Ikuti Blog ini

Dilemma Melayu Disebabkan Tak Percaya Kebaikan Islam - TG Nik Aziz

TG Nik Aziz: Tidak percaya kebaikan Islam, Umno sesatkan bangsa

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kegelishan atau dilema di kalangan rakyat pelbagai kaum negara ini termasuk orang Melayu sendiri berpunca daripada “Umno yang menolak perjuangan berasaskan bangsa.”

Sehubungan itu kata Mursyidul Am PAS, akhirnya Umno yang menyesatkan bangsa itu sendiri akibat tidak percayakan kepada kebaikan ajaran agamanya sendiri.

Menteri Besar Kelantan ini berkata, tidak timbul isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum apabila persoalan bangsa dan perjuangan sesuatu kaum itu berteraskan kepada ajaran Islam.

Katanya, apa yang penting diamalkan ialah semua menjadi hamba abdi kepada Allah dan sebagaimana seruan azan memanggil solat , disebutkan “Allahu Akbar”, maka yang maha besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India.

“Sementara dalam bacaan tahyat dan salam terangkum maksud memuliakan Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad serta ucapan selamat kepada seluruh bangsa di dunia ini.

“Maka inilah kehebatan faedah ibadat dan muamalat yang digabung dalam solat gunanya untuk dipraktikkan dalam kehidupan manusia,” kata beliau dalam tulisan terbaru blognya.

“Sekali lagi diulangi, tidak timbul langsung dilema Melayu di sisi Islam. Ini kerana Islam sudah menyediakan ramuan yang cukup untuk dijadikan panduan hidup bagi mencapai keamanan, kedamaian serta kemakmuran di dunai sampai ke akhirat,” katanya.

Pada hari yang sama semalam, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sambil mengakui pengetahuan agama Nik Aziz lebih “dalam”, tetapi menggesa agar Menteri Besar Kelantan itu berhenti daripada menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

“Saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

“Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.,” kata Dr Mahathir dalam jawapan panjang lebar menjawab tulisan Nik Aziz awal bulan ini.

Justeru kata bekas presiden Umno ini, “bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihan raya.”

Awal bulan ini, Nik Aziz menjawab tuduhan Dr Mahathir ke atasnya dengan menegaskan, Umno yang selama ini “menzalimi orang-orang Melayu” dan menafikan beliau menjadi punca perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

Dalam tulisan kali ini, Nik Aziz menambah, amatlah malang jika rakyat negara ini terus engkar dengan mengagung-agungkan bangsa sedangkan ia bukan ajaran Nabi.

Kata beliau, seharusnya rakyat tidak boleh melakukan suatu seruan perjuangan yang bercanggah dengan maksud surah Al-Fatihah (ayat 5-7).

“Caranya, kita tidak boleh menerima seruan perjuangan Melayu yang menolak Islam. Bila tolak Islam maknanya terima ajaran sekular.

“Atas sifat sekular, mereka itu akan terus berbelit-belit hinggalah sanggup duduk di atas prinsip agama lain (suku), politik lain (suku),” katanya lagi.

Lalu kata Nik Aziz, timbul ajaran yang asing dari Islam, antaranya mengajar umat Islam supaya “tidak bawa politik ke masjid kerana masjid itu tempat beribadat.”

“Apakah ajaran seperti ini pernah diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w? Sebenarnya, Nabi sendiri tidak pernah ajar supaya perkara politik itu disebut di luar masjid,” katanya lagi.

“Demikian pula, khutbah Jumaat atau khutbah hari raya merupakan ceramah mingguan atau musim perayaan di atas mimbar masjid juga menyentuh semua perkara yang relevan dengan kehidupan manusia.

“Maknanya dalam masa berkhutbah, pihak khatib adalah penceramah yang menyampaikan seruan Islam demi kebaikan sistem hidup yang lengkap termasuk aspek sosial, ekonomi dan politik,” katanya.

Nik Aziz seterusnya menulis, maka terimalah perjuangan Islam dan tinggalkan perjuangan sekular, sekali gus “sudah tentu kita tidak akan berdilema dengan identiti siapa kita.”

Tulisan Nik Aziz kali ini bermula dengan isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menurutnya, kegagalan polisi itu pada 1990 adalah tercatat dalam sejarah.

Kata beliau, hakikatnya pelaksanaan DEB menyebabkan Bumiputera tidak kemana, melainkan ada segolongan sahaja yang mengecapi nikmat.

“Tetap sasaran pemilikan kekayaan negara hanya 18 daripada 30 peratus yang disasarkan. Kenapaa gagal? Dr. Mahathir selaku perdana menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr. Mahathir sembunyi punca?” katanya lagi.

Justeru kata Nik Aziz, sementara umat Islam menyambut Maulidur Rasul maka sepatutnya mengambil ajaran Nabi iaitu mengajar agar menjalin persaudaraan dan berkasih sayang.

“Nabi tidak ajar kita supaya mementingkan bangsa. Justeru tidak harus kita mengungkitkan soal dilema atau tidaknya bangsa kita,” katanya.

Kata Nik Aziz, apabila disebutkan kepentingan satu-satu bangsa, sudah tentu akan ada bangsa lain yang sensitif dan berdendam.

“Maknanya bila diutamakan kepentingan orang Melayu, sudah tentu orang Cina dan India akan berdendam kerana inginkan kepentingan yang sama.

“Atas dasar inilah Islam mengajar kita mengutamakan persaudaraan. Lantaran atas nama bangsa akan timbul apa sahaja tindak balas berupa dendam kesumat,” katanya lagi. -TMI

Sodomi II: Laluan Sukar Bagi Anwar

Gombak: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui berdepan laluan sukar dalam kes pertuduhan liwat yang dihadapinya walaupun mempunyai kejutan baru dalam prosiding perbicaraan semalam.

Menurut Anwar jika kes pertuduhan liwat itu berlaku di negara lain ia pasti digugurkan.

Anwar mendakwa perkara itu wujud kerana sistem pemerintahan Barisan Nasional (BN) umpama Mesir dibawah pimpinan Presiden Hosni Mubarak yang meletakkan kepentingan peribadi melebihi segala-galanya.

“Malaysia dengan Mesir ada persamaan dari segi sistem iaitu satu parti berkuasa yang sombong. Siapa yang kaya raya? Anak isteri mereka.

“Hari ini (semalam) ada kejutan baru apabila dalam laporan borang pro forma (nota awal) disebut tiada tuduhan liwat. Hanya cubaan meliwat tetap saya didakwa meliwat.

“Dunia mana pun kes ini akan dibuang tetapi Najib, Rosmah ala Mubarak ini mahu kes diteruskan,” dakwa beliau ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kempen Penerangan Bantah Saman Ekor (KASE) di sini malam tadi.

Ketika perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, laporan awal menunjukkan Mohd Saiful Bukhari Azlan memaklumkan kepada doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) bahawa Anwar “cuba” untuk meliwatnya.

Dr Khairul Hakim, salah seorang doktor HKL yang memeriksa Saiful mengakui bahawa laporan proforma menyebut Saiful ada memberitahu doktor-doktor pada 28 Jun 2008 tentang adanya cubaan untuk meliwatnya dan seks oral tetapi bukan penetrasi yang sebenar.

Disebabkan bukti terbaru itu, Anwar mendesak agar pertuduhan liwat ke atasnya digugurkan.

Menyentuh mengenai penswastaan saman ekor Anwar menyifatkan tindakan itu sebagai terdesak untuk menambah perbelanjaan negara.

“Ini salah satu cara kerajaan untuk memperkayakan syarikat yang ada kaitan dengan Umno-BN, dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti Umno-BN pasti tumbang sebab itu masa sekarang mereka rompak habis-habisan,” katanya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh. -petikan FMT

Guan Eng ucap takziah pada Mohamad Sabu

TASEK GELUGOR, 17 Feb: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sanggup meluangkan masa walaupun sibuk dengan mesyuarat Exco pagi tadi semata-mata mahu mengucapkan takziah kepada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu kerana kematian ibu tercinta, Halijah Mat, 91.

Beliau yang bergegas setelah selesai mesyuarat berkenaan sampai pada pukul 1.15 tengahari iaitu ketika jenazah Allahyarhamuha sedang dikafankan untuk dibawa ke Masjid Padang Menora untuk disembahyangkan selepas solat Zohor.

Turut serta dalam suasana sedih itu ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, Adun Jeneri Yahya Abdullah, Adun Kubang Rotan, Nasir Mustaffa, Adun Semangol, Ustaz Ramli Tusin, Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Rosidi Husain, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Maipp), Ustas Elias Zakaria.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman, Exco Kesihatan, Pembangunan Insan dan NGO Negeri Kedah, Dr Ismail Salleh dan Exco Belia Negeri Kedah, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib selain Adun Batu Maung, Malik Abul Kasim, di samping Adun Kupang, Johari Abdullah, Adun Bandar Baru, Ustaz Yaacob Husin.

Jenazah Allahyarhamuha disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Menora dengan bacaan talkin oleh iman masjid berkenaan, Haji Ibrahim manakala solah jenazah diimamkan oleh Ustaz Elias Zakaria.

Mohamad ketika ditemui mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang hadir untuk membantu menyelesaikan jenazah ibunya yang meninggal akibat sakit tua pukul 1.30 pagi tadi.

Tidak ketinggalan juga kepada pasukan Unit Amal Kepala Batas dan Tasek Gelugor yang turut serta membantu mengawal lalu lintas dari pagi sehingga selesai urusan pengebumian. -Hrkh

Pelajar UM usung 'mayat' bantah calon ditolak

Penyokong pro-Mahasiswa (pro-M) mengusung 'mayat' ketika berkumpul di hadapan bangunan pejabat timbalan naib canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar (HEP) kerana membantah penolakan pencalonan empat calon pro-M dalam pilihan raya kampus universiti tersebut.

NONEMereka 'membaringkan' empat 'mayat' tersebut di Gazebo yang terletak di hadapan bangunan pejabat TNC HEP kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.

Mereka juga menggoncang pintu pejabat tersebut, menyebabkan engselnya tercabut.

Bagaimanapun, sekumpulan pegawai keselamatan menghalang mereka daripada masuk ke dalam pejabat tersebut.

Seorang daripada calon tersebut ditolak kerana tidak menghadiri sepenuhnya kursus mengenai pilihan raya kampus anjuran HEP sesi taklimat yang diadakan hari Sabtu lalu.

Manakala dua lagi kerana tidak menghadiri kursus tersebut kerana terpaksa menghadiri program wajib jabatan masing-masing.

NONESeorang lagi calon pro-M ditolak kerana lewat menghantar borang pencalonan atas terpaksa menghadiri urusan keluarga.

Mereka yang ditolak itu meliputi satu kerusi umum dan tiga kerusi fakulti.

Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan di UM yang merangkumi sembilan kerusi umum, 32 kerusi fakulti dan dua kerusi siswazah.

Dalam satu sidang media, jurucakap Pro-M Mohd Sabri Jamaluddin menjelaskan dua calon mereka tidak hadir Sabtu lalu kerana terpaksa menghadiri program lain.

NONE"Mereka mendapat surat dari ketua jabatan untuk diserahkan kepada TNC HEP tetapi ditolak sekeras-kerasnya," kata Mohd Sabri.

Beliau juga memberitahu terdapat seorang lagi calon menghadiri dua daripada empat slot kursus tersebut dan terpaksa pulang awal kerana menghadapi masalah alahan.

Surat cuti sakit turut di majukan tetapi ditolak oleh TNC HEP.

Manakala soerang lagi, lewat menghantar borang pencalonan kerana pulang ke kampung untuk menyelesaikan masalah harta pusaka keluarganya.

um campus election 03

Calon terbabit menghantar borang pencalonan pada hari berikutnya - Sabtu - semasa taklimat kepada calon-calon yang bertanding.

Sementara pengerusi Pro-M UM Farid Jalpah memberitahu Malaysiakini, terdapat dua calon bebas yang cenderung kepada pro-M, turut ditolak kertas pencalonan mereka.

Setakat ini, Farid tidak dapat memastikan sebab kertas pencalonan mereka ditolak.

Menurut Farid, beliau telah menemui Naib Canselor UM Prof Ghauth Jasmon untuk mendapat penjelasan mengenainya memandangkan calon-calon terbabit telah mengemukakan bukti ketidakhadiran mereka.

um campus election 02

Katanya, pertemuan dengan Ghauth di pejabatnya selama 30 minit itu bermula jam 10.45 pagi. Naib canselor itu akan memberikan keputusan mengenai bantahan mereka itu.

Farid juga turut menemui pengerusi jawatankuasa pemilihan Dr David, yang menyatakan "tidak ada masalah" untuk menerima pencalonan pro-M.

Pagi tadi, kira-kira 120 penyokong kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya (UM), termasuk calon, berarak dari padang di hadapan fakulti kejuruteraan menuju ke kompleks perdana siswa untuk penamaan calon.

NONEMereka akan bertanding untuk merebut 43 kerusi, termasuk dua kerusi siswazah dalam pilihan raya kampus kali ini.

Mereka bergerak kira-kira jam 8.50 pagi, sambil melaungkan 'bangkit mahaiswa', 'hidup mahasiswa' dan 'bantah e voting'.

Pelajar yang menyertai perarakan itu juga membawa dua kain rentang besar yang tertulis "university muted".

Selain UM, empat lagi universiti akan mengadakan penamaan calon masing-masing esok, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor. -M'kini

Hanya 36 penduduk Jeli undi Mustapa Mohamed?

M FAQIH



JELI : Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mungkin menyembunyikan kekuatan sebenar Umno di parlimen Jeli dan Ketereh apabila hanya bergantung kepada undi tentera.

Malah di Jeli pula ada tambahan undi Orang Asal berjumlah 400 orang. Ini bermakna kalau dicampur undi pos dan Orang Asal berjumlah 4,400 orang pada pilihan raya umum lalu.

Dan pada pilihan raya umum lalu Mustapa mendapat majoriti 4,436 undi. Ini bermakna undi awam (penduduk di Jeli) yang mengundi Ketua Umno Jeli itu sekitar 36 orang sahaja.

Manakala di parlimen Ketereh pula terdapat kira-kira 3,000 undi pos pada pilihan raya umum lalu. Calon BN di Ketereh ketika itu, Tan Sri Annuar Musa tidak bernasib baik kerana tiada undi tambahan di kalangan masyarakat Orang Asal.

Telahan itu dapat dibuat apabila peratusan undi pos dan Orang Asli lebih 85 peratus berpihak kepada BN pada mana-mana pilihan raya di negara ini.

Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamed berkata, berdasar kepada situasi itu calon BN di parlimen Jeli sudah ada 4,400 undi bonus dalam tangan sekarang.

”Sebab itulah sekarang Pengerusi Perhubungan Umno negeri bercakap mahu merampas Kelantan pada pilihan raya umum akan datang kerana kedudukannya di Jeli sudah selesa,” katanya di sini.

Mengulas isu sama Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir berkata, Mustapa lebih selesa berada di Jeli berbanding kampung asalnya di Bachok kerana faktor undi pos.

Kata beliau undi pos di kalangan anggota tentera hanya ada di parlimen Ketereh, Jeli dan Pengkalan Chepa.

”Sebab itulah ramai ketua bahagian Umno mahu mengintai peluang untuk bertanding di Jeli dan Ketereh. Pengkalan Chepa tidak menjadi fokus kerana undi pos tidak besar,” katanya ketika dihubungi di Ketereh.

Pada pilihan raya umum lalu Abdul Aziz menang di Ketereh dengan majoriti 400 undi mengatasi Annuar Musa.

Bagaimanapun Apandi pernah menang di parlimen Jeli pada pilihan raya umum 1999 menewaskan Mustapa ketika gelombang reformasi mulai tercetus.

Ekoran kekalahan tersebut Mustapa dilantik sebagai senator untuk membolehnya dilantik sebagai menteri.

Apandi juga berkata, biar pun Jeli mempunyai kelebihan kepada Umno dan BN, namun dengan kerja keras semua anggota parti Pakatan Rakyat membolehkan sejarah 1999 berulang semula.

Kata beliau tumpuan sekarang menggerakkan pelbagai program sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

”Kita sudah jalankan pelbagai aktiviti dan program bagi menjelaskan pelbagai isu kepada rakyat di Jeli,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau melahirkan rasa bersyukur apabila dakwaan ke atasnya sebelum ini mengemukakan tuntutan palsu sudah dibersihkan mahkamah.

Beliau berkata, mahkamah sesyen di Kuala Lumpur pada 11 Febuari lalu membebaskannya terhadap 13 pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewaan hotel pada tahun 2002.

“Saya meluahkan berbanyak-banyak rasa syukur kerana dibebaskan daripada tuduhan membuat tuntutan palsu semasa berkhidmat sebagai wakil rakyat di Jeli,” katanya.

Baru-baru ini Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membebaskan Mohd Apandi terhadap 13 pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewa hotel.

Hakim Mohd Nasir Nordin membebaskan tertuduh selepas pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie.

Sebelum itu beliau didakwa mengemukakan tuntutan palsu sewa hotel Perdana Resort di Pantai Cahaya Bulan berjumlah RM31,050.

Penduduk Jeli juga ketika ditemui meluahkan rasa gembira memandangkan isu yang dipasang bagi menjerat Apandi sebelum ini sudah tidak ada lagi.

Penyelia Dun Bukit Bunga, Suply Abdul Razak berkata, Umno tidak mampu lagi menggunakan isu dakwaan penyelewengan terhadap Apandi memandangkan beliau sudah dibersihkan mahkamah.

Puisi Buat Sultan Kelantan Oleh Dr Asri

Bicara Buat Seorang Sultan
(buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra)

pada kerendahan dalam pakaian
pada penampilan dalam keramaian
perasaan tertawan kepada sang sultan

pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..

inilah nasihat raja dan rakyat…

raja dimulia bukan kerna singgahsana
raja disayang bukan kerna paluan gendang
raja diangkat bukan kerna kalimat 'daulat'
raja dicinta bukan kerna kuasa
raja dihormat bukan kerna pangkat

raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat

raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah
raja dilupa kerna tinggalkan agama,

apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..


tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah
kepada raja kasih tertumpah

Dr MAZA,
160211

Penulis adalah bekas mufti Perlis

Semoga Mahathir dapat hidayah

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat hidayah Allah SWT.

“Saya tidak berhasrat setakat ini untuk mengulas jawapan Tun Mahathir terhadap saya seperti yang tersiar di muka hadapan akhbar Utusan pada hari ini,” tulis beliau yang juga Menteri Besar Kelantan di laman Twitter.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mahathir berkata, tujuan hidup Mursyidul Am PAS itu hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam Umno, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

‘‘Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya di dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah tetapi kemenangan dalam pilihan raya.

‘‘Orang Umno beragama Islam. Walaupun bagi Nik Abdul Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS namun dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli Umno dan ahli PAS juga adalah orang Islam,’’ ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian di dalam entri terbarunya bertajuk ‘Jawapan Kepada Nik Aziz’ di blognya http://chedet.co.cc/chedetblog hari ini.

“Cukuplah saya berkata, saya simpati dengan beliau, semoga beliau mendapat hidayah Allah SWT,” kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz. -Hrkh

Pemimpin Umno-BN menzalimi orang Melayu

http://buletinonline.net/images/stories/berita41/mazlanaliman.JPGKEMAMAN - Pemimpin Umno dan Barisan Nasional telah bersekongkol menganiayai dan menzalimi rakyat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, justeru, PAS dan Pakatan Rakyat wajar menggantikan Umno dan Barisan Nasional untuk memerintah negeri Terengganu dan negara Malaysia.

Beliau berkata, pemimpin BN mengumpul kekayaan melalui kroni-kroni mereka yang merampas tanah rakyat dalam jumlah yang sangat besar.

Katanya, ada satu kes yang melibatkan tindakan zalim pemimpin BN terhadap orang Melayu yang tinggal di Sadong Jaya, berhampiran Bandaraya Kuching.

“Mereka (orang Melayu itu) teroka tanah dekat dengan bandaraya Kuching. Tanah ituberada di seberang sungai. Lebih kurang hampir 100 keluarga naik sampan, menyeberangi sungai, teroka tanah, mohon dengan kerajaan. Sejak tahun berapa tuan-tuan? Sejak tahun 1945,”ujarnya ketika mengemukakan fakta mengapa PAS mesti menggantikan Umno-BN.

Menurutnya, permohonan hak milik tanah tersebut tidak diluluskan oleh kerajaan sebaliknya kerajaan hanya mengeluarkan lesen menumpang sementara (TOL) sahaja.

Namun begitu, mereka terus mengusahakan tanah tersebut berpuluh-puluh tahun. daripada zaman mereka tanam tanaman kontang, sehingga mereka tanam pokon dusun, pokok buah-buahan.

Tiba-tiba, tanpa disedari, tanah itu sudah dimiliki oleh syarikat ‘kroni’ yang rapat dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Abdul Taib Mahmud.

”Tahu-tahu mereka terkejut tanah yang mereka usahakan sebelum merdeka, telah dimiliki oleh syarikat kroni ketua menteri. Bahkan lagi buruk tuan-tuan tanah itu telah dicagar oleh syarikat tersebut dengan nilaian gadaian 65 juta,”jelasnya ketika menyampaikan ceramah di Kampung Tuan, Chukai, disini pada 14 Februari.

Selain itu, kata Mazlan lagi, keadaan yang berlaku di Tawau, Sabah lebih teruk dan menyedihkan.

Kerajaan, kata Mazlan, telah membakar rumah-rumah rakyat untuk memaksa mereka berpindah.

”rakyat menangis, kanak-kanak merintih. Tanah mereka hilang. Rumah mereka dibakar. Berlaku di Tawau, kerajaan negeri menggunakan agensi kerajaan untuk halau penduduk.

”Tak cukup, mereka musnahkan kebun kelapa sawit milik penduduk. Mereka datang bawa minyak tanah. Mereka bakar satu demi satu rumah penduduk,”jelas Mazlan. -BO

Adik-beradik Nekad Rempuh Peragut

Kuching: Dua adik beradik bertindak nekad dengan merempuh dua orang peragut bersenjata yang cuba melarikan diri dari tempat jenayah selepas meragut dan mencederakan seorang warga tua.

Kejadian tersebut bermula apabila dua orang adik-beradik yang tinggal di Three Hill Park keluar dari rumah dan hendak menuju ke Petra Jaya. Abang yang tua berumur 28 tahun hendak pergi bekerja dan menyuruh adiknya memandu balik kereta tersebut. Adiknya berumur 24 tahun dan masih seorang pelajar.

Lebih kurang pukul 7 pagi, seorang jirannya, seorang warga tua berumur 61 tahun hendak pergi membeli sayur-sayuran.

Tiba-tiba dua orang penjenayah tiba. Pembonceng motosikal itu, menolak perempuan tersebut, menghulurkan parang di lehennya dan meragut rantai emas yang dipakainya.

Kedua adik-beradik yang kebetulan baru saja herndak memandu keluar menyangkakan ia satu pergaduhan. Apabila mereka ternampak perompak itu sedang bergelut dengan perempuan berkenaan, si abang yang memandu kereta memecut dan merempuh motosikal yang pada ketika itu telah cuba melarikan dari dari lokasi kejadian.

Kesan rempuhan berkenaan menyebabkan motosikal itu tercampak. Penunggangnya bumur 32 tahun mengalami kecederaan di kepala dan patah kaki kiri. Kereta tersebut rosak teruk. Walau bagaimanapun perompak yang bersenjatakan parang berjaya melarikan diri dengan rantai emas yang diragutnya.

Warga tua tersebut cedera di tangan, kaki dan badannya. Rantai emasnya dianggar bernilai RM1,500. Polis menjumpai senjata yang digunakan di tempat berkenaan.

Isteri kepada suspek yang cedera bergegas ke hospital setelah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Wanita yang hamil itu menyatakan suaminua itu beraal dari Sibu tetapi mereka baru saja berpindah ke Kampung Gita.

Suaminua memberitahu yang beliau hendak pergi memancing dan telah keluar rumah sejak jam 5 petang semalam.

Suspek dipercayai bekerja sebagai pengawal keselamatan. -sarawakupdate




Musa londehkan Hisham, Hisham telanjangkan Musa. Auww!

Tidak ramai rakyat yang sedar apa yang telah dan sedang berlaku nun di puncak kuasa Bukit Aman. Rupa-rupanya peralihan kuasa daripada Musa Hassan kepada penggantinya, Ismail Omar, yang pernah dicercanya sebagai 'pegawai polis bodoh, tak tau apa-apa', turut merobah keseluruhan cawangan elit PDRM, D7 - Cawangan Jenayah Berat, Maksiat dan Kongsi Gelap.

Segala-gala ini telah diatur oleh Sindiket 1Malaysia yang diketuai oleh Tan Sri Ta Kin Ya. Kin Ya yang merupakan rakan niaga Norian Mai memainkan peranan penting menaikkan Ismail Omar di kedudukannya sekarang.

Sebagai balasan, Ismail Omar dikehendaki menukarkan keseluruhan - en bloc / kesemua sekali gus - Cawangan D7 - daripada Bukit Aman hinggalah ke kesemua Cawangan D7 di 14 Kontinjen-kontinjen Negeri. Ini bagi mempastikan muka-muka baru yang mengambil-alih Cawangan D7 adalah mesra kepada kegiatan rangkaian kongsi gelap yang diketuai Kin Ya.

Ikuti sedikit ulasan yang disediakan oleh Penarik Beca yang mengulas mengenai siapa yang nak londehkan siapa. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ops Tukar D7, sila baca daripada pautan Malaysia Today yang disertakan:

Musa bogelkan Hisham, Hisham telanjangkan Musa. Auww!

Mula-mula, saya ghairah membaca "The warlords and the de facto IGP" yang disiarkan Malaysia Today hari ini. Baca punya baca, saya terasa macam ada orang di belakang artikel itu. Saya rasa macam bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Tapi tak berani la nak tuduh dia. Nak tuduh lagu mana, tak ada bukti.

Memang, Musa dikaitkan dengan pelbagai cerita negatif. Watak-watak seperti BK Tan dan Tengku Goh dikaitkan dengannya. Pemangsaan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusoff juga dikaitkan dengannya.

Saya masuk lokap kerana bubuh logo kepala anjing yang saya copy paste dari tempat lain juga amat berkait rapat dengan rasa tidak puas hati terhadap Musa yang begitu dikaitkan dengan dunia jenayah. Saya tidak benci semua polis. Tapi, takkan nak duduk diam jika pelbagai cerita disiarkan tentang hubungan ketua polis dan dunia jenayah. Si ketua polis pula buat bodoh ja dan tak mahu membersihkan namanya.

Saya dah sebut masa saya ditangkap, saya benci polis jahat ja. Polis baik pula, berdosa kalau saya benci.

Balik kepada artikel tu. Katakanlah benar Musa di belakang artikel itu untuk melepaskan apa yang didakwa sebagai dendamnya kepada Menteri Dalam Negeri Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Adakah kita akan kata, ah tak betullah, Musa di belakang artikel itu. Nak kata gitu?

Benarkah semua yang ditulis dalam artikel itu tak betul semuanya? Sama seperti kebanyakan orang lain, saya tak tahu.

Tetapi yang pasti rasanya, Hishammuddin dan pak yet-pak yetnya tidak akan berdiam diri. Kalau dia pun terasa Musa yang bogelkan dia, mungkin dia akan londehkan Musa pula.

Hishammuddin memang kelihatan menjadi belasahan pelbagai pihak. Ada orang kata, bukan Musa sahaja yang tak puas dengannya. Budak-budak Tun Dr Mahathir Mohamad pun tak henti-henti serang Naib Presiden Umno itu - dengan intensity yang sama seperti mereka bela Tan Sri Tajuddin Ramli.

Sebut fasal Tajuddin, teringat pula waktu makan tengah hari tadi, seseorang yang dulunya dikenali sebagai Daim boys memberitahu saya, "Actually, they are protecting Mahathir, not Tajuddin". Saya tak nak kacau orang yang dah pencen. Lagi pun, banyak sumber melaporkan, termasuk seorang bekas menteri kanan, bahawa Dr Mahathir kini merasa amat jengkel dan sakit hati sangat terhadap kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak.


- Penarik Beca

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .