Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengkritik keras tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari dengan menyifatkannya sebagai "tindakan mengampu"."Tindakan kepada Prof Aziz Bari merupakan sesuatu yang amat memalukan dunia akademik kita.
"Tindakan ini tiada asas ilmu sama sekali sebab dalam dunia ilmu setiap orang berhak berbicara atas asas fakta dan ijtihad.
"Tindakan ini adalah tindakan mengampu," kata fellow pelawat di Universiti Oxford itu.
Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri (kanan) menyifatkannya sebagai "tindakan yang paling tidak bertamadun dalam dunia akademik".
Beliau bahkan sinis terhadap apa yang dirujuknya sebagai "kepimpinan baru di UIA" yang tidak melambang ketokohan akademik, tetapi lebih kepada nilai-nilai politik.
"Kepimpinan UIA sekarang tidak di bawah orang yang terbilang dari segi pemikiran dan dunia ilmu sebaliknya orang yang berpotensi melakukan tindakan yang melambangkan kejumudan fikiran yang bertentangan dengan norma dunia akademik," katanya.
Kakitangan UM: Tanam ketakutan
Katanya, setahu beliau rektor UIA sekarang merupakan ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), justeru beliau bimbang berlaku konflik kepentingan dalam tindakan mengambil tindakan terhadap Aziz.
"Sebagai lepasan UIA, saya rasa telah berlaku kesilapan besar dalam pengurusan akademik di UIA hari ini.
"UIA yang patut bertaraf pusat pendidikan dunia, telah bertukar menjadi pejabat agama yang penuh kesempitan fikiran," katanya.
Tindakan terhadap Aziz, termasuk disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berpunca daripada komennya terhadap Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - bawah MAIS - terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya.
Dr Asri mengibaratkan tindakan UIA itu seperti "mencampak diri ke zaman kegelapan Katholik yang membakar tokoh-tokoh akademik protestan atas tuduhan derhaka kepada istana dan heresy (menyeleweng) kepada agama".
Sementara itu, Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) hari ini turut menentang tindakan pelbagai pihak terhadap Aziz - termasuk oleh polis dan UIA - kerana ia didakwa mencabul kebebasan akademik dan berekspresi.
"Tindakan oleh kerajaan dan UIA ini akan menanam ketakutan dalam masyarakat akademik," kata presidennya Azmi Sharom.
Sehubungan itu, persatuan itu menggesa siasatan polis bawah akta hasutan dihentikan dan pengantungan terhadapnya ditamatkan serta merta.

KUALA LUMPUR, 20 Okt: "Apa salahnya saya menjadi alat kepada Islam yang merupakan the way of life?" tanya bekas selebriti terkenal, Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhamad Hakim Lokman.
Pengerusi NGO Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Abd Razab berkata, dijangkakan hampir 1,500 mahasiswa dan anak muda akan hadir bagi "mempertahankan kebebasan akademik".
Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin (kanan) turut menggesa seluruh alumni universiti itu turut serta mengadakan protes di UIA pada masa yang sama.
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Para pemimpin Umno ditemplek pada persidangan Dewan Rakyat hari ini kerana pernah mengatakan 'binatang' kepada Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada satu kejadian di Kuala Terengganu beberapa tahun lalu.
Perkataan "Natang" atau "Menatang" yang bermaksud "binatang" itu diucapkan oleh pemimpin Umno yang ditujukan kepada Tuanku Mizan, ketika kumpulan pemimpin parti itu yang menyokong Datuk Idris Jusoh menentang perlantikan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru. 
Bercakap dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Makhtar mendakwa, tulisan dalam blog tersebut turut menyertakan foto yang didakwa sebagai perempuan simpanan berkenaan.










