Ikuti Blog ini

Untukmu DYMM!

Ampun tuanku beribu2 ampun sembah
patik yang hina lagi dihina harap diampun.


"mana2 raja yang mati dlm keadaan menipu rakyat,diharamkan syurga ke atasnya"
- firman Allah...



RAKYAT TUANKU DIBEDIL DI LUAR, TUANKU BUAT APA DI DALAM?



Pakatan fail saman cabar pelantikan MB Perak


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini mengambil keputusan untuk memfailkan saman bagi mencabar kesahihan pelantikan Menteri Besar Perak yang baru dari Barisan Nasional (BN).

Ketua Umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, barisan panel peguam daripada tiga parti komponen Pakatan termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP akan mengkaji tindakan saman tersebut.



perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 23Anwar berkata, Pakatan berpendirian bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.


"Keputusan Pakatan Rakyat adalah untuk mempertikaikan kesahihan pelantikan Menteri Besar baru dan kami anggap ia tidak sah," katanya.




perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 22"Seterusnya sekarang, di Perak ada dua Menteri Besar...seorang yang sah yang dipilih pada pilihan raya umum lalu dan seorang lagi yang tidak sah yang mengangkat sumpah hari ini," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.


Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini yang berhasrat memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Anwar berkata, hal tersebut turut dipertimbangkan.


"Kita ambil kira pandangan Karpal. Bagaimanapun, kita minta supaya panel yang kita lantik ini melihat semula setiap cadangan yang dikemukakan," katanya.


Dalam pada itu Anwar turut mengutuk tindakan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya cuba mengambilalih pentadbiran negeri Perak dengan cara rampasan kuasa.


"Kita kutuk cara BN dan Umno yang sungguh biadap terutamanya ketika melayan Datuk Seri Mohammad Nizar semasa beliau ke pejabatnya pagi tadi.


"Semua barangan beliau telah dirampas dari pejabat beliau," katanya.

Selain itu Anwar berkata isu Nizar yang dikatakan derhaka kepada Sultan Perak kerana enggan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar seperti yang disebarkan melalui media sengaja dibangkitkan oleh BN.


"Datuk Seri Mohammad Nizar tidak derhaka, sebaliknya beliau hanya tunduk kepada perlembagaan dan undang-undang dan tidak pernah berhasrat untuk bertindak derhaka kepada sultan," katanya.


Tegasnya Pakatan Rakyat berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan bahawa tidak ada peruntukan untuk memaksa seorang Menteri Besar untuk meletakkan jawatan.


Jelas beliau, Pakatan Rakyat juga akan memohon perkenan Sultan Perak untuk mempertimbangkan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi diadakan pilihan raya negeri.


"Sekarang ada 28 ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Pakatan, 28 BN dan tiga telah di keluarkan daripada Dewan atas arahan Speaker.


"Jadi tak ada sebab untuk Menteri Besar letak jawatan kerana jadi pilihan raya harus diadakan," katanya.


Anwar turut mendakwa Umno dan BN takut untuk berhadapan dengan keputusan rakyat sebaliknya telah melibatkan institusi diraja untuk kepentingan politik mereka.


"Mereka tak boleh berhadapan dengan rakyat, gunakan sultan untuk kepentingan mereka.


"Umno gunakan isntitusi raja untuk pertahankan rasuah dan rampasan kuasa.


"Jadi kalau benar Umno ada kekuatan, adakan pilihan raya dan tengok siapa pilihan rakyat," katanya.


Anwar bagaimanapun berkata Umno menolak untuk diadakan pilihan raya kerana tahu implikasi yang bakal dihadapi.


"Mereka takut sebab mereka dah tengok apa yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.


"Tiada peluang untuk mereka menang...hanya yang ada ialah melalui rampasan kuasa," katanya.













gila2


Kenyataan Media Terkini Presiden PAS


Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara.

Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan. PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.


perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 21PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan. Pembubaran DUN akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihanraya yang menyeluruh di negeri Perak.

Saya juga ingin meminta kepadaseluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.

Presiden PAS
Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang





JAM 4.13 PM : Masih ada yang baca Yassin dalam mesjid dan berkumpul depan mesjid





Keadaan masih belum reda sepenuhnya dengan kelihatan masih ramai yang berkeliaran di perkarangan mesjid dan sebahagiannya berada di dalam mesjid membaca surah yassin.

Sementara itu saya menerima maklumat dari ADUN Malim Nawar, Khesvinder Singh yang berada di tepi sungai berhampiran dengan bulatan di bandar Kuala Kangsar.

Menurutnya lebih seribu yang berkumpul di sana dan mendapat kawalan yang ketat dan pasukan keselamatan termasuk FRU.


Kerajaan baru Perak 'haram' - Nik Aziz


Tindakan yang dilakukan Umno merampas kerajaan yang dipilih rakyat Perak jelas membelakangi tamadun manusia


KOTA BHARU - Mursyidul Am PAS menyifatkan kerajaan baru Perak yang bakal diketuai Dato' Dr Zambry Abdul Kadir (BN - Pangkor) sebagai sebuah kerajaan haram.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang dimaksudkan haram kerana Umno 'menculik' wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga mereka hilang beberapa hari tanpa dapat dikesan.


"Kemudian apabila keluar dari persembunyian tiba-tiba mereka menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional. Tentunya mereka diberi sesuatu sehingga sanggup meninggalkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.


"Kemungkinan ada unsur rasuah bagi menarik Adun terbabit tidak dapat ditolak. Apabila kerajaan baru cuba dibentuk dengan cara seperti itu tidakkah ia wajar dinamakan sebagai sebuah kerajaan yang haram," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Petang ini Zambry dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak di hadapan Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Manakala barisan Exco kerajaan negeri yang baru pula dijadual dilantik 10 Feb ini.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan yang dilakukan Umno merampas kerajaan yang dipilih rakyat Perak jelas membelakangi tamadun manusia.


Oleh itu beliau mempertahankan tindakan Dato' Seri Nizar Jamaluddin memohon kepada sultan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi memberi ruang rakyat menyelesaikan krisis yang berlaku sekarang.


"Saya menyokong penuh usaha yang dibuat kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Tidak ada jalan lain lagi untuk keluar daripada kemelut tersebut melainkan diadakan pilihan raya semula.


"Saya juga menafikan dakwaan sebuah stesen televisyen yang mengatakan saya menyokong tindakan istana Perak memecat Nizar. Kenyataan saya semalam sengaja diputar belit," ujarnya.


Ditanya tindakan Sultan Perak enggan membubarkan Dun dan tetap mahu melantik Menteri Besar baru daripada BN, katanya hak itu terpulang kepada pihak terbabit.


Bagaimanapun katanya, isu berkenaan tidak akan selesai dengan mudah tanpa diberi semula mandat kepada rakyat bagi menentukan kerajaan mana yang layak mentadbir.


Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat yakin kemelut yang melanda Perak sekarang tidak ada penghujungnya tanpa diserah semula mandat kepada rakyat.


Sementara itu, difahamkan tokoh agama ternama di Perak juga menyifatkan kerajaan baru yang diketuai Umno sebagai tidak sah dan haram.




Perkembangan di Kuala Kangsar







TERKINI
4.22ptg - Mesyuarat beberapa pemimpin kanan Pakatan Rakyat di pejabat datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung selepas jam 4 petang tadi.

Mereka dijadual mengadakan sidang media, mengulas perkembangan terkini di Perak yang menyaksikan kewujudan dua menteri besar - Datuk Dr Zambry Abd Kadir bagi pihak BN MB haram dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin bagi pihak Pakatan Rakyat.

4.12ptg -
Majlis angkat sumpah MB mamak haram selesai selepas bacaan doa mufti Datuk Seri Harussani Zakaria.

4.00ptg -
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Perak yang haram.

Seorang AJK PAS Perak dibenarkan menaiki kenderaan polis pencegah rusuhan FRU dan berucap kepada 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di depan Masjid Ubudiah.

Beliau berkata mesej mereka "telah disampaikan ke serata dunia" dan mereka bersurai.

3.48 ptg
Oppsss ada lagi .. !!!
Terdapat satu kumpulan kira kira 700 orang berkumpul di dataran Kuala Kangsar. Di Roundabout menuju ke Istana.
jeritan "Hidup hidup ... hidup rakyat !!!" bergema.

3.41 ptg
Cuaca masih mendung dan berangin. Keadaan sudah sedikit reda. Masih kelihatan anggota FRU yang berkeliaran. Mungkin sedang mencari barang barang yang tercicir. MB haram mungkin sedang mahu di tabalkan. Tahniah Rakyat Perak kerana dapat MB mamak.

Terima kaseh laporan dari Angkatan Muda Keadilan dan Unit Amal yang menghubungi wak. Terima kaseh kepada Ketua AMK Gombak, Kota Raja, Kajang, Shah Alam dan Ketua Penerangan AMK Selangor. Terima kaseh juga kepada Ketua AMK PUsat, En Shamsul Iskandar dan Ketua AMK Selangor, En Jonah yang turut berada di tempat kejadian, meredah asap dan getir serangan dari FRU. Salam kepada semua penyokong Pakatan rakyat dan Unit amal yang turut memberikan laporan dan membantu ramai rakyat ketika kejadian. Takbir !!!

Tengok Demo dekat Masjid Ubaidillah???

Orang berkumpul di Masjid, buat bacaan Yassin, berzikir dan berdoa...

FRU???

Bertindak macam ejen Zionis...

Tembak bom asap macam Israel...

Ya-Allah... lindungilah mereka-mereka ini...
3.34 ptg
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.

Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong Pakatan Rakyat.

Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling batu oleh penunjuk perasaan.

Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid. - laporan mkini

3.34 ptg
Orang ramai sudah tidak dapat bertahan. Mereka beransur bersurai. Ramai murid murid sekolah yang berada di persekitaran pengsan kerana gas pemedih mata. Rombongan para mangkok hayun akan di lepaskan ke arah istana Sultan.

3.29 ptg
Upacara doa berakhir, Laungan TakBIR !!! Bergema .. Allahuakbar !!!!
Kelihatan ada yang cuba menjenguk ke luar kawasan dan ada juga yang masih di dalam masjid sambil berehat. Ramai yang sudah pulih selepas pekena garam.


3.26 ptg
Upacara doa menjadi semakin kuat dengan pertambahan orang ramai yang masuk ke dalam masjid. Anilnetto melaporkan pengalaman ini sungguh berlainan sekali. Dia sedang berada di dalam masjid dan ramai lagi yang bukan Islam turut berteduh di kawasan masjid untuk selamatkan diri.

3.25 ptg
Imam masjid Ubudiyah sedang berdoa. Orang ramai yang berada di dalam masjid sedang mengaminkan beramai ramai. Keadaan di luar masih kedengaran siren polis dan bunyi tembakan gas pemedih mata.

3.23 ptg

Banyak tangkapan telah di buat. Tidak dapat di pastikan berapa ramai kah yang telah di tangkap. Keadaan sekarang berangin dan gas pemedih mata terus di lepaskan. Gas tersebut terbang di persekitaran masjid.

3.22 ptg

Kelihatan sejumlah orang baring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana.
Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi. - laporan Mkini

3.18 ptg
Orang ramai seperti di sekat di dalam masjid. Mereka di kepung. Mereka yang masuk ke dalam masjid mengucapkan syukur alhamdulillah. MB gelap sudah tiba di depan masjid dan sedang cuba untuk lepas dari sekatan.

3.15 ptg
Raja Nazrin baru dapat melepasi sekatan rakyat yang berada di depan masjid. Kelihatan masih ramai yang berkumpul dan menghalang lalu lintas. Kelihatan kenderaan dif dif kehormat masih lagi di sekat. Keadaan di sana, mendung dan berangin. Gas Pemedih mata sudah merebak di bawa angin sekitar 1 kilometer jauhnya.

Anil netto beransur pulih. seorang wanita sudah memberikan segengam garam untuk di makan bagi menghilangkan kesan gas.




3.10 ptg
Pintu belakang masjid telah di buka. Kelihatan mereka yang cedera akibat gas pemedih mata di bawa masuk. Kelihatan juga Anilnetto turut berada bersama. Anil berada di bahagian tempat wanita sembahyang. Di rehatkan. Kelihatan kira kira 40 wanita sedang bersembahyang di sana.

3.07 ptg
FRU sekarang sedang mengejar orang ramai sehingga masuk ke kawasan masjid. Berpuluh puluh gas pemedih mata telah pun di lepaskan. Anilnetto .. blogger yang membuat lapuran di laporkan turut terkena.

Kelihatan orang ramai sudah mula membaling objek seperti kayu ke arah polis FRU.

3.04 ptg
Di laporakan Raja Nazrin baru sampai di hadapan laluan ke masjid dan laluan masih lagi sesak dengan rakyat yang cuba menghalang mereka terus ke istana. Siren polis kedengaran di sana sini. Laungan rakyat "Allahuakbar !!!" masih lagi kedengaran.

3.01 ptg
Di beritahun Raja Di Hilir telah tiba di tempat kejadian.
Gas pemedih mata terus di lepaskan. Orang ramai kelihatan cedera. Gas di lepaskan di luar dan di dalam masjid.
5 buah truck FRU telah berjaya melepasi bentang orang ramai dan menuju ke istana. Beberapa buah kenderaan yang sepatutnya pergi ke istana telah di sekat.
Di hadapan Masjid terdapat sebuah sekolah dan kanak kanak sekolah turut terkena gas tersebut.

2.56 ptg
Sebelum ini Najib dan Hisammuddin menjangkan beberapa buah negeri lagi akan jatuh ke tangan BN dengan cara yang sama. Melompat parti.
Lapuran di perolehi beberapa orang yang di maksudkan adalah
7 dari kedah, 12 dari penang dan 6 dari Selangor. Waspada !!!



2.53 ptg
Tembakan gas pemedih mata di lepaskan. Orang ramai berlari ke arah dalam masjid. Ketika ini kira kira 8 tembakan gas telah di lepaskan. Sementara itu, sebahagian lagi orang ramai terus berarak ke Istana Sultan.

2.50 ptg
Dilapurkan Lori FRU lebih dari 10 buah. mereka terus menghalang FRU dari melalui jalan tersebut yang menghala ke istana. Mereka terus duduk. Polis memberi amaran melalui pembesar suara tapi penyokong PR menjerit ke arah mereka semula.

2.46 ptg
Kira kira 2000 orang penyokong Pakatan Rakyat duduk di tengah jalan berhadapan dengan FRU. dan mereka menghalang jalan menuju ke istana.

2.15 ptg
6,000 orang berkumpul di luar Masjid Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat bersedia untuk berarak ke Istana Sultan. FRU sudah bersedia sejak awal lagi. Selepas waktu Solat, mereka berkumpul diluar dan laungan Allahuakbar !! mula bergema.

Tidak lama kemudian, mereka mula keluar dan berhadapan dengan FRU. Laungan Hancur hancur hancur UMNO !! Hidup, hidup, hidup Rakyat turut berkumandang.

500 orang bergerak berasingan di hadapan bergerak untuk bertemu Sultan.

Gas pemedih mata di lepaskan. Perarakan masih berterusan dan rombongan merempuh benteng FRU. pada jam 2.39 ptg.

Sebahagian dari penyokong menyekat FRU di jalan berhadapan masjid dan sebahagian lagi mengepung jalan.

Kelihatan wanita yang pengsan terkena gas pemedih mata.


Rakyat berbilang kaum tetap menyokong MB Nizar


Tempat perhimpunan orang ramai terpaksa dipindahkan beberapa kali kerana diganggu oleh pihak tertentu dan akhirnya terpaksa diadakan di kediaman Menteri Besar.


Orang ramai yang mahu menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat telah mulai berkumpul sekitar jam 7.00 malam. Kenderaan dan orang ramai sama sesaknya memenuhi ruang perkarangan Kediaman Menteri Besar.

Perhimpunan berbagai bangsa – Melayu , Cina dan India yang menggambarkan komposisi kaum yang berpadu dan bermuafakat sama-sama menunjukan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan Umno/BN merampas kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak.


Sementara orang-orang Islam berhimpun didalam ruang surau/dewan bersolat dan bermunajat, mereka yang bukan Islam pula berhimpun diluar dengan sepanduk-sepanduk mengecam perbuatan terkutuk BN/Umno .

Dianggarkan lebih 50 ribu manusia bersesak memenuhi ruang perkarangan Kediaman Menteri Besar walaupun hujan turun agak lebat.


Selepas melakukan solat hajat, majlis ceramah pun bermula. Beberapa pimpinan telah berucap dengan menyatakan sokongan terhadap MB NIzar dan mengecam perilaku Umno/BN merampas pentadbiran negeri Perak dengan cara yang amat keji.


Dato Seri Nizar dalam ucapannya berkata, yang penting dipertahankan bukanlah kedudukannya sebagai seorang Menteri Besar, tetapi apa yang perlu dipertahankan ialah hak rakyat untuk mendapatkan keadilan dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

Rakyat akan menggunakan kuasa mereka dan akan mengkuburkan terus Umno/BN dalam pilihanraya akan datang.Rakyat tidak akan memaafkan dan melupakan episod hitam yang sedang melanda negeri Perak kini.


Nizar menyifatkan kerajaan BN/Umno diPerak ini adalah ‘Kerajaan Haram’ kerana merampas hak rakyat dengan mengenepikan perlembagaan negeri.

Rakyat Perak menuntut supaya pilihan raya negeri diadakan dan BN / Umno tidak perlu gusar jika sekiranya rakyat majoriti benar-benar menyokong mereka.


Rakyat tidak akan berhenti daripada tuntutan tersebut dan mereka akan buktikan bahawa pemerintahan BN/Umno di Perak hari ini , sebenarnya bukanlah pilihan rakyat.


Mereka bukan sahaja menggunakan tipu muslihat yang keji malah menggunakan amalan rasuah semata-mata mahu berkuasa.

Mereka mesti ingat, Yang Maha Berkuasa ialah Allah SWT.Ianya Maha Adil dan Maha Saksama.Kita akan terus memperjuangkan keadilan dan pasti Allah akan memberikan keadilan itu kepada kita semua.



Pesanan Nizar kepada staf SUK

IPOH, 6 Jan :- Pada sekitar jam 9.40 pagi tadi YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dihalau keluar dari pejabatnya oleh seorang pegawai atasan yang sedang mengusai pejabat Kerajaan Negeri di sini. Dengan suara yang kuat, "Keluar" beberapa kali Ir. Nizar di perlakukan dengan cara yang tidak sopan sekali.

Kejadian itu berlaku apabila YAB Menteri Besar yang masih sah itu pergi ke Pejabatnya seperti biasa pagi ini. Beliau bersama dengan pembantu dan diiringi oleh unit amal .

Keadaan ini mengambarkan betapa seorang yang selama ini cukup bermasalah kepada Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat menunjukkan taringnya. Kelmarin beliaulah yang mengarahkan supaya semua bilik Exco dikosongkan dan kenderaan rasmi dikembalikan dengan secepat mungkin.

Inilah gambaran kudeta yang semakin bercelaru sehingga sesuatu yang tidak berperi kemanusia dilakukan kepada pemimpin-pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat Perak selama 10 bulan yang lepas.

nizar jamaluddin perak mb office lock out bn takeover 060209 06

SAYA ingin sampaikan salam kepada semua kakitangan kerajaan negeri yang selama ini telah memberikan khidmat cemerlang sepanjang saya menerajui kerajaan Pakatan Rakyat Perak.


Saya ingin berpesan kepada kalian agar meneruskan kerja-kerja baik yang telah dilaksanakan sepanjang 11 bulan yang lalu. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi dengan kejayaan yang lebih besar kerana saya yakin pertolongan daripada Allah makin hampir.


Saya bersyukur semasa hadir ke SUK hari ini dan selepas mendengar arahan Setiausaha kerajaan negeri Perak, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim, saya amat terkejut dengan sikap beliau itu.


Ia merupakan pertama kali beliau bersikap begitu sepanjang saya menjadi Menteri Besar dan saya yakin Dr Abdul Rahman akan menjadi penyebab kejatuhan kerajaan BN selepas ini.


Ir Mohd Nizar Jamaluddin
Menteri Besar Perak.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .