak boleh membawa usul itu bagi meraikan kawan kami.

Jadi, pandangan pembangkang perlu dinilai dengan mata hati yang jujur bukan nafsu kebencian yang berpanjangan kerana yang ruginya rakyat. Insaflah wahai orang politik kerana anda semua akan amanah Allah di muka bumi ini.
--
Email pada 31 Mei 2009.
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah

Pilihanraya Kecil Buat UMNO BN terkucil..



[2009-05-29_201551.jpg]




42 Penduduk Taman Permint Makmur Sertai PAS

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/IMG_2364.jpgKUALA NERUS - Seramai 42 orang penduduk sekitar Taman Permint Makmur, Wakaf Tembesu telah menyerahkan borang keahliannya untuk menyertai PAS.

Ketua Cawangan PAS Taman Permint Makmur, Wan Halim Wan Endut telah menyerahkan borang keahlian tersebut kepada Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan al-Tantawi, dalam majlis penerangan yang diadakan disini semalam.

Beliau yang ditemui Buletinonline bersyukur kerana keahlian cawangannya kini telah bertambah menjadi 107 orang.

“Cawangan ini mula ditubuhkan pada tahun 2001, dengan ahli seramai 25 orang, sekarang sudah meningkat kepada 65 orang,

(gambar - Wan Halim serahkan borang kepada Ustaz Nasruddin)

“dengan kemasukan ahli baru ini, seramai 42 orang, keahlian cawangan akan bertambah menjadi 107 orang,”ujarnya.

Beliau berkata, majlis ceramah penerangan semalam adalah penutup kepada hari aktiviti cawangan tersebut yang menganjurkan gotong royong membersihkan kawasan tanah perkuburan serta persekitaran.

“Selain itu, kita menghulurkan bantuan barangan dapur kepada keluarga yang kurang bernasib baik,”tambahnya.

Majlis penerangan turut dihadiri oleh Yang Dipertua PAS Kawsan Kuala Nerus, Ustaz Abu Bakar Abdullah, selain penceramah jemputan, ADUN Wakaf Baru Che Abdullah Mat Nawi dan Ustaz Nasruddin Hassan.



Dr Mansor Menang Besar Jika 5000 Ahli UMNO Tak Keluar Mengundi



Calon Parti Keadilan Rakyat dijangka akan memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti hari ini dengan majoriti yang besar apabila UMNO Pulau Pinang mengumumkan untuk memboikot pilihanraya berkenaan.

Berdasarkan kepada perkembangan mutakhir kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman yang menyatakan kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding memberikan petanda kemenangan besar yang akan diperolehi oleh calon PKR, Dr Mansor Osman.

Kerusi DUN Penanti berada di dalam Parlimen Permatang Pauh. Pada pilihanraya umum 2008, kerusi itu dimenangi oleh Mohd Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat yang memperolehi 7,346 undi mengalahkan Datuk Abd Jalil Abd Majid yang memperolehi 5,127 undi. Majoriti undi yang diperolehi oleh PKR ialah 2,219 undi.

Dan jika UMNO BN tidak keluar mengundi ini bererti majoriti calon PKR akan sendirinya naik mendadak kerana harapan untuk calon-calon Bebas untuk meraih kemenangan adalah tipis.

Berdasarkan perkembangan rentetan pilihanraya kecil yang lalu, kesemua calon-calon bebas hilang wang pertaruhan dan perkara yang sama dijangka berlaku di Penanti.

Cuma calon Amin Abdullah akan mengalami sedikit peningkatan kerana telah dibantu oleh media massa arus perdana di dalam menaikkan namanya hampir setiap hari untuk menghalang PKR menang mudah di pilihanraya kecil tersebut sekalipun terpaksa mencipta isu yang sedikit melucukan dengan tuduhan kepada pemimpin tertinggi PKR cuba melakukan sogokan RM80,000 dan jawatan Timbalan Keua 1 Pulau Pinang jika memenangi pilihanraya kecil itu nanti.

Dengan isu berkenaan, pennganalisis politik menjangkakan Aminah akan meraih sekitar 1,500 undi dan jika undi untuk PKR berkekalan di sekitar 7,000 undi maka majoriti yang diperolehi dijangkakan melebihi 5 ribu undi.

Bagaimana kamu UMNO? Masih ingin memboikot?

Sidang Media Terakhir



Benar-benar SPR Proxy UMNO BN, Tukar Peraturan Saat Akhir


Kurang daripada 24 jam sebelum rakyat Dewan Undangan Negeri N12 Penanti keluar membuang undi Suruhanjaya Pilihan Raya sekali lagi mengeluarkan arahan aneh dan pelik yang dilihat hanya untuk berlaku tidak adil terhadap Pakatan Rakyat.

Apabila segala persiapan telah dibuat alam bentuk tempahan khemah untuk mendirikan pondok semakan daftar pemilih, SPR mengarahkan hanya khemah bersaiz 8 x 8 kaki sahaja boleh digunakan.

Lebih membingungkan SPR juga menarik balik peraturan supaya setiap kenderaan yang mengangkut pengundi ke pusat pembuangan undi tidak perlu lagi mengguna pelekat logo SPR.

Persoalan spontan yang timbul dalam fikirasn rakyat apakah tindakan terbaru SPR ini seolah-olah mahu menggalakkan gejala undi hantu semasa pilihan raya kecil Penanti esok ?

Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution Ismail kesal dengan sikap SPR yang gagal mematuhi ketetapan yang dibuatnya sendiri sambil mengkritik tindakan badan itu yang mengubah peraturan sewenang-wenangnya tanpa pemberitahuan melalui surat rasmi dan hanya menyampaikan arahan baru secara lisan melalui panggilan telefon.

"Pakatan Rakyat tidak mempunyai pilihan melainkan meneruskan persiapan yang telah dirancang sepertimana yang dipersetujui dalam mesyuarat bersama SPR sebelum ini. Malah khemah telahpun di tempah dan bayaran telah dibuat bagi tujuan tersebut," tegas beliau pada sidang akhbar harian Pakatan Rakyat di Yayasan Aman, Penanti.

Ahli Parlimen Machang itu juga berkata Pakatan Rakyat tetap akur dengan ketetapan bahawa pondok atau barong semakan daftar pemilih hanya boleh didirikan 50 meter radius dari pusat pengundian.

Mengulas mengenai peraturan baru berkenaan pelekat kenderaan Saifuddin berkata SPR juga tidak membenarkan kenderaan membawa pengundi menggunakan pelekat atau bendera parti. Peraturan ini juga disampaikan secara lisan tanpa notis hitam putih kepada Pakatan Rakyat.

Berhubung perkara yang sama, Pengarah Strategik PKR Tian Chua berkata tindakan SPR ini menimbulkan seribu satu spekulasi dan pandangan negatif.

Ketua Penerangan Latheefa Koya pula berkata SPR harus bersikap lebih profesional dan bukan membatal atau menarik-balik apa-apa ketetapan dengan begitu mudah sekali.



Dr Khairuddin : Selamatkan Rakyat Perak


Pihak gabungan NGO-NGO Negeri Perak merayu dan memohon tindakan-tindakan berikut bagi menyelamatkan rakyat Negeri Perak daripada terus terjebak dengan kemelut politik dan ketenteraman awam yang berpanjangan.


i) Hanya rakyat dan pemimpin-pemimpin politik Negeri Perak yang perlu memainkan peranan penyelesaian krisis ini. Kami menentang sekeras-kerasnya tuan-tuan atau mafia-mafia politik samada dari Kuala Lumpur, Pekan, Putrajaya atau lain-lain.


ii) Dato’ Sri Nizar Bin Jamaluddin dan Dato’ Seri Zambry Abd Kadir bersemuka dan bermesyuwarah tanpa tekanan mencari jalan penyelesaian.


iii) Pandangan-pandangan bebas badan-badan civil dan individu-individu berintegriti diberi perhatian seadil-adilnya. Pandangan Suhakam, majlis peguam, YDP Dewan Negara dan para akademik yang menyarankan agar DUN Perak dibubarkan bagi memberikan hak kepada rakyat untuk memilih wakil-wakil mereka perlu diberikan perhatian.


iv) Penubuhan satu suruhanjaya bebas di raja bagi menyiasat peristiwa hitam di Perak supaya ‘once for all’ kejadian malang seperti ini tidak akan mudah berulang lagi. ( Insiden Perak jauh melebihi kepentingan isu DSAI dan isu video VK Lingam )


v) Semua yang terlibat dengan jenayah melalui siasatan suruhanjaya tersebut di bawa kemuka pengadilan tanpa memilih status mereka. Undang-undang mestilah dilaksanakan seadil-adilnya.


vi) Pegawai-pegawai Kerajaan khususnya Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Dewan Perak, pegawai-pegawai polis dan SPRM mestilah bertugas dengan professionalisma yang tinggi dan meletakkan kesetian mereka hanya kepada kepentingan awam dan bukan kepentingan politik.


Renungan :


Sesungguhnya telah binasa orang-orang yang sebelum kamu apabila

mencuri diantara mereka orang-orang yang terkemuka mereka biarkan

(tidak dihukum) dan apabila mencuri orang-orang yang lemah (orang biasa)

Barulah mereka laksanakan hukuman. Demi Allah kalau Fatimah anak

Muhammad mencuri niscaya kupotong juga tangannya. ( Al Hadis).


oleh:

Dr. Hj. Khairuddin Bin. Dato’ Abd. Malik




Penanti Adalah Kerja Kotor BN!





http://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/PakLahNawi.jpgKUALA NERUS – Pendirian pimpinan dan tokoh-tokoh PAS telah memberi keyakinan kepada bukan Islam bahawa PAS merupakan parti yang teguh dalam menegakkan keadilan untuk rakyat.

“Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari PAS begitu teguh mempertahankan kerajaan walaupun memiliki majoriti satu kerusi,

“Ini memberikan keyakinan kepada bukan Islam bahawa PAS dan pimpinan PAS adalah merupakan mereka yang teguh dalam perjuangan ini,”kata Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Baru, Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi. (Gambar kiri)

Oleh kerana itu, sokongan yang padu telah diberikan oleh rakyat Malaysia kepada PAS dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Justeru katanya, Presiden PAS adalah Perdana Menteri Malaysia sekiranya pilihanraya memilih Perdana Menteri dibuat sebagaimana pilihanraya memilih Presiden Amerika Syarikat.

“Orang bukan Islam hari ini memberi sokongan yang sungguh-sungguh kepada Pakatan Rakyat dan imej PAS adalah cukup tinggi,

“Kalau pilihanraya untuk memilih Perdana Menteri dibuat sepertimana piliharaya memilih Presiden Amerika Syarikat, sudah tentu Ayah Chik, Tok Guru Haji Hadi (Presdien PAS) menjadi Perdana Menteri Malaysia,”katanya yang berucap dalam majlis penerangan yang di adakan di Taman Permint Makmur, disini semalam.

Beliau yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan berkata pilihanraya kecil DUN Penanti yang sedang berlangsung adalah disebabkan kerja-kerja kotor UMNO dan BN.

Setelah kalah di lima negeri dalam pilihanraya umum lalu, katanya, UMNO dan BN mengadakan berbagai cara untuk menjatuhkan kerajaan yang telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat secara tidak demokratik.

Katanya BN telah mengugut dan memerangkap serta menakut-nakutkan dan cuba menyogok wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

“mereka berjaya melakukan di negeri Perak, memerangkap wakil rakyat di Perak dengan rasuah dan akhirnya menjadi wakil bebas yang mesra BN,

“Di Penanti, BN cuba memerangkap dan mengugut wakil rakyat yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 dengan rasuah,”ujarnya


Hasrat BN katanya, supaya Fairuz tidak meletakkan jawatan tetapi berpaling tadah menjadi wakil rakyat BN.

Katanya sekiranya Fairuz berbuat demikian, isu rasuah akan selesai sebagaimana yang berlaku keatas wakil rakyat negeri Perak.

“Tapi oleh kerana sekurang-kurang kekuatan yang ada kepada YB Fairuz, Timbalan Ketua Menteri 1, maka beliau tidak berpaling tadah,

“tetapi beliau menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan,”jelasnya.




Kenyataan ketua polis Perak yang melampau..



Mengapa ketua polis Perak perlu menyatakan senjata yang dijumpa nak dikaitkan dengan politik..dedahkan kalau benar ada parti politik yang terlibat..jangan sorok2..jangan nak menambahkan kerunsingan rakyat Perak..tugas polis menjaga keamanan rakyat Perak..

harap pihak polis bertanggungjawab dengan kenyataan itu..dan minta dibuat siasatan dengan segera..dedahkan parti politik mana yang terlibat sekiranya tuduhan itu benar..kita akan hukum mereka2 yang terbabit..rakyat tidak mahu punya pemimpin yang memegang senjata..

kalau nak komen pasal menteri pertahanan kita..bukan setakat yang baru ini..yang lama pun tak tau apa depa buat..bukan setakat senjata..dadah pun senang2 boleh lepas..tak tau la kerja depa pertahankan apa sebenarnya..sampai benda2 yang membahayakan rakyat Malaysia boleh lepas dengan senang..

kalau bab Zahid ni..mai masuk kampung kalau takde bala tentera dia mengiringi dia..bukan Zahid la namanya...gi 'layat' pun nak angkut bala tentera dia masuk kampung..kalaulah dia suruh bala tentera dia tolong angkat jenazah ke perkuburan ada jugak pekdahnya...atau dia takut kena baling kasut kot..tu pasal dia angkut bala tentera dia jadi perisai...di dunia takut kena bantai..balasan akhirat dia tak takut pulak..pelik..pelik..




Ceramah di Kubang Semang











!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!



PENANTI DAN MANEK URAI - KATAK DUA SEJOLI DAN SI TANGGANG


Setelah banyak kita bercerita tentang Kak Min di Dun Penanti, mari kita menjenguk sebentar di Kelantan khususnya saat menjelang PRK Dun Manik Urai. Bezanya sedikit sahaja, jika di Dun Penanti Kak Min atau `Minah Ronggeng' (gelaran oleh Azmin) adalah calon bebas sahaja, tetapi di Kelantan `Raja Katak' tersohor adalah Wakil Rakyat bebas Parlimen Pasir Mas. Kedua-duanya tidak banyak beza, seperti `katak dua sejoli'.

Baru-baru ini Ibrahim `Al-Kataki' mula berbunyi semula selepas beliau mempersendakan mogok lapar PR di Perak. Di Perak katanya, mengapa PR tidak mogok sampai mati sahaja? Itulah kata-kata seorang MP yang tidak sedar diri diuntung. Dahulu semasa beliau mencari makan dalam Umno, beliau pernah mempersendakan Tn Guru Nik Aziz dengan menyatakan beliaulah yang mengajar MB Kelantan itu memakai semutar (serban).

Beliau dahulu pun pernah menyatakan bahawa Almarhum Ustaz Fadzil Noor (Presiden PAS) seperti Moshe Dayan (Bekas PM Israel) kerana `bermata satu'. Ibrahim Al-kataki ini juga sewaktu era kebangkitan reformasi, beliau menyatakan bagaimana DS Anwar merayu dan memeluk beliau agar beliau dapat membantunya dari dipecat dari jawatan dalam Umno ketika itu. Itulah cara Ibrahim Al-kataki berpolitik dan caranya itu tidak pernah berubah.

Saya dapat merasakan betapa menyesalnya rakyat Pasir Mas mengundi beliau di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Tapi, apakan daya ketika itu Tuan Guru Nik Aziz yang pernah dihina oleh Ibrahim Al-kataki ini tidak pernah menyimpan dendam terhadap sesiapa dan bersangka baik terhadap Ibrahim Al-kataki ini. Apatah lagi, Tuan Guru amat kesihan dan simpati apabila melihat Ibrahim Al-kataki ini `disepak serta dihumban' oleh Umno ke dalam `tong najis'.

Tuan Guru ambil beliau, bersihkan tubuhnya dari segala kekotoran najis tersebut dan memberikan ruang untuk beliau bercakap serta berkempen untuk membela nasibnya sendiri selepas dizalimi oleh Umno. Akhir sekali, Tuan Guru membuat keputusan yang amat kritikal ketika itu iaitu memberi kerusi Parlimen Pasir Mas kepada Ibrahim Al-kataki. Mungkin selepas Tuan Guru melihat betapa Ibrahim Al-kataki tidak mampu berjuang bersendirian dan beberapa kali tewas di dalam pilihanraya di Pasir Mas sebagai calon bebas. Ternyata Ibrahim Al-kataki bukan seorang yang hebat tanpa bantuan PAS.

Kini, selepas bergelar Ahli Parlimen dengan ehsan PAS, Ibrahim Al-kataki mula lupa diri seperti kisah `Si Tanggang'. Beliau berkata akan mendedahkan segala kelemahan kerajaan PAS di Kelantan di bawah Tuan Guru yang telah `memberi' nya makan. Kita tidak kisah tentang apa pun pendedahan yang mungkin akan didedahkan oleh Ibrahim Al-kataki ini kerana rakyat Kelantan khususnya di Manik Urai telah begitu lama mengenali siapa Ibrahim Al-kataki ini.

Sebelum beliau ditabalkan menjadi Ahli Parlimen, di dalam ceramahnya di Kelantan tidak lekang mulutnya memuji kepimpinan Tuan Guru. Tetapi setelah menyedari bahawa di dalam pilihanraya umum akan datang kemungkinan besar beliau akan bertanding bersendirian atau mewakili Umno (jika Umno masih selera memilihnya) beliau akan hilang deposit, maka tiada pilihan lain terpaksa Ibrahim Al-kataki ini menjilat kahaknya kembali.

Apa yang ingin didedahkan oleh Ibrahim Al-kataki? Bagaimana beliau ingin mendedahkan keburukan orang lain sedangkan dirinya kini telah terdedah dengan segala kejelekan? Saya agak hairan bagaimana beliau mampu mempunyai kulit muka yang `tebal' untuk terus berada di kerusi Parlimen Pasir Mas? Itulah kelebihan Ibrahim Al-kataki dan keajaibannya yang sukar ditandingi termasuk oleh Raja Sesumpah mahupun Kak Min walaupun dari `spesis' yang sama. Raja Sesumpah meskipun termasuk dalam kategori Al-kataki, tetapi sekurang-kurangnya beliau tidak pernah memakan hasil suapan orang yang ditentangnya. Begitu juga dengan Kak Min yang baru hendak belajar dari Ibrahim Al-kataki dan juga dari Raja sesumpah.

"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" dan "Alang-alang katak melompat, biar sampai ke dalam tong najis". Mungkin inilah prinsip Ibrahim Al-kataki sekarang. Kita akan melihat gelagat Ibrahim Al-kataki ini nanti sewaktu kempen di Manik Urai tidak berapa lama lagi. Saya berharap agar semasa kempen itu nanti, cuaca dalam keadaan baik di Manik Urai kerana saya bimbang jika Katak berbunyi, maka hujan pun turun. -wfauzdin



Buka puasa tamat mogok



IPOH (28.5.09): Majlis berbuka puasa sebagai penutup program Puasa Sunat / Mogok Lapar anjuran Pakatan Rakyat untuk menuntut demokrasi dikembalikan di Perak telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Perhubungan Negeri Perak sebentar tadi.

Antara yang hadir adalah DS Nizar Jamaludin, Ust Ahmad Awang, Ngeh Koo Ham, Drs Khalil Idham Lim, Adun-adun Pakatan dan juga pimpinan parti.

Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang telah melapangkan masa bersama-sama isteri untuk hadir bagi menyatakan sokongan beliau terhadap tuntutan Pakatan dan rakyat Perak agar dun dibubarkan.









SB yang kini semakin gemar menyamar sebagai wartawan ataupun bloggers dengan mengusung kamera kesana kemari mengambil gambar dan rakaman video untuk laporan siasatan mereka. Terkadang kami bloggers juga diperhatikan dengan penuh curiga oleh orang ramai kerana disalah anggap sebagai SB.



Lidah Pengurusi SPR boleh melucutkan Aqidah

Pengerusi SPR mintak lepas nie jangan ada lagi YB mati.



Cakap seseorang dapat menggambarkan ketaqwaan dan berimanya seseorang kepada Allah dan Islam. Malayasiakini May 28, 09 1:43pm memaparkan tajuk EC chief: No more deaths please (rujuk: malaysiakini) sambil membuat saranan agar pihak parti yang bertanding dalam pilihanraya mesti memastikan calon-calon mereka yang benar-benar sihat walafiat.

Supaya tidak berlaku lagi kematian bagi mengelakan terlalu kerap PRK berulang.

SuabhanaAllah – semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada gulungan ini untuk segera kembali ke jalan yang lurus dan benar. Sejak kebelakangan ini begitu ramai umat Islam Melayu telah berani mempertikaikan qada’ dan qadar serta hukum-hukum Allah.



Terbaharu ialah Abdul Aziz Yusof Pengerusi SPR membuat kenyataan tersebut, tidakkah beliau sedar bahawa ajal maut ditangan Allah , sihat atau tidak tidak boleh menjadi kayu pengukur untuk kematian. Bertaubatlah.


Sebagai peringatan mari kita lihah beberpa tokoh dan ahli politik yang sering mempertikaikan kewibaan Islam sedang mereka mengaku Islam.


Di Bukit Gantang seorang pemimpin tertinggi UMNO mengeluarkan kata-kata “... saya tidak tahu apa akan berlaku terhadap keamanan negara jika PAS memerintah dan melaksanakan perundangan Islam...”


Menteri di Jabatan Perdana Menteri menolak hukum undang-undang Islam sebagai tidak sejagat dan terkini.


Bekas Menteri wanita yang juga bergiat dengan Sister in Islam mempertikaikan kenapa hanya lelaki sahaja boleh kahwin lebih dari satu dan beliau juga pernah mencadangkan satu kempen satu suami satu isteri.


Seorang Menteri Wanita bertraf ustazah mengharuskan pelacuran kerana desakan hidup, lupakan beliau kita membunyai baitulmal yang terkaya untuk mengatasi masalah ini. Beliau juga mempertakaikan hukum hudud dalam kes mencuri.


Sekarang ini terdapat pula ramai ulama dan mufti bisu yang dah tidak berani mengegurkan kemungkaran walaupun seketika dulu dialah juara mempertahankan Agama dan aqidah orang-orang Islam.


Mantan Menteri Agama tidak segan silu dalam majlis di PRK Bukit Gantang bersama menonton terian lucah gadis-gadis separuh bogel.

Manek Urai Jadikan Hadiah Untuk Najib Altantuya


Selepas tidak menyertai PRK Penanti PM6 Najib Razak memutuskan bahawa UBN akan menyertai PRK Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan.

Sudah dijangka UBN akan meletakkan calonnya, walaupun sebelum ini pengarah pilihanraya Pas Pusat, Dato' Mustaffa Ali menyarankan agar BN juga mengambil kesempatan tidak bertanding dalam PRK Manek Urai itu nanti.

Manek Urai adalah di kategerikan salah satu kawasan yang selamat di Kelantan.Semenjak keluar dari Nasional dalam PR 1978, semua tahu yang PAS hanya memenangi 2 kerusi Dun dan 1 kerusi Parlimen di Kelantan.

Manek Urai tidak menunggu lama, pilihanraya umum 1986, Dun tersebut terus dirampas oleh PAS melalui Pak Su Wel ( Allayarham Ismail Yaakob). Majoriti 594 undi.

Selepas itu Pak su Wel terus memenangi kerusi tersebut kecuali pada PRU 11 2004, Pak Su wel direhatkan dari menjadi calon PAS dan nyata PAS Tewas di DUN Tersebut ketika itu dengan majoriti tipis 53 undi.

Pilihanraya Umum 2008 menyaksikan semula bagaimana Pak Su Wel menang bergaya dengan majoriti yang selamat sebanyak : 1,352 undi.

Kini kerusi tersebut kosong lagi, Pak Su Wel telah tiada, kita yang masih hidup ini mesti meneruskan perjuangan ini.
PRK Manek Urai adalah PRK kedua selepas Najib Razak PM6 mengambil alih jawatan persiden Umno dan PM Malaysia melalui cara peralihanraya kuasa selepas mengugut Abdullah Badawi.

PRK ini sepatutnya merupakan hadiah kepada Najib Razak, PAS dan PR mesti gembelingkan tenaga supaya majoriti lebih memuncak seperti di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang.Ketiga-tiga PRK tersebut melihatkan peningkatan majoriti bagi PR.Jadi dengan kemenangan yang majoriti lebih tinggi, bolehlah dijadikan hadiah kepada Najib Razak oleh PR sempena beliau menjadi PM6 dan Presiden UMno selepas beliau semacam segan dan malu untuk menerima hadiah di Penanti.

Di Manek Urai juga elok rasanya PPP sebuah parti kompenan BN mengambil peluang untuk meletakkan calon dari PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff , kerana beliau berasal dari Bahagian ini dan pernah seketika dulu memimpin pergerakan Pemuda Umno Kuala Krai.Juga kalau tidak silap ingatan beliau juga pernah bertanding samada di DUN atau Parlimen di Kuala Krai sekitar 90an dulu.

Keputusan PR Dun Manik Urai Semenjak 1986 yang dimenangi oleh Pak Su Wel.
Pak Su Wel bukan berpendidikan tinggi, jauh sekali bergelar propesional.

1986 - Majoriti : 594 Undi.
1990 - Majoriti : 3608 Undi
1995 - Majoriti : 1715 Undi
1999 - Majoriti : 1518 Undi
2004 - Kalah : -53 Undi
2008 - Majoriti : 1352 Undi.
2009 - Majoriti :::: > 2000 ..InsyaAllah.
- Sebagai hadiah berharga untuk Najib Razak. -penawarrinduku


N14:PAS lancar jentera esok



Pengundi Sasaran Sudah Melebihi, Piagam Calon Dilancarkan

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/sidangmedia2805.jpgPENANTI – Pengarah Pilihanraya PKR Saifudin Nasution berkata pihaknya telah pun melepasi sasaran jumlah pengundi yang diperlukan untuk menang dalam pilihanraya kecil N12 Dewan Undangan Negeri Penanti.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Pusat Media Yayasan Aman disini, petang ini.

“Kempen berjalan seperti biasa, kita telah melepasi sasaran pengundi untuk menang dalam pilihanraya ini,”katanya dalam sidang itu yang turut disertai calon PKR bagi DUN Penanti Dr. Mansor Othman.

Beliau turut melancarkan Piagam Calon PKR yang mengandungi 11 perkara berbentuk tindakan yang akan diambil oleh Dr.Mansor Othman sekiranya beliau dipilih menjadi wakil rakyat Penanti.


Ketika menerangkan Piagam tersebut, Dr. Mansor berkata ia adalah tindakan yang boleh diukur dan dinilai oleh rakyat.

Katanya ia juga merupakan janji yang akan dilaksanakan sekiranya rakyat memberikan mandate kepada beliau.

Piagam 11 perkara tersebut adalah seperti di bawah;

  1. Mengadakan pusat khidmat rakyat dalam tempoh 48 jam selepas diumumkan sebagai wakil rakyat DUN Penanti. Pusat ini akan berfungsi sebagai ‘one stop center’ yang membolehkan rakyat tanpa mengira kaum dan latarbelakang mendapatkan perkhidmatan daripada wakil rakyat. Pusat ini akan dilengkapi kemudahan telekomunikasi dan internet.

  2. Mengadakan talian ‘hotline’ dan email aduan untuk membolehkan rakyat berhubung dan berurusan 24 jam sehari dengan wakil rakyat.

  3. Mempraktikkan amalan turun padang bertujuan mendengar sendiri punca masalah rakyat dalam DUN Penanti

  4. Mendahulukan program kebajikan rakyat terutama kelompok ibu tunggal, anak yatim, orang kurang upaya dan warga emas supaya keperluan dan kebajikan mereka terjaga

  5. Mengadakan program tuisyen dan bimbingan pelajaran percuma kepada anak-anak cemerlang terutama dari kalangan keluarga berpendapatan rendah.

  6. Membina jaringan dengan kumpulan ‘civil societies’ , NGO’s dan institusi pendidikan sekaligus memanfaatkan pengalaman dan kepakaran mereka untuk pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan dalam DUN Penanti

  7. Menggerakkan program ‘empowerment’ untuk ‘local opinion leaders’ dengan fokus utama kepada imam, jawatankuasa masjid, JKKK, pimpinan dan jawatankuasa rumah ibadat.

  8. Mewujudkan klinik komuniti untuk kemudahan rakyat Penanti

  9. Menwujudkan Bazar Rakyat untuk menjadi platform aktiviti kelompok peniaga kecil dan tarikan perlancongan setempat

  10. Mempertingkatkan kemudahan prasarana termasuk aktiviti pengindahan kawasan pasar Penanti, tanah perkuburan dan tempatt-tempat rekreasi

  11. Mewujudkan dewan komuniti untuk aktiviti kemasyarakatan seperti kenduri-kendara, forum rakyat dan sambutan hari kebesaran.



P'raya Manek Urai 14 Jul hari bekerja.

Penamaan calon pilihan raya kecil Manek Urai, Kelantan akan diadakan pada 6 julai manakala tarikh pengundian pada 14 Julai ini.Demikian diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof

Penamaan calon pilihan raya kecil Manek Urai, Kelantan akan diadakan pada 6 julai manakala tarikh pengundian pada 14 Julai ini. Demikian diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof



Pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai.

Demikian diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya hari ini.

Pilihanraya dipanggil susulan kekosongan kerusi itu yang ditinggalkan penyandangnya Ismail Yaakub apabila pulang ke rahmatullah 22 Mei lalu.

Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi dalam kerusi kawasan pedalaman itu di kawasan parlimen Kuala Krai.

SPR akan menggunakan daftar pemilih yang dikemaskini sehingga Jumaat lalu.


UMNO Dan Barisan Nasional ‘Peragut Keadilan’,Lumpuh Dan Sakit Tenat’.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/tgnikaziz.jpgPENANTI - Fahaman UMNO yang berkata ugama suku dan politik suku adalah satu kecelakaan kepada pemikiran Islam seluruh dunia.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dengan mengatakan demikian UMNO telah mengajar ‘ilmu sesat’ kepada manusia sebagaimana ajaran sesat ‘Ayah Pin’.

Beliau berkata, titik persamaan perjuangan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat adalah menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.

Katanya, samada UMNO berlawan atau tidak dengan PAS dan Pakatan Rakyat, kerja melaksanakan keadilan sebagaimana kehendak Allah mesti ditunaikan.

“Samada UMNO lawan atau tak lawan, kewajipan kita, kerja kita ialah mejalankan (keadilan sebagaimana) kehendak Allah Ta’ala, dengan PKR pun tak bercanggah, dengan DAP pun tak bercanggah, (Video DiDalam)

“parti mana, manusia mana (yang) hendak kepada kezaliman lawan keadilan,”ujarnya dalam ceramah pilihanraya kecil DUN Penanti, disini semalam.

Katanya, dalam krisis politik yang berlaku di negeri Perak, UMNO telah melakukan kezaliman dengan meragut kemenangan rakyat.

“Dengan apa yang berlaku di Perak, adil ke?,

“kita buat (masuk) pilihanraya, menang Pakatan Rakyat, mari hamba Allah UMNO ragut kemenangan yang diberi oleh rakyat kepada Pakatan Rakyat,”katanya dengan memberi misalan masalah yang dilakukan oleh UMNO umpama jeyah ragut yang menjadi-jadi kini.

Selain tidak melakukan keadilan, katanya, UMNO turut melakukan kezaliman dengan mengamalkan rasuah.

Katanya, di negeri Kelantan pada penggal lalu, UMNO cuba menjatuhkan kerajaan Kelamtan dengan menawarkan rasuah kepada beberapa ADUN Kelantan.

Wabak rasuah terlalu parah dalam UMNO sehingga, katanya, UMNO pernah cuba merasuah seorang ADUN Kelantan dengan menawarkan rasuah seanyak RM5 juta dalam masjid.

Oleh itu katanya, UMNO kini sudah benar-benar sakit, hilang ‘deria rasa’ dan tidak dapat membezakan diantara yang halal dan haram

“Boleh dalam masjid, kerana tak ada mukanya UMNO, boleh nak beri rasuah dalam masjid, artinya UMNO ni sudah tidak ada (deria) rasa dah,

“kalau kita orang sihat, kulit kita kita (boleh) ras, kalau nyamuk hinggap kita terasa, lalat hinggap kita terasa, UMNO tak ada rasa dah, UMNO tak ada rasa dah, halal haram, tak ada rasa dah,
“dia sakit betul dah, lumpuh dah,”jelasnya.




ADUN Bebas Terima RM3 Juta Daripada Najib Altantuya



Salah seorang bekas exco Pakatan Rakyat yang menjadi ADUN Bebas di dakwa telah menerima habuan sebanyak RM3 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak kerana keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional.

Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye ketika mendedahkan perkara tersebut semasa berucap di Bukit Mertajam semalam berkata bekas exco itu telah menceritakan mengenai bayaran yang diterima beliau kepada seorang kawan yang dipercayai.

Malah Dr Lee berkata bekas exco tersebut juga merungut mengenai cara pembayaran kepada dibuat kerana Najib hanya membayar beliau secara ansuran dwi bulanan sebanyak RM100,000. Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata rasuah sebanyak RM3 juta tersebut diberi atas pesefahaman tuduhan rasuah terhadap bekas ecxo itu akan digugurkan sekiranya menyokong Umno dan BN.

"Kita akan tunggu dan lihat sama ada dakwaan ini benar atau tidak.

Kita akan ketahui daripada apa yang bakal berlaku apabila mereka ke mahkamah sekali lagi (sama ada tuduhan digugurkan)," kata beliau pada satu majlis makan malam semalam.

Dr Lee berkata lagi beberapa badan bukan kerajaan Melayu telah mendedahkan informasi tersebut minggu lepas dan mendesak supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut.

"Saya yakin beberapa saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan," jelas beliau.

Februari lalu dua exco Pakatan Rakyat, Jamaluddin Mat Radzi dan Kapt. (B) Mohd Osman Mohd Jailu meninggalkan PKR untuk menjadi ADUN Bebas yang pro-BN bersama-sama ADUN Jelapang daripada DAP, Hee Yit Fong. Tindakan mereka bertiga telah mencetuskan kemelut politik terburuk dalam sejarah moden negeri Perak yang masih berterusan sehingga kini.

Jamaluddin, Mohd Osman dan tiga orang lagi di dakwa secara perseorangan atau bersama berhubung 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek perumahan seluas 36 hektar berharga RM180 juta di bandar Sri Iskandar.

Tiga tertuduh yang lain ialah Ketua PKR Bahagian Parit dan bekas ADUN Bota Usaili Alias, Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan dan juruteknik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Ruslan Sahat.

Kelima-lima tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin. Lima daripada tuduhan tersebut membabitkan rasuah antara RM400 dan RM10,000, dan tuntutan saguhati seks melalui seorang bernama Mohamad Imran Abdullah, sebagai habuan meluluskan sebuah projek bangunan di Sri Iskandar.

Dua tuduhan lagi bersabit dakwaan menerima rasuah RM2,000 dan tuntutan saguhati seks melalui Mohamad Imran sementara Ruslan dituduh bersabit tujuh kes rasuah melibatkan wang dan seks.

Kesemua kesalahan itu di dakwa berlaku pada 14 Ogos tahun lalu di Apartmen Sri Sayang Apartment dui Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

Pada kempen pilihan raya kecil Penanti di Kubang Ulu semalam Speaker V. Sivakumar menimbulkan kemusykilan berhubung kelewatan mendengar kes kelima-lima tertuduh sejak kes disebut pada September 2008.

Beliau juga secara sinis menyentuh kes sivil yang difailkan oleh beliau dan juga Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin yang cepat didengar oleh mahkamah. "Mengapa berhubung kes kami amat cepat macam keretapi ekspres tetapi kes rasuah membabitkan dua exco tersebut masih belum lagi didengar sehingga sekarang?

"Kes mereka disebut tahun lepas, lama sebelum kami memfailkan kes kami. Ini sungguh aneh," tanya Sivakumar dihadapan lebih 1,000 penduduk.



BILA ZAHID TAK MUNCUL - HUSAM

Malam tadi saya dijadualkan berdebat dengan Naib Presiden UMNO yang juga seorang menteri kanan kabinet Malaysia: Datuk Zahid Hamidi. Persoalan sekitar rasuah dan korupsi yang sangat relevan dengan ancaman negara masa kini.

Iklan mengenainya telah disiarkan berhari-hari oleh TV9 dan juga TV3. Saya telah menyatakan persetujuan saya menyertai debat ini selepas pegawai saya mengesahkan dengan pihak pengajur, Datuk Zahid confirm datang. Zahid, tegas saya, bukan orang lain.

Isu sepenting ini, jika kita serius, hendaklah dibincangkan dengan penyertaan pihak yang berautoriti, samada dalam parti mahu pun kerajaan. Itu sebab saya mensyaratkan tokoh seperti Datuk Zahid atau orang yang sepadan dengan beliau.

Jadualnya, 26 Mei, malam. 25 Mei, malam, TV3 mula menyiarkan iklan saya berdebat dengan Sdr Ezam, tanpa persetujuan saya terlebih dahulu. Pada hemat saya, penganjur langsung tidak profesional dan Datuk Zahid langsung tidak bertanggungjawab. Kalau Datuk Zahid menggantikan seseorang seperti Setiausaha Politik beliau, cukup untuk menunjukkan rasa hormat terhadap tanggungjawab beliau kepada masyarakat umum sebagai Menteri Kabinet.

Jika Zahid tak berkelapangan di saat akhir selepas berhari-hari iklan tersiar, saya mencadangkan kepada pengajur, ia diadakan pada tarikh lain Datuk Zahid berkelapangan.

Tengah hari semalam, saya telah meminta pegawai saya menyerahkan dengan serahan tangan satu surat meminta Datuk Zahid mengotakan janji beliau dan dapat hadhir seperti yang diiklankan.

Mengikut pembantu di pejabat Datuk Zahid, bos mereka ke luar negara! Saya rasa tak menasabah. Sebab itu, selepas
sah Datuk Zahid tidak hadhir ketika program hampir dimulakan malam tadi, saya telah menalipon sendiri beliau. Datuk Zahid ada di Malaysia!

Saya meminta Datuk Zahid menetapkan satu tarikh baru bagi debat kami. Penganjur boleh menghubungi Datuk Zahid semula. Sebulan tak ada kosong, tiga empat bulan lagi tidak menjadi masalah kepada saya.

Janganlah iklan berdegar-degar, tetapi tidak siapa ingin mengambil tanggungjawab dari gagalnya debat pada malam tadi. Tidak Zahid, tidak juga TV9?

Saya sudah berada di Sri Pentas malam tadi. Zahid tidak muncul.

Saya kesal, tapi saya bersedia menunggu untuk tarikh yang baru.



Sketsa si Ezam katak di TV9

Kesian...!! Sorang2pun kena belasah dek Prof. Agus. Teman ingatkan sorang2 bolehlah cakap banyak...

Menggigil tak tentu hala. Tak relevan kata Pak Wan...

Antara isu yang diutarakan oleh Prof. Agus ialah:

1. Rasuah dalam Umno.

Ezam kata memang tak dapat dinafikan Umno rasuah cumanye biasalah bagi parti yang ada kuasa 50 tahun. Tak dapat dielakkan..kata dia.

Tapi katanya Umno steady...berjiwa besar dan telah mengambil tindakan sewajarnya dengan mengaku ada rasuah dalam Umno dan telah membersihkan Umno.

Buat lawak mamat ni. Bersih apa? Sapu bersih adalah....

Ali Last-term apa cerita? KJ apa cerita...? Tak bayor duit poster apa cerite?? Khir Toyo Al-Balkisi apa ceriter?

2. Rasuah dalam PKR

Setahun memerintah...Ezam cuma ada kes lembu dengan kereta aje untuk memalitkan PKR dengan rasuah. He he...

Dan dia mengambil peluang tersebut menyerang PKR secukup rasa. Alahai...

Bila disergah oleh Agus...kat mana kes ini sekarang? Dakwaan atau siasatan?

Maka terkulat2lah Mat Ezam nak menjawab...terpusing2lah dia macam tenggiling kena kuis.

3. Rasuah dalam PAS.

PAS tak perfect tapi Islam perfect. Betullah yob...sapa kata PAS perfect...

Dia dok gelong kes balak di Kelantan.

Bila Agus tanya mana kes nya? Mana buktinya?

Dia sekali lagi macam tenggiling termakan kerengge...padan muke.

Kalu ada keslah...Mat Said Hamdan tu aku rasa dah pindah Kota Baru dah...tak duduk dia kat Sri Damansara tu...dia sendiri dok pergi siasat rasanya.

Sekali lagi si Mat Ezam terkangkang.

4. 6 kotak.

Bila diungkit kisah kotak...dia bawak buku Prof. Aziz Bari untuk menegakkan benang basah dia. Dia kata dia cuma cakap kotak tu ada pada Anwar untuk didedahkan. Bukan ada pada dia. Maknanya dia tukang lapor ajelah.

Jadi apa masalahnya? Kalu ada pada Anwar dan Anwar nak simpan jadi suratkhabo lama...apa dia peduli?

Orang tanya dia sebab dialah dulu yang sibuk buat cerite sana sini...nak popular...sekali lagi dia dibodohkan oleh dirinya yang tak berapa cerdik tu...!!

Padanlah Anwar dah tak nak dia.

5. Dia masuk penjara kerana isu kotak.

Teman nak cakap...Botak Chinpun masuk penjara jugak. Ada orang kata dia tu hero...tapi sebebenonye dia penyangak. Macam hanglah....

TAPI SATULAH TEMAN BOLEH PUJI HANG NI...HANG LEBIH BERANI DARI ZAHID. TAPI TULAH...BERANI TAPI TAK CERDIK NAK BUAT APA?!!


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .