Ikuti Blog ini

Cina kumpul duit bantu Chek Hashim berubat di China


GUA MUSANG, 18 Okt: Biarpun hanya sempat dua tahun lebih bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), namun nama Allahyarham Che Hashim Sulaima tidak lekang dari bibir masyarakat Galas.

Sikapnya yang bertanggungjawab, rendah diri, suka menolong dan tidak berkira dengan rakyat, menjadikan kehilangannya seperti sukar dicari ganti.

Tidak hairanlah jika rata-rata masyarakat sama ada Melayu, Cina, India mahupun Orang Asli sangat sayang kepada Adun PAS tersebut.

Menurut Penghulu Kampung Bandar, Chong Loi San, 60, (gambar) Allahyarham Chek Hashim seorang yang mudah didampingi dan tidak pernah berlagak seperti seorang Yang Berhormat.

"Saya kenal dia lebih 20 tahun, dia orang bagus, bukan senget-senget punya.

"Dia dulu jual rotan, saya beli dengan dia buat niaga kerusi.

"Dia suka tolong sama kita. Pagi ke, petang ke, malam ke, bila kita panggil dia mesti sampai.

"Banyak kaum Cina undi dia sebab dia mudah kira," ceritanya menggambarkan peribadi Allahyarham semasa hayatnya.

Tambah Chong lagi, beliau mengenali bekas Adun Galas itu seorang yang pemurah dan melayan masyarakat berbilang kaum di kawasannya dengan adil.

Antara jasa paling besar Allahyarham katanya, adalah menyelesaikan masalah geran tanah kepada masyarakat Dun itu.

"Kita Cina, India, Melayu Gua Musang bukan nak kaya sangat, kita nak tanah ada geran dan YB ni banyak bantu kita dapatkan geran," tambahnya lagi.

Kehilangan Allahyarham jelasnya sangat dirasai kaum Tionghua Gua Musang yang banyak terhutang budi pada beliau.

"Dia meninggal memang orang Cina sayang sangat. Waktu dia sakit, kita orang Cina kumpul duit nak bawa dia pergi berubat dekat negeri China.

"Saya sendiri suruh sepupu saya teman dia pergi sana sebab Chek Hashim tak tahu cakap Cina," katanya.

Biarpun hanya dua tahun Allahyarham sempat menjadi wakil rakyat mereka, namun tempoh itu katanya sudah cukup membuktikan Adun PAS boleh diberi mandat.

"Kalau YB PAS memang tidak ada masalah. Dia tolong kita, dan kita mesti tolong dia," ujarnya menggambarkan sokongan.

Chek Hashim Sulaima meniggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang 21 September lalu akibat kanser usus.

Allahyarham memenangi kerusi Dun Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu mengalahkan penyandang dari BN, Saufi Deraman.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November ini sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas, manakala 26 Oktober hari penamaan calon.

Secara tradisi, kerusi Dun tersebut adalah milik BN, namun berjaya dirampas PAS pada tsunami politik PRU ke-12 lalu. -Hrkh

Wanita Ditipu Lagi dek Kerajaan BN

Image Hosted by ImageShack.us


PEMBERIAN cuti bersalin sebanyak 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini kepada penjawat awam wanita menimbulkan dua reaksi berbeza. Ketika Presiden Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia (MAMANEH), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj bersetuju dengan fleksibiliti menentukan sendiri tempoh cuti bersalin, Perunding Rakan Sebaya Penyusuan Ibu Malaysia, Nor Kamariah Mohd Alwi pula berpendapat ia hanya mengehadkan bilangan anak buat wanita bekerjaya.

Mengulas lanjut, Nor Kamariah berkata, mengikut peruntukan itu, cuti 90 hari daripada 300 hari perkhidmatan itu sama dengan cuti bersalin 90 hari untuk anak pertama hingga tiga saja.“Sebelum ini, kerajaan memberikan cuti dua bulan dengan peruntukan 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan dan bilangan itu bersamaan dengan tempoh cuti bersalin hingga anak kelima. Sekarang, bilangan cuti bertambah, tetapi dengan peruntukan sama 300 hari. Ini bermakna cuti hanya untuk sehingga anak ketiga, jika wanita terbabit mahu mengambil cuti sehingga 90 hari setiap kali bersalin,” katanya.

Bajet 2011 antara lain memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutama anak yang baru dilahirkan. Bagi menambah baik kemudahan cuti bersalin kepada penjawat awam wanita, kerajaan memberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini. Kemudahan itu tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

Sementara itu Dr Harlina yang juga Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) juga berharap sepanjang tempoh itu, ibu mengamalkan penyusuan ibu sepenuhnya.

Beliau yang juga berharap kelonggaran juga diberi kepada ibu untuk bercuti beberapa minggu sebelum bersalin berpendapat memberikan penyusuan penuh dalam tempoh tiga bulan pertama dapat membentuk hubungan baik ibu dan anak.

“Bayi pada usia berkenaan lebih kondusif menerima rangsangan, justeru ‘lebih kuat’ untuk ditinggalkan ibu ketika keluar bekerja selepas tempoh cuti bersalin berakhir.

Majikan tidak seharusnya melihat cuti panjang diberi menjejaskan produktiviti organisasi kerana banyak bukti menunjukkan wanita berjawatan penting hari ini, mempunyai anak ramai, tetapi tetap fokus terhadap tugas,” katanya.

Jelaslah kepada kita BN sekali lagi membohongi rakyat. Diwarwarkan Kerajaan BN prihatin tapi sebenarnya tidak. Teringat kes sama sewaktu BAJET Pak Lah;kononnya yuran sekolah dikurangkan kepada dibawah RM 10,tetapi sebaliknya bayaran lain seperti PIBG,Sukan dimasukkan. Yang jelas Bajet BN adalah Bajet Bini Najib;Rakyat terus ditipu.

Pengisytiharan Tengku Fa'iz Petra Sebagai Tengku Mahkota Kelantan

Pengistiharan Tengku Muhammad Faiz Petra sebagai Tengku Mahkota Kelantan selamat disempurnakan pada tengahari ini ia dilakukan oleh DYMM Sultan Kelantan Sultan Muhammad keV bertempat di Istana Negeri, turut hadir Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Seri Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub, Speaker Dun Datuk Nassuruddin Daud, Exco Negeri, Ketua-Ketua Jajahan dan Ahli Majlis Perajaan negeri. Pengistiharan tersebut adalah mendapat sokongan sebulat suara ahli MPN yang bermesyuarat di Pejabat Setiausaha Kerajaan pagi tadi.

GALAS: Calon PAS Sudah Diputuskan. Diumumkan Bila-bila Masa


PAS sudah putuskan calon DUN Galas

KUALA TERENGGANU: Calon yang akan mewakili PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas telah diputuskan dan akan diumum Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata bakal calon PAS dipersetujui sebulat suara Dewan Harian PAS yang bermesyuarat mewakili Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini.

Mustafa yang enggan mendedahkan identiti calon berkenaan, bagaimanapun berkata beliau terdiri dari anak tempatan, tidak pernah menjadi wakil rakyat dan juga pemimpin parti itu di Gua Musang.

"Esok nama itu akan diserahkan kepada Mursyidul Am (TG Nik Aziz) yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan untuk diumumkan," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, nama berkenaan dipilih daripada enam nama yang disenarai pendek oleh PAS Kelantan termasuk seorang pemimpin Orang Asli di situ.

Katanya, tarikh sebenar pengumuman bagaimanapun belum dimuktamadkan lagi namun difahamkan, parti itu akan memperkenalkan calonnya 20 Oktober ini.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya dari PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, pada 27 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 26 Oktober dan pengundian pada 4 November.

Ketika ditanya peluang PAS berdasarkan perkembangan semasa, beliau berkata parti itu masih berada di belakang Barisan Nasional (BN) kerana menganggap kawasan itu sebagai kubu kuat UMNO dan beberapa faktor lain.

Mengenai pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya BN bagi DUN itu, Mustafa berkata tidak dinafikan tokoh veteran itu mempunyai pengaruh tersendiri di Gua Musang.

"Bagaimanapun itu tidak semestinya diterjemah sebagai undi," katanya.

Sementara itu, beliau berkata langkah SPR mengadakan serentak pilihan raya kecil DUN Galas dan pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah, akan memberi kelebihan kepada BN terutama dari segi logistik berbanding pembangkang.

"Bila diadakan dua serentak, bagi kita susah untuk kita beri tumpuan, tapi ini tak halang untuk kita berusaha mencapai kemenangan," katanya.

Mengulas politik Terengganu terutama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, beliau berkata PAS dan BN negeri itu mempunyai kekuatan seimbang dan masing-masing terpaksa bergantung kepada sokongan pengundi atas pagar untuk membentuk kerajaan. - BERNAMA


Spekulasi sebelum ini


GALAS: CALON PAS SUHAIMI ATAU ZULKIFLI?

PAS dipercayai telah membuat keputusan akhir berkenaan bakal calon untuk diturunkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas hujung bulan ini dengan tumpuan memfokus sama ada Suhaimi Mat Deris atau Dr Zulkifli Mohamad.

The Malaysian Insider difahamkan kedua-dua nama itu menjadi pilihan terakhir, tetapi Dr Zulkifli yang pernah mencabar Tengku Razaleigh Hamzah di kerusi Parlimen Gua Musang dua tahun lalu kemungkinan besar akan diletakkan sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat kali ini.

Dr Zulkifli merupakan seorang doktor perubatan dan memperoleh undi majoriti dari kawasan DUN Galas berbanding Tengku Razaleigh pada 8 Mac lalu.

Tengku Razaleigh mengatasi Dr Zulkifli di dua lagi kerusi DUN dalam bahagian Parlimen Gua Musang, sekali gus membawa kemenangan kepadanya.

The Malaysian Insider difahamkan mereka merupakan antara lima nama yang disenaraipendekkan dan menjadi fokus perbincangan malam tadi.

Suhaimi pula merupakan pegawai halaqah berusia awal 40-an, dikatakan membawa perwatakan hampir sama seperti penyandang Che Hashim Sulaima yang meninggal dunia 27 September lalu.

Pakatan Rakyat menerusi PAS pertama kali memenangi kerusi itu pada Mac 2008.

PAS akan mengumumkan calon mereka secara rasmi pada 22 Oktober ini, kata Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Malam tadi, kami mengadakan mesyuarat harian PAS. Nama-nama calon kami teliti selepas Majlis Syura telah memberikan keputusan berhubung kelayakan calon,” kata beliau ketika dihubungi.

Bagaimanapun beliau enggan menyebut nama yang telah dipilih untuk mewakili Pakatan Rakyat di DUN Galas kali ini.

“Saya tidak boleh memberitahu, tungguhlah,” kata beliau ketika ditanya sama ada kemungkinan bakal calon itu lelaki dan kalangan Orang Asli.

“Apa yang boleh saya katakan, dia seorang penduduk tempatan sebagaimana kita mahukan dan disenangi pengundi tempatan, dan jika terpilih menjadi wakil rakyat, kami pasti penduduk tempatan akan gembira memiliki seorang ADUN terbaik bagi mereka,” katanya.

“Calon ini akan memenuhi keperluan penduduk tempatan,” katanya lagi.

Pesuruhjaya PAS Pahang ini berkata nama calon akan diumumkan oleh Murysidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan pada 22 Oktober.

Che Hashim merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Dalam pada itu, seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar memberitahu, “kita akan semak semula kesemua nama tersebut dan akan turun ke padang untuk menemui pengundi mengenai calon yang bakal kita pilih.”

“Keputusan hanya akan diumumkan pada 22 Oktober ini dan Mursyidul Am PAS,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata kesemua nama yang dikemukakan adalah kalangan penduduk tempatan Gua Musang.

“Semuanya adalah penduduk tempatan, sama ada Melayu atau Orang Asli kita tunggu sahaja 22 Oktober nanti,” katanya. -TMI

Najib sukar perolehi majoriti 2/3, kata Dr M

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal berdepan dengan laluan sukar untuk memperolehi semula majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang ekoran prestasi suram pendahulunya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

mahathir mohamad hari raya open house 2 "(Najib) warisi kerajaan yang buruk. Beliau lebih hebat daripada (perdana menteri) nombor lima (Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang tidak cekap," katanya perdana menteri keempat itu kepada pemberita hari ini.

Ditemui di sebuah forum antarabangsa di Kuala Lumpur, Dr Mahathir (kiri) terus mengkritik Abdullah, penggantinya yang didakwanya mensia-siakan mandat besar yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2004 lalu.

"Bila kamu mendapat dua pertiga majoriti, ia patut digunakan untuk perkara yang betul. Dalam empat tahun, daripada 2004 hingga 2008 Abdulllah lakukan banyak perkara salah yang menyebabkan beliau kalah pada 2008," katanya.

Dr Mahathir bagaimanapun kelihatan lebih berlembut kepada Najib yang disifatkan "cuba membetulkan keadaan".

Menyuarakan penghargaannya kepada usaha Najib itu, perdana menteri paling dalam dalam sejarah Malaysa itu turut mengambil peluang menyelar bekas timbalannya yang kini menjadi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Beliau lalui masa sukar sekarang. Najib ada beberapa idea yang bagus dan yang tidak berapa bagus.

"Saya harap beliau mendapat sokongan kerana parti alternatif yang lebih buruk akan mengambil alih tampuk kekuasaan," kata Dr Mahathir. -M'kini

Ustaz Hadi Bidas Permata

Peruntukan besar sebanyak RM111 juta kepada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor disifatkan PAS sebagai tidak masuk akal kerana ia didakwa hanya melibatkan segelintir pihak.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) berkata, fokus kerajaan telah tersasar memandangkan pusat itu juga masih di peringkat percubaan.

Anggota parlimen Marang itu juga membandingkan peruntukan kepada PERMATA berbanding usaha bagi meningkatkan taraf Orang Asli dan pribumi yang diberikan RM100 juta, manakala sekolah agama rakyat pula diberikan hanya RM95 juta.

Dalam pembentangan Bajet 2011 oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, PERMATA dimumkan bakal mendapat peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

Peruntukan itu turut meliputi program PERMATA yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Dalam satu kenyataan, Abdul Hadi agenda ekonomi dan transformasi yang dinyatakan dalam pembentangan bajet 2011 hanyalah satu penjenamaan semula yang "ditaburkan dengan angka yang indah-indah dengan mengkesampingkan aspek pembinaan manusia".

"Apa yang penting bukannya angka-angka yang sedap didengar, umpamanya dibentangkan bahawa pendapatan per kapita meningkat sebanyak 6.1 peratus kepada RM28,000; kononnya kadar pengangguran di takuk 3.5 peratus; sedangkan realitinya rakyat di luar bandar tidak menikmati faedah langsung dari peningkatan angka-angka sedemikian, bahkan jauh sekali dari menikmati kesejahteraan hidup akibat dari perubahan angka-angka ini!" kata Abdul Hadi.

Beliau juga menyelar perdana menteri dengan gelaran yang digunakan dalam pembentangannya Jumaat lalu - "saudagar mimpi yang memperdagangkan dongengan" kerana didakwa mengelirukan rakyat dengan angka-angka sedemikian.

Mengulas cadangan projek seratus tingkat menara Warisan Merdeka, beserta kemudahan yang menelan belanja asas RM5 billion, Abdul Hadi mempertikaikan kenapa peruntukan bagi tujuan itu hanya "secebis" jika dibandingkan dengan projek koridor yang didakwanya lebih bermanfaat kepada rakyat.

"Contohnya peruntukan untuk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) hanyalah RM178 juta, iaitu dalam lingkungan 3.6% dari projek Warisan Merdeka.

"Ini tidak lagi dicampur dengan kemungkinan projek RM5 billion itu meningkat sebagaimana yang sentiasa berlaku dalam pemerintahan kerajaan Umno-BN."

UMNO didakwa pinggir roh agama dalam pemerintahan

SKUDAI – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa pemerintahan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terlalu sekular dan berorientasikan semangat perkauman yang sempit.

TG Nik Abdul Aziz mendakwa, akibat meminggirkan roh agama dalam pentadbiran menyebabkan berlakunya penindasan, rampasan hak dan ketidakadilan kepada rakyat.

“Pemimpin BN tidak nampak asas dosa dan pahala mengikut acuan Islam. Oleh kerana itu mereka menggunakan undang-undang tahanan tanpa bicara Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menyekat kebebasan bersuara kepada pembangkang dengan tidak memberikan permit (berceramah),” katanya pada forum anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang diadakan di Taman Universiti, di sini, semalam.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, bersandarkan faktor tersebut, Pas mengambil keputusan menjadikan strategi menggunakan ilmu ketika berhadapan dengan UMNO dan BN.

“Pas akan tetap lawan UMNO tetapi dengan ilmu. Sebab itu saya suka dan setuju jika dijemput untuk memberikan ceramah dan forum seperti ini.

“Sebagai contoh setiap hari Jumaat, umat Islam semua akan ke masjid untuk mendengar ceramah, ertinya Islam mementingkan ilmu,” katanya.

TG Nik Abdul Aziz turut menyelar penularan aktiviti rasuah politik sebelum dan menjelang musim pilihan raya yang dianggap sebagai cara terkutuk memenangi hati rakyat.

Menjawab soalan adakah Pas bersedia berkongsi pemerintahan negara dengan kaum lain khususnya Cina sekiranya diberi mandat oleh rakyat, TG Nik Abdul Aziz berkata, Pas sentiasa bersikap terbuka dalam pemerintahannya terutama sepanjang 20 tahun mentadbir Kelantan.

“Berapa ramai rakyat Cina di Kelantan yang memeluk Islam, sila ke Kelantan dan tanyalah mereka,” katanya.
Sinar Harian

Masyallah... Pemimpin umnoApco Masih Jahil Lagi...!!!!

Itu sahaja ungkapan yang dapat dilafazkan apabila menatap gambar mangkok2 tingkat yang berayun ini dalam upacara memacang ancak bagi menghalau Jin dan Setan... kononnya.




Mengapa amalan khurafat ini masih diteruskan...??? Itu lu orang kena tanya Mufti Perak....

Lagi gambar Jin dan Setan klik sini.

Pasal itulah Islam bercelaru di Malaysia, angkara manusia2 seperti inilah.... geng sepusat sepusing dengan Ayah Pin...

DAP: PM nyalakan 'api perkauman'

DAP menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan "kepalsuan dan retorik" untuk orang mengapi-apikan kemarahan pegawai kerajaan daripada kalangan orang Melayu bagi memastikan mereka terus menyokong kerajaan.

"Perdana menteri menunjukkan sikap sebenarnya apabila beliau menghukum pegawai kerajaan yang tidak menunjukkan kesetiaan membuta tuli kepada Umno," kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua (kanan) dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada ucapan perdana menteri ketika melancarkan Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan di kediaman rasminya di Seri Perdana di Putrajaya semalam.

Pua menuding kepada dua kenyataan Najib semalam yang didakwa membangkitkan prejudis kaum:

"Saya nak tanya siapakah yang mempersoalkan 153 Peruntukan dalam Perlembagaan? Hak keistimewaan orang Melayu, siapa yang persoalkan?

"Siapa yang wujudkan peristiwa tidak mendoakan Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah? Siapa yang mahu buka UiTM (kepada bukan Melayu)? Bukan UMNO tapi orang sebelah sana," Najib dipetik sebagai berkata.

Pua yang juga anggota parlimen Petaling Jaya Utara menyifatkan kenyataan Najib itu menggambarkannya "sebagai hulubalang PERKASA sebenar".

Ini, menurut Pua, antara sebab kenapa Najib mengambil tindakan tidak mengkritik PERKASA untuk "kedudukan ekstrim dan rasis yang berterusan" walaupun NGO itu didakwa meningkatkan etegangan antara kaum. -M'kini

Gopal Sri Ram, Musa Hassan 'serang' kerajaan: Mengapa garang setelah pencen? - Prof Dr Aziz Bari


Dato' Gopal Sri Ram dilanda sindrom pencen sebagai mana Tan Sri Musa Hassan. Demikian komen Profesor Dr Abdul Aziz Bari (gambar)_ketika diminta mengulas kritikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu Khamis lalu. Dalam satu seminar di Kuala Lumpur bekas hakim itu menyalahkan badan kehakiman kerana gagal melindungi hak minoriti dan mengikut lenggok kerajaan.

Sementara itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula menyerang kerajaan selepas kontrak perkhidmatannya tidak disambung. Aziz berkata apa yang dikatakan oleh hakim yang juga bekas peguam Umno itu ada kebenarannya.

"Tetapi oleh kerana Gopal Sri Ram juga tidak tegas dan bersikap selektif ketika berkhidmat, kritikannya kepada hakim-hakim lain memercik ke mukanya sendiri. Malah beliau akan dianggap sombong dan berfikir yang dia sahaja yang pandai," ujar pakar perlembagaan itu lagi.

Gopal Sri Ram ialah peguam Umno ketika parti itu dilanda krisis pada 1987. Beliau menghujah bahawa Umno pertubuhan haram dan hujah itu membantu menyelamatkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditentang oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

"Malahan, ada yang melihat Tan Sri Harun Hashim - hakim mahkamah tinggi yang mengharamkan Umno - terpalit sama", kata Aziz.

Gopal Sri Ram juga mendiamkan diri dalam kes pemecatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang merupakan salah satu implikasi kes Umno di mahkamah itu.

Aziz yang membuat kajian kes-kes perlembagaan berkata ada beberapa kes penting yang membantu orang-ramai memahami Gopal Sri Ram yang sebenar. Katanya, mereka yang tidak membuat penyelidikan menyangka orang ini (Gopal) hero sedangkan ada beberapa kes besar yang diputuskan dengan cara yang tidak selaras dengan perlembagaan.

Antara kes-kes penting yang diputuskan oleh Gopal Sri Ram ialah kes Lim Guan Eng (1998), Empangan Bakun (1997), Lina Joy (2005) dan Meor Atiqulrahman (2005). Dalam kes Lim Guan Eng, hukuman penjara ke atas ahli parlimen DAP itu ditambah manakala dalam kes Bakun pula keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan projek kontroversial itu tidak sah diubah.

Lim Guan Eng didakwa di mahkamah ekoran ucapan beliau mengutuk pihak polis dan Jabatan Peguam Negara dalam menangani skandal seks bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.

"Gopal tidak menunjukkan simpati dan tidak mencari jalan untuk mengetengahkan semangat perlembagaan dalam kes-kes itu. Malahan pendekatan yang diambilnya memusnahkan perlembagaan. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri pun menyatakan ketidakselesaannya dengan hukuman ke atas Lim Guan Eng itu", tegas Aziz.

Beliau berkata dalam kes Lina Joy dan Meor Atiqulrahman bekas hakim itu tidak mahu melaksanakan peruntukan yang jelas dalam perlembagaan.
"Dalam kes Lina Joy yang membabitkan isu murtad Gopal enggan mengakui bidang kuasa mahkamah syariah yang jelas tertera dalam perlembagaan. Dalam kes Meor Atiqulrahman pula Gopal membutakan matanya kepada hak kebebasan beragama dan membenarkan pengetua sekolah memijak-mijak perlembagaan", jelas profesor undang-undang itu lagi.

Aziz berkata Gopal bersedia menghormati hak orang asli dalam kes Sagong Tasi (2005) meskipun hak tersebut tidak disebut dengan jelas.

"Itu satu pendekatan yang baik. Tetapi mengapa dalam kes-kes yang disebutkan tadi Gopal tidak berbuat apa-apa? Dalam dua kes yang melibatkan Islam tadi Gopal enggan mematuhi peruntukan undang-undang yang begitu jelas.

"Ini yang saya katakan selektif dan tidak konsisten. Sukar untuk menafikan bahawa Gopal memilih-milih dan ini menyebabkan imejnya tidak terlalu berbeza dengan hakim-hakim lain. Dan kenyataannnya ialah Gopal begitu lantang selepas beliau tidak dinaikkan pangkat," katanya.

Gopal Sri Ram dilantik secara terus ke Mahkamah Rayuan pada pertengahan 1990an. Walaupun ia amat jarang berlaku ia tidak terlalu memeranjatkan kerana Gopal adalah peguam Umno.

Bagaimana pun, Gopal terbenam di situ dan hakim-hakim yang lain yang lebih junior telah dinaikkan pangkat ke Mahkamah Persekutuan. Gopal hanya dinaikkan pangkat beberapa bulan sebelum bersara dari mahkamah tertinggi itu.

Meskipun begitu, Aziz berkata Gopal perlu diberi peluang bercakap. Katanya, sekurang-kurangnya Gopal berani bercakap. Tidak seperti kebanyakan orang pencen lain yang semakin kuat mengampu selepas bersara, tegas Aziz lagi.-- sts

Sabariah Hantar 2 SMS Kepada Tunangnya Sebelum Dilaporkan Hilang

Kemaman: “Sebelum itu mereka berdua sering berhubung melalui SMS dan ketika berada di Kuantan, Rozaliya ada menghantar dua SMS kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’,” kata Sabariah Mansor, 42, menceritakan kehilangan anaknya ketika membeli barangan persiapan perkahwinan bersama tunangnya, pada 13 Oktober lalu.

Pasangan itu dijangka berkahwin pada 12 November depan.

Gadis terbabit, Rozaliya Mat Lazim, 20, sebelum itu dikatakan keluar dari rumahnya di No 21, Peringkat Satu, Bandar Ceneh Baru di sini, bersama tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, untuk membeli kelengkapan majlis perkahwinan mereka kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu.

Sabariah ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam, berkata pada hari itu anak gadisnya yang memakai blaus hitam dan jeans gelap, menaiki kereta tunangnya untuk ke bandar Kuantan.

Katanya, selepas membeli-belah di kedai peralatan pengantin berhampiran Pasar Kuantan, Mohd Helmi meminta kebenaran Rozaliya untuk pulang ke pejabat seketika kerana ada urusan penting untuk diselesaikan.

Sabariah berkata, Mohd Helmi meminta Rozaliya menunggunya di sebuah pasar raya besar berhampiran tempat mereka membeli-belah dan akan menjemputnya sekembali dari pejabat kira-kira jam 3 petang hari itu.

Dia berkata, mereka berbalas SMS dan dua SMS terakhir kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’.

Katanya, selepas itu Rozaliya tidak dapat dihubungi dan tunangnya berusaha mencarinya di beberapa kedai berhampiran termasuk di pasar raya tempat mereka membeli-belah sebelum itu sehingga jam 6 petang.

“Helmi menghubungi kami memaklumkan kehilangan Rozaliya dan kami sekeluarga bergegas ke bandar Kuantan untuk mencari Rozaliya tetapi sehingga jam 11 malam masih juga gagal menemuinya,” katanya.

Menurut Sabariah, mereka mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kira-kira jam 12 tengah malam hari sama.

Sehubungan itu, Sabariah merayu orang ramai mengenali atau mengetahui di mana Rozaliya berada segera menghubunginya di talian 019-9418016 atau 019-9178016 atau mana-mana balai polis berdekatan. -Metro

Kelantan: Sidang Media Setiausaha Majlis Perajaan Negeri.

Sukacita dimaklumkan bahawa semua wakil media, melainkan wakil-wakil akhbar-akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!, adalah dijemput untuk menghadiri satu sidang media yang akan dibuat oleh Setiausaha Majlis Perajaan Negeri merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di Istana Negeri, Kubang Kerian, pada jam 3 petang 18 Oktober 2010 (Isnin). Wakil-wakil media yang mahu menghadiri sidang media tersebut dipersilakan mengambil pas masuk ke Istana Negeri dari Pejabat Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, Kota Bharu, terlebih dahulu sebelum majlis bermula.

Kedatangan anda semua amatlah dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

The Kelantan Insider

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .