Ikuti Blog ini

Bersih 2.0 : Sidang Media Pakatan Rakyat (video)

Program Dato' Seri Presiden di Pendalaman Sabah

Lokasi: Kg. Pulutan, Pensiangan.

Ketibaan Presiden PAS disambut dengan paluan gong dari penduduk setempat

Ketibaan rombongan ke Kg. Pulutan

Tuan Guru Presiden merasmikan simbolik kehadiran PAS ke Kg. Pulutan

Acara menanam pokok

Ucapan Presiden PAS

Wakil penduduk menyampaikan ucapan aluan

Rombongan Presiden PAS diarak dengan motosikal oleh pemuda/belia kampung

Panas!! Agong Tidak Perkenan Mengadap PERKASA

Klik untuk besarkan..kah..kah..

Apa dah jadi Ibrahim Ali Al- Kataki?? Nak pitam ke? Kumpulan Ultra Melayu, PERKASA tidak jadi mengadap Agong pagi tadi. Di khabarkan, Agong tidak perkenan bertemu dengan PERKASA.. Jadi PERKASA adalah pertubuhan HARAMJADAH!! bukannya BERSIH. Ibrahim Ali Al-Kataki sepatutnya dilucutkan kerakyatan.. bukannya Ambiga..kah..kah..kah..

kah..kah..kah aku suka..padan muka.. ko orang tak suka ke??

GEMPAK ! Dalam kereta Mat Sabu ada...........!

26 tahun yang lampau, Assyahid Ibrahim Libya dan rakan-rakannya siang malam ditohmah, dihina, dicaci hamun oleh UMNO dalam TV sebagai pengganas, pelampau, penderhaka, pembawa ajaran sesat dan penjenayah.

Masa itu RTM dipegang oleh Rais Yatim. Media lain tiada lagi. TV3 dan media alternatif belum wujud. RTM, Utusan dan Berita Harian bergading tangan meracuni fikiran rakyat.

Bahkan ada di kalangan Mufti dalam mesyuarat Fatwa Kebangsaan melarang gelaran "Allahyarham" kepada Ustaz Ibrahim dan rakan-rakannya.

Begitu hebat UMNO "membusukkan" nama Ibrahim Libya dan rakannya yang ditembak polis atas hasutan jahat UMNO.

Allah Maha Berkuasa. DYMM Sultan Kedah ( kini Timbalan YD Agong) mencemar duli menziarahi makam syuhada dan menjirus air mawar atas pusara As Syahid Ibrahim Libya dan rakan-rakannya.

Mana mungkin seorang Sultan mencemar duli menziarahi seorang "penderhaka, pengganas dan penyebar ajaran sesat" ?

Kini, sejarah berulang lagi setelah 26 tahun berlaku Peristiwa Memali. Kini BERSIH pula mengambil giliran Memali.

Siang malam, 24 jam, berhari-hari, RTM juga kini dipegang oleh Rais Yatim bersama Utusan, NST ditambah TV3 dan sekutunya "menyalak" bahawa BERSIH adalah haram dan membawa huru hara.

Di tambah sepupu PMNajib yang "bela" polis men"fatwa"kan bahawa BERSIH 2.0 adalah haram. Penyokong BERSIH diburu bagaikan Tentera Zionis memburu rakyat Palestin.

Bezanya, rakyat Palestin ada juga senjata, batu dan lastik. Tetapi orang BERSIH hanya ada senjata berbentuk t'shirt kuning sahaja.

Polis begitu ganas dan rakus memburu pemakai t'shirt kuning macam Laskar Firaun memburu Bani Israel.

Tiba-tiba, pimpinan BERSIH dijemput masuk Istana Negara bertemu Yang Dipertuan Agong.

Mana mungkin Agong mahu jumpa pimpinan pertubuhan "HARAM" !

Sekarang, mana Si Hishamudin yang jaga polis mahu letak muka? Pertubuhan yang ditohmahnya sebagai "haram", tiba-tiba dijemput masuk Istana Negara.

Sebab itulah bagi mengelak malu yang melampau, polis yang dijaga oleh sepupu Najib pun " mencipta satu lagi permainan". Jumpa parang, coktail, baju BERSIH dalam pasu.

Nampaknya permainan diteruskan lagi........! Barangkali lepas ini ada 1001 lagi skrip dicipta UMNO dan polis.

Jaga..jaga Mat Sabu, dalam bonet kereta hang ada bahan letupan c4 ! -tokpepijat

Stadium Merdeka tolak permohonan BERSIH... tapi buat konsert boleh la pulak..!!

Stadium Merdeka tolak tempahan BERSIH

Pihak pengurusan Stadium Merdeka telah menolak lokasi itu dijadikan tempat himpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada Sabtu ini.

Menurut kenyataan di Facebook BERSIH 2.0, pegawai tempahan memberikan beberapa 'alasan' untuk menolak tempahan itu.

“Antara alasan yang tidak jelas yang dibekalkan oleh pegawai itu adalah 'majlis pengurusan sukan dalaman' dan 'kerja-kerja ubahsuai'.

“(Ini) di sebalik kenyataan ada rancangan bagi mengadakan 'Konsert Raksaksa 2' pada 9 Julai di Stadium Merdeka,” petik kenyataan itu.

Konsert Raksaksa 2, memaparkan legenda tempatan seperti Sweet Charity dan Blues Gang, bagaimanapun telah ditunda sehingga 1 Oktober kerana faktor keselamatan.

Bersih 2.0 - PM mula main kong kali kong !

Jib, apa cerita plak ni ?

KLANG, 6 Julai – Datuk Seri Najib Razak berkata Bersih 2.0, yang masih dianggap sebagai pertubuhan haram, perlu membuat permohonan rasmi kepada polis meskipun ia sudah memutuskan tidak akan mengadakan perhimpunan jalanan sebaliknya menerima tawaran perdana menteri berhimpun di stadium.

Sehubungan itu Najib (gambar) menjelaskan bahawa tawarannya untuk berunding mengenai satu lokasi yang sesuai dibuat bagi pihak pentadbirannya, bukannya atas kapasiti peribadi beliau.

“Kami akan serahkan kepada pihak berkuasa. Polis akan membuat keputusan atas kepentingan keselamatan. Satu permohonan rasmi belum dibuat. Saya tidak pernah berkata saya akan bertemu mereka secara peribadi. Sesiapa dalam kerajaan boleh berunding,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini. Susulan keputusan semalam, hari ini sekretariat Bersih 2.0 berkata pihaknya akan mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka.

Pada sidang media pagi tadi, Bersih berkata ia akan membuat beberapa permintaan kepada perdana menteri, antaranya meminta kesemua tahanan yang menyokong perhimpunan mereka dibebaskan dan diadakan satu suruhanjaya diraja bagi meneliti amalan-amalan pilihan raya.

Bagaimanapun kata Najib, beliau belum lagi menerima apa-apa permintaan daripada Bersih 2.0. Presiden Umno itu juga berkata, gabungan tersebut kekal haram tetapi permohonan boleh dibuat oleh pertubuhan berdaftar.

Padi tadi, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga berkata pihaknya merancang untuk mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka. Kata beliau, stadium itu dipilih memandangkan ia mempunyai banyak kemudahan pengangkutan awam dan kawasan strategik untuk pertemuan orang ramai selain memudahkan polis mengawal keadaan.

“Kami juga mohon polis, DBKL atau mana-mana pihak lain tidak memberikan apa-apa halangan kepada semua rakyat yang menghadiri perhimpunan di stadium pada pukul 2 hingga 4 petang nanti. Kami bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan perhimpunan ini berjalan dengan aman dan lancar,” katanya.

Keputusan memilih stadium berkenaan dilakukan selepas satu mesyuarat diadakan malam tadi yang turut mengambil kira kapasiti yang boleh memuatkan kira-kira 50,000 orang pada satu masa. Mengenai permohonan permit untuk mengadakan perhimpunan di stadium tersebut, Ambiga berkata pihaknya belum lagi mengemukakan sebarang permohonan namun akan bekerjasama dengan pihak berkuasa secepat mungkin.

Beliau menambah, Bersih 2.0 bersedia untuk berjumpa dengan Najib untuk perbincangan lanjut. Ambiga berkata selesai sahaja perhimpunan selama dua jam itu nanti, sepuluh orang wakil mereka akan ke Istana Negara bagi menghantar memorandum bantahan dan tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada laporan Bernama Online memetik wakil Perbadanan Stadium Malaysia berkata, mereka yang hendak menggunakannya perlu mengikut prosedur sedia ada termasuk membuat tempahan terlebih dahulu. Mereka juga perlu membayar ganti rugi jika berlaku sebarang kerosakan pada peralatan atau harta benda stadium, katanya.

Wakil itu berkata buat masa ini, belum ada keputusan rasmi sama ada kumpulan itu diberi permit untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.“Kami juga sedang menunggu keputusan Kabinet (mengenai perkara itu),” katanya.

Wakil itu berkata bahawa secara peribadi, beliau berharap penganjur perhimpunan itu akan memilih venue lain kerana bimbang akan berlaku vandalisme pada harta benda stadium. -TMI

Pakatan kesal sikap melampau KDN, polis

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Pakatan Rakyat kesal dengan sikap Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang masih memberi pelbagai tekanan dan halangan kepada himpunan Bersih 2.0 walaupun Yang di-Pertuan Agong membenarkan himpunan di stadium.

Ianya termasuk penangkapan mereka yang memakai dan membawa baju Bersih, halangan ceramah Bersih, pendakwaan mereka yang ditangkap, dan keengganan membenarkan bersih berhimpun di stadium.

"Kita kesal dengan sikap keterlaluan Menteri Dalam Negeri yang menyimpang dari rundingan Yang di-Pertuan Agong, seolah-olah mengatakan 'kami tidak peduli rundingan kamu dengan Agong," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas majlis pimpinan Pakatan Rakyat di sebuah hotel di sini.

Turut serta pada sidang media itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiusaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw.

Sambil menyifatkan KDN 'mensabotaj' perkenan Agong, Anwar juga menyelar sikap KDN itu yang juga bertentangan dengan janji yang dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri.

"Ia semangat rundingan Bersih dengan Yang di-Pertuan Agong, pindah dari perarakan awam ke stadium, disahkan oleh perdana menteri.

"Apa alasan (KDN) nak batalkan lagi," soalnya.

KDN, polis jangan jadi alat politik

Sementara itu, Mohamad Sabu ketika mengulas perkara sama manyeru pihak polis bertindak menjaga keselamatan rakyat yang mahu berhimpun secara aman tersebut, dan bukan menjadi alat politik pihak tertentu.

Tindakan itu kata Mohamad, hanya memburukkan lagi imej pasukan keselamatan itu di mata rakyat.

"Masa masih belum terlambat. Ketua Polis dan anggota perlu tunjuk kewibawaan menjaga keselamatan rakyat, bukan pihak tertentu,"katanya.

Ditanya jika hasrat mengadakan himpunan di stadium juga dihalang pihak berkuasa, Mohamad berkata dia yakin dengan janji Najib.

"Dia (kerajaan) mesti bagi sebab itu janji perdana menteri 'yang dikasihi'," katanya sambil tersenyum.

Lim Kit Siang ketika mengulas janji Najib itu juga berkata "saya tidak ragu-ragu dengan keihklasan perdana menteri".

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat kata mereka bersetuju dengan keputusan bersih mengadakan himpunan di Stadium Merdeka dan akan memberi sokongan penuh bagi menjayakannya.

Mereka juga sekali lagi mengulangi komitmen untuk mengerahkan 300,000 ahli dari ketiga-tiga parti untuk hadir ke perhimpunan 9 Julai itu. -Hrkh

Gambarkan himpunan Bersih 2.0 ganas, strategi kuno


KUALA LUMPUR, : Tindakan kerajaan Umno BN cuba menggambarkan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini sebagai ganas adalah strategi kuno dan lapuk, kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sambil menyelar tindakan itu, beliau turut mengecam tindakan pemimpin Umno BN yang dakwanya berselindung di sebalik pihak keselamatan untuk mengekalkan kuasa politik mereka.

"Provokasi demi provokasi yang ditimbulkan saban hari di media cetak arus perdana dan televisyen, untuk memberi gambaran bahawa perhimpunan aman Bersih 2.0 akan bertindak ganas dan sebagainya.

"Kami ingin memperingatkan mereka bahawa strategi kuno sebegini sudah lapuk dan tidak akan berjaya memenjarakan fikiran rakyat yang sudah merdeka pada zaman ini," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap beberapa siri tangkapan dan juga penemuan terbaru polis yang mengaitkan Bersih 2.0 sebagai himpunan ganas.

Ianya termasuk rampasan sejumlah besar senjata daripada pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang semalam antaranya 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T dengan logo BERSIH.

Semuanya dirampas semasa operasi polis di Gombak, Selangor dan tiga lokasi di Kuala Lumpur iaitu di sekitar kawasan pusat membeli belah Sogo, Wisma Bumi Raya dan Komplek Pertama.

Tidak cukup dengan itu, beberapa siri tangkapan termasuk anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang sedang menyebarkan risalah Bersih dan maklumat kepincangan negara dibawah BN kepada rakyat Johor, juga cuba dikatkan dengan Komunis.

Antaranya ahli parlimen Sungai Siput Dr D Michael Jeyakumar dan lima anggota PSM lain yang ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat (EO).

Mengulas siri tangkapan terhadap pemimpin dan penyokong Bersih itu, presiden PAS itu mendakwa ia bukti kegelabahan Barisan Nasional yang tidak bijaksana dan semakin tidak waras dalam menangani isu.

"Dengan ini PAS mendesak pihak yang berkenaan supaya membebaskan rakyat yang sudah menjadi mangsa di tahan akibat dari tindakan rakus kerajaan pimpinan BN ini," katanya lagi.

Himpunan Bersih 2.0 ujarnya adalah untuk mendesak dibersihkan pilihanraya yang kotor, bukan himpunan untuk menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi.

Tambahnya, sememangnya sudah sekian lama Pakatan Rakyat berusaha untuk menumbangkan Barisan Nasional yang melakukan kerosakan dalam negara, dan ia bukan lagi suatu yang rahsia.

Tetapi Barisan Nasional berlagak seperti negara ini milik peribadi mereka, merasa kebal dan tidak sedia untuk kalah sehingga memperalatkan berbagai agensi kerajaan untuk kepentingan mereka.

"Kerajaan Barisan Nasional sangat mundur amalan demokrasinya, berjiwa kecil, jauh mundur berbanding negara-negara maju yang membuka pintu demokrasi seadil-adilnya.

"Di Australia, seorang Perdana Menteri yang kalah dalam pemilihan partinya, sedia duduk dibawah Perdana Menteri yang baru dengan menjawat jawatan Menteri Luar sahaja. Ini kerana mereka meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, bukannya jawatan untuk kepentingan dunia dan peribadi.

"Sebaliknya Barisan Nasional merasakan kerajaan ini milik mereka selama-lamanya, sehingga tidak sedia untuk kalah dan diganti dengan kerajaan yang baru.

Sehubungan itu beliau turut mengingatkan Umno BN agar sedia berundur secara terhormat, sebelum jatuh dalam kehinaan dan membebaskan SPR dan jabatan-jabatan kerajaan daripada diseleweng.

"PAS menyokong sebarang usaha memulihkan demokrasi dan menggunakan pilihanraya untuk mendapatkan kuasa pemerintahan," tegasnya. -Hrkh

Kuala Lumpur Sesak Teruk: Langkah Polis Adakan Sekatan Susahkan Rakyat Dikecam

Sekatan polis: Kuala Lumpur sesak teruk

Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pagi ini menyaksikan kesesakan teruk akibat sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini.

Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan.

Kebanyakan pengguna jalanraya berang dengan tindakan polis itu sehingga menyebabkan ramai yang terkandas dalam perjalanan dan lewat ke destinasi masing-masing.

Ada yang meluahkan perasaan mereka di lama sosial seperti Twitter dan Facebook.

Berikut sebahagian daripada komen mereka.

Cikgu Din Sas: Jika England,, polis memberi jaminan keselamatan kepada peserta unjuk rasa.Begitu juga Indonesia.

Ajuad Aziz: kt port klang pn ade ni, nk g kje pon jem, ape the.....

Don Sha: Hapa pun tableh!

Mohd Shahran Shah: dah nampak dah sapa nak buat kacau....

Ivancph Ivan: sengaja polis ada kan roadblock waktu peak hour supaya rakyat boleh salah kan BERSIH. Entah pa mereka nak mengesan. ah moi dari china baru lepas kerja morning shift kat SPA ker?

Vijayan KrsnaZing: apa la yg kamu nak cuba buat ini? memang saya tak faham la!

Jer Saja: kerajaan dan polis nak balas dendam terhadap rakyat ingin nak bersih..... bila rakyat balas hadiah seperti ni pada kerajaan BN?

Uwais Al Qarni: Bukan saja KL hampir 1 semenanjung dkerahnya bt r.block,, ngabih duit minyak aku aje beratur panjang camni.

Paklah Damansara: sekarang siapa punca kl jem prdm or bersih najib bahlul jawablah

RT @morticya33: Haiya, patutla jam, police blocking the exit of Subang to Fed Highway from 3 lanes to 2 kltraffic

RT @syazwinasaw: All ways out of Subang have been blocked by police trying to create havoc aftr last nite's FRU showdown at a ceramah.

RT @saimatkong: OMG jam is everywhere & U will be late today! There's roadblock everywhere! One after toll towards Sunway. Use other roads...

RT @Wwyda: NO WONDER. Roadblocks during rush hour, really? Roadblocks in and out USJ, in front of summit. Only 1 lane in use.

RT @SookLee17: Are they out of their mind? Having road block at Sunway toll at this hour!

RT @cottonkyandyi: Can someone tell me what's happening? Kinrara - bkt jalil; unusual jam!

RT @amptraffic kltu 0802: BESRAYA: crawl frm UPM-Sri Kembangan, roadblock at KM3.6. If u r coming frm SILK, expect delays frm Cheras Jaya.

RT @twentyplus: Alert, heavy jam at LDP due to Bersih roadblock, malaysia police boleh!

@kltraffic: dear dato @NajibRazak, i believd this rdblock thing is inappropriate n too extreme. my2cents.

BERSIH mahu berhimpun di Stadium Merdeka

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan bahawa pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini mulai jam 2 hingga 4 petang.

NONE

"BERSIH 2.0 bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana jua pihak bagi memastikan perhimpunan ini berjalan dengan aman dan lancar," katanya pada sidang media di ibu negara pagi ini.

Sehubungan itu, Ambiga juga menuntut pihak berkuasa menghentikan segala hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penyokong sejak minggu lalu dan berterusan sehingga hari ini.

Tidak kurang 100 orang termasuk wakil rakyat dari Pakatan ditangkap dan ditahan kerana memiliki dan memakai baju BERSIH. Malah ada juga yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat kerana dsidakwa terbabit dengan gejala subversif.

NONEAmbiga juga mahu semua yang ditahan itu dibebaskan pada kadar serta merta.

Bekas presiden Majlis Peguam itu juga berkata pihaknya telah mempersembahkan kenyataan dan pendirian mereka dalam pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Tuan Mizan Zainal Abidin semalam.

Kenyataan dan pendirian tersebut adalah :

  • BERSIH 2.0 menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan rapat umum di stadium. BERSIH 2.0 berharap polis memberi kerjasama untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar. Wakil BERSIH 2.0 tidak melebihi 10 orang akan menyerahkan satu memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

  • Kerajaan mesti menunjukkan 'niat baik' (good faith) dengan membebaskan semua yang telah ditahan termasuk individu-individu yang ditahan di bawah Ordinan Darurat dan memberhentikan tekanan, gangguan serta halangan kepada penyokong BERSIH 2.0
  • Menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk pembaikan sistem dan proses pilihan raya.

Dalam kenyataan yang dibacanya, Ambiga turut mengulas mengenai tuntutan pihaknya berhubung penubuhan suruhanjaya diraja bagi mengkaji tuntutan BERSIH yang mendesak pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.tersebut.

azlanKatanya suruhanjaya itu ditubuhkan untuk mengkaji secara menyeluruh kelemahan-kelemahan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan mencadangkan penambahbaikan kepada sistem dan proses pilihan raya yang sedia ada.

"Suruhanjaya ini hendaklah dianggotai mereka yang berkaliber dan mewakili semua pihak yang berkepentingan," katanya.

Selain lapan tuntutan utama BERSIH, Ambiga yang juga seorang peguam mendesak agar keenam-enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) mesti dibebaskan serta-merta atau di hadapkan ke mahkamah.

"Pendakwaan terhadap mereka yang ada kaitan dengan BERSIH 2.0 (perlu) ditarik balik atau digugurkan," katanya sambil menuntut mereka yang masih ditahan, hendaklah dibebaskan tanpa syarat.

Ambiga juga berharap semua gangguan, ugutan, tuduhan dan fitnah terhadap penyokong BERSIH 2.0 dihentikan.

"Ini bermakna rakyat dibenarkan memakai baju kuning.

"Usaha-usaha menjayakan perhimpunan BERSIH 2.0 di stadium tidak dihalang," katanya.

Sehubungan itu, pihaknya sedang berusaha untuk menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung perkara ini.

Mengulas lanjut, Ambiga berkata pihaknya telah menghantar surat untuk berjumpa Najib dan berharap dapat bertemu "secepat mungkin".

"Kami berharap (dapat bertemu beliau) hari ini," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya akan memohon permit polis bagi mengadakan perhimpunan tersebut, Ambiga berkata:

"Mengenai (perhimpunan) di Stadium Merdeka, kami akan cuba untuk mendapatkannya. Kami belum memperolehinya lagi.

Ditanya sama ada pihaknya permit, Ambiga berpendapat apabila kerajaan berkata perhimpunan itu boleh diadakan di Stadium, maka apakah perlu lagi permit.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak polis khususnya berkaitan dengan perjalanan trafik pada hari perhimpunan tersebut.

Berikutan itu, Ambiga menegaskan pihaknya menyediakan kira-kira 5,000 pengawal untuk menjaga keselamatan pada perhimpunan tersebut.

Bahkan, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menjaga keamanan dan ketenteraman awam pada hari tersebut.

"Saya percaya, sekiranya mereka (polis) bekerjasama dengan kami, kita akan merasai keseronokan perhimpuanan aman ini," katanya.

Katanya, beliau menjangka ramai penyokong BERSIH akan menghadiri perhimpunan di stadium berkenaan yang menurutnya, boleh menampung kira-kira 50,000 orang.

Beliau juga menjemput semua pihak khususnya Pemuda Umno untuk menyertai perhimpunan tersebut, ekoran kesediaan pergerakan itu berbincang berkaitan pembaharuan sistem pilihan raya.

Ambiga juga turut mengalu-alukan penyertaaan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sekiranya mereka menyokong tuntutan gabungan itu.

Ditanya bagaimana pihaknya akan menyerahkan memorandum tersebut, Ambiga berkata beliau bersama jawatankuasa Pemandu BERSIH, yang menurutnya tidak melebihi 10 orang, akan ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut. -M'kini

BERSIH 2.0: 9711 Tetap Berjalan


Sekretariat BERSIH 2.0 mengambil sikap terbuka mengadakan Perhimpunan Aman Bersih 2.0 di stadium, ibi dibuat susulan pertemuan wakil NGO itu dengan Yang di Pertuan Agung tengahari semalam.

Pengerusi Bersih 2.0, S.Ambiga membuat pengumuman itu selepas mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Sasterawan Negara A Samad Said dan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin.

9hb. Julai, 2011 tetap akan dirayakan. BERSIH 2.0 tetap akan dijayakan. Maklumat awal yang gu dapat ialah perubahan hanya akan berlaku pada Lokasi Check Point. Sebelum ni Check Point BERSIH 2.0 ialah Istana Negara.

Mungkin ini akan berubah ke Stadium Merdeka.

Nasihat gua, kalau sayangkan Negara dan tak nak menyusahkan penduduk Ibu-Kota - Sila letak kenderaan anda jauh dari Bandaraya. Berpusu-pusu masuk ke Bandaraya dengan kenderaan masing-masing akan menyusahkan orang ramai yang mahu bershoping bersama keluarga.

Berpusu-pusu masuk ke Bandaraya dengan kenderaan masing-masing akan menyusahkan orang ramai yang ada urusan pekerjaan di Bandaraya.

Jadi sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kemakmuran, sila letakkan kenderaan anda jauh dari Bandaraya yang sesak, sila gunakan kenderaan awam yang disediakan.

Ini akan membantu pertumbuhan ekonomi Bandaraya Kuala Lumpur dan juga membantu menjana kemasukkan wang yang banyak kepada para pengusaha kenderaan awam.

Sila naik Teksi, Bas, Keretapi, Monorail, LRT, MRT atau apa sahaja kenderaan awam yang disediakan untuk ke Stadium Merdeka.

Boleh naik Komuter dari Seremban ke Kuala Lumpur kemudian Walk for Freedom dari Stesen KTM Kuala Lumpur ke Stadium Merdeka.

Tinggalkan kenderaan masing-masing di pinggir Bandaraya Kuala Lumpur, kemudian ramai-ramai boleh Walk for Freedom ke Stadium Merdeka.

Kalau nampak ada yang bawa senjata,jangan malu-malu serahkan dia pada Pihak Polis WALAUPUN dia berbaju kuning dan berlambang BERSIH 2.0.

Kalau nampak ada yang mula nak buat kecoh jangan malu-malu untuk serahkan dia pada Pihak Polis WALAUPUN dia berbaju kuning dan berlambang BERSIH 2.0.

Kalau nampak siapa-siapa buat kecoh sila rakam dengan telifon bimbit atau apa saja alat perakam yang anda miliki.

Kalau nampak Pihak Polis buat kecoh, sila rakam dengan apa saja alat perakam yang anda miliki sambil cabut lari terus ke Stadium Merdeka.

Jangan gila nak melawan Pihak Polis. BERSIH 2.0 bukan Gerakan melawan siapa-siapa. BERSIH 2.0 ialah Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil. BERSIH 2.0 membawa 8 Tuntutan iaitu:
  1. BERSIHkan Senarai undi
  2. Mereformasikan Undi Pos
  3. Penggunaan Dakwat Kekal
  4. Akses Media yang Bebas dan Adil
  5. Tempoh Kempen Minima 21 hari
  6. Kukuhkan Institusi Awam
  7. Hentikan Rasuah
  8. Hentikan Politik Kotor
Baca betul-betul 8 Tuntutan BERSIH 2.0.Langsung tiada perkataan "Lawan". Jadi jangan main gila nak lawan siapa-siapa.

Kalau rasa nak "lawan", sila join Patriot, sila daftar ahli PERKASA, sila sertai MahaGaru Omardin dan sila berambus dari geng T'Shirt Kuning.

Harap Maklum. -Perisih Rakyat

Intimidasi Berterusan Terhadap BERSIH: Bawa KPN & Timb KPN Menghadap Agong

Hambatan ke atas BERSIH 2.0 berterusan

Pihak polis terus menghambat aktiviti yang berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan Sabtu ini meskipun perdana menteri secara dasar telah memberikan persetujuan bagi pertubuhan itu berhimpun di sebuah stadium.

Di Negeri Sembilan, dua aktivis PKR ditangkap semalam kerana memiliki barangan berkaitan BERSIH.

Menurut ketua bahagian PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin, ahli parti itu R Tangam ditangkap ketika memakai baju T kuning BERSIH 2.0.

Tangam dikatakan disoal-siasat di ibu pejabat polis daerah Seremban selama tiga jam dan dibebaskan kemudian.

Menurut Badrul Hisham, seorang lagi aktivis PKR Norliza Shamsudin, 49, ditahan apabila polis menjumpai butang lencana BERSIH 2.0 di dalam poketnya.

Norliza pula dikatakan ditahan pada jam 1 petang dan belum dibebaskan. Badrul Hisham berkata Norliza juga dinafikan sebarang hak lawatan.

"Polis bertindak tanpa mengikut lunas undang-undang. BERSIH 2.0 telah mengadap Agong dan bersetuju bahawa perhimpunan diadakan dalam stadium,” kata Badrul Hisham ketika dihubungi.

Malam semalam, sebuah dewan di Kota Damansara, Petaling Jaya yang digunakan bagi memberi taklimat kepada sekumpulan ahli PAS dan PKR Subang terganggu apabila polis bertindak mengepung bangunan itu.

Menurut peguam Farhana Abdul Halim, PKR bahagian Subang menjemput kumpulannya- Lawyers for Liberty - untuk mengendalikan taklimat berhubung hak rakyat apabila ditahan polis.

Katanya, kira-kira 50 anggota polis menyerbu dewan itu dan berkata permit polis diperlukan bagi majlis itu.

"Kami amat kecewa dengan polis, khususnya setelah BERSIH 2.0 telah mengadap Agong, Mereka telah dapat lampu hijau untuk teruskan (perhimpunan itu).

"Hujah bahawa kumpulan ini tidak mempunyai permit juga tidak berasas. Awak tidak perlukan permit untuk mesyuarat di dalam bangunan,” katanya ketika dihubungi.

Polis perlu hentikan gangguan dan tekanan terhadap semua aktiviti BERSIH kerana ia jelas memperlihatkan sikap derhaka kepada Yang Dipertuan Agong yang telah bersetuju membenarkan perhimpunan BERSIH diadakan pada hari Sabtu ini bertempat di stadium.

Sikap degil yang ditunjukkan oleh pihak polis sekalipun telah mengatahui perkenan Agong tersebut terhadap jawatankuasa BERSIH amat dikesalkan dan boleh dikenakan tindakan.

Integriti dan kredibiliti polis kini benar-benar tercemar. Ternyata mereka kini BUKAN untuk menjaga keselamatan negara tetapi untuk kepentingan parti UMNO BN. -GB

Blogger Milo Suam ditahan polis

NONESUBANG JAYA, 6 Julai: Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa, Ketua AMK Subang, Juzaharim dan blogger Milo Suam ditahan polis kira-kira jam 2.30 pagi tadi dan dibawa ke Balai Polis USJ 8, di sini.

Harakahdaily difahamkan, mereka ditahan kerana pihak polis menjumpai beberapa helai baju Bersih di dalam kereta semasa ditahan di Jalan Gleenmarie.

Kira-kira 100 orang termasuk ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat telah ditangkap polis sejak minggu lalu kerana memakai baju Bersih atau berwarna kuning.

Mereka yang membawa atau menjual baju T Bersih juga ditangkap.

Sementara itu Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan bahawa pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini, jam 2 petang.

Perkara itu diumumkan oleh Ambiga pada sidang medianya di ibu negara pagi ini.

Sehubungan itu, Ambiga juga menuntut pihak berkuasa menghentikan segala hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penyokong sejak minggu lalu dan berterusan sehingga hari ini.

Tidak kurang 100 orang termasuk wakil rakyat dari Pakatan ditangkap dan ditahan kerana memiliki dan memakai baju BERSIH. Malah ada juga yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat kerana dsidakwa terbabit dengan gejala subversif.

Ambiga juga mahu semua yang ditahan itu dibebaskan pada kadar serta merta.

Bekas presiden Majlis Peguam juga mahu sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi mengkaji tuntutan BERSIH yang mendesak pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini. -Hrkh

Surat Tuan Guru Nik Aziz Kepada Yang di-Pertuan Agong

Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011.

Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.

Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya.


Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia.

Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huruhara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.

Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik.

Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata.

Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah.

Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

Patik yang menjunjung kasih,

YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS).

Woi BN, ni bukan tahun 60an hangpa nak tipu orang hidup-hidup

BODOH sungguh kira-kira puak Bersih ni, dah la depa siapkan bahan letupan dan parang nak bunuh orang kat himpunan Bersih, depa pi letak pulak baju kuning Bersih kat situ. Ihh Ihh bodoh dan jahat sungguh puak-puak Bersih ni. Rakyat percaya tak cerita ni?

"Pecaya, pecaya, pecaya.. kami bodoh kami pecaya kami bodoh kami pecaya.. polis habag, tv surat khabag habag semua kami pecaya aih pecaya pecaya pecaya.. kami bodoh pasai apa kami tak pecaya. Orang bodoh macam kami mesti telan bulat-bulat apa depa habag...pecaya pecaya pecaya."



Ni nak habag bagi kat puak-puak yang rancang cerita bodoh tu, ni bukan tahun 60an orang telan bulat-bulat cerita kartun hangpa. Orang yang pikiag pakai pungkok saja yang akan pecaya... kah kah kah kih kih kih..gelak gulin gulin..

Mai pakat baca cerita rajalawak ni... -- KL

PETALING JAYA: Polis semalam berjaya membongkar sejumlah senjata yang disembunyikan, termasuk parang dan bom petrol, yang dipercayai akan digunakan pada perhimpunan yang dirancang pada 9 Julai oleh Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa.

Sumber berkata persembunyian rahsia ini ditemui di kawasan hutan di belakang sebuah kuil di Batu 12 Jalan Gombak Lama, Gombak, oleh seorang lelaki asli sebelum memaklumkan kepada polis.

"Kami menemui lima buah beg dan dua beg sampah. Terdapat 44 kemeja-T dengan logo 'Bersih' di dalam dua beg, 20 bilah parang, 36 Molotov koktel, 16 pemetik api, dan beratus-ratus bebola logam yang dipercayai digunakan sebagai peluru lastik," kata sumber polis berkata.

"Kami percaya pihak-pihak tertentu telah merancang untuk menggunakannya untuk mewujudkan kekacauan pada hari Sabtu ini," kata sumber itu.

Bersih 2.0 : Polis halang taklimat himpunan Bersih


PETALING JAYA : Walaupun Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pihak Bersih menghadap di Istana Negara petang tadi, namun pihak polis masih lagi tidak membenarkan program Bersih diadakan.

Majlis taklimat himpunan aman Bersih kepada para penyokong Pakatan Rakyat Subang yang dijadualkan berlangsung malam ini di Dewan Komuniti Seksyen 7, Kota Damansara masih dihalang oleh pihak polis.
Pihak polis telah mengepung pekarangan dewan sebelum waktu Maghrib bagi menghalang orang ramai memasuki kawasan itu walaupun majlis dijadualkan bermula jam 9.00 malam.

Dengan sekitar 100 anggota termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis trafik yang mengadakan kawalan di situ menyebabkan orang ramai terhalang daripada memasuki kawasan dewan.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang tiba kira-kira jam 9.00 malam dan Adun Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim 45 minit kemudian juga dihalang daripada memasuki dewan.

Mereka cuba masuk ke dalam dewan tetapi dihalang oleh polis yang memaklumkan bahawa menerima arahan daripada pihak atasan supaya majlis itu tidak diadakan.
Setelah berunding, pihak polis membenarkan mereka berucap di luar dewan tanpa pembesar suara.

Atas arahan polis, orang ramai bersurai kira-kira jam 10.00 malam tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sebahagian besar anggota polis yang bertugas di situ meninggalkan kawasan dewan sekitar jam 10.40 malam.

Hadir sama ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Subang dan Ketua Muslimat, Ir Masni Mohd Dahlan dan Siti Rohaya Ahad.

Sementara itu, pegawai khas Sivarasa, Peter Chong memberitahu majlis itu diadakan bagi memberi penerangan kepada para penyokong Pakatan Rakyat mengenai beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa menyertai himpunan aman Bersih pada 9 Julai ini.
Katanya, para peguam sepatutnya memberikan taklimat tersebut tetapi tidak dapat diadakan kerana dihalang pihak polis. - Rakyat Marhaen

Inilah Zulfikar Zainon anak muda yang direman kerana baju bersih

Ustaz Nordin Jaafar,Zainuddin Hamzah bersama Zulfikar Zainon yang direman 2 hari kerana memiliki Baju BERSIH.Bergambar di hadapan Balai Polis Kuala Kangsar.Zulfikar disambut pemuda Pas Bukit Gantang di pintu masuk balai polis selepas dibebaskan daripada direman.
Zulfikar lulus satu ujian masuk lokap.

Bukti Agong juga iktiraf tuntutan Bersih – Saifuddin

KUALA LUMPUR: Persetujuan Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan di dalam stadium, 9 Julai menunjukkan baginda mengiktiraf tuntutan NGO itu.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail di laman Twitter beliau tengahari tadi mengulas perkenan baginda supaya Bersih berhimpun di stadium sebagai ganti kepada perarakan secara aman di ibukota.

“Tahniah Bersih 2.0, berminggu diserang Umno BN, dicop haram dan segala macam, akhirnya kebijaksanaan YDPA mengiktiraf tuntutan lapan perkara dan mobilisasi 9 Julai,” kata Saifuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Machang.

Lapan tuntutan itu adalah pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan menghentikan politik kotor.

Ahad lalu, Istana Negara mengeluarkan satu titah agar pendekatan perbincangan digunakan kerajaan Umno BN dalam menghadapi tuntutan Bersih yang menuntut agar reformasi pilihan raya dilakukan.

Lanjutan dari itu, Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan, hari ini mengadap Yang Di Pertuan Agong bersama Sasterawan Negara, Datuk A Samad Ismail dan Presiden Jamaah Islah Malaysia, Zaid Kamaruddin untuk mendapatkan nasihat baginda secara khusus.

Ia adalah ironi apabila Tuanku perkenan bertemu dengan NGO itu, yang sebelum ini dakwa dan dilabel oleh kerajaan sebagai pertubuhan haram.

Selesai mengadap, Ambiga mengumumkan Bersih akan berhimpun di stadium pada 9 Julai ini namun stadium yang khusus belum lagi ditetapkan untuk perhimpunan itu.

Sehingga kini lebih seratus aktivis Bersih, penyokong dan pimpinan Pakatan Rakyat ditangkap kerajaan, termasuk aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dikaitkan dengan idealogi komunis kerana mempromosikan himpunan Bersih.

Pejabat Bersih turut digeledah manakala mereka yang memakai baju T Bersih dan kuning turut ditahan polis.

Justeru pimpinan Pakatan Rakyat hari ini turut menggesa kesemua mereka yang ditahan dibebaskan serta merta. -(Oleh: Ahmad Fadli)
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .