Ikuti Blog ini

Dewan Ulamak PAS perlu jadi alternatif kepada mufti


Dewan ulama PAS (DUPP) sejak kebelakangan ini sering dikritik dan dipersoal oleh masyarakat dari luar dan dalam PAS sendiri. Paling ketara ketika menyokong kenyataan Tuan Guru Presiden mengenai isu muzakarah/muqabalah melalui Ketua Penerangannya.

Umpama ada yang menunggu dan menerkam apabila DUPP bersuara. Kini pandangan Hj Mat Sabu cuba dimainkan pula oleh media sebagai satu alat untuk mengumpan DUPP bersuara, bagi mewujudkan kononnya percanggahan itu suatu yang besar. Sedangkan mereka tidak memahami bahawa Islam membenarkan kepelbagaian pendangan dan pendapat sebagai medan mematangkan keputusan.

DUPP perlu menzahirkan peranannya di medan siasah bagi mengelakkan pandangan mengatakan bahawa DUPP tidak berfungsi. DUPP sebagai dewan yang mempunyai autoriti kepada keilmuan Islam harus ke depan menterjemah semua isu dan masalah dari kacamata Islam, bagi mengelakkan medan didominasi hanya oleh golongan sekular.

Melihat kepada suasana politik negara, terlalu banyak peristiwa yang berlaku memerlukan kepada penyelesaian dari sudut Islam. Suasana ini sebenarnya secara tidak langsung memperlihatkan kelemahan peranan mufti dan majlis fatwa untuk berperanan menyelesaikan kemelut yang melanda umat Islam.

Sebagai contoh isu berkenaan sumpah yang mewujudkan pertikaian di dalam masyarakat sehinggakan masyarakat tidak memahami situasi sebenar yang berlaku, apabila isu ini dipolitikkan oleh BN bagi meraih sokongan rakyat di Permatang Pauh. Isu ini juga mengakibatkan fitnah dijadikan permainan untuk menjatuhkan lawan masing-masing.

Disebabkan isu ini juga timbul pelbagai pendapat dan pandangan dari orang perseorangan di dalam PAS, menunjukkan tidak ada pendapat yang betul-betul dilihat mewakili PAS walaupun Tok guru Mursyidul Am telah memberikan pandangan beliau. DUPP perlu sekurang-kurangnya menyokong pendapat ini.

Di dalam isu ini juga, media dilihat menonjolkan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, walaupun itu lebih kepada pandangan pribadi. Di sini DUPP sepatutnya memberikan penjelasan dari sudut ilmiah bagaimana isu ini patut diselesaikan. Ini kerana masyarakat akan semakin tersesat dengan fitnah-fitnah yang dibangkitkan.

Selain itu terlalu banyak lagi isu seperti sambutan hari pahlawan di tugu negara, konsert maksiat, isu pelaburan internet dan lain-lain. Semua isu ini memerlukan pendapat dari ilmuan Islam sebagai tempat umat Islam berpaut.

Disinilah DUPP perlu dilihat sebagai alternatif kepada institusi mufti dan majlis fatwa yang hanya bergerak mengikut jari telunjuk kerajaan. Walaupun ada beberapa mufti yang dilihat agak vokal, tetapi itu masih tidak cukup sebagai faktor pendesak kepada setiap keputusan kerajaan pemerintah.

DUPP juga mesti berperanan sebagai sandaran dan rujukan ilmu Islam kepada masyarakat. Mengambil peluang suasana perubahan angin politik pada PRU ke 12, DUPP mesti memainkan peranannya bagi merealisasikan PAS sebagai Parti Dakwah. Lebih ruang perlu disediakan bagi menampung kepelbagaian mad'u yang datang dengan pelbagai persoalan tentang Islam. Disinilah peluang untuk kita menjadikan Islam sebagai penyelesai masalah.

Jika Pemuda berperanan menggerakkan Jamaah dengan jiwa pemuda yang berani dan bersemangat, dibelakang mereka ulamaklah yang memotivasi perjuangan dengan kefahaman kepada Islam, jihad dan perjuangan.

Semoga Dewan Ulamak terus mara kehadapan mempelopori slogan "Bersama Kepimpinan ulamak".

“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan diantara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.” (QS. At Taubah:122)

USRAH untuk pegawai kerajaan negeri KEDAH moga-moga 'MUNTIJAH'


Salam RAMADHAN....
Usrah merupakan kelompok manusia yang ikhlas kerana ALLAH ta'ala yang ingin mengetahui tentang ISLAM dan beramal dengannya secara serius. Usrah membawa maksud keluarga dan maksud muntijah adalah kejayaan (succes).

Dalam sejarah pemerintahan agung NABI SAW, usrah telah dipraktikkan secara terancang dan berkarisma di mana pada waktu itu rumah AL-arqam bin Abi Al-arqam menjadi tempat yang strategik dan tersembunyi untuk NABI menyampaikan ISLAM yang syumul.

"Kerajaan Kedah bercadang melaksanakan program pembangunan insan untuk pegawai-pegawai kerajaan negeri yang dikenali sebagai 'usrah bulanan' tidak lama lagi"

Syukur pada ALLAH inilah di namakan pemerintahan yang bijak 'SANA' dan bijak 'SINI' (SANA = akhirat) (SINI = dunia), tanggungjawab pemerintahan yang di kurniakan ALLAH tidak di sia-siakan begitu sahaja malah diberi penekanan tentang perkara-perkara yang menjadi asas dalam pembentukan tarbiah diri dan pengurusan organisasi.

Ingin dikongsi tentang kelebihan USRAH yang bakal dilaksanakan di mana terdapat 2 matlamat iaitu umum dan khusus. Matlamat umumnya USRAH ini akan membentuk seorang individu ataupun kakitangan yang mempunyai syaksiah yang baik, bersikap positif, hubungan yang erat antara ahli organisasi, penjelmaan potensi diri dan sebagainya.

Adapun matlamat khusus dalam pembinaan sebuah USRAH ialah berfokuskan kepada individu, keluarga, masyarakat dan organisasi. Jika dilihat pada matlamat khusus ini, USRAH yang berjaya akan melahirkan seorang individu atau insan yang mempunyai potensi yang tinggi dalam menghadapi cabaran arus mendatang. Individu itu juga akan berjaya memimpin keluarga dengan baik dan terurus ke arah redha ALLAH serta menjadi seorang yang beriltizam dalam masyarakat.

Kebijaksanaan kerajaan negeri pemerintahan ISLAM ini ialah, dengan perlaksanaan USRAH kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri akan memberi suatu impak yang baik dan positif terutamanya pada organisasi kerajaan itu sendiri. Secara tidak langsung perlaksanaan USRAH akan melahirkan pegawai yang berkualiti dan bertanggungjawab terhadap amanah rakyat serta mempunyai daya kepimpinan yang telus.

Tidak dapat dinafikan bahawa cadangan yang baik ini perlu diselaraskan dengan pelaksanaan yang terancang agar membuahkan hasil yang kita idamkan.

Moga Pemerintahan kerajaan negeri kedah di rahmati oleh ALLAH

Ketua Menteri, Adun harungi banjir lawat mangsa

PULAU PINANG, 9 Sept - Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengharungi banjir untuk melihat sendiri keadaan rakyat yang asyik bergelumang dengan kejadian banjir di samping memberikan sedikit bantuan makanan.

Mohd Hamdan yang baru pulang menziarahi keluarganya di Kedah dikatakan bergegas kembali ke Permatang Pasir semata-mata bersama rakyat di Permatang Rawa walaupun jam menunjukkan pukul 12 tengah malam.

Beliau diiringi petugas Pusat Khidmat Dun dan sebilangan pasukan Unit Amal Bukit Mertajam meredah air deras ke rumah-rumah mangsa untuk memastikan semua keadaan terkawal.

ImagePermatang Rawa merupakan satu-satunya kampung dalam Dun Permatang Pasir acapkali dinaiki air walaupun hujan selama sejam.

Peparitan yang tidak sempurna penyumbang trajedi tersebut tambahan lagi saliran air utama yang sedia ada semakin mengecil akibat hakisan dan pembangunan Bandar Perda sejak tahun 1990-an dulu.

Begitu juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sanggup menggangkat seluar paras paha untuk meninjau sendiri permasalahan yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Tok Subuh semalam.

Walaupun beliau datang setelah air kian surut namun kehadirannya bersama sepasukan dari Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) sudah memadai bagi merasai pengalaman dilanda banjir kilat.

Sebelum beliau berjalan meredah banjir, rombongannya diberikan taklimat ringkas oleh pegawai Bilik Gerakan Banjir SPT di Pejabat Daerah SPT.


Inikah akhlak Pemimpin UMNO yang Minta dihormati ramai???


 Hot.... Hot..... Panas cam Pisang Goreng......

Pemimpin UMNO Penang, Ahmad Ismail sedang menurunkan gambar PEMANGKU PRESIDEN GERAKAN, Tan Sri Koh Tsu Koon. Inikah akhlak Pemimpin UMNO yang Minta dihormati ramai???






Sidang akhbar tersebut, yang berlangsung di ibupejabat Umno Pulau Pinang petang tadi berakhir dengan laungan ‘Hidup Melayu' oleh kira-kira 50 pemimpin Umno.

Sebaik sahaja sidang akhbar itu tamat, bekas ahli badan perhubungan Umno negeri, Zainol Abidin Hashim, dengan bantuan rakan-rakannya telah menurunkan gambar Dr Koh dari dinding ibupejabat Umno tersebut.

916 Tragedy: Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat


Pakatan Rakyat Menjunjung Prinsip Perlembagaan Persekutuan
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini, 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini.





8 September 2008

1. Pakatan Rakyat Menjunjung Prinsip Perlembagaan Persekutuan
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini, 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini.

2. Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

3. Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang.


Sekian, terima kasih.
YB Dato’ Seri Anwar IbrahimKetua Umum Parti Keadilan Rakyat
YB Dato’ Husam MusaNaib Presiden PAS
YB Lim Kit SiangKetua Ahli Parlimen DAP


Ramadan : Tetamu yang dirindui


Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Ramadan, tetamu yang dirindui, demikian tajuk kitab terbaru karangan Tuan Guru Presiden.
Kitab yang menjelaskan bab Puasa Ramadan, yang dimulakan dengan sejarah puasa itu sendiri.
Kitab yang diterbitkan oleh PTS ini adalah untuk tujuan mengumpul dana Maahad Darul Quran, Rusila, Marang
.





Amat sesuai dan bertepatan dengan suasana menghadapi bulan Ramadan ini.
Sangat laris dipasaran sekarang.
Dapatkan naskah untuk anda dan keluarga, hubungi
Ustaz Haji Raziman Awang : 019-9132773
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .