Ikuti Blog ini
UMNO Masih Nak Guna Musa Hassan , at 3.9.09,
Pengumuman itu dibuat dalam satu kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam hari ini.
Kelmarin, PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya menolak pelantikan semula beliau dengan alasan peningkatan kadar jenayah yang gagal dibendung dan muncul dakwaan terbaru bahawa wujud penglibatan kongsi gelap dalam mengatur kenaikan pangkat pegawai polis.
Sekalipun Musa telah dilanjutkan tempoh perkhidmatannya, rekodnya yang tercemar itu tidak memungkinkan rakyat dapat menerimanya dan beliau akan terus menerima kritikan serta tentangan dari masyarakat.
Bagi sesetengah pemerhati politik, lanjutan tempoh Musa Hassan mempunyai motif yang terselindung, agar Musa diberi peluang menghabiskan "missi" di dalam perencanaannya bersama Peguam Negara untuk mempastikan plot isu liwat2 terlaksana.
Ahmad Zahid Cuba Bodohkan 1Malaysia , at 3.9.09,
"Hak untuk mengesahkan atau membatalkan kedudukan seseorang Adun itu bukan kuasa DUN tetapi SPR. Justeru itu apabila SPR telah membuat keputusan, kita perlu hormati keputusan itu," kata Menteri Pertahanan itu, Bernama dipetik.
Kenyataan Ahmad Zahid tersebut telah menerima kritikan banyak pihak terutama dari pengamal undang-undang dan pemerhati politik yang menyifatkan kenyataan Zahid tersebut cuba untuk "memaksa" rakyat menerim apa saja keuputusan yang diberikan sekalipun keputusan itu jelas tidak betul dan tidak mengikut undang-undang.
Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim ketika diajukan keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam kes Kota Seputeh berkata tindakan SPR itu mengelirukan.
Inilah ungkapan ringkas menggambarkan reaksi terhadap keputusan yang diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof apabila mengekalkan kerusi Dun Kota Seputeh kepada Datuk Abu Hassan Sarif.
Menurut Aziz, dua mesyuarat untuk dua penggal yang berbeza dan surat cuti sakit menjadi bukti kepada SPR bagi mengekalkan kerusi terbabit.
Sedangkan Perkara 51, Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah menyebut dua mesyuarat berturut-turut tidak hadir membolehkan kerusi yang disandang dikosongkan.
Begitu juga Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan, Bahagian Pertama Perkara 38 menyebut ketiadaan hadir, mana-mana ahli tanpa mendapat perkenan Speaker bagi tempoh enam bulan maka Speaker bolehlah menetapkan tempatnya itu kosong.
Mengulas lanjut Mohd Zaki berkata, keputusan yang dibuat SPR menggambarkan campurtangan suruhanjaya itu dalam pentafsiran undang-undang.
Katanya, campurtangan SPR dalam bidang kuasa Speaker Dun Kedah amat dikesali.
Ahmad Zahid menambah lagi bahawa adalah hak pembangkang untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka "tetapi bagi pihak UMNO dan BN keseluruhannya, kita hormati apa yang diputuskan SPR kerana badan itu mempunyai authoriti untuk menentukan berdasarkan bukti dan peraturan sedia ada."
Namun pemerhati politik berpendapat bahawa tindakan SPR itu adalah bersandarkan kepada "nasihat" dan "arahan" dari Peguam Negara yang dilihat telah terlalu banyak campurtangan di dalam urusan pentadbiran negara dan menjadi penetu kepada hal-hal yang melibatkan undang-undang dan kehakiman sejak dari zaman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun) menjadi Perdana Menteri lagi.
Peguam Negara telah berkali-kali membuat tafsiran sendiri dan bertindak ultra vires untuk disesuaikan keputusan-keputusannya dengan kepentingan parti pemerintah UMNO-BN tanpa sebarang bantahan.
Sementelah itu kenyataan Zahid itu dilihat hanya apabila keputusan SPR menyebelahi pihak UMNO-BN. Jika keputusan itu tidak menyebalah UMNO-BN, jangankan keputusan SPR, keputusan hakim mahkamah pun akan ditentang.
Contohnya di dalam isu Menteri Besar Perak di mana hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan dengan segala hujjah (lisan dan bertulis) bahawa Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah.
Ia memberikan satu kejutan kepada UMNO BN sehingga campurtangan politik (Datuk Seri Najib sendiri memberi amaran kepada Pakatan Rakyat supaya jangan gembira sangat dengan keputusan itu yang menunjukkan beliau akan berusaha untuk menterbalikkan keputusan tersebut), di Mahkamah Rayuan tiba-tiba Zambry diisytiharkan MB Perak.
Justeru itu, kita ingin memberitahu kepada Ahmad Zahid dan sekalian pemimpin UMNO supaya jangan gembira sangat dengan keputusan SPR berkenaan kerana,
Dan orang-orang itupun merancangkan tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas tipu daya. Ali Imran :54
Sidang Dun bertaraf empat bintang , at 3.9.09,
Sidang DUN Perak yang dipanggil oleh Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar mengesahkan keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM500,000 ke atas Speaker BN, Datuk R Ganesan and ADUN Bebas pro-BN, Hee Yit Foong.
Isu Royalti; Ada Kecenderungan Kerajaan Pusat Tidak Akan Bayar , at 3.9.09,
KUALA TERENGGANU – Penyerahan kembali wang royalti petroleum kepangkuan negeri Terengganu sebagaimana di hebohkan sebelum ini adalah satu retorik dan merupakan publisiti politik Umno dan Barisan Nasional (BN).
Sehingga kini, kerajaan Terengganu masih belum menerima wang tersebut, sebagaimana didedahkan oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini.
Malah, dalam rundingan dengan kerajaan pusat, ada kecenderungan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Pusat tidak mahu mengembalikan bayaran wang royalti sepenuhnya kepada kerajaan negeri Terengganu
(Gambar - serahan wang royalti pada 13 Disember tahun lalu hanya satu retorika dan publisiti politik murahan)
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib berkata bayaran royalti lewat dan masih tidak dibayar kepada kerajaan dan rakyat Terengganu kerana wang tersebut telah digunakan oleh kerajaan Persekutuan.
Setelah dibelanjakan, katanya, kemungkinan wang tersebut sudah tidak ada, dan sukar untuk kerajaan Persekutuan membayarnya semula.
”Sebab itu saya dengar (apa yang dibelanjakan untuk pembangunan) di lapangan terbang (Sultan Mahmud) dan (perbelanjaan yang digunakan) untuk menambak pantai, dia (kerajaan pusat) tidak mahu bayar,
”bagi saya ini usaha Umno Pusat, kerajaan Pusat sendiri (yang) menindas kerajaan negeri Terengganu,”katanya.
Dalam isu yang sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mendesak kerajaan Pusat supaya menyelesaikan isu royalti tersebut dengan kadar segera.
”Kita (PAS) mahu memberikan penekanan supaya balik (kembalikan) semula royalti (sepenuhnya) pada bulan sembilan (September) ini,
”yang kedua, pastikan jumlah RM8 bilion (yang telah digunakan kerajaan Pusat) dapat balik, pasal sekarang ada kecenderungan (kerajaan Pusat) nak potong itu, nak potong ini, macam-macam nak potong, tidak mahu bayar sepenuhnya,”ujarnya.
Beliau ketika dihubungi semalam, mengulangi pendirian tegas sebagaimana yang diucapkannya ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangn Negeri Terengganu 26 Ogos lalu.
”Kita akan mendesak, kerana itu hak negeri, kita ada maruah dan kita ada harga diri dan pengkhianatan itu dilakukan sewaktu kita (PAS) memerintah,”jelasnya.
Menururtnya PAS menuntut isu royalti diselesaikan atas kepentingan seluruh rakyat Terengganu yang telah dizalimi dari dulu hingga sekarang.
Katanya, atas perjanjian (Akta Petroleum 1974) yang sama, Sabah dan sarawak mendapat bayaran royalti sepenuhnya, sedangkan hak rakyat Terengganu dinafikan.
Beliau turut mempertikaikan mengapa wang tersebut digunakan oleh kerajaan Pusat untuk membiayai perbelanjaan negeri lain, dan rakyat Terengganu tidak mendapat faedah secara langsung dari penggunaan wang tersebut.
”Dan orang lain guna duit kita untuk belanja, benda-benda bukan untuk manfaat rakyat negeri,
”tambah pula hok (yang) dia bagi (beri) kat negeri itu pun, buat benda-benda yang rakyat tak dapat faedah secara langsung, sehinggakan sana runtuh, sini bocor.....,”tegas ADUN Wakaf Mempelam itu.
Apabila ditanya, apakah tindakan khusus yang akan diambil oleh PAS bagi menyelesaikan isu tersebut, Wahid selaku Ahli Parlimen Kuala Terengganu, berkata, beliau akan terus menimbulkan isu royalti tersebut di Dewan Rakyat.
Beliau berkata, sekiranya kerajaan Pusat masih berkeras dan tidak mahu menyelesaikan isu berkaitan sepenuhnya, PAS akan menggerakkan rakyat untuk turun ke jalan raya.
”Atas nama (Ahli) Parlimen saya akan teruskan membawa (isu ini) ke parlimen kerana (kalau hendak diharapkan) anggota parlimen Barisan Nasional (dari Terengganu), mereka tidak (pernah) sebut pun hal royalti, pasal mereka tahu ini pengkhianatan mereka daripada awal,
”Kita (PAS) akan tengok sampai bila, kalau tidak bagi lagi mungkin akan gerakkan rakyat Terengganu untuk satu demonstrasi dalam menuntut kerajaan Pusat untuk mempastikan royalti itu diberi balik,”tambahnya
Sehingga kini, Wahid telah mengemukakan tiga usul berkenaan royalti minyak Terengganu ke dalam Sidang Dewan Undangan Negeri.
Mutakhir, pada 25 Ogos lalu, beliau memohon dibawah Fasal 30 supaya Dewan ditangguhkan bagi membincangkan ’Status Terkini Royalti Petroleum Terengganu’ kerana ia adalah perkara yang mustahak bagi orang ramai.
Usul tersebut telah ditolak oleh Yang Dipertua DUN Terengganu, tanpa alasan yang konkrit.
Sidang DUN 2 Sept.- Samseng UMNO membuat kecoh dan menjerit-jerit , at 3.9.09,
tajaan Umno seronok dapat upah baju-t kuning