Ikuti Blog ini

Dari Lubuk Hati YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim



Rakyat Malaysia bimbang di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, undang-undang kuku besi seperti penggunaan ISA akan diteruskan dan sendi-sendi demokratik akan dilumpuhkan.



Kenyataan Media DSAI

Sinar Harian telah secara salah melaporkan kenyataan saya yang dibuat pada 7hb Oktober di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Laporan Sinar Harian tersebut menyatakan bahawa saya percaya Datuk Seri Najib Tun Razak mampu mendapat sokongan yang lebih dalam menguruskan ekonomi dan membersihkan negara ini daripada amalan rasuah.

Ini adalah tidak benar. Laporan tersebut jelas memutar belitkan kenyataan saya yang dibuat pada 7hb Oktober berkenaan proses peralihan kuasa dalam Umno.

Sebaliknya saya yakin sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, negara ini akan terjerumus ke dalam bencana yang besar.

Datuk Seri Najib Tun Razak secara jelas menyatakan beliau sebagai Menteri Kewangan akan meneruskan agenda ekonomi pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi. Kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak akan terkesan dengan perkembangan krisis ekonomi dunia sangat membimbangkan dan mempamerkan kegagalan beliau untuk menangani cabaran yang akan dihadapi oleh negara kita pada masa hadapan.

Beliau juga tidak menunjukkan komitmen untuk memastikan Agenda Perubahan berlaku demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap Badan Kehakiman dan bertindak memerangi rasuah. [ Bagaimana dia hendak perangi rasuah, sedangkan isterinya sendiri perasuah]. Sedangkan pada Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh tempoh hari, rakyat menyuarakan hasrat mereka agar Agenda Perubahan menjadi keutamaan dan direalisasikan dengan segera.

Rakyat Malaysia bimbang di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, undang-undang kuku besi seperti penggunaan ISA akan diteruskan dan sendi-sendi demokratik akan dilumpuhkan.

Selain itu beberapa persoalan yang belum terjawab seperti tuduhan penglibatan Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam komisen yang diperolehi hasil pembelian peralatan tentera dari Perancis dan Russia serta pembunuhan wanita Mongolia; Altantuya Shaariibuu, menggugat serta melemahkan kedudukannya di dalam kerajaan.

Pemimpin sebegini akan mencemarkan reputasi Malaysia di kacamata masyarakat antarabangsa dan sekaligus akan memberikan kesan negatif dalam membentuk tanggapan pelabur-pelabur asing terhadap Malaysia.

Saya mohon agar Sinar Harian segera menyiarkan pembetulan dan lebih bertanggungjawab untuk melaporkan sebarang berita dengan benar dan tepat pada masa hadapan.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum KeADILan




Delegasi Imam China Kunjungi Nizar.

IPOH : Satu delegasi seramai 30 imam dari negara China telah membuat kunjungan hormat kepada Menteri Besar Perak di kediaman rasminya semalam.

Kunjungan tersebut dilihat sebagai salah satu usaha bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim saudara seagama antara negara China dan negara Malaysia, khususnya negeri Perak Darul Ridzuan.

Delegasi yang diketuai oleh Dr Ahmad Musa Wang, turut diiringi oleh seorang jurubahasa dari Peratuan Cina Muslim Malaysia Cawangan Ipoh. Kehadiran mereka telah diraikan dalam satu majlis jamuan sempena perayaan Idulfitri.

Dalam ucapannya, YAB Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin , telah menyatakan rasa kagumnya diatas kebolehan para imam dalam menguasai pelbagai bahasa termasuk bahasa Arab.

Delegasi tersebut turut mempamerkan kebolehan salah seorang imam dalam persembahan seni wushu yang amat menarik.

Selain itu, seorang lagi telah menunjukkan kebolehan seni kaligrafinya kepada Nizar dan hadirin yang sangat mengkagumkan.

Delegasi 30 Imam dari China seumpama ini juga pernah mengadakan lawatan ke Perak di bulan Ramadhan tahun lepas sewaktu era YB Dato Seri Tajol Rosli menjadi Menteri Besar Perak.

Imam-imam berkenaan adalah dalam rangka lawatan sambil belajar ke negara ini. Mereka berada di Ipoh selepas membuat kunjungan hormat kepada Menteri Besar Kedah.



Kerajaan Digesa Turunkan Segera Harga Minyak!

Kenapala di saat-sat harga minyak dunia skarang yang sangat rendah sekarang ni,kerajaan masih tak nak turunkan harga lagi. Hentikanla perbutan kuasa dulu,fikrkan hak rakyat jelata skarang.

Kenapa di saat-saat harga minyak dunia yang sangat rendah sekarang ni,kerajaan masih tak nak turunkan harga lagi. Hentikanlah perbutan kuasa dulu,fikirkan hak rakyat jelata skarang.

Kerajaan digesa turunkan segera harga minyak!

Mengapa Lembab Sangat Bila Nak Turunkan Harga Minyak…

KUALA LUMPUR - PAS mendesak kerajaan Umno-BN agar segera menurunkan harga minyak petrol dan diesel memandangkan harga minyak dunia kini berada di bawah paras USD90.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaafar menegaskan rakyat telah lama menderita sejak kenaikan harga minyak sebelum ini.

“Oleh itu, saya mencadangkan kerajaan menurunkan harga minyak sekurang-kurangnya RM0.30 yakni lebih besar daripada kadar sebelum ini,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat menjelaskan bahawa hujah kepada cadangan tersebut adalah disebabkan kegagalan kerajaan memahami penderitaan dan nasib rakyat.

“Pergolakan ekonomi semasa tidak dapat diselesaikan dengan harga minyak pada paras yang sedia ada.

“Bahkan kita akan menghadapi mala petaka ekonomi yang teruk dan kemungkinan ianya boleh dipulihkan dalam tempoh lebih kurang tiga tahun sekiranya tampuk kepimpinan negara bertukar dalam tempoh terdekat,”jelasnya.

Sementara itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli pula menekankan bahawa kerajaan perlu mengembalikan semula kadar harga minyak sebelum kenaikan selepas pilihan raya umum ke-12 lalu.

“Sepatutnya ia mampu dikembalikan kerana penurunan berdikit-dikit sekarang ini tidak memberikan sebarang kesan kepada keadaan semasa,” ujarnya.

Tegasnya, kerajaan begitu sukar untuk mengambil tindakan secara efektif yakni cepat dan berkesan dalam menangani masalah tekanan ekonomi ke atas rakyat.

“Kenapa kena ambil masa yang lama sedangkan harga minyak dunia telah berubah?” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Senada dengan cadangan tersebut, Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali menjelaskan perkara tersebut boleh menjadi kenyataan.

“Ini adalah disebabkan harga minyak dunia sekarang ini berada pada paras lebih rendah daripada tahap sebelum kenaikan harga minyak selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu,” katanya.

Hal tersebut katanya merupakan bukti kepekaan dan keprihatinan kerajaan yang ada sekarang ini gagal menangani masalah malah sanggup terus menekan rakyat dengan kesan berantai yakni kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang tinggi.




Petisyen UMNO/BN Gagal Buktikan Calon PAS Langgar Akta

http://buletinonline.net/images/berita12/tgmengundi.jpg
Setiu – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang terus mewakili Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang apabila mahkamah mengekalkan kemenangan PAS di kedua-dua kawasan tersebut.


Hakim Mahkamah Pilihanraya Datuk Kang Hwee Gee menerima bantahan awal (preliminary objection) yang dibuat oleh responden (calon PAS) diatas ketidaksempurnaan petisyen yang dibuat oleh calon UMNO/BN, Dato’ Ahmad Ramzi Zubir, sekaligus menolak petisyen tersebut dengan kos. (Gambar - Imbas kembali Tok Guru membuang undi dalam PRU 12 lalu)


”Hari ini keputusan diatas bantahan kita (PAS) keatas ketidaksempurnaan petisyen yang dibuat oleh UMNO didalam dua kes Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang,

“oleh kerana Rhu Rendang dalam Parlimen Marang maka kes itu disekalikan pendengarannya,”kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato Wan Mutalib Embong ketika ditemui selepas menghadiri program Retreat anjuran Badan Perhubungan PAS di Merang, dekat sini semalam.


http://buletinonline.net/images/berita12/dato%5C%27wan.jpg”Intipati petisyennya adalah atas dua isu, yang pertama tuduhan terhadap responden samada oleh dirinya sendiri atau wakilnya atau orang-orang yang direstui oleh beliau, melakukan perbuatan-perbuatan yang melampaui peruntukan-peruntukan yang dibenarkan oleh akta kesalahan pilihanraya dibawah syeksen 32(a),
”yang kedua dibawah 32(c) perbuatan rasuah pilihanraya, termasuk menghalang atau melakukakn perbuatan yang bercanggah dengan kesusilaan perjalanan pilihanraya,”ujar Wan Mutalib (Gambar kiri).

Menurut beliau petisyen bagi DUN Rhu Rendang, calon UMNO/BN telah menuduh responden melalui petugas, agen-agen dan orang-orang dengan direstuinya termasuk anak responden sendiri iaitu Mohd Khalil Abdul Hadi telah menahan bas dan merampas kad pengenalan pengundi-pengundi dari luar yang datang untuk mengundi menyebabkan berlakunya rusuhan di Rhusila.


Menurutnya lagi, dalam tuduhan kedua dan ketiga, pempetisyen menuduh penyokong-penyokong PAS yang dikenali melalui lambang baju, jaket yang ada bulan, tetapi tidak kenal individu itu, telah menghalang pengundi-pengundi daripada membuang undi di hadapan hadapan markaz PAS Seberang Marang dan di hadapan Sekolah Menengah Marang.

Manakala petisyen yang dibuat ke atas Parlimen Marang, Wan Mutalib mengatakan, calon UMNO/BN turut menuduh responden menghalang pengundi dari membuang undi dan membelasah pengundi di Sekolah Menengah Bukit Sawa.

”Dua anak beranak dan tiga individu yang datang untuk mengundi di Sekolah Menengah Bukit Sawa dikatakan dihalang dan dibelasah oleh petugas-petugas PAS dan petugas yang dianggap agen kepada calon Parlimen,
’kesesemuanya itu adalah tuduhan yang dibuat oleh calon UMNO/BN berkait dengan perbuatan salah laku yang dikatakan dilakukan oleh agen kepada calon PAS, iaitu Presiden,”terang beliau.

Namun begitu, dalam penghujahan yang dikemukakan, menurut beliau, untuk menjadikan seseorang itu adalah agen kepada calon tertakluk dibawah peruntukan undang-undang khas syeksen 12 akta kesalahan pilihanraya.

”Untuk membolehkan sesuatu petisyen itu sabit, hujah kita (PAS) mestilah orang yang dituduh dan ditohmah sebagai agen itu dapat dibuktikan melalui pelantikan,

“(namun) orang yang dituduh (oleh calon UMNO/BN) bertindak menghalang dan dituduh (melakukan perbuatan melanggar undang-undang) tidak dapat dibuktikan bertindak untuk calon PAS,”jelas beliau.

Dalam keputusannya di mahkamah petang semalam, Hakim Datuk Kang Hwee Gee ketika membacakan keputusan berkata pempetisyen gagal menyediakan bukti berhubung salah laku penyokong Pas di Parlimen tersebut pada pilihan raya umum, 8 Mac lalu.

Beliau berkata bahawa pempetisyen juga gagal menyatakan bukti berhubung ancaman terhadap pengundi pada hari tersebut memandangkan sejumlah 86.2 peratus pengundi yang keluar mengundi.

Katanya, hujah berhubung Mohd Khalil anak lelaki kepada responden pertama dan penyokongnya yang memakai jaket Pas ketika kejadian tersebut tidak memadai bahawa perbuatan tersebut dilakukan dalam pengetahuan atau agennya.

Pempetisyen juga gagal menyediakan fakta bahawa individu tersebut adalah agen kepada responden pertama sedangkan sebelum dia dikatakan sebagai agen calon.

Selain itu, mahkamah mendapati PAS mengemukakan bukti mencukupi untuk menolak petisyen yang difailkan calon BN itu.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .