Ikuti Blog ini

USRAH untuk pegawai kerajaan negeri KEDAH moga-moga 'MUNTIJAH'


Salam RAMADHAN....
Usrah merupakan kelompok manusia yang ikhlas kerana ALLAH ta'ala yang ingin mengetahui tentang ISLAM dan beramal dengannya secara serius. Usrah membawa maksud keluarga dan maksud muntijah adalah kejayaan (succes).

Dalam sejarah pemerintahan agung NABI SAW, usrah telah dipraktikkan secara terancang dan berkarisma di mana pada waktu itu rumah AL-arqam bin Abi Al-arqam menjadi tempat yang strategik dan tersembunyi untuk NABI menyampaikan ISLAM yang syumul.

"Kerajaan Kedah bercadang melaksanakan program pembangunan insan untuk pegawai-pegawai kerajaan negeri yang dikenali sebagai 'usrah bulanan' tidak lama lagi"

Syukur pada ALLAH inilah di namakan pemerintahan yang bijak 'SANA' dan bijak 'SINI' (SANA = akhirat) (SINI = dunia), tanggungjawab pemerintahan yang di kurniakan ALLAH tidak di sia-siakan begitu sahaja malah diberi penekanan tentang perkara-perkara yang menjadi asas dalam pembentukan tarbiah diri dan pengurusan organisasi.

Ingin dikongsi tentang kelebihan USRAH yang bakal dilaksanakan di mana terdapat 2 matlamat iaitu umum dan khusus. Matlamat umumnya USRAH ini akan membentuk seorang individu ataupun kakitangan yang mempunyai syaksiah yang baik, bersikap positif, hubungan yang erat antara ahli organisasi, penjelmaan potensi diri dan sebagainya.

Adapun matlamat khusus dalam pembinaan sebuah USRAH ialah berfokuskan kepada individu, keluarga, masyarakat dan organisasi. Jika dilihat pada matlamat khusus ini, USRAH yang berjaya akan melahirkan seorang individu atau insan yang mempunyai potensi yang tinggi dalam menghadapi cabaran arus mendatang. Individu itu juga akan berjaya memimpin keluarga dengan baik dan terurus ke arah redha ALLAH serta menjadi seorang yang beriltizam dalam masyarakat.

Kebijaksanaan kerajaan negeri pemerintahan ISLAM ini ialah, dengan perlaksanaan USRAH kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri akan memberi suatu impak yang baik dan positif terutamanya pada organisasi kerajaan itu sendiri. Secara tidak langsung perlaksanaan USRAH akan melahirkan pegawai yang berkualiti dan bertanggungjawab terhadap amanah rakyat serta mempunyai daya kepimpinan yang telus.

Tidak dapat dinafikan bahawa cadangan yang baik ini perlu diselaraskan dengan pelaksanaan yang terancang agar membuahkan hasil yang kita idamkan.

Moga Pemerintahan kerajaan negeri kedah di rahmati oleh ALLAH
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .