Ikuti Blog ini

Tak da angin pokok tak bergoyang!!


Al-kisah dua negeri dalam negara 1Malaysia. Sebuah negeri, lokasinya di tengah, manakala yang satu lagi di utara.

Yang hat di tengah... diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi, nuuun... yang hat di utara pula, di perintah oleh puak geng 1Malaysia.

Kata sang angin yang bertiup kencang, wrestling sedang berlaku di kedua-dua buah negeri. Ya.... wrestling, berebut untuk menjadi MB.

Yang syiuknya wrestling ini berlaku dalam kem UMNO/BN. Demer sesama demer bergelut nak rebut jawatan!! Itulah budaya UMNO. Selagi tak dapat pegang jawatan yang top.. mereka tak akan berpuas hati.

Jeng... jeng... jeng... di Selangor 'angin' berkata.... Si Noh dan mantan MB anak Pak Toyo kononnya sedang berentap mahu mengisi kekosongan jawatan MB sekiranya mereka berjaya merampas kerajaan yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat!! Mak oi.... belum dapat lagi tapi konfrantasi dah bermula.Pelahap betoi ler puak-puak ni. Tapi, as usual ler..... mereka menafikannya.

Eleh.... mana ada??? Pembangkang saja buat cerita untuk alihkan pandangan rakyat daripada masalah yang sedang mereka hadapi!! Ermmm... yer ler tu!! Whatever ler.... Kata ler apa komer nak kata. Tak jadi kudis pun....

Pelik... depa dok asyik refer kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebagai pembangkang. Tak sedor yang mereka... kini adalah pembangkang!! Weh... aku dah kata, depa ni masih lagi living in denial!!! Bila nak sedor nyer tak tahu ler.

Di Perlis angin turut mengkhabarkan berita tentang pergelutan merebut jawatan MB antara Shahidan Kassin dan Isa Sabu. Ini lagi kes giler... Apakah rampsan kuasa akan berlaku di sana??Di Terengganu apa khabar?? Wrestling masih on lagi ka?? Mat Said jaga-jaga... nanti kerusi MB dirampas oleh puak-puak UMNO sebelah sana, kamu ternganga??

Nampak gayanya, gejala rampasan kuasa bukan saja berlaku di Perak tetapi sudah merebak ke Perlis pulak. Ini budaya baru dalam UMNO!! Dia sesama dia pulak ber-rampas-rampas kuasa!! Itu petanda UMNO sudah nak sampai ke penghunjung hayatnya!!

Yahoooo!! Mampuuusss UMNO!!!

Royalty Minyak: 'Pa" Tak Konsisten

Ceramah "Maulidur Rasul dan Isu-Isu Semasa" di Stadium Mini Pasir Mas, Kelantan semalam sekali lagi berjaya menghimpunkan ribuan audience yang hadir dari kawasan sekitar (ada juga yang datang jauh dari Gua Musang dan Kuala Krai bersama seisi keluarga) dan dianggarkan hampir 7 ke 8 ribu hadir malam semalam.

Ini jelas membuktikan bahawa rakyat Kelantan lebih berminat untuk mendengar penjelasan isu-isu semasa dari wakil-wakil Pakatan Rakyat berbanding dengan penjelasan dari wakil-wakil Kerajaan Pusat. khabarnya apa yang dipanggil "Ceramah Perdana" oleh badan NGO yang diketuai oleh YB Ahli Parlimen Pasir Mas tempohari (di Bangunan UMNO Kota Bharu) sekadar mampu menarik minat tidak sampai 3,000 hadirin.

Kata Tok Pa dalam ucapannya pada malam tersebut - "ini adalah program kita (UMNO maksudnya) yang paling berjaya sejak 5 tahun lepas!". begitu berbangga Tok Pa apabila berjaya mengerah penjawat awam dengan bas-bas yang mungkin disewa "khas" dan juga anak-anak muda bermotorsikal yang dibayar kehadirannya. RM20 sebiji motor kata salah seorang anak muda.

Tok Pa nampaknya begitu berminat dengan angka "20". mungkin ada nostalgianya.

Apa yang kita faham dari siri-siri ceramah anjuran baik pihak Pakatan Rakyat ataupun pihak Kerajaan Pusat ialah, mereka-mereka yang hadir lebih berminat untuk mendengar penerangan dari wakil-wakil Pakatan Rakyat kerana wakil-wakil kita (Pakatan Rakyat) lebih banyak menerangkan sesuatu isu itu dengan fakta dan hujah yang bernas dan bukannya "auta" yang melemaskan.

Ceramah "Mini" semalam juga dihadiri oleh ADUN Salor YB Haji Husam Musa, Ahli Parlimen Machang saudara YB Saifudin Nasution, ADUN Pengkalan Pasir YB Hanipa Ahmad, ADUN Tendong YB , ADUN Chetok Ustaz Haji Halim, ADUN Gual Ipoh YB Wan Yussof, TG Haji Husin (Dewan Ulama' PAS Kelantan), Ustaz Daud Iraqi (Ketua Dewan Ulama' PAS Kelantan) dan beberapa lagi saf pimpinan PAS Kelantan.

YAB Menteri Besar Kelantan TG Nik Abdul Aziz yang dijadualkan hadir sama tidak dapat hadir kerana kurang sihat.

Seperti biasa majlis dimulakan dengan solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh TG haji Husin disusuli dengan solat Hajat. Ustaz Daud Iraqi memulakan majlis ceramah dengan tazkirah dan juga sedikit ceramah Maulidur Rasul.

Ceramah seterusnya oleh YB Saifudin Nasution banyak menyentuh isu-isu semasa dan nasional seperti isu enjin jet hilang, kapal selam tak boleh menyelam, kes DSAI, SPRM, perundangan dan beberapa masalah dalaman UMNO/BN yang akhir-akhir ini semakin hilang sokongan akibat daripada kelemahan pemimpin-pemimpin UMNO/BN sendiri.

Akibat daripada kerakusan pimpinan UMNO/BN dalam usaha untuk mempertahankan kuasa yang semakin hilang, banyak badan-badan dan institusi-institusi dibawah Kerajaan Pusat digunakan sepenuhnya diluar untuk mempertahankan kuasa (UMNO/BN) sehingga mengakibatkan kepada berlakunya kerosakan sistem termasuk sistem perundangan.

Banyak undang-undang dilacurkan sewenang-wenangnya termasuk perlembagaan negara yang sepatutnya dihormati dan diangkat setinggi-tingginya dan bukannya dipijak-pijak begitu sahaja. bidang keagamaan tak perlu lagi dibicarakan kerana sejak dari dulu lagi UMNO/BN tidak pernah menghormati 1-1nya institusi yang paling tinggi martabatnya ini.

ADUN Salor YB Haji Husam Musa meneruskan ceramah malam tadi dengan penerangan yang cukup bernas berkenaan dengan isu Tuntutan Royalty Minyak Kelantan. beliau menempelek kenyataan Ahli Parlimen Jeli yang mengatakan bahawa Negeri Kelantan tidak berhak menuntut pembayaran Royalty atas hasil buminya kerana lokasinya berada diluar kawasan mengikut "Ordinan Darurat 1969".

YB Haji Husam dalam ucapannya mempersoalkan apakah rasionalnya Ahli Parlimen Jeli menafikan lokasi carigali tersebut dengan mengguna pakai "Ordinan Darurat 1969" yang telah dimansuhkan penggunaannya pada tahun 1979 iaitu 31 tahun lepas?

Kenyataan Ahli Parlimen Jeli juga dipertikaikan 1 persatu oleh YB Haji Husam kerana kebanyakannya tidak konsisten.
"mulo-mulo 'Pa' (panggilan manja Haji Husam pada Ahli Parlimen Jeli sambil disambut dengan gelak tawa audience) oyak Kelate tak dok minyok, lepas tu 'Pa' oyak Kelate tok leh claim sebab tu hasil usahasama dengan negara jiran, lepas tu 'Pa' oyak cumo buleh 'wang ehsan' sebab Keraja'e Pusat 'siye" (kesian) ko Kelate, lepas tu tibo-tibo 'Pa' oyak pulok buleh 20 juto jah (5%) dari hasil carigali akan dibayar mulo pado bule mac".
Semua kenyataan-kenyataan dari Ahli Parlimen Jeli tidak pernah konsisten.
"sekejap ada sekejap tak ada, tiba-tiba ada balik, tapi dalam bentuk lain iaitu 'wang ehsan'. tok kigho lah demo nok panggil ggapo pun, kito ado banyok dokumen-dokumen hok kito dapat dari kakitangan Petronas sendiri hok menyokong usaha Negeri Kelantan atas kapasiti Kelantan memang berhak menerima apa saja bentuk bayaran tak kira Royalty atau Wang Ehsan. yang penting, Kerajaan Pusat melalui Petronas kena bayar seperti yang termaktub dalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri".
Kata YB Haji Husam lagi, tidak kira negeri itu berada dimana asalkan ianya dalam Malaysia, hanya ada 1 perjanjian sahaja yang ditandatangani pada masa itu (1974) dan perjanjian itulah yang ditandatangani oleh semua negeri baik di Semenanjung Malaysia, Sabah mahupun Sarawak. tidak ada lagi perjanjian lain selain dari perjanjian itu.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Gua Musang (UMNO/BN) Tengku Razaleigh Hamzah, individu yang bertanggungjawab dari mula perjanjian tersebut dibincangkan, merangka perjanjian tersebut untuk direalisasikan sehinggalah ianya (perjanjian tersebut) ditandatangani oleh pihak-pihak yang terlibat.

Majoriti yang terlibat didalam merangka perjanjian tersebut mengatakan bahawa Kelantan berhak menerima bayaran tunai hasil dari galian tersebut bersama menyokong usaha Kerajaan Negeri Kelantan termasuk Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas tetapi mengapa pula pihak-pihak yang tidak pernah terlibat dalam kerja-kerja (merangka perjanjian) tersebut pula yang bersungguh-sungguh menafikan hak Negeri Kelantan?

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas akan berada di Kelantan untuk 1 program penerangan isu Tuntutan Royalty Minyak Kelantan bersama semua ADUN-ADUN Kelantan (termasuk ADUN-ADUN UMNO/BN) pada 28hb.. Februari, 2010 ini.

Sumber - :: Selamat Datang @husammusa.com

Polis Guna Akta hasutan Untuk Kekang Kebenaran Mengenai Kes Anwar : Pemimpin PR

Dua pemimpin kanan Pakatan Rakyat hari ini menjadi sasaran polis kerana memberi penjelasaan terhadap isu pertuduhan fitnah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub di soal siasat polis di Parlimen berhubung kenyataan mereka pada ceramah di Seberang Jaya Pulau Pinang 7 Februari lalu.

Polis mengambil keterangan mereka di bawah Akta Hasutan berikutan aduan yang dibuat oleh seorang anggota Polis.

Salahuddin menyifatkan tindakan polis itu sebagai hasutan bagi menghalang rakyat daripada mengetahui fakta-fakta di sebalik pertuduhan fitnah liwat yang dikenakan ke atas Anwar.

” Satu skrip telah disediakan kepada kami pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat bahawa apa jua yang menyentuh tentang perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus dituduh di bawah Akta Hasutan seperti mana yang berlaku kepada YB Manoharan” kata Salahuddin kepada para pemberita kepada pemberita di parlimen hari ini. TVS

Konspirasi II: PR Akan Lawan Habis-habisan Pembohongan Umno

Pakatan Rakyat akan menghantar perwakilan ke Australia dan Amerika Syarikat dalam masa terdekat bagi menjelaskan kedudukan sebenar berhubung perbicaraan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perwakilan yang diwakili oleh pimpinan KEADILAN, PAS dan DAP dijangka menemui 50 Ahli Parlimen Australia yang menghantar petisyen kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra bagi mendesak supaya kes datuk Seri Anwar digugurkan manakala di Amerika perwakilan itu akan bertemu Senator John Kerry, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat Amerika. Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berkata tindakan itu wajar dilakukan memandangkan Pakatan Rakyat tidak mahu pihak kerajaan Malaysia memberikan persepsi yang berat sebelah dan salah kepada dunia luar.

Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay berkata baru-baru ini Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra akan mengadakan sesi penerangan minggu depan kepada 50 Ahli Parlimen Australia berhubung perbicaraan kes Datuk Seri Anwar.

"Kemungkinan saya sendiri akan menyertai rombongan Pakatan Rakyat ke luar negara bagi memantau kenyataan dan penjelasan yang diberikan oleh pihak Kementerian Luar dan kami juga akan memberi penjelasan yang sebenarnya.

"Kita mesti pastikan Kementerian Luar tidak berbohong kepada wakil kerajaan asing dalam kes Datuk Seri Anwar dan kita akan sedaya upaya patahkan segala hujah palsu dan pembohongan Umno dan Barisan Nasional," kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu ketika dihubungi Suara Keadilan.

Jelas beliau pada masa sama Pakatan Rakyat juga akan berusaha meraih sokongan dunia luar dalam usaha mendesak kerajaan bagi memastikan kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar dilaksanakan dengan adil dan mengikut lunas perundangan negara.

Ahli politik veteran itu juga berkata tuntutan negara asing seperti Australia dan Amerika Syarikat yang mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak memastikan sistem perundangan berjalan yang adil berkaitan kes Datuk Seri Anwar sewajarnya membuka mata pemimpin negara ini bahawa segala tindak tanduk mereka diperhatikan dunia luar.

Menurutnya lagi tumpuan masyarakat antarabangsa bukan sahaja terhadap perjalanan perbicaraan malahan sistem kehakiman negara juga turut diletakkan di bawah teropong negara luar.

"Kini seluruh dunia sedang memerhatikan kes Datuk Seri Anwar dan juga sistem kehakiman negara kita sama ada benar-benar adil dalam membuat keputusan atau masih mengamalkan "double standard" seperti dahulu," tegas Karpal. -SK

Anak minta Suhakam siasat dakwaan Felda tindas peneroka


KUALA LUMPUR, 24 Feb: Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda SeMalaysia (Anak) meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengadakan siasatan awam terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana didakwa melakukan penindasan berterusan kepada peneroka.

Cadangan itu dikemukakan oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman dalam dalam satu pertemuan dan penyerahan memorandum kepada Suhakam di pejabat suruhanjaya berkenaan, petang tadi.

"Untuk lebih adil, saya minta satu public inquiry (siasatan awam) dibuat untuk mendengar sendiri aduan peneroka dan perkara ini dipanjangkan untuk tindakan yang lebih lanjut," katanya.

Mazlan mengetuai kira-kira 200 peneroka tanah rancangan Felda dari Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor untuk menyerahkan memorandum kepada Suhakam berkenaan beberapa perlanggaran hak asasi dan ketidakadilan pengerusan Felda ke atas peneroka setelah lebih 50 tahun ia diwujudkan.

Memorandum tersebut mengandungi empat aduan daripada peneroka termasuk mengenai Akta Kawasan Tanah Berkelompok (Group Settlement Act 1960) yang didakwa digunakan oleh kerajaan Umno/BN untuk mengongkong kebebasan para peneroka.

Anak juga membuat aduan mengenai wang tanam semula yang dicarum peneroka yang sehingga ke hari ini tidak diserahkan kepada peneroka.

Selain itu, aduan dibuat juga berkaitan isu ladang Felda apabila pihak pengurusan Felda bertindak menindas peneroka selain mengenai kegagalan peneroka menguruskan sendiri kebun mereka walaupun telah melangsaikn hutang kepada Felda.

Aduan itu didengar dua Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N. Subramaniam dan Datuk Khalid Ibrahim di tingkat 29 Bangunan Suhakam, sebelum menerima memorandum daripada Mazlan.

Mazlan dalam aduannya kepada Suhakam juga berkata, semua jawatankuasa yang ditubuhkan pengusan Felda tidak berpihak kepada golongan peneroka yang tidak bersetuju dengan perjanjian yang ditetapkan Felda itu menyebabkan peneroka tida tempat untuk mengadu masalah mereka.

"Sebutlah jawatankuasa apa pun di bawah Felda, semuanya tidak berpihak kepada peneroka. Kewujudan Gabungan Persatuan Wanita (GPW) di tanah-tanah rancangan menjadi mata dan telinga kepada Felda," katanya.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah peguam yang mewakili Anak iaitu Ahmad Nizam Afendi dan Suhaimi Said.

Ahmad Nizam mendakwa, perjanjian yang dibuat di antara Felda dan peneroka adalah berat sebelah dan keterlaluan.

"Perjanjian itu tidak ada tarikh tamat. Kalau ikut perjanjian tersebut, peneroka akan terikat dengan Felda dan bila sebut peneroka, ada terma yang mengikat waris, anak, cucu dan sebagainya akan terikat juga dengan Felda," katanya.

Khalid dalam responsnya dalam pertemuan itu mengakui tidak pernah mendengar sebarang aduan buruk berkaiatan Felda dan tidak menyangka terdapat banyak masalah yang membelenggu para peneroka di seluruh negara.

Pengerusi Kumpulan Kerja Aduan dan Siasatan Suhakam itu berjanji akan membincangkan aduan itu ke mesyuarat suruhanjaya pada 8 Mac depan dan akan turut mendapatkan penjelasan daripada Felda berhubung aduan itu.

Beliau juga berkata, pihaknya akan mengkaji keperluan untuk mengadakan siasatan awam seperti yang dicadangkan Anak.

"Kami menerima memorandum yangakan diserahkan pada hari ini adn akan mengkaji seluruh aduan yang dibuat sebelum membuat keputusan samaada akan mengadakan siasatan awam atau tidak. Ini bukan lagi public inquiry, tapi national inquiry kerana melibatkan seluruh Malaysia," ujarnya.

Dalam pada itu, bercakap kepada media sebelum pertemuan dengan Suhakam, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub yang juga Naib Presiden PAS berjanji akan terus membawa isu penindasan peneroka dalam perbahasan Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada 15 Mac depan.

"Kami di pihak Ahli Parlimen tidak pernah putus asa berdebat mengenai isu peneroka di Dewan Rakyat.

"Saya berjanji di atas nama ahli Parlimen bahawa kita akan tetap membahaskan mengenai akta GSA ini dan ia merupakan satu topik yang penting kerana GSA cukup menindas dan mencengkam peneroka," katanya.

Nada yang sama turut disuarakan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang mahukan nasib golongan peneroka dibela.

"Kita akui sumbangan Felda kepada perkembangan ekonomi negara. Tapi peneroka masih menghadapi banyak masalah di bawah Felda. Sebab itu kita setuju bersama gabungan ini untuk mengambil isu ini secara serius dan mengkaji dasar sekarang supaya kita benar-benar menghargai sumbangan para peneroka," katanya.

Peguam Anak, Suhaimi pula berkata, pihaknya bersedia untuk mengendalikan semua kes melibatkan tuntutan peneroka tanpa sebarang bayaran.

"Kami telah barjanji dengan anak bahawa kami akan mengambil semua kes melibatkan generasi felda. Di konvensyen peneroka baru-baru ini pun kami berjanji akan membela nasib peneroka tanpa mengenakan bayaran," katanya.

Potong bajet pelajaran, lebihkan Permata Negara : Bukti cinta Najib terhadap Rosmah?

Tahun 2010 dianggap sebagai tahun paling malang buat warga pendidik di negara ini apabila pelbagai peruntukan dipotong oleh Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Umno dan Barisan Nasional; Mohd Najib Abdul Razak.

Ramai pihak melihat alasan Perdana Menteri seperti pengurusan berhemah, perbelanjaan jimat dan pelbagai lagi ungkapan beliau perlu dinilai semula.

"Semua slogan dalam institusi pendidikan negara ini disebutkan bertujuan mengabui mata rakyat," kata seorang guru yang enggan dikenali.

Tambah beliau, antara langkah perbelanjaan yang dikatakan berhemah oleh kerajaan BN ialah membatalkan beberapa program di peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) dan lain-lain.

"Termasuk antara 'perbelanjaan berhemah' itu ialah pengurangan kursus untuk guru, tidak boleh menuntut elaun, dan beberapa lagi pemotongan yang melibatkan hampir semua institusi pendidikan di seluruh negara.

Namun, tambah beliau, pada masa yang sama, isteri kedua Najib, Rosmah Mansor menerima peruntukan RM100 juta dalam bajet 2010 selain kemudahan lain.

Baru-baru ini, akhbar arus perdana melaporkan Rosmah bersama program 'Permata Negara' anjurannya telah mengadakan Kursus Pengenalan Permata untuk Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di salah sebuah hotel, di Bangi, Selangor.

Era Pakatan difahamkan, Permata Negara ini akan diambilalih oleh KPM bermula tahun depan.

"Belanjawan peruntukan untuk program Permata Negara boleh diadakan pula dan ia diadakan di hotel pula, namun, daripada di suatu segi lain, kursus untuk para guru dikurangkan atas alasan berjimat cermat," tambah beliau.

Sumber yang bekerja sebagai guru itu berkata, peruntukan untuk para guru yang berkursus itu telah dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi dan petang,

"Kami dapat nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk makan tengah hari, semua itu atas alasan berjimat cermat, tetapi bagaimana pula dengan isteri Najib?"
soal beliau lagi. -erapakatan

Nie Pon Satu Lagi Bengong Siaran TV..!!! Hujjah di TV9

Hangpa ada tengok rancangan Hujah kat TV9 malam tadi ke? Kalau tak tengok rugi,tengok pun rugi,mana ada untung tengok tv.Buang masa saja.Sebabnya nampak sangat ahli panel yang dijemput bercakap tanpa fakta tentang apa yang dikatakan oleh UMNO (bukan rakyat yang kata)iaitu pemerintahan kuku besi dan perkauman Lim Guan Eng di Pulau Pinang.Begitulah lebih kurang tajuk rancangan Hujah tersebut.

Mamat ni nama dia Simon Lim kot kalau tak silap.Tak tau wakil dari parti mana, yang pasti dia bukan dari DAP.Akupun malas nak google dari mana mamat ni mai.Cara bercakap dia memang out la.No point.Tiada fakta.Yang ada hanya auta.Very the! Main hentam DAP saja.Tu pun ada hati nak ganti Lim Guan Eng jadi KM Pulau Pinang.Dia kata Lim orang Melaka boleh jadi KM Pulau Pinang takkan dia dari Johor tak boleh jadi KM Pulau Pinang. Kah! Kah! Kah! Kalau nak jadi KM sangat tunggu la PRU 13 nanti ambik calon kat Penang. Nak tengok hang jadi Ketua Menteri ka Ketua Mentara. Ketua mentara ni kalau hang nak tau ketua tukang angkat nasi dan ayaq bila ada kenduri kawin.

Mamat ni pulak bila Prof.Agus tanya pasai pa Umno tak kecoh bila negeri lain seperti Pahang,Perlis tak buat perarakan Maulidur Rasul,dia boleh kata negeri lain berbeza dari segi sensitiviti berbanding rakyat Pulau Pinang.Dia tak tau ka yang tak puas hati tu cuma Umno je.Mangkuk besi punya jawapan dari seorang profesor.Ini profesor atau kailan ikan masin ni? Aku tengah lapar ni....dapat cilok dengan telur dadar sedap ni....kah kah kah...

Kepada TV9,lain kali kalau nak bercakap pasal Pulau Pinang,panggil la Lim Guan Eng turun.Atau panggil la Timbalan Ketua Menteri ka. Dengaq cerita minggu depan Hujah nak sambung lagi dengan panel yang sama tapi dengan tajuk "Ke mana hala tuju DAP selepas ini?". Aku rasa kalau hangpa nak gunakan panel yang sama baik hangpa tukaq tajuk lain la.Nak cakap pasal DAP panggil la orang DAP masuk studio.Kalau tidak, baik tukar tajuk jadi "Ke mana hala tuju kambing di musim kemarau".biaqpila.blogspot.com betulla.

Amalan Kerajaan Haram Perak… Ulasan DS Nizar



Sama-sama Kita Bakar Utusan Hari Ini

Program boikot Utusan Malaysia sememangnya layak dilakukan demi menunjukkan bantahan atas kedangkalan sebauah akhbar yang dikataka Penyebar Fitnah Rakyat.

Program Ceramah 'Selamatkan Malaysia' akan mengumpulkan pemimpin PR hari ini, 24 Februari, kira-kira jam 9 malam.

Program ini turut dihadiri oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ketua Angkatan Muda PKR Malaysia Shamsul Iskandar Md. Akin dan pimpinan-pemimpin PR lain.

Upacara 'membakar' akhbar Utusan Malaysia dan bahan penerbitan lain yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia akan diadakan pada program itu.

Upacara 'membakar Utusan Malaysia' itu dilaporkan akan diketuai oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia sebagai tanda protes terhadap liputan Utusan Malaysia yang dikatakan berat sebelah dan pro-kerajaan.

Editor The Sunday Guardian Kecam Institusi Kehakiman Malaysia

Selepas Ahli Parlimen Australia dan Senat Amerika Syarikat, kini editor The Sunday Guardian, MJ Akbar pula menyifatkan perbicaraan kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ada yang tidak kena.

Penulis buku 'Kashmir: Behind the Vail', 'Riot after Riot' dan 'India: The Siege Within' itu melabel demikian berdasarkan pengamatan, selain berkongsi maklumat dengan media dan peguam.

"Seperti yang kita perhatikan, perbicaraan ini tampak begitu rompong. Perbicaraan ini penuh dengan kesilapan. Pada pandangan saya, saya tidak menyangkal hanya perbicaraan yang adil dapat melengkapkan segalanya," katanya kepada TV Selangor.

Beliau memberi pandangan peribadi itu apabila diminta mengulas mengenai proses kehakiman yang hangat diperkatakan, ketika mengadakan lawatan ke Malaysia bertemu Anwar bagi memberi sokongan moral.

Akbar petang semalam mengadakan dialog bersama wakil media dan penulis blog bebas di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sesi dialog selama satu jam itu membincangkan keberkesanan komunikasi dalam media melalui mesej yang disampaikan selain bentuk pengolahan sempurna untuk tatapan umum.

Beliau berkongsi pengalaman tentang kuasa penulisan kreatif yang boleh mengubah persepsi dan pendirian pembaca, dengan menggunakan mesej ringkas mampu memberi impak lebih besar berbanding penulisan kompleks.

Akbar yang dijadual pulang ke New Delhi hari ini, turut mengulas peranan komunikasi media sebagai medium penting dalam menyampaikan mesej individu kepada umum. -erapakatan



Tok Pa Pengkhianat No-1 Negeri Kelantan...!!!

Tengok gambar dulu...
Lepas tu baca petikan berita:
Kerajaan Persekutuan memutuskan sebanyak RM20 juta "wang ehsan" diberikan kepada Kelantan yang akan dibayar pada Mac ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau juga menjelaskan Kerajaan Pusat tidak dapat menyerahkan sepenuhnya RM20 juta itu untuk ditadbir sendiri oleh Kerajaan Kelantan kerana khuatir "wang ehsan" itu akan di"SALAH GUNA" bagi tujuan lain.

Katanya wang itu akan dimanfaatkan dengan "TELUS" bagi membantu rakyat Kelantan meningkatkan tahap pendidikan, membasmi kemiskinan dan keperluan lain yang difikir perlu oleh satu Jawatankuasa Khas.
Sambung balik tengok gambar...
Ni projek Kerajaan Malaysia...
Nampak tak tarikh mula projek bila..?

Tarikh Mula: 1hb Dis.2008... Tarikh Siap: 31hb Julai 2009

Apa cerita Tok Pa..?

Ulang balik "kata-kata hikmat" dari Tok Pa...
Beliau juga menjelaskan kerajaan Pusat tidak dapat menyerahkan sepenuhnya RM20 juta itu untuk ditadbir sendiri oleh Kerajaan Kelantan kerana khuatir "wang ehsan" itu akan di"SALAH GUNA" bagi tujuan lain.
Betul ke ayat Tok Pa tu..? kira-kiranya Kerajaan Pusat geng Tok Pa tu lagi TELUS la dari Kerajaan Negeri Kelantan ya Tok Pa..?

TELUS... sebab tu la Projek yang patutnya makan masa 6 bulan je tak siap-siap sampai sekarang... bukan setakat tak siap, PEMBINAAN PUN TAK MULA LAGI..! setakat pacak papan projek merata-rata, tulis besar-besar dekat papan projek "Kerajaan Malaysia", "1 Lagi Projek Pembangunan Oleh Kerajaan BN", anak Kontraktor Kelas "F" pun boleh buat...!!!

Oi Tok Pa..! Jambatan 2 lorong dekat Manek Urai yang BN janji masa Pilihanraya Kecil Manek Urai yang regenya lebih 7 juta apa cerita..?

Jambatan ke-2 Sultan Mohamad ke-IV apa cerita..?

Duit Katering supplier gerai makan yang dok jamu orang ramai masa PM Murujib datang Kota Bharu dekat Kompleks Sekolah bulan Ogos tahun lepas tak sampai RM300,000 apa cerita..?

Bila nak bayar..?
Oi Tok Pa..! kalau dengan peniaga 100% Melayu ahli dan penyokong UMNO tak sampai RM setengah juta pun tak boleh nak jelas sampai sekarang......

TAK PAYAH NAK SEMBANG PASAL "WANG EHSAN" LAAAAAA...!!!
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .