Ikuti Blog ini

Lebih 30,000 Hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilftir Menteri Besar Kedah

" Alor Star : Lebih 30,000 rakyat Kedah yabng terdiri dari segenap lapisan rakyat dan bangsa telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilftri Menteri Besar Kedah di Kediaman Rasmi Beliau di Seri Mentaloon, Alor Star.

Jamuan yang bermula jam 11.00 pagi berakhir pada jam 4.30 petang. Orang ramai berpusu-pusu datang sejak awal majlis bermula sehingga jam 4.00 petang lebih.


Pelbagai juadah istimewa telah disediakan antaranya laksa, bihun sup, lemang, satay, mee goreng, pasembor, bihun goreng, soto, lontong, nasi dan berbagai jenis lauk, keropok lekor, buah-buahan. sementara minuman istimewa ialah teh tarik, cendol dan juga aiskrim.




YAB Dato' Seri Ust Azizan dan To'Puah Hajjah Faekah juga turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir dan juga orang dewasa yang turut bersesak-sesak untuk mendapatkan duit raya dari Menteri besar Kedah.




Rata-rata pengunjung yang hadir merasakan amat gembira kerana dapat hadir ke majlis tersebut dan berpeluang untuk melawat kediaman rasmi Menteri Besar, Kedah. Sementara ahli-ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah juga turut membantu dengan menjadi penyambut tetamu serta meraikan orang ramai yang berkunjung ke majlis tersebut.


GEMPAR! PM terima RM200 juta dari Rosmah?

KUALA LUMPUR - Blogger yang baru-baru ini ditangkap di bawah Akta Hasutan, Sheih, sekali lagi membuat dakwaan menggemparkan apabila meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan bahawa beliau pernah menerima RM200 juta dari isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebahagian dari komisyen urus niaga kapal selam berjumlah RM500 juta yang didakwa diterima oleh Abdul Razak Baginda.

“Adalah satu langkah baik jika Abdullah menafikan beliau pernah menerima RM200 juta dari komisyen urus niaga kapal selam berjumlah setengah juta ringgit yang kita dakwa diterima oleh Razak Baginda.

“Sumber saya menyatakan Rosmah membayar Abdullah RM200 juta dari komisyen urus niaga kapal selam. Beliau (sumber itu) tidak menyatakan apa-apa mengenai Razak Baginda,” dakwa beliau dalam blognya, kickdefella.wordpress.com

Sheih juga mendakwa penyiasat persendirian yang menghilangkan diri, P. Balasubramaniam, menerima RM5 juta dari Rosmah untuk menutup mulutnya.

“Saya diberitahu bahawa isteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menemui Bala di British Isle beberapa hari selepas penyiasat persendirian itu menghilangkan diri dan membayar Bala RM5 juta.

“Saya diberitahu bahawa Bala dan keluarganya sedang berusaha untuk mendapatkan kewarganegaraan India. Saya benar-benar berharap ini tidak benar dan Rosmah akan membuat kenyataan menafikannya,” dakwa blogger itu.

Blogger itu juga mendakwa bahawa Najib pernah menulis surat kepada beberapa kedutaan asing meminta mereka memberikan visa masuk ke negara mereka.

“Saya diberitahu bahawa sebelum lawatan Najib ke beberapa negara Eropah, beliau menulis kepada kedutaan Perancis, Itali dan Pesuruhjaya Tinggi British meminta mereka memberikan visa masuk ke negara mereka dari Kuala Lumpur kepada Altantunya Shaariibuu.

“Najib sendiri sebagai Menteri Pertahanan (ketika itu) menandatangani surat tersebut. Pesuruhjaya Tinggi British menolak permohonan itu tetapi beberapa negara menerimanya.

“Beberapa diplomat Malaysia yang ketika itu berkhidmat di kedutaan Malaysia di salah sebuah negara tersebut mengesahkan bahawa mereka pernah melihat Altantuya di dalam rombongan Najib,” dakwa Sheih lagi.

Pada 28 Jun 2007 lalu, Bernama melaporkan sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg memberitahu mahkamah tinggi Shah Alam bahawa beliau pernah melihat gambar Altantuya makan bersama Najib dan Razak Baginda.

Semasa disoal lanjut oleh peguam Karpal Singh, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Burmaa berkata, Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar Altantuya dan Abdul Razak dengan pegawai kerajaan Malaysia itu serta orang lain sedang menikmati jamuan pada satu meja bulat.

Beliau berkata, Altantuya menunjukkan gambar itu di Hong Kong selepas beliau (Altantuya) balik dari Perancis. (Burmaa bertemu dengan Altantuya di Hong Kong).

Karpal: “Boleh kamu terangkan gambar apa?”

Burmaa: “Ada satu gambar, saya fikir, Altantuya dengan Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang lain sedang menikmati jamuan. Mereka duduk di meja bulat.”

Karpal: “Kamu tahu siapa pegawai kerajaan itu?

Burmaa: “Najib Razak. Saya ingat nama Najib Razak kerana nama Razak itu sama (dengan Abdul Razak Baginda).”

Bagaimanapun, Burmaa tidak menunjukkan gambar itu kepada mahkamah.

Lebih buruk lagi, dalam akuan bersumpahnya 1 Julai lalu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Balasubramaniam pernah mendakwa Najib telah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya dan beliau (Altantuya) sanggup mengadakan hubungan seks luar tabii.

Akuan bersumpah itu juga menyatakakan Najib mengarahkan Razak Baginda untuk menjaga Altantuya kerana beliau tidak mahu dia (Altantuya) menganggunya kerana beliau ialah Timbalan Perdana Menteri.

Sama dengan keterangan Burmaa di mahkamah, akuan bersumpah Balasubramaniam itu juga menyatakan Razak Baginda dan atau Altantuya ada memberitahu penyiasat persendirian itu bahawa Najib bersama-sama dengan Razak Baginda dan Altantuya telah berjumpa dan bersama-sama makan malam di Paris.

Bagaimanapun, Balasubramaniam menafikan apa sahaja akuan bersumpahnya yang berkaitan dengan Najib dan menghilangkan diri selepas penafian itu.



Kit Siang ‘Beraya’ Di Rumah Tok Guru

Seperti mana yang saya faham, Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din atau cara hidup menyeluruh yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik mahupun social, "ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama, "sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini-
Seperti mana yang saya faham, Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din atau cara hidup menyeluruh yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik mahupun social, “ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama,
“sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini - Lim Guang Eng

Kit Siang ‘Beraya’ Di Rumah Tok Guru, Guan Eng Harap Islam Jadi Teras Rapatkan Silaturrahim

Marang - Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang mengunjungi Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena Aidil Fitri, di rumahnya di Kampung Rhusila dekat sini semalam.


Kit Siang hadir dengan diiringi oleh rombongan anggota DAP Terengganu tiba di perkarangan rumah Tok Guru pada jam 9.27 malam.

Kedua-dua pimpinan parti Pakatan Rakyat itu telah berbincang dan beramah mesra sambil menikmati hidangan juadah dan kuih raya.

Antara pokok perbincangan mereka adalah berkisar sekitar isu-isu politik negara dan hal ehwal semasa termasuk perkembangan Pakatan Rakyat dan pelan peralihan kuasa.

Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Mustafa Ali dan Pengerusi Penaja DAP Kuala Terengganu Ng Chai Hing.

Buletinonline difahamkan Kit Siang akan disertai oleh beberapa pimpinan DAP lain dalam rangka percutian sempena Aidil Fitri.

http://buletinonline.net/images/berita11/kitsiangharirayatg2.jpgDalam perkembangan lain, Setiausaha DAP Lim Guan Eng berharap Islam akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini.

“Seperti mana yang saya faham, Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din atau cara hidup menyeluruh yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik mahupun social,
“ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama,
“sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini,” kata Guan Eng dalam perutusan Eidulfitrinya yang dipetik Harakahdaily.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang percaya bahawa semua agama di dunia ini turut mengajak para umatnya melakukan kebaikan termasuk agama Islam itu sendiri.

Katanya al-Quran menyebut mengenai Amar Ma

’aruf Nahi Mungkar, iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan dan yakin umat Islam yang beriman dan bertakwa pastinya menerima prinsip keadilan tulen untuk semua.

Menurutnya bagi pihak DAP, beliau percaya kepelbagaian kaum, agama, adat, budaya dan bahasa, tidak pernah menjadi penghalang atau membatasi kemajuan Malaysia.

Beliau turut mengajak rakyat Malaysia menolak politik jahat tersebut yang hanya mementingkan golongan kecil yang amalkan kemungkaran.

Sebaliknya, kata beliau, semua mestilah besatu di bawah panji nilai-nilai teras universal yang diterima semua iaitu, kebebasan, keadilan, kebenaran, keluhuran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan ketakwaan kepada Tuhan.

“Barulah kita boleh dirikan sebuah kerajaan bercorak demokrasi, ketuanan rakyat dan kepimpinan beretika mencontohi pemimpin agung Islam Khalifah Umar Abdul Aziz,” katanya.

Rakyat Malaysia, kata beliau, tidak patut benci-membenci semata-mata kerana warna kulit atau fahaman agama yang berbeza.




LEBIH 30,000 HADIRI RUMAH TERBUKA NIZAR

IPOH: Lebih 30,000 rakyat pelbagai lapisan menghadiri rumah terbuka Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohamamad Nizar Jamaluddin di kediaman rasminya sempena Hari Raya Aidil Fitri. Satu angka besar yang di luar jangkaan.

Nizar dan isteri Datin Seri Fatimah Taat telah meluangkan masa selama lebih tiga jam untuk beramah mesra dan bersalaman dengan para tetamu yang bermula jam 2 petang hingga 5 petang. Tetamu bagaimanapun telah mula berbondong-bondong datang mulai jam 1 petang lagi.

Pelbagai juadah disajikan termasuk satey, kuetiaw dan cendol. Nizar yang kelihatan berbaju Melayu warna jingga bersungguh-sungguh tanpa jemu dan keletihan melayani tetamu, manakala Datin Seri kelihatan turut melayani kanak-kanak yang menghulur tangan bersalaman dan tersenyum menerima angpau.

Kesesakan lalulintas jelas kelihatan ekoran kunjungan sebegitu ramai bukan sahaja di luar kediaman, malahan di dalam kawasan kediaman. Keadaan bagaimanapun terkawal.

Antara tetamu kenamaan yang kelihatan ialah barisan pimpinan DAP Encik Lim Kit Siang, exco Sdr Jamaludin Radzi, Adun Titi Serong Drs Idham Lim dan Speaker, Encik Sivakumar.




Kehadiran HINDRAF Tanpa Kekecohan Tidak Biadap – Presiden PAS


Sunday, 05 October 2008

http://buletinonline.net/images/berita12/img_4522.jpgKuala Terengganu - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru berpendapat kehadiran HINDRAF dalam majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri,

Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Rabu lalu (1 Syawal) tidak biadap kerana mereka tidak menimbulkan apa-apa kekacauan.

”Saya rasa tidak biadap, itu biasa dalam amalan demokrasi, itu satu perubahan zaman Perdana Menteri ini.

”Dia (polis) boleh halang, tak benarkan masuk, mengapa dia orang buka (benarkan), ada polis yang jaga daripada awal,” katanya ketika diminta mengulas perkara tersebut yang dianggap biadap oleh penyokong UMNO kerana kehadiran para penyokong HINDRAF ke majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dengan membawa ‘banner’ umpama demonstrasi.

http://buletinonline.net/images/berita12/img_4521.jpgBeliau yang ditemui pihak media (gambar) selepas Majlis Ijtima’ Idul Fitri di Kuala Ibai dekat sini turut menyifatkan kehadiran pemimpin dan penyokong HINDRAF dengan cara demikian adalah satu cara menunjukkan perasaan mereka dan patut dipandang secara positif.

“Cumanya cara majlis hari raya, dia orang tak boleh jumpa Perdana Menteri (masa lain), itu masa yang dia boleh jumpa,

bawa ‘banner’ itu semangat dia (HINDRAF) mungkin dia orang terasa kerana keluarga dia, sahabat dia yang kena tahan, itu satu perubahan dalam amalan demokrasi dan sepatutnya dipandang secara positif,
“saya tak nampak dia orang (HINDRAF) buat kecoh, angkat bendera (tapi) tak ada bertumbuk tak ada apa, itu satu benda yang baiklah,”tambah beliau.

Dalam perkembangan lain, beliau berharap semua pimpinan politik bersama-sama memikul tanggungjawab menghadapi ‘bencana’ politik ekonomi dunia yang berlaku hari ini.

“Kita tidak boleh memandang ringan terhadap krisis kewangan yang berlaku di Amerika,

“sudah tentu ada kesan kerana kebanyakkan negara dunia ditakluk oleh penjajahan ekonomi Amerika (melalui) penguasaan dollar,

“sudah tiba masanya Malaysia membebaskan diri daripada bergantung kepada Amerika,”katanya

Beliau turut menyarankan supaya usaha mengalihkan pelaburan Malaysia kepada negara-negara Asia Barat dan negara-negara Eropah di pertingkatkan agar pergantungan ekonomi tidak hanya kepada satu pihak sahaja.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .