Ikuti Blog ini

Tok Guru Akan Tunai Haji Bersama Sultan Mohamad Ke V



HASRAT Tok Guruku, Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menunaikan fardu haji tahun lepas yang terhalang atas kehendak Allah juga inysaAllah akan tertunai pada musim haji kali ini. Tok Guru dijangka akan berangkat ke Makkah awal bulan depan. Tarikh pemergian beliau masih belum ditetapkan.

Maklumat yang diterima dari sumber tertentu sama dengan maklumat yang diterima dari Kuala Lumpur. Jadual penerbangan beliau sedang diuruskan oleh pihak Tabung Haji. Seorang kakitangan Tabung Haji memberi tahu tarikh pemergian itu sekitar 9 atau 10 November. Ini bermakna selepas pilihan raya kecil Galas sekiranya ia berlaku pada 4 Nov.

Apa lebih mengharukan dan manisnya lagi pemergian beliau bersama dengan Tuanku Sultan Mohamed Ke- V. Samada pemergian itu bersama atau satu rombongan tidak dapat disahkan. Sumber-sumber memberi tahu Sultan Mohamad Ke V juga akan berangkat menunaikan haji pada tahun ini.

Ada hikmah besar kenapa Allah menggerak hati orang tertentu mencetuskan isu pemergian Tok Guru ke Makkah tahun selepas sehingga beliau membatalkan pemergian itu dalam keadaan sedih. Rupa-rupanya Tok Guru akan mengeliling Kaabah bersama banginda Sultan Mohamad Ke V, Tengku Mohammad Faris Petra.

Sama-sama kita mendoakan semoga Tok Guru diberikan kesihatan dan kekuatan untuk ke Makkah. Muda-mudahan tidak adalah pula sesiapa yang cuba mempolitikkan pemergian beliau kali ini. Selamat berangkat Tok Guru!.

Kes Aminulrasyid : 19 peluru ditemui di kawasan tembakan

Photobucket

SHAH ALAM, 12 Okt — Sebanyak 19 butir peluru ditemui di kawasan perumahan di Seksyen 11 di sini — tempat di mana remaja Aminulrasyid Amzah, 15, ditembak mati oleh anggota polis enam bulan lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam diberitahu hari ini.

Empat saksi memberi keterangan di mahkamah hari ini, hari pertama perbicaraan. Perbicaraan akan berlangsung sehingga 11 November ini.

Hakim Latifah Mohd Tahar kemudian menangguhkan perbicaraan sehingga petang ini selepas jurugambar forensik polis Mokhtar Hussein memberikan keterangan.


Pada 10 Mei lepas, Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu pagi tadi, perbicaraan kes bermula dengan seorang anggota polis dipanggil untuk menceritakan apa yang terjadi pada malam kejadian.

Saksi pertama perbicaraan hari ini adalah Lans Koperal Mohd Sabri Salleh dari Balai Polis Shah Alam.

Dia berkata dia menerima panggilan daripada kereta peronda yang dinaiki Jenain pada pukul 1.45 pagi memaklumkan bahawa sebuah kereta Proton Iswara putih sedang memecut dan enggan berhenti.

Kereta peronda berkenaan memohon bantuan Mohd Sabri bagi menghentikan kereta tersebut dan memaklumkan sedang mengejar kereta itu dari Hotel Concorde ke Bulatan Kayangan.

Dia kemudian menghubungi telefon bimbit Jenain dan dimaklumkan bahawa kereta Iswara itu hilang kawalan dan pemandunya cedera di Jalan Makyong 11/2.

Mohd Sabri kemudian berkata, Jenain menyuruhnya menghubungi ambulans untuk membantu pemandu kereta Iswara itu.

Detektif Lans Koperal Ahmad Zamzani Abdul Wahab yang dihantar ke tempat kejadian berkata, dia mengambil 41 gambar kereta Iswara itu dan Aminulrasyid termasuk peluru, pokok patah dan juga jalan.

Jenain diwakili oleh peguam bela Salim Bashir manakala peguam veteran, Karpal Singh bertindak sebagai peguam pemerhati untuk keluarga Aminulrasyid.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Persekutuan Mohd Dusuki Mokhtar, lima saksi akan dipanggil dan dijangka perbicaraan itu akan mengambil masa selama 11 hari.
The Malaysian Insider

Menteri Puji MP PAS Bertemu Pihak Pembangkang Di Indonesia



KUALA LUMPUR, 12 Okt: Usaha ahli Parlimen PAS bertemu dengan pihak pembangkang Indonesia pada September lalu mendapat pujian daripada Menteri Luar Negeri, Datuk Sri Anifah Aman di Dewan Rakyat hari ini.

Anifah yang juga ahli Parlimen Kimanis merakamkan ucapan itu ketika sesi soal jawab lisan hari ini sebagai respons kepada ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa yang memberitahu bahawa pertemuan awal September lalu sebagai usaha menjernihkan hubungan Malaysia-Indonesia.

"Saya berterima kasih dengan inisiatif yang telah pun dijalankan oleh Yang Berhormat. Dalam jawapan saya tadi, saya mengatakan bahawa setiap lapisan masyarakat termasuk pemimpin politik harus mengambil satu langkah yang boleh memantapkan lagi hubungan dua hala di antara Malaysia dan Indonesia dan saya tidak pernah katakan bahawa hanya ahli Parlimen daripada Barisan Nasional ataupun kerajaan sahaja yangboleh memainkan peranan,” ujarnya.

Beliau juga berharap usaha yang dilakukan PAS itu turut dilakukan oleh ahli Parlimen dan pihak-pihak lain.

"Oleh itu saya mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha yang dilakukan oleh Yang Berhormat. Usaha seumpama itu saya menyanjung tinggi dan mudah-mudahan usaha seperti yang dilakukan oleh Yang Berhormat dan rakan-rakan yang lain akan diteruskan kerana ini bagi kepentingan bukan sahaja ahli-ahli Parlimen tetapi juga masyarakat kedua-dua negara," katanya.

Pada 1 September lalu, Nasharudin yang juga Timbalan Presiden PAS dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian, serta ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar mengadakan pertemuan dengan anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Reike Diah Pitalokal dan beberapa wakil pembangkang Indonesia yang lain

Pertemuan itu bagi membincangkan isu utama berhubung hak asasi manusia melibatkan pendatang dari Indonesia.

Dalam pertemuan di bangunan Parlimen itu, pihak pembangkang Malaysia dan Indonesia sepakat untuk meneruskan dan memperbaiki hubungan baik antara kedua-dua negara.

Nasharuddin juga mengulangi pendirian Kamaruddin dalam pertemuan tersebut bahawa satu kaukus Parlimen mengenai hubungan Malaysia-Indonesia perlu ditubuhkan bagi menyelesaikan isu-isu membabitkan kedua-dua negara ini.

"Kami memandang keperluan menubuhkan satu kaukus hubungan Indonesia dan mlaysia di peringkat Parlimen bukan sahaja kepada pihak pemerintah yang mengambil bahagian tetapi ahli politik atau sesiapa sahaja yang boleh memainkan peranan," katanya.

Anifah sebelum itu menjawab soalan ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang meminta Menteri Luar Negeri menyatakan tindakan yang telah dilakukan bagi menjamin hubungan Malaysia-Indonesia sebagai kerabat Asean sentiasa terpelihara agar peristiwa serangan ke atas Pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta tidak berulang kembali.

Wang judi: Warga emas tolak fitnah Umno

BUTTERWORTH, 12 Okt: Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan.

Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi.

Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man pula meminta warga emas usah terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang negeri ini yang sudah kehabisan modal.

Beliau berkata, sebenarnya wang itu adalah lebihan perbelanjaan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun ini sebanyak RM88 juta dan RM20 juta diperuntukkan kepada warga emas sebagai menghargai pengorbanan mereka terhadap kemajuan Pulau Pinang.

"Wang hasil pemberikan Lumba Kuda memang ada tapi ia tidak dimasukkan pada tabung sumbangan kepada warga emas sebaliknya digunakan untuk Rancangan Anti Kemiskinan (RAK) khas untuk masyarakat bukan Islam, " jelasnya lagi.

Seorang warga emas, Zainab Mat (kanan) dari Butterworth menyifatkan, apa yang diperjelaskan oleh kerajaan negeri cukup meyakinkan bahawa semua itu pembohongan.

"Bila datang mendengar sendiri keterangan yang disampaikan oleh Adun dan Ahli Majlis Seberang Perai (MPSP) baru tahu hal sebenar," ujarnya.

Bekas ahli Umno, Abu Bakar Said (kiri) dari Bagan Ajam pula menambah, di zaman BN tidak pernah berlaku ketua menteri melawat surau atau masjid tetapi berlaku di era kepimpinan Pakatan Rakyat.

"Bila KM sendiri turun padang menziarahi umat Islam di samping memberikan penghargaan warga emas, ia satu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN)," tegasnya.

Bagi Sambasivam (kanan) pula, kini baru beliau tahu hal sebenar mengenai perkara itu kerana selama ini mendengar sebelah pihak sahaja.

Sesi penerangan untuk menolak fitnah Umno itu diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng. -Hrkh

APA MASALAHNYA KALAU PAS MENJADI KAPTEN PR ?










Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA telah cuba memberi gambaran yang salah khususnya kepada masyarakat Cina berkenaan kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya Pakatan Rakyat(PR) memerintah negara ini. Semasa berucap dalam Perhimpunan Agung MCA kali ke 57 pada hari Ahad 10/10/10, beliau telah menyatakan bahawa jika PR memerintah maka PAS akan menjadi kaptennya. PAS akan membawa dasar-dasar autokratik dan kembali kepada perjuangan asalnya. Ucapan ini disampaikan di hadapan Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional serta para pewakilan MCA seluruh negara. Persoalannya apa masalahnya jika PAS menjadi Kapten PR?

Dasar PAS adalah Islam. Semenjak ditubuhkan 59 tahun dahulu hingga ke hari ini dasar PAS tidak pernah berubah. Islam adalah agama yang universal. Kebaikan yang dibawa oleh Islam adalah untuk seluruh manusia tidak kira agama mahupun bangsa. PAS berkeyakinan bahawa Islam di turunkan atas mukabumi ini adalah untuk menyelamatkan dunia ini daripada kehancuran akibat kerakusan manusia.

Buktinya sekitar kampung Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek sendiri di Batu Pahat, masyarakat Cina boleh tinggal dengan selamat dan berniaga bersama orang Melayu yang beragama Islam. Bilangan masyarakat Cina tidak sampai 10% di perkampungan tersebut tetapi mereka boleh hidup selesa. Islam menjamin keselamatan semua umat manusia. Jika terdapat kelemahan bukanlah disebabkan oleh Islam tetapi disebabkan oleh penganutnya yang tidak melaksanakan Islam yang sebenar. Kemuliaan bangsa Melayu itu hanya apabila ia berpegang kepada Islam. Jika orang Melayu meninggalkan Islam maka kita akan dapat melihat kehancurannya.

Baca selanjutnya di sini...

Suhaizan Bin Kaiat
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat

Wakil rakyat 'tidak sebulu' tutup mulut


Wakil rakyat yang dikatakan "tidak sebulu" dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said, mengambil sikap berdiam diri menjelang konvensyen Umno negeri Jumaat ini bagi memulihkan 'kemelut' dalam parti dan pentadbiran negeri.

"Lebih baik saya mengambil sikap berdiam diri. Saya tidak mahu Datuk Seri Hishammuddin (Hussein) kata, saya sengaja mencipta cerita. Kita tengoklah apa yang akan dilontarkan daripada perwakilan (peserta) yang dilantik," kata ADUN Alur Limbat Alias Abdullah.

"Bagi orang yang bercakap tidak jujur, mungkin dia kata semuanya baik. Bagi orang yang bercakap jujur, ia (konvensyen) ini sebagai satu refleksi, cerminan diri dengan melihat apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri untuk sebagai usaha bagi menarik hati rakyat bahawa tiada parti yang baik selain BN," tambahnya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Alias adalah antara wakil rakyat BN Terengganu yang dilaporkan tidak sebulu dengan Ahmad Said.

Alias mengulas kenyataan setiausaha Umno negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang yang dilapor berkata konvensyen itu diadakan antara lain bertujuan untuk "berkongsi dan mencadangkan idea baru bagi memperbaiki segala kelemahan yang mungkin ada dalam parti dan juga sistem pentadbiran kerajaan negeri".

Konvensyen dua hari itu akan disertai pemimpin parti semua peringkat, ilmuan agama, cendekiawan, golongan profesional, penjawat awam, pemimpin NGO, aktivis masyarakat dan generasi belia.

Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga pengerusi Umno Terengganu di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.

Alias yang juga timbalan ketua Umno bahagian Marang berkata, semua lapan bahagian di negeri itu akan menghandiri konvensyen tersebut.

Bahagiannya dan tiga bahagian lain - Dungun, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu - diberi masa untuk membentangkan idea dan cadangan mengenai tajuk "Keberkesanan Strategi Pembangunan Negeri Terengganu".

"Bahagian-bahagian yang lain, iaitu Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu, saya tidak tahu apa tajuknya... Terdapat juga slot untuk sayap-sayap parti, Mubarak, Veteran Umno, agensi kerajaan, GLC dan NGO," katanya.

Alias berkata beliau telah menerima jemputan ke konvensyen tersebut dan akan menghadirinya.

"Saya juga terpaksa membatalkan satu program di kawasan saya," katanya sambil menambah konvensyen itu diadakan secara tertutup.

Sementara ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh berkata konvensyen itu merupakan satu mesej daripada Hishammuddin untuk "mengalihkan fokus" daripada memikirkan tentang kemelut di negeri itu.

Katanya, konvensyen ini adalah untuk melihat agenda yang lebih besar iaitu bagi memenangi pilihan raya umum yang akan datang.


"Perkara (kemelut) yang berlaku, sudah berlaku... Kita perlu mengalih agenda yang lebih besar. Nak selesai dalam masa terdekat adalah perkara yang mustahil.

"Sebagai orang parti, kita perlu menjalankan tugas seperti biasa. Yang penting tidak ada sabotaj (sesama ahli)," katanya sambil mengesahkan akan menghadiri konvensyen itu.

Menurutnya, konvensyen itu diadakan susulan kunjungan Hishammuddin dalam majlis hari raya baru-baru ini dan pertemuan susulan dengan wakil-wakil bahagian selepas majlis tersebut.

Selain itu, Abdul Halim juga tidak menolak kemungkinan konvensyen ini diadakan kerana pilihan raya umum semakin hampir dan ia sebagai usaha mengingatkan bahagian supaya fokus dan bersiap sedia untuk menghadapinya.

Jangan percaya rayuan Najib, tolak Umno BN


KUALA LUMPUR, 12 Okt: PAS menyeru rakyat Malaysia jangan terima rayuan Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat memberi mandat kepada umno BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Sebaliknya, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyeru rakyat menggemblengkan tenaga untuk menolak kerajaan Umno BN.

“Ini kerana sudah cukuplah setengah abad, kehidupan rakyat semakin tenat dengan tekanan hidup yang memuncak,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Najib mengajak rakyat berkongsi impiannya untuk menjadikan Malaysia negara kelas pertama bertaraf dunia pada abad ke-21.

Kata Najib, kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.

Bagi Idris, indeks pengguna semakin menekan rakyat terutama yang berpendapatan rendah yang tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan Umno BN jujur dan amanah dalam mentadbir negara.

Menurutnya, pemimpin Umno BN pada hari ini merasa tidak berdosa dengan pengkhianatan amanah yang diberikan kepada mereka.

Sepatutnya, kata beliau pemimpin Umno BN merasa malu kenapa negara jiran seperti Singapura walaupun tidak mempunyai khazanah alam tetapi mampu memacu ekonomi setaraf dengan negara maju.

Rakyat perlu bangkit menolak BN untuk membentuk kuasa politik baru dengan meninggalkan kerajaan yang ada pada hari ini. -Hrkh

Najib Hina Islam Di Depan Soi Lek


“Meskipun PAS memperlihatkan kesederhanaan, parti Islam itu pasti tidak akan mengetepikan “pendirian autokratik Islam” jika PR menguasai Putrajaya.” – Chua Soi Lek

Kemaruk Najib kepada undi orang-orang Cina seperti kucing jantan kemaruk betina. Kini dia bersedia bersekongkol dengan sesiapa sahaja, asalkan undi orang Cina memihak kepada BN.

Najib sebagai Presiden Umno adalah sebaris dengan Soi Lek sebagai Presiden MCA. Najib tidak kisah siapa Soi Lek asalkan dia boleh menarik pengundi Cina. Dan, samada Soi Lek boleh menariknya atau tidak, Soi Lek perlu dipergunakan untuk tujuan itu.

Berbanding dahulu, kini orang-orang Cina mula dihargai oleh Umno. Kalau dulu pemimpin Umno mengajar orang Melayu ‘menumbuk Cina’ melalui kursus BTN, kini dimana-mana sahaja pemimpin BN menggonggong Cina macam ibu kucing menggonggong anak.

Soi Lek hentam PAS dalam ucapannya. Semasa dia hentam PAS, dia tidak sedar dia turut menghentam Islam. Soi Lek boleh hentam PAS dari sudut lain, bukan dari sudut agama.

Soi Lek kata PAS ‘berpendirian autokratik Islam’? Itu bahasa lunak Soi Lek. Maksud tersiratnya ialah, kalau PR menang, PAS akan menggunakan Islam untuk menindas orang bukan Islam.

Bagi Soi Lek pendirian Islam PAS akan menyusahkan orang Cina. Pendirian ‘negara Islam’ PAS dan usaha PAS memastikan Islam ‘berkuasa’ walau pun bersama PR mengancam kehidupan masyarakat Cina atau orang bukan Islam.

Najib pula menjadi ‘nasi tambah’, menyokong Soi Lek dengan membangkitkan isu ‘langkah mayat saya dulu’ oleh Karpal Singh. Ucapan Karpal dieksploit untuk menggambarkan kepada orang Cina bahawa Karpal juga tidak setuju dengan Islam kerana Islam turut mengancam kehidupannya.

Najib dan Soi Lek cuba memasukkan ke dalam otak orang MCA bahawa Islam tidak sesuai untuk orang Cina. Cuma disebabkan PAS adalah parti Islam, maka sasarannya adalah PAS. Najib dan Soi Lek mengebom perahu untuk membunuh nakhoda dan penumpangnya.

Kalau Soi Lek dan Najib tidak berhasrat menghina Islam, mengapa mereka perlu menghentam PAS dari sudut agama sedangkan mereka boleh menghentam PAS dari sudut lain?

Mungkin bagi Najib dan Soi Lek, apa yang mereka maksudkan adalah ‘Islam PAS’. Kalau orang Cina dan bukan Islam mahu selamat mereka mesti menerima ‘Islam Umno’.

Ini juga adalah penghinaan kepada Islam secara tidak langsung bahkan ini lebih teruk. Orang Cina akan lebih susah jika berada di bawah ‘Islam Umno’ yang bersekongkol dengan Israel yang memusuhi semua orang termasuk orang Cina.

Kalau Soi Lek tidak mendapat gambaran yang betul mengenai Islam, bahkan kalau dia memusuhi Islam sekali pun, itu kurang menghairankan. Namanya pun Soi Lek dan kawannya pula adalah Umno.

Sedihnya, kalau Najib jahil tentang Islam, kemudian menghina Islam di hadapan Soi Lek, bolehkah orang Islam di Malaysia termasuk orang Islam Umno memaafkan Najib?

--------------------------------------------
Kampong Kubang Paya, Arau - 11:29 pm

Dulu Bush Kena Baling Kasut, Sekarang Obama Pula Kena Baling Buku

Nampaknya semua Presiden US selepas ini perlu berjaga, mereka akan dibaling apa jua benda jika sedang berucap di khalayak ramai. Dulu Bush dilempar kasut semasa sedang berucap, kali ini Obama yang kena. Nasib baik tak kena baling buku. Kalau tak tentu dah bengkak dahi Presiden US ini. Dia kena baling semasa kempen pemilihan demokrat di Pensy

Dan ini gambar serta video buku dibaling kepada Obama.

Siapa pelakunya?? Osama ke ? Taklah..ada seorang mamat gila, Juan James Rodriguez yang lempar buku ini. Dahla masa lempar buku tu, dia bertelanjang..memang aneh betul perangai mat salleh ini.

Dan ini pula video Bush kena baling kasut. Padan muka!!

* Agak-agaknya kalau roswah dibaling kasut tinggi semasa sidang kemuncak wanita pertama. Sempat tak rasanya dia mengelak??

Sharene Sofia Merajuk Dan Menemui Ajalnya..

Ajal lepas merajuk

“Tak sangka, kami ‘lepaskan’ dia sekejap saja, tetapi dia pergi buat selama-lamanya. Itulah kali pertama dia menaiki bas ekspres sepanjang hayatnya, tapi menjadi yang terakhir,” rintih Rohata Adam, 43, ibu kepada Sharene Sofia Fadzry Tan, 18.

Anak bongsu daripada dua beradik itu antara 10 penumpang bas ekspres Delima yang terbunuh dalam kemalangan ngeri meragut 12 nyawa di Kilometer 222.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, lewat petang kelmarin.

Rohata tidak menduga permintaan Sharene Sofia yang beria-ia mahu ke Klang, Selangor, menemui rakannya sehingga merajuk beberapa hari kerana tidak dibenarkan pergi, ibarat petanda ajalnya sudah hampir.

Menurut Rohata, dia dan suaminya, Fadzry Tan Abdullah, 45, keberatan melepaskan anak mereka menemui rakannya yang dikenali ketika dia mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di negeri ini tahun lalu.



Gambar: SEDIH...Fadzry dan Rohanta memujuk Natasha (dipangku), kelmarin.

“Bagaimanapun, Sofia merajuk dan memujuk agar saya membenarkannya pergi bermalam dua hari di rumah rakannya itu.

“Tidak mahu dia merajuk berpanjangan, akhirnya saya membenarkannya pergi,” katanya yang ditemui di rumah ibunya di Kilometer 14, Kampung Umbai, dekat sini, semalam.

Jenazah Allahyarham Sharene Sofia dikebumikan kira-kira jam 11.30 pagi semalam, di tanah perkuburan Islam Umbai, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang kelmarin, bas ekspres Delima yang membawa 34 penumpang, terbabas dan memasuki laluan bertentangan lebuh raya dan menghempap beberapa kenderaan menyebabkan 12 terbunuh.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .