Ikuti Blog ini

Harga Rokok Naik Esok sehingga tahap RM10 satu pek.

PETALING JAYA: Mulai Isnin ini, harga rokok dijangka meningkat sebanyak 70 sen bagi satu pek 20 batang rokok.

Menurut laporan media berbahasa Cina, semua pek 20 batang rokok yang dijual pada harga RM9.30 sekarang, akan berharga RM10 satu pek.

Menurut sumber, kenaikan harga sebanyak 70 sen itu ialah salah satu kenaikan harga tertinggi untuk rokok. Sebelum ini, kenaikan harga rokok adalah antara 10 sen hingga 30 sen.

Pek rokok bergred tinggi dijangka berharga RM14.

Sumber menjangkakan kenaikan harga itu akan menyebabkan jualan rokok menurun sebanyak 10 peratus. Elok sangat la tu...cuba dengar nasihat TG Nik Aziz ni...

Suasana Hari Terbuka Pas Pusat 3 Okt. 2010

TG Nik Aziz, TG Hj. Hadi, Lim Kit Siang, Dato' Tuan Ibrahim dan Salahuddin menjamu selera.

Lim Guan Eng, Mustaffa Kamal, Subky Latif dan Teressa Kok juga kelihatan.

Persembahan Dikir Barat dari Jen Endoro

TG Presiden, Dato' Hasaan Ali dan Dato' Musttafa Ali.

TG Nik Aziz, TG Presiden dan pimpinan Pas Pusat melayani tetamu yang hadir.

Lagi gambar2 di sini dan di sini

Tok Guru ‘Gilo’ Di Sekolah Padang Luas, Jerteh

Seumur hidup saya tidak pernah menghadiri sebarang program ceramah Umno dan tidak pernah berminat untuk curi-curi dengar ‘klentong’ penceramah-penceramah upahan mereka. Tapi semalam ketika dalam perjalanan pulang dari menyampaikan kuliah maghrib dan menziarahi kematian di Jabi, hati saya tergerak untuk berhenti seketika di hadapan Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh, lokasi ceramah Umno yang kalau mengikut poster yang tersebar bertajuk ‘DAP Anti Islam’. Entah apa relevannya tajuk ini sedangkan Besut yang menjadi lokasi ceramah ini tidak mempunyai walaupun setengah cawangan DAP.

Tambahan pula Najib sendiri menawarkan diri kepada Obama untuk mengatasi masalah Islamophobia, tiba-tiba Idris Jusoh menganjurkan ceramah untuk mengapi-apikan sentimen agama dan menyemai kebencian kepada penganut agama lain. Penceramahnya: Idris Jusoh, Alwi Che Ahmad dan seorang yang bernama Abdullah Sa'amah. Saya tidak mengenalinya walaupun dikatakan dia Tok Guru Pondok Genting, Tumpat. Pernah terlihat nama dan gambarnya bersama-sama pemimpin-pemimpin Umno di poster-poster ceramah anjuran Umno Kelantan tetapi saya tidak begitu ambil pusing. That’s not my business. Ketika saya tiba ‘Tok Guru’ ini sedang berceramah.


GAMBAR - Abdullah Sa'amah, berhati-hati kalau terjumpa dengan dia ni, takut penyakit 'gilo' dia mari...

Entah berapa upah yang diterimanya malam tadi sehingga begitu bersemangat sekali ‘Tok Guru’ ini berceramah diiringi paluan gendang oleh budak-budak Umno (saya tak pasti pemuda atau putera Umno yang berbaju lambang dacing memenuhi satu kanopi sebagai pasukan sorak dan gendang). Di atas pentas kelihatan beberapa pemimpin Umno tempatan tersenyum kelat dan tertawa, entah kerana lucu atau mentertawakan hujah-hujah dangkal penceramah upahan ini. Trade mark kepada penceramah ini adalah perkataan ‘gilo’ (gila). Tak kurang dari 30 kali perkataan ‘gilo’ diulanginya untuk mengutuk PAS dan PKR. “Baso gilo”, “puak-puak gilo”, “jenis gilo”, “orang gilo”, “Nik Aziz gilo”, “gilo nok jadi PM”, “menate gilo”, “kena masuk hospital gilo”, “penyakit gilo”, “pemimpin gilo” dan macam-macam lagi jenis ‘gilo’ yang diulang-ulang sebut. Sehingga saya mari terfikir, gilakah ‘Tok Guru’ ni?

Rupanya benar sebagaimana pernah dikhabarkan seorang sahabat dari Dewan Pemuda Pas Kelantan bahawa ‘Tok Guru’ ini pernah ‘berfatwa’ dalam satu ceramahnya di atas pentas UMNO di Tumpat. “Tuan-tuan sokonglah Umno. Ambo beri jaminan siapa yang sokong Umno, dia akan selamat dunia akhirat.” Begitulah taksubnya ‘Tok Guru’ ini dengan Umno. Semalam dia kata “kita kena lawan puak-puak gilo ni (PAS dan PKR). Melawan puak gilo ni adalah jihad di jalan Allah. Nik Aziz kalu tak pandai memerintah, turun! kalu tak dak ore nak ganti, biar ambo ganti. Ni Tok Guru Haji Loh, Tok Guru hok Sengoti.” Ujarnya angkuh. Sekali lagi terdetik di hati saya, gilakah ‘Tok Guru’ ni?

Malangnya Umno, kerana terpaksa mempergunakan khidmat manusia sebegini untuk meraih sokongan. Saya cuba meneliti kalau-kalau ada hujah beralaskan fakta yang dikemukakan, tapi ternyata sekadar tin kosong, yang mengambarkan butanya penceramah ini dengan fakta sebenar atau dia sengaja membutakan mata demi RM yang mengalir ke dalam poketnya. Intipati ceramahnya cuba untuk mengambarkan khianatnya PAS dan PKR bersekongkol dengan DAP untuk menghakis hak orang Melayu Islam di Negara ini. “Puak-puak ni memang gilo, beri tanah kepada orang Cina, bantuan kepada Sekolah Cina. Sekolah Melayu bakpo tak bantu. Kita nak kata apa lagi kalu bukan kerja gilo.” Seranah ‘Tok Guru’ ni lagi disambut paluan gendang dan tepukan hadirin. Mungkin tak sampai maklumat kepada dia, Umnolah yang bertanggungjawab menghentikan bantuan kepada SAR. Kerajaan Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab memberikan semula bantuan kepada SAR termasuklah Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng yang dikatakan kerajaan kafir harbi. Masih saya ingat, Saudara Misbah, bekas Setiausaha Politik MB Perak memaklumkan bahawa Dato’ Ngeh Kho Ham, Pengerusi DAP Perak telah mencadangkan di dalam satu mesyuarat EXCO supaya diluluskan pemberian tanah 100 ekar kepada Pondok Pok Teh, Pengkalan Hulu supaya boleh diusahakan dan menjadi sumber ekonomi kepada pusat pengajian Islam ini. Sedangkan Allahyarham Pok Teh, Tok Guru Pondok ini yang telah kembali kerahmatullah beberapa hari lepas telah belasan tahun memohon tanah tersebut dari kerajaan Umno tetapi tidak dilayan, padahal Pok Teh adalah ahli majlis fatwa Negeri Perak. Disamping kerajaan PR Perak telah memberikan hak milik Tanah kepada orang Cina, penduduk Kampung Baru yang dah hampir 2 generasi tinggal di situ tanpa dapat hak milik, Kerajaan PR Perak juga telah mengurniakan hak milik tanah kepada orang Melayu di Kampung Tersusun dengan jumlah yang jauh lebih banyak berbanding kepada orang Cina.

Buku Sejarah Melayu Tingkatan Lima dibawanya dan ditujukkan kepada hadirin, “inilah dia rujukan Perlembagaan Malaysia yang telah dipertahankan oleh Umno puluhan tahun tapi dirosakkan oleh DAP, PAS dan PKR.” Disambut dengan tepukan dan paluan gendang pemuda Umno. Saya sekadar ketawa di dalam hati. Kenapa Idris Jusoh tak bekalkan dia Buku Perlembagaan yang sebenar walaupun sekadar untuk ditunjukkan kepada hadirin sebab kalau baca pun belum tentu dia boleh faham. “Pemimpin Umno adalah Hang Tuah yang mempertahankan orang melayu, DAP ni kafir harbi yang menentang Negara Islam. Pemimpin DAP kata, nak tubuh Negara Islam, langkah mayat dia dulu! Gilonya pemimpin PAS sehingga baca doa untuk orang kafir harbi dalam khutbah Jumaat. Memang gilo sungguh!” Ujarnya, mungkin merujuk kes doa untuk YAB Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang yang dah diperjelaskan secara panjang lebar, bagaimana hukum berdoa untuk orang bukan Islam dan dah lama selesai. Saya tidak berminat untuk mengulanginya lagi. “Kalu kita lok (biar) Negara kita kepada puak-puak gilo ni, jawabnya orang Melayu akan jadi serupa Melayu Singapura. Hilang dari muka bumi.” Akhir sekali dia ‘berwasiat’. “Kita kena beri sokongan padu kepada Dato’ Seri Idris, Dato’ Abdullah Mohd Zain dan pastikan puak-puak gilo ni tak dapat walaupun satu undi dalam pilihanraya akan datang.”

Astaghfirullah, begini sekali rendahnya akhlak dan peribadi ‘Tok Guru’ ni dan butanya dia dengan maklumat semasa. Nak banding dengan Tok Guru Nik Aziz yang dikatakannya ‘gilo’, jauh bumi dengan langit.

Moralnya, hinanya manusia yang menjadi penjilat kebatilan.

sumber

Tok Guru Nik Aziz ucap takziah kepada Lee Kuan Yew

Apabila Sudah Terlalu Bodoh... Inilah Jadinya....


Ini lah salah seorang pimpinan Umno yang beria-ria dan menjadi
dalang kepada warga emas yang lain,agar mengembalikan
semula wang ehsan kepada kerajaan PP.
"Banner" kat belakang tu nampak cantik..??Pandai pulak warga
emas dan miskin ni membuat "Banner"..sapa punya kerja..??
Kasihan warga miskin niii...tapi tak pa,Umno akan bagi balik
wang tersebutlebih daripada yang diberi oleh DAP,sebagai
bayaran menjadi pelakon drama "Umno Munafik"

Oleh : Lan Iisma

SEBAHAGIAN dari penerima bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan RM100 yang diberikan kepada mereka di pejabat UMNO Bahagian Bayan Baru, Georgetown, hari ini.

Dakwah yang dimainkan Umno amat berkesan. Dakwah itu diketuai oleh Adun Penaga Datuk Azhar Ibrahim And The Gang. Cara dakwahnya mengugut dan menakutkan warga emas Umno supaya memulangkan RM100 tersebut.

Mak cik Besah Said dari Permatang Damar Laut salah seorang yang memulangkan wang tersebut. Mak Cik Besah berumur 81, sudah tua dan mungkin penyokong tegar Umno yang begitu prihatin dengan dakwah Azhar Ibrahim. Duit lumba kuda haram untuk warga emas, tetapi untuk Datuk Azhar mungkin akan termasuk dalam hukum lain. Ada rukhsah atau kemudahan bagi Datuk Azhar. Amacam, siapa kata Umno tak pandai berdakwah, pandai tu.....satu lagi penyerahannya berlaku di pejabat Umno. Umno pula mendakwa tidak memaksa mereka. Bijak! Bijak! Nujum Pak Belalang.

Lim Guan Eng juga cuba menguji rakyat Islam pimpinannya terutamanya warga Umno dengan RM100. Maaf Lim! warga emas Umno berkata RM100 haram, jikalau RM1000, ah! payah juga, tak haramlah gamaknya.

Syarat Tok Guru Nik Aziz Untuk Calon Pas Dun Galas



Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, antara kriteria calon PAS bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas adalah kalangan mereka yang diterima penduduk seperti tidak merokok, tidak meninggalkan solat dan tidak pernah berpoya dengan perempuan.
“Kalau merokok saya memang tidak boleh terima untuk jadi calon,” kata Nik Aziz.

“Itu kena bagi tau awal-awal kerana merokok ini boleh merosakkan segala-galanya dan tidak ada doktor baik Islam atau kafir mengatakan rokok ini baik.

“Yang lain kriteria mesti diterima rakyat dan kita pilih hak terbaik tetapi nak cari satu orang yang boleh diterima semua memang tidak ada kerana Nabi Muhammad S.A.W pun ada yang kritik,” kata beliau dipetik Bernama.

Terdahulu beliau merasmikan Mesyuarat Agung Ke-13 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat pada Rabu depan bagi membincangkan mengenai tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Galas.

Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima, 46, pada Isnin lalu akibat barah usus.

Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata partinya telah mula menyenaraipendekkan beberapa nama dan akan mengutamakan faktor calon dalam misi mempertahankan kerusi DUN Galas.

“Kami sudah mengenal pasti beberapa pemimpin yang telah disenaraipendekkan,” kata Tuan Ibrahim.

Berhubung soalan sama ada bakal calon itu orang tempatan, Tuan Ibrahim berkata, “senarai yang panjang itu ada yang muda, ada yang profesional.”

Bagaimanapun kata beliau, keutamaan kali ini ialah “faktor calon.”
“Itu faktor penting dan insya-Allah kita akan pilih calon anak tempatan, calon tempatan,” kata beliau.

Tarbiah tarik minat bukan Islam sertai PAS



MARANG, 2 Okt: Pemuda dan pemudi PAS harus menjadi agen parti untuk menyanggah tanggapan sesetengah pihak bahawa PAS sebuah gerakan tanpa tarbiah, sebaliknya parti politik semata-mata.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, perkara yang membezakan pemuda PAS dengan orang lain ialah tarbiah yang menjadi salah satu sebab orang bukan Islam tertarik dengan parti ini sehingga wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

"Hasil daripada tarbiah dalaman sehingga menghasilkan ahli yang istiqamah dengan perjuangan parti menyebabkan orang bukan Islam tertarik dengan PAS.

"Sebab itulah daripada kelab penyokong, kini parti mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang menghimpunkan orang bukan Islam yang yakin dengan keikhlasan perjuangan kita," kata beliau ketika menyampaikan ulasan 'Pengukuhan PAS Melalui Tarbiah' di Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda di Masjid Rusila.

Sebelum itu, veteran PAS, Datuk Yahya Othman membentangkan kertas kerja pertama bertajuk 'PAS dan Tarbiah Islamiah'.

Kertas kerja itu menekankan tiga tonggak utama kekuatan pemuda iaitu iman, ilmu dan akhlak.

Nasharudin yang juga ahli Parlimen Bachok juga berkata, sebuah gerakan Islam di luar negara, Hamas turut mengagumi kejayaan PAS menarik orang bukan Islam untuk dekat dengan PAS.

"Sewaktu perjumpaan dengan gerakan-gerakan Islam di peringkat antarabangsa, pimpinan Hamas pernah memberitahu bahawa mereka akan belajar daripada PAS bagaimana untuk menarik orang bukan Islam," katanya.

Justeru pemuda dan pemudi, ujarnya perlu mengekalkan persepsi baik orang bukan Islam terhadap PAS.

"Orang bukan Islam memang meletakkan kepercayaan kepada PAS sehingga tidak takut untuk memberikan derma kepada parti kerana mereka yakin pemimpin PAS tidak menggunakan wang itu untuk kepentingan diri sebaliknya menggunakannya untuk kerja-kerja kebajikan," katanya.

Selain itu katanya, pemuda dan pemudi harus mementingkan ilmu pengetahuan agar perjuangan yang didokong tidak bertunjangkan semangat dan ikut-ikutan semata-mata.

Hari kedua ijtima' pagi tadi dimulakan dengan tafsir surah al-Hujurat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. -Hrkh

SANDARKAN PERJUANGAN PADA TARBIYYAH, BUKAN SEMANGAT





MARANG, 2 Okt: Lebih 5000 peserta Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS peringkat kebangsaan menerima suntikan semangat daripada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis perasmian malam tadi.

Abdul Hadi dalam ucapannya mengingatkan pemuda bahawa golongan mereka penting dalam perjuangan Islam.

"Islam meletakkan pemuda sebagai kumpulan yang penting dalam perjuangan sehingga Allah meletakkan satu surah yang khusus mengenai pemuda dalam al-Quran," kata Abdul Hadi.

Namun jelasnya, perjuangan pemuda haruslah ditunjangi tarbiah dan bukannya semangat semata-mata.

"Terdapat kumpulan yang menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W. Perjuangan ini mempunyai ciri-ciri sebagaimana yang dilakukan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu.

"Oleh itu Allah meletakkan agenda tarbiah kepada perjuangan ini," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Sementara itu,Naib Presiden,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang media selepas majlis itu mengulangi penegasan Abdul Hadi mengenai kepentingan tarbiyah di kalangan pemuda.

"Kita lihat bagaimana Presiden telah meletakkan asas-asas utama yang perlu difahami dalam proses tarbiyah.

"Bukan sahaja kita bergerak kerja atas dasar semangat tetapi dengan bimbingan, panduan daripada wahyu Allah dalam al-Quran dan hadis," kata Tuan Ibrahim.

Menurutnya juga, di samping ilmu dan kesungguhan,tarbiyah merupakan elemen penting dalam parti untuk menghadapi tekanan politik di negara ini.

"Dalam menghadapi tekanan politik di Malaysia, tarbiyah merupakan elemen penting dan kita harapkan agar kepimpinan yang lahir selepas ini dapat menilai sesuatu berdasarkan nas dan asas-asas yang bersumberkan sirah Rasulullah S.A.W.," kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau juga menyifatkan ijtima' ini sebagai tepat pada waktunya memandangkan PAS memerlukan jentera bagi menghadapi pilihan kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas tidak lama lagi.

"Ijtima' ini diadakan sesuai pada waktunya walaupun sebenarnya ia dirancang awal, sebelum berlaku kematian lagi.

"Ini boleh dijadikan asas bagi menyusun gerak kerja untuk pilihan raya di Galas dan kita harap ia menjadi pemangkin semangat untuk pemuda menghantar jentera ke sana," katanya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .