Ikuti Blog ini

Raja Nazrin beri signal positif - MB Nizar









Najib bertanggungjawab sepenuhnya mengaibkan Malaysia di peringkat antarabangsa



Najib bertanggungjawab sepenuhnya mengaibkan Malaysia di peringkat antarabangsa dengan tindakan kerajaan beliau enggan menghormati doktrin pengasingan kuasa sehingga mencetuskan krisis di PerakBegitu juga dengan tindakan Najib membelakangkan hak asasi manusia dengan terus mendokong ISA dan membiarkan tahanan terus merengkok di penjara Kamunting tanpa perbicaraan mahkamah.


PKR: Najib jangan anggap rakyat bodoh.

Parti Keadilan Rakyat yakin rakyat tidak termakan dengan cubaan Barisan Nasional menutup pencabulan demokrasi di Perak dengan membebaskan 13 tahanan ISA termasuk pemimpin Hindraf.

Pengarah Komunikasi PKR, Jonson Chong berkata masyarakat tidak lupa bahawa Perdana Menteri Najib Razak sendiri mendalangi rampasan kuasa di Perak yang mencetuskan krisis perlembagaan dan menghancurkan kestabilan politik di negeri itu.

Perlakuan samseng oleh polis dan Adun Barisan Nasional mengheret keluar Speaker V.Sivakumar keluar daripada Dewan Undangan Negeri Khamis lalu cuba ditutup oleh Najib dengan membebaskan pemimpin Hindraf dari tahanan ISA.

Jonson berkata keengganan Najib untuk membidas perlakuan Setiausaha Kerajaan Negeri dan polis menunjukkan beliau merestui kekecohan pada sidang DUN itu yang mengaibkan Malaysia di mata antarabangsa.

Tindakan Najib membebaskan beberapa tahanan ISA keesokan harinya, dibuat hanya atas kepentingan politik semasa Perdana Menteri dan BN semata-mata.

“Kenapa hanya 13 orang dibebaskan,” Adakah baki tahanan ISA tidak mempunyai perasaan atau keluarga yang sayangkan mereka,” tanya Jonson. “Tidakkah mereka juga mempunyai maruah seperti kita. Bukankah mereja juga mempunyai hak untuk mempertahankan diri terhadap tuduhan kerajaan di mahkamah. Kenapa mereka tidak dibebaskan,” kata Jonson.

Jonson berkata pembebasan V.Manoharan, adun Kota Alam Shah, khususnya menengahkan persoalan samada langkah itu didorong oleh rasa cemas Najib untuk mengelak daripada berdepan dengan satu lagi pilihanraya kecil.

Menurut Jonson, Najib bertanggungjawab sepenuhnya mengaibkan Malaysia di peringkat antarabangsa dengan tindakan kerajaan beliau enggan menghormati doktrin pengasingan kuasa sehingga mencetuskan krisis di Perak.

Begitu juga dengan tindakan Najib membelakangkan hak asasi manusia dengan terus mendokong ISA dan membiarkan tahanan terus merengkok di penjara Kamunting tanpa perbicaraan mahkamah.

Zambry Bengang Media UMNO Pun 'Menggelapkan' Dia



Ataupun dia tidak menyedari yang dia sememangnya gelap?

Gambar serta rakaman video lebih tepat daripada tulisan-tulisan yang disiarkan oleh akhbar-akhbar arus perdana. Zambry mahupun kesemua media di Malaysia melaporkan sebagaimana yang dikehendaki oleh umno dan bn tetapi bukan semua media sanggup menggadaikan maruah dan prinsip kewartawanan mereka.

Itulah sebabnya daripada awal lagi dia dan SUK tidak mahu membenarkan pihak media memasuki dewan untuk membuat liputan dan ulasan sidang dun Perak.

Perancangan mereka terbukti tidak berdaya mengatasi perancangan dan ketentuan Allah.

Kecoh: MB Perak kesal media buat laporan tidak adil

TAIPING: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir hari ini melahirkan rasa kecewa dengan segelintir media yang didakwanya membuat laporan yang tidak memberi gambaran sebenar punca kekecohan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Khamis lalu.

"Laporan dan gambar-gambar yang disiarkan tidak menunjukkan siapa yang sebenar memulakan kekecohan... saya minta media membuat laporan yang adil dan objektif.

"Gambar-gambar selektif yang portray (gambarkan)(Barisan Nasional (BN) mula kekecohan)... media tidak sokong (BN) tidak apa tetapi biarlah laporan dibuat secara adil. Kita tidak puas hati dengan akhbar tertentu yang tidak objektif," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan rakyat di Changkat Jering di sini.

Zambry berkata, suasana kecoh pada persidangan DUN hanya bermula apabila wakil-wakil pembangkang menyeberang dan berkumpul di sebelah kerusi wakil-wakil BN sebaik beliau mengemukakan usul.

"Siapa yang mulakan kekecohan... awal-awal lagi mereka serang kita (wakil BN) dan tindakan mereka itu tidak bertanggungjawab dan tidak bertamadun," katanya.

Menurut beliau, tindakan pembangkang yang berebut mengambil tempat duduk di sebelah kanan (kerusi wakil kerajaan) dengan mengubah sendiri tanda nama juga tidak dilaporkan.

"Pembangkang kini sibuk mengadakan ceramah kononnya kedudukan kerusi berkenaan serta tindakan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah memanggil Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (naik berjumpa sebelum titah perasmian) sebagai pengiktirafan... saya harap media lapor dengan adil dan tidak melaporkan pembohongan dan kekeliruan yang sedang dilakukan mereka," katanya.

Ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap media, Zambry berkata, kerajaan negeri Perak tidak akan menyekat mana-mana akhbar kerana menghormati kebebasan media.

"Kita tidak sekat akhbar seperti Nizar (bekas MB Perak) yang menyekat Utusan Malaysia dan juga kerajaan negeri Pulau Pinang (sekat New Straits Times)," katanya.

Khamis lepas, Raja Muda Perak terpaksa menunggu selama enam jam untuk merasmikan Sidang Pertama Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak berikutan kekecohan yang berlaku yang melibatkan bekas Speaker V. Sivakumar, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada BN serta pembangkang. BERNAMA


Penjelasan Nizar tentang 7 Mei 2009




Berikut merupakan penjelasan DS Nizar sekembalinya daripada sidang DUN.Penjelasan berikut dibuat di Pejabat Perhubungan Negeri lebih kurang jam 5.20 ptg. Majlis dipengerusikan oleh Pesuruhjaya PAS Perah Ust Ahmad Awang.



15 Ribu Hadir Ceramah Nizar Di Maran



Lebih 15,000 orang penyokong Pakatan rakyat telah hadir beramai-ramai bagi mendengar ceramah umum yang disampaikan oleh Menteri Besar Perak yang sah dan juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, YAB Dato' Seri Ir.Nizar Jamaluddin di Markas PAS, Kg.Embun dekat sini malam tadi. rakyat yang hadir berbondong-bondong tanpa mengira kaum telah datang serta sanggup bersusah payah untuk hadir biarpun tidak diberikan sebarang imbuhan oleh pihak penganjur.

Inilah bukti bahawa rakyat Pahang juga sudah menerima satu "anjakan paradigma" untuk melakukan perubahan besar dalam pilihanraya umum akan datang pastinya. Tinjauan krew kami mendapati, kehadiran rakyat yang ramai itu telah mencipta satu sejarah baru buat Pakatan Rakyat di parlimen Maran dan negeri Pahang khasnya. Kelihatan deretan kenderaan yang diletakkan ditepi jalan Temerloh-Maran sejauh satu hingga dua kilometer jaraknya.

Suasana program ceramah Pakatan Rakyat malam tadi sungguh meriah dan berjaya memecahkan rekod kehadiran rakyat semasa kunjungan Ketua Umum PKR ke Kuantan baru-baru ini. Malah, kutipan derma orang ramai yang mencecah RM13,000 jelas sekali menggambarkan bahawa rakyat sanggup memberi sokongan dana sebanyak mana sekali pun demi sebuah perjuangan.

Turut berceramah malam tadi ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, YB Teng Chang Kim dan ADUN Tras iaitu YB Choong Siew On. Pengerusi majlis ceramah malam tadi telah dikendalikan oleh Peguam PAS Pahang iaitu saudara Abdullah Abdul Karim.

Dato' Seri Ir.Nizar memulakan ceramahnya sekitar jam 11.05 malam. Lampu beberapa kali terpadam seolah-olah mengambarkan "hari gelap buat demokrasi" di Malaysia sudah bermula kembali. Dalam ucapan yang penuh bersemangat itu Nizar banyak menyentuh tentang perkembangan kes rampasan kuasa yang berlaku di negeri Perak.

"Segala yang berlaku di Perak adalah kerja durjana Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Najib Razak. Beliaulah yang telah merencana segalanya ini dan akhirnya menyusahkan seluruh rakyat Perak" katanya.

Beliau turut memperjelaskan secara terperinci rentetan perjalanan kes insiden rampasan kuasa itu. Bermula dengan isu rasuah dan penyelewengan yang berlaku kepada dua Exco Perak iaitu Osman Jailu dan Jamaluddin Razi.

"Sesuatu yang agak aneh bila Jamaluddin dan Osman dikatakan telah meluluskan satu projek perumahan, sedangkan mereka bukanlah exco yang berkaitan dengan hal tersebut" tambah beliau lagi.

Dalam nada yang sebak dan tegas, Nizar menceritakan satu persatu segala apa yang berlaku di Perak. Beliau kemudian menceritakan perkembangan terkini isu Sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu.

Dalam ucapannya beliau secara jelas menyatakan bahawa amalan demokrasi berpelembagaan dan keluhuran undang-undang sudah tidak mahu lagi diamalkan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Kes yang berlaku dalam Sidang DUN Perak merupakan satu sejarah hitam yang amat meninggalkan kesan kepada rakyat Perak dan Malaysia amnya.

"Saya yakin, bahawa politik Perak tidak akan stabil selagi DUN tidak dibubarkan dan rakyat diberi kuasa untuk memilih kerajaan yang mereka mahukan. Saya juga amatlah berharap dan menyeru semua hadirin yang hadir untuk mendoakan kemenangan saya dalam keputusan siapakah Menteri Besar Perak yang sah" kata Nizar lagi.

Difahamkan keputusan kes tersebut akan diumumkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 2.00 petang hari Isnin 11 Mei ini.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .