Ikuti Blog ini
Koperal Jadi ‘Kambing Hitam’ PDRM , at 9.10.11,
Bukti gambar yang telah tersebar di seluruh dunia.
KUALA LUMPUR, 9 Okt-Bersih 2.0 mendakwa pihak berkuasa telah menjadikan seorang anggota polis sebagai “kambing hitam” memikul tangungjawab penuh dalam kes kontroversi melepaskan gas pemedih mata ketika meleraikan penunjuk perasaan di kawasan Hospital Tung Shin di sini 9 Julai lalu. “Ini sesuatu yang mengarut. Setiap orang ada melihat... keseluruhan dunia telah menonton video. Seorang anggota dijadikan kambing hitam.
“Jika anda mengatakan hanya seorang, adakah mereka telah mengadakan siasatan lengkap? Bagaimana mereka boleh kata hanya seorang sahaja (yang terlibat)?” kata anggota jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah kepada The Malaysian Insider.
“Mereka seperti Menteri Kesihatan (Datuk Seri Liow Tiong Lai) yang menafikan Tung Shin dijadikan sasaran, ini satu penafian lebih seorang anggota polis terlibat,” kata Chin.
Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh memberi jaminan akan mengambil tindakan disiplin ke atas seorang anggota — yang berpangkat koperal — jika didapati bersalah melanggar garis panduan operasi (SOP) semasa meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin.
Namun, beliau berkata pihaknya masih mengumpulkan bukti bagi menyiasat kesahihan dakwaan bahawa anggota berkenaan bertindak di luar SOP semasa melaksanakan tugas.
“Kita akan ambil tindakan disiplin dan tatatertib di peringkat IPK (ibu pejabat polis Kuala Lumpur) jika siasatan mendapati perkara itu benar,” kata beliau.
Kenyataan Kementerian Dalam Negeri pada Selasa lalu menyebut siasatan Kementerian Kesihatan mengesahkan polis telah melanggar SOP dan bertindak secara tidak beretika ketika hendak meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin.
Lagi bukti gambar yang telah tersebar di seluruh dunia.
Sidang akhbar PEMBOHONGAN Menteri Kesihatan dan Lembaga Pengarah Hospital Tung Shin.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata, anggota polis yang didapati bersalah akan dirujuk kepada lembaga disiplin Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Mahmood berkata, Kementerian Dalam Negeri mengambil maklum hasil laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi, Kementerian Kesihatan mengenai insiden gas pemedih mata dan meriam air ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin.
“Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis oleh kakitangan PDRM ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis hospital tersebut,” kata beliau.
Mahmood menambah, laporan itu antara lain menyebut bahawa berlaku semburan air oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama hospital itu.
“Bagaimanapun, tindakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di dalam kawasan hospital,” kata beliau lagi.
Mahmood juga berkata laporan itu menunjukan bahawa berlaku tembakan gas pemedih mata dari arah premis Waz Lian oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital, dan bagaimanapun, dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital berkenaan.
“Berlaku lontaran ‘bom asap’ oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan Hospital Bersalin Cina,” kata beliau.
Berhubung insiden lontaran bom asap, kata Mahmood, hasil siasatan mendapati ia bukan berlaku dalam kawasan Hospital Tung Shin tetapi di kawasan Hospital Bersalin Cina di mana dari segi pentadbirannya, adalah berasingan daripada Hospital Bersalin Cina.
“Pihak Hospital Bersalin Cina sebenarnya telah memberhentikan operasinya semenjak September 2006 kerana akan dibuat pengubahsuaian secara makro atau menyeluruh terhadap keseluruhan premisnya yang akan bermula pada Disember 2011,” katanya lagi.
Oleh Lisa J. Ariffin
Perkasa Cemburu Namewee Kebal Undang-undang , at 9.10.11,
Naib Ketua Wira Perkasa, Nurul Izham Anuar menggelar kerajaan sebagai `serigala hilang taring’ kerana takut bertindak ke atas Namewee yang kini menjadi pengarah filem Nasi Lemak 2.0.
“Namewee ini bebas buat apa sahaja selepas dimaafkan,” katanya.
Menurutnya, pandangan beliau itu bukan kerana Namewe seorang yang berketurunan Cina.
Beliau bertanya adakah Namewee dihukum atas kesalahannya mempersendakan lagu Negaraku dan azan?
“Jawabannya tidak. Namewee terus kebal, tiada tindakan diambil ke atas penghinan Negaraku sehingga kini.
“Mengapa dia begitu kebal,? tanya Nurul.
Namewee pernah mencetuskan kontroversi pada tahun 2009 apabila menyanyikan lagu Negarakuku ketika belajar di Taiwan.
Contoh buruk
Beliau berkata, pendirian Wira Perkasa mengenai perkara itu adalah jelas dan konsisten.
Katanya, Namewee adalah contoh yang buruk untuk diikuti oleh generasi baru dan kerajaan tidak seharusnya membiarkannya mempersendakan kerajaan dan rakyat.
Menurutnya, Wira Perkasa sangat khuatir apa yang dilakukan Namewee iaitu dengan hanya memohon maaf maka sesuatu itu boleh dianggap selesai.
Nurul juga mendakwa, Namewee mendapat perhatian istimewa kerajaan dalam pelbagai isu.
“Apa yang hebatnya lelaki ini diberikan perhatian begitu? Kita juga tidak ralat sekiranya ramai lagi Namewee bakal lahir selepas ini,” tambahnya. -FMT

Himpunan Hijau Dihalang Bukti Najib Altantuya Penipu , at 9.10.11,
Dinamakan "Himpunan Hijau 109", penhimpunan itu dipendekkan oleh anggota polis yang menghalang penceremah membuat ucapan.
Permit berhimpun dalam program NGO alam sekitar itu ditarik balik malam tadi ekoran terdapat program khidmat negara.
Bagaimanapun pagi ini, mereka tetap berkumpula mulai jam 8.30 pagi di bawah pemerhatian kira-kira 50 anggota polis.
Orang ramai kelihatan enggan berganjak dan membina perisai manusia tetapi selepas ditolak polis polis mereka menjadi marah dan mula "mengeboo" serta meneriakkan slogan "Hidup rakyat".
Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd Jasmani Yusof bagaimanapun tetap menegaskan supaya orang ramai bersurai.
Najib KENA TIPU lagi? , at 9.10.11,
Perdana Menteri Najib Razak kelihatan gembira dengan sambutan rakyat ketika melawat Ijok dan Gombak semalam. Diberitakan begitu ramai sekali rakyat yang turun menyambut beliau.
Najib memberitahu hadirin yang kebanyakannya warga emas, bahawa ke mana-mana sahaja beliau pergi hari ini, beliau disambut dengan berjabat salam, dan ada yang "tidak mahu untuk melepaskannya".
Memulakan lawatannya di Ijok pagi semalam, Najib Razak turun padang untuk membuktikan kepada rakyat Selangor bahawa sudah tiba masanya untuk kerajaan Pakatan Rakyat 'angkat bungkus'.
Berucap kepada penyokong BN dan rakyat di Gombak - destinasi terakhir lawatannya semalam- Najib berkata Ijok dipilih sebagai permulaan lawatannya kerana ia kini diwakili Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ternyata sekali lagi Najib ditipu oleh pengampu beliau di Selangor di ketuai oleh Noh Omar, Satim Diman dan lain-lain. Orang ramai yang hadir tersebut seperti biasa diupah dan diangkut ke tempat program, Majoritinya hadir hanya kerana adanya umpan, Ada juga yang dipaksa oleh majikan dan pihak atasan. Ini semua sudah menjadi skrip dan skema lawatan Najib ke seluruh negara. Jika tiada umpan dan paksaan sudah tentu tidak ramai yang secara suka rela datang menyambut pemimpin seperti Najib yang sudah lama dikenali rakyat.
Walaupun Najib berkali-kali berkata jangan syok sendiri dan jangan cuba menipu beliau tetapi hakikatnya setiap kali lawatannya bertemu rakyat walau di mana jua, beliau sering ditipu oleh pengampu-pengampunya.
Hakikatnya rakyat di negeri Selangor sebenarnya amat senang dengan kerajaan negeri yang ada sekarang. Jika BN menang di Selangor sudah tentu kemenangan itu didorong oleh faktor lain yang bersalahan dengan undang-undang.
Mutaligat
Tiunasing Punya Menteli.... , at 9.10.11,
Kenyataan beliau yang menyatakan bahawa "Hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud jelas tidak mengambil kira pandangan ramai rakyat Malaysia. MCA telah menyuarakan bantahan mengenai isu ini kerana undang-undang itu tidak relevan bagi masyarakat berbilang kaum seperti kita," katanya.
Woii bulung Tioungg..lu jangan cakap apa yang pemimpin bengong Umno ajar sama lu,Ini undang-undang mahu kasi jalan di Kelantan yang 99% rakyatnya adalah olang Melayu Islam maa..Ini undang undang hanya kena sama olang Islam,sebab nanti lepas mati ada hari pembalasan maaa..Olang islam kalau sudah kena hukum sama ini undang-undang Hudud,nanti lepas mati kita olang sudah lepas maa..
Orang bukan islam kalau ada lu punya agama punya undang2 yang boleh kasi lepas lu olang lepas mampiuhh nanti lu ikut laa.Apa hal olang lain punya undang-undang untuk kita punya penganut agama lu mau sibuk dan halanggg..
Lu jangan ikut itu pemimpin bengong Umno cakap maa..dia olang takut kalau Kelantan jalan ini undang2.. ini negeri gerenti aman dan selamat,sebab ini Tuhan Alah punya undang-undang mau kasi jaga di punya hamba dan dia punya bumi...
Kalau kelantan aman dan selamat..sudah pasti rakyat negeri lain pun mahu maa..ini la yang pemimpin bengong Umno takut,sebab ini olang manyak bikin rasuah,tipu culi duit rakyat dan zalim sama ini rakyat Ooo..itu pasai ini olang manyak takut maa..
Nombor satu...dia punya bini selupa itu lion king..kalau jalan ini undang-undang Islam,kena tutup aurat maa..habis la dia punya jambul!!Ini sambong punya pompuan mana mahu itu undang2 Islam maaa..dia ingat boleh hidup selibu tawun maa..lu sendili ingat..Jangan kacau olang lain punya agama maa..tiam-tiam duduk itu menteli punya tempat sudah laa... karat E-jau
Najib Gagal Fahami Konsep Negara Berkebajikan , at 9.10.11,
Berikutan ucapan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan belanjawan 2012 di parlimen sebentar tadi bahawa BN telah melaksanakan konsep negara berkebajikan, PAS ingin menegaskan bahawa Najib tidak memahami konsep negara berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Paling penting beliau harus memahami tiga ciri asas negara berkebajikan yang hampir tidak dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional sehingga kini.
Pertamanya negara berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti. Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti. Keduanya negara berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil. Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua. Nampaknya Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan ini sebagai Menteri Kewangan gagal sama sekali memahami apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai Negara Berkebajikan.

Tindakan kerajaan terus menafikan royalti minyak di Kelantan dan Terengganu sejak bertahun-tahun, jelas menggambarkan ciri pengkhianatan dan tidak menepati perjanjian, malah jauh sekali memenuhi ciri negara berkebajikan. Begitu juga dengan pemberian bantuan kepada rakyat yang bersifat bermusim dikala kerajaan memerlukan undi rakyat dan membiarkan rakyat tersepit dengan kenaikan harga barang dan petrol di luar waktu pilihanraya. Ini semua jelas kepada kita, hampir tiada ciri-ciri negara berkebajikan yang dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional.
Begitu juga dengan manipulasi sistem pilihanraya melalui undi pos, daftar pemilih yang kotor, penggunaan jentera kerajaan dan memberi IC kepada warganegara asing untuk mengundi, jelas satu tindakan tidak berintegriti dan tidak amanah serta menutup pintu muhasabah oleh rakyat dalam pilihanraya. Ini hanya beberapa contoh jelas bahawa BN jauh sekali menepati konsep negara berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS. Oleh itu rakyat harus sedar bahawa ‘Negara Berkebajikan’ yang hendak dibawa oleh PAS bersama Pakatan Rakyat jauh lebih besar dan luas kerangkanya meliputi hak rakyat untuk dilayan secara adil, agihan ekonomi yang adil, hak bepolitik secara bebas, keperluan sosial yang wajib dipenuhi, pemimpin dan rakyat yang berintegiti dan seterusnya membentuk Malaysia yang sejahtera dalam semua aspek, bukan sekali-kali bersifat pemberian habuan bersifat sementara dimasa rakyat diperlukan semata-mata.
Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Generasi facebook, twitter bakal tumbangkan Umno-BN , at 9.10.11,
KUALA TERENGGANU: PAS mendakwa Umno-BN bakal tumbang dalam pilihan raya akan datang di tangan anak-anak muda facebook, twitter dan blogger.Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata anak-anak muda sekarang ini maklumatnya hanya dihujung jari.
Malah katanya, 80 pera tus golongan tersebut telah menolak hujah Umno dan BN kerana mereka men dapat maklumat first hand.
“Anak-anak muda sekarang ini maklumat di hujung jari. Jangan lupa generasi baru sekarang generasi facebook, generasi twitter, gene rasi bloggers dan generasi internet.
“Mereka ini mendapat maklumat first hand dan 80 peratus golongan ini telah menolak hujah Umno dan Barisan Nasional.
ìIngat golongan anak muda facebook inilah yang menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak dan anak muda inilah yang akan mengguling kerajaan Umno-BN dalam pilihan raya akan datang,” tegasnya di hadapan 4000 hadirin.
Beliau berkata demikian ketika berucap sebagai salah seorang ahli panel Forum Rakyat Sempena Merdeka di Markas Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, dekat sini, 25 September lalu.
Menurutnya, Umno-BN melakukan pelbagai cara fitnah terutama melalui media Utusan Malaysia bagi memenangi hati rakyat.
Bahkan katanya, Umno dan BN berkempen seolah-olah ala tahun 60-an dengan menggunakan akhbar berkenaan.
Menurutnya, rakyat di negara ini terutama daripada kalangan kaum Cina dan India semakin kuat menolak kerajaan BN. “Rakyat telah berubah tetapi pemerintah belum lagi berubah. Dia masih berkempen ala tahun 60-an.
“Kajian yang dibuat orang Tionghoa 80 peratus tidak mengundi BN. Orang India sedang meningkat sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat,” jelasnya.
Oleh itu kata Mohamad, kekuatan Umno-BN hanya kepada orang Melayu terutama yang berada di luar bandar.
Menurutnya, Umno-BN berusaha menambahkan sokongan orang Melayu terhadap parti itu dengan diputar-belit kenyataan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.
Forum tersebut turut mengundang dua ahli panel iaitu Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa, Profesor Dr Mohamad Abu Bakar dan Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah sebagai moderatornya.
Oleh KHAIRU AZLAM MOHAMAD
Gangguan Terhadap Program Pakatan Rakyat, Sampai Bila Mahu Bersabar ? , at 9.10.11,
SEJAK kebelakangan ini nampaknya kegiatan haramjadah kumpulan samseng upahan yang `berlesen' sudah semakin menjadi-jadi mengganggu setiap program Parti Pembangkang, khususnya yang melibatkan DS Anwar dan Mat Sabu. Kita pula asyik membuat laporan Polis sedangkan kita tahu Polis bukan tidak tahu kejadian itu berlaku kerana Polis sendiri melihat dan menonton kelakuan kumpulan haramjadah itu.
Sebagai contoh di Bera, K.Lipis bulan yang lalu. Ceramah DS Anwar diganggu oleh maki hamun dari betina tua yang masih bujang, Umi Hafilda. Betina itu menyalak bagaikan anjing betina yang mahu beranak di rumah YB Umno bertentangan dengan pentas ceramah DS Anwar. Program DS Anwar mempunyai permit, manakala program betina yang dibuang oleh keluarganya itu tiada permit. PKR Pahang buat laporan Polis, walaupun terbukti Ketua Polis Daerah K.Lipis ada berhampiran lokasi ceramah tetapi menyorok di dalam kawasan sekolah. Ini kerja Polis di situ dan mereka dapat bonus setengah bulan gaji sahaja dalam Bajet Najib baru-baru ini.
Ini penyokong yang menjadi mangsa, sampai bila kita mahu lihat begini?
Sebelum itu, program DS Anwar juga digangu di Melaka. Bahkan, bekalan letrik terputus semasa DS Anwar berceramah. Kumpulan di Melaka itu diketuai oleh Lokman Adam, seorang bekas ahli Keadilan yang tidak mendapat tempat pun di dalam Umno sekarang. Di Seremban, program ceramah Mat Sabu juga diganggu oleh puak yang dipercayai dari PERKASA dan dua tiga ekor bekas tentera yang bengap. Berlaku kekecohan hingga ada yang tercedera. Kononnya mahu serah memorandum kepala bapak dia. Tidak boleh serah memorandum di Pejabat PAS kah? Mengapa mahu datang ke tempat ceramah untuk serah memorandum?
Kalau Polis cekap bertindak, adakah berlaku sebigini? Kita mahu biarkan sajakah?
Terbaru di Johor malam semalam melibatkan Mat Sabu juga. Kemeriahan Program Pelancaran Kempen Mansuh Hutang Peneroka dan NGO baru di bawah Anak, Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda (Bangkit) itu dicemari gangguan melampau sekumpulan remaja bermotosikal sehingga menyebabkan kecederaan di muka seorang anggota Jabatan Amal Johor. Difahamkan, kira-kira 50 penunggang motosikal itu muncul secara-cara tiba dan berlegar-legar menganggu orang ramai yang hadir mendengar ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Mereka mengacukan rantai besi dan membaling objek keras ke arah orang ramai di kawasan ceramah.
Semua kejadian ini sepatutnya mengajar kita betapa kita perlu lakukan sesuatu lebih dari membuat laporan Polis yang rasanya suatu kerja yang sia-sia. Tidakkah kita merasa diperbodohkan apabila membuat laporan Polis terhadap kejadian yang pihak Polis sendiri saksikan dengan mata mereka? Adakah laporan kita selama ini disiasat dan diambil tindakan? Apa ertinya kita meminta permit untuk membuat program ceramah tetapi pihak Polis tidak peka dengan gangguan dari pihak haramjadah itu?
Saya mencadangkan agar jangan buat apa pun program jika kita tidak bersedia dengan jentera kita seperti yang dilakukan oleh Penganjur Program Ceramah di Rembau baru-baru ini. Saya puji jentera kita di Rembau dan saya lihat sendiri bagaimana Unit Amal PAS diberi taklimat dalam perbarisan umpama barisan tentera diberi taklimat oleh pegawainya. Mereka diberi taklimat terperinci bagaimana untuk menghadapi gangguan dari pihak haramjadah itu. Di bawah Chegu Bard pula, anggota-anggota SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) juga diberi tugas khas bagaimana untuk membantu Unit Amal di dalam mengawal suasana. Kesannya, pihak haramjadah itu balik umpama anjing tidak kurap.
Inilah yang patut dilakukan. Belajar dari penganjur di Rembau bagaimana kita boleh menggantikan tugas Polis yang seperti tidak berminat untuk mengawal keselamatan itu. Sudah jemu kita mendengar bahawa kita membantah dan membuat laporan Polis selama ini, sedangkan mereka semakin bersikap kurang ajar dan berani. Pakatan Rakyat mesti ubah rentak dan lebih faham rentak permainan mereka. Kita bukan mahu bergaduh tetapi kita mesti bersedia untuk itu jika dipelawa./wfauzdin.blogspot.com

PERKASA Negeri Sembilan buat ugutan agar Mat Sabu jangan pijak bumi Negeri Sembilan. PERKASA ingat bumi Negeri Sembilan ini kepunyaan Ibrahim Ali bosnya itu kah? Tempat Ibrahim Ali sebagai MP Pasir Mas itu pun hasil sedekah PAS, PERKASA kena tahu dan jangan jadi bengap sangat. Di Rembau, PERKASA silap besar untuk memburu Mat Sabu. Kehadiran kumpulan bengap yang dianggotai oleh 20-30 orang pencacai ini `disambut' oleh Unit Amal, SAMM serta penyokong-penyokong PR di sana. Mereka lari putih tapak kaki sehingga banyak Banner dan poster mereka bertaburan. Namun, Mat Sabu tidak mahu memalukan ketua mereka yang sudah pucat lesi itu lantas menerima mengadap ketua yang bodoh buta sejarah itu untuk menerima memorandum.
Terbaru di Johor malam semalam melibatkan Mat Sabu juga. Kemeriahan Program Pelancaran Kempen Mansuh Hutang Peneroka dan NGO baru di bawah Anak, Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda (Bangkit) itu dicemari gangguan melampau sekumpulan remaja bermotosikal sehingga menyebabkan kecederaan di muka seorang anggota Jabatan Amal Johor. Difahamkan, kira-kira 50 penunggang motosikal itu muncul secara-cara tiba dan berlegar-legar menganggu orang ramai yang hadir mendengar ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Mereka mengacukan rantai besi dan membaling objek keras ke arah orang ramai di kawasan ceramah.
Sebahagian dari anggota-anggota SAMM termasuk AMK yang datang ke Rembau yang bertindak berani
Semua kejadian ini sepatutnya mengajar kita betapa kita perlu lakukan sesuatu lebih dari membuat laporan Polis yang rasanya suatu kerja yang sia-sia. Tidakkah kita merasa diperbodohkan apabila membuat laporan Polis terhadap kejadian yang pihak Polis sendiri saksikan dengan mata mereka? Adakah laporan kita selama ini disiasat dan diambil tindakan? Apa ertinya kita meminta permit untuk membuat program ceramah tetapi pihak Polis tidak peka dengan gangguan dari pihak haramjadah itu?
Saya mencadangkan agar jangan buat apa pun program jika kita tidak bersedia dengan jentera kita seperti yang dilakukan oleh Penganjur Program Ceramah di Rembau baru-baru ini. Saya puji jentera kita di Rembau dan saya lihat sendiri bagaimana Unit Amal PAS diberi taklimat dalam perbarisan umpama barisan tentera diberi taklimat oleh pegawainya. Mereka diberi taklimat terperinci bagaimana untuk menghadapi gangguan dari pihak haramjadah itu. Di bawah Chegu Bard pula, anggota-anggota SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) juga diberi tugas khas bagaimana untuk membantu Unit Amal di dalam mengawal suasana. Kesannya, pihak haramjadah itu balik umpama anjing tidak kurap.
Inilah yang patut dilakukan. Belajar dari penganjur di Rembau bagaimana kita boleh menggantikan tugas Polis yang seperti tidak berminat untuk mengawal keselamatan itu. Sudah jemu kita mendengar bahawa kita membantah dan membuat laporan Polis selama ini, sedangkan mereka semakin bersikap kurang ajar dan berani. Pakatan Rakyat mesti ubah rentak dan lebih faham rentak permainan mereka. Kita bukan mahu bergaduh tetapi kita mesti bersedia untuk itu jika dipelawa./wfauzdin.blogspot.com
Tips Mengenai Tayar Kereta , at 9.10.11,
1. Mula-mula pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Kalau wira 1.3, dan kita hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci. kerana jika kita menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak akan lebih sedikit.
2. Selepas mendapat saiz yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam kepermukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi, maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan.
Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada menunggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003. Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual tayar degan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.
3. Tentang saiz tayar, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Biasanya seperti contoh ini 205/50 VR 16 maksudnya, tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan tayar (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 % dari kelebaran 205 mm, dan untuk kegunaan rim bersaiz diameter 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.
4. Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan diMalaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangka hayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-hati semasa hujan.
5. Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.
6. Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama. Bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlu diganti.
Suaram Mahu Menteri KDN Dan Ketua Polis Negara Minta Maaf , at 9.10.11,
Suaram tidak boleh menerima kenyataan Menteri Dalam Negeri, Hishammudin yang menyatakan bahawa isu keganasan polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 diperbesarkan dan pihak polis tidak boleh disalahkan sepenuhnya.
Dalam insiden ini, Menteri Dalam Negeri dan juga Ketua Polis Negara perlu meminta maaf dengan segera diatas penggunaan kekerasan polis untuk bertindak terhadap peserta himpunan Bersih 2.0.
Kerajaan juga perlu membayar pampasan ganti rugi terhadap semua mangsa keganasan polis termasuk keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia semasa dalam perhimpunan tersebut.
Kami mengecam tindakan kerajaan yang membelanjakan sebanyak RM22,855.76 termasuk kos penggunaan 226 peluru gas pemedih mata (TS Shell) dan 36 bom pemedih mata (TS Grenades) untuk menyuraikan peserta perhimpunan aman Bersih 2.0. Tindakan tersebut adalah satu penyelewengan duit rakyat dan adalah tidak professional sekali.
Pengunaan senjata api sebegini jelas melanggari hak rakyat untuk bebas bersuara dan berhimpun seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Deklarasi Hak Asasi Manusia. Selain itu, kerajaan juga melanggari Pinsip Asas Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu dalam penggunaan kekerasan dan senjata api oleh pihak penguatkuasa undang-undang.
Kami inginkan penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri dan juga Ketua Polis Negara, kenapa wujudnya perbezaan jumlah orang yang ditangkap dimana mengikut statistik Kementerian Dalam Negeri (KDN), jumlah orang yang ditangkap adalah 1509 orang padahal kenyataan polis menyatakan sebanyak 1697 orang yang ditangkap.
Suaram berpendirian, KDN dan juga Ketua Polis Negara perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden kekerasan polis yang berlaku pada 9 Julai lalu.
Tindakan memberikan alasan yang tidak munasabah dan tidak mengaku terhadap kesilapan yang berlaku oleh polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 akan mengecewakan rakyat dan menunjukkan kerajaan tidak mempunyai kehendak politik untuk menjalankan penambahbaikkan institusi polis seperti yang diinginkan oleh rakyat jelata.
Fungsi Biro Tatatertib dalam Polis Diraja Malaysia dalam menangani anggota polis yang melanggari garis panduan operasi polis (SOP) sememangnya adalah tidak mencukupi. Ini kerana ia adalah tidak telus dan laporan tatatertib adalah sulit.
Kami menyeru kerajaan pimpinan Najib Tun Razak untuk segera menunaikan permintaan rakyat untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC). Hanya dengan kewujudan suruhanjaya tersebut yang adil dan bebas yang membolehkan institusi polis untuk ditambahbaik dengan berkesan.
Penulis (Yap Heng Lung) adalah penyelaras Suaram

Hisham, IGP: Hanya satu anggota polis langgar SOP
Seorang anggota polis telah dikenalpasti melanggar garis panduan operasi polis (SOP) ketika cuba menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di Hospital Tung Shin pada 9 Julai lalu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien dan Ketua Polis Negara Tan Ismail Omar mengesahkan tindakan tatatertib akan diambil ke atas anggota itu tidak lama lama lagi.
Namun, menurut Hishammuddin, kejadian berkenaan telah diperbesar-besarkan dan polis tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya terhadap situasi semasa perhimpunan menuntut reformasi pilihan raya itu.
Katanya kejadian di Hospital Tung Shin itu adalah hanya "satu daripada enam atau tujuh" kesilapan.
Dalam laporan siasatannya yang didedahkan semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan meriam air polis telah ditembak ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat meletak kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama Hospital Tung Shin. -M'kini
Langgan:
Catatan (Atom)